Menghargai usaha yang
dilakukan oleh rakan-rakan, yang bersusah payah mengedit dan menerbitkan
petikan ceramah-ceramah saya yang lepas di ruangan youtube, saya merasakan ada
baiknya saya pilih beberapa video yang baik untuk dikongsikan bersama para
pelawat web ini. Moga ada manfaat yang boleh diperolehi dari petikan kuliah
tersebut.
Saya pecahkan
petikan-petikan ini berdasarkan topik yang disampaikan agar lebih mudah dipilih
oleh para pembaca dan pendengar.
Oleh
kerana setiap ceramah ini dilaksanakan di tempat-tempat yang berlainan, maka
kemungkinan untuk saya menyebut isi dan kandungan yang sama adalah besar. Ia
adalah kerana setiap kali bertemu dengan pendengar yang baru, sukar untuk saya
terus naik ke level ke seterusnya sebelum menyentuh isu asas atau basic
terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, isu advance atau berlainan hanya akan diulas
apabila saya melakukan kuliah di satu-satu tempat secara bersiri atau
menggunakan kitab atau pun diberikan tajuk secara khusus oleh pihak penganjur.
Justeru,
saya berharap walaupun di beberapa ketika dan tempat, isu yang dihurai adalah
sama, harapannya ia tetap masih boleh memberi banyak manfaat buat pendengar,
walau mereka mendengarnya berulang kali, kerana ulasan saya mungkin berbeza.