Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Larangan Kristian Guna Nama Allah : Ulasan Ringkas
PDF Print
User Rating: / 30
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 01-01-2010 04:35
Views 21652    
Favoured 44

Larangan Kristian Guna

Nama Allah : Ulasan Ringkas

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

allahname.jpg

 

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa larangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) terhadap penggunaan perkataan 'Allah' adalah tidak sah. Berikutan itu, mahkamah membenarkan permohonan Gereja Katholik untuk mengetepikan larangan tersebut. Hakim Lau Bee Lan berkata arahan oleh menteri dalam negeri itu adalah 'tidak sah dan batal".

Menurutnya, akhbar mingguan The Herald boleh menggunakan perkataan 'Allah' dan menegaskan bahawa perkataan tersebut bukan hanya ekslusif untuk Islam sahaja. Keputusan mahkamah mengetepikan larangan KDN itu, akan memboleh The Herald dan penerbitan bukan Islam yang lain, menggunakan perkataan 'Allah' sebagai terjemahan bagi perkataan 'Tuhan' dalam versi bahasa Melayu mereka.

Hakim Lau berkata semua rakyat Malaysia mempunyai hak perlembagaan untuk menggunakan perkataan 'Allah'. Bagaimanapun, memandangkan implikasi kes ini, KDN dijangka memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi hari ini

SUDUT HUKUM

Berikut di atas tadi adalah petikan berita Malaysiakini bertarikh 31 Disember 2009.

Isu ini turut menjadi hangat khususnya apabila terdapat beberapa pandangan diberikan oleh kumpulan ilmuan. Kumpulan pertama yang tidak membenarkan dengan pelbagai hujjah dan nas, demikian juga kumpulan kedua. Secara asasnya, ini adalah isu cabang dalam bab aqidah yang tidak sama sekali menjatuhkan seseorang dalam kekafiran, perbezaaan pendapat dan ijtihad adalah dibenarkan dalam hal ini.

Dalil-dalil yang diutarakan oleh kedua-dua kumpulan, masih terdiri dari dalalah yang zhonniah, hasil takwilan dan tafsiran. Hanya yang tidak memahami ilmu Usul Fiqh sahaja akan merasakan ia tergolong dalam hal usul yang jatuh kufur bagi yang berbeza. Juga tiada wajar bagi menuduh secara rambang bahawa sesiapa yang membenarkan tergolong dalam kategori Islam liberal, mungkin sebahagiannya benar ingin menyamaratakan semua agama, namun tidak semuanya membenarkan dengan niat sedemikian.

Setelah melakukan penilaian terhadap pelbagai hujjah dan pandangan silam dan kontemporari. Secara asasnya, saya lebih cenderung kepada pendapat yang MENGHARUSKAN penganut Kristian untuk menggunakan nama Allah swt. Antara nas yang paling jelas adalah :

Dan sesungguhnya, jika kamu (Wahai Muhammad) bertanya kepada mereka: "Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88).

Ini hanya satu dalil sahaja, memang boleh diperdebatkan dengan pelbagai sisi pandang SEPERTI mentafsirkan Allah dalam ayat itu bukan sebagai ‘ALLAH' dalam konteks yang dikhususkan oleh Islam yang terkandung di dalam surah al-Ikhlas, tetapi adalah tuhan pencipta secara umum.

Namun di dalam kaedah dalam fiqh, memerlukan kepada dalil lain jika takwilan sedemikian ingin dilakukan. Khususnya masyarakat Jahiliyyah sudah sedia maklum berkenaan agama yang dibawa oleh Nabi Ibrahim a.s, dan Allah telah difahami merujuk kepada siapa.

Cukuplah, saya tidak ingin menghurai panjang dan berbahas dalam hal ini, hakikatnya banyak lagi nas dan dalil lain yang menyokong kepada keadaan membolehkan tersebut. Menurut penilaian dan pengamatan saya, pandangan membolehkan adalah terlebih kuat daripada hujjah kumpulan yang menolak.

Saya juga kurang bersetuju untuk dipisahkan nama Allah kepada pengertian lughah (dari sudut bahasa secara literal kononnya merujuk kepada tuhan umum), dan Allah secara istilah yang merujuk kepada Allah yang disebut di dalam surah al-Ikhlas.

Satu lagi, perlu diingat, sama ada nama Allah digunakan di dalam Bible atau tidak, itu tidak sama sekali  penting untuk kita, kerana Bible bukan rujukan kita tetapi Al-Quran. Oleh itu, merujuk  kepada bible dalam mencari pendirian dalam hal ini adalah salah sama ada secara sedar atau tidak sedar. Umat Islam hanya merujuk Al-Quran dan Hadis dalam menentukan sikap dan pendirian, bukan Bible. Apatah lagi menurut keyakinan Islam, bible yang wujud hari ini bukanlah sama sepenuhnya dengan injil yang diturunkan kepada Nabi Isa as beribu tahun dahulu.

TETAPI ..

Namun demikian, itu adalah dalam konteks penelitian dalil dan nas, atau konteks ilmiah. Dalam konteks kesesuaian dan Siyasah Syari'yyah khususnya bagi mengelakkan salah guna dan kekeliruan khususnya di Malaysia, saya cenderung untuk BERSETUJU LARANGAN PATUT DIBUAT oleh pihak kerajaan atau Kementerian Dalam Negeri (KDN)

Selain itu, saya juga tidak setuju istilah lain seperti solat, kaabah, masjid digunakan oleh pihak selain Islam untuk ibadat dalam agama mereka.

Memang benar, mudarat dan maslahat mungkin sahaja berbeza mengikut penilaian masing-masing, dan tentunya ia bakal memberikan kecenderungan berbeza-beza. Namun pada hemat dan penilaian saya, unsur kemudaratan lebih wajar dielakkan dalam hal ini.

Justeru itu, penggunaan nama Allah oleh pihak Kristian khususnya dalam penulisan mereka, amat wajar dilarang oleh pihak kerajaan. Di dalam hukum Islam, kerajaan berhak memutuskan hukuman di dalam konteks menghalang mudarat yang dijangkakan.

Dalam konteks Malaysia menurut perkiraan saya, penggunaan kalimah Allah bagi penganut agama Kristian amat dibimbangi boleh mencetuskan ketegangan antara penganut agama seterusnya boleh membawa pergaduhan yang serius jika gagal dikawal.

Lebih lagi, apabila mengenang keadaan umat Islam yang ada hari ini terlalu amat lemah. Keadaan missionary bukan Islam yang amat galak untuk menggunakannya dengan tujuan-tujuan tertentu serta  kemunculan beberapa kumpulan bukan Islam yang diyakini akan menyalahgunakan nama Allah dalam tulisan mereka secara berleluasa sehingga membawa kekeliruan bagi penganut Islam.  Jika dilakukan kajian teliti terhadap hal mudarat ini, elok benar tindakan KDN untuk melarang.

