Ada
yang bertanya saya berkenaan pengumuman rasmi PTPTN yang mengkhabarkan pertukaran
konsep pinjaman sebelum ini yang berasaskan caj perkhidmatan (peratusan
tertentu disandarkan kepada jumlah pinjaman dan baki setiap bulan) kepada
konsep ujrah.
Konsep
ini telah diluluskan oleh Jawatnkuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal
Ugama Islam pada 28 Julai 2008.
Atas
dasar itu, saya boleh mengucapkan tahniah kepada PTPTN atas perubahan terbaru
yang dilakukan. Walaupun konsep baru tersebut masih boleh dibincangkan, namun
ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak disahkan oleh mana-mana majlis Syariah, selain kejelasan unsur riba dalam kiraannya.
Apa
yang paling menonjol dalam kiraan terbaru adalah perbezaaan peratusan yang
dikenakan kepada pelajar, dahulu dikenakan 3 % dari jenis kiraan ‘reducing balance'
atau 3 % dari hutang berbaki yang jelas adalah RIBA, ia juga sama dengan cara
kiraan riba oleh bank-bank konvensional.
Dengan
konsep ujrah sekarang, caj telah diturunkan
kepada 1 % dan ia pula bersifat flat dan
tidak lagi dikira berdasakan baki bulanan pinjaman. Secara umumnya, ia jauh
lebih murah berbanding cara kiraan sebelum ini. Menurut statisik perbandingan
dari petikan akhbar berikut (buka halaman 15 ), penurunan adalah sebanyak 47 -
48 %.
UJRAH
Untuk
pengetahuan pembaca, ‘Ujrah' adalah perkataan di dalam bahasa arab yang membawa
erti "upah". Ia mempunyai kaitan dengan istilah ‘Ijarah' iaitu sewa, kerana
ijarah juga ada satu jenis dari upah, iaitu upah atas manfaat yang diberikan. Contohnya,
sewaan rumah, beerti upah atas manfaat rumah yang disewakan. Ujrah juga boleh diletakkan
di atas sesuatu tugas dan kerja, lalu ia dinamakan ‘gaji' bagi para pekerja
tetap di institusi awam dan swasta. Ia
juga boleh tergolong dalam nama ‘komisyen' jika diletakkan kepada sebuah
kontrak wakil (agency) seperti
seorang broker tanah yang mengutip upah atau komisyen atas usahanya menjuakan
tanah pemilik. Semua konsep ujarh dalam setiap kontranya mempunyai tatacara dan
syaratnya agar ia dianggap sah dan halal di sisi syara'.
Justeru,
apakah perbezaaan di antara ‘upah' yang halal dan ‘caj perkhidmatan' yang haram?
Secara
dasarnya, ia boleh jadi sama dan boleh berbeza bergantung kepada cara dan
formula kira-kiranya. Melihat kepada formula kiraan antara keduanya, Alhamdulillah
terdapat perbezaan tetapi ada yang masih sama.
YANG BERBEZA
Bagi
konsep ujrah yang terbaru, formula kiraannya adalah :
Upah
= Jumlah pembiayaan diluluskan x kadar upah x tempoh bayaran balik
Contoh,
jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM21,000, maka kadar upah adalah satu
peratus setahun, UNTUK TEMPOH BAYARAN SEMULA 10 TAHUN, maka jumlah upah adalah:-
Upah= RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
=
RM 2,100
Maka
jumlah keseluruhan yang akan ditanggung atau perlu dibayar balik oleh pelajar dalam
tempoh 10 tahun adalah : RM21,000 + RM 2,100 = RM23,100
Jumlah
ini jauh lebih kecil berbanding cara kiraan caj perkhidmatan yang akan
menghasilkan jumlah RM25,116 iaitu
dengan nilai RM 4,116 jumlah caj perkhidmatan ribanya.
APA YANG SAMA DAN SEPATUTNYA BERBEZA
JUGA
Walaupun
tahniah diucapkan, pintu kritikan ilmiah, pembaikpulihan dan cadangan tidak
tertutup semestinya, malah ia patut sentiasa digalakkan bagi mengembangkan
kefahaman ilmu muamalat Islam.
Justeru,
sekalipun cara kiraan ini kelihatan murah dan baik, serta TELAH disahkan oleh Jawatankuasa
Fatwa Malaysia, cara kiraan ini tetap
tidak berjaya menembusi piawaian hukum yang diputuskan oleh para ulama
antarabangsa. Ini adalah kerana cara kiraannya masih terdapat yang sama
dengan cara kiraan riba sebelum ini. Iaitu pada sandaran caj upah. Dahulu ia disandarkan kepada
jumlah pinjaman, dalam konsep ujrah
terbaru juga disandarkan kepada jumlah pinjaman.
Sekadar
ingatan kembali, di dalam hukum Islam, pemberi pinjaman sama ada individu,
institusi kewangan swasta atau kerajaan, TIDAK BOLEH mengenakan sebarang caj
kewangan kepada peminjam khususnya dari jenis
peratusan yang disandarkan kepada jumlah pemberian pinjaman. Berubah dengan
berubahnya jumlah pemberian pinjam.
Namun cara kiraan yang diguna pakai oleh
PTPTN 'ujrah' yang baru masih disandarkan kepada jumlah atau nilai pinjaman yang diberikan. Selain atas dasar kefahaman nas, para ulama antarabangsa melarangnya untuk mengelakkan caj upah ini menjadi helah kepada riba (helah ribawiyah) yang asalnya caj tambah kepada pinjaman kerana tempoh (time value of money). Kerana dari sudut konsep dan jurus pandangan ekonomi, kedua-dua jenis caj riba dan upah itu adalah sama. Jalan keluar yang paling kukuh adalah TIDAK MENJADIKAN jumlah pinjaman sebagai sandaran untuk mengira upah.
Menurut
keputusan Majlis Fiqh Antarabangsa dan lain-lain majlis Shariah yang
berautoriti tanpa kepentingan tertentu di mana-mana syarikat dan institusi
kewangan di seluruh dunia, caj yang dibenarkan dikenakan kepada peminjam
hanyalah kos sebenar yang lahir dari
urusan pemberian pinjaman sahaja.Ia tiada kaitan dengan nilai pemberian pinjam.
Cara
kiraan caj atau kos sebenar itu menurut ijtihad ulama antarabangsa adalah berdasarkan
formula berikut[1]:-
Ujrah= Actual Administrative Expenses During The
Yearx100
Average Asset During The Year
Untuk
mendapatkan average asset during the
period berikut formulanya :
Average asset=A1 + A2
2
Nota Keterangan
A
1 : Total asset at beginning of the period
A
2 : Total Asset at the end of the period
Cara
inilah yang juga diiktiraf di Pakistan dan ulamanya, serta diamalkan bagi
sebahagian jenis pinjaman di sana. Cara kiraan ini tidak meletakkan sebarang
ikatan kepada jumlah pinjaman yang diberi. Ia lebih menepati ijtihad majoriti ulama
sedunia.
KESIMPULAN
Apapun,
yang pasti para pelajar Islam kini boleh menarik nafas lega kerana harga yang
lebih murah dan kedua, ia TELAH disahkan oleh sekumpulan ulama Malaysia. Justeru,
tiada lagi sebarang tanggungan spiritual yang harus mereka galas apabila
mengambil pinjaman PTPTN. Saya peribadi, saya mengucapkan tahniah atas usaha
dan kesungguhan untuk melakukan perubahan. Dan bagi Jawatankuasa fatwa yang
meluluskan, kita harapkan ijtihad mereka diterima di sisi Allah, jika tidak dua
pahala, satu pahala masih milik mereka inshaAllah.
Posted by faizanns, on 03-09-2009 11:27, IP 119.110.105.210, Guest
3. SSPN?
Assalamualaikum Ustaz.
PTPTN dah ada penambahbaikan... Bagaimana pula status Skim Simpanan Pendidikan Negara (SSPN)? Adakah ia masih tergolong urusniaga yang mengamalkan riba? Ini kerana syarat layak untuk meminjam PTPTN mestilah mempunyai akaun SSPN.
Posted by muhammad, on 31-08-2009 12:19, IP 60.54.161.241, Guest
4. caj riba PTPTN
terima kasih atas reply utz. maksud saya, dari segi hukum, bolehkah caj riba PTPTN tu dibayar dengan duit riba yang diperolehi dari sumber lain.contoh, kalau saya dapat duit riba dari suatu pelaburan riba, saya guna duit tu untuk bayar caj riba PTPTN. duit pinjaman PTPTN asal dibayar dgn duit gaji. adakah Islam membenarkan? satu lagi, bolehkah zakat fitrah saya beri terus kepada orang miskin tanpa membayar kepada orang yang kutip zakat fitrah kat masjid tu?
UZAR : Duit riba tidak boleh digunakan untuk benefit peribadi hatta untuk menbayar riba yang lain.
Posted by muhammad, on 21-08-2009 10:50, IP 60.54.161.241, Guest
5. bolehkah byr utang riba dgn duit riba?
isteri saya mempunyai hutang ptptn sejak dulu lagi. bolehkah dia membayar caj riba dengan duit riba lain yang diperolehi dari dividen contohnya dari dividen bank konvensional. jumlah asal wang yang dipinjam, isteri saya bayar sendiri. cuma caj riba je nak dibayar dgn duit riba lain. bolehke?
UZAR : bagi yang dah tersangkut sejak dulu, sukar untuk dinasihat kerana tindakan tidak membayar penuh bersama riba akan menyebabkan sdr dikenakan tindakan undang-undang.
Posted by Faizal, on 18-08-2009 15:14, IP 202.60.56.249, Guest
6. Keliru tentang servis perkhidmatan PTPTN
Salam UZAR, Saya masih lagi keliru ttg kadar peratus wang servis perkhidmatan yg setiap bulan bertambah. Sedangkan perjanjian PTPTN semasa pelajar menerimanya berbeza dan tidak dinyatakan berkenaan syarat peratusan servis perkhidmatan ini.
Sebagai contoh, A membayar pinjaman RM 100 sebulan. Tetapi bayaran RM100 ini ditolak RM 15 dan hanya RM 75 sahaja hutang PTPTN A dipotong.
Persoalannya, sampai bila nak habis bayar... sedangkan jumlah yg dibayar lebih banyak daripada jumlah dipinjam.
Kalau macam ini.. PTPTN bukan membantu pelajar.. tetapi mempergunakan pelajar sebagai batu loncatan kepada keuntungan. Macam riba bank konvensional la....
UZAR : SISTEM LAMA memang begitu, rasanya sistem ujrah yang baru tak begitu, jka berdasarkan bacaan saya.
Posted by mohd fauzi bin ishak, on 17-08-2009 14:14, IP 203.109.39.22, Guest
7. tentang PTPTN/ dan hubungan dengan zakat
mengikut pemberian zakat mesti kepada 8 asnaf yang terlibat......miskin salah satu daripada asnaf org yang boleh zakat....kenapa tidak pelajar di malaysia kursusnya org islam diberi wang zakat utk menanggung pengajian mereka yang memakan masa 3-5 thn sedangkan zakat perlu diberikan kepada org yang sedemikian....
adakah pengurusan tidak cekap atau pihak tertentu tidak tahu hukum?...saya bagi satu situasi...seorang anak dari keluarga miskin di kampung mendapat tawaran ke universiti dalam bidang kedoktoran dan memerlukan wang...tapi kita emmbebankan pihak keluarga ini dengan pinjaman yang memang terang-terang memberi beban dan menyusahkan di masa hadapan ....
sepatutunya zakat yang kita war-warkan dengan beratus juta contohnya negeri selangor dengan RM201 juta jika kita campur dengan negeri lain pasti berbilion ringgit. ke mana wang itu yang sepatutnya diagihkan kepada golongan ini dan fakir serta miskin dilaburkan....memang pengurusan duit zakat kita tidak cekap....sepatutnya tidak ada org miskin di Malaysia yg hanya 27 juta sahaja....sedangkan kaum dan agama lain memperuntukkan dana untuk anak bangsa mereka menuntut ilmu secara percuma dan ditanggung oleh persatuan mereka...tetapi org islam tidak ada persatuan mahupun badan untuk membela nasib golongan ini....banyak diwar-war tentang pertolongan sana-sini tetapi mana!!!!cuba saudara tengok di kaca TV dengan bersamamu dengan kesusahan yang melampau di kawasan kg dan pinggir kota banyak lagi kesusuahan org islam...sepatutnya ada badan utk menyelesaikannya... KEMANA DUIT ZAKAT ITU DISALURKAN?Sekarang ISlAm diinjak-injak oleh org bukad islam kerana kita sendiri tidak mengikut undang-undang yang diperuntukkan oleh ISLAM....kita sebenarnya meruntuhkan ISLAM dan menjadikan ISLAM lemah dimata Non-muslim....sedangkan kita negara Islam yang mejoriti 14 juta org adalah org islam di negara ini.....tepuk dada tanya iman.....kita heboh org tak bayar zakat tetapi kita itdak heboh umtuk mencari org yg perlu wang zakat...macammana?
Posted by zainurin, on 14-08-2009 09:06, IP 203.82.79.101, Guest
8. PTPTN btk lama, tp tak pyh bayar
salam UZAR saya nak bertanya, 1. A pada 1998 dpt PTPTN (skim lama), & tamat belajar pd 2002. oleh kerana A dpt kelas pertama, PTPTN bagi pelepasan (tak pyh bayar- dpt free lah senang ckp) So, mcmana keadaan dari sudut syariahnya? 2. Bagi lepasan ijazah yg dah tamat belajar & kene byr balik PTPTN (skim pengiraan iama), apa yg patut dibuat? Blh bayar ikut jadual dia, atau buat personal loan Islam utk bayar? Ye lah, dari mula lg, akad dia dah riba. mcm mana tu UZAR?
Posted by siti, on 12-08-2009 12:18, IP 219.95.108.38, Guest
10. ingin tahu
assalamualaikum,
sekadar ingin tahu, adakah telah berkuatkuasa caj ujrah 1% ini kerana mungkin saya ketinggalan tentang informasi ini, dan penting untuk saya tahu kerana saya juga salah seorang yang sedang tunaikan tanggungjawab untuk membayar semula pinjaman saya.
UZAR : Boleh klik di link yang saya berikan dan baca di situ.Ia telah mula dilaksanakan pada Disember 2008. tetapi hanya bagi pemohon baru, demikian menurut kenyataan akhbarnya. Boleh juga baca di web ptptn.
Posted by Razli Ramli, on 12-08-2009 12:13, IP 219.95.108.38, Guest
11. Tahniah
Assalamualaikum Ustaz,
Tahniah kerana memberi ulasan yang amat jelas tentang skim PTPTN ini. Saya doakan agar pendekatan ini diambil untuk sementara waktu sahaja dan akan menyusul pendekatan yang lebih baik dan diiktiraf oleh para pakar Syariah global.
Posted by Hamad, on 12-08-2009 08:54, IP 60.53.162.28, Guest
12. Pinjaman pelajaran...
Salam...semoga ustaz dirahmati Allah.. Ustaz, aggrement pinjaman pelajaran yg ditandatangi dinyatakan jumlahnya.Surat pembayaran semula dengan potongan juga dinyatakan jumlahnya.Tetapi, apa yg tertera dlm sistem online mereka (bkn PTPTN) adalah tidak sama (melebihi kadar yg dinyatakan dlm surat).Bila ditanya, mrk ada bukti jumlah wang yg telah dimsk dlm akaun sy dulu (bank arab ni x pakai buku akaun.Tunjuk kad je, dia akan bg duit yg telah dimasukkan dlm akaun kita).So, sy berpegang kpd perjanjian dan surat hitam putih yg dikeluarkan oleh mrk sendiri.Persoalannya, apa hukum jika saya hanya membyr (ikut perjanjian dan surat) tetapi tidak membyr lebihan spt yg dipapar dlm sistem online?..TQVM
Posted by abdullah, on 11-08-2009 23:30, IP 203.82.91.103, Guest
13. risau
Salam Uztaz..
Maaf keluar tajuk.. Saya telah mendapatkan modal perniagaan menggunakan kad kredit konvensional. Tapi dalam masa yang sama saya membuat pinjaman peribadi secara islam untuk bayar balik kad kredit tu sebelum kena interest. Tapi belum sempat saya mendapat wang pinjaman peribadi tersebut, kad kredit saya dah kena charge interest. saya nak tahu sgt, adakah halal perniagaan saya itu? minta agar ustaz sudi memberi pandangan dan cara mengatasi.
Terima kasih
UZAR : PERNIAGAAN tu jika halal, then halal untungnya. Modal pinjaman adalah halal, tapi perbuatan meminjam dengan riba adalah haram, ia separate issue.
Posted by Naufal, on 11-08-2009 11:40, IP 203.82.79.101, Guest
14. TAHNIAH
Salam UZAR, Saya sependapat dengan UZAR, dan mengucapkan tahniah kepada pihak2 yg berusaha untuk mnukar sistem lama kepada yang baru, memang kami sebagai mahasiswa dihimpit perasaan curiga dan risau terhadap caj perkhidmatan yg diguna pakai PTPTN sebelum ini, dan saya bersependapat dengan UZAR bahawa isu ini haruslah terus dibincang lagi bagi dpat memperkembangkan ilmu muamalat dalam komuniti umat islam kita pada masa ini, InsyaALLAH segala usaha2 murni ini akan diberkati dan diredhai ALLAH swt. wassalam.
Posted by hamba Allah, on 11-08-2009 08:33, IP 20.134.32.1, Guest
15. kenyataan
salam. uzar, sbnarnya cas 1% tu hanya dikenakan kepada pelajar yang bakal membuat pembiayaan PTPTN. Sedangkan pelajar yang telah membuat pinjaman sebelum diumumkan cas 1% tu masih stick dengan 3%. Maknanya kami yang telah meminjam secara PTPTN dulu masih terlibat dengan riba. Apabila ditanya, mereka berkata bahawa kena kekal berdasarkan contrak yang telah disign dulu.
Posted by mujahidhisyam, on 11-08-2009 08:18, IP 58.26.217.95, Guest
16. PTPTN
assalam'alaikum UZAR. semoga sentiasa dalam rahmat ALLAH.
berkenaan topik kali ni, timbul pertanyaan mengapa majlis fatwa mengambil pendapat minoriti dalam bab ni? tidakkah pendapat majoriti ulama antarabangsa lebih baik?
2. yang kedua, bagaimana kedudukan mereka yang membayar balik ptptn menggunakan sistem sebelum ini? sebab sistem tu sistem riba, jadi adakah dikira terlibat juga dengan riba atau bagaimana?
Posted by REDZUAN, on 10-08-2009 13:02, IP 210.48.222.6, Guest
17. SALAM USTAZ
PENDAPAT SAYA,PTPTN PERLU MEMBERI NOTIS KEPADA PEMINJAM BARU DAN LAMA TENTANG KONSEP PERKIRAAN BAYARAN BALIK INI KERANA SAYA MASIH LAGI MNERIMA REKOD 4% BAYARAN BALIK MENGIKUT KADAR ASAL PERJANJIAN.BERTOLAK ANSUR SKIT KPD PARA PEMINJAM KERANA KAMI MEMPUNYAI BYK KOMITMEN LAIN YANG PERLU KAMI TUNAIKAN
Posted by haziq, on 10-08-2009 05:25, IP 125.199.106.214, Guest
18. Arak 0.00% ?
assalam UZAR yg dikasihi,
jzkk atas artikel ustaz kali ini.
Tetapi saya ada 1 permintaan kepada ustaz. Minta jasa baik ustaz untuk menerangkan berkenaan hukum ARAK 0.00% yang kini makin popular di Jepun dan Amerika dan baru2 ini di Malaysia.
Harap ustaz dapat menerangkan secepat mungkin kerana ramai anak2 muda kita sekarang yang suka nak mencuba kerana mereka katakan ARAK 0.00% itu boleh minum sebab tidak memabukkan.
Moga usaha Ustaz sentiasa diberkati Allah SWT dan diberi balasan berlipat ganda.
sekian, haziq (pelajar kejuruteraan di Jepun)
UZAR : Dalam Islam, arak adalah setiap minuman dan makanan yang boleh memabukkan SAMA ADA BANYAK ATAU SEDIKIT. Mabuk adaalah illah atau indikasi utama sesuatu itu dianggap arak atau tidak.
Satu minuman yang jika minum banyak baru mabuk, tapi jika minum sedikit tidak mabuk, ia TETAP HARAM DAN JATUH DALAM KATEGORI ARAK YANG HARAM.
Adapun jika ia jenis minuman yang tidak memabukkan sekali sama ada minum banyak atau sedikit. Ia BUKANLAH ARAK pada pandangan Islam. dan HARUS DIMINUM walau diberikan nama apa sekalipun. Nama adalah secondary dalam bab ni, yang utama adalah substancenya.
Namun demikian, jika sengaja minum air koosng dan di warwarkan ia sebagai arak, ia jatuh haram bukan kerana air tu jadi arak, tetapi jatuh haram kerana mempermainkan hukum dan mendorong fitnah berlaku.
Posted by General Hoho, on 08-08-2009 19:27, IP 60.50.195.111, Guest
19. Tp belum laksana lagi?
Salam ustz, baru2 ni (bln 5-6) saya pernah ke PTPTN dan bertanya ttg ujrah ni, tp mereka kata belum laksana kan lagi.. dan taktau bila nk implemen sbb manual.. dan untuk layak dpt new agreement ni, mesti byr dulu baki outstanding yg riba' tu..
Posted by SD, on 08-08-2009 12:32, IP 115.132.41.89, Guest
20. caj perkhidmatan
Ustaz,
boleh ke kalau kita caj perkhidmatan seperti UJrah ini berdasarkan, berapa lama kita berhutang?
katakan setiap bulan di kenakan 5 ringgit. kalau peminjam bayar habis dalam bulan pertama, dia tidak akan dikenakan bayaran kecuali bayaran caj daftar (mungkin RM500). selagi peminjam dimasih meminjam, selagi itulah caj perkhidmatan dikenakan.kalau peminjam bayar cepat, kuranglah bayaran nya. jika lambat, banyak laa perlu bayar.
Saya perlu kepastian yang cara ini dapat memberi keadilan kedua-dua pihak. Cuma bila peminjam tidak bayar, jumlah yang perlu dibayar akan bertambah.
Posted by abdrahman mohdtharin, on 08-08-2009 05:15, IP 82.201.206.158, Guest
21. kiraan yg mengelirukan
salam, ini kali pertama ana komen di web ustaz... pada kiraan "Contoh, jika sekiranya pelajar meminjam sebanyak RM12,500, maka kadar upah adalah satu peratus setahun, maka jumlah upah adalah:-
Upah = RM21,000 x 1% x 10 (tahun)
= RM 2,100 "
pada jmlh yg saya boldkn tu, samada 12500 atau 21000
UZAR : OK DAH BETULKAN, tersilap sebab pada asalnya nak masukkan contoh rm12,500. Terima kasih
Posted by Akram, on 07-08-2009 22:58, IP 121.121.75.50, Guest
22. meraikan perbezaan pendapat..
Salam Uzar,
1. penjelasan di para 3..ayat mcm trgantung.. "namun ia adalah lebih baik berbanding konsep caj perkhidmatan sebelum ini yang tidak.....???"
2. Ujrah yg berlandaskan kepada jmlah pinjaman..dgn penuh cermat dan meraikan suasana perbezaan pendapat, UZAR cukup berhemah mmberi pandangan.tahniah.namun, saya juga berpendapat, sesuatu upah TIDAK BOLEH disandarkan pada sesuatu pinjaman tersebut.berstuju dgn pandangan UZAR.
mm, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam..saya dan rakyat Malaysia menaruh harapan besar pada ijtihad kamu...moga, diredhai dan diberkati..