Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Tuduhan: Riba & Jual Beli Adalah Sama
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 99 guests online
PDF Print
User Rating: / 6
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 04-08-2009 05:02
Views 4076
Favoured 10

Tuduhan: Riba & Jual Beli Adalah Sama

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

jualan.jpg

 

Sejak zaman baginda Nabi s.a.w lagi, golongan kafir Quraisy dan munafiq mempertikaikan perbezaan di antara riba dan jual beli. Oleh yang demikian, tidak hairan terdapat individu di zaman moden, yang turut berfikiran seperti golongan Jahiliyah ini. Pertikaian mereka direkodkan oleh Allah swt sebagaimana berikut :-

ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُواْ إِنَّمَا الْبَيْعُ مِثْلُ الرِّبَا

Maksudnya : ..disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,

  (Al-Baqarah : 275)

Menelurusi penulisan dan keterangan para ulama, pertikaian ini timbul disebabkan hal berikut:-

  1. Jika sekiranya riba itu haram, maka tentulah jual beli juga menjadi haram, ini kerana jual beli juga turut menghasilkan sesuatu yang lebih, iaitu modal berbanding dan margin keuntungan. Manakala bagi riba, pokok pinjaman dan kadar bunganya. [1]
  2. Jika sekiranya jual beli itu halal, pastilah riba juga wajar menjadi halal, bahkan riba itu lebih jelas berbanding jual beli, sehinggakan jualbeli disamakan dengan riba dan bukan sebaliknya. At-Tabari mengatakan inilah tahap buruk dan melampaunya puak kafir, sebenarnya mereka sengaja menjadikan riba sebagai rujukan perbandingan dan bukan yang dibandingkan.[2]
  3. Riba dikatakan menyamai jual beli secara muajjal (bayaran tangguh), iaitu apabila dijual satu barang dengan harga tunai sebanyak RM100, manakala RM150 jika bayaran bertangguh.[3] Malangnya, pertikaian ini juga diterima oleh beberapa pemikir Islam semasa sehingga menghalalkan pertambahan bagi kedua-dua pinjaman kewangan dan juga jual beli. Hasilnya, faedah bank bagi simpanan wang di bank-bank konvensional dianggap halal.[4] Mereka menjadikan keharusan kenaikan harga pada kontrak jual beli bertangguh sebagai hujjah dan asas keharusan.

 

Melihat beberapa jawapan ulama silam, kita akan dapati bahawa Al-Qaffal As-Syafie telah berjaya menerangkan perbezaan antara jual beli dan riba dengan baik, beliau berkata [5] :-

 

Di dalam jual beli : Apabila seseorang menjual sehelai pakaian yang bernilai (modal) sepuluh (dirham sebagai contoh), dengan harga dua puluh dirham, maka baju tersebut adalah sebab untuk pihak penjual memperolehi harga dua puluh dirham tadi. Oleh itu, sekiranya diperolehi redha dari kedua-dua belah pihak penjual dan pembeli, akan termeterai kontrak pertukaran pemilikan harta (pada wang dan pakaian) di antara keduanya. Kedua-dua pihak tidak mengambil milik yang lain tanpa balasan material.

Di dalam pinjaman dengan faedah : jika seseorang memberikan pinjam sepuluh dengan mengambil lebih dari sepuluh dirham pula tanpa sebarang pertukran milik harta sebagai baju dalam kes jual beli di atas, kini apakah sebab yang membolehkan pemberi pinjam untuk mengambil lebih daripada apa yang diberi?

Kita tidak boleh mengatakan ‘penangguhan pulangan' untuk sesutau tempoh itu sebagai harta, kerana ‘penangguhan' itu sendiri adalah bukan sebuah harta yang mempunyai nilaian tersendiri. Atas sebab itu, tiada sebab untuk pemberi pinjam mendapat lebihan sebanyak sepuluh dirham tadi.

Dengan itu, kita sepatutnya telah dapat memahami perbezaan antara jual beli tangguh yang berasaskan asset, berbanding pinjaman riba tangguh yang tidak didasari aset.

Selain Al-Qaffal,  Fakhruddin Ar-Razi dan Al-Baidawi turut memberikan penjelasan tambahan : 

Dalam jual beli; seseorang yang menjual sesuatu aset yang bermodal 10 dinar dengan harga 11 dinar, dia telah memberikan pembeli peluang dan kemudahan hasil dari barang yang dibeli  sama ada untuk dirinya atau untuk diniagakan, atas sebab itu penjual berhak untuk mendapat bayaran lebih berpunca dari satu nilai kebaikan pada aset yang diberikan. Itu juga adalah sumber untuk perolehan keuntungan halal serta beredarnya harta di dalam sebuah masyarakat.

Dalam pinjaman : Seseorang peminjam yang membayar lebih atas pinjamannya, tidak beroleh sebarang manfaat kecuali hanya berpeluang memanfaatkan wang pinjaman yang diperolehinya. Walaupun dia boleh berniaga menggunakan wang tersebut sebagai modal lalu mendapat keuntungan, namun ia tidak dapat lari dari proses jual beli aset dan barang, 

Mungkin ada yang mengatakan si peminjam boleh mendapat keuntunagn dengan cara memberi pinjam kepada individu lain dengan riba. Jika begitu cara pendapatan keuntungan, bayangkan kesan yang akan berlaku kepada masyarakat. Pertumbuhan ekonomi di dalam sesebuah Negara akan pasti sukar disebabkan tiadanya proses jual beli berdasarkan real asset atau barangan sebenar. Atas sebab itu, jual beli amat berbeza dengan pinjaman dengan riba.

Syeikh Ibn Asyur pula cuba menambah pula apabila menegaskan perbezaan juga boleh dilihat daripada keadaan diri peminjam dan pembeli. Kebiasaannya, seorang pembeli adalah golongan yang mempunyai wang dan berhajat kepada sesuatu barangan, manakala peminjam biasanya akan menggunakan wang pinjaman untuk keperluan dirinya. Justeru, mengambil keuntungan atas pemberian pinjam tidak lain kecuali menambah tekanan kepada golongan miskin, justeru ia diharamkan dan ia tentunya berbeza dengan jual beli. [6]

Namun begitu, hujah yang dikemukakan oleh Ibn Asyur mungkin sukar diterima oleh keadaan perniagaan masakini yang mana menyaksikan begitu ramai ushaawan besar dan kecil meminjam untuk bisnes mereka.

Justeru itu, saya berpendapat hujah yang dikemukan oleh Al-Qaffal, Ar-Razi dan Al-Baidhawi sudah cukup jelas memberikan letak duduk perbezaan yang sebenar, menolak dakwaan puak musuh Islam di zaman Nabi s.a.w. Dakwaan yang juga diterimapakai oleh ramai indifivdu di zaman ini yang sering menafikan perbezaan di antara keduanya.

Kesimpulannya, perbezaan di antara keduanya adalah :-

Pinjaman Riba

Jual beli

Pertukaran antara jenis yang sama iaitu matawang dengan matawang

Pertukaran antara dua yang berbeza, iaitu aset dengan matawang

Pertukaran wang kepada wang yang lebih banyak kepada pemberi pinjam hanya pusingan duit yang sama, tiada peluang kekayaan dibina untuk yang lain selain pemberi pinjam. Hanya (wealth transfer)

Jualan aset membentuk peluang kekayaan kepada banyak pihak (wealth creation)

Pinjaman adalah kontrak belas ehsan (Irfaq)

Jual beli adalah kontrak perniagaan pertukaran harta.

Pulangannya tetap

Pulangannya tidak tetap

Pinjaman adalah sebuah aktiviti yang berasingan daripada pertumbuhan sebenar

Aktiviti jual beli berkait dengan perniagaan aset sebenar.

Keuntungan diperolehi hasil tempoh penangguhan yang diberi

Keuntungan diperolehi hasil barang yang dijual dan manfaatnya

 

 

 

Atas sebab itulah Allah swt menolak dakwaan penyerupaan antara jual beli dan riba dengan firmannya yang jelas :

وَأَحَلَّ اللّهُ الْبَيْعَ وَحَرَّمَ الرِّبَا

Ertinya : Dan dihalalkan jual beli dan diharamkan riba ( Al-Baqarah : 275)

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

13 Sha'ban 1430 H

04 Ogos 2009

 



[1] Al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, Muhammad az-Zarkasyi (tahqiq Ibrahim Abu Al-Fadhl), Dar al-Makrifat, Beirut, jil 3, hlm 427

[2] Jami'ul Bayan, Muhammad Bin Jarir At-Tabari, 3/82

[3] Mafatihul Ghayb, Ar-Razi, hlm 76; Tafsir Al-Manar, Rasyid Redha, 3/107

[4] Majallah Liwa al-Islam, Abd Wahab Khallaf, Rejab 1370 H ( 1951)

[5] Mafatihul Ghayb, Muhammad Bin Umar Ar-Razi, Dar Kutub Ilmiah, Beirut, 2005, hlm 3/277

[6] At-Tahrir wa At-Tanwir, Tohir Ibn Asyur, Dar Suhnun, 3/85


Last update: 04-08-2009 05:05

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (15) RSS feed comment
Posted by farizol, on 15-01-2010 15:00, IP 58.26.53.10, Guest
1. Guna khidmat merchant
Aslm. Ustaz adakah harus jika seorang penjual komputer mengambil servis dari merchant misalnya Aeon untuk membolehkan pelanggan membeli komputer dari kedainya dengan bayaran secara tangguh(installment)?
 
» Reply to this comment...

Posted by farah, on 27-08-2009 18:04, IP 115.134.194.16, Guest
2. interest & profit sharing
salam alaik.. 
ustaz.. 
 
sy ingin meminta penjelasan ustaz berkenaan beza di antara interest dan profit sharing.. 
 
kedua, adakah riba dan usury itu sama..kerana sesetengah buku menggunakan perkataan riba, dan sesetengahnya gunakan usury.. 
sekian, terima kasih... 
 
UZAR : riba lebih tepat, cuma usury itu ada sedikit persamaan dengan riba, so istilah tu sahaja yang adakalanya sesuai untuk represent istilah riba.
 
» Reply to this comment...

Posted by amir, on 16-08-2009 08:17, IP 202.170.57.240, Guest
3. pelaburan
Salam ust. 
 
kawan saya seorang penjual seluar. dia pernah beritahu, seorg kawannya membuat pelaburan atau beri modal sebanyak RM1000. dan mereka telah berjanji, keuntungan yang dapat lebih kurang 28 % akan dikongsi, 10% dan 18 %.adakah ini riba,? 
 
Satu lagi, ustaz, 
 
Kawan saya ni meniaga di pasar malam, dia meniaga seluar jenama Dockers tapi bukan yang original dan dia jual harga lebih kurang RM 38.00. Kalau orignal atau kat butik lebih kurang RM 200.00 lebih.  
 
Boleh ke jual barang macam tu? 
 
UZAR : 1) ITU TIDAK RIBA JIKA TIADA JAMINAN UNTUK kedua-dua pihak, bermakna masing hanya akan dapat nisbah 10 : 18 x 28 itu.  
 
2) Paling minimum, hasil jualan adalah syubhat, kerana jual barang tiruan guna nama terkenal tanpa izin.
 
» Reply to this comment...

Posted by faizin, on 11-08-2009 11:07, IP 60.50.25.247, Guest
4. mr
assalamualaikum ustaz..trime kasih atas artikel ini yg sesuai untuk berhujah dengn mereka.. 1 permintaan saya, boleh ustaz jelaskan atau keluarkan artikel baru berkenaan kaedah atau jalan keluar kepada sesiapa yang dah terlibat dengan pinjaman riba ini. terutamnya pinjaman rumah, kereta, pembelian saham. bagaimana kaedahnye, spt refinance kepada islamic loan dll. khusunya aplikasi ayat "wain tubtum falakum ru'uusu amwalikum' dalam konteks undang2, peraturan perbankan dan securities yg wujud sekarang. tk
 
» Reply to this comment...

Posted by ashraflatif, on 10-08-2009 18:37, IP 210.48.222.4, Guest
5. bai inah
Adakah sama halnya dengan bai inah yang dijadikan pintu belakang kepada riba? 
 
UZAR : bai inah ada di ulas dalam buku saya 'bai al-murabahah' sebab dia ada kiatan dengan konsep murabahah yang dimalakan di Malaysia. Ulasan lebih panjang akan ada dalam buku baru yang akan keluar hujung bulan ini oleh telaga biru, inshaaAllah
 
» Reply to this comment...

Posted by saf, on 10-08-2009 12:39, IP 58.26.154.34, Guest
6. mr
Posted by faizi muda, on 06-08-2009 16:13, IP 203.82.79.102, Guest  
2. Hadiah dari kawan  
salam ustaz..  
 
kawan saya meminjam wang saya 43,000 ribu dan berjanji akan bayar selepas setahun..dia gunakan wang saya untuk jual beli saham di bursa saham (yg sah syarak katanya)..selepas 2 bulan dia memberikan kepada saya rm4300 setiap bulan selama setahun sebagai hadiah kerana keuntungannya dalam pelaburan tersebut..selepas cukup setahun dia telah memulangkan wang rm43,000 tersbut kepada saya sebagai bayaran hutang..dan wnag 4300 setiap bulan sebelum ini dia berikan kepada saya sebagai hadiah dan tanda terima kasih memberinya pinjam.  
 
soalan saya ustaz..  
1. bolehkah saya menerima wang hadiah tersebut? dan adakah ia di kira riba?  
 
2. saya mohon nasihat dari ustaz sekiranya hal ini haram..  
 
terima kasih ustaz  
 
UZAR :  
 
1) IA ADALAH RIBA dan haram  
 
2) jangan terlibat dalam aktivti tersbeut lagi da wang yang diperolehi gunakan untuk faqir miskin dan maslahat awam  
 
 
Ustaz, kenapakah kes diatas dianggap riba kerana wang RM4300 itu adalah hadiah daripada peminjam. Sedangkan pemiutang tidak meletakkan sebarang syarat apabila memberikan hutang. Hadiah itu adalah pemberian sukarela. Mohomn penjelasan dari ustaz 
 
 
UZAR : Kenapa ia riba, sila baca buku wang, anda dan islam, dan tekuni artikel di atas. Kenapa tidak syarat tidak riba, kerana tiada unsur penindasan secara direct atau indirect di situ, pemberian tambahan atas kerelaan tanpa syarat.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nasir, on 10-08-2009 07:50, IP 60.49.234.198, Guest
7. Tolong perjelaskan...
Assalammualaikum ustaz...semoga berada dalam keadaan baik...saya sedar ustaz terpaksa berhadapan dengan pelbagai pertanyaan di dalam laman ini. 
 
Saya cuma ingin mendapatkan kepastian di mana ustaz ada menyatakan bahawa pembeliaan baragan di courts mammoth adalah halal selagi tidak mengambil wang dari mereka. 
 
Untuk makluman ustaz, courts mengenakan caj 2% sebulan atas pembelian dan kadar ini adalah tetap. Justeru saya harap ustaz dapat perjelaskan kadar ini memandangkan ada terdapat golongan ustaz yg membeli barang secara hutang di corts mammoth dan ijtihad mereka adalah darurat. Mohon ustaz perjelaskan yer.Terima kasih. 
 
UZAR : Susah benar nak bagi faham padahal isu ini mudah je. Jawapan dan kefahaman bertaburan di dalam web saya ni. Untuk faham lebih sikit sila rujuk artikel saya bertajuk "jual mahal berkali ganda, bolehkah" dan satu lagi "tangguh mahal, tunai murah" 
 
..ia ada kaitan dengan cara jualan courts momorut yang naikkan harga kerana skim bayaran ansuran yang dipilih oleh pelanggan.
 
» Reply to this comment...

Posted by nasir, on 06-08-2009 16:26, IP 60.49.234.198, Guest
8. musykil
Assalammualaikum ustaz...saya ada sedikit kemusykilan.saya pernah bekerja dgn courts mammoth ini...setahu saya kadar faedah yang dikenakan oleh courts mammoth ini ialah 2% sebulan ( pada masa kini ), justeru, pulangan yg diperolehi oleh courts mammoth daripada pembelian secara hutang dengan mereka adalah tetap.Saya tidak menafikan mereka boleh mengambil keuntungan dari konsep jualan harga tangguh tetapi masalahnya ialah mereka menetapkan kadar tersebut diawal-awal kontark jual beli secara hutang itu...adakah itu dibenarkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by faizi muda, on 06-08-2009 16:13, IP 203.82.79.102, Guest
9. Hadiah dari kawan
salam ustaz.. 
 
kawan saya meminjam wang saya 43,000 ribu dan berjanji akan bayar selepas setahun..dia gunakan wang saya untuk jual beli saham di bursa saham (yg sah syarak katanya)..selepas 2 bulan dia memberikan kepada saya rm4300 setiap bulan selama setahun sebagai hadiah kerana keuntungannya dalam pelaburan tersebut..selepas cukup setahun dia telah memulangkan wang rm43,000 tersbut kepada saya sebagai bayaran hutang..dan wnag 4300 setiap bulan sebelum ini dia berikan kepada saya sebagai hadiah dan tanda terima kasih memberinya pinjam. 
 
soalan saya ustaz.. 
1. bolehkah saya menerima wang hadiah tersebut? dan adakah ia di kira riba? 
 
2. saya mohon nasihat dari ustaz sekiranya hal ini haram.. 
 
terima kasih ustaz 
 
UZAR :  
 
1) IA ADALAH RIBA dan haram 
 
2) jangan terlibat dalam aktivti tersbeut lagi da wang yang diperolehi gunakan untuk faqir miskin dan maslahat awam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Q, on 05-08-2009 12:31, IP 118.100.49.26, Guest
10. Amanah Saham 1 Malaysia
Assalamualaikum, 
 
Ustaz...hukum ASN,ASB, ASNB applicable untuk Amanah Saham 1 Malaysia? 
 
Thank you. 
 
UZAR : no generalize, kena checak satu ppersatu
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Zul, on 05-08-2009 10:20, IP 58.26.53.10, Guest
11. Courts Mmt. & Singer
Mengikut kefahaman saya yg daif ini, bermakna konsep jual beli di courts, singer dll adalah halal jika bayaran ke atas sesuatu aset dilalukan secara bertangguh. 
 
UZAR : ya betul ia halal jika kita tidak meminjam sebarang duit dari courts mamourts.
 
» Reply to this comment...

Posted by sufi, on 05-08-2009 10:03, IP 203.82.79.104, Guest
12. ingin tahu...
salam ustaz, 
 
Adakah dibolehkan jika sy membuat pembayaran yuran pengajian di sebuah IPTA/IPTS dengan membayar secara bank in didalam akaun bukan alwadiah atau konvensional? 
 
Adakah ia juga termasuk dalam kategori pengamalan riba ataupun perkara ini boleh diberi pengecualian memandangkan sy adalah seorang pelajar?minta penjelasan ustaz.. 
 
UZAR : SAYA KURANG FAHAM SOALAN, adakah maskudnya akaun konvensional tu milik universiti?..pelajar kena bayar yuran univeriti dgn cara masukkan duit ke dalam akaun tu tanpa pilihan?..jika begitu, maka tiada sebarang kesalahan ke atas pelajar, universiti yang salah.
 
» Reply to this comment...

Posted by HALIM, on 05-08-2009 08:54, IP 210.48.147.113, Guest
13. Bank Islam
T.kasih atas penerangan ustaz.. saya cume confius satu saja pasal Perbankan Islam khususnya di BIMB. kita faham dia guna konsep jual-beli bukan pinjaman. tapi mereka masih gunakan peratus bagi setiap tahun meminjam. contohnya kalau harga kereta 30k.. mereka tetapkan setahun katakanlah 3.5 peratus. kalau 7 tahun installment.. maka jadilah 3.5 X 7 tahun = 24.5% kita faham dan boleh terima dari 30k jadilah 49.5k atas konsep jual beli. Soalannya.. sekiranya selepas 4 tahun kita nak jual kereta tu.. kenapa mereka tidak menolak 3.5% X 4 tahun yang kita telah bayar... tetapi mereka hanya potong rebet sahaja yang jumlahnya sedikit sangat.. dengan erti kata lain kena pakai kereta tu sampai habis bayar la baru puas hati.. Jangan kita ambil hujah yang terlalu border sehingga memungkinkan terjatuh ke dalam perkara haram. Sekadar berkongsi...
 
» Reply to this comment...

Posted by student, on 05-08-2009 02:37, IP 196.221.132.203, Guest
14. pemberi pinjam & peminjam
salam ustaz..mg ust & kluarga brada keadaam sht n slmt,insyaAllah... 
 
sy ingin brtanya 1 soalan : 
 
1kes dimana brlaku pinjaman Riba,,kita sedia maklum bhawa peminjam & pemberi pnjam sama2 berdosa...seterusnya Wang Pemberi Pinjam tersebut juga adalah haram kerana mengambil riba, tetapi adakah Wang si Peminjam itu pun dikira sbg haram jgk?  
 
ataupun hanya perbuatan dia sahaja yg berdosa, manakala wang pinjaman tadi adalah halal..? 
ataupun situasi dia sama dgn Pemberi pinjam td, dosa dapat duit pun haram... 
 
syukran ustaz.... 
 
UZAR : wang pinjamn boleh digunakan, cuma perlakuakn pinjaman adalah haram.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mazrilhisham Mansor, on 04-08-2009 09:35, IP 129.192.196.8, Guest
15. Tuduhan: Riba & Jual Beli Adalah Sama
Salam Ustaz, 
Apakah hukumnya kita bertukar2 matawang asing dengan teman? Matawang asing tersebut adalah untuk tujuan koleksi / hobi. Sebagai contoh, saya baru pulang dari KENYA dan teman saya dari JAMAICA. Kami bertukar2 wang kertas untuk menambah koleksi matawang asing 
wasalam 
 
UZAR : tiada masalah selagi serah terima wang dilakukan secara semerta (on the spot) tidak bertangguh.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom