Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 68 guests online
PDF Print
User Rating: / 110
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 26-08-2009 16:30
Views 27746    
Favoured 18

Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

araksebat.jpg

 

Negarawan Malaysia, Tun Dr Mahathir, berkata di dalam blognya : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Beliau kemudiannya berkata :

"Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?
Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan."

Sebagai menyahut pertanyaan Tun tersebut, saya sediakan artikel ringkas ini memberikan input kepada beliau dan mereka yang masih tertanya-tanya.

ARAK DAN STATISTIK KEBURUKANNYA

Sebelum saya menghuraikan secara ringkas jawapan bagi persoalan Tun Dr Mahathir, izinkan saya meningingatkan pembaca berkenaan arak dan statistik keburukannya, sehingga menyebabkan Islam begitu bersungguh melarang dan meletakkan undang-undang ke atas peminumnya juga. Ia sebenarnya tidak lain kecuali untuk mengutamakan keadilan umum, di atas hak individu.

Menurut statistik rasmi di United Kingdom, Alcohol-related crime adalah seperti berikut :-

* Hampir 45 - 46 % kejadian jenayah, mangsa meyakini bahawa penyerangnya di bawah pengaruh alkohol (arak).

* Angka tadi naik kepada 58% dalam kes serangan oleh individu yang tidak dikenali.

* 39% keganasan dalam rumahtangga melibatkan alkohol (arak)

* Hampir sejuta serangan ganas yang berlaku dalam tahun 2007-2008, dipercayai dilakukan oleh mereka yang sedang mabuk atau separa mabuk.

 (Source: British Crime Survey 2007/08)

Manakala di Russia pula, sekitar 72 % kes pembunuhan adalah berkait dengan akibat minuman arak. 42 % pula kes mati bunuh diri hasil dari arak. Menurut Prof Nemtsov, Russia kehilangan (mati) rakyatnya seramai 500,000 ke 750,000 akibat arak. ( sumber )

Tanpa had dan kawalan berkesan, lebih menggerunkan di UK statistik menunjukkan 30% kanak-kanak berumur 11 hingga 15 tahun turut minum arak sekurang-kurangnya sekali seminggu.  

Selain penyebab jenayah, arak juga turut memberi impak amat buruk kepada kesihatan.

Seorang doktor di London memaklumkan purata umur pesakit dari kesan arak adalah berumur 20 ke 30 tahun, sebelum ini biasanya mereka yang berumur 50 tahun ke atas sahaja yang kerap ke hospital akibat arak. (rujuk)

Dilaporkan oleh organisasi kesihatan, di United Kingdom jumlah penduduk yang dirawat akibat penyakit dari kesan minuman arak bertambah dua kali ganda sejak sepuluh tahun lepas.

Secara purata rakyat Britain 'menelan' arak sebanyak 9.6 liters arak keras dan tulen secara tahunan, ia lebih dahsyat dari Russia yang mencatatkan 8.7 liter sahaja. Sedangkan Russia diwartakan sebagai negara yang terbanyak ‘peminum arak' sebelum ini.

Hasil dari petikan statistik ringkas ini, adakah masih terdapat pemimpin yang begitu ‘TIDAK BERTANGUNGJAWAB' sehingga sanggup mempertahankan penjualan arak dengan MELUAS tanpa kawalan dan hanya beriman dengan ‘kawalan diri'?, disamping membawakan hujjah hak kebebasan individu, bangsa, agama tertentu dan hak syarikat?.

Sebenarnya, membenarkan penjualan arak adalah satu pencabulan hak bagi majoriti masyarakat Malaysia yang lain, kerana ia mendedahkan individu lain dalam keadaan bahaya sebagaimana yang berlaku di UK, Russia dan lain-lain negara aktif arak.

HUKUMAN MINUM ARAK DALAM ISLAM

Dalam Islam, arak itu sendiri adalah haram atau dilarang. Sama ada minum sedikit atau banyak adalah sama sahaja larangannya. Demikian juga dadah. Sabda Nabi s.a.w

ما أسكر كثيره فقليله حرام

Ertinya : Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram ( walaupun belum memabukkan) ( Riwayat Ahmad, Tirmizi, Abu Daud : Ibn HIbban : Sohih )

Ayat al-Quran dan hadis berkenaannya terlalu banyak dan amat biasa kita baca. Islam mengakui wujudnya manfaat kecil dari arak tetapi manfaatnya adalah berdiri di atas kehancuran pihak yang lain. Sama seperti judi, yang menang sememangnya gembira namun ia menang di atas kekalahan pihak yang lain.

Firman Allah swt :

يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا

"Mereka bertanyakan kepada kamu tentang arak dan judi, katakanlah (kepada mereka) pada kedua-duanya terdapat dosa yang besar dan kebaikan kepada manusia, dan dosa pada kedua-duanya lebih banyak dari kebaikan" (Al-Baqarah : 219)

Lagi Allah menegaskan :-

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan setan. Maka jauhilah ( DIHARAMKAN) perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90)

Terbukti secara teori dalam ilmu Islam dan realiti dari statistik yang diberikan, arak adalah salah satu punca utama jenayah, selagi ruang dan peluang dibuka seluasnya selagi itulah manusia akan melakukan kesalahan mabuk.

Kerana itu nabi menyebut :-

الخمر أم الخبائث

Ertinya : Arak itu adalah ibu kepada kejahatan ( Hadis Hasan : Albani ; Silsilah Ahadith As-Sohihah, 1854)

Gunakan kuasa dengan tepat dan adil, selaras dengan perjuangan kamu. Adil dalam konteks arak adalah mengharamkannya dalam penjualan bebas.

HUKUMAN SEBAT BAGI PEMINUM ARAK

Bagi sesiapa sahaja yang bertanya dari kitab mana, dan buku mana, sumber mana diambil hukuman sebat bagi peminum arak, jawapannya adalah seperti berikut, tindakan mengenakan sebatan bagi peminum arak adalah diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak, antaranya :-

1)   Hadis Nabi :

إذا شربوا الخمر فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم , ثم إن شربوا فاجلدوهم

Ertinya : Apabila mereka minum arak, sebatlah mereka, dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka dan kemudian jika mereka minum lagi, sebatlah mereka ( Riwayat Abu Daud)

2. Hadis Nabi :

أن النبي أتي برجل قد شرب الخمر , فجلده بجريدتين نحو أربعين

Ertinya : Nabi telah didatangi oleh seorang lelaki yang telah meminum arak, lalu telah disebatnya dengan dua pelepah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [1]

3. Hadis Nabi

كان يضرب في الخمر بالنعال والجريد أربعين

Ertinya : Sesungguhnya dipukul (sebat) bagi arak (peminum) dengan kasut-kasut dan pelapah tamar sebanyak 40 kali (Riwayat Muslim) [2]

4.  Hadis Nabi :-

أن النبي صلى الله عليه وسلم : جلد في الخمربالجريد والنعال , ثم جلد أبو بكر أربعين فلما كان عمر ودنا الناس من الريف والقرى , قال : ما ترون في جلد الخمر؟ فقال عبدالرحمن بن عوف : أرى أن نجعلها كأخف الحدود , فجلد عمر ثمانين

Ertinya : Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu Bakar ( di zaman pemerintahannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan, di ketika pemerintahan Umar, beliau meminta pandangan orang ramai dari kampong dan desa lalu berkata : Apa pandangan kamu berkenaan sebatan bagi peminum arak?, lalu Abd Rahman Auf berkata : Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (merujuk kepada sebatan qazf) [3], maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan ( Riwayat Muslim dan Abu Daud)[4]

5. Athar sahabat

قال علي : جلد رسول الله في الخمر أربعين , وأبو بكر أربعين , وعمر ثمانين , وكل سنة وهذا أحب إليّ

Ertinya : Berkata Ali r.a : Rasulullah menyebat peminum arak 40 sebatan, Abu Bakar juga 40 sebatan, Umar menyebat 80 sebatan, semuanya adalah sunnah, dan ini ( merujuk kepada 40 sebatan) adalah lebih aku sukai. ( Riwayat Muslim ) [5]

6. Hadis Nabi

أن رجلا رفع إلى النبي صلى الله عليه وسلم قد سكر ، فأمر قريبا من عشرين رجلا ، فجلدوه بالجريد ، والنعال

Ertinya : Seorang lelaki dibawa ke penghakiman Nabi s.a.w kerana telah mabuk (minum arak), lalu Nabi s.a.w mengarahkan sekitar 20 orang lelaki untuk menyebatnya dengan pelepah tamar dan sepatu ( Al-Bayhaqi)[6]

Jika dikatakan, itu semuadari hadis, maka apakah pula dalil al-Quran yang menyuruh? jawabnya adalah

وَأَنزَلْنَا إِلَيْكَ الذِّكْرَ لِتُبَيِّنَ لِلنَّاسِ مَا نُزِّلَ إِلَيْهِمْ وَلَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَ

Ertinya : Kami turunkan kepadamu Al Qur'an, agar kamu menerangkan kepada umat manusia apa yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan ( An-Nahl : 44)

Maka itulah tugas hadis nabi yang bersumber dari kata-kata, perbuatan dan perakuan baginda Nabi s.a.w yang menjadi penjelas kepada Al-Quran.

PERBEZAAN TASFIRAN ULAMA

Ulama telah bersepakat bahawa mesti dijatuhkan hukuman bagi peminum arak, sama ada ia minum banyak atau sedikit. Namun ulama berbeza pandangan dalam sekurang-kurang dua perkara iaitu :-

1)     Adakah hukuman sebatan ke atas peminum arak adalah dalam kategori hukuman hudud atau hanya ta'zir.

Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud.

Namun demikian, sebahagian ulama lain seperti At-Tabari, Ibn Munzir, As-Syawkani, Ibn Qayyim, Al-Qaradhawi, Al-Uthaymin menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak.

Menurut Al-Qaradhawi, ia terbukti sebagai ta'zir kerana wujud pelbagai dalil yang menunjukkan :-

a-                Jumlah pukulan berbeza mengikut keadaan peminum. Ada yang dikenakan 40 kali dan ada yang dikenakan 80 kali. Sifat hukuman hudud adalah tetap, namun ini berbeza-beza menunjukkan ia hanyalah dari hukuman ta'zir, yang terserah kepada kebijaksanaan hakim menentukan jumlahnya.

b-                 Dalam salah satu hadis yang tesebut di atas, Abd Rahman Auf r.a mencadangkan kepada Umar agar diletakkan hukuman yang paling rendah berbanding hudud, ini menunjukkan hukuman ini adalah ta'zir kerana menurut majoriti ulama, hukuman ta'zir tidak boleh melebihi hudud.

c-               Cara penjatuhan hukuman juga berbeza, ada yang disebat menggunakan sepatu, ada yang menggunakan tangan, baju dan sebahagian lain menggunakan pelepah tamar[7]. Tidak mungkin hukuman ini dari jenis hudud jika sedemikian kerana hukuman hudud semestinya fixed atau tetap jumlahnya.

Berdasarkan penelitian terhadap dalil dan perbincangan para ulama yang panjang lebar dan mendalam, secara peribadi saya cenderung kepada hukuman ini adalah ta'zir dan bukan hudud. Wallahu'alam.

2)      Jumlah sebatan yang perlu dikenakan.

Dalam hal ini, para ulama terbahagi kepada dua kumpulan :-

Pertama : Mazhab Hanafi, Maliki, At-Thawry dan Hanbali  : Sebatan sebanyak 80 kali sebatan sama ada lelaki atau perempuan.

Kedua : Mazhab Syafie : 40 kali sebatan sahaja. Namun jika hakim mendapati kesalahannya berat, hakim boleh menambah sehingga 80 kali sebatan, dan lebih dari 40 sebatan itu dikira sebagai ta'zir , manakala 40 sebatan yang awal adalah hudud.

 

BOLEHKAH PESALAH TIDAK DISEBAT?

Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia.

Jika Hudud

Jika kesalahan meminum arak diterima sebagai kesalahan hudud sebagaimana pandangan mazhab Syafie. Pesalah tidak boleh dielak dari hukuman sebat tadi kerana hukuman sebat dikira sebagai hak Allah swt. Hak Allah perlu didahulukan dari sekalian hak makhluk dan sesuatu itu termasuk dalam hak Allah apabila kemudaratannya meluas dan umum, seperti zina, riba, murtad dan sebagainya. Namun pelaksanaan hukuman hudud ke atas seseorang pesalah, boleh ditangguh berdasarkan keperluan tertentu.

Dalam kategori ini, semua pesalah walau kali pertama[8] melakukan kesalahan, akan dihukum kerana mudarat ke atas masyarakat umum.

Jika Ta'zir

Jika kesalahan ini dianggap dari jenis Ta'zir, maka hakim mempunyai kuasa untuk mengampun sama ada atas alasan ia kesalahan kali pertama, ia seorang yang lemah, ia seorang tidak sihat dan sebagainya. Demikian menurut mazhab Syafie.

Justeru, sebelum dikritik keputusan hakim, bincangkan terlebih dahulu mazhab mana yang ingin diikuti di Malaysia, khususnya dalam konteks hukum minum arak ini.

SEJAUH MANA SEBATAN INI ADIL?

Pertama

Jika ia benar-benar hudud dan termasuk dalam hak Allah swt, tidak layak manusia yang hina untuk mempersoalkan tentang keadilan, kerana Allah swt sentiasa adil walau menghumban sesorang manusia ke nerakaNya. Allah tetap adil walau Dialah yang menyesatkan sekumpulan manusia dan memberi hidayat kepada sebahagian yang lain. Kerana apa adil? Kerana piawan adil Allah tidak sama dengan manusia yang dicipta. Keadilan Allah adalah kerana dia yang mencipta kita, dan Dia berhak untuk menentukan apa sahaja yang diinginiNya. Jika kita merasakan Allah tidak adil menyesatkan sekumpulan manusia, maka individu tersebut perlu memulangkan nyawa yang Allah berikan kepada mereka dan beredar dari galaksi ciptaan Allah swt ini ke sebuah alam ciptaan sendiri.

Kedua

Sebatan ini, tidak zalim sama sekali kerana ia bukan bertujuan menyakitkan seperti sebatan ekor pari yang menghakis kulit, daging dan sampai ke tulang. Sebatan ini hanyalah untuk pengajaran, seperti denda cikgu kepada muridnya, ibu kepada anaknya atas tujuan mengajar, atas asas belas kasihan dan bukan dendam kesumat dan ‘geram' memukul.

Hasilnya, pelbagai displin sebatan telah ditentukan dalam hukum Islam iaitu [9] :-

  • Tidak boleh dipukul wajah dan kemaluan.[10]
  • Alat yang digunakan mestilah tidak besar, bukan tongkat yang besar, ia adalah seperti dahan dan ranting sederhana sahaja.
  • Tidak diharuskan si pemukul mengangkat tanganya melebihi paras ketiaknya, atau tidak boleh terlihat bawah lengannya semasa mengangkat pemukul, dan pukulan tidak terlalu menyakitkan, tidak pula terlalu perlahan.
  • Yang diangkat adalah sikunya sahaja dan bukan lengan.
  • Lelaki disebat secara berdiri, wanita secara duduk.

 

Adakah jenis pukulan yang sebegini pun dianggap zalim? Jika demikian guru-guru sekolah, ibu bapa, suami memukul, adalah lebih zalim kerana hukumannya tidak dibicarakan di mahkamah.

Bagi saya, jika hukuman sebegini pun masih zalim, tentunya yang menuduh ia zalim itu akan jadi lebih zalim kerana bercakap dan mengkritik tanpa ilmu.

Cara sebatan di bawah adalah yang dilaksanakan di Arab Saudi. Lebih lembut dari apa yang didemokan di Malaysia

Ketiga

Sejauh mana pula adilnya orang luar seperti Tun Dr Mahathir dan yang lainnya, mempertikaikan hak seorang hakim dalam membuat keputusan?.

Bukankah sang hakim lebih berhak menentukan hukuman yang paling adil disebabkan beliau berada sepanjang sesi perbicaraan dari kedua-dua belah pihak, mendengar pandangan kesemua pembela dan pendakwa. Justeru, adalah TIDAK ADIL bagi orang di luar mahkamah untuk mengkiritk sewenangnya keputusan hakim, sedangkan mereka tidak mempunyai gambaran sebenar di sebalik sesebuah kes. Mungkin sahaja, si pesalah sendiri redha dan ingin hukuman dilaksanakan. Justeru itulah keadilannya.

Keempat

Bukankah keputusan hakim patut dihormati sebagai menunjukkan autoriti badan kehakiman dari sebarang gangguan luar?. Kita kerap mendengar di mahkamah civil bahawa sebarang keputusan mahkamah tidak boleh dikritik terbuka sama ada di dalam mahkamah atau diluarnya, kerana akan termasuk di dalam kesalahan ‘menghina mahkamah' (contempt of court), lalu mengapa pula pihak yang kurang maklumat di luar ini dengan senang dan mudah mengkritik keputusan mahkamah Syariah?.

Kelima

Di dalam Islam, adil atau tidak bukan terletak pada logik aqal manusia semata-mata, namun adil yang sebenarnya adalah melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah swt dan baginda Nabi s.a.w.  Kalau dalam konteks kes ini, pesalah juga telah bersedia menjalani hukuman tersebut sebagai satu proses kesedaran dirinya. Adilkah kita mempersoalkan hak pesalah untuk mendapat hukuman.?

KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan kepada beberapa jawapan kepada persoalan yang diutarakan oleh Tun Dr Mahathir.

 

  • DR. M : Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak?

 

Ye, benar, bukti-bukti berkenaan wujudnya hukuman ini bersumberkan hadis-hadis yang sohih.

 

  • DR. M : Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah?

 

Di dalam Islam, tiada larangan sama sekali, malah digalakkan bagi mencapai keseragaman dalam keputusan hakim.

 

  • DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim?

 

Ini saya tidak pasti, memang sepatutnya tidak boleh hakim menjatuhkan hukuman tanpa undang-undang itu dikanunkan, cuma saya tidak pasti mengapa ia belum dikanunkan. Sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan oleh Tun memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semua hukum Islam sepatutnya dikanunkan.

Mahkamah ini pula adalah mahkamah Syariah yang khusus untuk hal ehwal orang Islam dan bukannya mahkamah sivil. Justeru apa ertinya sebuah mahkamah dinamakan ‘SYARIAH' jika keputusan yang berlandaskan hukum Islam juga tidak boleh dilaksanakan.? Jika demikian, tiada erti nama ‘syariah' pada sebuah mahkamah Syariah lagi.

  • DR.M : Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama?

Lebih zalim yang mengkritik tanpa ilmu. Hukuman ini adalah adil atau tidak telah diulas di atas, dan ia juga tertakluk kepada penentuan sama ada hukuman sebat peminum arak adalah hudud atau takzir.

  • DR. M : Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai?

Oleh kerana dirujuk kepada hukum al-Quran dan Hadis nabi, hukuman tersbeut patut dijalankan. Kerna arak terbukti merosakkan umum dan bukan hanya individu terbabit semata-mata. Cuba lihat dan fahami statistik yang disertakan di atas.

  • DR. M : Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.

Jika seseorang itu berkefahaman sesat 'anti hadis', sudah tentu hanya akan mendakwa tiadanya ayat Quran yang specifik sebagai alasan, namun terlalu banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan keperluan untuk taat dan mengikuti Rasulullah,  bagaimana cara taat? tidak lain dengan merujuk kepada sumber perincian ayat-ayat Al-Quran yang biasanya bersifat umum, sumber itu adalah hadis-hadis Nabi. Tidak menerima Hadis bermakna seseorang itu tidak menerima Al-Quran. Gelaran yang tepat bagi kumpulan yang tidak meyakini hadis, sebenarnya bukan kumpulan 'anti hadis' tetapi golongan anti 'Al-Quran dan Hadis' sekaligus.

Kalaulah semua hadis itu tidak boleh dipercayai sebagaimana dakwaan kumpulan sesat 'anti hadis (& Quran) tadi,' bagaimana mungkin boleh wujud ayat-ayat Al-Quran seperti di bawah yang menyuruh kita mengikut Rasulullah? Sudah tentu akan berlaku kontradiksi, dan mustahil Allah akan mengarahkan kita kepada sesuatu perkara yang mustahil atau di luar kemampuan untuk diikuti.

Kerana itu jelas bahawa apabila Allah memberitahu bahawa Allah menjaga Al-Quran, maka yang termasuk juga di dalam peliharaan Allah adalah hadis-hadis. Kerana itu sehingga hari ini, kita dapat lihat sistem yang sangat terperinci dalam tapisan sesebuah hadis.

Dalam konteks sebatan ini, ayat-ayat yang menjadi sumber hukumannya merujuk kepada semua ayat-ayat yang mengarahkan kita untuk patuh kepada Nabi s.a.w dan mencontohinya, itulah satu-satunya jalan selamat dan diredhai Allah swt . Sebagai contoh ,ayat nya adalah dari Surah Al-Imran ayat ke- 31

Ertinya : Katakanlah: "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ali- Imran : 31 )

dan sebuah ayat lagi :-

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalilah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya
. ( An-Nisa : 59)

Jadi bagaimana ingin mengikuti dan merujuk kepada Rasul dalam konteks hukuman bagi peminum arak ini?. Jawapannya sekali lagi, iaitu dengan merujuk kepada hadis-hadis baginda Nabi. sebahagiannya telah disebut di atas. Manakala kitab-kitab rujukannya boleh rujuk senarai kitab yang dirujuk di dalam nota kaki artikel ini. Itulah kitab-kitabnya. Jika mahu melihat gambar kitabnya, saya sertakan salah sebuah darinya yang amat penting. Semoga dapat membacanya dengan faham. 

AKHIRNYA DIHARAP TUN DR MAHATHIR SUDI UNTUK MEMBACA ULASAN DAN JAWAPAN SAYA KEPADA SOALAN-SOALAN BELIAU INI.

 

fathbari.jpg

 

Gambar : Kitab Fathul Bari Syarah Sohih al-Bukhari, Karangan Imam Ibn HajarAl-Asqolani.

 

Semoga beroleh manfaat, sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

5 Ramadhan 1430 H

26 Ogos 2009

 

 

 

 

 

 

 



[1] Sohih Muslim, mp 1706, jil 11, 216

[2] Riwayat Bukhari, no 6391, Jil 6, hlm 2487 ; Sohih Muslim, no 1706, Jil 11, hlm 211

[3] Dalam satu riwayat yang lain, Abd Rahman Auf berkata : "Seringan-ringan hudud adalah lapan puluh sebatan". Abd Rahman Auf mencadangkan agar diikut sebatan hudud yang paling ringan iaitu 80 sebatan bagi pesalah qazf. Lalu cadangan ABd Rahman tersebut, diterima Umar r.a.

[4] Sohih Muslim, no 1706, jil 11, hlm 215 ; Sunan Abu Daud, JIl 2, hlm 472

[5] Sohih Muslim, no 1707, Jil 11, hlm 216

[6] Sunan Al-Kubra, Al-Bayhaqi ; Al-Talkhis al-habir, IBn Hajar, no. 2118, jil 4, hlm 144,

[7] Rujuk hadis sohih riwayat al-Bukhari, no 6395, Jil 6, hlm 2488

[8] Tetapi mestilah pesalah memenuhi syarat-syarat berikut : 1) Islam 2) Sudah baligh dan beraqal 3) buat atas pilihan sendiri dan bukan dipaksa 4) Mengetahui berkenaan haramnya arak. 5) Minum arak dengan jelas sama ada melalui mulut atau suntikan dan sedar. 6) Minuman yang diminum itu memabukkan ( Rujuk MUghni al-Muhtaj, 4/178 ; AL-Muhazzab, As-Syirazi, 5/467 ; Al-Majmu' , An-Nawawi, 22/258)

[9]  Al-Muhazzab, 5/458 ; Al-Majmu', An-Nawawi, 22/261 ; Al-Mu'tamad Inda As-Syafie, 5/228

[10] Dari hadis riwayat Abu Daud, 2/476


Last update: 02-09-2009 19:14

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (97) RSS feed comment
Posted by hasnur, on 23-10-2009 07:03, IP 203.82.91.101, Guest
1. tesis hukum hudud
salam ust..sy merupakan pelajar yg bercadang utk mbuat tesis tajuk "hukum hudud : relevan atau tidak dilaksanakn di Malaysia"..saya pernah mnta pndgn ust suatu ketika..baru2 ini senarai tesis yg dluluskan telah diumum..namun tajuk tesis yg saya cdgkn telah ditolak mentah2 dan diarah tukar tajuk..pnyelia sy khbarkn kerana sgala prosedur pmilihan tjuk tesis pd thun ini telah melalui pengarah institut..mgkin ia tlalu kontroversi utk dilksanakn,apa yg menyedihkan saya telah mbuat psediaan utk isi n mklumat tjuk ini..jd stelah bbncg dgn penylia saya bpndgn pengisian tesis saya ttp bkisar ttg tajuk ini cuma menukar tajuk yg dilhat ringan dan tidak begitu ktara..justeru saya ingin mmohon cdgn drpd ust ttg tajuk yg sesuai bg saya yg mn ia seakan sama dgn tajuk diatas..hrp ust sudi mbntu..di sini sy sertakan kmponen yg sy nk bhaskn dlm tesis tersebut..smoga ia mbntu ust.. 
-statistik jnyah di malaysia 
-klmhn hkum cvil 
-cara plksanaan hudud yg hikmah 
-ngara yg mlksana hudud 
-kesan kpd ummah dan ngara 
-hujah mnolak hudud bsifat kejam 
-sbb perlu laksana hudud 
-kberkesanan 
-pbzaan hudud vs cvil 
 
hrp ust dpt mbntu sy..wallahua'lam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Arifin, on 22-10-2009 16:07, IP 202.170.57.248, Guest
2. Penagih dadah
Di Malaysia ni, sepatutnya penagih dihukum, tapi sebaliknya mereka dimanjakan di pusat-pudat serenti, makan free. Buat bazir duit kerajaan aje.
 
» Reply to this comment...

Posted by hasnur, on 04-10-2009 23:28, IP 203.82.91.103, Guest
3. hukum hudud
salam ustaz..saya merupakan salah seorang pelajar jurusan agama yang dalam proses pembikinan tesis..saya bercadang memilih tajuk tesis "hukum hudud : relevan atau tidak dilaksanakan di malaysia"..jadi suka saya nak mnta tunjuk ajar dari pihak ustaz.. 
 
UZAR : menarik juga tajuk tesis tu, teruskan usaha
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Hafiz, on 03-10-2009 14:44, IP 203.82.79.101, Guest
4. Ya Allah, lindungilah agama Islam..
Semoga semua huraian ustaz dapat mematahkan pendapat golongan2 yang anti hadis macam SIS dan Che Det... 
Semoga Allah melindungi agama Islam dari golongan2 ini yang boleh merosakkan agama Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Borhan, on 01-10-2009 00:26, IP 203.82.91.101, Guest
5. MM
Adakah adil kita menghukum pesalah dalam suasana yang mungkar, iaitu terdapat banyak peluang manusia utk melakukan maksiat ? Ada hadis dimana nabi tidak melaksanakan potong tangan kepada sipencuri dalam suasana perang. Ini menggambarkan kepada kita bahawa, faktor suasana itu patut diambil kira semasa membuat sesuatu keputusan hukuman. (Ustaz ada facebook ka? Lagi mudah berkomunikasi).Tq
 
» Reply to this comment...

Posted by AMIN, on 22-09-2009 21:24, IP 115.135.24.128, Guest
6. MENCARI KEBENARAN
:) :grin  
JIKA KITA, SEORANG JURUTERA KERETA, MENYEBABKAN MASYARAKAT AWAM TIDAK BOLEH MEMBERI PANDANGAN TERHADAP KERETA BUATAN KITA? betulkah telahan ini... jawapannya tidak,  
 
Walaupun kita sebagai pengguna kereta, kita berhak memberi sedikit pandangan tentang kereta tersebut dari segi saiz, bentuk, engin, ketahanan dll. Begitu juga dalam soal arak. Adakah wajar pembuat arak, penjual dan pengedar arak dikalangan umat Islam bebas bergerak di atas bumi Malaysia? 
 
Adakah teguran Tun M, kita hentam seolah-olah kita telah bermusuh dan berdendam dengannya. Adakah jalan dakwah begitu yang Ustaz amalkan atau seribu satu cara untuk menegur Tun M, pernahkah saudara bersemuka dengan Tun M, untuk memberitahu hasrat anda untuk memberi petunjuk kepadanya atau saudara sengaja mencari helah untuk menjatuhkan maruah Tun M? 
 
Saya mempertikaikan keikhlasan Ustaz dalam usaha mencari kebenaran, malah lebih kepada sifat pendemdam. 
 
Saya tidak melihat Ustaz sebagai seorang pendakwah, malah saya dapati, ustaz sedang meninjau-ninjau habuan dunia dan leka dengan ketaksuban politik yang tiada penghujungnya seperti menganggap cahaya pelita minyak tanah mampu menerangi dunia Islam. 
 
Islam agama yang mudah dan senang dipraktikkan, bukan agama yang menyusahkan umatnya. Saya gembira melihat Islam kelihatan mudah, lagi memudahkan umatnya beribadah yang tetap berteraskan Al-Quran dan Sunnah s.a.w
 
» Reply to this comment...
» See all 12 replie(s)

Posted by insan mukmin, on 08-09-2009 13:45, IP 60.50.226.209, Guest
7. mabruk
thniah.. smoga ini membuka minda org2 yg hatinya telah ditutup..
 
» Reply to this comment...

Posted by nana, on 08-09-2009 11:24, IP 58.26.173.203, Guest
8. Arak di 7E
salam ustaz..saya nak ty...kawan say kerja di7E dimana kdai dia ada jual arak.. apakah hukumnya....pastu kalu ada org yang nak beli arak dia xpegang arak n suruh orang yang beli arak tu scan sendiri harga n dia ambil duit dri pembeli arak tu...adakah ianya haram walaupun dia xpegang arak tu...harap ustaz dapat jelaskan...satu lagi kalu dia susun arak dalam peti ais adalah dikira berdosa juga....
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Farkhan, on 06-09-2009 05:49, IP 60.49.123.131, Guest
9. melihat dan bersyukur
Assalamualaikum 
 
kpd ustaz, 
 
saya disini ingin mengucapkn syabas kpd ustaz kerana memberi ulasan yg tepat. 
 
saya bersyukur kpd Allah s.w.t walaupun saya masih lg muda dan byk lagi saya perlu belajar. disini saya lihat byk persoalan yg diajukn. ade yg menyoal dan juga menyokong. tetapi jika hukuman sebat ini dilakukan dari dulu lagi mungkin tidak ada debat spt ini. dan saya menyokong hukum sebat ini kepada mereka yang minum arak walaupun lewat. ini adalah pengajaran bg umat islam supaya sedar dan hormati agama islam. sbg umat islam di malaysia, semuanya tahu yg arak adalah haram dari agama islam. tapi apa yang menghairankan masih ad lagi yg menyoal dgn rasa tidak puas hati. bagaimanapun saya hanyalah insan biasa dan hanya mampu melihat dan bersyukur. 
 
regards 
 
Farkhan Azmi
 
» Reply to this comment...

Posted by abOo, on 04-09-2009 15:52, IP 120.141.32.130, Guest
10. Smack that bottom,it can cure everything
Russian scientists at the Novosibirsk Institute of Medicine are claiming a beating on the naked buttocks with a cane is the perfect way to cure everything from depression to alcoholism. 
 
The researchers say caning releases endorphins, the body's natural 'happy chemicals', and that leads to feelings of euphoria, a reduction of appetite, the release of sex hormones and an enhancement of the immune response, and they have a similar effect on pain as drugs such as morphine and codeine, but do not lead to addiction or dependence. 
 
Biologist Dr Sergei Speransky who led the research claims corporal punishment, similar to that doled out regularly in British schools in the last century, helps people overcome addiction and depression. He confirms he is not a sadist even though he recommends caning and says the treatment works. A standard treatment course entails 30 sessions with 60 of the best, delivered on the buttocks by a person of average build. 
 
Dr Marina Chuhrova who also took part in preparing the report said she had 10 patients she caned regularly and though initially "they didn't like it, when they started to feel the benefits they kept asking for more." 
 
The Russian team says they are now charging for the caning sessions and are getting over U.S.$ 100 per patient for a standard treatment. 
 
http://www.news-medical.net/ news/2005/03/29/8788.aspx
 
» Reply to this comment...

Posted by SEBAT, on 04-09-2009 09:09, IP 12.104.134.3, Guest
11. Sebat Si Zalim
Salam, 
Bagus jawapan dan huraian Ustaz buat tun. 
Kalau ikutkan hati nak aje sebat si zalim yang komen tak mengaji ni. 
 
--Allah Maha Adil lagi Maha Mengetahui-- 
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Adil, on 04-09-2009 00:02, IP 210.48.222.6, Guest
12. ohhh mcm tu
Salam UZAR 
 
oh macam tu...so takdelah sakit sampai berbirat punggung kene sebat?kalau saya ada buat salah saya nak kene sebat kat mahkamah syariahlah,tak nak kene sebat kat mahkamah sivil... 
 
UZAR : LEBIH ELOK jangan ada kalau untuk buat salah hingga kena sebat
 
» Reply to this comment...

Posted by taring, on 03-09-2009 14:53, IP 60.53.183.248, Guest
13. SEDARLAH SEMUA....
Ramai diantara kita yang masih tidak bersih hatinya dengan memberi pandangan dan komen yang tidak dinafikan telah mengikut hawa nafsu. Perbuatan seperti memperli orang lain jelas menunjukkan kerohaniannya yang tidak elok sedangkan itu bukanlah cara yang tepat untuk menyebarkan ilmu dan mengajar orang lain. Jika semua didunia ini berlandaskan politik, maka berpecah-belahlah kita sesama islam. Terima kasih ustaz yang telah memberi penjelasan yang bagus.
 
» Reply to this comment...

Posted by yang mencari, on 01-09-2009 22:56, IP 121.121.172.109, Guest
14. tak faham
ustaz, sekiranya pesalah meminum arak itu, tidak dihukum mengikut hukum hudud, adakah dia terlepas seksaan di akhirat? boleh diihtimalkan hukum yang lain itu sebagai ta'zir? 
 
UZAR : Jika pengklasfian kepada t'zir dilakukan secara ijtihad oleh pihak yang berwajib, maka terlepaslah pesalah dari sebarang hukuman di akhirat (atas kesalahan tersebut) sejurus hukuman dikenakan.  
 
Namun jika ia bukan ijtihad dari yang berkelayakan dan mengikuti hawa nafsu shj, mereka akan bertangungjawab di akhirat.
 
» Reply to this comment...

Posted by Lan, on 01-09-2009 20:35, IP 203.92.82.146, Guest
15. Jawapan Kepada Tun Dr Mahathir
Bagus xpalanation Ustaz, sungguh padat...tahnia!! :)  
 
Jika hukum sebat ditruskan, pasti banyaklah org Islam tertangkap dan disebat.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Padimalinja, on 01-09-2009 17:16, IP 120.141.128.44, Guest
16. Kena balas tak lepas mati nanti
Salam UZAR. Adakah jika sesaorang itu telah dijatuhkan hukum di dunia, akan terlepas dari hukuman Allah di akhirat kelak? Contohnya macam peminum arak yang dah di jatuhkan hukuman sebat 80 kali tu akan terlepas dari hukuman Allah nanti selepas mati.. 
 
UZAR : YA, begitulah secara teorinya menurut para ulama berdasarkan kefahaman dari nas. habis untuk kesalahan bahagian minum arak yang itu. Tapi kaau minum lagi lain kali dan tak dihukum, ia akan dihisab kemudian
 
» Reply to this comment...

Posted by Sakinah, on 01-09-2009 15:09, IP 202.60.56.234, Guest
17. Lari dari topik
Assalamulaikum ustaz.. 
 
Sory ustaz, lari dari topik jap..Kalau ada kelapangan, bolehlah ustaz ulas pasal makanan pula dari sudut halal dan haram, contohnya (keju)serta kepentingan dan kaitan dengan ibadat kita. 
 
UZAR : TERIMA kasih atas pemrintaan, cuma bab makanan dan perinciannya ni, bukan bidang kepakaran saya sangat. pihak PPIM dan JAKIM adalah terbaik dalam bidang ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by leenassah, on 01-09-2009 13:19, IP 60.53.63.173, Guest
18. kalau dah tolak hudud..
saya memang tak paham la dengan pemimpin negara kita sekarang...hukum tuhan ditolak tapi pakai hukum akal dan nafsu...yang bagi komen pasal arak tu otai lama...yang menteri ustazah kita sekarang ni yang komen pasal hukum hudud kalau mencuri...lagi dasat...siap suruh pencuri di kenakan hukuman yang amat ringan...dan diberi kerja yang sesuai dengan kebolehan mencurinya...sebab dia kata....kalau potong tangan kanan...orang boleh mencuri lagi dengan tangan kiri...kalau potong tangan kiri...orang mencuri plak ngan mulut...last2 tak de ape dah nak potong...lantak la ustazah...ilmu agama digunakan untuk menjaga periuk nasi...moga bala tak turun la lantaran mulut pemimpin malaysia kini...nauzubillah
 
» Reply to this comment...

Posted by alexsandar, on 01-09-2009 04:12, IP 202.190.154.199, Guest
19. WINE and BEER?
Assalammualaikum, 
Saya keliru, kawan yg menyatakan 14tahun memperlajari agama Islam, mengatakan "Wine" itu tak haram tapi "alcoholic" drink tu haram. Sebab katanya Wine dari anggur. Yang saya nak tau juga apa beza "Wine" dgn "arak"? Minta di terangkan, please. Terima Kasih. 
 
UZAR : DALAM ISLAM, apa sahaj ayang memabukkan jika minum banyaknya, semuanya arak dan haram tanpa kira ia beer ke, arak, todi, liqour, tuak, dadah dan sebagainya. semua haram kerana memabukkan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mhsuri, on 31-08-2009 18:42, IP 124.82.77.171, Guest
20. Isu Sebat : Jawapan Kepada Tun Dr Mahath
salam, 
nak cerita pengalaman sket...masa bujang dlu sy pernah le keje sbagai pelayn hotel 4 n 5 bintang.kalau setakat tengok orang kaya(nama islam tp agama xtau ler)x puasa,minum arak di siang ramadan,pemimpin politik/negara minum arak tu dah slalu sngt...tapi tu dulu ler skang tak tau kot2 depa smua dah taubat...masing2 dah dapat bala... 
 
UZAR : Harap gitula, memang ramai yang minum arak, tapi dalam hal ini, sesiapa yang ditangkap, dia akan dihukum, yang terlepas ..menjawablah di hadapan Allah. 
 
Macxam pengadil permainan bola sepak, yang dilihat oleh pengadil, akan kena, yang tak terlihat akan lepas..namun keadilan sudah cuba dilaksanakan sebaik mungkin.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ordinary Girl, on 31-08-2009 09:55, IP 118.100.94.55, Guest
21. alhamdulillah =)
Assalamualaikum... 
 
Alhamdulillah, ustaz da terangkan dengan penerangan yg menarik dan tidak berunsurkan sindiran. Macam ni la yg dikatakan berhikmah!  
 
Saya lihat ramai di luar sana yg dok perli2 Mahathir je.. Kesian kat beliau.. Mungkin pengetahuan beliau tentang Islam tak sehebat segelintir rakyat Malaysia, jadi sebab itu beliau berkata sedemikian dengan cara yg sedemikian.  
 
Kita yg mengetahui cara yg betul untuk menegur tak sepatutnya memperli beliau, sebaliknye membuka peluang kepada beliau utk mempelajari Islam dgn lebih mendalam. Lagipun kan beliau boleh la kata lebih senior dari kite semua dari segi umur dan pangkat, makanya, ada adab juga bagaimana kita mahu b'cakap dgn org2 sebegini. ^_^ 
 
Walaubagaimanapun, saye nak ucapkan syabas sekali lagi kat ustaz sbb da bg penerangan yg begitu hebat! bertambah ilmu saye hari ni.. alhamdulillah..  
 
Terima kasih ustaz! =) 
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mulutmelayu, on 30-08-2009 18:46, IP 124.13.147.218, Guest
22. hukum minum arak
[size=24][color=green]Apakah Hukum Hudud?[/size][/color] 
 
[size=14][color=green] Nampaknya, di kalangan umat Islam, ada banyak kekeliruan dan salah faham tentang apa yang dipanggil hukum hudud. Ini kerana umat Islam sendiri berbeza pendapat tentang pengertian dan konsep negara dan undang-undang Islam.[/color] 
 
Dua aliran fikiran besar wujud. Pertama, aliran tradisional, yang menerima sebagai mutlak rumusan-rumusan ijtihad yang dibuat oleh ahli-ahli hukum dan teologi klasik dalam abad-abad kedua dan ketiga Islam dan yang terkandung dalam kitab-kitab fiqah dan kalam. Ini dinamakan sikap taklid dan merupakan halangan yang paling besar terhadap pembaharuan undang-undang dalam Islam. Kedua, aliran moden, yang menyarankan supaya rumusan tradisional ini dinilai semula dengan satu ijtihad baru berdasarkan ajaran-ajaran Quran dan Hadis sahih dengan mengambilkira perkembangan-perkembangan moden. Inilah anjuran pembukaan semula pintu ijtihad yang dianjurkan oleh tokoh tajdid Mesir, Sheikh Muhammad Abduh, pada akhir abad ke19 dan awal abad ke-20. 
 
[color=green]Sejak muncul apa yang dikatakan kebangkitan semula Islam, khasnya selepas Revolusi Iran pada 1979, timbul desakan di kalangan umat Islam di mana-mana supaya pemimpin-pemimpin mereka menubuhkan “negara Islam” di negara masing-masing serta melaksanakan Syari`ah atau Undang-undang Islam. Gerakan ini menjadi ketara apabila dua ideologi besar Barat, liberalisme dan komunisme, gagal untuk menunaikan janjinya mewujudkan sebuah syurga dunia. Sebaliknya, kedua-dua ideologi ini runtuh atau sedang runtuh.[/color] 
 
Setiap orang yang beriman kepada Tuhan, yang komited untuk melihat sebuah dunia yang aman dan adil, mahukan sistem Islam dan mahukan undang-undang Islam dilaksanakan di negaranya. Ini kerana dia yakin sistem Islam ialah sebaik-baik sistem dan undang-undang Islam ialah sebaik-baik undang-undang. Allah s.w.t. Sendiri dalam kitab-Nya, Quran, memerintahkan orang Islam menghukum mengikut undang-undang-Nya. Sesiapa yang tidak menghukum mengikut undang-undang-Nya disifatkan sebagai kafir, zalim atau jahat. 
 
[color=green]Inilah dilema umat Islam sekarang, di negara kita dan di seluruh dunia. Mereka mahu melaksanakan undang-undang Islam dan sistem Islam untuk menta`ati perintah Tuhan kepada mereka, tetapi apakah undang-undang Islam dan sistem Islam itu?[/color] 
 
Sehingga kedua-dua aliran yang bertentangan ini boleh berdamai di atas beberapa titik pertemuan dan suatu muafakat baru dicapai, masyarakat dan undang-undang Islam akan tinggal sebagai khayalan dan dunia akan terus ditadbirkan oleh kaum penjajah Barat. Maka mustahaklah bagi umat Islam kembali kepada landasan ajaran Islam yang sebenar serta mengambil-alih dan memainkan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai khalifah Tuhan di muka bumi untuk mengelak daripada suatu lagi peperangan besar tercetus dan kembalinya umat manusia ke suatu Zaman Gelap yang baru. 
 
[color=green]Apakah hukum hudud? Apakah bezanya dengan Syari`ah atau Undang-undang Islam? Apakah yang kekal dan tidak berubah-ubah, dan apakah yang tidak kekal dan berubah-ubah dalam Syari`ah? Di manakah letaknya Rang Undang-undang Jenayah Syari`ah (Hudud dan Qisas) Terengganu, yang hendak diperundang-undangkan oleh Kerajaan PAS Terengganu? Inilah di antara perkara-perkara yang akan kita bahas dalm tiga siri artikel, bermula dengan artikel ini.[/color] 
 
Awal-awal lagi kita harus sedar bahawa Syari`ah yang telah dibina oleh ahli-ahli hukum Islam klasik dalam empat mazhab besar Maliki, Hambali, Hanafi dan Shafi`e dalam Zaman Pertengahan Islam, merupakan ijtihad mereka terhadap nas-nas dalam Quran dan Hadis. Pemahaman mereka terhadap nas-nas ini serta persekitaran intelektual yang wujud pada waktu itu, termasuk sistem-sistem perundangan yang wujud dalam Empayar Rom dan Empayar Parsi, membentuk dan membina fiqah dan syari`ah klasik ini. Tidak syak lagi, warisan ini tidak boleh kita terima semuanya bulat-bulat, kerana keterikatannya dengan konteks sejarah yang tertentu. Sejarah berkembang. Maka ijtihad baru senantiasa perlu untuk membaiki kelemahan-kelemahan pemahaman sesuatu generasi yang dulu dengan generasi yang menggantinya. 
 
[color=green]Bagi orang Islam, hanya Quran, satu-satunya kitab yang kemurnian dan kesempurnaannya dijamin oleh Allah s.w.t. Sendiri, tidak boleh diubah. Dari sinilah kita mengambil petunjuk untuk semua perkara dalam kehidupan kita, termasuk undang-undang. Dari sinilah kita mendapat perkataan Arab hudud (tunggal: had). Maknanya, sempadan atau batasan. Yakni, Tuhan meletakkan sempadan atau batasan bagi tiap-tiap perkara; selagi manusia tidak melampaui sempadan atau batasan itu, ia selamat. Umpamanya, seorang manusia perlu makan, bekerja dan tidur atau rehat, tetapi jika ia berbuat perkara-perkara ini secara berlebihan, ia akan ditimpa mudarat. Tetapi jika ia tidak berbuat langsung perkara-perkara ini, ia juga akan ditimpa mudarat. Oleh yang demikian, ada batasan yang perlu dia hormati dalam tiap-tiap perkara yang dia lakukan. Jika ia melanggar batasan ini, kejahatan akan menimpanya. Inilah makna pokok perkataan 'hudud' yang digunakan dalam Quran.[/color] 
 
Perkataan ‘hudud’disebut dalam Quran sebanyak 14 kali. Tidak satu pun merujuk kepada perkara-perkara yang telah dikategorikan sebagai kesalahan hudud, iaitu mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak dan murtad. (Sesetengah penulis menambah dua lagi, iaitu kesalahan-kesalahan meminum arak dan pemberontakan.) Ayat-ayat tersebut merujuk kepada undang-undang perceraian, berpuasa, faraid, berjuang di jalan Allah, memboikot persetbuhan dengan isteri (zihar ), dan umum. Ini membuktikan bahawa kaum fukaha telah memberi makna yang khusus kepada perkataan ini, mengikut pemahaman mereka, sedangkan maknanya yang sebenar umum dan menyeluruh dan merujuk kepada sempadan baik dan jahat yang telah ditetapkan oleh Tuhan. 
 
[color=green]Di sini patut kita perhatikan bahawa Quran bukan sebuah buku undang-undang. Tidak disebut kesalahan rogol di dalamnya, sepertimana tidak terdapat jenayah-jenayah mengidar dadah dan lain-lain yang kita dapati dalam masyarakat kita sekarang. Adakah ini bermakna Quran itu tidak lengkap? Tidak. Tuhan Sendiri yang mengishtiharkan Quran itu suatu panduan hidup yang lengkap, sempurna dan terperinci. Jawapan kepada soalan ini ialah Quran bukan buku undang-undang. Ia sebuah panduan hidup; ia memberikan kita panduan dalam semua hal, termasuk bagaiman hendak menghukum jenayah.[/color] 
 
Perhatikan bahawa hukuman-hukuman yang secara khusus disebut dalam Quran, seperti potong tangan untuk pencuri dan sebat seratus rotan untuk kedua-dua penzina, semuanya diikuti dengan perintah menyuruh meringankan hukuman-hukuman itu hingga pengampunan, jika mereka insaf dan bertaubat. Hukuman-hukuman khusus ini harus dilihat dalam konteks sejarah, kerana Quran, selain daripada sebuah kitab yang mengandungi ajaran-ajaran universal, juga menangani masalah-masalah khusus masyarakat Arab abad ketujuh dalam sejarah. Umpamanya, dalam masyarakat Arab itu, wujud kaum hamba-abdi. Quran yang ajarannya berjiwa praktikal tidak terus-menerus menyuruh membebaskan mereka, walaupun itulah tujuan akhir ajaran Quran dalam hal ini. 
 
[color=green]Dalam kajian perbandingan undang-undang yang dilakukan, saya berjumpa dengan kes hukuman potong kepala sebagai salah satu hukuman untuk pencuri di England! Ini menunjukkan bahawa undang-undang di mana-mana pun pada zaman dulu amat keras, kerana undang-undang ini bertujuan untuk mendera dan mencegah manusia daripada perbuatan jahat dan mendidiknya menjadi baik. Masyarakat moden kita pun boleh mengenakan undang-undang keras, seperti yang kita kenakan terhadap jenayah mengedar dadah, kalau kita mahu, berdasarkan prinsip ‘hukuman setimpal’ atau hukuman adil – satu daripada prinsip hukuman yang diperintahkan dalam Quran. Satu lagi prinsip hukum yang Tuhan perintahkan kita dalam Quran ialah hukuman ehsan atau rahim, yang terkandung dalam bagian kedua ayat kita petik tadi. Dari sini kita dapat melihat bahawa Tuhan telah memberi kepada kita dua prinsip hukuman yang sangat elok. Jika badan perundangan kita menghukum dengan menggunakan dua prinsip ini, negara kita sudah menjalankan undang-undang Tuhan. Hukaman ta`zir, yakni yang dikenakan oleh hakim, mengikut budibicaranya, walaupun tidak dikaitkan dengan perintah Tuhan dalam ayat tadi oleh kaum fukaha, diakui dalam Syari`ah. 
[/size][/color]
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by masnizam bin asrin, on 29-08-2009 11:09, IP 203.82.79.101, Guest
23. WAK
terimakasih atas penjelasan ustaz, semoga ustaz di beri kekuatan oleh Allah untuk terus memberi ilmu agama islam yang hak tanpa takut pada sesiapa pun kecuali Allah... di harap agar dapat d teruskan menyentuh isu isu semasa di masa2 akan datang... 
assalamualaikum....
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Ahmad Syahril bin Abdul Rahim, on 29-08-2009 09:25, IP 203.82.79.101, Guest
24. Izinkan saya...
Salam alaik kpd Ustaz dan semua... 
 
kpd saudara mulutmelayu... saudara telah "quote" secara pjg lebar utk diletakkan di ruangan komen... namun maafkan saya... saya gagal memahami ayat-ayat ini... 
 
"Kes-kes orang Islam berani menghukum dengan kejam ke atas penganut-penganut agama Islam sendiri samalah seperti merejam hingga mati kepada penzina yang tidak ada nas tetapi diambil dari hadith yang berlandaskan hukuman yg dijatuhkan oleh Nabi Muhamad berasaskan kitab Yahudi dan Nasrani atas permintaan penanut agama Yahudi itu sendiri di Madinah (Torah dan Injil). " 
 
Minta penjelasan...semua saya tidak salah dlm memahami maksud saudara. terima kasih. 
 
http:// kisahsebuahperjalanan.blogspot .com/
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohamad, on 29-08-2009 06:37, IP 115.132.9.211, Guest
25. Minta pandangan
Salam. 
Saya ingin meminta pandangan ustaz mengenai ulasan seorang ahli politik berkaitan arak. 
 
ini link dia; 
http:// www.themalaysianinsider.com/ index.php/opinion/breaking- views/36108-beza-pas-dan-umno- zaid-ibrahim
 
» Reply to this comment...

Posted by A.Hafiz, on 29-08-2009 04:01, IP 203.82.79.103, Guest
26. Artikal yang sangat bermanfaat
Salam,moga ustaz dan keluarga sihat serta dilimpahi rahmat Allah. Mohon redha ustaz, saya copy artikal ini di blog saya. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by mulutmelayu, on 29-08-2009 01:31, IP 60.48.95.139, Guest
27. sebat untuk peminum arak?
Ini kata Tun. 
[quote="Tun Dr Mahathir"]1. Tahun ini kita akan sambut Hari Merdeka dengan menyebat seorang wanita Melayu kerana minum beer. 
 
2. Cerita hukum sebat telah disebar luas di seluruh dunia. Saya tak tahu apakah ini akan memberi imej baik atau tidak baik kepada agama Islam. Sebagai orang Islam kita tidak harus ambil berat pandangan orang lain terhadap Islam dalam melakukan suruhan agama. 
 
3. Tetapi benarkah hukuman ini tepat bagi jenayah minum arak? Apakah hukuman ini terdapat dalam undang-undang syariah di Malaysia. 
 
4. Bagi undang-undang biasa jenayah ditentukan bersama dengan hukuman kepada pesalah yang didapati bersalah. Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? 
 
5. Apakah ada larangan dalam Islam untuk mengkanunkan undang-undang syariah? 
 
6. Saya tanya soalan ini kerana terdapat perbezaan pendapat terhadap hukuman yang telah dijatuhkan keatas wanita ini. Janganlah kata saya tak Islam dan akan masuk neraka. Saya cuma tanya. 
 
7. Dalam Al-Quran terdapat 43 ayat yang menegaskan; "Apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil". Apakah mungkin seorang hakim itu tidak adil ataupun tersilap dalam pertimbangannya? Apakah tidak ada dalam Islam belas kasihan bagi yang bersalah buat kali pertama? 
 
8. Keadilan dan timbang rasa jelas menjadi ajaran yang utama dalam Islam. Mereka yang tidak adil dan tidak bertimbang rasa tidak mengikuti semangat keIslaman. 
 
9. Mereka yang ahli dalam ilmu fiqah memanglah berhak menulis kitab berkenaan undang-undang Islam. Tetapi sebagai manusia biasa kemungkinan membuat tafsiran yang salah memang ada. 
 
10. Islam mendesak supaya kita rujuk kepada Al-Quran apabila kekeliruan berlaku atau menemui jalan buntu. 
 
11. Sudahkah kita rujuk kepada Al-Quran berkenaan dengan minum beer (arak) dan hukuman yang perlu dikenakan supaya keadilan tercapai? Tak perlu kita ambil berat pandangan orang tetapi umat manusia perlu tahu bahawa agama Islam menjunjung tinggi keadilan. 
 
12. Saya harap pihak-pihak yang pakar dalam perkara ini dapat menunjuk ayat-ayat Al-Quran dan kitab-kitab yang dirujuk oleh hakim apabila hukuman ini dijatuhkan.[/quote] 
 
ini plak dari pembacaan aku 
 
Quote
Hukuman di dunia terhadap terhadap peminum arak tidak disebut dalam al-Quran, tetapi hanya disebut dalam hadis. 
 
PENEMUAN PERKATAAN ARAK/KHAMAR ATAU PERKATAAN MABUK DALAM AL-QURAN:-
 
 
AN NAHL (LEBAH) 016:67 (Makiyyah) – Dan dari buah kurma dan anggur, kamu buat minuman yang memabukkan dan rezki yang baik. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang memikirkan. 
 
AL BAQARAH (LEMBU BETINA) 002:219 (Madaniyyah) [Ayat 281 – di Mina] - “Mereka bertanya kepadamu tentang arak/khamar dan judi. Katakanlah pada kedua-duanya terdapat dosa besar dan beberapa manfaat manusia, tetapi dosa kedua-duanya lebih besar daripada manfaatnya. Dan mereka bertanya kepadamu apakah yang mereka nafkahkan. Katakanlah “Yang lebih dari keperluan”. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayatNya kepada kamu supaya kamu berfikir” 
 
AN NISAA (WANITA) 004:043 (Madaniyyah) “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu solat, sedangkan kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu tidak mengerti apa yang kamu ucapkan ………….” 
 
AL MAA-IDAH (HIDANGAN) 005:090-091 (Madaniyyah) - Arak/Khamar dan judi termasuk perbuatan yang keji dan termasuk perbuatan syaitan. Melalui keduanya syaitan itu bermaksud hendak menimbulkan permusuhan dan kebencian serta menghalangi manusia untuk mengingati Allah. Maka berhentilah keduanya…… 
 
MUHAMMAD (NABI MUHAMMAD S.A.W.) 047:015 (Madaniyyah) - …….. Orang yang bertaqwa akan dapat balasan syurga yang di dalamnya terdapat sungai-sungai arak/khamar yang lazat rasanya, lagi tidak memabukkan………. 
 
(Hanya 5 ayat al-Quran di atas sahaja dijumpai, mungkin ada lebih lagi? Minta bantuan) 
 
HUKUMAN TERHADAP PEMINUM ARAK:-
 
 
Daripada 5 ayat al-Quran dinyatakan di atas tiada pula hukuman ke atas peminum arak. Tetapi terdapat masalah hukuman yang diberikan kepada orang yang meminum arak dalam hadis-hadis. Sebagai tambahan penjelasan, berikut adalah hadis-hadisnyanya:- 
 
“Bahawasanya Rasulullah s.a.w. telah mendera orang yang meminum minuman keras dengan dua pelepah tamar 40 kali” (HR Muslim) 
 
“Pada zaman Rasulullah s.a.w. hukuman meminum khamar dipukul 40 kali dengan dua selipar, maka pada zaman ‘Umar beliau menggunakan cemeti sebagai ganti tiap-tiap satu selipar” (HR Ahmad) 
 
Dan banyak lagi hadis-hadis yang mengenainya, tetapi daripada bacaan saya didapati terdapat JUGA hadis-hadis yang bercanggah di antara satu sama lain hukuman ke atas peminum arak. Ada hadis yang menyatakan apa yang dilakukan bukan oleh Nabi Muhamad s.a.w. tetapi oleh Khalifah Abu Bakar dan lain-lain khalifah selepasnya. 
 
Hukuman di dunia terhadap peminum arak yang disebut dalam hadis itu pula tidak konsisten dan bercanggah pula antara satu sama lain. 
 
Berdasar kepada cerita yang terkandung dalam banyak hadis, hukuman terhadap peminum arak yang dilaksanakan pada zaman Rasulullah s.a.w. berbeza daripada seorang pesalah kepada seorang pesalah yang lain. 
 
Malah ada hadis-hadis yang berkata bahawa Rasulullah s.a.w. tidak pernah melaksanakan sendiri hukuman itu, tetapi para sahabat baginda yang melaksanakannya. 
 
Ini bermaksud Rasulullah tidak pernah mengambil tindakan ke atas peminum arak. 
 
Di bawah ini diperturunkan pengertian beberapa hadis itu. 
 
Dalam sebuah hadis yang terkandung dalam kitab Sahih al-Bukhari meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. mengarah sahabat-sahabatnya memukul seorang yang minum arak dengan kasut dan pelepah kurma. 
 
Tetapi dalam sebuah hadis lain yang terkandung dalam kitab Sahih Muslim yang meriwayatkan bahawa Rasulullah sendiri memukul peminum arak dengan dua pelepah kira-kira 40 kali. Dalam menghurai hadis berkenaan, Imam Muslim menyebut bahawa Abu Bakar memukul peminum arak sebanyak 40 kali dan Omar ibn al-Khatab pula membuat sebatan 80 kali. 
 
Abu Hanifah dan sahabat-sahabatnya, Malik, Al-Laits, keluarga Rasul dan satu pendapat lain dari As-Shafi’e menetapkan bahawa hukuman ke atas peminum khamar ialah 80 sebatan. Mereka mengatakan bahawa hukuman 80 sebatan ini telah diijma’ oleh para sahabat berdasarkan hadis Anas r.a. : 
 
”Telah dibawa kepada Rasulullah s.a.w. seorang peminum khamar, maka Rasulullah memukulnya dengan sandalnya (selipar) sebanyak lebih kurang empat puluh kali. Kemudian Abu Bakar dibawa kepada peminum khamar, maka beliau berbuat seperti itu juga. Kemudian dibawa peminum khamar kepada Omar, lalu beliau bermesyuarat mengenai hukum hudud ini. Ibn Auf (Abdul Rahman) berkata: Sekurang-kurangnya hukum Hudud ialah 80 kali sebatan. Maka Omar memukul peminum tadi 80 kali sebatan”(HR Ahmad, Muslim, Abu daud dan At-Tarmizi) 
 
Kerana tidak wujud hukuman terhadap pesalah minum arak dalam al-Quran (tidak seperti hukuman terhadap pencuri, penzina, penuduh (qazaf) dll.) serta berlaku pula perbezaan dan percanggahan dalam hadis-hadis di atas menyebabkan sesetengah ulamak menganggap hukuman terhadap pesalah minum arak bukan terjatuh dalam hukuman Hudud, sebaliknya ia hukuman takzir, iaitu hukuman ringan atau hukuman kecil yang kadarnya tidak ditetapkan oleh al-Quran dan hadis, tetapi ditetapkan oleh hakim atau mahkamah secara berijtihad. 
 
Di bawah undang-undang yang digunapakai kepada rakyat Malaysia (tanpa mengira anutan agama) adalah tidak menjadi apa-apa kesalahan jika meminum arak. Walau bagaimanapun ia menjadi satu kesalahan di bawah undang-undang atas akibat minum arak. Sebagai contoh kesalahannya; memandu kenderaan di bawah pengaruh arak atau bertatakelakuan buruk (termasuk merosakkan harta benda) di khalayak awam akibat pengaruh arak. ‘Mabuk akibat arak’ juga bukannya boleh dijadikan satu asas pembelaan diri dalam mahkamah. 
 
Di bawah Seksyen 510 Penal Code – "Misconduct in public by a drunken person" 
“Whoever, in a state of intoxication, appears in any public place, or in any place which it is a trespass in him to enter, and there conducts himself in such a manner as to cause annoyance to any person, shall be punished with imprisonment for a term which may extend to ten days, or with fine which may extend to twenty ringgit, or with both” 
 
Bagi rakyat Malaysia pemegang MyKad yang tertera Islam dalamnya, berikut adalah hukuman berkaitan arak yang digunapakai oleh kebanyakan negeri-negeri berlandaskan kepada Akta/Enakmen Jenayah Syariah Islam mengikut wilayah / negeri masing-masing, melainkan negeri-negeri dinyatakan di bawah secara khusus:- 
 
(a) Sabitan kesalahan meminum arak (apa-apa minuman yang memabukkan) di kedai (atau di tempat awam) dengan sukarela (bukan dengan paksaan atau dipujuk rayu untuk meminumnya) boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanya. [Nota : Tiada hukuman sebatan] 
 
(b) Sabitan kesalahan membuat, menjual, menawarkan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan ataupun membeli arak (apa-apa minuman yang memabukkan) boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya. [Nota : Tiada hukuman sebatan]
 
 
Walau bagaimanapun bagi negeri-negeri Pahang, Perlis dan Kelantan hukuman bagi pesalah Muslim yang membuat, menjual, mengedar, menyimpan atau meminum minuman yang memabukkan adalah sama sahaja hukumannya, iaitu dengan hukuman denda tidak melebihi RM5,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun dan disebat tidak melebihi 6 sebatan, manakala negeri-negeri Islam lain tidak mengenakan hukuman sebatan. Maknanya sebatan adalah hukuman wajib bagi pesalah kesalahan arak bagi ketiga-tiga negeri itu, tidak bagi negeri-negeri lain. Sebagai mana saya difahamkan pihak agama Islam negeri-negeri tersebut gagal menyeragamkan peruntukan undang-undang jenayah syariah negeri masing dalam tahun 1996 lalu. 
 
Ini pula adalah hukum dan hukuman yang ditetapkan dalam Enakmen Hudud oleh Hadi Awang semasa beliau menjadi Menetri Besar Terengganu dulu terhadap peminum arak. Orang Muslim yang membuat, mengedar atau menjual arak TIDAK DIKENAKAN HUKUMAN kerana menafsirkan orang Muslim itu sebagai tidak berdosa! (Pengedar dadah tidak boleh disentuh, tetapi pengguna dadah berbahaya mesti dihukum) 
 
5. Syurb. 
 
(1) Syurb adalah kesalahan meminum arak atau sebarang minuman yang sifatnya memabukkan, sama ada orang yang meminumnya mabuk atau tidak, dan tanpa mengira kuantiti yang diminumnya. 
 
(2) Sesiapa yang melakukan kesalahan syurb hendaklah dihukum dengan hukuman seperti berikut: 
 
(a) bagi kesalahan pertama atau kedua dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan; 
 
(b) bagi kesalahan ketiga dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan; dan 
 
(c) bagi kesalahan keempat dan seterusnya dengan sebat tidak kurang daripada empat puluh sebatan dan tidak lebih daripada lapan puluh sebatan, dan boleh juga dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang difikirkan patut oleh Mahkamah.
 
 
Ini bagi negeri Kedah:- 
 
Seksyen 25. Minuman yang memabukkan. 
 
(1) Mana-mana orang yang minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya. 
 
(2) Mana-mana orang yang membuat, menjual, menghadiah, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan adalah bersalah atas suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dikenakan hukuman denda tidak melebihi tiga ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya. 
 
Hukuman terhadap kesalahan meminum lebih berat daripada membuat, mengedar ataupun menjual arak, dan tiada hukuman sebatan. 
 
Mengapa berlainan dan tidak seragam hukumannya? Kerana fahaman yang berbeza tentang tafsiran ajaran agama Islam oleh masyarakat Melayu Islam di Malaysia. 
 
Satu perkara yang perlu diambil ingatan ialah hukum meminum arak adalah dosa antara peminum itu dengan Allah, bukannya melibatkan manusia lain seperti kesalahan membunuh, mencuri dsb. 
 
Dan perkara penting yang harus ditanam dalam kepala orang Muslims ialah kita hendaklah berani dan berlaku kejam dalam menghukum orang Islam sendiri jika sekalipun berlandaskan hadith-hadith yang dikeluarkan seribu tahun lampau. 
 
Kes-kes orang Islam berani menghukum dengan kejam ke atas penganut-penganut agama Islam sendiri samalah seperti merejam hingga mati kepada penzina yang tidak ada nas tetapi diambil dari hadith yang berlandaskan hukuman yg dijatuhkan oleh Nabi Muhamad berasaskan kitab Yahudi dan Nasrani atas permintaan penanut agama Yahudi itu sendiri di Madinah (Torah dan Injil). 
 
Sekian. 
 
untuk mengetahui peruntukan yang terkandung dalam undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri (enakmen) (termasuk WP - akta) dalam Malaysia, sila rujuk di sini semoga segala komen berkaitan undang-undang hendaklah berasaskan kepada fakta 
 
http://www2.esyariah.gov.my/ esyariah/mal/portalv1/enakmen/ undang.nsf/liststrg 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ibnunurdin, on 29-08-2009 01:23, IP 60.48.254.203, Guest
28. hukuman sebat minum arak
mahathir merujuk kepada al Quran terjemahan bahasa inggeris... hadis2 dia tak pakai mungkin... 
 
jangan hukum yang di bawah sahaja.. pemerintah yang meluluskan lesen arak apa hukumnya? tidakkah semua pekerja dalam Kem Kewangan yang melulus lesen terlibat sama? apa akan jadi kepada pekerja Islam yang terlibat dengan perniagaan arak? Hotel mana dalam malaysia yang tak menjual arak?  
 
pembersihan mesti dilakukan dari atas... 
 
UZAR : ya betul, tepat sekali..moga dengan kes ini, jeurng-jeurng ada dapat sedar sikit..first step may be. 
 
MB Selangor pun harap dapat sedar juga..selain menteri2 lain.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Muslim, on 29-08-2009 00:22, IP 203.82.91.102, Guest
29. Kutuk Tun
Assalamualaikum... 
1st jazakallah UZAR krn artikel ni meleraikan persoalan2 berkaitan kes ni. 
ana amat hrp Tun dah bace artikel ni. 
 
Ana bkn penyokong tun, in fact ana pro pakatan. tapi ana hrp sahabat2 lain jgnlah mengutuk Tun dgn kata2 kasar. wlpn mmg kita smua sdia maklum beliau begitu pemikirannya, tapi x perlulah kutuk seolah2 dia as if dia bkn Muslim. Dia still mngaku Muslim wlpn kita tau perbuatan/kata2nya kdg x selari pun dgn Islam. Kalo nak, nasihat la direct pd dia or doakan dia. 
 
Itu pendapat ana yg dhaif ni, hrp Ust bleh tegur jika ana tersilap... 
 
 
UZAR : betul, saya setuju, jangan kutuk Tun dengan maki hamun, kita sangka baik bahawa beliau betul-betul ingin tahu. Yang selebihnya kembalikan kepada Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by taufik, on 28-08-2009 23:34, IP 115.133.229.175, Guest
30. Kempen Penjelasan Hukum Islam
Salam ustaz, 
saya harap, adanya badan2 Islam seperti IKIM, mengadakan kempen pemahaman hukum syariah secara menyeluruh seperti hudud, qisas dn sbginya agar tiada fitnah besar golongan yg tidak mengetahuinya.  
 
Jika dadah, ada kempennya... mengapa tidak arak?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nemo, on 28-08-2009 23:24, IP 60.50.206.175, Guest
31. Ulasan Tun
Alhamdulillah, tahniah dan syabas Uzar ! Hadith :"sampaikanlah walau satu ayat" dan "berkata benar, walaupun pahit".. 
 
Semoga Allah memberi keberkatan dan kekuatan dalam usaha Uzar menyampaikan Islam, hatta kpd org berpengaruh. Semoga teguran Uzar membuka hati insan yang tidak menerima hudud/islam sepenuhnya dan diberiNya hidayah. Sesungguhnya, isu Kartika memberi hikmah terselindung dalam membuka lembaran umat Islam , khususnya di Msia untuk terus mendalami Islam yg syumul.Semoga Islam tertegak dibumi Msia yg dicintai.  
 
Khas buat Uzar : 
"Ya Allah, permudahkanlah usaha2 hambamu ini dalam menyampaikan dan menjaga agamamu. Lindungilah ia dari segala bencana dan musibah.Berkatilah kehidupannya sekeluarga dari dunia sampai akhirat. Sesungguhnya dia telah banyak berdakwah di jalanMu dan kami telah banyak memperoleh manfaat dari usahanya. Perkenankanlah doa ini, ya Allah. Amiin."
 
» Reply to this comment...

Posted by MELAYU MUDA, on 28-08-2009 18:22, IP 124.13.167.185, Guest
32. TAHNIAH UZAR
Tun Dr. Mahathir telah lanjut usia dan mungkin negarawan Malaysia ini sedikit terlupa tentang penting umat negara Islam untuk melaksanakan hukum/undang-undang Islam. Jawapan UZAR dapat memberi panduan kepada umat Islam di Malaysia.USTAZ SAYA NAK JUMPA USTAZ BOLEH. SAYA DAN ABANG SAYA AMAT MENGAGUMI UZAR. BOLEH UZAR? 
 
UZAR : alhamduillah, saya dah tambah sikit jawapan kepada Tun, sebab saya faham Tun mempunyai kecenderungan kepada tidak mempercayai hadis sejak dahulu lagi. justeru jawapan terakhir saya bawakan sikit ayat al-quran agar dapat difahami oleh beliau dan orang yang seangkatan dengannya. 
 
Inshallaah, raya tahun ini saya berada di Malaysia sehingga 1 Oktober. Jika jumpa di sana.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by halim, on 28-08-2009 17:35, IP 210.48.222.6, Guest
33. contoh
assalmualaikum ustaz. 
boleh tak ustaz bagitau kalau disebat kat bahagian mana yang disebat. baru2 ini saya dan beberapa sahabat ada berbincang tapi buntu. klu ustaz ada contoh gambar cara sebatan tu adalah lagi bagus untuk pembaca blog ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by farhana, on 28-08-2009 16:40, IP 119.40.118.196, Guest
34. arak
Saya tak tahulah nak komen mcm mn..tp di sini apa kata kita lihat kepada konteks yg lebih luas...kita menghukum seorang wanita, sedangkan rmi lagi yg buat kesalahan yg sama (adakah dikenakan hukum yg standard, ke berbeza ke atau ada yang tak dikenakan hukuman langsung).  
 
Kemudian, how about pembuka kilang arak, owner, penjual, penghidang dll? Ada hukuman tak? Apa hukumannya? 
 
Dan kalau kita lihat, khamar tuh sesuatu yang memabukkan, macamana pula hukuman terhadap jenayah berkaitan dadah, pill ecstasy syabu dll yg juga mengkhayalkan, memabukkan?  
 
Minta pencerahan, sekian terima kasih 
 
UZAR : saya faham dan amat benar sekali, yang lain lebih patut kena sebat, tapi tak pe.. satu demi satu, dengan adanya hukuman ini, ramai yang lena dengan arak, tersedar dia layak disebat dan ada hukuman Islam yang khas untuk itu, ia baik sebagai pengjaran pertama buat semua masyarakat malaysia. Penghargaan juga kepada kes Kartika.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by musatakim, on 28-08-2009 16:23, IP 219.95.91.230, Guest
35. Ujian untuk orang Islam
Saya setuju sekali dengan huraian ustaz. 
Malang sekali pertikaian hukuman mahkamah syariah bukan sahaja berlaku kepada orang di luar mahkamah(beragama Islam),malah sangat hebat diperdebatkan di kalangan orang bukan Islam.Bacalah surat khabar harian berbahasa Inggeris, hujah yang dikemukan sungguh tidak adil sekali dan mencabar sekali buat Muslim di Malaysia, terutama sekali berlaku dalam bulan Ramadhan ini.  
Bagaimanapun ketelusan jabatan agama boleh dipertikaikan.Mengapa tidak diserbu sahaja kelab2 malam, tasek2, dan tempat2 yang memg ramai orang Islam 'tonggang'?bukanlah lebih menyeluruh dan adil begitu?Mungkinkah kerana ramai anak orang kenamaan di sana? 
Namun penulis faham, ianya kerana Undang2 Islam yang 'belum lagi dikanun ini' lah yang menyebabkan terhadnya pergerakan jabatan agama ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by muslim, on 28-08-2009 16:03, IP 203.82.92.130, Guest
36. Sebatan yang bagaimana??
Saya ada pertanyaan tentang jenis bagaimana sebatan yang dilaksanakan mengikut syariah?? adakah sebatan menggunakan cemeti yang digunakan untuk hukuman kesalahan merogol contohnya lah, saya tidak jelas tentang itu.. minta Ustaz jelaskan kepada sayan yang jahil ini.. wassalam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ABAH, on 28-08-2009 13:40, IP 81.109.144.207, Guest
37. -
Salam UZAR, 
Tulisan UZAR ini menyamai apa yg difirmankan Allah dalam ayat2 surah aljumaah.Paling berkesan dalam mendepani golongan2 yg agak kurang kefahaman tentang Islam.Semoga Allah sentiasa memberi ilham kepada UZAR untuk terus menulis artikel2 bermanfaat sebegini.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu ahmad, on 28-08-2009 11:00, IP 115.132.3.255, Guest
38. guest
salam ust... 
 
moga dpt ust betulkan yang mana salah ejaan tu...ada byk jugak. saya tahu ust busy. tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Is, on 28-08-2009 10:54, IP 60.49.31.170, Guest
39. Islam & Perundangan
Salam, 
 
1. Sy berpandangan, ramai lagi org2 Islam yg masih kurang memahami Islam termasuk diri saya sendiri, apatah lagi bagi mereka yg bukan yg beragama Islam. 
 
2. Ramai yg beranggapan "sebat" di dlm perundangan Islam sama seperti sistem perundangan sivil. Walhal, ianya jauh sama sekali.  
 
3. Hukuman "sebatan" di dlm Islam ada bersifat mengajar bukanya sebatan sivil yg sering kita lihat di kaca tv atau mana2 majalah. 
 
4. Sy beragama Islam, tetapi masih perlu banyak belajar tentang agama suci ini untuk dunia & akhirat. 
 
Salam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad Syahril bin Abdul Rahim, on 28-08-2009 10:01, IP 203.82.92.147, Guest
40. Respon kpd "abusyukri bin mohamad" (ii)
Isi 3.: tiada hukum hudud dalam quran sebab ianya makruh.Cuma ulamak,rabi dan arbaba sahaja yang lebih-lebih. 
Komen: Ustaz telah pun bgtau : 
(i)"tindakan mengenakan sebatan...diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak" 
(ii)"Maka itulah tugas hadis nabi...yang menjadi PENJELAS KPD AL-QURAN" 
Kalo kereta saudara kehabisan petrol,adakah saudara akan ke tgh laut utk korek minyak dan proses sampai jd petrol? tentu tidak. begitu jg kita. nak paham agama kena bgantung pd ulama. ulama permudahkan kita. ulama pewaris nabi. maka jgn hina ulama... 
 
Isi 4.: tindakan `ultra vires` mereka ini seolah-olah,tuhan itu jahil dan al Quran itu tidak lengkap.Kira lagi bijak dari Tuhan le ni. 
Komen : Mereka tidak mengatakan tuhan itu jahil dan alQuran tidak lengkap...mereka berpandukan hadith Nabi. Nabi ni pesuruh Allah. penyampai agama Allah. alQuran terlalu lengkap. cuma bg org awam...sure takkan paham (atau salahphm) kalo usaha phm sendiri. Hadith Nabi tlg perjelaskan. Ulama tlg kaji dan bukukan dlm kitab...bkn bawa bermaksud mereka lagi bijak drp tuhan... Allah yg kurniakan mereka ilmu... utk disampaikan kpd org2 jahil mcm kita... 
 
Isi 5 : Komen: Maaf saya tak paham... maka... no comment... 
 
KOMEN KESELURUHAN : nak ulas sesuatu berkenaan agama terutamanya bab hukum Allah... sila hati2... kalo takdak ilmu sila rujuk ulama... risau kalo2 rosak akidah... 
 
Jazakallahukhairan... 
 
http:// kisahsebuahperjalanan.blogspot .com
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad Syahril bin Abdul Rahim, on 28-08-2009 09:45, IP 203.82.92.147, Guest
41. Respon kepada "abusyukri bin mohamad"
Salam alaik. ustaz...izinkan saya menjawab bagi pihak ustaz terhadap komen saudara abusyukri insyaAllah... 
 
 
Soalan saudara: "jadi hudud atau takzir ustaz?" 
Jawapan : Ustaz dah jwb... 
(i) "..Kebanyakan mazhab seperti Hanafi, Maliki, Syafie meletakkan hukuman sebat ke atas peminum arak sebagai hukuman hudud." 
(ii) "...sebahagian ulama lain...menganggapnya sebagai ta'zir semata-mata, yang mana ia terserah kepada hakim untuk menentukan jumlah sebatan dan keperluan untuk menyebat atau tidak." 
(iii) "..Ia bergantung kepada mazhab mana yang dterima pakai oleh Mahkamah Syariah Malaysia, hakim dan negara Malaysia." 
 
 
Isi 1.: "al baqarah 2:219 Nabi berfatwa :keburukan keduanya ,arak dan judi lebih dari kebaikan. dalam bahasa mudah makruh la tu." 
Komen : Surah al-Baqarah ayat 219, ALLAH BERFIRMAN (BUKAN NABI BERFATWA) dua2 adalah DOSA BESAR... maka HARAM... adakah sekiranya kita melakukan perkara makruh kita akan dikira berdosa besar??? jwpnnya TIDAK. Allah jadikan sedikit kebaikan sbg ujian utk org2 btakwa. Dah Allah kata DOSA BESAR...maka jgn buat. Nabi juga bersabda ertinya: Apa-apa yang banyaknya memabukkan, maka sedikitnya juga haram. Maka, renung2kanlah :)  
 
Isi 2.:al maidah :91 Bila lagi nak berhenti?(jual sampah) 
Komen : Ayat ni ALLAH BERFIRMAN agar MENJAUHI (DIHARAMKAN BUKAN DIMAKRUHKAN) perkara2 keji (cthnya minum arak). InsyaAllah kalo kita sama2 usaha tentang maka penjualan arak ("smpah" mengikut kata saudara) akan berhenti 
 
Isi 3.: 3.tiada hukum hudud dalam quran sebab ianya makruh.Cuma ulamak,rabi dan arbaba sahaja yang lebih-lebih. 
Komen: Ustaz telah pun bgtau : 
(i)"tindakan mengenakan sebatan...diambil dari kumpulan hadis-hadis Nabi yang cukup banyak" 
(ii)"Maka itulah tugas hadis nabi...yang menjadi PENJELAS KPD AL-QURAN" 
Kalo kereta saudara kehabisan petrol,adakah saudara akan ke tgh laut utk korek minyak dan proses sampai jd petrol? tentu tidak. begitu jg kita. nak paham agama kena bgantung pd ulama. ulama permudahkan kita. ulama pewaris nabi...
 
» Reply to this comment...

Posted by chek, on 28-08-2009 09:25, IP 203.82.91.101, Guest
42. insaf
tq ust, byk info brguna dpt..hrp2 tun bc n fkr2kan.ISLAM ITU INDAH
 
» Reply to this comment...

Posted by RooiValk, on 28-08-2009 09:01, IP 203.82.92.128, Guest
43. sebat
salam ustaz, 
menteri kata penguatkuasa hukum dunia di malaysia x tahu sebat secara syariah. boleh x ustaz tolong sekolahkan diorg ni prosedur sebat secara syariah. kita claim malaysia negara Islam. malu kita ngan Allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Nizam, on 28-08-2009 08:55, IP 124.82.216.69, Guest
44. Nizam
Sekadar Renungan... 
 
Mempertikaikan hukum sebat terhadap orang yang minum Arak adalah sama dengan kita mempertikaikan Umat Islam Solat 5 waktu Sehari semalam. 
 
Kita tidak berani untuk mempertikaikan kenapa solat itu wajib 5 waktu sehari semalam kerana jika kita mempertikaikannya kita boleh rosak akidah jika kita mempertikaikannya.  
 
Tapi apabila berkaitan dengan hukum hudud kita berani pula untuk mempertikaiannya. tiada bezanya antara hukum solat dengan hukum sebat orang yang minum arak dalam islam. jadi jika kita pertikaikannya maka...... fikir-fikirkanlah apa akan jadi pada akidah kita.
 
» Reply to this comment...

Posted by Azmi, on 28-08-2009 08:38, IP 115.132.29.131, Guest
45. Tak Adil
Memang Allah suruh kita berlaku adil. Semua manusia sukakan dan ketengahkan keadilan tetapi tak ramai yang ingin mengambil takrifan Allah sendiri apa yang dimaksudkanNya dengan adil.....memang tak adil. Syukran atas artikel yang baik ini
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnmohamad, on 28-08-2009 02:15, IP 203.82.91.102, Guest
46. tammat
jadi hudud atau takzir ustaz ? 
 
1.al baqarah 2:219  
 
Nabi berfatwa :keburukan keduanya ,arak dan judi lebih dari kebaikan. 
 
dalam bahasa mudah makruh la tu. 
 
2.al maidah :91 
 
Bila lagi nak berhenti? 
(jual sampah) 
 
3.tiada hukum hudud dalam quran sebab ianya makruh.Cuma ulamak,rabi dan arbaba 
sahaja yang lebih -lebih. 
 
4.tindakan `ultra vires` mereka ini seolah-olah,tuhan itu jahil dan al Quran itu tidak lengkap.Kira lagi bijak dari Tuhan le ni. 
:cry  
 
5.Jawapan untuk Ibniabdulhalim di MT , 
 
Depa bukan faham pun soalan hang , sabaq na.. 
 
era jahilliah -fasiqun 
 
era daulah - dzalimun 
 
era ummah - kafirun . 
 
Arabiun - ada faham bahasa melayu ? 
 
Khususan -`perigi cari timba`  
 
abusyukri bin mohamad 
 
UZAR : apa benda ni? tak faham
 
» Reply to this comment...

Posted by cassablanca, on 28-08-2009 01:00, IP 203.82.79.102, Guest
47. Mana Pergi Che Det Punya Article 'Sebat'
Salam Uzar, 
 
Saya tak nampak lagi article Che Det mengenai sebat..Apakah article telah disebat?
 
» Reply to this comment...

Posted by mza_perodua, on 28-08-2009 00:51, IP 203.82.79.103, Guest
48. hati dah tertutup
salam ustaz. agak lambat saya komen di sini. xde ape yang saya nak komen sebenarnya selain mengucapkan syabas dan tahniah kepada ustaz kerana telah menghuraikan isu ini dengan hujah-hujah yang kukuh bagi menepis pendapat sesetengah orang yang cetek ilmu agamanya, yang cuma dibesarkan dengan undang-undang bawaan penjajah.  
 
inilah, apabila hati telah mati daripada cahaya iman, tidak dapat lagi menerima pendapat selain daripada pendapatnya biarpun dibawa senaskhah quran dan beribu-ribu kitab tulisan ulama-ulama terdahulu.  
 
apepun kita same doakan dia, dengan nikmat umur yang panjang sempat dia memikirkan ape yang telah dilakukannya selama ini bertentangan dengan hukum Allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by khairi ali, on 27-08-2009 21:43, IP 115.134.196.56, Guest
49. KOMEN ISU SEBAT
1. DR. M : Jika Kerajaan tidak mengkanunkan undang-undang syariah melalui proses perbahasan dan kelulusan oleh dewan-dewan undangan, atau melalui fatwa oleh ulama-ulama, bolehkah tulisan-tulisan ulama tertentu dijadikan asas hukum mengikut pendapat hakim? 
 
 
Ini saya tidak pasti, tetapi sepatutnya sesebuah kerajaan negeri bertanggungjawab untuk mengkanunkannya. Namun sebelum ia dikanunkan, pertikaian yang diutarakan memang relevan dalam konteks hukum dunia, namun adalah salah di sisi Islam, kerana semau hukum Islam sepatutnya dikanunkan.  
 
SAYA TAK FAHAM KENAPA UST TAK PASTI. BAGI SAYA, SOALAN INI ADALAH BERKAITAN DENGAN PENGURUSAN HAL EHWAL AGAMA, BUKAN LAGI DALAM DIMENSI PENDAPAT. MAKSUDNYA, KITA PERLU KETENGAHKAN TATACARA BAGAIMANA SESATU HUKUM ITU DIPUTUSKAN, DAN DILAKSANAKAN, YAKNI SAMA ADA DALAM BENTUK MAHKAMAH ATAU PUN HANYA TEGAHAN. IMPLIKASINYA IALAH HAKIM MAHKAMAH PERLU MENGIKUT FATWA YANG TELAH DIPUTUSKAN, YANG MANA TULISAN ULAMA TERTENTU PUN SUDAH DIAMBIL KIRA, ATAU PUN DITOLAK. INI ADALAH OPERASI BIASA DALAM MENENTUKAN HUKUM ATAU PUN MENJATUHKAN HUKUMAN. 
 
2. PADA PENDAPAT SAYA, APA YANG INGIN DISAMPAIKAN OLEH TUN IALAH KETELITIAN DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN YANG ADIL. BARANGKALI PENGALAMAN BELIAU MENUNJUKKAN TIDAK BEGITU TELITI.TAPI MALANGNYA, TUN SENDIRI PUN GAGAL UNTUK MEMPERBAIKINYA. APA YANG DIPERLUKAN SEKARANG IALAH KETELITIAN ITU DIBUKUKAN DAN BOLEH DIJADIKAN RUJUKAN, MACAM BUKU-BUKU YANG DIGUNAKAN OLEH PEGUAM SIVIL. MAKSUDNYA BUKAN BUKU ATAU KITAB YANG PIHAK UST CADANGKAN, KERANA INI HANYA MENAMBAHKAN 'BEBAN' MENCARI FAKTA. LAGI PUN, TIDAK SEMESTINYA SUDAH DIPUTUSKAN SECARA FATWA. 
 
UZAR :  
 
1) Yang saya tidak pasti adalah sama ada undang-undang sebat itu telah dikanunkan yang bersumber kepada sumber Islam seperti hadis dan huraiannya ( iaitu kitab-kitab Fiqh tulisan ulama) atau tidak oleh Kerajaan negeri Pahang.  
 
Oleh kerana tidak dikanunkan Tun pertikai, boleh ke hakim sesuka hati ambil dan baca sendiri kitab dan buat jatuhkan hukuman. Itulah maksud Tun, so saya jawab, saya tak pasti dah dikanunkan atau belum dan juga tidak pasti mengapa belum dikanunkan. 
 
Tetapi bila rujuk balik, rupanya hukuman sebat tu dah dikanunkan pun. so pertikaian ini tidak lagi relevan. 
 
2) : Itu apa yang saudara faham, dan itu bukan yang saya faham dari ayat Tun. dan saya yakin , kefahaman saya terhadap maksud yang tulisan Tun lebih tepat. berbanding takwilan sdr.  
 
Anyway thanks atas komen, dan saya telah memperbaiki ayat saya di atas agar tiada lagi yang tersilap faham ketika membacanya.  
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Assiddiq, on 27-08-2009 19:35, IP 60.49.83.252, Guest
50. Salam,Alhamdulillah
Setuju sangat2.. Itulah dia. Kenalah berilmu dulu sebelum beramal.. Baik diam dari banyak bercakap sesuatu yg x manfaat yg boleh menyebabkan org tahu akan kejahilan kita.  
 
Mmglah Undang2 itu satu mengerunkan. Sebab ianya lah mendisiplinkan kita. Sebab itu ada HUKUM HUDUD. ALLAH tidak menjadikan hukum hudud itu sia2. MAHA SEMPURNA ALLAH. Bila org takut akan undang2 maka xdela jenayah berlaku InsyaALLAH.. 
 
Ni idak,Sekarang makin banyak jenayah. Kenapa? Sebab org xtakut undang2 skarang.Undang2 mana lagi sempurna selain Undang2 ALLAH? 
 
Sy tengok kes ni bgus juga bagi permulaan sebelum Negara MALAYSIA menjadi NEGARA ISLAM keseluruhan.. Biar org melihat bertapa indahnya ISLAM. 
 
 
"1ISLAM,ALQURAN didahulukan akhirat diutamakan.."
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom