Utama arrow Soal Jawab & Isu Pilihan arrow Status Program Derma Wang Pos & Skim Ta'awun
PDF Print
User Rating: / 25
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 07-10-2009 14:28
Views 19456    
Favoured 47

Status Program Derma Wang Pos

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

findmoney.jpg

 

SOALAN

Saya nak tanya tentang suatu pelaburan yang berbentuk piramid. Baru-baru ini saya ada masuk, modalnya cuma RM30.00. Caranya ialah dengan membeli wang pos berjumlah RM5.00 setiap satu dan enam keping. Setiap satunya hendaklah ditulis dengan nama si penerima 'di atas' kita dan ini merupakan sumbangan ikhlas daripada kita. Kemudian setelah nama kita tersenarai, kita mencari ahli-ahli baru pula di bawah dan giliran kita pula mendapat sumbangan RM5.00 daripada ahli di bawah. Dalam masa sebulan berbelas-belas keping wang pos yang diterima yang berjumlah beratus-ratus ringgit.

Soalannya, apakah hukum menerima duit tersebut? Pelaburannya cuma RM30.00 tetapi pulangannya agak lumayan. Ia juga adakalanya dinamakan sebagai ta'awun atau tolong menolong.

JAWAPAN

Setelah membaca penerangan saudara di atas. Jelas kepada saya bahawa ia adalah pelaburan yang tidak halal di sisi Islam. Ia juga bukanlah pelaburan.

Ini kerana rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah adalah: -

·         Wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui

·         Pelabur

·         Pengusaha

·         Bisnes yang halal / Pekerjaannya

Antara syarat sahnya pula :-

·         Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.

·         Tiada jaminan modal selamat.

·         Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu.

Jika dilihat, salah satu rukun dalam pelaburan Islam atas asas mudarabah dan musyarakah adalah mestilah mempunyai satu perniagaan yang halal serta terbuka kepada untung dan rugi.

Dalam kes yang dirujuk saudara, duit pelabur (peserta iaitu dalam bentuk wang pos itu) adalah untuk melabur dalam perniagaan itu..tetapi tiada perniagaan tertentu, malah pelaburan itu pula dianggap sumber mendapat untung, atau dalam kata lain, 'pelaburan' atau duit penyertaan terkumpul itu adalah dianggap bisnes dan keuntungannya, lalu manakah perniagaannya sebagaimana yang disyaratkan? apa produknya? mana pula "profit sharing ratio" nya? ..maka ini jelas tidak menepati rukun pelaburan dalam Islam.

Menjual pusingan ahli yang menyertai dan sistem piramid adalah tidak diterima oleh Islam walaupun ia cuba berselindung di sebalik nama ‘ta'awun' (kerjasama), sedeqah, tolong menolong dan sebagainya.

ELEMEN RIBA

Selain itu, proses ini juga mempunyai elemen riba di dalamnya, ini adalah kerana setiap pihak yang ‘menderma' memasuki sistem dengan niat, harapan serta janji oleh pihak pengurusan bahawa mereka mendapat derma berbentuk wang dengan nilai yang lebih banyak dari apa yang diberinya.

Di dalam Fiqh Islam, seseorang yang menderma tidaklah boleh mensyaratkan kepada penerima atau mana-mana pengurus sistem untuk mengembalikan sejumlah wang semula kepadanya, khususnya yang lebih besar. Jika ini berlaku, sifat hadiah tadi akan berubah kepada daripada hadiah yang biasa kepada ‘hibah at-thawab' atau ‘hadiah bersyarat pulangan' (hibah bisyarti ‘iwad) yang mana keadaan ini akan mengubah sifat kontrak asal derma iaitu ‘tabarru'at' kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah'.

Apabila ia telah berubah menjadi sifat jual beli, Islam mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya dan bertangguh pula. Selain itu, sifat jual beli mewajibkan agar semua rukun dan syaratnya ditepati dan jelas seperti subject matter, tempoh, nilai, pihak yang bertransaksi dan lain-lain.

Dalam program derma wang pos ini, kebanyakannya tidak diketahui, seperti bila tempoh dapat semula wang, berapa nilainya, siapa pihak di sebelah sana yang sedang berurusan dengannya dan banyak lagi. Hasil dari itu, konsep ta'awun atau banu membantu melalui sistem wang pos piramid ini tergolong dalam kategori yang bermasalah dari sudut rukun jual beli dan juga jatuh dalam kategori riba.

ELEMEN JUDI, GHARAR DAN MAKAN HARTA SECARA BATIL.

Selain dari tergolong dalam kategori riba atau syubhat riba, ia juga mempunyai elemen judi  kerana peserta tidak pasti wang yang telah diderma akan mampu membawa pulangan wang yang lebih banyak atau tidak di kemudian hari, namun harapannya sentiasa berkobar untuk mendapat ‘derma' yang lebih banyak. Tatkala itu, definisi judi, spekulasi dan gharar, ketiga-tiganya wujud di dalam permainan ini.

Berdasarkan huraian sahabat besar, Ibn Abbas r.a semasa menghuraikan ayat dari surah An-Nisa:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلاَّ أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ وَلاَ تَقْتُلُواْ أَنفُسَكُمْ إِنَّ اللّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu." ( An-Nisa : 29)

Beliau menafsirkan salah satu dari erti makan harta secara batil, palsu dan tidak sahit adalah

أخذ المال بغير عوض

"mengambil harta tanpa sebarang balasan kerja yang setimpal" (Rujuk Tafsir at-Tabari, Ar-Razi)

Selain itu, terdapat juga athar yang disandarkan kepada Ibn Abbas dimana beliau berkata

"Riba adalah setiap hadiah yang mensyarat pulangan lebih besar dari pemberiannya" (Al-Jami' fi Usul al-Riba)

Imam Fakhruddin Ar-Razi menambah penjelasan di dalam kitab tafsirnya dengan berkata :

أن الربا يقتضي أخذ مال الإنسان من غير عوض، لأن من يبيع الدرهم بالدرهمين يحصل له زيادة درهم من غير عوض

Ertinya : Sesungguhnya riba ia beerti mengambil harta manusia tanpa sebarang timbale kerja atau nilai, sebagaimana seseorang yang menjual satu wang dirham dengan mengambil dua dirham, si penjual memperolehi tambahan satu dirham tanpa sebarang perantara kerja dan nilai tambah (Rujuk Tafsir Al-Kabir dalam tafsir ayat 29 surah An-Nisa)

Maka inilah sifat program derma wang pos, yang jelas jatuh dalam erti mengambil harta orang lain tanpa kerja yang setimpal, pemberian yang setimpal. Program ini amat sama dengan tabiat Riba, iaitu wang dipaksa melahirkan wang yang lain tanpa sebarang perantara aset dan kerja yang menambah nilai kepada ekonomi setempat.

Itu berlaku apabila wang diderma dan mengharap pulangan derma dari yang lain kepadanya. Apakah nilai pertumbuhan yang dihasilkan selain menambahkan ketamakan dan menghilangkan pahala dari sesebuah derma? Bukankah itu sama sahaja dengan sifat riba?, sama seperti meminjamkan wang dan menerima pulangan yang lebih darinya tanpa sebarang kerja yang setimpal dan tiada pula aset yang diniagakan.

Ringkasnya, sistem derma wang pos atas apa juga nama yang digunakan adalah sama seperti sistem piramid yang mengambil keuntungan di atas jumlah orang yang masuk di dalam sistem. Daripada bentuk yang saudara berikan, ia jelas diharamkan oleh sebab, syubhat riba, elemen judi, gharar dan juga makan harta secara batil.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

18 Syawal 1430 H

7 Oktober 2009


Last update: 18-10-2009 06:01

Published in : Soal Jawab, Soal Jawab & Isu Pilihan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (64) RSS feed comment
Posted by azhar azizi, on 12-03-2010 15:25, IP 60.54.62.188, Guest
1. program taawon
Assalamualaikum warahmatullahi Wbrt. saya ada baca komen2 dan pandangan ustaz dalam ruangan ini ...alhamdulillah saya dapat kefahaman mengenainya. 
 
1. saya nak nak tanya UZAR dua perkara disini mohon UZAR pertimbangkanlah : 
 
a. adakah secara umumnya apa2 program berunsur Taawon ini memang haram? 
 
b. Boleh tak UZAR berdialog dengan tuanpunya syarikat ini demi kebaikan umah. 
 
moga2 kita mendapat rahmat dari Allah hendaknya aminnnnnnn
 
» Reply to this comment...

Posted by nk tahu..., on 10-03-2010 19:32, IP 121.120.112.139, Guest
2. pandangan ustaz...
Secara jelasnya adakah perniagaan ini mengunakan amalan sedekah atau tolong menolong ini sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan dari peserta yang lain... bila mana keuntungan itu tertentu 
maka adakah kategorinya sudah jatuh haram? 
dan satu lagi adakah perniagaan ini dari undang undang sivil tidak terlepas dari sebarang pertuduhan dari pihak berkuasa??? 
Sedangkan ustaz menyatakan ianya jatuh tidak halal dan haram adakah dari aspek perundangan sivil pun berkata begitu?? 
sbb saya dapat tahu ustaz juga terlibat dalam kajian dan pemasaran perniagaan yang berorentasikan segmen bgini
 
» Reply to this comment...

Posted by En. Ganas, on 08-03-2010 07:03, IP 192.44.136.113, Guest
3. kedegilan puak2 prog Ta'awun
Assalamualaikum... 
saya ada copy penerangan ustaz ni kat lubuk puak2 Ta'awun ni di sini http://www.mfa.org.my/? classified:program-taawon-macam-main-kutu: 31254-FRM-4  
maaf jika terlanggar copyright. 
 
tapi nampaknya diorang tetap menghalalkan program mereka. Malangnya, ramai yg telah terjebak angkara duit. Apa lagi yg boleh kita buat untuk selamatkan saudara2 kita ni?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Rosli Ismail, on 05-03-2010 16:40, IP 115.134.128.198, Guest
4. hyprobulks
Assalamualakum . 
Sy nak tanya Ustaz apakah hukum nya memasuki dan memperolehi pendapatan melalui skim hyprobulks in? 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by sekadar bertanya..., on 05-03-2010 16:33, IP 121.120.102.114, Guest
5. program WHR
saya menjadi sedikit keliru tentang perniagaan ini... adakah bila ustaz perniagaan ini mempunyai gharar, syubahah dan bukan perlaburan Islam ianya menjadikan perniagaan ini salah dan tidak boleh dijalankan dan disertai oleh orang Islam.. Pada pandangan ustaz bolehkah perniagaan serupa begini dalam bentuk derma wang pos ini dijalankan dan menepati hukum hakam perniagaan Islam?? Dengan mengambil kira konsep tolong dan bantu membantu sesama Muslim melalui konsep dan corak perniagaan derma wang pos nie??? 
minta penjelasan selanjutnya
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by BuDiMaN89, on 26-02-2010 23:26, IP 202.184.111.89, Guest
6. wang pos
ustaz saya telah pergi ke center sistem wang pos ni tpi ia selalu mengaitkan tntng agama,dan pengasasnya juga merupakan seorg pensyarah dari universiti di tanah air ini...apakah hukumnya. 
 
 
UZAR : hukumnya ada dalam artikel.
 
» Reply to this comment...

Posted by aji, on 20-02-2010 02:45, IP 115.133.213.200, Guest
7. pening..
Uzar, saya ada menyampaikan tentang perbincangan Uzar dan hujah mengenai wang pos ini kepada mereka yg bergiat aktif dlm menjana pndapatan melalui cara ini.. sedihnya mereka terus menyatakan ini bukan pelaburan tetapi sumbangan ikhlas mereka untuk bantu diri dan org lain.. antara hujah yg mereka nyatakan ialah mengenai khairat kematian yg dikatakan merupakan sistem yg sama seperti yg dijalan kan oleh mereka. mengapa tiada masalah.. mohon bantuan pandangan Uzar..
 
» Reply to this comment...

Posted by AHAM, on 15-02-2010 19:28, IP 115.132.82.110, Guest
8. Komen:status program derma wang pos
Salam Ustaz... 
Bagi pandangan saya ustaz, komen saya ini bukanlah bertujuan untuk mengatakan uztaz ni betul atau salah, bagi menjawab pertanyaan ini, kita mestilah mendalami isu yang ditimbulkan itu sebelum membuat sebarang rumusan dan kita juga mestilah menjadi pakar dan atau merujuk kepada pakar di dalam bidang itu sebelum membuat sebarang keputusan/rumusan.Dalam konteks ini juga, saya ingin menyatakan bahawa, Prof Dato Farid itu, adalah seorang pakar dalam bidang ekonomi di UIAM, jadi sebarang pelaburan / perniagaan yang diceburi/pelopori ini telah didalami dari segala aspek ekonomi dan hukum Islam sebelum beliau mempelopori bidang ini.Sebagai satu soalan kepada ustaz, bolehkah Ustaz berikan satu contoh yang spesifik, pelaburan yang bagaimanakah yang betul-betul mengikut hukum Islam, sila berikan satu contoh yang spesifik bukan secara umum. 
 
Sekian,terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by hash, on 13-02-2010 02:54, IP 203.82.80.99, Guest
9. kaunter hijau
salam 
 
bagaimana yang di katakan ASB sekarang dh buka "kaunter hijau"...adakah ASB telah melakukan transformasi supaya lebih selaras dengan syariah?TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by Orang awam, on 11-02-2010 23:06, IP 203.82.93.19, Guest
10. Minta penjelasan
Salam yang berbahagia UZAR... 
 
Minta jasa baik menjelaskan beberapa perniagaan di internet seperti berikut: 
 
1. http://330hyper.com/ 
2. http://www.jutarm.com/ 
3. http://www.rm20segera.com/ 
4. http://www.vemmabuilder.com/ 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sausan, on 11-02-2010 13:48, IP 60.49.204.201, Guest
11. Business IT Training di Internet
Salam, 
UZAR..sy nk minta penjelasan sama ada program ni betul2 halal dlm islam...Hanya LOGIN IN FACEBOOK, hari2 boleh dapat rm100 Secara menyeluruh sy tak tahu sangat business ni cuma kwn yg beriya2 nk sy join. menurutnya IT training dan mengesahkan ia halal dan disahkan dr laman web UZAR..betulkah??sy cari dr laman ni p xjumpa.
 
» Reply to this comment...

Posted by Aziz, on 31-01-2010 12:23, IP 218.208.231.101, Guest
12. Wang Pos WHR
Saya ingin pendapat ustaz tentang perkara ini? Andai kata syarikat melantik panel syariah, adakah ustaz akan mengenakan hukum HARAM juga kepada progrem ini jika panel syariah pula mengatakan program ini sebaliknya atau tidak melanggar hukum2 yang boleh dikatakan mendatangkan RIBA atau SYAK yang melampau mengenai PENDAPATAN melalui program ini walaupun panel syariah ini dikalangan orang2 yang mempunyai ilmu2 agama dan taraf yang lebih tinggi pangkatnya dari ustaz sendiri? 
 
 
UZAR : Masalahnya skrg, mereka tak ada panel syariah pun.
 
» Reply to this comment...
» See all 7 replie(s)

Posted by ahmad, on 29-01-2010 15:18, IP 210.48.147.100, Guest
13. tntg taawon
kalu saye da msok cmne....sblm ni sy x tau plak...ape saye nk buat
 
» Reply to this comment...

Posted by aloq, on 29-01-2010 01:37, IP 121.121.52.161, Guest
14. pertanyaan
salam ustaz. 
 
saya kerap melayari laman uztaz, dan uztaz kerap mengelak apabila org bertanyakan hukum ASN. kenapa ustaz tk mahu meletakkan hukum kepada ASN. adakah ustaz takut kerajaan akan mengenakan tindakan kepada ustaz. pikir-pikirkan lah. 
 
UZAR : saya tak letak kerana saya tidak pernah buat kajian ASN, saya hanya ada buat kajian ASB sahaja, justeru saya letak perbincangan hukum ASb tetapi tidak ASN.
 
» Reply to this comment...

Posted by arba, on 29-01-2010 01:12, IP 115.133.227.236, Guest
15. halal - haram
salam.  
kpd rakan pembaca, 
Uzar dah terangkan yg halal dan haram dlm kontek perbincangan ini.  
 
kita kena akui bahawa yg haram tetap haram walaupun diberi sejuta alasan. 
 
bagi yg tetap nak masuk jg pelaburan haram ni, silakan lah. saudara tak rugi apa2. setakat dosa tu biasa le. korang bukan takut dosa pun.  
 
bagi yg gentar dgn dosa semoga allah tambahkan kekuatan untuk pertahankan iman dan perjuangkan islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by ANUAR, on 24-01-2010 17:50, IP 203.82.92.121, Guest
16. BMS GROUP
NAK TANYA UZAR TENTANG SYARIKAT BERKAT MUAFAKAT SEJAGAT ENTERPRISE. PROGRAM SUMBANGAN AMAL JARIAH BULANAN. BOLEH RUJUK http://www.bizcom.net.my/? mod=biz_mod_blog&id=66&nopane=1 ADAKAH IA HALAL DISISI ISLAM? KAWAN SAYA REKEMEN. TAPI SAYA MASIH RAGU2 LAGI
 
» Reply to this comment...

Posted by makmum prihatin, on 14-01-2010 16:17, IP 210.187.18.197, Guest
17. Imam solat yang syorkan
assalamu'alaikum ustaz, 
Terimakasih atas penjelasan ustaz dalam perkara ini. Kami dengar dan kami taat. Masalahnya ustaz, Imam kat tmpat sya yang jadi kepala dan syorkan kt kami makmum ni. Sya ada berhujah tpi dia x terima. Maslahnya semayang aku makmum ni mcmmana, abih le aku.... 
 
UZAR : SOLAT DIBELAKANGNYA MASIH SAH
 
» Reply to this comment...

Posted by suzana mat saad, on 02-01-2010 16:39, IP 203.82.92.131, Guest
18. Buat duit melaui facebook
Asslammualaikum ustaz.... 
 
Saya harap ustaz ada masa untuk menjawab soalan saya ni... 
Baru2 ni ada kawan saya perkenalkan sistem baru untuk jana pendapatan.... Katanya sistem ni baru lagi kat malaysia, negara2 lain seperti us dah pun lama buat sistem ni.... 
Nak mudah cerita, 
Kita masuk jer sistem ni, kena bayar RM100. Then cari 4 org bawah kita... Org pertama dan ketiga duit terus masuk dalam acc kita. untuk org kedua dan keempat, duit masuk dalam org yang introduce kita. untuk orh kelima dan seterusnya duit masuk dalam acc kita.... semua nih sistem dah setkan....  
saya mintak pendapat ustaz tentang hal ni... ianya masih baru di malaysia... 
 
untuk maklumat lebih lanjut, ustaz leh layari laman web dibawah: 
 
http:// duitinfinity.blogspot.com/ 2009_11_01_archive.html
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by armeen, on 23-12-2009 04:56, IP 60.54.125.20, Guest
19. rezeki maya
salam ustaz. Boleh ustaz check bisnes ini halal atau tidak? bisnes ini guna sistem matrix dan randomizer. Ustaz click laman ini: 
http:// rezekimaya.kitniaga.net/? id=armeen 
saya dah join bisnes ini. kalau haram,saya nak inform pada member2 dalam social network saya supaya jangan join dan saya nak stop.kalau halal,saya akan teruskan. terima kasih .Salam
 
» Reply to this comment...

Posted by warish, on 21-12-2009 12:25, IP 115.133.216.165, Guest
20. E-kutu
Ada berapa banyak syarikat yg menjalnkan sistem ini, saya baru dapat dengan syarikat 
Syarikat Grand Merger Networking : No 16 Jalan mega taman mega ria Tangkak Johor. Tapi flyer yg diedarkan tak ada nama syarikat. Macam nak sembunyikan aje dari Suruhjaya syarikat malaysia, tak logik lansung kalu sistem ni betul dan halal kenapa nak sembunyi2. Ikut logik akallah mana ada melabur RM300 dpt RM7000, labur RM1000 dapat RM21000, Mana ada duit senang kat dunia ni, orang kita ni kalu digula2kan dgn duit lansung tak pikir logik akal dan halal haram.Hukum perniagaan jelas mesti ada barang dagangan atau perkhidmatan. Sedarlah sapa yang dah terlibat tu, jangan nak aniaya orang bawah. Samamacam skim labu peram gak ni. Pi buat perniagaan yg betul, bukan senang nak cari duit, ada ke duit tergolek orang nak kasi.
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by rizal, on 19-12-2009 16:44, IP 124.82.7.157, Guest
21. forex
assalamualaikum ustaz.. 
 
tlg berikn penerangan ttg halal haram forex di sini.'''time kaseh 
 
 
UZAR : telah diulas di artikel khusus berkenaannya, sila buat carian
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba yang perlu jawapan, on 15-12-2009 00:26, IP 203.82.79.104, Guest
22. tolong aku
salam terHormat, 
 
ustaz, jika jalan kan biz online denga menjual produk digitel seperti ebook boleh ke ustaz... Halal ke Haram... harap ustaz dapat menjawab...saya tengah mushkil gile nie...nak pecak kepala otak dibuatnya selagi tak dapat jawapan dari ustaz... tolong ye... :cry :cry :upset :upset
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hamba QAllah, on 09-12-2009 18:44, IP 121.120.93.166, Guest
23. penjelasan kepada program derma wang pos
salam Ustaz. 
saya membaca ulasan yang disampaikan oleh ustaz berhubung derma wang pos ini. Secara jelasnya program ini dijalankan oleh syarikat Kristal Karisma dan World Heritage Resources yang beralamat di seksyen 7 Shah Alam.  
 
Saya ingin bertanya secara jelas adakah perniagaan yang dijalankan oleh syarikat ini menyalahi hukum hakam Islam? berserta dengan ulasan dan penerangannya. Sebab saya perlukan pejelasan kepada 'downline' saya agar hasil dan wang yang diperolehi ini berkat dan selamat untuk dinikmati?? 
diharap sangat ustaz membantu saya.. 
wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by budak baru nak belajar, on 04-12-2009 04:10, IP 60.52.98.88, Guest
24. Tenang hati saya...
UZAR...terima kasih banyak2 atas penjelasan mengenai skim ini. Dapatlah saya menenangkan hati saya...saya tahu kini saya di pihak yang benar. Cuma kasihan dengan sedara mara yang tak henti2 promosi skim ini...saya redha dengan hasil usaha saya sendiri yang tak seberapa daripada kaya tanpa usaha. 
 
Assalamualaikum.
 
» Reply to this comment...

Posted by Norsuhana binti samsudin, on 03-12-2009 20:54, IP 203.82.92.138, Guest
25. syukran
syukran ustaz..ana pun ada juga terima hal ini dari kawan ana,nasib baik ana cuba cari sebelum join.minta kebenaran ya ustaz untuk copy artikel untuk dilihat kawan2
 
» Reply to this comment...

Posted by izzuan, on 22-11-2009 17:08, IP 60.53.164.226, Guest
26. e-jariah
saudara zakwan.. sy dah tgk website e-jariah tu..sy petik kata² penarik dalam web tue.. 
 
"Rasai bagaimana program kami MENGGANDAKAN wang anda hanya dengan 1% usaha" 
 
"SATU CARA MENDAPATKAN PENDAPATAN DI INTERNET!!!" 
Bagaimana ANDA Boleh Menjana Sumber Pendapatan Diantara RM100.00 Sehingga RM1,000.00 SEMINGGU, Sambil Anda Melancong dan Bergembira Bersama Yang Tersayang. Walaupun Anda TIADA Kemahiran Dan Pengalaman dalam Perniagaan Internet, ANDA BOLEH MELAKUKANNYA!" 
 
dan 
 
"Bantu membantu 
 
Sistem kami menggunakan konsep bantu-membantu antara 1 sama lain menjadikan ianya unik dan bukannya pelaburan internet yang haram" 
 
pertama - sistem permainan wang seperti ini antara punca orang melayu malas berusaha - 1% je usaha 
 
kedua - kalau rasa nak melancong dan bergembira bersama yang tersayang kenapa perlu mengharap bantuan orang lain?
 
» Reply to this comment...

Posted by khalid, on 13-11-2009 11:14, IP 119.40.118.197, Guest
27. hukum
Salam Ustaz..sy hanya insan yang tidak begitu arif di dalam bab-bab menjatuhkan hukum..oleh itu saya ingin bertanya, di Malaysia Bagaimanakah sesuatu hukum itu dijatuhkan?siapa yang berkuasa menentukan sesuatu itu haram ATAU halal?majlis fatwa ke?ulama-ulama ke? atau hanya pendapat seseorang individu yang bergelar ustaz pun dah ok..Kerana saya pasti, setiap perkara sebelum dijatuhkan hukum hendaklah dikaji kebaikan vs kelemahan..Tidak ada benda yang perfect..Setiap perkara perlu dinilai betul-betul sebelum diputuskan sesuatu perkara itu halal atau haram sebelum diwar-warkan kepada orang ramai yang mana sekaligus boleh mengelirukan orang ramai dan merosakkan sesuatu organisasi sekaligus merobohkan ummah..Disini sya ingin bertanya pendapat Ustaz..Pelaburan (ASB.ASN.ASW.EPF) halal atau haram? 
 
- Saya yang daif lagi hina-
 
» Reply to this comment...

Posted by izzuan, on 09-11-2009 23:13, IP 60.51.51.18, Guest
28. kat masjid pulak
ada kawan jemput saya dtg dengar penerangan psl program taawun kat masjid semenyih. tapi saya kat tempat lain jadi memang tak boleh datang. belum tengah malam lagi kawan tu sms saya "program ni takde masalah hukum - diakui oleh mufti perak dan johor - siap guna nama tok guru nik aziz konon nya beliau pun akan sertai program ni tak lama lagi"..apa pandangan ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by zakwan, on 05-11-2009 01:06, IP 115.134.196.163, Guest
29. sekarang dah guna laman web pulak
sekarang da ada laman web sila lihat link ni: 
http://www.e-jariah.net/
 
» Reply to this comment...

Posted by Muslimah, on 01-11-2009 20:05, IP 120.141.125.64, Guest
30. Program Ekspres
Salam 
 
untuk pengatahuan semua World Heritage Resources WHR,seksyen 7, shah alam merupakan syarikat perunding yang dilantik untuk menjalankan Program Ekspres yamg dikendalikan oleh Kristal Karisma. Pernah dengar nama Kristal Kariama bukan? UZAR telah menjawapnya dengan jelas sebelumini. HARAM.tksh.
 
» Reply to this comment...

Posted by financial consultant, on 31-10-2009 10:16, IP 118.100.217.38, Guest
31. akhirnya...
assalamualaikum wbt 
akhirnya keluar juga artikel pasal program ta'awun ni. lepas raya hari tu saya diapproach oleh seorang kawan untuk join program ni. mase tu saya fikir program ni macam main kutu je.tapi rupanya ade yang nak dapat untung berlipat kali ganda. 
sekarang saya sedang cuba keluarkan kawan tu drp program ni. saya dah forward url artikel ni kat die.doakan hatinya terbuka untuk terime kebenaran. 
 
p/s: saya baru beli buku uzar - Money, You & Islam. sangat excited baca buku tu
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by alrijal, on 29-10-2009 15:43, IP 121.121.106.23, Guest
32. matlamat tak mengahalalkan cara
salam...gelinye hati bila baca posting drp sdr Hamdi dan nak tau je, 
 
bertepatan dgn ape yg telah sebut lebih 1400 yg lalu bahawa umat ku akan di uji dgn harta dan wang ringgit dan ramai yg tewas. 
 
Sudah berjela-jela UZAR tulis dlm web ni akan batilnye program ini namun masih lagi puak2 ini mencari pelbagai alasan utk menghalalkannye. 
 
kpd mereka yg masih taksub dgn program ini kembalilah ke pangkal jalan..bertaubatlah dan pulanglah semula duit2 yg kamu dapat kpd tuannya sekiranye kamu tau...
 
» Reply to this comment...

Posted by nak tau jer, on 29-10-2009 10:20, IP 60.52.124.92, Guest
33. wang pos
Salam semua....semoga dirahmati Allah atas apa jua yang anda lakukan. Terima kasih atas pandangan semua pihak... 
 
Sepanjang pengetahuan saya, 'peserta' yang menyertai program-program seperti ini tidak pernah dipaksa untuk menyumbang dalam bentuk wang pos ni..semua atas kerelaan sendiri...malah kalau diteliti cara penyertaan sekalipun sudah jelas ianya tiada unsur paksaan.... 
 
Dan pihak syarikat tidak pula meletakkan syarat wajib atau mesti mencari orang lain untuk menyumbang dalam program seperti ini. Dan kalau tak salah saya juga dalam islam ada mengatakan 'yang memberi lebih baik dari menerima'. 
 
Dan pada pendapat saya 'barang' yang di urusniagakan di sini adalah 'program' tu sendiri sebab sekarang zaman dah berubah.. zaman global..bermacam cara dilakukan untuk berniaga.. 
 
Peserta juga tidak pernah dijanjikan mendapat pulangan dalam tempoh tertentu, tetapi 'peluang' untuk mendapat sumbangan dari pihak lain Insya Allah ada jika kita 'invite' (tiada paksaan) saudara2 lain untuk membuat sumbangan..dengan kata lain bila kita invite saudara lain pun dikira sebahagian dari usaha..kalau kita dah berusaha bukankah kita layak menerima imbuhan? Sikit atau banyak imbuhan yang kita terima terpulang pada rezeki yang Allah tentukan...apa2 yang Allah rezekikan kepada kita, ucapkan syukur.. 
 
Dan pada saya pihak pengurusan juga wajar menerima imbuhan sebab diorang nak sewa kedai lagi, bayar gaji staff lagi, bayar bil api, air etc... 
 
Namun tak dinafikan ada pihak2 tertentu yang menyeleweng dari tujuan asal (biasa terjadi dalam apa2 jenis perniagaan sekalipun) 
 
Walau bagaimanpun terima kasih atas pandangan2 yang telah diberikan. 
Bersamalah kita mencari jalan untuk memajukan ekonomi ummah islam, dan bukan mencari jalan untuk melemahkan sesama kita. 
 
Kalau ustaz atau sesiapa yang mempunyai idea untuk memajukan ekonomi ummah, silalah sampaikan kapada kami yang jahil ni..Sekian terima kasih. 
 
UZAR : saya sentiasa berusaha memajukan ekonomi ummah melalui bank-bank Islam di malaysia dan antarabangsa. selain itu, juga telah berusaha mebantu mewujudnya MLM yang memenuhi syarat-syarat dalam Islam. Boleh baca berkenaan MLM itu di sini
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Hamdi, on 29-10-2009 09:51, IP 60.51.0.141, Guest
34. ..siapa boleh tolong?
Salam kepada semua, 
 
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana Ustaz mengujudkan ruangan ini untuk dijadikan ruangan bersoaljawab dalam beberapa kemuskilan. Antaranya nya banyak yang pro dan yang kontra berhubung perkara yang dibincangkan berhubung Derma Wang Pos. 
 
Saya sangat-sangat percaya Ustaz adalah seorang yang sangat arif berhubung dengan syariah dan mampu memberikan hujah-hujah berhubung dengan permasalahan yang dibincangkan. Dalam banyak-banyak komen saya suka nak kaitkan dengan komen dari Hambaallah bertarikh 25-10-2009. Saya merasakan tersangat perlu diadakan muzakarah diantara Ustaz dengan pengandali program seumpama ini bagi membetulkan persepsi masyarakat terhadap kaedah bantu membantu ini.  
 
Saya highlight kan hal ini kerana dalam satu hal berkaitan urusniaga HAI-O Marketing ustaz memberikan jawapan no komen kerana tidak faham pelan pemasarannya. rujuk http://www.zaharuddin.net/ content/view/567/100/ . Saya menyarankan supaya dapatkan maklumat yang betul dan jelas sebelum memutuskan sesuatu hukum keatas keatas sesuatu aktiviti sebabnya bukan semua aktiviti yang dilakukan asal boleh dikaitkan dengan riba, gharar dan seumpanya akan terus diharamkan tanpa .  
 
Islam ada hukuman lain selain dari haram, ada ketika dan suasana yang haram boleh jadi harus manakala yang halal pula boleh jadi haram. Dalam hal yang dibincangkan ini saya harap Ustaz dapat memahami dengan jelas dan kenapa aktiviti seperti ini tumbuh dikalangan umat Melayu dinegara kita. Perlu difahami keadaan ekonomi rata-rata orang Melayu masa kini ramai yg punyai hutang tertunggak. Jadi dengan ada kaedah tolong menolong seumpama ini dan ramai yang sudah dapat selesaikan masalah masing-masing kerana yang pernah saya dengar bila kita susah takada siapa yang boleh hulurkan bantuan. Baitumal? berapa boleh bagi? Program spt ini tak dengar lagi yang jadi kaya tapi ramai yang dapat selesaikan masaalah setidak2nya hutang tidak lah tergantung sebelum mati. HARAM KE HARUS? 
 
UZAR : Untuk sya bersifat amanah dalam ilmu, saya akan katakan no komen apabila tiada gambaran jelas berkenaan sesebuah program, contohnya seperti hai-o. Adalah tidak benar dakwaan yang mengatakan saya menghramakan hai-o.  
 
Berkenaan wang pos program, saya menjawab bertepatan dengan soalan yang dikemukan, dan kebanyakkan mereka yang kontra dengan jawapan saya, cuba menimbulkan kononnya saya tidak jelas, lalu apabila mereka menerangkan kepada saya apakah gamabarn yang betul itu, rupa-rupanya ia sebenarnya sama menrut pandangan Islam, kerana ada perkara yang bila berbeza, hukum akan berbeza, dan ada perkara yang walau berbeza, tidak memberikan kesan kepada hukum. Itulah yang perlu pembaca sekalin memahaminya. 
 
Untuk jalan mudah, saya sarankan pengendali program tersebut melantik dua atau tiga orang pensaihat syariah yang berwibawa dan pakar (bukan pak turut dan sebagai alat) untuk menyemak skim mereka. Tanpa itu, apa yang mereka lakukan adalah kekal syubhah atau lebih teruk, ia haram. 
 
Isu ia telah berjasa kepada orang-orang islam yang kesempitan wang, hutang dsbngnya tidak menjadikan program itu secara automatis harus dan halal. Tidak dinafikan judi, rompak,curi, riba dsbngnya juga jika dilakukan oleh mereka yang kesempitana kewangan, lalu ia akan menolong mereka, tapi itukah bentuk tolong yang kita inginkan? yang haram?? fikirkan 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by alrijal, on 27-10-2009 21:16, IP 121.121.133.130, Guest
35. terang lagi bersuluh
Salam....minggu lepas saya ada menghadiri satu taklimat program express ni di seksyen 7 shah alam iaitu pejabat kristal karisma. 
 
Dan saya telah pun mendengar dari A sampai Z konsep program tersebut.So apa yang UZAR terangkan n jawab semuanya menepati 100% dgn konsep program tersebut. 
 
kepada mereka yang masih lagi nak menegakkan benang yg basah....hentikanlah kerja tu.
 
» Reply to this comment...

Posted by ANUAR, on 27-10-2009 14:12, IP 124.82.206.178, Guest
36. kajian
salam ustaz..minta tolong supaya menghubungi pengendali program supaya ustaz memahami bagaimana program itu berjalan supaya orang ramai tidak keliru dgn ulasan ustaz..program ini sudah berjalan bertahun tahun lamanya..saudara yg bertanya kepada ustaz sendiri keliru dgn program yg die join..sudah ramai yg berjaya dan dapat selesaikan masalah kewangan masing2... 
 
saya bersetuju dgn jawapan ustaz tentang hukum pelaburan..setahu saya tidak ada pelaburan di jalankan di dalam program ini..malah,syarikat pengendali tidak melabur di mana mana kecuali menerima upah untuk menguruskan sumbangan ahli yg telah di sepakati...program ini bukan program derma.. 
 
saya setuju dgn ustaz,kita tak boleh memberi derma untuk menerima imbuhan yg lebih banyak..ia lebih kepada kesepakatan di antara ahli untuk menjana dana antara satu dgn yg lain..memang ada akad di sertakan di dalam program ini tetapi akad itu memberi tahu tentang persetujuan peserta untuk memberi sumbangan atas dasar kasih sayang sesama ummah..saya di beritahu oleh peserta terdahulu..memang ada kerja yg di lakukan bagi semua peserta untuk menjana pendapatan di dalam prgram yakni,memberi penerangan tentang program ini kepada peserta lain,buat salinan,mendidik ahli,dan ia juga melibatkan kos 2 yg lain... 
 
ramai yg telah ragu2 dgn jawapan ustaz..di sini saya sertakan no telefon syarikat pengendali seperti kristal karisma (program ekspres)..saya di beri tahu pengasas program ini adalah bekas pensyarah uiam dan pakar dalam bidang matematik..program ini telah di sertai hampir 53 ribu orang di seluruh malaysia.. 
 
saya menanti jawapan dari ustaz dan rela berundur diri dari terus menyertai program ini ini jika benar ia adalah salah di sisi agama islam..dan juga berharap ustaz memberi jawapan semula selepas ustaz memahami program ini di jalankan..jgn di biar ramai orang terus ragu2 dgn jawapan dari soalan yang salah tentang program ini. :? salam..tq..anuar. 
 
UZAR : Terima kasih atas komentar dan maklumat yang diberi. 
 
1)sdr beritahu "memang ada akad di sertakan di dalam program ini tetapi akad itu memberi tahu tentang persetujuan peserta untuk memberi sumbangan atas dasar kasih sayang sesama ummah"  
 
aqad untuk memberi sumbangan is ok, tetapi telah menjadi praktis bahawa semua yang masuk itu tahu, syarikat akan buat sesuatu supaya mereka menerima sumbangan pula selepas ini. Justeru dalam fiqh Islam, "AL-Ma'rufi 'Urfan kal Masyruti Syartan" ( apa-apa yang telah menjadi praktis (walaupun tidak dilafaz dan disyaratkan), ia akan termasuk sebagai sebuah syarat) 
 
Justeru dalam hal ini, walaupun tidak disebut dgn jelas dalam aqad bhw syariat akan beri lagi byk pulangan jika dpat cari lagi ramai org menderma, tetapi praktis & kebiasaan itu telah menjadikannya sebagai syarat dan sekaligus menimbulkan masalah syariah yang saya sebutkan. 
 
2) sdr sebut "memang ada kerja yg di lakukan bagi semua peserta untuk menjana pendapatan di dalam prgram yakni,memberi penerangan tentang program ini kepada peserta lain,buat salinan,mendidik ahli,dan ia juga melibatkan kos 2 yg lain" 
 
Kerja sebegini ada musyiklnya dari sudut syariah dalam konteks program ini. Ia tidak lebih dari usaha orang yang berjudi untuk pergi berjudi. Perlu difahami bahawa sesebuah kerja itu akan layak mendapat imbuhaan apabila apa yang diusahakan adalah menepati syariah. Namun dalam konteks program ini, usahanya mencari orang lain untuk turut serta, penerangan dsbgnya, semuanya adalah untuk kepentingan dirinya iaitu agar derma-derma mereka boleh samapai kepada dia, ia berbeza sekiranya kita tolong cari org untuk derma kepada masjid, sbgi imbuhan kerja, pihak masjid bagi sikit upah atas usaha kita, itu ok dan harus kepada underlying kerjanya adalah jelas. Berbeza dengan kerja dan usaha program ini, iaitu 'derma kepada sesama lain dan masuk poket aku lebih byk dari aku derma', ia sangat meragukan 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by syed, on 26-10-2009 03:55, IP 203.82.92.125, Guest
37. masih keliru
assalamualaikum ustaz, saya baru saja baca paper metro hari ini mengenai hukum main undi wang pos yang ust jelaskan. 
 
saya baru saja menyertai 1 program menggunakan wang pos . di dalam borang penyertaan tersebut ada di sertakan akad dan sebagai peserta di wajibkan membaca akad tersebut.  
 
soalan saya adakah akad yang di sertakan itu juga mengharamkan program wang pos? saya di jelaskan oleh peserta yg awal didlm program ini dan juga pengasas program bahawa program ini juga membantu ekonomi negara kerana dengan setiap pembelian wang pos ada di kenakan dalal oleh pej pos. dan program ini juga dapat membantu ekonomi orang islam.  
 
boleh utz tolong jelaskan dari segi akad yang disertakan bagi menyertai program wang pos ini. terima kasih. 
 
UZAR : telah saya jelaskan dalam artikel tentang aqad derma atau sedeqah atau tabarru' sebagai strategi untuk mendapat derma duit yang lebih banyak adalah haram. Itu sahjaa yang perlu difahami oleh para pemain wang pos. Alasan2 bantu ekonomi dan sebagainya semua tidak terpakai apabila aqad dan caranya adalah salah. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 25-10-2009 23:22, IP 203.82.92.130, Guest
38. hamba Allah
asasalamulaikum ustaz,alangkah baik untuk mengelak kekeliruan ni, ustaz cuba dapat maklumat terperinci oleh pengasas program taawon ni.mcm mane sistem program ni bergerak.sebabnya untuk membantu umat islam yg kian keliru dengan pendapat ustaz dan kebaikan program taawon ni.saya setuju dengan apa yang ustaz katakan. saya tak salahkan ustaz dan program taawon ni.tapi saya rasa uztaz dah dapat maklumat yang salah dari orang yang tidak jujur memberi maklumat kepada ustaz,cadangan saya jalan yang terbaik ustaz berjumpala dengan pengasas program ni,agar ustaz memberi penjelasan yang baik dan memberi peluang kepada orang yang terlibat agar dapat menerima penjelasan ustaz dengan rela hati.tidak dengan was-was.
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by GET RICH, on 25-10-2009 20:28, IP 60.51.5.222, Guest
39. dah join pun
saya dah join dan dah berjaya dah pun,dan saya rasa sedih sebab program GET RICH yang saya join ni di katakan salah dan haram,dulu masa saya susah tak de sape pun yang nak tolong?tapi bila ada umat lain yang membantu saya dengan ikhlas diorang di katakan bersalah,terang-terang dah cakap pada borang keahlian tu tak de paksaan pun cuma bagi sesiapa yang berminat dan nak memajukan diri,saya nak tanya yang saya gi edar risalah ke merata tempat tu bukan dikatakan usaha ke?agama pun suruh kita usaha kan?habis tu salah ke saya dapat habuan dri usaha saya tadi?memanglah saya tak pegang cangkul atau menoreh tapi saya usaha jugak ustaz?harap ustaz tolong fahami dulu apa program ni baru keluar fatwa,yang saya nampak program ni banyak membantu bangsa kita atau bangsa apa pun untuk keluar dari kedaifan yang membawak ke pada kekufuran,maaf lah banyak komen cuma rasa sedih la kena tuduh macamni.
 
» Reply to this comment...
» See all 7 replie(s)

Posted by rosnani, on 23-10-2009 15:41, IP 203.106.32.100, Guest
40. canggih
salam, sekarang zaman canggih, diaorang dah tak guna wang pos, guna internet, lagi mudah dan jimat masa, just publish the url or email it to everybody. Anybody interested, be a member, donate your money RM5, and publish the url or email it to everybody, so the same thing repeat and repeat 
 
http://www.danaraya.com/? id=dannymoll
 
» Reply to this comment...

Posted by hanafi, on 23-10-2009 08:27, IP 124.13.80.152, Guest
41. Orang Islam Masih Lagi Jahil Hukum
Sebenarnya saya pernah menyedarkan rakan-rakan saya supaya tidak terlibat dalam program ini memandangkan program ini berasal dari tempat saya bekerja dan saya sendiri pernah diajak untuk menmyertai tetapi menolak atas sebab hukum. Rupanya masih ramai lagi yang tidak tahu hukum malah yang menyedihkan tidak mahu belajar untuk memahami Islam secara keseluruhannya
 
» Reply to this comment...

Posted by hanafiwawi, on 23-10-2009 08:22, IP 124.13.80.152, Guest
42. Bersama Banteras Kejahilan
Alhamdulillah, syukur saya kepada Allah kerana saya telah diberikan ilmu dalan soal halal dan haram, sebenarnya saya juga pernah terlibat dalam menyedarkan kawan-kawan saya supaya tidak masuk program ta'awun ini dan meminta mereka merujuk laman web zaharuddin.net untuk lebih memahami pelbagai hukum dalam perniagaan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Edbuno, on 20-10-2009 17:50, IP 60.49.79.60, Guest
43. Jazakallu khairu
dah lame saya cari hukum masalah ni... 
dulu ade ustazah saya cakap haram sebab ada unsur gharar... tapi dia tak elobarate... 
saya juz pegang kat cakap ustazah saja... 
alhamdulillah akhirnya ustaz siarkan juga penerangan masalah ni...
 
» Reply to this comment...

Posted by hairul, on 19-10-2009 11:45, IP 60.50.218.132, Guest
44. program taawon
saya ada lihat secara detail kaedah yang diterjemah oleh program ini tapi tak sama dengan kefahaman saudara yang menanya soalan. saudara apa yang saudara buat. kalau taknak masuk jangan buat andaian dan tuduhan sehingga ustaz salah tafsif. kesannya orang lain yang nak join takut. kepada anda semua sila bagi maklumat yang tepat pada ustaz agar ustaz dapat memebuat jawapan. apa yang pasti program ini merupakan program seperti surat berantai yang telah diupgrade dgn teknologi terkini seperti di usahakan oleh program kutu pintar. check dulu
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by azhar, on 19-10-2009 11:02, IP 210.48.222.5, Guest
45. encik
Salam.. 
 
Terima kasih ustaz terangkan hukum derma wang pos secara ilmiah.. Saya harap artikel ini dapat dijadikan panduan oleh semua pihak termasuk pengusaha program2 wang pos dan ahli-ahlinya.. 
 
Saya tahu tentang program wang pos a.k.a program perkongsian pintar, program ikhwan, program ekspres, kutu wang pos dan yang sekutu dengannya sejak 10 tahun dulu.. Saya pun pernah join masa jahil dulu.. Apa yang saya faham, kita akan sedekah kat orang2 atas kita dengan mengharapkan orang2 bawah kita akan sedekah kat kita.. Siap bagi dalil lg.. 
 
Caranya, fotostat la banyak2 borang program ini dan letak la kat mana2 tempat awam.. Biasanya, masjid (apesal la masjid jadi mangsa 'skim' ni..) Skrg ni lagi canggih sebeb ada program yang jalan melalui internet, send je kat emel ramai org, masukkan dalam maybank2u.. 
 
Malah sekarang ni program wang pos ini dijalankan secara professional.. Dijalankan di bawah syarikat yang berdaftar dgn ROB @ ROC.. cth: Kristal Karisma... Orang yang bagi penerangan pun boleh tahan juga.. Ada yang merupakan motivator syarikat konsultan, kapten bersara dll yang ada public speaking dan influence skill yang baik.. 
 
Yang banyak jadi mangsa ialah orang Melayu.. Saya tak setuju kalau orang lain cakap Melayu ni short-sighted, senang kena tipu. Bukan semua orang.. Tapi ni la realitinya sebab kalau tengok statistik, orang Melayu yg banyak terjebak dlm program2 ala2 skim cepat kaya.. 
 
Saya banyak kali menyedarkan ahli2 program ni.. Korang ni hina sangat ke sampai bersedekah kat orang pastu mengharapkan orang lain bg sedekah kat korang hingga puluh2 ribu..? Siapa korang utk org lain bagi sedekah? Agaknya kat dunia ni takde benda lain ke nak buat utk cari duit? Penjaja jual nasi lemak tepi jalan lagi mulia drpd korang yang ada kemampuan, tapi mengharapkan sedekah org lain.. Tak kisah la sedekah ke, hibah ke.. Yang penting mengharapkan "pulangan" lepas bersedekah.. 
 
Susah juga nak nasihat org yang dah ada mental block.. Harap komen ni membantu..
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Nik Pa, on 10-10-2009 01:21, IP 121.121.72.183, Guest
46. derma wang pos
:salam ust.. terima kasih le ustz atas penjelasan pelaburan wang pos ni. tempat saya keja dah ramai yang masuk.. alhamdullilah saya tak terlibat..
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad sofi abdullah, on 09-10-2009 14:26, IP 203.82.92.100, Guest
47. wakil atas wakil dalam ibadah korban
salam ustaz, 
terima kasih atas penerangan tersebut.saya ada satu kemuskilan berkaitan wakil atas wakil dalam ibadah korban.seorang kawan saya sebagai wakil untuk program korban di kemboja,saya bercadang untuk wakilkan dia untuk korban di sana.kat kemboja dia akan wakilkan ibadah korban tersebut kat imam di sana. adakah sah ibadah korban saya?bagaimana pula dengan lafaz akad korban tersebut..harap ustaz faham soalan saya..
 
» Reply to this comment...

Posted by Alhamdulillah, on 08-10-2009 16:21, IP 60.51.72.199, Guest
48. Alhamdulillah
Terima kasih ustaz. Syukur saya terbaca maklumat ini (secara tidak sengaja),mungkin juga Allah itu sayangkan saya. Memang saya merancang nak joint program DUIT DERMA POS ni.hanya tunggu gaji masuk je nak buat modal.Alhamdulillah saya tak sempat masuk. 
"Setiap daging yang tumbuh dari benda haram mak api neraka lebih layak untuknya" :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by wardah, on 08-10-2009 12:45, IP 121.121.13.17, Guest
49. risau
Salam Ustaz, 
Terima kasih kpd yg bertanya & juga jawapan Ustaz yg sungguh b'guna ini. Apa yg merisaukan saya ialah ada ahli keluarga saya pernah menyertai program ini dan telah mendapat sejumlah 'pulangan', ketika mempromosi kan program ini sejumlah wang juga telah dihabiskan untuk mencetak & m'fotostat brosur dan iklan (dianggap sbg kos), jadi bolehkah hanya jumlah 'pulangan' tolak kos sahaja didermakan semula kepada yg berhak bagi menyucikan semula duit yg diterima? :? terima kasih ustaz atas penjelasan...
 
» Reply to this comment...

Posted by RIZAL, on 08-10-2009 12:34, IP 203.82.79.101, Guest
50. KERJAYA SEBAGAI PENGURUP WANG
Salam Ustaz. Semoga sentiasa dlm rahmat Allah SWT. Bagaimana pandangan Islam berhubung orang Islam yang mempunyai kerjaya sebagai pengurup wang (money changer). Apakah ia suatu kerjaya yang baik @ tidak ? Terima kasih atas ulasan. 
 
UZAR : kerjaya sebagai pengurup matawang tiada masalah jika semua transaksi dibuat on the spot.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom