Ustaz,
di ketika ini agak heboh perbincangan berkenaan boleh atau tidak orang bukan
Islam masuk masjid dan meberi ucapan. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang
hal ini, adakah perbincangan ulama di dalam hal ini atau memang tidak
dibenarkan? Setahu saya, mazhab Syafie membenarkan jadi adakah pandangan yang
melarang ini adalah pandangan pengikut Wahabi?.
Sebelum
menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara penyoal, saya ingin terlebih
dahulu menjelaskan, paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh
ulama Islam di dalam hal ini.
Pertama
: Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.
Kedua
: Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.
Ketiga:
Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram
Saya
akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara
padat dan mampu difahami, InshaAllah.
Asas
rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :
Ertinya
: Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu
kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat
: 28)
Ertinya
: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam
keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula
hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu
saja." ( 4:43 )
MASUK MASJIDIL HARAM
Majoriti
ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat
di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit
perincian dalam hal tersebut.
Berdasarkan
dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang
bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab
(Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.
Imam
Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim
dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan
untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini
kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah
membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran
fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan
Islam memasuki masjid tanpa syarat.
Imam Ahmad Hanbal
pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan
lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang
munasabah seperti pembinaan dan maintainance.
Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk
menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.
Rasulullah
juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah,
malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan
sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat
"Biarkan
mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"
Selain
itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana
seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal,
diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),
بعث رسول اللَّهِ خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من
بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من
سَوَارِي الْمَسْجِدِ
Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah
Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang
bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang
masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat
islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya,
dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan
ibadah umat Islam.[1]
HUKUM
MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM
Imam
Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam
memasuki masjid manakala Mazhab Syafie,
Hanbali danHanafi membenarkan
bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau
juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah
tersebut.
Imam
Nawawi menghuraikan :
وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز
إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو
غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز
Ertinya
: Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya
serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie
: menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama
ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin
Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim,
12/87)
Selain
yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza
ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam
memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan,
sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas
menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu
sahaja.
Al-Mawardi
memetik kata Al-Muzani iaitu :-
لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع
حرمته وتشريفهفلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان
المشرك أولى
Ertinya
: Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang
berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan
kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di
dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira
sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)
Imam
Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini
iaitu :-
ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام
Ertinya : Tiada masalah untuk seorang
bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi
Al-Kabir, 2/268)
KESIMPULANNYA
Majoriti ulama bersepakat bukan Islam
TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza
ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.
Namun demikian, majoriti ulama silam
dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan
syarat-syarat tertentu seperti :-
1)Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam
bagi masjid berkenaan.
2)Mestilah mempunyai
sebab yang munasabah
untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam,
mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan
yang seumpamanya.
3)Mereka mestilah
menghormati
seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian
yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.
Berkenaan
sama ada larangan memasuki masjid adalah pandangan wahabi atau tidak. Ia tidak
berkaitan dengan wahabi, sememangnya terdapat sebahagian ulama yang melarang,
namun mereka yang disebut di atas semuanya berada di zaman sebelum lahirnya
Syeikh Muhammad Ibn Abd Wahab. Justeru, tiada sebarang kaitan dengannya.
Namun demikian,
jika apa sahaja yang berbeza dengan mazhab Syafie itu dilabel sebagai Wahabi
oleh orang Malaysia, maka mereka yang melarang mungkin boleh digelar Wahabi.
Wallahu'alam.
Cuma sedariah tindakan label melabel ini adalah bukanlah satu tindakan
yang tepat malah tidak boleh sama sekali disebabkan satu isu dua pandangannya,
habis digeneralisasikan seseorang itu sebagai Wahabi dan semua ciri-ciri yang direka. Bersikap wajar dan
adillah.
Posted by nazri, on 31-12-2009 14:07, IP 202.188.166.58, Guest
1. wahabi ini satu fahaman yg salahkah?
assalamu'alaikum... ustaz, baca di mana pun mesti ada tuduhan terhadap wahabi.. kenapa umat islam di malaysia ni sgt tidak terbuka? saya terbaca pendapat tentang masalah wahabi ini di dalam internet ini di website yg saya tidak mahu saya sebut kerana mungkin akan menyebabkan masalah.. mereka dgn tegas menyatakan wahabi ini adalah 1 fahaman yang salah. dr. asri dilabelkan sbg wahabi kerana pendapat beliau tidak sama dengan mereka. kenapa boleh jd begini?? adakah wahabi ini sesat @ menghampiri dengan sesat? boleh ustaz bg pendapat tentang mereka ini yg suka tuduh-menuduh org lain yg tak sehaluan dgn mereka?
Posted by peacetoall, on 05-12-2009 23:08, IP 124.82.127.29, Guest
2. macam macam
Apa pula komen ustaz tentang melarang orang masuk masjid? Ini berlaku di hari pernikahan artis tanah air kita suatu masa dulu. Yang bukan Islam boleh masuk nak tengok, yang Islam kebetulan singgah dan dah biasa solat sunat di situ tak dibenarkan masuk.
Posted by abu rasas, on 01-12-2009 23:44, IP 60.53.197.61, Guest
3. Paradoks
Assalamua'laikum UZAR, Terdapat sebilangan kecil yang bukan Islam yang ingin memasuki masjid (atas sebab-sebab tertentu) tetapi terdapat sebilangan besar yang Islam tidak mahu memasuki masjid (solat).
Posted by kandare, on 20-11-2009 16:26, IP 210.118.108.252, Guest
4. sokong
Salam. Uzar, melihat kpd hujah yg ustaz bentangkan saya lebih condong dgn pendapat harus memasuki masjid jika baik tujuannya atau dengan bersyarat. Jika lihat dari segi tujuan dakwah perbuatan ini adalah patut. Mudah-mudahan bukan Islam akan dekat hatinya kpd Islam dan umatnya. Walluhu a'lam.
Posted by adik, on 15-11-2009 20:01, IP 203.82.92.160, Guest
5. rasuah
salam...ustaz..off topic sket...sbenarnye x tau ktne nak hantar request nih, so trpaksa tnye kt komen nye section nih...bleh x tulis article psal isu tajaan haji nik aziz...rasuah ke dr sudut islam?
Posted by akh ammar, on 15-11-2009 12:26, IP 218.111.254.49, Guest
6. nazar
Salam ustaz..
Maaf lari tajuk sikit.. minta jasa baik ustaz untuk tulis artikel tentang "nazar" secara ilmiah.. sebab banyak sangat pendapat kalau dicari dalam internet.. dan ada yang terlalu ringkas da kurang praktikal.. harap ustaz dapat meluangkan masa.. syukran
Posted by POT, on 15-11-2009 10:56, IP 60.51.113.53, Guest
7. Satu pandangan
Salam UZAR, satu pandangan yang bagus. Just nak share pengalaman, dulu masa saya berada di Scotland, pernah saya pergi ke sebuah masjid di sana untuk bersolat dan ketika itu masjid mengadakan hari terbuka. Semua masyarakat dijemput hadir ke program tersebut. banyak ativiti2 diadakan termasuklah pameran2 mengenai ISLAM. Dan yang menariknya program tersebut telah dihadiri oleh ramai orang termasuklah non muslim (tidak menutup aurat).. yang masih segar dalam ingatan saya adalah, sewaktu saya berada di dalam masjid tersebut ada sekumpulan non-muslim (Scottish laki & pompuan) melawat sekitar masjid termasuklah tempat utama solat (tempat imam dan mimbar masjid).. begitu bersemangat JK program membuat penerangan tentang aktiviti2 dan tempat2 yg ada dalam masjid... jd, saya berpandangan tidak salah non muslim masuk dalam masjid untuk mengetahui dan mendalami ilmu Allah itu.. sekian, just pandangan saya sahaja.
Posted by redzuan, on 14-11-2009 14:26, IP 120.141.28.166, Guest
8. Penjelasan mengenai Nafkah Zahir
salam ustaz, saya ingin bertanya tentang kemusykilan rumahtangga. nafkah zahir kepada isteri itu apakah definasi sebenarnya, kerana setahu saya nafkah zahir pada isteri merangkumi makan, minum, pakai, tempat tinggal,keperluan rumah, anak-anak dan isteri.Adakah dengan memenuhi tanggungjawab diatas telah dikatakan memenuhi syarat pemberian nafkah zahir pada isteri sedangkan kawan saya mengesyorkan bahawa selain daripada di atas diwajibkan memberi wang saku untuk kehendaknya. (Saya telah cuba memenuhi kehendaknya dari segi pembelian sendiri tapi bukan dengan memberi wang setiap bulan) dan hubungan kekeluargaan kami al-hamdulillah baik dan harmoni.Untuk pengetahuan ustaz isteri saya turut bekerja sebagai guru dan mempunyai sumber kewangan sendiri.Cuma saya musykil dengan pendapat kawan dan takur di label masih belum menyempurnakan tanggungjawab sebagai suami.
Posted by Fauzan, on 11-11-2009 13:23, IP 118.100.114.194, Guest
9. kepentingan dakwah kepada non-muslim
assalamualaikum ustaz. persoalan ini kadang kaang mengelirukan apabila bertembung dengan kepentingan dakwah kepada non-muslim. kalaulah kita tidak membenarkan non-muslim memasuki masjid secara total akan menimbulkan masalah juga. apakah agama kita mengharamkan memasuki masjid dalam masa yang sama non-muslim membenarkan rumah ibadat mereka dikunjungi.
saya sendiri mengalaminya ketika melancong ke pangkor. pemandu teksi cina telah membawa saya ke tokong mereka dan menyatkan ia adalah little great wall of china. bagaimana nak menyatakan dakwah kepada mereka kalau kita asyik menyatakan semuanya haram kepada non muslim.
Posted by amin007, on 11-11-2009 06:56, IP 118.101.98.86, Guest
10. nak lihat keindahan senibina masjid pula
UZAR menulis "Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :- 1)Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan. 2)Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya. 3)Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid. "
tapi kan kalau nak masuk masjid atas sebab nak lihat keindahan senibina masjid pulak macam mana yer? terutama di sebelah dalam masjid?
saya secara peribadi macam tak beberapa setuju masjid dijadikan tempat pelancongan.
UZAR : MEMANG ADA ULAMA KONTEMPORARI YG LARANG JIKA sekdar nak melihat2 senibina, namun terpulang kepada pihak berkuasa membuat keputusan.
Posted by orang biasa, on 09-11-2009 00:00, IP 203.82.79.108, Guest
11. mencari silap
Salam Ustaz
Secara peribadi saya melihat golongan ustaz atau ulama di negara semakin gemar mencari silap atau mempertikaikan kenyataan ahli agama yang lain. Kalau tak silap perbazaan pendapat antara ulama terdahulu adalah mencari lebih baik dari yang baik (betulkan saya kalau tersilap. Namun kemuncak senario ini terjadi rentetan daripada kes Dr Asri.
Kadang-kadang saya orang biasa tak dapat membezakan yang mana satu betul atau salah. Sebagai contoh pernah seorang ulama berpangkat Dato' yang agak popular menyampaikan hadis "Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi, Ramadan bulan Umat" dengan huraian panjang lebar di TV.
Pada masa yang sama seorang Dr pula menyatakan ia adalah hadis palsu. Minta UZAR hilangkan kekusutan ini. Banyak lagi sebenarnya...
Posted by pelajar, on 08-11-2009 22:20, IP 192.43.227.18, Guest
13. persoalan
salam UZAR, saya sedang menuntut di luar negara,
saya keliru mengenai hukum kita tidak dibenarkan duduk semeja dengan mereka yang minum arak atau menghadiri majlis-majlis yang terdapat hidangan arak disebabkan kita seolah-olah menggalakkan maksiat. Bagaimana dengan kita duduk semeja dengan mereka (mat salleh) tanpa arak, tapi mereka sentiasa dalam keadaan menyekutukan Allah yang dosanya lebih besar daripada minum arak. Sememengnya interaksi dengan orang bukan islam akan sentiasa berlaku.
Minta penjelasan daripada UZAR mengenai kekeliruan ini.
Posted by Abu Widad, on 08-11-2009 22:07, IP 124.82.42.42, Guest
14. Baru jelas....
Satu penerangan yang cukup jelas.Saya rasa soalan ini timbul kerana ada seorang ahli politik india hindu yang masuk ke ruang solat sebuah masjid menyampaikan ucapan. Saya tak berapa ingat siapa dia dan di masjid mana...ada sapa-sapa yang tahu? macam Ust ulas dalam post tadi kalau untuk tujuan yang baik adalah dibolehkan, termasuklah menyampaikan ucapan betulkan Ust?