Sekali lagi perlu diingatkan, perlu diperbezakan keputusan hukum dan siyasah syar'iyyah.  Sekuat manapun hujjah untuk membenarkan kristian menggunakan nama Allah, namun hujjah dari sudut mudarat dan kesesuaian konteks di Malaysia, larangan amat patut dilakukan, sama ada untuk tempoh tertentu atau berterusan atau mungkin boleh dibenarkan tetapi dengan syarat-syarat tertentu seperti semua bahan cetak yang ingin diedarkan itu perlu mendapat kelulusan KDN bagi setaip keluarannya dan juga dilaksanakan sekatan pengedaran secara terbuka (hanya terhad kepada penganut Kristian). Ini penting bagi menghindarkan mudarat yang boleh menimpa orang awam Islam yang sedang lemah, dan ruang konflik antara agama yang amat mudah ternyala api pergaduhan.

Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. Malah dalam filem-filem bercorak agama terbitan Hollywood, pihak Kristian tidak pernah diskrip menggunakan kalimah Allah bila menyeru tuhan, mereka hanya gunakan God atau Lord sahaja. Ini kerana itulah yang terpakai di sisi Kristian seluruh dunia sebenarnya.

Cuma kita sedar kumpulan ini hanya memperjuangkan penggunaan kalimah ini di negara-negara majoriti umat Islam seperti Mesir, Indonesia, beberapa negara arab dan kini Malaysia. Tahukah anda apa sebabnya berlaku demikian?. Fikirkan... diharap kita semua sedar strategi di sebaliknya.

 

Kesimpulannya, secara peribadi saya berharap agar rayuan keputusan yang akan dilakukan oleh KDN Berjaya mencapai keputusan sebaiknya.

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Muharram 1431 H

01 Januari 2010


Last update: 04-01-2010 17:22

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (87) RSS feed comment
Posted by amei, on 19-05-2010 17:00, IP 60.48.175.111, Guest
1. ini adalah pendapat saya...
assalamualaikum semua penghantar komen... saya merupakan seorang muallaf, memeluk islam sejak tahun 2006.mengenai penggunaan khalimah Allah ini, saya rasa memang akan timbul kekeliruan pada sesetengah risalah yang disebarkan sama ada ia adalah risalah agama islam atau agama kristian. namun apa yang ingin saya sampaikan disini adalah kita sebagai umat umat islam telah diturunkan Al-quran sebagai panduan hidup. maka sekiranya kita adalah umat islam yang sejati kita mampu membezakan mana yang benar dan mana yang salah pada sesuatu risalah atau sebagainya. kiranya timbul kekeliruan pada perkara2 tertentu ini mungkin kerana kita sendiri tidak menggunakan al-quran sebagai panduan hidup. insyallah bacalah al-quran serta terjemahannya insyallah kita tidak akan terkeliru.... keliru atau tidak itu bargantung kepada kehendak kita sendiri.... tepuk dada tanya selera....
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul jalil, on 27-02-2010 15:59, IP 203.82.91.101, Guest
2. snefiri
Salam UZAR.. 
Saya tidak bersetuju dengan ulasan dan pandangan ini. walaupun saya banyak mencedok beberapa kajian dan pendapat uzar. 
1. surah fatihah sendiri menerangkan Allah tui tuhan sekelain alam.. kenapa kita nak bahagi2 pulak kepada agama lain. 
2. sedangkan Kitab dan rasulnya allah pelihara kenapa namanya dia tak pelihara.. usah ditakuti orang mengambil kesempatan kerana perlu yakin dia lebih tahu orang yang mempermainkan namanya. 
3.seorang ulamak kata lain.. 2 ulamak pula kata lain.. pendapat mufti2 ni juga berbeza.. bukankah akan membuatkan org islam tremanggu2 kerana mana satu nak ikut/.. kenapa tidak di ambil satu jalan agar satu penetapan dibuat dengan alasan dan dalil yang lebih kuat. 
Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by egot bongsu, on 15-02-2010 11:31, IP 60.50.209.148, Guest
3. larangan kristian guna nama allah
penggunaan nama ALLAH tu harus kpd kristian tetapi kita sokong kerajaan berusaha untuk melarang penggunaan nama ALLAH di Malaysia ni sbb mereka ada tujuan tidak baik yang tidak lain tidak bukan ingin mengeliru orang2 islam yg telah ramai hidup dalam kesesatan.Marilah kita bangun untuk berdakwah bgi menegak kesucian agama ALLAH ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by Alisha, on 06-02-2010 10:33, IP 115.132.34.20, Guest
4. Tak payah kecoh...
Asasnya agama islam mengatakan...  
Allah itu tuhan sekalian alam... jadi dalami maksudnya. SEBENARNYA... agama kristian dalam kitab mereka... mereka percaya Allah tu wujud... Allah tu Tuhan (God) MEREKA....Cuma kepercayaan mereka terpesong sedikit adalah... mereka samakan Allah dengan sifat manusia... dimana mereka percaya... Maryam (Mary) itu isteri tuhan manakala Nabi Isa (Jesus / Yesus) anak tuhan. Jadi kenapa kita nak mencela mereka? Allah itu untuk sekalian umat, alam. Jangan anggap Allah itu khusus untuk orang Islam sahaja. Mereka sendiri pun cakap "Tuhan Allah".  
Orang Malaysia ni, memang sempit fikiran. Cuba baca kita perjanjian lama dan perjanjian baru diaorang tu... korang mesti jumpa punyalah.. perkataan Allah...  
 
Regards, 
Alisha
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ahmadsuhailihassan, on 01-02-2010 15:41, IP 60.49.81.250, Guest
5. sekadar pendapat....
Salam UZAR... 
 
Saya merasakan penggunaan nama Allah buat umat kristian atau agama lain adalah harus dan tidak harus diperdebatkan....ini kerana pada pendapat saya...jika kita menghalang penggunaan kalimah Allah sebagai tuhan bagi semua manusia...tidak kira agama adalah tidak patut kerana...bagi semua umat manusia...ALLAH adalah satu2nya tuhan yang ada...tiada lagi tuhan yang wujud di alam ini kecuali ALLAH... 
 
Saya takut...sekiranya kita menghalang penggunaan kalimah Allah bagi umat manusia yang lain...akan timbul di hati manusia ini bahawa masih ada lagi tuhan lain selain Allah... 
 
Cara menghalang kalimah Allah dari digunakan pihak bukan Islam...bagi saya bukanlah satu bentuk perjuangan Islam memperjuangkan Islam...ianya lebih sekadar memperjuangkan keistimewaan umat Islam...bukannya untuk menegakkan syiar Islam... 
 
Apa yang perlu...tegakkan syiar Islam secara syumul...semoga manusia jelas...Islamlah agama yang sebenar disisi ALLAH... 
 
Laa Ilaha Illa Allah...tiada tuhan selain ALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azam, on 23-01-2010 10:55, IP 203.82.80.124, Guest
6. ulasan YB Anwar Ibrahim
Sekadar berkongsi :) 
 
Berikut merupakan pautan kepada video ulasan YB Anwar Ibrahim berkenaan isu ini: 
 
http://www.youtube.com/watch? v=XoQc5P_4xCU 
 
http://www.youtube.com/watch? v=3yOKvidmqNs
 
» Reply to this comment...

Posted by PEace, on 17-01-2010 13:12, IP 60.51.6.100, Guest
7. cermin diri
Bagaimana pula dengan gantinama He atau His yang digunakan untuk merujuk tuhan dalam bahasa inggeris? Ramai umat Islam menggunakannya dalam penulisan, kad ucapan dll. Bukankah ini salah kerana meletakkan jantina kepada tuhan. Bila amina wadud mengatakan itu lelaki ramai yang melenting, tapi dalam masa yang sama mereka mengiktiraf pernyataan tersebut. Diharap uzar dapat ulas.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Pencinta, on 16-01-2010 15:16, IP 203.82.80.104, Guest
8. Semua nak memandai je..
Saya merasa dukacita termata sangat apabila para ustaz dan pendakwah menyibukkan diri berijtihad mengeluarkan fatwa. Sikap membelakangkan ulama' rupanya diajar oleh para ustaz dan pendakwah ini jugak. Padahal isu ini dah ada fatwanya yang dimuzakarahkan oleh para mufti dalam Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke 82. Sepatutnya kita memperkasakan tetapi nafsu 'hubbul tatollu' (suka menonjolkan diri)menyebabkan sebahagian kita buat-buat tak tahu fatwa tu. Sikap memperlekehkan ulama' (ramai pulak tu dalam muzakarah tu) sudah menular ke segenap ceruk tak kira pemerintah mahupun pembangkang, terbaru para asatizah ....marilah bertaubat!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by hj_maikel, on 15-01-2010 01:55, IP 210.19.152.18, Guest
9. kalau saya pemimpin
Salam Ustat, 
 
setelah membaca komen2.. saya menulis.. 
Perkara ini bagi saya terpulang kepada kebijaksanaan ketua pemimpin negara kita itu sendiri bagaimana untuk menanganinya.. ini membabatikan antara 2 pihak.. 
 
Kalau mereka ingin menggunakan kalimah Allah biarlah bersyarat, tegas, terkawal dan dikawal.. cth syarat : meletakkan Allah itu sebagaimana dalam surah al ikhlas. ini cth shj boleh dikembangkan lagi.. selaraskan konsep pemahaman Allah itu sebagaimana pegangan islam.. kalau mereka tidak sanggup baik tak payah.. buat sehingga mereka yg terkeliru dgn pegangan mereka itu snediri.. sekdar pendapat shj jikalau saya menjadi pemimpin  
 
alasan saya mengapa : 
 
1)satu peluang yg baik bagi mengenalkan mereaka siapa itu Allah. 
2)sungguhpun mereka tidak solat 5 waktu tetapi biar konsep pemahaman mereka terhadap Allah itu sama. supaya tidak bercanggah atau boleh sehingga mengelirukan kedua2 pihak.. 
3)perkara ini mereka yg bangkitkan, jgn kita yg menolaknya dgn paksaan biar mereka yg menarik baliknya dgn sendiri, sbb kalau kita yg menolak secara paksa mcm2 tomahan dan tuduhan serta fitnah terhadap islam itu akan timbul udahlah islam itu digelar pengganas pulak tu ada pulak yg menangguk di air yg keruh pi bakar gereja.. akibat nya islam itu juga yg buruk. 
4)disebabkan mereka kita sesama kita juga yg bertelagah lagi kerana berbeza pendapat dan hujah.. nampaknya usaha mereka untuk memecahkan umat islam dimalaysia berjaya lagi.. Eh korang nie bila nak menjadi umat yg bersatu hah!!! tak habis2 nak bergadoh.. siapa yg rugi kita (islam) juga yg rugi.. sedang mereka mungkin sedang senyum milhat kita dok sebuk mengeluar hujah masing2 sehingga terkeluar fatwa itu ini sebagainya silap hari bulan nak bertumbuk sebab tak sependapat.. sedih.. sedih.. dengan saudara2 ku.. Allah itu satu kenapa korang nak jadi kepada 2 atau 3 kelompok yg berlainan..
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 14-01-2010 15:03, IP 58.26.25.4, Guest
10. salam...mintak kebenaran
salam..ustaz..saya nak mintak kebenaran untuk guna artikel yg ustaz tulis utk disebarkan n saya nak letak dalam blog saya sebagi satu bahn bacaan yg bermunafaat.. 
saya letak dulu kat blog..kalau ustaz tak izinkan saya buang balik...tak der masalah.. 
>>blog saya ..sedang bertatih buat.. 
http:// qudwahhasanahonline.blogspot.c om/
 
» Reply to this comment...

Posted by nazri, on 14-01-2010 09:59, IP 202.188.166.58, Guest
11. kita dalam bahaya
saya tak pandai nk ckp.. tp yg saya fhm apa yg orang kristian ini sedang buat pada masa sekarang ini adalah untuk memesongkan akidah umat islam.. dengan cara inilah mereka dapat menyebarkan agama mereka dgn lebih berkesan. bg kita memang susah nk terpedaya dgn diorang nih. tp bagaimana pulak dgn org2 yg kurang didikan agama dan bagaimana pulak dgn generasi2 yang akan dtg?? pada masa sekarang ini pun ada jugak yang salah faham ttg akidah Islam yang sebenarnya. bagaimana pulak nanti akidah umat islam selepas penngunaan nama Allah dalam agama kristian?? Dengan harapan yang tinggi Allah lindungi kita semua daripada kesesatan. Kita didalam bahaya sekarang...
 
» Reply to this comment...

Posted by AMNM, on 13-01-2010 22:46, IP 110.159.102.78, Guest
12. Respon Allah Bagi mempersenda Nama Nya
Respon Allah amat jelas dalam hal ini; 
 
HNDPDQNGP 'D#N3E'!O 'D-O3FIp AN'/9HGO (PG' Ö HN0N1OH' 'DQN0JFN JOD-P/HFN AI #N3Ep&PGP Ú 3NJO,2NHFN E' C'FH' JN9ENDHFN ?ah`> (180)  
Hanya milik Allah asmaulhusna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaaulhusna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan.  
 
[Al-A'raf 180]
 
» Reply to this comment...

Posted by Hafidz Malik, on 10-01-2010 23:27, IP 203.82.91.104, Guest
13. Kufurkah kita?
Salam Uzar, 
 
Soalan 1: 
Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus. (Al-Imran:51) 
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul (lurus). (Al-Maryam:36) 
 
Nabi ajar kita "Allahu Ahad" (Allah itu satu), "Allahu rabbi wa Rabbukum" (Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu) 
 
Tetapi kita pulak mengatakan nama Tuhan untuk orang Islam ialah Allah dan nama Tuhan untuk bukan Islam selainnya. Tidakkah ini syirik? 
 
Soalan 2: 
"Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" (al-Zukhruf : 87-88)
 
Siapakah yang dimaksudkan 'mereka' di sini? Bukankah ianya merujuk kpd golongan yang tidak beriman/kafir?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Hafidz Malik, on 10-01-2010 23:10, IP 203.82.91.104, Guest
14. Kalimah Allah telah wujud sebelum Islam
Ustaz Zaharudin ada komen: 
"Satu lagi fakta yang perlu difikirkan adalah, mengapa gereja-gereja di Eropah termasuk UK dan Vatican City di Itali TIDAK MENGGUNAKAN kalimah Allah untuk God, malah negera-negara majoriti Kristian juga tidak pernah sibuk ingin menggunakan nama Allah ini. " 
 
Komen Saya: 
1. Bapa Nabi bernama Abdullah (Hamba Allah). Ini bermakna perkataan Allah digunapakai sebelum kenabian Muhammad saw. 
2. Di dalam bahasa Hebrew, Allahum disebut Allohem. Dengan itu, menegaskan Bible telah lama menggunakan kalimah Allah. Di minta Ustaz meneliti video Ceramah Ahmed Deedat tersebut. 
Ahmed Deedat : Prophet Muhammed (pbuh) mentioned in the Bible by Name part 1/2 
http://video.google.com/ videoplay? docid=1837525168870785121&ei=lllHS6alKJD-qAOj_eXdDg 
Ahmed Deedat : Prophet Muhammed (pbuh) mentioned in the Bible by Name part 2/2 
http://video.google.com/ videoplay?docid=- 7198131202643066388&ei=8btHS8ndKqCsqAOI3P3VDQ 
 
Apabila anda meneliti video tersebut, besar kemungkinan anda akan berpendapat seperti saya bahawa Kristian dahulu kala tidak mahu mengaitkan diri mereka dengan Islam. Istilah Alloh (yg kemudian diterjemah God) tidak memungkinkan mereka menyampaikan konsep Trinity. 
 
Wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by AriffSarip, on 10-01-2010 16:58, IP 203.82.92.125, Guest
15. Semak Kembali Tujuan Herald
Maaf semua, 
pendapat saya adlh berdasarkan pengetahuan saya tentang isu penggunaan nama Allah ini naik ke mahkamah kerana Herald beralasan menterjemahkan perkataan GOD utk majalah edisi Bahasa Malaysia mereka. 
 
Saya ingin tanya kpd semua apakah GOD itu bermaksud Allah? Memang Allah adlh milik semua makhluk di dunia ini. Tetapi kes ini dirujuk ke mahkamah hukuman ciptaan manusia atas alasan tersebut. 
 
Ustaz, sila betulkan jika saya tersilap. 
 
(ulasan panjang di blog saya, sambil2 tu promote blog, he. 
www.ariffsarip.blogspot.com)
 
» Reply to this comment...

Posted by kristian, on 10-01-2010 12:53, IP 124.13.181.219, Guest
16. Allah milik siapa??
kalau dah ingin sangat nama Allah tu ambil sajalah kerana kristian tak rugi pun. Allah tidak dimiliki oleh sesiapa tetapi Allahlah yang memiliki segalanya didunia ini. 
 
ALLAH-For muslims the greatest and most inclusive of the names of god god,an arabic word of rich and varied meaning,denoting the one who is adored in worship,who creates all that exists,who had priority over all creation,who is lofty and hidden,who confounds all human understanding.it ixactely the same word the jews,in hebrew,use for god (eloh),the word which jesus christ used in aramaic when he prayed to god. 
damai untuk kita semua.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hamba Allah, on 09-01-2010 21:04, IP 202.170.60.250, Guest
17. akidah
Yang penting sekali akidah umat islam perlu dipertingkatkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by faiz, on 09-01-2010 16:14, IP 210.187.49.65, Guest
18. komen
salam 2 all 
 
sy setuju dgn pndapat ustaz yg diberikan berdasarkan dalil yg ada didalam Al-Quran.. 
 
sy tertarik dgn kenyataan bahawa penggunaan kalimah Allah di UK dan Vatican city tidak digunakan dan hanya dpggl god atau lord.ape yg sy paham,kes ini terjadi apabila ia hendak dimelayukan sebutannya.Allah telah disebut oleh pnganut agama kristian di Sarawak sejak ratusan ribu dulu.. 
mohon pendapat ustaz.. 
 
UZAR : tidak juga, di Mesir puak kristian yang guna nama Allah tak guna bahasa melayu, depa guna bahasa Arab.  
 
Perlu diingat juga bible yang awal bukan dalam bahasa Inggeris, so kenapa mereka terjemah kalimah Tuhan mereka dalam bible yang awal kepada God dan tidak kepada Allah sejak dahulu lagi. 
 
» Reply to this comment...

Posted by ct, on 09-01-2010 13:19, IP 203.82.79.104, Guest
19. insiden bakar gereja
baru 2-3 lepas ada insiden bakar gereja, yg tak patutnya dikaitkan dgn pembantahan umat Islam atas penggunaan nama Allah oleh kristian/katholik M'sia. Tak de bukti pon yg berkhianat itu muslim kalau terbukti pon dah tentu mereka bertindak bukan atas landasan Islam. TERSASAR jauh skali! Memburukkan imej Islam je.  
 
Mintak ust komen skit. :roll
 
» Reply to this comment...

Posted by jung, on 09-01-2010 11:05, IP 115.135.62.61, Guest
20. diri ini
Salam to all 
 
Risau bila memikirkan dakyah kristian yg sangat halus 
Sedih bila memikirkan pegangan umat Islam yg semakin goyah(juga akibat dakyah Kristian dari dulu hingga kini dan selamanya..mind you, mereka tidak akan berputus asa seperti sumpah Iblis dan Syaitan) 
 
Oleh itu wahai ibubapa, mulalah dari diri kita sendiri.  
Fahamilah tujuan hidup kita di dunia yg fana' ini. 
Dan bimbinglah anak2 kita agar mempunyai benteng kukuh dalam mengharungi hidup yg penuh dugaan dan cabaran ini. Sebenarnya semuanya bermula dari rumah. Jgn disia2kan amanah Allah pada kita. 
 
Tegakkan solatmu dan doalah selalu.
 
» Reply to this comment...

Posted by amin, on 08-01-2010 20:35, IP 203.82.92.123, Guest
21. Komen uzar (penting)
apa komen uzar pada artikel ni.. 
http://www.malaysiakini.com/ news/121438 
 
 
UZAR : mgkn sebab tu di sabah dan srwk lebih ramai yg murtad dan jauh dari agama berbanding semenanjung..
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by jurjizaydan, on 08-01-2010 16:50, IP 202.184.236.2, Guest
22. apa jadi anak kita nanti?
saya ingin memperbetulkan pendapat tuan2 yang mengharuskan penggunaan nama Allah. 
jika kita lihat anak muda sekarang begitu parah dengan nilai kerohanian islam. 
sekiranya penggunaan nama Allah di gunakan secara berleluasa oleh pihak non-Muslim, maka tidak mustahil suatu hari nanti tuhan mereka sinonim dengan nama Allah, walhal agama mereka bukan berdasarkan ajaran Allah malahan telah terpesong dari tuntutan mentaati allah.. 
 
Tuan puan semua pasti sudah ada yg mmpunyai anak betul?? 
andaikata Allah telah dilabel sebagai tuhan bagi semua agama,apakah jawapn tuan puan apabila anak2 tuan bertanye.. "ayah, sape tuhan kita? org kristian pn sembah Allah jaggk kan?" bagaimanakah jawapan tuan puan pada waktu itu? adakah ingin memutar masa membetulkan keadaan yang sudah parah? adakah tuan puan ingin menerangkan secara teliti pd anak2 tuan yang ketika ini sedang berlaku?? 
apakah jadi dengan anak muda kita nanti yang akan mudah terpengaruh dengan ajaran kafir dengan hanya mengatakan tuhan kita sama bagi semua agama?? fikirkan lah.. ini adalah maruah agama islam, mengapa kita sering mnggadai maruah agama kita sendiri yang kita sanjung.. pada masa itu tiada guna lagi yang dapat dikesalkan dek kerana pemikiran kita yang terlampau dangkal. ingat lah... anda semua memikul tanggunjwab sebagai umat islam. 
dan pada mase itu lah bru tuan semua hendak menuding jari pada orang lain... 
fikirkan lah wahai saudara ku....... 
kerana sejarah tidak boleh ditukar ganti.. 
sebelum terlambat sama2 lah kita berdoa pada - Nya.Allah hu akbar
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Joe, on 08-01-2010 14:57, IP 60.52.5.20, Guest
23. Islam sebenar-benarnya!!!
Komen negatif penganut Islam di Malaysia khasnya Semenanjung Malaysia terhadap agama lain menggambarkan dan mengukuhkan pandangan tentang "apa dan bagaimana Islam sebenarnya". Sekian, terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by farhan, on 07-01-2010 15:41, IP 203.109.50.211, Guest
24. sunni
salam........ 
bismillah..... 
sy xnak komen atau bangkang mane2 pendapat, tp sy nk tanye je nape kita mesti takut kalau org kristian nk guna nama Allah...sedangkan Allah tu mmg tuhan sekelian alam....kita sebagai muslim sepatutnya lebih besemangat nk mendidik umat islam bila org kristian sndiri nk guna nama Allah...bkn takut keliru atau sebagainya....cuma perlu buat satu undang2 yg boleh mngawal pihak kristian dari menghina nama Allah...selagi pihak kristian xmenghina atau mempersenda nama Allah , sesiapa pun berhak nk guna nama Allah...sb Allah tu universal....sape yg berani kata Allah tu hanya untuk org islam saje?......pikirla sendiri...
 
» Reply to this comment...
» See all 6 replie(s)

Posted by norlailataib, on 07-01-2010 13:21, IP 118.100.85.98, Guest
25. perkuatkan benteng
kesalahan pada kita juga, terlalu leka dengan duniawi, aqidah umat islam sedang diserang bertubi-tubi. Apa pertahanan kita dari semua aspek dan penjuru, perundangan, politik dan sistem pendidikan, ukwah, akhlak, adat?
 
» Reply to this comment...

Posted by Insani, on 07-01-2010 10:27, IP 60.48.199.164, Guest
26. isu sebenar?
isunya disini 'mereka' mahu menggunakan nama 'Allah' bagi menggantikan 'God' dalam penerbitan mereka. 
Agak2 awak, pemerintah tertinggi Kristian diluar negara nak ke guna nama 'Allah' menggantikan 'God'? Saya fikir mereka sudah tentu menolak kerana tidak mahu mencetuskan 'Perang Salib' kembali..tapi kenapa 'The Herald' disini cuba bermain dengan 'api'?
 
» Reply to this comment...

Posted by guzzal, on 06-01-2010 23:19, IP 211.24.226.62, Guest
27. Setuju Dengan Pendapat Ustaz
1. Perang aqidah oleh puak Kristian di nusantara memang jelas.  
Pandangan saya, penafian membenarkan mereka mengguna kalimah Allah adalah langkah yang bijak. 
Kesan memberi kebenaran kepada mereka nanti memberi natijah yang amat buruk kepada umat Islam Malaysia yang tidak mudah di rawat, sama yang dilalui oleh umat Islam di Indonesia. 
2. Puak Kristian mengguna perkataan "alah", "tuhan alah" seperti terdapat di Indonesia (dan tidak mengguna kalimah "Allah"). Dan pasti juga di guna oleh sesetengah mereka di Malaysia. Perkataan "alah" dengan kalimah "Allah". Jadi ada munasabah untuk menafi puak kristian di Malaysia dari mengguna kalimah "Allah", melainkan mereka mengguna perkataan "alah" bagi merujuk kepada tuhan mereka. 
3. Peniruan kalimah Islam oleh puak kristian kian bertambah, tidak lain adalah untuk meracuni fikiran generasi Islam dan memudahkan dakyah mereka di nusantara. Dari pengalaman berada diIndonesia, sekiranya orang Islam memakai songkok atau ketayap, mereka juga mula memakai ketayap (terutama yang berwarna hitam) menyerupai orang Islam). Sekiranya umat Islam merayakan Maulidur Rasul, mereka juga mengguna perkataan Maulid untuk merai kelahiran Jesus mereka. Terlalu banyak perkataan Islam lain di gunapakai oleh mereka termasuk memberi salam, beristighfar, (makan-minum) halal (walaupun sememangnya tidak halal bagi umat Islam) dsbgnya. Menjadikan suasana tidak keruan, sukar bagi umat Islam membezakan mana yang haq dan mana yang batil. 
wallahuallam.
 
» Reply to this comment...

Posted by daud, on 06-01-2010 19:28, IP 121.220.131.179, Guest
28. Mr
Dear Ustaz, 
 
In this instances we Muslim must make a strong stand and just say cannot to our fellow Christian friends in Malaysia , just like Ustaz Haron Din.  
 
Sorry that I have to disagree with your first part of the opinion. I don't believe that "ahli kitab" as described in the Holy Quran still exist today.  
 
Prevention before mudharat is much better than cure and confusion in future. They can simply be a purist Christian in Malaysia by not reading Bahasa Melayu Christianity material. Most of them a proud English speaking society. I don't see the need to use the word ALLAH unless they beriman dengan ALLAH as said by Dr Haron Din. Can they do that first ?.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nadzri m yusof, on 06-01-2010 14:49, IP 180.72.86.17, Guest
29. Setuju dengan Uzar dan Maza
Slm, secara peribadi sy setuju dengan pendapat kedua-dua org jaguh ni. Uzar jaguh islamic banking dan Dr Maza jaguh hadis (mungkin ramai lg jaguh yg sy x kenal). 
 
Sy kurang setuju kenyataan Dr Nur Manuty berkenaan penjelasan PKR berhubung penggunaan nama allah,kurang ilmiah pendek dan ringkas sangat tak mengambarkan trdisi ilmu.  
 
Sy juga terkilan dgn pendapat Dr Haron Din yg keras dlm permasalahan ini, nampak pendapat dia agak gopoh. Namun sebagai insan biasa sy mendoakan semua diatas terus berjuang ats kalimah ALLAH dan sy mohon maaf andai terkasar bahasa. 
 
 
 
Allahua'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by Pencinta Ilmu, on 06-01-2010 09:12, IP 115.135.186.83, Guest
30. pelik..pelik...
Assalamu alaikum wrt. wbt. 
 
Saya sangat terkilan dengan wujudnya ramai 'mufti' dan 'ulama'..macama-macam dicakap ikut suka hati..sehingga kita terlupa bahawa Muzakarah Fatwa Kebangsaan ke 82 dah putuskan hal ni.  
 
Nampak semacam metodolgi pemikiran akidah semakin membarah sehingga ramai menafsirkan secara lain ikut tauhid lain dari arus perdana. Kepada parti PAS, janganlah semua nak dituduh politic trap, kalau PAS mempertahankan hal ini pun PAS tak berkurang popularnya, aku dan semua yang bersama aku pun tak lari..tapi peliklah keputusan PAS kali ni.  
 
Tolong fikirkan untuk jangka panjang dari segi akidah, politik dan penularan dakwah kristianisasi lepas ni. Jangan jadi mcm Indonesia ...Tolonglah..Janganlah mendahulukan perkataan daripada Muzakarah Ulama'.....
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by umaralbanjari, on 06-01-2010 01:43, IP 202.184.124.13, Guest
31. hentak dulu yg menentang hukum Allah
seandainya dtg kepada saya 2 org.. 
 
seorang Muslim yg menentang hukum Allah dan selalu mengelirukan umat yg dipimpinnya dgn tindkan2 yg bertentangan dgn syara'  
 
dan seorang lagi seorang kristian yg memohon penggunaan kalimah Allah dlm akhbarnya.. 
 
saya hempuk yg pertama tu dulu.. kerana Muslim yg mengguna pakai hukum dari kitab Lord Reid lebih bahaya..dan lebih bahaya, terang2an menentang hukum Allah.. 
 
Allah, namamu ku sayang, HukumMu ku terajang..
 
» Reply to this comment...

Posted by seveneleven89, on 05-01-2010 22:15, IP 120.139.3.18, Guest
32. link
salam 
artikel ni sgt menarik.sy link kan ke blog sy boleh x?sekadar sharing dgn rakan2 blog yg lain. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Mubashar Aftab, on 05-01-2010 18:55, IP 60.48.215.28, Guest
33. Saya tak setuju..
Assalamualaikum semua.. 
Saya kurang setuju dengan pendapat beberapa saudara di sini. Kata-kata memang hangat digunakan sedangkan mereka inilah juga antara orang-orang Islam yang tidak menunaikan rukun-rukun islam. 
 
Pada pendapat saya, nama Allah tiada orang yang memegang hak mutlak. Dalam erti kata lain, nama Allah bukanlah sesuatu "copyright" yang kita perlu berdebat sebegini rupa. Bahkan, jika orang bukan Islam menggunakan nama Allah, kita harusnya berdoa agar semoga dengan menyebut nama Allah mereka akan sedar bahawa agama kita merupakan agama yang sahih. Kita dok lawan dengan diorang tak nak bagi guna nama Allah pun.  
 
Masalah kita ni, kita mengambil perkara kecil dan menjadikannya isu yang terlalu besar tanpa berfikir panjang. Apa yang kita nak buat - lawan..lawan..lawan..Sebalikny a, kita sebagai agama yang harmoni sepatutny berfikiran lebih jauh dari ini.. 
 
Fikirkanlah saudara sekalian..Nama Allah ada 99..Jika mereka gunakan nama Allah dan menerima nama tersebut sebagai kuasa teragung, saya tidak nampak sebarang masalah..Lagipun, bukannya kesemua 99 nama akan terjejas.. 
 
Sebab perkara2 kecil macam inilah nama Islam dipertikaikan dan disamakan dengan perkataan2 teruk seperti terorist..Sebab kita suka bergaduh dengan mereka atas perkara kecil skalipun.. 
 
Kalau kita teruskan begini, makin ramai orang akan meluat dengan agama kita..Cubalah berfikir secara rasional.. 
 
Sahabat Islam..
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by zaki, on 05-01-2010 17:26, IP 115.132.203.98, Guest
34. orang kafir memang bersatu utk menghancu
Memang dari zaman dahulu hinggalah akhir zaman orang kafir.. yahudi dan nasrani ni akan sering merancang utk hancurkan umat islam
 
» Reply to this comment...

Posted by mnaz, on 05-01-2010 16:02, IP 58.27.115.85, Guest
35. ALLAH HU AHAD
Cuma satu komen saya, kenapa mereka hanya nak guna nama ALLAH dalam keluaran versi Bahasa Melayu sahaja? Gunakanlah juga nama ALLAH dalam versi bahasa Inggeris. kat situ dah nampak apa muslihat mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by Asraf Mahmud, on 05-01-2010 14:41, IP 60.52.34.123, Guest
36. Minta izin copy artikel
Salam UZAR. Saya ingin minta izin untuk copy artikel UZAR ini dalam blog saya. Saya akan letak kredit dan sumbernya.
 
» Reply to this comment...

Posted by ummunaili, on 05-01-2010 13:46, IP 203.121.29.33, Guest
37. siapa tuhan orang kristian ?
Saya setuju dengan UZAR bukan saja kerana hujjah siasah syariah nya, tetapi apabila the christians menggunakan perkataan Allah dalam satu kitab tulisan manusia yang penuh dengan fitnah terhadap Allah itu sendiri, maka apakah hukumnya ? Apakah hukumnya membiarkan Allah dirujuk sebagai berkata bahawa Dia mempunyai anak ? Perkataan Allah itu tidak salah dirujuk sebagai Tuhan, tetapi apabila dirujuk dalam konsep triniti, apakah hukumnya?  
 
Contohnya menggunakan nama seseorang dalam tulisan yang memfitnah beliau, tidakkah hukumnya haram ?
 
» Reply to this comment...

Posted by miomar, on 05-01-2010 13:37, IP 202.151.218.58, Guest
38. soalan tentang isu kalimah Allah
Assalamualaikum. 
Pertama: 
Saya dapat mengikuti sedikit sebanyak perbincangan mengenai isu ini oleh umum dalam banyak laman web. Soalan saya, apakah pandangan Islam dengan ungkapan seperti berikut: 
 
1. "dah lama agama2 lain dok guna nama TUHAN MASING2" 
 
2. "Seharusnya bukan Islam tidak wajar menggunakan nama Allah sebagai TUHAN MEREKA" 
 
3. "maksud bismilllah... dengan nama Allah.. bukan dengan nama tuhan.." 
 
Adakah ini dikira mengakui ada tuhan selain Allah kerana mengatakan agama lain juga ada tuhan? Bukankah hanya Allah Tuhan yg disembah? 
 
Kedua: 
Penggunaan kalimah Allah oleh Kristian mungkin memberi kelebihan kpd gerakan dakwah Islam. Jika mereka mendakwa "Jesus anak Allah" anak muda kita boleh terkeliru. Mengapa tidak kalau kita terangkan "Allah Maha Esa,tiada anak dan tiada bapa" maka anak muda mereka juga boleh 'keliru'. Lebih-lebih lagi dengan kedudukan majoriti dan kelebihan-kelebihan politik umat Islam di Malaysia,atau adakah gerakan dakwah kita sememangnya begitu lemah? Mohon pandangan UZAR dan harap dibetulkan segala kesalahan...terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by zana, on 05-01-2010 12:32, IP 58.139.248.9, Guest
39. blessing in disguise ?
Selepas peristiwa September 11, Islam dicop sebagai ugama pengganas.Side effectnya, ramai non-muslim curious lalu membelek Al-Quran dan akhirnya ramai juga memeluk Islam. Dulu pun, masa zaman Rasullullah SAW, banyak perjanjian yg zahirnya nampak untung bagi pihak musyrik, tapi natijahnya balik ke umat Islam. Allah bukan sekadar nama, tapi Allahuakbar..
 
» Reply to this comment...

Posted by mralbukharey, on 05-01-2010 05:01, IP 115.135.145.161, Guest
40. kenyataan UZAR bercanggah....
Assalamualaikum... 
 
Apabila sy baca, didapati kenyataan UZAR ni bercanggah di antara dalil dan ulasannya.. 
 
Mula2 UZAR kata HARUS berdasarkan dalil.., maksudnya dibolehkan Orang kafir guna nama ALLAH berdasarkan dalil Al-Quran yang diberikan... 
 
kemudian UZAR bagi ulasan tidak boleh pula berdasarkan realiti di Malaysia... 
 
Maksudnya UZAR menundukkan dalil syarak kepada realiti... Ini suatu yang berbahaya!!! 
 
 
UZAR : dalil syarak menunjukkan mubah iaitu HARUS, manakala terdapat dalil syarak yang lain menunjukkan pemimpin berhak mengubah hukum MUBAH kepada yang berbeza disebabkan suasana sekitar. Ia dinamakan 'Taqyid al-Mubah' ( mengikat hukum harus) 
 
Umar al-Khattab tidak mengagih harta kharraj tanah Iraq yang dibuka tentera Islam sedang al-Quran suruh agih, adakah umar bercanggah dgn quran, TIDAK..TAPI umar FAHAM MAQASID SYARIAH. 
 
Berpuluh lagi dalil dalam bab ini, cuma perlu buka kitab at-turuq al-hukmiyah oleh Ibn Qayyim, dan lain-lain kitab Nizam as-Siyasah Al-Islamiyah. 
 
Tidak ada apa yang bahaya atau bercanggah dalam jawapan saya jika sdr faham apa itu siyasah syariyyah yang saya sebutkan di atas. 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by shameel, on 04-01-2010 21:22, IP 115.135.15.15, Guest
41. Kalimah Allah
Assalamualaikum. 
 
Saya bersetuju 100% dgn pandangan UZAR. Memang dikaui di negara barat kalimah Allah tidak digunakan oleh penganut Krsitian. Tapi, untuk pengetahuan UZAR dan para sahabat, di Sabah(berdasarkan pengalaman saya bekerja d isana dan pergaulan dgn org Kristian) mereka memang menggunakan kalimah Allah. Termasuklah Ya Allah. 
 
Apa pun atas dasar siasah syariah, amat wajar kerajaan melarang pengunaan kalimah Allah oleh agama lain dan biarkan ia menjadi hak mutlak org islam,
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr Zakir Fan, on 04-01-2010 18:08, IP 202.188.29.40, Guest
42. ViDeO PerBandingan AgaMa PerCuma!!
salam.. 
 
-untuk dapatkan video siri perbandingan agama secara percuma oleh Dr Zakir Naik serta Sheikh Ahmad Deedat..bolehlah layari www.truthway.tv 
 
-saya benar-benar berharap ada pihak yang tampil untuk menterjemahkan video tersebut atau membuat senikata dalam bahasa melayu.. 
 
-dan yang paling penting..edar secara percuma kepada seluruh warga Malaysia.. 
 
yang berharap 
www.ilovezakirnaik.com 
www.truthway.tv
 
» Reply to this comment...

Posted by azam, on 04-01-2010 16:45, IP 210.187.51.59, Guest
43. kalimah allah
Bagi saya ini kemenangan moral kepada bukan islam, sebab ianya akan diterbitkan dalam majalah nanti kalau penerbitan lain bagaimana? mungkin bagi orang berilmu tidak ada masalah untuk mengelakkan dari keliru tapi bagaimana pula mereka yang cetek ilmu?
 
» Reply to this comment...

Posted by Siti Habibah, on 04-01-2010 15:09, IP 60.54.99.254, Guest
44. Siapa Allah yang sebenarnya
Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, dan rakan2 muslimin dan muslimat yang dikasihi, assalamualaikum,  
 
kerapkali bila timbul isu2 sebegini, kita lebih banyak mempertimbangkan tentang kejahilan ummah, berbanding dengan hakikat kebenaran sebenarnya. 
 
sebagaimana yang dinyatakan oleh ustaz. pada mulanya ustaz macam ok izinkan guna nama Allah tapi bila counter comment tak setuju pula. 
 
inilah masalahnya. kalaulah untuk cover kejahilan ummah itu dijadikan priority percayalah sehingga bila2 pun beginilah keadaan, tidak akan berubah. 
 
hakikatnya, kalau kita larang hari ini pun isu ni tidak akan padam, dan mereka akan terus mohon sehingga dapat keizinan untuk guna nama Allah tersebut (macam di indon). 
 
kalau lah Allah sendiri yang mengakui mereka menggunakan nama Allah dan mengatakan Allah mempunyai anak, bagaimana kita boleh melarang pula nama Allah digunakan oleh mereka? 
 
mohon baca surah al kahfi, ayat 4, suatu surah yang disabdakan oleh Rasulullah saw, sesiapa yang membacanya pada hari jumaat, akan mendapat cahaya dari langit dari hujung kaki sampai hujung rambut, menunjukkan jalan dalam kehidupannya sehingga dia renew pada jumaat yang akan datang (kalau ada yang katakan hadith daif .. terpulang...). 
 
untuk kita yang mengaku islam, pengikut nabi muhammad saw yang memanggil nama Allah pun jangan ingat kita ni memang dah ok, walau pun kita panggil nama Allah tapi kalau kita pun selalu mensyirikkan Allah samada dalam perbuatan, amalan, kata2 dan iktiqad kita, adakah kita benar2 seorang islam yang diiktiraf oleh Allah swt. 
 
mohon rujuk al kahfi ayat 102 hingga 106.  
 
untuk jadi kafir bukan sukar, baca perbualan 2 sahabat dalam surah tersebut, ayat 32 hingga 44. 
 
sekian, mohon Allah swt sentiasa tunjukkan kita jalan yang lurus, 
rtk, 
sh 
 
 
UZAR : Kejahilan umat dan suasana semasa kerap perlu dirujuk dalam penentuan sesebuah tindakan pimpinan Islam dan dalam penentuan hukum. Begitu byk dalil yang menunjukkan hal demikian sebagai cht sabda nabi : 
 
"sekiranay bukan kerana umatku yang baru masuk Islam (serta masih belum mendalam kefahamana Islamnya), nescaya akau aku runtuhkan kaabah dan ku bina ia dengan dua pintu sebagaimana Ka'abah di zaman Nabi Ibrahim dahulu" 
 
Dari hadis tu , kita dapat lihat bgmn hasrat murni Rasulullah dimodify akibat ketidaksediaan umat Islam masa itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by mae, on 04-01-2010 11:45, IP 219.94.111.73, Guest
45. Bible Melayu hanya terjemahan
Bible Melayu atau Arab hanyalah terjemahan dari bible Inggeris. Bible Inggeris tidak pernah menggunakan 'Allah' untuk merujuk kepada Tuhan, sebaliknya mereka menggunakan God (Tuhan) atau Jesus. Terjemahan bagi 'God' dalam bahasa Melayu seharusnya 'Tuhan' atau Jesus atau AlMasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Mae, on 04-01-2010 11:20, IP 219.94.111.73, Guest
46. 'Allah' itu nama khusus
1. Dalam syahadah, kita menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Allah'. Kita tidak menyebut 'Tiada Tuhan melainkan Tuhan'. Kita juga tidak menyebut 'Tiada Allah melainkan Allah'. Syahadah dengan sendirinya memberi pengertian bahawa 'Tuhan' adalah nama 'am' sementara 'Allah' adalah nama khusus/khas. 
 
2. Dalam Quran, 'Tuhan' disebut sebagai 'Rabb', sementara 'Allah' ialah 'Allah'. Ini menunjukkan bahawa dalam Quran, 'Tuhan' adalah nama am sementara 'Allah' ialah nama khusus/khas. 
 
3. Dalam Kristian, mereka tidak ada nama khusus bagi Tuhan mereka, lalu mereka beranggapan bahawa orang Islam juga sama seperti mereka iaitu tiada nama khusus bagi Tuhan. Jangan terperangkap dengan cara mereka, nanti kita juga beranggapan Tuhan tidak bernama. 
 
4. Bible Inggeris seluruh dunia tidak pernah menggunakan 'Allah' sebaliknya menggunakan God atau Jesus sedangkan bible mereka dianggap lebih asli dari bible arab atau bible Melayu. Bible Arab atau Melayu hanyalah terjemahan dari bible Inggeris. Kita ingat bahawa Kristian berkembang dari tanah Israel ke Eropah/Vatican, jadi bible Eropah adalah lebih asli dari bible Arab atau Melayu. 
 
5. Bible Melayu hanya berupa terjemahan dari bible asal dalam bahasa Inggeris. kalau bible dalam bahasa Inggeris tidak menggunakan 'Allah' tetapi 'God'/Jesus, seharusnya terjemahan God dalam bahasa Melayu adalah Tuhan/Jesus/Almasih, bukan 'Allah'. 
 
6. Dalam Quran, disebut bahawa nabi Adam dan nabi Ibrahim dan lain-lain nabi menyebut 'Allah' sebagai nama khusus bagi Tuhan. Ini bererti sejak asal memang 'Allah' itu nama khusus bagi Tuhan. Jika ada penggunaan 'Allah' yang tidak membawa makna ia sebagai nama Khusus, ia adalah penyelewengan. 
 
7. Sebagai penyelesaian, saya cadangkan supaya Kristian dibenarkan menggunakan 'alah', bukan 'Allah' kerana bunyi sebutan mereka memang begitu iaitu berbunyi 'alah', bukan 'Allah' seperti yang disebut oleh orang Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by evotrek, on 04-01-2010 10:06, IP 202.122.158.254, Guest
47. mungkin boleh dgn syarat....
kalau puak kristian ni nak sangat guna kalimah Allah..mungkin boleh..dgn syarat bible bahasa inggeris juga perlu ditukarkan perkataan GOD dengan kalimah ALLAH... 
 
kalu tak sanggup, maka gunakan sahaja terjemahan GOD kepada TUHAN sahaja.. 
 
kan selesai masalah... 
 
saya percaya puak kristian ni ada niat tak baik dalam penggunaan kalimah ALLAH ni bila nak digunakan dalam bible terjemahan bahasa Melayu semata-mata...kalau mereka ini ikhlas, maka gunakan juga kalimah ALLAH dalam bible versi inggeris mereka...(ada berani ke...?) 
 
apa pendapat UZAR..?
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 04-01-2010 09:58, IP 219.93.86.14, Guest
48. mengenai kalimah Allah
Terima kasih ustaz. Saya mmg mengikuti setiap artikel ustaz. Saya mungkin faham artikel ustaz ini mengenai penggunaaan kalimah Allah di dalam majalah orang Kristian. Sebagai ustaz yang selalu merantau di negara2 luar, bagaimana pula orang Arab Kristian di Timur Tengah? Adakah mereka menggunakan perkataan Allah dalam Bible mereka? Mcm mana penerimaan orang Islam di sana? 
 
Saya harap ustaz boleh memberi sedikit komen untuk pengetahuan bersama.
 
» Reply to this comment...

Posted by aku, on 04-01-2010 03:05, IP 119.40.113.61, Guest
49. baca
terima kasih ustaz... pandangan ustaz lebih jelas... 
 
Dan mereka yang kafir berkata: (Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak. (88) Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! (89) Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap. (90) Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. (91) (Surah Maryam) 
 
kecewa saya... ramai benar pulak umat Islam bersungguh-sungguh sokong umat Kristian guna nama Allah... memang la Quran ada bgtau ada umat Kristian yang kata Allah tu yang jadikan ada anak dan jadikan langit bumi... 
 
TAPI... ada ke Allah suruh umat kristian guna kalimah Allah?? Di akhir ayat... Allah menemplak mereka kerana berpura dan berdusta dengan nama Allah!! 
 
bumi dan gunung hampir hancur mendengarkan kata2 mereka.... yang kaum muslim... kononya ustaz pulak redha... apaaaalah! 
 
mungkin saudara mahu jadi seperti Indonesia... tak lama lagi Gereja akan di panggil dengan BAITULLAH (RUMAH ALLAH... 
 
bahan penerbitan akan bertebaran... terutamanya bahan bacaan kanak-kanak yang mengambarkan Allah yg punyai anak..
 
» Reply to this comment...

Posted by zamri, on 04-01-2010 00:07, IP 124.13.42.60, Guest
50. ilmu vs kejahilan
apabila timbul isu ini, muncul satu rahmat kepada kita semua. masing-masing mencari alternatif mencari ilmu, samaada tanya kepada tok2 guru, ustz2 dan laman web. menjadi satu kerugian jika kejahilan masih melekat dalam diri kita, semoga ilmu dan keimanan akan menyinari jiwa kita.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom