Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Dosa Jual Beli Hari Jumaat
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 56 guests online
PDF Print
User Rating: / 11
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 27-10-2009 07:19
Views 7554    
Favoured 21

Dosa Jual Beli Hari Jumaat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

azan3.jpg

 

Sudah menjadi kebiasaan, disebabkan hari Jumaat adalah hari kerja di Malaysia, lelaki yang bekerjaya terpaksa terkejar-kejar mengambil waktu rehat tengahari untuk makan tengahari dan juga menunaikan solat fardhu Jumaat secara berjemaah. Namun, dalam ketika itu, ramai yang tidak sedar setiap minggu, mereka mungkin membeli makanan yang berulamkan dosa.

Sebelum ini, saya pernah mengulas berkenaan hal ini melalui siaran ‘Tanyalah Ustaz TV9' dan juga wawancara bersama Utusan Malaysia. Namun melihat kepada kekerapan dan kurang sensitiviti kalangan umat Islam di Malaysia khususnya. Satu penulisan ringkas yang khusus berkenaan hal ini adalah perlu.

Persoalan jual beli yang terus berlangsung di kalangan peniaga dan pembeli lelaki selepas azan pada hari Jumaat perlu dipandang serius atau ia akan berterusan. Lebih kurang menyenangkan, apabila melihat peniaga-peniaga ini berkhemah di luar masjid, mengambil untung atas perkumpulan umat Islam yang ingin menunaikan solat Jumaat, sedang mereka menjadi penyebab kepada dosa.

PENGHARAMAN JUAL BELI SELEPAS AZAN DI HARI JUMAAT

Solat Jumaat adalah wajib hanya ke atas lelaki baligh dan bukan wanita. Justeru setiap urusniaga di antara wanita dengan wanita selepas azan pertama atau kedua dikumandangkan pada hari Jumaat adalah sah dan harus. Justeru, ia tidak termasuk di dalam perbincangan para ulama dan bukan pula fokus artikel ini. Ia adalah satu keharusan yang disepakati oleh keempat-empat mazhab terbesar dalam Fiqh Islam.

Demikian juga halnya bagi mereka yang tidak wajib solat jumaat kerana sebab lain seperti sakit, musafir dan sebagainya.

Perbincangan hukum hanya berkisar kepada para lelaki, sama ada peniaga lelaki, pembeli lelaki atau kedua-duanya sekali yang sihat, baligh dan tidak bermusafir.

Asas hukum adalah dari surah al-Jumaat ayat 9 yang maksud-Nya:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya :Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

AZAN PERTAMA ATAU KEDUA?

Walaupun telah ijma'[1] di kalangan ulama akan pengharaman jual beli berdasarkan ayat di atas, mereka berbeza ijtihad dalam menentukan pengharaman itu jatuh selepas azan pertama atau kedua.

Perlu difahami bahawa azan Jumaat di zaman Nabi s.a.w, Abu Bakar as-Siddiq r.a dan Umar r.a hanyalah sekali sahaja, iaitu di ketika khatib (imam) naik ke atas mimbar untuk memulakan khutbah. Di zaman pemerintahan khalifah Uthman r.a, bilangan umat Islam bertambah lalu diperkenalkan azan kedua dan seterusnya ketiga (berfungsi sebagai iqamah).

Namun, hasil daripada kewujudan lebih dari satu azan selepas zaman Uthman, para ulama sekali lagi perlu berijtihad dalam menentukan azan manakah yang mesti tiada lagi jual beli selepasnya. Mazhab Maliki dan Hanbali jelas dan tegas bahawa pengharaman adalah selepas azan kedua iaitu di ketika khatib sudah naik ke atas mimbar, ia juga bertepatan dengan suasana di ketika turunnya ayat Al-Quran, para masa hayat baginda Nabi s.a.w.[2]

Imam At-Tohawi Al-Hanafi menegaskan :-

المعتبر الأذان عند المنبر بعد خروج الإمام ، فإنه هو الأصل الذي كان للجمعة على عهد رسول الله صلى الله عليه وسلم

Ertinya : Azan yang terpakai (dalam hal ini) adalah yang ketika keluar imam di atas mimbar, maka itulah yang asal sebagaimana Jumaat di zaman baginda Nabi s.a.w (Mukhtasar at-Tohawi, hlm 24)

Namun demikian, ulama mazhab Hanafi kelihatan mempunyai berbilang pandangan dengan majoriti di antara mereka berijtihad azan kedua adalah ‘pasti haram', cuma terdapat sebahagian besar mereka yang juga berpendapat pengharaman bermula sejak dari azan pertama (azan masuk waktu) lagi atau selepas tergelincirnya matahari pada hari tersebut.[3] Ini bermakna, mazhab Hanafi lebih tegas dalam hal ini dan disepakati oleh keempat-empat mazhab, berjual beli selepas azan kedua adalah haram.

Imam Ibn Kathir Al-Syafie menyebut :

اتفق العلماء على تحريم البيع بعد النداء الثاني

Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan kedua ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)

BERDOSA SAHAJA ATAU AQAD JUGA BATAL?

Walaupun berjualbeli di waktu itu adalah haram yang beerti berdosa atas si penjual dan pembeli, namun adakah aqad jual beli mereka terbatal?

Jika kesalahan ini dilakukan, dosa yang ditanggung adalah satu peringkat, manakala sah batal transaksi itu pula adalah satu peringkat yang lain. Jika aqad tidak sah, beerti pemilikan harga yang diperolehi oleh penjual adalah batal dan demikian juga pemilikan pembeli ke atas barangan beliannya. Jika itu berlaku, beerti kedua-dua mereka menggunakan harta milik orang lain dan berterusan keadaan itu sehingga akhir hayat mereka dalam keadaan penuh syubhat dan bermasalah.

Dalam hal ini, para ulama tidak sepakat dalam menanggapi kesahihan atau terbatalnya aqad. Para Ulama terbahagi kepada dua kumpulan :

Pertama : Aqad adalah sah dan hanya dosa ditanggung oleh penjual dan pembeli. Ia adalah ijtihad dari mazhab Hanafi, Syafie dan sebahagian Maliki.

Kedua : Aqad batal dan berdosa ; Ia adalah pendapat mazhab Hanbali dan majoriti Maliki.

Namun, berdasarkan penelitian, pendapat pertama adalah lebih kukuh, khususnya adalah rukun dan syarat jual beli telah semuanya dipenuhi, kecuali ia melanggar waktu jualan yang diharamkan sahaja, atas kesalahn itu dosa sahaja ditanggung tanpa pembatalan aqad.  

Apapun, amat perlu umat Islam di Malaysia dan dimana sahaja untuk lebih berhati-hati dalam hal ini. Justeru, amat digalakkan agar dapat dinasihatkan kepada para peniaga dan semua warga Muslim yang wajib ke atas solat Jumaat untuk menghindari kesalahan ini. Kita bimbang,akibat kejahilan, ramai yang melanggarnya secara berulang kali.

KESIMPULAN

Kesimpulan, jual beli itu akan jatuh haram hanya apabila:

a) Dilakukan selepas azan kedua sewaktu imam berada di atas mimbar.

b) Dilakukan oleh lelaki (sama ada sebagai peniaga atau penjual) yang wajib solat Jumaat.

c) Mengetahui berkenaan hukum haram ini, dan wajiblah ke atas individu mukallaf untuk mempelajarinya. Wajib pula untuk menyampaikannya bagi yang mengetahui.

Saya amat berharap agar para khatib dapat mengingatkan perkara ini setiap kali mereka berada di atas mimbar, juga diingatkan oleh para bilal sebelum mereka melaungkan azan kedua. Digalakkan pula bagi orang ramai untuk mengedarkan tulisan ini di masjid-masjid bagi menyedarkan orang ramai.

Sekian,

 

Zaharuddin ABd Rahman

www.zaharuddin.net

26 Oktober 2009

 

 

 

 



[1] Ijma ini dicatatkan oleh Ibn Rusyd al-Hafid dan juga Ibn Kathir (Bidayatul Mujtahid, 4/169 ; Tafsir Ibn Kathir, 4/368)

[2] Al-Iqna', Al-Khatib, 1/151 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/39

[3] Syarh Fath Al-Qadir, 2/69 ;


Last update: 27-10-2009 07:46

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (19) RSS feed comment
Posted by nuar, on 01-12-2009 01:15, IP 118.100.70.234, Guest
1. Sengaja lewat
Salam Tuan. 
1) Berdosa ke jika sengaja lewat ke masjid? 
atau  
sekadar tidak beroleh pahala jumaat? 
 
2)adakah berdosa mereka2 (biasanya anak muda) lepak dan berborak diluar masjid ketika khatib berkhutbah dan masuk masjid ketika mula solat? 
 
sebabnya, khatib cuma beritahu tidak dapat pahala jika berkata2 ketika khutbah, tidak pula berdosa? 
 
Mohon penjelasan. 
 
syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by saifullah, on 20-11-2009 23:39, IP 120.141.124.3, Guest
2. jual beli waktu antara masuk azan
slm ustaz,, bagaimana pula ketika seseorg itu berniaga sebelum azan kedua, tetapi, semasa urusan aqad dgn pembeli, dalam masa y sama azan kedua tiba2 sahaja mula berkumandang.. bdosa ke? bagaimana hndak dielakkan.. 
 
jika situasi sama berlaku tetapi dalam pada waktu azan pertama dibolehkan ye? 
 
UZAR : Slm, BELI LEPAS solat jumaat lebih baik. Ya, sebelum azan kedua, semasa atau selepas azan kedua adalah haram
 
» Reply to this comment...

Posted by saya, on 12-11-2009 05:36, IP 41.232.58.217, Guest
3. muamalh2 lain
ust, sy jus nk kepastian, adakah jual beli di sini adalah hanya jual beli shj atau ia adalah apa jua bentuk muamalah...cthnye, berurusan di bank, pejabat pos, menaiki kenderaan awam dsb? jzkk 
 
UZAR : YA, BAGI SEMUA LELAKI YG WAJIB SOLAT JUMAAT..KALAU MEREKA SEDANG MUSAFIR, ADA KEUZURAN DAN LAIN-LAIN YANG DIBENARKAN, TIDKA DOSA..HANYA YANG SEDANG 'PONTENG' SAHAJA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Norimie, on 07-11-2009 10:22, IP 202.170.60.253, Guest
4. Solat jumaat
:cry baru saya tau wanita xpa jual beli time tu... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Nik Pa Othman, on 03-11-2009 23:49, IP 121.121.104.232, Guest
5. SOLAT JUMAAT
Salam ustz.. saya ada dengar ceramah di tempat saya keja.. penceramah tersebut ada mengatakan jika hari raya jatuh pada hari jumaat maka solat jumaat pada hari tersebut tak solat pun tak apa betul ke ustz.. tolong komen ustz terima kasih :? 
 
UZAR : YE BETUL ADA IJTIHAD ULAMA yang menyebut sedemikian. Termasuk ulama mazhab Syafie.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by singgah, on 03-11-2009 21:56, IP 115.134.195.188, Guest
6. hukum
hukum solat jumaat bagi kaum wanita?
 
» Reply to this comment...

Posted by yasmin, on 01-11-2009 11:08, IP 203.82.79.101, Guest
7. keliru
Assalaamu'alaikum Warahmatullah 
 
termasuk bagi lelaki yg ingin menunaikan solat jumaat yg singgah dikedai runcit untuk membeli sebotol air meneral? 
 
terima kasih 
 
UZAR : baca artikel di atas betul2, nescaya akan faham 
 
» Reply to this comment...

Posted by alizan, on 31-10-2009 07:31, IP 203.82.91.102, Guest
8. keliru
assalamua'alaikum ustaz, minta maaf kalau soalan saya agak jahil, saya ingin kepastian, adakah berniaga selepas solat jumaat dibolehkan? sekian, semoga Allah memberkati kita semua... 
 
UZAR : ya boleh
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin tahu, on 30-10-2009 12:13, IP 58.27.96.249, Guest
9. Jika penjual wanita
Jika penjual wanita, pembeli wanita, dan urusniaga berjalan pada waktu tersebut,adakah juga dikira berdosa? 
 
UZAR : sila baca betul2 artikel tu, kena rajib baca betul2 sebelum tanya
 
» Reply to this comment...

Posted by musafir, on 29-10-2009 18:04, IP 115.132.10.49, Guest
10. al-Awfar
berkenaan jwpn.UZAR tentang akaun al-Awfar tu,apa maksud UZAR "so orang awam boleh gunakannya" ? atau UZAR ada pendapat tersendiri tentangnya atau sememangnya di sana ada perbincangan akademik tentangnya? 
 
UZAR : ia bermaksud, orang ramai boleh menyertainya. Ia ada dibincangkan di sini
 
» Reply to this comment...

Posted by walid 'ammar, on 29-10-2009 09:56, IP 58.26.173.203, Guest
11. al-Awfar
Assalaamu'alaikum Warahmatullah 
 
apa pandangan ust.tentang akaun al-Awfar yang diperkenalkan oleh BIMB? 
 
 
UZAR : ia telah disemak dan disahkan oleh majlis syariah mereka luar dan dalam, so orang awam boleh gunakannya
 
» Reply to this comment...

Posted by pemikir, on 29-10-2009 02:37, IP 41.238.189.156, Guest
12. jual beli
Assalamualaikum.. 
 
jazakumullah khair jaza' Ustaz..atas jawapan yg ust berikan mengenai aqad tersbut..sy trfikir juga sbelum ni, khuatir tersilap dlm mnyampaikan ilmu kpd masyarakat khususnya berkait soal hukum. Alhamdulilah ulasan ustaz menenangkan hati saya.. 
 
Barakallahu fiikum..
 
» Reply to this comment...

Posted by abu aliya, on 28-10-2009 20:24, IP 60.48.195.100, Guest
13. haram tak?
salam UZAR, 
Katalah, dari pemerhatian saya setiap Jumaat, memang 'Mamat' penjual nasi ni memang tak solat Jumaat. Adakah haram jika saya membeli makanan darinya jika saya lakukan transaksi jual beli sebelum azan kedua? 
 
UZAR : sebelum azan kedua adalah makruh sahaja. Tapi elok pilih kedai orang penjualnya solat, kerana hak ALlah pun mamat tu tak jaga, maka bimbang nasi tu dan bahan2nya pun jenis tak bersih krn amanah kepada pembeli pasti tidak akan jaga juga
 
» Reply to this comment...

Posted by cikgumizan, on 28-10-2009 09:19, IP 218.208.44.10, Guest
14. makluman
kalau kita perhati kedai2 sekitar kota bharu kelantan, sebelum azan zohor pada hari jumaat, semua urusniaga tak kira runcit, kedai makan, shopping complex dan sebagainya menghentikan urus niaga mereka.  
saya bercuti kesana dan kebetulan pada hari jumaat. ketika membeli buku di sebuah buku di bandar kota bharu, tiba2 kedai itu mcm dah nak tutup. saya tanya kat pekerja dia, dah tutup ke? sedangkan jam lebih kurang 12.30 tegah hari. beliau mengatakan pihak berkuasa di sana mengarahkan semua kedai tidal beroperasi sebelum azan zohor hari jumaat dan buka balik selepas sembahyang jumaat. 
semoga dapat berkongsi dengan pembaca zaharuddin.net dan semoga allah memberkati peniaga-peniaga disana
 
» Reply to this comment...

Posted by mohamad, on 27-10-2009 21:49, IP 58.26.203.4, Guest
15. Cetak Artikel
Salam Ustaz.. 
Minta izin untuk cetak artikel ini, untuk disebarkan...
 
» Reply to this comment...

Posted by kicapmanis, on 27-10-2009 20:58, IP 83.70.60.211, Guest
16. Patutlah
Ya Allah, saya tak pernah tahu perihal perkara ni. Trima kasih ustaz. Skarang ni baru terfikir, padanla kedai Arab depan tu taknak jual apa apa sekitar pukul 11 sehingga 2 petang. Thanks ustaz!
 
» Reply to this comment...

Posted by mohon kepastian, on 27-10-2009 16:48, IP 41.254.1.194, Guest
17. jual beli hari jumaat
salam ustaz, 
 
dari artikel ustaz jual beli adalah haram jika penjual dan pembeli adalah lelaki, bagaimana jika penjual adalah lelaki (yang wajib solat jumaat) dan pembeli adalah wanita, atau sebaliknya. saya pernah terbaca yang seperti ini pun adalah haram. minta penjelasan ustaz. 
 
UZAR : ya, yang si lelaki tu haram, yang perempuan sepatutanya tidak haram, tetapi jadi berdosa juga kerana pemebliannya dikira membantu dan menggalakan lelaki itu terus tidak pergi solat. Bagus soalan ini.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by aznan bin hamat, on 27-10-2009 14:13, IP 60.52.59.242, Guest
18. cd/dvd ebook 10000 jilid + maktabah syam
Dapatkan perpustakan digital 10000 jilid kitab dan free maktabah syamilah 
 
http:// perpustakaandigital4u.blogspot .com/ 
 
Sila dapatkan perpustakaan digital 1600 judul kitab (10 000 jilid) beserta free maktabah syamilah... 
 
KAMI SEDIAKAN UNTUK ANDA 
 
 
 
No telefon & e-mail: 
 
 
Ustaz Azhar Bin Yahya  
 
Pengarah Urusan Faza Publications  
 
019- 3642314 
(azharsua@hotmail.com)  
 
 
Abdul Rahman Bin Yahya  
 
012- 2486001  
 
(abdrhmn08@gmail.com)  
 
 
 
KEISTIMEWAAN PERPUSTAKAAN DIGITAL (e-Kitab)  
 
 
 
Untuk makluman, e-kitab ini boleh di muat turun secara percuma di laman2 web dari Timur Tengah, kami cuba kumpulkan dan memudahkan penuntut dan pengkaji ilmu didalam mencari sumber rujukan tanpa perlu bersusah payah mengggunakan masa yang lama untuk memuat turun file kitab2 ini dari internet.. Di harapkan usaha kami ini dapat dimanfaatkan dan dihargai..  
 
Berikut diantara keistimewaan e-kitab ini :-  
 
1. Mengandungi 1,600 judul e-kitab dengan lebih 10,000 buah jilid buku. (dianggarkan bersamaan 3 kontena kitab)  
 
2. Merangkumi pelbagai bidang.. (Kini segalanya di hujung jari anda)  
 
3. Diakui sebagai sumber rujukan dan penulisan ilmiah.  
 
4. E-kitab ini adalah daripada kitab yang sebenar.  
 
5. Paparan imej didalam komputer yang jelas, dilengkapi pencarian tajuk di sebelah paparan imej.  
 
6. Sistem pencarian kitab yang mudah.. hanya mengunakan butang “search” di dalam komputer anda.  
 
7. Dengan hanya satu set Perpustakaan Digital ini,anda telah menjimatkan beribu-ribu ringgit untuk membeli kitab.  
 
8. Tidak memerlukan ruang untuk menyimpan kitab yang banyak.  
 
9. Kini anda memiliki sebuah perpustakaan peribadi impian.  
 
10. Kekurangan e-kitab ini hanya anda tidak dapat cium bau kitab..  
 
macam2 manfaat yang akan anda ketahui dan rasai apabila anda memilikinya.. anda mampu memilikinya..  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Tukang Tanya, on 27-10-2009 12:43, IP 202.188.250.219, Guest
19. Soalan Lari Tajuk
Maaf Ustaz, harap satu hari nanti Uzar dapat menerbitkan artikel tentang makanan halal dan "Dapur Halal". Ini adalah kerana saya dan mungkin ramai lagi yang masih kurang pengetahuan tentang dapur halal ni. Contohnya ada seorang rakan saya yang mengajak ke kedai steak kepunyaan melayu tetapi kedai itu turut menghidangkan arak jadi saya tanya adakah gelas beer itu di basuh bersama2 pinggan makanan? Tapi jawapannya kawan saya mudah..jangan risau banyak melayu makan...pak aji pun ada makan sebab stik nya sedap.. 
 
Ada juga yang suka pergi ke restoran seafood non muslim kerana makanannya sedap dan fresh tetapi menghidangkan juga air beralkohol..mereka pergi juga kerana atas dasar seafood itu halal tetapi tidak memikirkan tentang Dapur Halal.(mungkin time rehat tukang masak makanan tidak halal menggunakan periuk yang sama).Harap ustaz dapat terangkan sedikit sebanyak kepada saya yang ilmu sikit ni dan terangkan kepada rakan-rakan yang lain. Oleh kerana kurangnya ilmu ramai muslim di sini (yang ada duit lebih) pergi ke restoran atau hotel yang tidak di ketahui status halalnya yang memungkinkan pada jangka masa panjang ...melekehkan agama sendiri (hati sudah tidak bersih). 
 
Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom