Alhamdulillah
buku saya yang ke-8 kini berada di pasaran.!
Sempena
10 Terakhir Ramadhan tahun ini, saya tampilkan buku ini, moga aktiviti
kewangan kita akan mampu dibersihkan dari Riba dan seterusnya
menyumbang ke arah pembentukan ibadah yang mantap, maqbul dan
membenihkan sifat taqwa dalam diri. Perbincangan hal kesempurnaan
ibadah tanpa berhati-hati di dalam bab urusan kewangan akan
membantutkan proses taqwa.
Dalam
beberapa dekad yang lalu, kita telah dapat menyaksikan peningkatan luar biasa
di dalam sector Perbankan dan Kewangan Islam, sama ada di dalam penghasilan
produk-produknya, juga di dalam bentuk penulisan buku dan jurnal.
Walaupun
demikian, topik ini masih kelihatan sangat asing bagi pengguna khidmat
perbankan, khsusunya di kalangan warga Muslim. Asalnya perbankan Islam
memfokuskan golongan Islam sebagai kumpulan sasaran mereka, namun berdasarkan
statistik semasa yang dikeluarkan, terbukti golongan bukan Islam lebih meraikan
produk-produk bank Islam berbadning warga Muslim. Mengapakah ini berlaku? Salah
satu sebabnya adalah dihalangi oleh tembok kejahilan hingga gagal dalam
memahami konsep perbankan dan kewangan Islam, ditambah pula dengan rasa kurang
sensitif mereka di dalam hal ehwal halal haram.
Banyak
buku ditulis di dalam topik ini sebenarnya, namun sukar dinafikan topik ini
memerlukan kesungguhan yang lebih untuk memahaminya. Rasa berat ditambah lagi
apabila kebanyakan buku ditulis di dalam bahasa inggeris yang dipenuhi dengan
istilah-istilah kewangan, perbankan, kiraan matematik yang tentunya amat sukar
difahami oleh orang kebanyakan. Walaupun kesemua tulisan ini amat baik dari
sudut akademik dan ilmunya, namun majoritinya seolah ditulis khususnya buat
pengamal perbankan dan individu yang ingin menjadi pakar sahaja, ia amat kurang
sesuai ditatap oleh orang awam.
Akibatnya,
jumlah umat Islam yang mampu memahami ilmu ini terus berkurangan dan tidak
meningkat dari tahun ke tahun, malah jumlah mereka yang semakin bersangka buruk
dan keliru dengan aplikasi perbankan Islam pula yang bertambah. Akhirnya, semua
mereka menjauhkan diri dari perbankan Islam dan tidak mengetahui bagaimana
khidmat perbankan Islam mampu memberikan manfaat yang besar buat urusan
kewangan mereka di dunia dan urusan pahala serta dosa di akhirat.
Saya
mengakui bidang ilmu ini masih baru, dan memerlukan usaha berterusan dari
mereka yang mengetahui untuk membantu dan mengajar semua pihak.Banyak pihak yang sudah menunjukkan minat
yang tinggi untuk mempelajari bidang ini sama ada dari kalangan para ulama,
peguam, ahli akademik, usahawan korporat, orang awam, pelajar universiti dan
sebagainya.
Walaupun
demikian, tidak begitu mudah untuk mencari sebuah buku berbahasa Malaysia yang
sesuai dicadangkan untuk pembacaan golongan yang berminat ini sebagai ‘buku
permulaan' yang menerangkan konsep asas kontrak menurut Islam dan diikuti oleh
cara aplikasi semasanya oleh perbankan Islam.
Bertitik
tolak dari keperluan itu, lahir buku ini sebagai satu usaha kerdil saya untuk
membantu memberikan kefahaman dengan lebih baik. Saya cuba tampilkannya ia
dengan bahasa dan penerangan yang mudah dan sederhana, namun cukup untuk
memahami aplikasi sesebuah kontrak dengan gambaran awal sehingga akhir.
Saya
juga mengambil petikan-petikan dari kitab silam, moden dan resolusi badan-badan
fatwa berautoriti peringkat nasional dan dunia, agar manfaat yang lebih sempurna
mampu diperolehi oleh para pembaca, khususnya di kalangan para ilmuan Syariah
khususnya. Selain itu, buku ini juga mengutarakan jawapan kepada beberapa
soalan kerap tentang sesebuah produk.
Saya
amat berharap, buku ini mampu menjadi salah sebuah sumber bermanfaat dalam
memahami konsep dan aplikasi perbankan dan kewangan Islam.
Di
kesempatan ini juga saya menghukurkanj utaan penghargaan buat semua pihak yang
terlibat dalam pembikinan buku ini, khususnya isteri saya Noraslina Bt Jusin
dan anak-anak saya yang tidak putus memberikan sokongan moral dan fizikal buat
saya.
Akhirnya,
saya menadah tangan berdoa ke hadrat Allah swt agar usaha kerdil ini diterima
olehNya sebagai salah satu amal soleh saya dan keluarga, serta mampu membantu
penyebaran ilmu kebaikan berkenaan urusan kewangan secara Islam kepada umat.
Saya juga mengakui, sehebat mana pun usaha kami untuk mengelakkan sebarang
kesilapan, namun ia pasti akan wujud juga dan saya meminta keampunan kepada
Allah swt atas segala kesilapan yang mungkin wujud di dalam buku ini.
Terima kasih buat penerbit yang sudi menerbitkannya walau menyedari tajuk sebegini bukanlah satu tajuk popular untuk terjual laku, berbeza dengan tajuk popular seperti novel cinta, isu cinta dan keluarga. Namun atas dasar tanggungjawab mereka menerbitkannya juga..
SILA DAPATKAN BUKU INI SEGERA, MOGA IA MEMBUKA JALAN AGAR TERGERAKNYA HATI UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DAN KELUARGA DARI URUSAN PERBANKAN HARAM.. KLIK SINI
Posted by sarjantulang, on 30-09-2009 17:14, IP 202.185.32.194, Guest
1. Kadar tukaran wang asing??
salam,
ni merupakan soalan dari kawan saya:
""macam mana dengan perniagaan money changer yang kebanyakan dijalankan oleh india muslim & jarang jumpa samada melayu, cina atau india (hindu) yang menjalankan perniagaan ini, soalan saya.... macam mana perniagaan ini berjalan? macam mana dengan hal riba? adakah kita sebagai pengguna terbabit dengan riba? sebagai contoh mak ayah kita pegihaji, masa nak pegi tuko rm kepada riyal.. munkin masa tuko tuh harga dia lebih murah so dpt beli banyak riyal bila balik mekah nak tuko riyal kepada RM mana tau harga RM jatuh merudum dari harga riyal... apakah hukum keatas keuntungan / kerugian yang kita perolehi dari penjualan balik riyal tu?""
Posted by Mohd Healmie Zahari, on 23-09-2009 11:49, IP 203.82.79.101, Guest
2. Public Mutual
Salam, tahniah ustaz atas kejayaan2 yang telah diraih selama ini.
InsyaAllah saya akan menyertai satu ujian untuk menjadi pengurus unit amanah di bawah naungan sebuah bank yang dimiliki non-muslim. Namun saya hanya memilih untuk memasarkan produk islam sahaja, yang saya dimaklumkan dipantau oleh majlis penasihat syariah terdiri daripada ulama dan pakar ekonomi islam.
Persoalannya: RAMAI MERAGUI SAYA KERANA DANA AMANAH INI MASIH BERNAUNG DI BAWAH SEBUAH BANK NON-MUSLIM, MEREKA TIDAK MAHU MENAMBAH KEKAYAAN NON-MUSLIM. Apa yang perlu saya lakukan? Memilih bank produk bank lain untuk dipasarkan atau berhujah mempertahankan produk sekarang? apa hujahnya?
Posted by hazwan, on 14-09-2009 13:31, IP 41.233.166.92, Guest
3. pergh
salam uzar... pergh ust..bertambah-tambah buku ust.. ada orang cakap buku pertama mmg payah nak kuar tapi bile dah keluar mudah pulak nak kuarkan yang seterusnya...betul ke?rasa ghibtoh pulak SEMOGA SUKSES....
UZAR : ada betulnya juga pendapat tu..lepas buku pertama..memang mudah untuk terus mengeluarkan lagi buku. Cuma yang susah nak balance antara akademik dan awam punya level.
Posted by shamizi, on 13-09-2009 10:55, IP 124.13.214.41, Guest
4. tahniah
salam. saya belum sempat membeli atau membaca sebarang hasil tulisan (buku) ustaz tp nak mendoakan semoga ustaz terus diberi kekuatan dan hidayah Ilahi untuk terus menghasilkan buku-buku bagi meningkatkan kefahaman umat Islam terhadap Islam.
Posted by Akmal, on 12-09-2009 11:43, IP 203.82.79.101, Guest
5. eBay dan menjual tanpa produk
Assalamualaikum Ustaz.
Saya ingin kepastian daripada Ustaz hukum menjual produk fizikal di ebay tetapi sebenarnya penjual tersebut tidak ada pun simpanan stok. Caranya adalah memesan produk yang ditempah oleh pelanggan ebay daripada supplier rahsia atau dropshipper dan semuanya akan diuruskan oleh supplier tersebut sehingga ke penghantaran produk tersebut.
Soalan saya adakah transaksi tersebut sah dari segi hukum jualbeli secara Syariah contohnya Bai as Salam? Adakah penjual tersebut boleh dianggap sebagai orang tengah semata-mata?
Mohon Ustaz berikan penjelasan berkaitan hal ini.
Terima kasih Ustaz.
UZAR : boleh rujuk artikel saya berkenaan ebay di sini
Posted by khuzaimah, on 11-09-2009 21:10, IP 203.82.91.102, Guest
6. tanya pendapat dan pandangan
assalamualaikum..UZAR
saya tertarik dengan buku baru UZAR ni. insyaAllah saya akan beli, sbb ia amat2 berkait dengan kertas ilmiah yang sedang saya buat sekarang. cuma saya nk tanya UZAR, tau tak kat mana saya nk cari info berkenaan dengan garis panduan kepatuhan syariah yang diamalkan di timur tengah? sebab ia berlainan kan dengan Malaysia. ini kerana ia berkait dengan kajian yang sedang saya lakukan sekarang iaitu tajuknya..PENERIMAAN PRODUK PERBANKAN ISLAM - PERBANDINGAN ANTARA MALAYSIA DAN TIMUR TENGAH. terima kasih terlebih dahulu kiranya UZAR ada info berkenaan dengan apa yg dijelaskan di atas. SYUKRAN.
UZAR : keptahuan shariah versi Timur Tengah boleh dapat buku Shariah standard keluar AAOIFI. boleh beli di www.ibfim.com, cuma harganya agak mahal ..
Posted by huffazdq, on 11-09-2009 11:08, IP 60.49.234.149, Guest
9. mabruk UZAR
Salam us UZAR...mabruk atas penghasilan buku yang ke-8 ini...insyallah saya akan mendapatkannya...jazakallah khairan atas ilmu yang banyak diberikan...smg UZAR dan family dlm naungan Allah selalu...salam ramadhan...ws
Posted by pemikir, on 11-09-2009 03:31, IP 41.233.168.23, Guest
12. bai' tawarruk
salam ustaz..tahniah brjaya mghasilkan buku yg ke 8..kesibukan sy baru 0.001% brbanding ustaz, tapi masih blum brjaya mghasilkan sesebuah buku pun..
berkenaan status bai' tawarruk individu ('DA1/ )dgn sistem perbankan('DEF8E 'DE51A) ada berbeza ye ustaz? baru2 ni mjlh Iktisod Islami dari Bank Kuwait ada bhskan bab ni..yg bai' tawarruk sistem perbankan tidak patuh syara'..helah kpd riba, tidak dibenarkan kpd bank2 islam mggunakan instrument trsebut..
btul tu ustaz?
UZAR : EJAAN betul Tawarruq ( dengan huruf q mewakili Qaf bukan kaf 'k')
Saya x dpdt baca tulisan arabic yang ditulis dalam komen krn enjin web ni tak compatible dgn huruf arabic dlm sistem komennya dalam sesetengah keadaan.
Dapatkan buku saya untuk baca bab bai enah , BBA dan lain-lain beserta gambarajah.
Posted by mujahidhisyam, on 10-09-2009 22:02, IP 58.26.217.95, Guest
15. Subhanallah!!!
Barakallahu fikum! tahniah buat UZAR atas penerbitan buku ke-8. dalam tempoh yang singkat saja beberapa buah buku berjaya diterbitkan.
istimewanya buku-buku nukilan uzar ini ialah kerana isu yang dibahaskan ialah isu yang amat jarang disentuh, sedangkan isu-isu tersebut sangat penting kerana melibatkan urusan harian umat islam khususnya.
mungkin barakah doa para pembaca web dan buku uzar supaya uzar terus diberi kelapangan menghasilkan karya-karya sebegini.
seeru 'ala barakatillah...
p/s: banyak lagi sebenarnya buku uzar yang belum sempat saya dapatkan (apatah lagi baca!) insya ALLAH sedang berusaha mendapatkannya.
UZAR : alhamdulillah, terima kasih atas sokongan..jangan lupa doakan saya..