Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Asri Rabbani : Selimut Putih Pembalut Badan
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 62 guests online
PDF Print
User Rating: / 17
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 13-08-2009 19:30
Views 10690    
Favoured 11

Bila Izrail Datang Memanggil

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

asriibrahim.jpg

 

Membuka laman berita-berita Malaysia sejurus solat subuh hari (4.30 pagi UK = 11.30 pagi Malaysia) menemukan saya dengan berita yang menyedihkan. Ustaz Asri Ibrahim, volkalis kumpulan Rabbani pergi selama-lamanya menemui ilahi. Takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Al-Marhum Ustaz Asri Ibrahim atas pemergian abadi ini.

Pemergiannya dikaitkan dengan sakit jantung yang kini semakin banyak menragut nyawa orang muda. Ia bukan lagi sebuah penyakit orang tua.  Saya sendiri pernah diserang sakit yang sama (99 % arteri utama sebelah kiri tersumbat) dan hampir-hampir menemui ajal pada tahun 2004 di Jordan. InshaAllah akan saya kongsikan pengalaman serangan tersebut dalam tulisan-tulisan mendatang. Cuma, itulah penyakit jantung yang skeali menyerang orang muda, biasanya adalah penamat, namun Alhamdulillah Allah swt masih memberi saya ruang dan peluang untuk terus berusaha menyiapkan bekal di sana.

TERPUKAU DEK SUARA MERDU

Berdasarkan ingatan saya, nasyid-nasyid nadamurni mula menyentuh minda dan hati saya pada tahun 1990 dengan lagu-lagu seperti To'laal Badru ‘Alayna, Maulana ya maulana, Selimut Putih, Di Pondok Kecil, Selawat dan lain-lain.  Hampir semua nasyid-nasyid nadamurni pasti menjadi kesuakaan saya, malah boleh dikatakan saya amat terpukau dengan suara solonya yang ketika itu saya kira, suara yang paling indah pernah saya dengari. Suara beliau begitu tawadhu dan insaf ketika bernasyid, tidak seperti beberapa penasyid muda hari ini yang nasyidnya berbunyi ssperti suara orang bercinta mendayu-dayu. Selain itu, sauara beliau juga amat natural, tanpa perlu banyak sentuhan sound engineering.

Selain suara Ust Asri, ketika itu saya juga amat ‘mabuk' dengan bacaan al-Quran oleh Ustaz Ismail Hashim.

 

 

Video : salah satu nasyid yang memukau saya awal 90 an

 

Suara muda Ustaz Asri ketika itu amat lunak, merdu dan menusuk ke jiwa menyebabkan saya terus mencari nasyid-nasyid nadamurni selepas itu, selain itu juga sibuk mencari jalan untuk mengenali vokalis yang bersuara luar biasa itu. Namun pencarian di ketika itu amat sukar, kerana tiada web, tiada gambar, tiada macam-macam.

Beberapa tahun selepas itu, saya berjaya menghadiri persembahana nsyid  nadamurni secara live, di Kuala Lumpur. Tatkala itu tersebar berita bahawa persembahan seni suara ustaz Asri yang amat merdu, dengan mesej Islam serta dihiasi dengan persembahan konsert dan laser yang mantap telah menjadi salah satu sebab kepada beberapa orang bukan Islam untuk memeluk Islam.

DAPAT BERTEMU

Di awal tahun 1990an (tidak ingat secara tepat), saya berjaya bertemu beliau secara face to face apabila kumpulan nasyid sekolah (SMAP Labu) membuat rakaman album pertama mereka di studio Nadamurni di sungai Penchala. Namun tidak banyak yang mampu saya ingati.

Hanya pada tahun 1996, saya sekali lagi dapat bertemu secara peribadi dengan al-marhum yang ketika itu, kami (Jawatankuasa Kerohanian Kolej) jemput beliau bersama kumpulannya untuk membuat persembahan di kolej kediaman kelapan, Universiti Malaya. Kuala Lumpur.

Tutur kata dan perawakannya yang lembut tentunya memikat ramai sahabat-sahabat untuk menjadi rapat dengan beliau.

Kali terakhir bertemu dengannya adalah semasa pesta buku antarabangsa Kuala Lumpur 2008. Sebelum itu juga telah beberapa kali terserempak dengan beliau di pelbagai jenis program, dan setiap kali bertemu, beliau pasti akan mengingati hari pertemuan kami di Kolej Kediaman Kelapan.

Setiap kali bertemu, saya akan teringat betapa minatnya saya dengan suaranya khususnya di awal tahun 90 an dahulu, teringin rasanya untuk mengungapkannya di hadapan tuan punya suara, tetapi setiap kali itu jugalah saya batalkan hasrat tersebut, dengan niat untuk tidak merosakkan niat dan menguji beliau dengan perasaan kurang sihat di sisi agama. Nampaknya hasrat itu tidak mungkin lagi untuk direalisasikan selama-lamanya.

AKHIRNYA

Begitulah sedikit coretan ringkas mengingati keterkaitan saya dengan almarhum. Akhirnya, saya berdoa kepada Allah swt agar memberikan belas, rahmat dan ihsan terbaik buat almarhum serta mengurniakan keampunan atas segala jenis kesilapan yang dilakukannya.

 

asrirbni.jpg

 

Buat ahli keluaraga al-marhum, tabahkan diri dan teruskan hidup dalam kerehdaan Allah. Kami doakan anda semua tabah.

Bilakah pula giliran kita? Dan dapatkah jantung kita melaksanakan tugasnya bertemu Ramadhan akan datang ini. ??

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Sha'ban 1430 H

13 Ogos 2009

 

 

 


Last update: 17-08-2009 20:29

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (16) RSS feed comment
Posted by mastura, on 04-09-2009 12:56, IP 202.185.32.240, Guest
1. persoalan saya..
1-apakah kelebihan meninggal di bulan ramadhan? 
2-bolehkan rakam gambaq jenazah yang dimandikan untuk tujuan kenang-kenangan?dan bolehkan kita menyimpannya..harap tolong jelaskan pada saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by man, on 04-09-2009 09:15, IP 121.121.237.9, Guest
2. Hebatnya Ustaz Asri
Assalaamu'alaikum 
Walau pun saya tak pernah bertemu Ustaz Asri tapi bila mendapat tau kematiannya saya terus menitiskan air mata kerana saya rasakan beliau bagaikan seorang sahabat yg banyak memberi saya keinsafan dengan nasyiknya yg amat meresap ke hati terutama lagu 'Pergi Tak Kembali'. sejak album lagu ini diterbitkan beberapa tahun lalu,saya tak pernah jemu mendengarnya berulang kali..lagu ini banyak memberi keinsafan setiap kali saya mendengar dan menghayati lirik-liriknya. 
Semoga Ustaz Asri dicucuri rahmat Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 27-08-2009 09:14, IP 202.170.57.244, Guest
3. pemergian suami tercinta
assalamualaikum ustaz, 
1)setelah pemergian suami tersayang telah menginsafkan saya. Setiap hari,waktu dan saat saya menghadiahkan ayat-ayat suci kepadanya.Saya tahu itu adalah ketentuan illahi tetapi kenapa saya sering merindunya dan bagaimanakah saya harus mengatasinya kerana saya masih mempunyai anak2. saya seorang yang bekerja tetapi kematian mengejut suami telah menjadi saya seorang yang pendiam walaupun saya tahu kita harus meneruskan hidup ini. Saya sering berdoa bila tiba masanya agar suatu hari saya akan dipertemukan dengannya disyurga.Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by MOHD YUSUF BIN ABDUL RAHMAN, on 24-08-2009 14:22, IP 218.111.231.138, Guest
4. TAKZIAH
TIAP2 BENDA YANG BERNYAWA PASTI AKAN MATI MENAHADAP ALLAH TAALA OLEH ITU MANUSIA YANG HIDUP HARUS BERTAUBAT KEPADA ALLAH TAALA KERANA KEPADA DIALAH KITA AKAN DIKEMBALIKAN.SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA PENERIMA TAUBAT.KITA HARUS MENYESAL ATAS PERBUATAN KITA WALAUPUN TDAK BERDOSA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Megat Ismail Akil, on 21-08-2009 23:04, IP 60.53.185.15, Guest
5. Ramadhan
Itulah ketentuan Ilahi... 
 
Salam Ramadhan al mubarak buat ustaz serta keluarga diperantauan...
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah.., on 19-08-2009 12:13, IP 203.82.92.155, Guest
6. Pemergian Ayah Tersayang...
Assalamualaikum ustaz.. 
ustaz saya ada beberapa soalan.. ayah saya juga baru meninggal hari yang sama dengan ustaz Asri meninggal.. 
 
1.Betul ke setelah jenazah dikebumikan, ia akan pulang ke rumah untuk melihat ahli keluarganya? dan bilakah mereka akan pulang?  
2. Adakah setiap doa anak dan isteri akan sampai terhadap si mati?  
3. Adakah dosa orang yang hidup telah dimaafkan oleh si mati walaupun dengan kematian mengejut sehingga ahli keluarga tidak berkesempatan meminta maaf darinya? 
 
UZAR :  
1) tidak betul kerana bercanggah dengan firman Alla surah al-mukminum ayat 100 
2) Sampai semuanya, malah doa orang luar yang bukan ahli keluarga juga sampai 
3) Ia tidak dapat dijawab, hanya si mati boleh menjawabnya, selebihnya pohonlah kemafaan dari Allah swt.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Mohd Yusuf, on 17-08-2009 12:44, IP 60.50.7.128, Guest
7. Permata Yang Dirindui..
Salam... 
 
Batin saya berkecamuk..tetapi disinari nur keinsafan yang amat terang.  
 
Sungguh benar diri ini menjadi saksi dimana lagu2 alunan ust asri yang menyentuh kalbu lalu dengan izinNya menjadi asbab untuk diri ini berasa hampir denganNya. 
 
Xkan ku lupakan jasamu ust asri dlm membimbing kalbu ini melalui nyanyianmu..ku pohon semoga Allah menghadiahkan 1001 KEAMPUNAN kpdmu..
 
» Reply to this comment...

Posted by Shaharuddin bin Abdul Shatter, on 15-08-2009 23:08, IP 203.82.79.101, Guest
8. sebutir permata yang tiada galang ganti
jatuh juga air mata saya bila mengenangkan arwah. walaupun tak pernah jumpa atau kenal scara saya bgitu terkesan dengan dgn kehilangan ini. mlihat waliau mejah arwah pun telah melahirkan rasa kasih thadap beliau. dengan apa yg telah arwah sumbangkan insya Allah beliau diberikan tempat yg istimewa 'disana' Smg roh arwah dtempatkan dkalangan para orang briman.
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr Aisyah, on 15-08-2009 14:31, IP 60.50.97.112, Guest
9. sekujur badan berselimut putih...
salam semua, 
Takziah pada isteri, anak2 dan keluarga ust Asri dengan pemergian Allahyarham. Selalu dengar lagu2 Rabbani kat IKIM.fm dan baru2 ni suami beli CD Nadamurni, asyik sungguh dengar alunan suara ust Asri yg lunak dan merdu. 
 
Saya betul2 terkesan dgn pemergian beliau. Beliau seorg selebriti yg dihormati dan sedang berada di puncak kerjaya- 'peak of career',anak2 pun sedang meningkat remaja, namun bila sampai saat dan ketikanya... tak cepat sesaat dan tak lambat sesaat, maut tetap datang menjemput. 
 
Saya betul2 insaf krn terfikir bagaimana keadaan saya bila ajal datang nanti...  
adakah cukup bekalan untuk dibawa menghadap Allah?  
adakah kita akan pulang menghadap Tuhan dgn membawa sekeping hati yg bersih dr segala dosa?  
adakah dosa2 kita selama ni Allah dah ampunkan?  
adakah amalan2 soleh kita selama ni jauh dr unsur2 riak dan diterima Allah? 
Bagaimana keadaan kita pd malam pertama di dalam kubur?  
mampukah kita menghadapi himpitan kubur dan lain2 fitnah kubur?  
bolehkah kita menjawab soalan mungkar dan nakir yg sudah pun 'bocor' semasa di dunia? 
bagaimana keadaannya alam roh kita nanti? adakah kubur kita menjadi st dr taman2 syurga atau st dr lubang2 neraka? nauzubillah.. 
Bagaimana keadaan kita semasa di Padang Mahsyar nanti?  
Adakah kita akan mendapat syafaat Rasullullah saw dan bernaung di bawah Arasy Allah?? 
Adakah kita terima buku amalan kita dgn tangan kanan atau tgn kiri? 
Lepaskah kaki kita melintas titian siratul mustaqim? 
dan kemuncaknya... ke syurga atau ke neraka...??? 
 
Ya Allah, selamatkan kami dari siksa kubur.. 
Sama2 kita berdoa diberi peluang oleh Allah utk bertemu Ramadan al mubarak minggu depan dan menanam azam untuk 'speed'kan amalan2 sbg bekalan di sana sementara jantung kita masih berdegup... 
 
Ust Asri.. pemergianmu sungguh memberi kesan di hati ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by kenaly, on 14-08-2009 15:16, IP 203.106.54.151, Guest
10. Pergi tak kembali
Saya pun teringat album beliau Munajat dan Cahaya di ufuk timur sewaktu almarhum masih bersama Nadamurni...nyanyian dan hasil seni yang mengasyikkan dan menginsafkan. 
 
Semoga almarhum dicucuri rahmat dan keredhaan Allah, serta mendapat syurga yang diidam-idamkan selama ini. Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Hannan, on 14-08-2009 12:27, IP 115.133.128.37, Guest
11. Takziah...
salam, 
 
18 JAM SEBELUM ASRI IBRAHIM (RABBANI) PERGI TAK KEMBALI......al-Fatehah! 
 
Link Text
 
» Reply to this comment...

Posted by am0i Ida, on 14-08-2009 10:57, IP 203.82.79.101, Guest
12. Bila Izrail Datang Memanggil
Al-fatihah buat Ustaz Asri.. 
 
Tak sangka beliau mempunyai blog juga http:// asrirabbani.blogspot.com 
 
Semoga Allah menempatkan almarhum dikalangan hambaNya yang soleh, ameen...
 
» Reply to this comment...

Posted by sarjantulang, on 13-08-2009 22:30, IP 118.101.52.49, Guest
13. al-fatihah
salam, 
 
saya antara yg mengetahui awal pemergian ustaz Asri pagi tadi...isteri saya sms saya...dia dapat tahu dari kawan yg rapat dgn al-marhum asri.....saya pada mulanya terkejut dan anggap khabar angin... 
 
tp selang beberapa saat lepas itu, saya taip kt google...memang benar....beberapa saat kemudian, keluar di utusan dan bharian online.....terkejut saya,.. 
 
begitulah kita manusia ini....bila2 masa, tak kira dimana sedang berbuat apa sahaja, pabila sudah tiba waktu ajal kita, tidak akan tertangguh walau sesaat..... 
 
SOALAN utk UZAR: bolehkah kita mendengar lagu2, melihat video2 klip, atau apa sahaja selepas kematian beliau?? 
 
sarjantulang 
 
 
UZAR : selagi video2 dan rakaman2 itu mengandungi mesej yang baik dan nasihat dan mendidik & tidak bercanggah dengan hukum Islam, ia boleh dilihat.  
 
Malah jika ia berbentuk nasihat tentunya ia adalah satu amal jariah untuk si mati atas penyebaran ilmunya yang boleh dimanfaatkan orang lain/
 
» Reply to this comment...

Posted by Halim, on 13-08-2009 22:24, IP 210.48.222.6, Guest
14. nak tanya
salam ustaz. pada pendapat us adakah pemakanan pada zaman sekarang byk menjurus kepada penyakit jantung ketika usia muda? boleh berikn contoh tak us? cth pemakanan us di Jordan sekali. 
 
UZAR : Menurut doktor yang merawat saya di Jordan, saya kena bukan sebab makanandan kolesterol sangat, tapi disebabkan 1) Keturunan (genetic) 2) stress
 
» Reply to this comment...

Posted by nesloais, on 13-08-2009 21:59, IP 60.51.27.86, Guest
15. Assalamualaikum
Pemergian beliau satu kehilangan besar dalam industri nasyid negara. Dalam bulan puasa ni rancangan Syahadah (terbitan RTM) daripada musim pertama lagi telah menggunakan suara beliau sebagai lagu tema (Syahadahh.. satu lafaz berbeza resam.. boleh didengar selanjutnya di http://www.youtube.com/watch? v=oxASlH7h1lA). Nampaknya musim Syahadah kali ni kalau dgr lagu temanya akan berasa agak sedih lah..
 
» Reply to this comment...

Posted by laniza2, on 13-08-2009 21:45, IP 115.135.131.87, Guest
16. Amal Kehidupan
Begitulah 'adat kehidupan', hidup lawannya 
mati. Bekalan apa yang nak dibawa dan adakah bekalan itu boleh pula digunakan ketika diperlukan? Hidup yang sementara  
adakah dipenuhi dengan Amal Kehidupan pengabdian kepada Allah. Us. Asri meninggal dunia ketika "dalam amalnya". 2 minggu lepas , kita juga dikejutkan oleh pemergian seorang 'artis' dalam suassana yang hampir sama dengan Us Asri . Suasana yang macama mana agaknya ketika kita pulak dijemput Allah? Renung-renungkan.... 
 
Laniza2 
www.laniza2.blotspot.com
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom