Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 51 guests online
PDF Print
User Rating: / 26
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 23-10-2009 05:59
Views 18251    
Favoured 21

Sejadah 'Berdiri' di Rumah Saya!

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

sejadahku.jpg

 

Di ketika saya menulis artikel ini, di Malaysia khabarnya sedang agak hangat dengan peristiwa pelik sejadah ‘berdiri' di surau-surau. Mungkin disebabkan minat yang tinggi manusia kepada perkara luar biasa dan pelik, lalu hal ini menjadi tarikan media. Tersiarlah gambar-gambar sejadah berdiri di pelbagai akhbar dan media.

Surau yang terbabit menjadi penuh, orang ramai datang dari jauh dan dekat untuk melihat sejadah ‘berdiri', ya ‘berdiri' menunaikan solat? Wallahu'alam.

"mungkin ini teguran Allah kepada hambanya agar menunaikan solat" tegas seorang ustaz lepasan timur tengah, sambil mengangguk-angguk kepalanya, insaf barangkali.

"Ini tanda orang di sekitar surau terbabit tak solat, sampai sejadah terpaksa mendemonstrasikan apa yang patut dibuat" kata seorang pengulas semi profesional yang lain.

"Hebatnya islam, hingga ada sejadah berdiri" ada tak agaknya orang bukan Islam yang kagum dengan peristiwa ini sehingga boleh terpacul kata sebegini?

Memang benar, surau yang biasanya gersang dari pengunjung tiba-tiba menjadi penuh. Bertambah ramai kerana sejadah ‘berdiri'.

SAYA DITANYA

Biasanya saya tidak begitu meminati berita seperti ini, bukan ingkar atau menafikan, cuma Al-Quran itu sudah lebih dari ajaib untuk kita sebenarnya.

"Namun tidak mengapalah, ada sesetengah orang mungkin memerlukan yang lebih dari Al-Quran untuk beriman agaknya, seperti sejadah ‘berdiri', hmm pelik. Biarlah jika mereka ingin kagumi, asal akhirnya boleh kembali kepada Al-Quran." Tegas hati dalam saya bila terbaca satu tajuk berita di internet, tanpa saya minat untuk menekan dan membaca lanjut.

Namun satu hari, apabila saya ditanya berkenaannya dan diberikan link berita yang ditulis mengenainya. Tergerak pula hati untuk klik dan melihat gambarnya.

Subhanallah !

Saya tidak dapat menahan untuk senyum sejurus saya klik dan melihat gambar yang terpapar. Hati menjadi kurang selesa, minda laju berfikir. Saya memikir apakah yang telah jadi dalam pemikiran orang di zaman moden ini. Saya berfikir, adakah itu jenis ‘berdiri' yang dianggap hebat dan luar biasa?

Terus terang saya menjadi sedikit malu dengan gambar-gambar yang dipaparkan.

Mungkin anda tidak bersetuju dengan saya, anda bebas, namun saya tidak dapat memaksa hati dan minda saya untuk menerimanya sebagai keajaiban. Saya merasakan, agak ramai yang mentertawakan gelagat orang-orang surau yang mendakwa sejadah mereka ‘berdiri'.  

sejadahsatu.jpg

 

 

 

sejadahdua.jpg
Gambar : Inilah gambar sejadah 'berdiri' yang dipapar oleh media

 

PERTIKAIAN DAN MENJADI LAWAK

Saya mula terdengar lawakan orang. Pertikaian orang yang akhirnya akan memburukkan nama Islam dan penganutnya jua.

"entah budak nakal mana yang mendirikannya di waktu tiada mata yang melihat kecuali Allah, didakwanya luar biasa" kata sebahagiannnya

"Mungkin juga ada orang kampung yang berstrategi mempopularkan surau, kampung atau tempat mereka" seorang lagi memberi komen.

Sebelum ini saya membayangkan sejadah itu ‘berdiri' dengan tegak dan amat luar biasa.

Namun rupanya, ‘berdirinya' ia hanya seperti piramid sahaja. Jika itulah bentuk ‘berdiri' yang dikagumi, sejadah di rumah saya pun boleh ‘berdiri'.

berdiri.jpg

Gambar : Ini pula adala dua sejadah di rumah saya di UK, yang berdiri (saya yang mendirikannya, ini sejadah yang dah lama, jika baru beli, lagi tinggi ‘berdiri', sama tak?)

Saya tidak menafikan bahawa memang tersangat boleh, kuasa Allah untuk mendirikan semua sejadah-sejadah itu. Tapi tidak semua perkara yang luar biasa wajar dikongsi kepada umum, kerana sebahagiannya akan menjadi bahan gelak ketawa dan back fire kepada Islam dan penganutnya sendiri.

Sebenarnya lebih elok, jika benar-benar ia ‘berdiri' sekalipun, cukuplah bagi orang yang nampak untuk memuhasabah diri. Bagi saya, sesiapa yang dapat melihat sesuatu keajaiban, dialah target utama untuk insaf, sedar atau bertambah taqwa.  Kemudian, diamkan sahaja atau kongsikan bersama mereka yang amanah dan dipercayai sahaja.

Kaedah ini mengambil manfaat dari ajaran Islam iaitu bagi mereka yang mendapat mimpi baik atau buruk. Mimpi baik perlu dirahsiakan untuk diri dan hanya wajar dikongsi kepada orang yang hampir, amanah dan dipercayai sahaja. Jika tidak mimpi yang baik itu akan sengaja diputar belit sehingga membawa kesan negatif kepada empunya mimpi, akibat hasad dengki manusia di zaman ini. Manakala mimpi buruk jangan sesekali dikongsi dengan sesiapa pun, buangkan ia dari minda sama sekali, selepas beristi'azah dan meniup ke kiri sebanyak tiga kali serta menukar posisi baringan. Itulah yang diajar oleh baginda Nabi s.a.w.

Kepelikan di zaman ini bukanlah mu'jizat yang perlu dikongsikan kepada awam. Mu'jizat hanya berlaku di zaman Nabi s.a.w, Karamah hanya berlaku kepada individu yang soleh tanpa kehendak dan kawalannya. Keajaiban lain boleh dilihat pada alam semesta, itulah keajaiban, tubuh kita adalah keajaiban, maka jika masih perlukan keajaiban tambahan untuk dikongsi dan diwarwarkan. Dalami hal tersebut, maka manusia yang beriman dengan logik juga akan terkejut dan mengkaguminya.

diritegak.jpg

 

Gambar : saya ingatkan sejadah berdiri tu berdiri tegak macam ni. Rupanya tidak

Justeru, jika benar-benar ingin menayangkan kepada umum juga, pilihlah sesuatu keajaiban yang benar-benar sukar disangkal logik aqal, minda para pembenci Islam dan orang kebanyakan. Jangan sampai ‘keajaiban' yang disangka hanya sesuai menjadi bahan tertawa sehingga Islam dan penganutnya diperlekeh. Seperti keajaiban sejadah ‘berdiri'.

Kita semua bertanggungjawab menjaga nama baik Islam dan penganutnya. Jangan pula tersangat sensitif dan tinggi benar imiginasinya sehingga mendakwa sejadah itu sedang solat. Banyak lagi perkara lain yang perlukan sensitiviti umat Islam, namun asyik tidak diendahkan.

Saya menjadi lebih bimbang apabila umat Islam terlalu mudah mengagumi perkara pelik, kelak nanti mudah diperdaya oleh ajaran-ajaran sesat dan kepercayaan tahyul serta khurafat, lantaran kenipisan iman dan ilmu.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

23 Oktober 2009

 

 


Last update: 23-10-2009 06:52

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (53) RSS feed comment
Posted by Ahmad, on 15-01-2010 17:50, IP 58.26.25.4, Guest
1. salam
:x salam...setahu saya n pengetahuan saya ..sudah ada fenomena @ video yang menunjukkan sejadah berdiri  
sebelum berlaku di malaysia ..sebelum hebohnya perkara itu.. 
tapi ..ianya hanya satu .. 
yang sekarang yang media hebohkan adalah yang banyak..pulak2.. 
subhanallah..begitu besar dugaan Allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by kdann, on 27-12-2009 01:35, IP 203.82.91.101, Guest
2. Allah Maha Besar
Yakinlah ALLAH maha besar, saya dah alami sendiri di rumah saya baru-baru ni... hanya ALLAH yang tahu.
 
» Reply to this comment...

Posted by ku cri Ahlul sunnah wal jamaah, on 22-12-2009 22:25, IP 121.121.181.11, Guest
3. ada hikmah disebaliknya..
urmm..pd pndapat sy..xkisah la sejadah tu bdiri sndiri ke or ada tgn2 yg mndirikan sejadah tu..yg penting amik ape yg tersirat..tiap2 yg berlaku tu ade hikmah disebaliknya..mayb sbg peringatan utk kita agar tidak meninggalkan solat dan tetap menjaga 'tiang seri' agama Islam itu sndiri..TQ ustz atas penerangan yg jelas..
 
» Reply to this comment...

Posted by yem, on 14-12-2009 14:52, IP 203.82.80.20, Guest
4. Melayu Sekarang
walaupun saya baru form5,,tapi saya sangat malu dengan sikap orang yg sanggup mencemarkan ISLAM hanya untuk mnjadi popular..tidakkah orang yg dtg kesurau2 ini untuk mengambil gambar sejadah berdiri dan imam surau ini yg membenarkan media membesar-besarkan perkara ini berasa malu dan hina??? 
mereka sanggup dapat kepopularan dengan cara menghina ISLAM,,sudah teruk sangatkah umat ISLAM sekarang ini?? 
fikir2 lah sendiri dan janganlah menganggap semua remaja ISLAM sekarang ini tidak layak untuk mengatakan rasa kecewa kpd orang2 yg sanggup untuk mencemarkan ISLAM..saya cukup sedih dengan tindakan orang ramai untuk mndapat glamour dengan menghina ISLAM..mereka kata sejadah itu berdiri sendiri untuk insafkan orang lain kononnya,,tidak cukup dan besarkah kekuasaan yg ALLAH tunjukkan sekarang ini seperti Tsunami,gerhana matahari,alam semesta malah musibah yg diberikan kpd umatnya?? 
tidak cukupkah??
 
» Reply to this comment...

Posted by rin, on 01-12-2009 14:09, IP 203.82.92.100, Guest
5. lagi pelik
sejadah berdiri tak pelik sangat 
 
orang yang tak solat lagi pelik 
patut keluarkan dalam paper 
 
belum yang minum arak, berjudi bll
 
» Reply to this comment...

Posted by epal hijau, on 26-11-2009 10:22, IP 116.197.42.104, Guest
6. sejadah berdiri
hehe.. suami saya kata, mesti terkekek kekek orang yang mendirikan sejadah tu ketawa bila semua orang sibuk tengok sejadah berdiri tu....
 
» Reply to this comment...

Posted by laser, on 17-11-2009 01:22, IP 41.248.221.120, Guest
7. tak pandai
bkn stakat org bkn islam je yg akn ketawakn, sy sndri da ketawa dan trcakap 'bodoh'... mmg amat bodoh.. saye amat yakin yang Allah amat tersangatlah boleh mendirikan sejadah tu, tp bkn dgn cara 'koman' macam tu...kalo da asek brlaku, maknanya adela 'tgn2 kreatif' yg buat tu..xkan xley nak fikir? bodoh sgt ke melayu? benda mcm tu pon kate ajaib? hei...xpaham aku!
 
» Reply to this comment...

Posted by Motivasi Kerja, on 09-11-2009 00:53, IP 121.121.72.86, Guest
8. www.motivasi-kerja.com
Alhamdulillah cara ust menerangkan tentang sejadah ini saya rasa dapat membuka mata ramai pihak. Susah bila terlalu percaya pada pemikiran mistik dan ajaib ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by Khairul Fatah, on 07-11-2009 22:43, IP 60.51.8.91, Guest
9. comment
Congrat. This is a very good article.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ust. Amin, on 07-11-2009 14:04, IP 203.82.92.139, Guest
10. Sejadah Berdiri
Salam ustaz, bagus artikel ustaz nih, saya ust. amin ust IKM Johor Bahru, saya sebenarnya malas melayan cerita nih, sebab saya tak percaya terlalu kerap, kalau cam dulu 2 @ 3 tahun lepas ada pecaya sikit la tapi itupun ragu2.  
 
Pernah saya ditanya staff atau orang lain tentang ini, saya kata jangan percaya sangat dengan alasan sejadah benda yang tak bernyawa camne dia nak sembahyang, kalau binatang atau tumbuhan lain memanglah sentiasa berzikir kepada Allah. Ini memang memalukan Islam, paling kelaka ialah orang berpendidikan percaya, ust-ust kitapun banyak yang percaya. Tak percaya dengan kenyataan Ketua Pengarah JAKIM yang kata bendani kurafat. 
 
Saya tak taulah apa nak jadi dengan umat Islam kita sekarang suka percaya dengan benda kurafat dan melucukan ini. Saya memang tak mau layan orang tanya saya cakap takbetul je dan pikirkan sendiri. 
 
mari tengok sini bagi semua orang macam2 ada di blog saya http://asshafiee.blogspot.com
 
» Reply to this comment...

Posted by Aizanazlin, on 03-11-2009 19:42, IP 60.48.118.99, Guest
11. keajaiban bukan bermakna bertambah keima
sejadah klau solat pun bukannya sah solat dia, kepercayaan itu adalah apabila keajaiban tidak berlaku, maka masa itulah boleh diperhatikan kepercayaan sebenar...
 
» Reply to this comment...

Posted by hafeez, on 02-11-2009 00:27, IP 60.48.229.216, Guest
12. Sejadah Je La Yg SOlat
Ustaz, 
 
Sejadah jela yg berdiri dan solat..tuan sejadah tak abis2 dok promote cerita dan amik gambar. 
 
Sedih btol dgn umat Islam skang nie? Kalo perkara yg manusia boleh buat apa yg taksub sgt?  
 
Kalo kejadian alam,tsunami,gempa bumi baru lah taksub sbb manusia xmampu buat..ALLAH je mampu
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by el.ilmy, on 31-10-2009 12:13, IP 203.82.91.103, Guest
13. Kain Sarung / Kain Pelekat Berdiri!
Assalamu'alaikum wbt.. 
 
Disampaikan adalah pautan ke video kain sarung / kain pelekat berdiri di rumah saya: http://www.youtube.com/watch? v=hP5j5HB84PA 
 
Bukan ajaib..cuma nak maklumkan bahawa mudah saja nak buatnya berdiri begitu, 30 saat sudah jadi. 
 
Fikir-fikirkanlah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Dollah PM, on 30-10-2009 11:57, IP 115.132.0.47, Guest
14. kelapa ajaib dan kambing ajaib
orang tak perasan kata al-quran tu ajaib sebab orang jarang jumpa dengan al-quran. tapi, pokok kelapa yang mudah dilihat di tepi pantai, dalam poskad dan di kampung, orang tak perasan pulak kata ajaib. sebijik buah kelapa yang masak dan gugur, bila ditanam akan menumbuhkan sepohon pokok yang mampu menghasilkan berpuluh-puluh biji buah kelapa. setiap biji buah kelapa tersebut pula akan terhasil sepohon kelapa seperti tadi juga. pada saya, pokok kelapa adalah satu benda yang sangat ajaib. hingga kini belum wujud satu rekaan maknusia yang mampu meniru sifat kelapa. 
 
bagaimana dengan kambing? kambing lagi ajaib, siap boleh berjalan dan makan. kalau kereta yang kena isi petrol, akan rosak kalau isi gasoline. tapi kambing, boleh minum air sungai dan boleh makan rumput. banyak jenis daun dan pokok yang kambing boleh makan. tak mati pun kambing tu. ciri yang sangat ajaib pada kambing ialah ia mampu melahirkan kambing yang bila besar akan sama ciri sepertinya. dan, manusia belum lagi mencipta sejenis mesin yang boleh melahirkan mesin lain, dan mesin baru tersebut akan membesar dan seterusnya berfungsi seperti mesin asal, lepas tu boleh melahirkan beberapa mesin lagi. 
 
kalau saya sendiri melihat sejadah berdiri dan rukuk seperti orang sembahyangpun, saya tetap anggap kambing dan kelapa lebih ajaib lagi. saya akan anggap sejadah ajaib kalau kita potong empat, sejadah tu akan kembang jadi saiz biasa; yakni terhasil 4 keping sejadah normal.  
 
pada saya, kereta bergerak kerana tayar berputar juga adalah satu keajaiban. konsep ciptaan Allah iaitu tayar tersebut bergerak, bukannya badan kereta tersebut. tetapi hasilnya kereta tersebut maju ke depan. kemudian diilhamkan dalam fikiran manusia untuk mencipta kenderaan darat. 
 
tu belum masuk kekaguman saya terhadap segitiga. walau bagaimana bentuk atau herotnya segitiga tersebut, jumlah ketiga-tiga sudutnya adalah 180 darjah. lihat pula kestabilan seigempat di dalam bulatan. terlalu ajaib ciptaan Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by khairulaznan, on 29-10-2009 11:35, IP 60.48.219.204, Guest
15. Tak setuju kenyataan ini....
5. Al Quran mukasurat hilang 
Kalau Al Quran mukasurat hilang, biasanya kualiti kertas dan dakwat cetakan yang tidak baik. Boleh hantar unutk pelupusan ke Unit Kawalan Teks Al Quran, BHG Kawalan Penerbitan dan Teks AL Quran , Kementerian dalam Negeri. Di setiap negeri atau Unit Tapisan Media, BHG Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri masing2.  
 
Tak kan hilang secara tiba-tiba tak sampai 3 minit pun dari 3muka surat kepada 12 mukasurat(setiap kali diulang kira, mukasurat yang hilang makin bertambah sehingga berhenti mengira)pun sebab kualiti kertas dan dakwat....saya rasa sebab kualiti iman.... diman iman kita pada ...kun fa ya kun ...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by rizam, on 28-10-2009 13:28, IP 192.228.177.254, Guest
16. Apa lagi lah?
Salam... 
Sekadar pendapat saya... Ramai orang Islam sekarang lebih suka melihat perkara2 yang konon2 nya pelik. dan kemudian berkata 'Inilah tanda kekuasaan Allah'. Tapi, bukan kah: 
 
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda (kebesaran) bagi orang-orang yang berakal" 
 
Masih mahu mencari tulisan kalimah ALLAH pada kayu, ikan, kambing, pokok, buah...  
Fikirkanlah, penciptaan kayu, ikan, kambing pokok, buah dll itu adalah lebih kompleks dari meletakkan kalimah Allah itu pada benda2 tersebut...  
 
Bukan melekehkan perkara tersebut, cuma berfikir lebih jauh sedikit... Lihat dan selidiklah diri sendiri akan kejadian jasad kita ini... Bukan kuasa Tuhan ke tu?
 
» Reply to this comment...

Posted by Nordin, on 28-10-2009 12:22, IP 202.75.37.125, Guest
17. RASUL MELAYU
Pelik.. Memang Pelik... 
Bukannya sejadah berdiri tu yang Pelik... 
Mentaliti orang kita yang pelik... mudah sangat dipengaruhi dengan yang pelik-pelik... 
 
Bagi saya..Ini bukan mentaliti Orang Islam sebenarnya.. Ini adalah mentaliti "Orang Kita"... Lihat Orang Islam di Eropah..(mungkin UZAR lebih maklum).. Orang Islam di Amerika, China dsb.. rasanya mentaliti mereka lebih Objektif... maafkan saya atas komen ini.. tapi rasanya kita perlu berubah ketika ini agar Islam lebih dihormati.. 
 
*lebih Pelik dengan kewujudan Rasul Melayu... Alhamdulillah dia sudah insaf dan bertaubat
 
» Reply to this comment...

Posted by Apih.., on 28-10-2009 09:41, IP 218.111.57.213, Guest
18. salam...
salam... artikel yg bagus... minta izin untuk dipostkan di dalam blog ye...
 
» Reply to this comment...

Posted by kakaishah, on 27-10-2009 17:18, IP 60.53.109.131, Guest
19. Batu menangis
salam.. 
 
"Hai Anak Adam, peliharalah diri kamu dan ahli keluargamu daripada api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu.." dan batu itu menangis kerana takut menjadi bahan bakar lalu minta pertolongan dari Rasulullah s.a.w... 
 
Subhanallah..belumkah tiba masanya hati umat Islam mahu memperhatikan kejaiban yang sebenar? lembaran demi lembaran penuh dengan keajaiban sangat jauh ajaibnya dibandingkan dengan sejadah yang berdiri itu.. sehingga batu pun boleh menangis mendengar ayat Al Quran..yang tak menangis ialah manusia yang hatinya lebih keras dari batu..nauzubillah.. 
 
moga-moga setiap pembaca dan umat-umat Islam diseluruh dunia akan merasakan keajaiban AlQuran dengan hati dan minda sekali..kecil..kecil sangat sejadah tu..T kasih UZAR yang sudi ulas isu ini..moga kita semua beroleh hidayah dan ditetapkan di atas jalan yang mustaqim..insya'Allah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Hidayat, on 27-10-2009 09:59, IP 202.60.56.249, Guest
20. Al Quran mukasurat hilang
Kalau Al Quran mukasurat hilang, biasanya kualiti kertas dan dakwat cetakan yang tidak baik. Boleh hantar unutk pelupusan ke Unit Kawalan Teks Al Quran, BHG Kawalan Penerbitan dan Teks AL Quran , Kementerian dalam Negeri. Di setiap negeri atau Unit Tapisan Media, BHG Penyelidikan, Jabatan Agama Islam Negeri masing2.
 
» Reply to this comment...

Posted by abgzol, on 26-10-2009 19:18, IP 60.52.9.78, Guest
21. Peringatan untuk kita semua..
..komen dari saya isu ini sebenarnya hanya sekadar peringatan kepada kita kerana surau-surau jarang penuh! Ntah ler sama ada ini kejadian benar atau ada insan yang sengaja 'mendirikan' sejadah tu untuk memberitahu agar kita sama-sama memeriahkan surau & bukannya sejadah yang akan bersolat di surau..
 
» Reply to this comment...

Posted by kiebah, on 26-10-2009 18:03, IP 203.82.79.101, Guest
22. komen
Sejadah berdiri: Janganlah meng Cartoon kan agama kita......(rayuan ni...)
 
» Reply to this comment...

Posted by faizulamin, on 26-10-2009 15:21, IP 202.184.236.2, Guest
23. sejadah ni?
aduhai.. ana setuju dgn anta sheikh.. 
ntahahapa jek, sejadah berdiri. agaknya, org yg tuls pun tak tahu berdiri dan duduk tasyahud tu.. haha.. 
 
anyway, semoga artikel ni akan dibaca juga oleh org2 kolot yg mahukan publisiti murahan. 
 
p/s: andainya betul ini berlaku dan org2 kolot ini marah pula, maaf. anda patut marah diri anda dulu sebab menyebarkan perkara2 ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by Luqman H, on 25-10-2009 19:03, IP 124.82.112.94, Guest
24. Pengajaran..
Setuju dengan penulis .  
Untuk lihat kekuasaan Allah, tidak perlu kepada perkara yang nampak pelik2 sahaja..lihat pada diri sendiri sudah cukup untuk mengkagumi hasil penciptaan yang paling agung..tp mungkin ini dapat dilihat oleh mereka yang hendak berfikir sahaja.
 
» Reply to this comment...

Posted by el.ilmy, on 25-10-2009 18:21, IP 203.82.91.101, Guest
25. Petikan al-fikrah.net
Assalamu'alaikum.. 
 
Saya kongsikan rumusan dalam al-fikrah.net (dari link yang ustaz kongsikan): 
 
Saya ada gambar dan video kain pelekat berdiri, lagilah pelik..tapi tak pelik sebenarnya sebab saya yang buatkannya berdiri. 
 
OKlah..Manfaat yang boleh dikongsikan dengan orang ramai mungkin perkara-perkara ini: 
 
1. Karomah/maunah adalah perkara luar biasa yang boleh terjadi, tapi perkara luar biasa itu kebiasaannya adalah perkara yang bermanfaat, contohnya keluar air dari celah batu yang dipukul, ada manfaatnya, tapi kalau sejadah berdiri, apa manfaatnya? 
2. Satu lagi perkara luar biasa yang boleh terjadi adalah sihir, dan perkara sihir itu banyak yang tidak bermanfaat, malah mengundang kesusahan atau hanya perkara sia-sia
3. Terdapat golongan jin yang mampu menggerakkan/mengalih/ mengangkat barang-barang yang bukan di alamnya, dalilnya ada dalam sirah Nabi Sulaiman A.S. 
4. Jika tidak kerana rekaan/penipuan manusia, mungkin fenomena sejadah berdiri adalah sekadar perbuatan jin sama ada mereka ada tujuan buruk atau baik melakukannya. 
5. Umat Islam sepatutnya tidak tertunggu-tunggu perkara-perkara ajaib sepertinya untuk mengagungkan Allah sedangkan keagungannya sangat banyak bertebaran di seluruh alam, hanya yang perlu ialah mendorong akal untuk berfikir berkenaannya
 
 
Sama-samalah kita kongsikan dengan rakan-rakan lain yang tak membaca di sini.
 
» Reply to this comment...

Posted by mus, on 25-10-2009 07:41, IP 115.132.137.103, Guest
26. sejadah berjogging
Sejadah berdiri ke, berlari ke, terlipat kat almari ke, tu sumer hanyalah dengan kuasa Allah. Walaupon ada orang yang 'mendirikan sejadah' tu, ia masih dalam kekuasaanNya. - tiada kekuatan dan daya selain dari Allah. Allah Maha Kuasa, makhluk LANGSUNG tak der kuasa.
 
» Reply to this comment...

Posted by guest, on 24-10-2009 23:42, IP 203.82.66.201, Guest
27. buku murabahah
satu lg ust. m/s 59, modus operandi, gambarajah blok utk Terbitan Letter of Credit (LC) Murabahah. 
ada dua no.6 iaitu serah barang dan mengesahkan. saya keliru samaada ianya benda yg sama atau berlainan. 
 
UZAR : OK, thanks , ya, ia boleh berlaku hampir serentak, namun lebih kurang mnegelirukan jika pengesahan jadi 6(a), serahan 6(b).
 
» Reply to this comment...

Posted by guest, on 24-10-2009 23:31, IP 203.82.66.204, Guest
28. buku murabahah
salm ust. 
pd m/surat 113, ayat ke2 terakhir : Malah sebagai vadan pengawal........Rasanya badan pengawal bukan vadan pengawal, mungkin salah eja kot...! 
 
UZAR : ok terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by SD, on 24-10-2009 21:22, IP 60.48.179.16, Guest
29. ayat quran di rusia
Salam Ustaz, 
 
bagaimana pula ayatayat al-quran yang timbul di kulit bayi yg berlaku di Rusia? tiada pula yang hendak perbesarkan perkara itu.  
 
TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by muiz, on 24-10-2009 14:23, IP 124.82.54.32, Guest
30. Tapi berdiri yg macam ni agak mustahil!
http://www.utusan.com.my/ utusan/info.asp?y=2009&dt=1011&pub=utusan_malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm&arc=hive 
 
tapi yg ni memang saya percaya ustaz..cubalah tengok.. 
 
UZAR : tak mustahil sama sekali, 'kacang goreng' je kalau sejadah cukup keras da nkreative sikit. Tak percaya tengok forumer al-fikrah.net pernah bentukkan sejadah dia macam tu. di sini 
 
cubalah tengok..
 
» Reply to this comment...

Posted by khairul, on 24-10-2009 11:29, IP 60.48.218.126, Guest
31. Bagaimana dgn ayat Quran tiba-tibahilang
terjadi didepan mata saya dan 2 orang pelajar. hilang dari awalnya 3 mukasurat hingga 12 muka surat. Quran tu masih dlm simpanan saya. Apa pandangan ustaz tentang peristiwa ini? Ada persamaan atau tidak dengan sejadah berdiri ni?
 
» Reply to this comment...

Posted by malu dgn masyarakat.., on 24-10-2009 11:12, IP 133.37.80.146, Guest
32. memalukan
Assalamualaikum... 
 
Bila kejadian ini berlaku, berduyung-duyung orang ramai ingin menyaksikan perkara yang dikatakan ghaib. Tetapi bila terpapar didalam surat khabar, ternyata memang ramai. Persoalan berapa cerdikah rakyat kita ini. perkara sejadad berdiri dari segi logik akal, masih lagi boleh dipertikaikan. kalau sejadah itu berdiri betul bersujud, ruko' atau bersuara memang dikatakan ajaib. tapi ini... :grin  
 
adakah umat kita cukup cerdik menilai baik dan buruk :? berapa yang dtg kesurau bersolat? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by D46T_1st perodua MPV in nov 9, on 24-10-2009 00:59, IP 203.82.79.101, Guest
33. berdirinya sejadah..
tak heran sangat sebab paper yang siar tu pun orang dah kenal banyak siar berita murahan..
 
» Reply to this comment...

Posted by AMIN, on 23-10-2009 23:20, IP 115.132.29.217, Guest
34. TERAS ISLAM, AL-QURAN dan SUNNAH
:grin :) :grin  
ALLAH s.w.t MAHA BERKUASA. 
 
JANGAN DIROSAKKAN MINDA DENGAN SEJADAH BERDIRI. 
BERSYUKURLAH KITA KERANA KITA MASIH MAMPU BERDIRI dan MAMPU MELAKSANAKAN KEWAJIBAN KEPADA ALLAH. 
 
YANG PELIK BUKANLAH TERAS ISLAM. MAKA TOK SAMI SIAM DI KELANTAN dan KEDAH, LAGI PELIK KERANA BOLEH BERJALAN ATAS AIR.
 
» Reply to this comment...

Posted by MYY, on 23-10-2009 20:53, IP 115.135.91.196, Guest
35. MYY
Sayapun ingat sejadahtu berdiri tegak mcm bayangann ustaz. Rupanya mcm piramid je... Hahaha.  
 
Lepasni saya pun nak panggil wartawan datang rumah saya. Lebih ajaib, saya akan buat bertingkat..
 
» Reply to this comment...

Posted by zalinda bt yang ghazali, on 23-10-2009 18:39, IP 118.101.13.66, Guest
36. sejadah berdiri
salam,  
dr awal saya mendengar berita ini ..saya susah hati...dlm benak fikiran saya ada 2 persoalan...yg baik oklah yang merisaukan ia mainan dr org yg x bertanggungjawab...pasti umat islam menjadi bahan ketawa mereka yg tidak semenggah ini.  
saya setuju dgn pandangan ustaz... 
jgnla ada yg mengeksploitasikan keadaan ini...baik media mahupun org ramai...
 
» Reply to this comment...

Posted by salman farisi, on 23-10-2009 16:54, IP 115.135.242.237, Guest
37. sejadah berdiri..
Bagi saya setiap yg berlaku ada cerita dan penyampaian yg hendak disampaikan.. bergantung kepada diri masing2 mentafsirkan dengan ilmu yg dikurniakaan Allah..  
 
Saya setuju dgn kata ustaz, bila sejadah berdiri baru ramai yang ke surau..padahal sebagai umat islam kita tidak perlu tunggu sejadah beridi untuk memenuhkan surau.. 
 
Dna saya punya pendapat yg lain iaitu Allah sengaja nak menunjukkan manusia yaang solat dizaman ini sama seperti keadaan sejadah yg bersolat. tidak mendapat apa-apa dan tidak punyai erti apa-apa kerana tidak punya iman samalah seperti sejadah tersebut. 
 
Yang kedua, Berdirinya sejadah tersebut membawa kepada diheboh2 kan kepada masyarakat, media, menunjukkan umma islam hari ini ibadah untuk menunjuk2. kalau boleh hendak diberitahu semua orang bahawa dia sedang bersolat..samlah dengan kelakuan sejadah tersebut. 
 
Bukankah itu yang allah terangkan didalam alquran " mereka ibadah tetapi aku balas dengan neraka" iaiatu apabila umat islam sudah tidak pentingkan iman. hanya memntingkan luaran atau pakaian iman sahaja. 
 
maka biarlah samaada sejadah itu didirikan orang, atau memang benar ia berdiri sendiri, jangan lah kita membuat bahan jenaka..biarlah orang bukan islam menjenakannya, tetapi ambil iktibar dari kejadian tersebut. 
 
salam 
 
al-farisi
 
» Reply to this comment...

Posted by Khairi, on 23-10-2009 16:29, IP 58.26.20.162, Guest
38. Taklid Buta
Apa salah kalau saya mengatakan ini hasil daripada sikap taklid buta yang malas berfikir? 
 
Malas berfikir akan keajaiban Allah disebalik setiap ciptaanNya, lalu cuba mencari keajaiban pada akalnya yang lemah (kasar bhs: bodoh) seperti sejadah jadi ketupat ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by rohaizad, on 23-10-2009 15:43, IP 203.82.79.101, Guest
39. http://www.rohaizad.com
Ustaz, ramai yang datang untuk tengok sejadah berdiri. Tapi mungkin tidak ramai yang memahami maksud.
 
» Reply to this comment...

Posted by Aliff Lam, on 23-10-2009 14:27, IP 202.151.201.47, Guest
40. dah lama dah..
Fenomena sejadah sujud sudah dimuatnaik di lamanweb youtube lebih kurang 2 tahun yg lepas. barangkali baru skrg ada org tergerak hati utk cuba buat di surau masing2 tambah pulak org melayu skrg ini lebih mudah percaya dgn hal2 yg mistik dan tahyul spt yg sering dipaparkan dlm slot keliwon tv3! sesiapa yg nak masuk berita tv3 boleh lah cuba tegakkan sejadah di surau2 berdekatan dan panggil wartawan.. mudah2an ada saudara mara yg perasan muka kita keluar tv! :) 
 
 
UZAR ; TERFIKIR JUGAK NAK JEMPUT ORANG tv datang rumah saya ambil gamabr sejadah berdiri di rumah saya ..:)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Ibnul Munzir, on 23-10-2009 13:56, IP 60.48.66.48, Guest
41. Populariti
Saya terdengar berita ini selepas usrah pagi tadi. Saya tidak membaca akhbar. Tetapi kawan-kawan sekampung saya sendiripu dah mentertawakannya...mereka lebih rasional dari sesetengah wartawan kita. Kalau sejadah tu baca Al-Quran ke... baca bacaan sembahyang ke... logik la jugak jadi bahan berita...
 
» Reply to this comment...

Posted by Ainisma, on 23-10-2009 13:49, IP 210.48.147.113, Guest
42. Terima kasih..
Terima kasih ustaz atas respons yang cukup baik dan menginsafkan. Moga Allah terus memberi kekuatan kepada ustaz untuk membimbing umat Islam menuju mardhatillah..
 
» Reply to this comment...

Posted by :D, on 23-10-2009 13:47, IP 211.25.208.185, Guest
43. :)
Saya pun cuma tersenyum bila tengok gambar2 nya, nak gelak tak cukup lawak pulak.
 
» Reply to this comment...

Posted by ikhwanjamal, on 23-10-2009 12:15, IP 129.59.85.187, Guest
44. http://kafbarokafaliftanun.blogspot.com/
sejadah-sejadah menyindir sinis tu.. setuju dgn ustaz... heheh.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by iskandar, on 23-10-2009 11:42, IP 115.133.216.199, Guest
45. sejadah berdiri?
Saya secara peribadi tidak menafikan kekuasaan Allah ingin melakukan apa yg dikehendakinya.  
 
Cuma tertanya pada diri saya yg kerdil ini, kenapa manusia dan diri saya ini begitu payah menerima keajaiban Al-Quran(mukjizat yg diturunkan oleh Allah kepada SAW)dan Sunnah SAW. 
 
Walhal, nabi sendiri bersabda 'bermaskud' - 'ikutilah Al-Quran & SunnahKU pastinya kamu tidak akan sesat'.  
 
Keajaiban ini lagi TERANG dan JELAS. Ya Allah, ampukanlah dosa2ku, keluargaku, ibu & ayahku, sahabatku2, jiran2ku, dan seluruh umat Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by rudy, on 23-10-2009 11:13, IP 115.135.47.111, Guest
46. minat pelik org melayu
assalammualaikum UZAR, 
mmg perihal ini dah lama saya perhatikan dalam masyarakat melayu,sudah berkali2 benda "peli n ajaib" terpampang di muka utama akhbar tempatan dan tabloid. saya juga sama seperti UZAR berasa malu apabila timbul perkara begini di media negara kita, termasuk lah kisah sejadah berdiri ini. pernah saya menempelak isteri saya kerana begitu mengkagumi hal2 sebegini apabila ia nya kuar dimedia dan disebarkan melalui video telefon bimbit.anatra contoh yang perkara "pelik" yang tersebar luas termasuk lah ikan emas membentuk nama Allah,bentuk telinga bayi membentuk Kalimah Allah, hirisan daging yang ada kalimah Allah, pokok bersujud..bagi saya itu semua tidak perlulah diperbesarkan melalui media. cukuplah kita mengambik iktibar kejadian alam, manusia bagi mengkagumi kebesaran Illahi. seperti daging yang ada kalimah Allah tersebut, daging bukan kah makanan yang akan dimasak dan dimakan.maka mengapa perlu ditayangkan dan disimpan berhari2 sehingga busuk.adakah apabila ada nama Allah di daging tersebut, lalu kita dilarang memakan nya? 
 
saya mmg kesal dengan permikiran masyarakat sekarang,perlu menunggu kejadian yang dianggap "pelik" dan "ajaib" baru melihat kebesaran Allah yang Maha Esa. Takkan kah kita sendiri yang berdiri dibumi ini adalah bukti kebesaran Allah?
 
» Reply to this comment...

Posted by shahrul, on 23-10-2009 10:38, IP 202.190.48.193, Guest
47. :D
Assalamualaikum ustaz.. 
 
saya pun ingat sejadah berdiri macam gambar ustaz yang kat bawah tu... 
kalau macam tu memang agak menggerunkan jugak la...
 
» Reply to this comment...

Posted by Rofi, on 23-10-2009 10:20, IP 60.52.91.92, Guest
48. fenomena sejadah berdiri
Jazakallah UZAR. 
 
Tercuit hati pabila ustaz sendiri mempraktikkan 2 sejadah dlm keadaan berdiri & pendapat dr semi profesional yg menyatakan sejadah sedang berdemonstrasi kerana 'kontang'nya jemaah muslimin ke surau. :) 
 
Di masjid kampung sy sendiri, hanya ustaz2, pelajar2 pesantren dan kami yg belajar2 usaha dakwah shj istiqamah ke masjid utk sembhyg fardhu berjemaah. Hanya mampu berdoa dan buat kunjungan ziarah rumah ke rumah supaya mereka juga turut hadirkan diri mengimarahkan rumah Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by rosnani, on 23-10-2009 09:35, IP 203.106.32.100, Guest
49. sejadah
Assalamualaikum Ustaz dan keluarga juga seluruh muslimin dan muslimat, 
 
Saya bersetuju dengan ustaz, semasa perkara ini heboh tempohari saya cuma membacanya tanpa rasa ianya benar-benar satu keajaiban. Kadang-kadang mentaliti orang melayu yang terlalu taksub dengan perkara2 pelik ni benar2 membimbangkan. Pada saya jika dibandingkan 1)sejadah berdiri dengan 2)Ayat2 Alquran tertera pada kulit bayi, perkara 2 lebih lagi menakjubkan.. 
 
http://untuk-sesama- insan.blogspot.com/2009/10/ koran-boys-skin-mystery.html
 
» Reply to this comment...

Posted by taufik, on 23-10-2009 08:38, IP 118.101.70.139, Guest
50. Kalau sejadah berlari
Setuju dengan artikel ustaz di atas. 
 
Al quran sudah cukup ajaib untuk diimani. 
 
p/s kalau sejadah berlari kan lagi ajaib untuk disiarkan... kihkihkih...
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom