Semasa Islam datang menyinari
dunia kegelapan masyarakat Jahiliyyah di tanah Arab, amat banyak amalan-amalan jahiliyyah
yang dikikis oleh baginda Nabi s.a.w. Bermula dari upacara syirik yang besar,
amalan seharian sehinggalah kepada sekecil-kecil perkara melibatkan cara bergurau
dan sebagainya.
Namun demikian, TIDAK
semua amalan Jahiliyyah ini dibuang terus, sebaliknya sebahagian amalan
Jahiliyyah diterima oleh Islam namun dengan modifikasi, sebagai contoh sistem perhambaan,
sistem peperangan, penggunaan wang emas
dan perak sebagai matawang, sistem ‘Aqilah dalam kes bunuh, sistem qur'ah (cabut undi), jualan muzayadah (lelong) dan banyak lagi.
Semua yang disebut di
atas diterima pakai oleh Islam tetapi beberapa restriction dan pindaan telah dilakukan oleh baginda nabi agar ia selari
dengan kehendak Islam. Pada masa yang sama ia juga tidak terlalu asing dan selesa
dilaksanakan oleh manusia seluruhnya.
Pada masa yang sama,
banyak juga amalan jahiliyyah yang dibuang terus dan digantikan dengan satu sistem
baru yang murni lagi adil, adakalanya ia disebut sebagai alternatif oleh masyarakat
ramai. Namun perlu diingat tidak semua perkara haram yang dilakukan oleh
masyarakat Jahiliyyah silam dan moden, terdapat alternatifnya oleh Islam[1].
Dari senarai panjang,
amalan jahiliyyah yang diharam terus dan disediakan alternatif adalah adalah riba
jahiliyyah.
DEFINISI RIBA AL-JAHILIYYAH
Menurut definisinya Riba Jahiliyyah adalah sebarang manfaat atau kadar tambahan yang lebih
daripada jumlah pinjaman pokok yang dikenakan ke atas peminjam akibat kegagalan
membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan di dalam tempoh yang dipersetujui.
Hasil dari kelewatan itu pemberi pinjaman memberikan
kata dua iaitu menlangsaikan hutang sertamerta atau satu kadar bunga akan
dikenakan bagi memanjangkan tempoh pembayaran semula. Kadar bunga itu boleh
dianggap sebagai denda.
Riba jenis ini amat
popular di zaman Jahiliyyah dan berterusan di zaman Nabi sehinggalah diharamkan
oleh baginda Nabi s.a.w di ketika haji wida' dimana nabi berkata :
إلا إن كل ربا موضوع وإن أول ربا أضعه ربا
عباس بن عبدالمطلب فإنه موضوع كله
Ertinya : Ketahuilah, semua jenis riba telah dihancurkan, dan riba yang
pertama aku hancurkan adalah riba yang Bapa saudaraku Abbas bin Abd Muttalib,
semuanya kini telah dihancurkan. (Riwayat Ibn Hibban, At-Tirmizi)[2]
Ayat popular yang
digunakan oleh masyarakat Jahiliiyah setiap kali sampai tempoh langsaian hutang
adalah :-
إمّا أنْ تَقْضِي وَإمَّا أنْ تُرْبيَ
Ertinya : Sama ada kamu langsaikan hutang atau ia akan bertambah (dan
diberi tangguh)[3]
Contoh semasa Riba Al-Jahiliyyah adalah :-
·Apabila pelanggan
gagal membayar hutangnya kepada bank atau pemberi pinjam pada bulan tertentu seperti tiga bulan
berturut-turut, pelanggan dikenakan denda penalti sebanyak 3 % dari jumlah
hutang berbakinya, ia adalah Riba Al-Jahiliyyah.
·Apabila peminjam
buku di perpustakaan gagal memulangkan buku pada waktunya, pihak
perpustakaan mengenakan denda RM5 setiap hari yang lewat, ini juga satu bentuk
riba. Justeru, jangan sesekali lewat memulangkan buku sehingga dikenakan denda riba.
Undang-undang ini turut digunakan oleh hampir seluruh perpustakaan di seluruh
dunia termasuk di university-universiti Islam menunjukkan kekurangan peka di
dalam bab hukum.
·Bagi mereka yang
dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau
lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu
minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15,
jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara
kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.
Mungkin akan ada pihak yang
keliru dan mempersoalkan cara sesuai untuk mengelakkan peminjam melewatkan
pembayaran dan pemulangan buku.
Topik ini telah
dibincangkan panjang lebar oleh para ulama sedunia, dan pandangan yang
disepakati oleh majority ulama sedunia hukuman yang dikenakan bagi pesalah yang
sengaja melewatkan pemulangan dan segala jenis hukuman tidak ditentukan dalam bentuk
matawang tetapi lain-lain bentuk seperti didenda tidak boleh memasuki
perpustakaan selama dua bulan, atau dirampas passport, di senarai hitam dan
sebagainya.
Jika ia melibatkan denda
dalam bentuk wang, terdapat beberapa ijtihad di kalangan ulama semasa yang akan
disebutkan di bawah.
BAGAIMANA DENGAN PRAKTIS DI BANK
ISLAM ?
Dalam
praktis perbankan Islam mereka turut mengenakan sejumlah wang sebagai gantirugi
atau seperti denda, jumlah ini sebenarnya dianggap sebagai bayaran kos rugi (ta'widh
atau compensation) yang dihadapi oleh bank akibat pelanggan tidak
membayar hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dijanjikan. Pembaca perlu
membezakan bayaran ganti rugi yang dikenakan oleh bank-bank Islam dengan
penalti oleh bank konvensional.
Ganti rugi
atau compensation yang dikenakan oleh bank Islam adalah terhasil
daripada proses jual beli dengan bayaran ansuran yang dijanjikan pada waktunya.
Manakala penalti bank konvensional adalah hasil daripada kontrak pinjaman
semata-mata.
Menurut
sebahagian ulama seperti Syeikh Mustafa Az-Zarqa, Syeikh Muhammad Sadiq
Ad-Dharir, Sheikh Abdullah Bin Mani', Majlis Penasihat Syariah Bank Islam
Jordan, dan Fatwa Persidangan dallah Al-Barakah [4],
keharusan ini berdasarkan ‘Maslahat Mursalat' dan tindakan mengenakan
gantirugi ini adalah harus bagi menyekat orang ramai mempermainkan bank-bank Islam
dengan sengaja tidak membayar atau melewatkan bayaran walaupun ketika mempunyai
wang. Ia dinamakan mumatil yang disebut oleh Nabi SAW:
مَطْلُ الغَنِيُ ظُلْمٌ
Ertinya:
"Penangguhan sengaja (daripada membayar hutang) oleh orang yang berkemampuan
adalah satu kezaliman." (Riwayat Al- Bukhari, no 2167, 2/799)
لَيُّ الْوَاجِد يُحِلُّ عِرْضَهُ
وَعُقُوبَتَهُ
Erti : bagi orang berkemampuan dan
melewatkkan hutang adalah zalim, halal ke
atas mereka hukuman (Abu Daud, An-Nasaie, Ibn Hibban : Sohih)
Kedua-dua
hadis ini menunjukkan haram hukumnya melewatkan pembayaran hutang bagi mereka
yang ada kemampuan. Malah terdapat riwayat silam yang menunjukkan pemerintah
Islam pernah mengurung individu sebegini sehinggalah ia membayar hutangnya. [5]
Ringkasnya, hukuman seperti disenarai hitamkan nama, dirampas passportnya,
dirampas hartanya dan dijual untuk menyelesaikan hutang adalah DIBENARKAN oleh
Islam.
Namun, untuk
bertindak sedemikian dalam konteks semasa, sudah tentu ada di antaranya yang
sesuai manakala tidak sebahagian lainnya, justeru itu memandangkan lemahnya
sifat amanah manusia untuk membayar hutang mereka dan bagi menyekat mudarat
besar daripada berlaku kepada bank-bank Islam dan juga pemiutang, apabila
bayaran ansuran yang dijanjikan tidak dilangsaikan pada waktunya, ta'widh (gantirugi)
akan dikenakan.
BEBERAPA ALTERNATIF
Sebahagian
ulama mengharuskan jumlah gantirugi ini dibayar dalam bentuk wang, digunakan
oleh bank dengan syarat ianya adalah
jumlah sebenar kerugian. Sebarang wang lebih daripada kerugian sebenar tidak
boleh digunakan oleh bank-bank Islam. [6]
Manakala
sebahagian besar ulama lain berpendapat bahawa ta'widh yang dikenakan
oleh bank-bank Islam ini (menurut majoriti ulamasedunia) adalah TIDAK
BOLEH DIMASUKKAN di dalam pendapatan bankIslam, malah
mestilah diagihkan untuk tujuan kebajikan kepada orang miskin dan faqir sahaja.
Inilah yang dilakukan oleh kebanyakan bank-bank Islam di Malaysia
Bagi beberapa
buah bank Islam, mereka lebih cenderung untuk menuruti keputusan majoriti ahli
Majlis Kesatuan Fiqh Sedunia. Konsep yang digunakan adalah konsep sedekahkan
duit (ta'widh atau compensation) kepada faqir miskin adalah
dibuat atas konsep Iltizam at-tabarru' yang disebut di dalam kitab fiqh
mazhab Maliki. Sebagaimana kata Imam Malik :
Erti : Dan perkara yang baik
(ma'ruf) sesiapa yang mewajibkan (berjanji) untuk ditunaikannya, wajib (lazim)
untuknya menunaikannya"[7]
Ia bermakna
semua pelanggan memberikan komitmen jika ia gagal memenuhi janji untuk membuat
pembayaran hutangnya kepada bank dalam waktu yang telah dipersetujui. Ia
berjanji akan bersedekah dan melantik pihak bank untuk mengagihkannya.
Bagaimanapun,
tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa buah bank Islam di Malaysia mengambil
pandangan ulama yang lebih ringan, iaitu mereka tidak mengehadkan penggunaan
wang ta'widh (compensation) kepada faqir miskin sahaja. Justeru,
sebahagian bank Islammengambilnya dan digunakan untuk kegunaan mereka.
Perkara ini mungkin telah disahkan harus oleh majlis penasihat Syariah
masing-masing.
Justeru, ia
telah selesai dengan ijtihad majlis penasihat Syariah masing-masing.
Di
kebanyakan bank Islam, jabatan Syariah dan majlis penasihat Syariah yang akan
memantau. Malah keputusan majlis penasihat Syariah juga mewajibkan akaun yang
diasingkan bagi tujuan ini. Hasilnya, setiap jumlah yang terkumpul daripada ta'widh
akan terus masuk ke akaun khas seperti charity contohnya. Ia pula
tidak boleh disalurkan kepada charity kecuali setelah disahkan layak oleh
majlis penasihat Syariah. Ini bagi mengelakkan berlakunya pilih kasih dan
kronisme dalam pembahagian.
Kesimpulannya,
isu ini dibawa ke persidangan ilmuan Syariah di peringkat Malaysia khususnya
Bank Negara Malaysia. Hasilnya keputusannya menyebut, bagi menyekat kecuaian
sengaja ini, maka diharuskan mengenakan denda ta'widh dengan syarat ia
adalah kerugian sebenar yang ditanggung oleh pembiaya. Penentuan kadar rugi ini
akan ditentukan oleh Bank Negara Malaysia. [8]
Selain itu kadarnya adalah 1 peratus sahaja dan ia tidak bersifat compounding.Dan jauh lebih rendah berbadning kadar denda
yang dikenakan oleh bank konvensional.
Pembaca
perlu faham bahawa penalti yang dikenakan oleh bank konvensional adalah compounding
iaitu penalti ini akan dimasukkan dalam jumlah pinjaman dan jika penalti dikenakan
lagi, maka peratusan penalti akan disandarkan kepada jumlah pinjaman asal yang
ditambahkan dengan penalty. Ia amat pedih dan perit serta zalim dan menindas.
Malangnya ia
kerap tidak dimasukkan dalam KIRAAN apabila perbandingan cuba dibuat oleh Islam
terhadap produk bank-bank Islam dan konvensional. Hasilnya, mereka berterusan
berada dalam kegelapan.
[1]InshaAllah saya
akan cuba menghuraikan hal ini kemudian.
[2]Hadis ini
mempunyai beberapa lafaz yang lain namun dengan maksud yang sangat hampir. Dianggap
sohih oleh Ibn Hibban & Ibn Khuzaimah. Syeikh Arnaout berkata : Sanadnya
sohih di atas syarat imam Muslim.
[3]Al-Jami' Li Ahkam
Al-Quran, Muhammad Bin Ahmad Al-Qurtubi, Dar al-Fikr, Syria, Jil 3, hlm 324
[4]Musykilat ad-Duyun al-
Mutaakhirat, Dr.
Muhyidin Al-Qurra Daghi, International Syariah Dialogue, BNM, 8 Nov 2006
Posted by Iska, on 16-08-2009 23:01, IP 115.132.140.38, Guest
2. Jual beli rumah
Salam Ustaz. Sy mempunyai sebuah rumah utk dijual. Seorg pembeli bersetuju utk membeli rumah tersebut dan dlm perjanjian kami, sy bersetuju utk memberi tempoh 4 bln kepada pembeli utk menyelesaikan urusan pinjamannya dan sekiranya gagal deposit akan hangus jika dia menarik diri atau dia akan dikenakan penalti dgn membayar jumlah ansuran bulanan kpd pihak bank sekiranya masih ingin meneruskan pembelian.
Adakan jumlah ansuran bulanan itu dikirakan sebagai riba memandangkan kerugian yg sy tanggung kerana memberi tempoh lanjutan kpd pembeli tersebut. Terima kasih
UZAR : soalan yang baik, dan pelru dikongsi kepada lebih ramai pembaca. Saya akan terbitkan sebagai soal jawab pilihan. Baca di sana nanti ye.
Posted by Padimalinja, on 15-08-2009 16:05, IP 120.141.35.40, Guest
3. UZAR, Saya masih kurang faham
Salam UZAR. saya masih kurang faham ttg denda bagi lewat hantar tugasan. Jika lewat satu hari, anak murid saya akan didenda dengan RM2. Jika lewat dua hari, denda akan meningkat kepada RM4 dan seterusnya denda akan meningkat lagi jika masih tidak menghantar tugasan. kaedahnya macam sama dengan saman parking tadi apabila denda tadi menjadi hutang jika lewat dibayar. Macam mana ye ust?
UZAR : sama jika denda RM2 lewat dibayar, maka dia naik jadi RM4, ia riba.
Tak sama jika satu harga. lambat hantar kena RM 2..full stop. yang saya maksudkan tak ada kena mengena dengan riba adalah yang kedua.
Posted by asray, on 15-08-2009 15:40, IP 130.102.0.170, Guest
4. denda jahiliyah - rumah sewa
saya ada rumah disewakan. dalam kontrak ada saya tetapkan, jika penyewa tamatkan sewaan awal, maka dia kena tanggung sewa itu sehingga ada penyewa baru mengambil tempatnya atau tamat tempoh kontrak asal. contonya: kontrak 12 bulan. sampai bulan ke 10 dia kena pindah, maka disini dia kena bayar sewa 2 bulan terakhir walaupun dia tak tinggal di rumah tersebut. adakah kes ni termasuk dalam riba juga?
UZAR : soalan ni bagus untuk dikongsi dengan ramai pembaca, nanti saya buatkan saya jawpaan khsusu dalam artikel. inshaallah
Posted by Saif al-Bahri, on 15-08-2009 03:11, IP 158.116.192.145, Guest
5. Riba dalam saman?
Salam Ustaz,
Ustaz tulis: Quote
Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.
Maaf kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.
UZAR : Apa yang perlu sdr faham adalah riba duyun boleh terbentuk dari tiga kontrak
1) pinjam duit dan aset : disyaratkan tambah masa pulang = riba
2) pembelian secara hutang : lamabat bayar, ditamabah nilainya = riba
3) diberi pinjam barang : lambat pulang dikenakan denda berbentu duit, tatkala itu HUTANG TERBENTUK, APABILA yang berhutang lambat bayar, kos tambahan dikenakan = riba
contoh yang sdr kurang faham tadi termasuk dalam kategori 3.
Anak murid lambat hantar assignment tiada kena mengana kerana tiada hutang duit terbentuk hasil dari kelewatan serah.
Posted by Padimalinja, on 13-08-2009 17:40, IP 120.141.157.96, Guest
6. denda anak murid..
Salam UZAR. Kalau saya seorang guru, kemudian saya mendenda anak murid saya yang lewat hantar assignment dengan denda RM2 sehari lewat..adakah itu dibenarkan ust? zalim x ust?
UZAR : HANTAR assigment bukan didasari aqad pinjam dan bukan juga terbentuk sebarang unsur hutang wang. Justeru dendanya sedemikian tidak termasuk. Zalim atau tidak adalah persoalan yang berasingan.
Posted by bukan pelajar syariah, on 13-08-2009 10:19, IP 210.19.117.149, Guest
7. minta pencerahan
assalamualaikum saya kurang faham dengan contoh ketiga riba aljahiliyyah yang ustaz berikan; berkenaan denda saman lalu lintas. sekadar kefahaman saya yang sedikit ni, riba berlaku dalam akad pinjaman & petukaran barang ribawi. jadi bagaimana perbezaan bayaran denda disebabkan masa boleh tergolong dalam riba yang ini? saya tak dapat nampak konsep pinjaman atau pertukaran barang ribawi dalam contoh ni. kalau boleh ustaz tolong perjelaskan lagi. syukran
UZAR : SATU ARTIKEL BARU KHAS UNTUK SOALAN SDR TELAH DIBUAT, SILA BUACA DI RUANAGN SOAL JAWAB PILIHAN
Posted by Hamba Tuhan, on 12-08-2009 19:29, IP 203.82.91.103, Guest
9. Tanbihat
Ana rasa hadith DJ 'DH',/ tu, barisnya kurang tepat... Mungkin ust x sempat perhatikan barisnya masa naqal dari kitab. Jadi, ini maklumat tepatnya : 'NDDQNJQ (P'DRAN*R-P 'DREN7RDO EPFR DNHNI JNDRHPJ . 'DRHN',P/O (P'DR,PJEP 'DR:NFPJQ EPFR 'DRHO,R/P (P'D6QNEQP (PEN9RFNI 'DRBO/R1N)P Sumber : FathulBari
Posted by RIZAL, on 12-08-2009 09:25, IP 203.82.79.101, Guest
10. hal ehwal riba
Assalamualaikum Ustaz, Semoga dalam lindungan Allah SWT sentiasa. Baru2 ini, sy telah memohon pinjaman kenderaan secara islamic. Malangnya ditolak atas alasan rekod kredit tidak cantik. Saya cuba buat kali kedua di institusi islamic lain. Jawapannya tetap menghampakan. Jururual cuba buat permohonan pinjaman konvesional. Peliknya, pinjaman saya lulus. Saya tidak berpuas hati lagi dan cuba buat pembelian kereta dgn dealer yang lain. Jawapannya tetap sama. Permohonan di 2 perbankan islam ditolak dengan alasan yang sama dan pinjaman konvensional lulus. Soalan saya, adakah dalam situasi ini dikira sebagai "darurat" untuk mengambil pinjaman konvensional kerana saya amat memerlukan sebuah kereta kedua. Harap dapat ustaz bantu saya yang naif ini. Terima kasih.
UZAR : jawpaan telah saya tulis dalam artikel khas, sila cari guna carian