Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Sekerat-Sekerat Akhirnya Rosak & Sesat
PDF Print
User Rating: / 12
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 13-01-2010 17:44
Views 9069    
Favoured 40

Sekerat-Sekerat Akhirnya Boleh Rosak & Sesat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

misguided.jpg

 

Saya teringat ketika mempelajari ilmu seni silat Gayung ketika di sekolah menengah dahulu, ada seorang guru silat yang menasihatkan kami agar jangan sesekali mempraktiskan ilmu yang baru dipelajari beberapa bulan.

"Kalau praktis jugak, ia lebih banyak bahayanya" katanya ringkas tapi dengan wajah yang tegas.

Manaka tidak, katalah kita diserang (na'uzbillah), sedang kita sibuk  untuk mengingati langkah-langkah serangan dan pertahan serta bunga kembangnya,

Dushh.. sebiji penumbuk boleh sahaja hinggap di wajah kita.

Benar, kalau belum cukup latihan dan lengkap sesuatu pergerakan, bertarunglah secara cowboy lebih wajar. Iaitu tumbuk dan sepak mengikut kesesuaian, tidak perlu sama sekali menghilang focus untuk memamstikan kekuda berada di darjah yang betul dan sebagainya.

Itu nasihat bagi mereka yang mempelajari ilmu silat, bagaimana pula dengan pakai baju sekerat-sekerat?

Itu lagi terbabas dari landasan kebaikan namanya. Pada pandangan manusia, ia dinamakan fesyen, pada pandangan Allah ia adalah tanda kesesatan makhluk.

Bagaimana pula dengan ilmu sekerat-sekerat?

ILMU SEKERAT-SEKERAT

Cuba lihat beberapa contoh ini:-

 

1)            Seseorang memaklum sambil bertanya kepada saya " ada seorang kawan saya mengatakan tidak ada aurat di antara ipar duai kerana mereka saling tidak boleh kahwin antara satu sama lain, betul ke ustaz"

 

Contoh pertama ini memperlihatkan bagaimana kelirunya kawan si penanya ini, dia menjadikan ‘tidak boleh kahwin' sebagai ‘illah (sebab utama) untuk seseorang dianggap mahram dan bukan mahram dan seterusnya aurat atau tidak.

Memang ada benar tetapi hanya sekerat, perbincangan tidak terhenti setakat itu sahaja, ada yang haram kahwin secara kekal (Muabbad), sementara (muaqqat) dan berpunca dari pelbagai sebab. Ringkasnya, yang haram secara muaaqqat masih WAJIB menutup aurat di hadapannya termasuklah IPAR DUAI.

Nabi pernah ditanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana pendapatmu tentang Al-Hamwu" Beliau berkata : "Al-Hamwu adalah maut" [Hadits Riwayat Bukhari 5232, Muslim 2172 dari 'Uqbah bin Amir]

Al-Allamah Az-Zamakhsyari berkata dalam menerangkan "Al-Hamwu"

"Al-Hamwu bentuk jamaknya adalah Ahmaa' adalah kerabat dekat suami seperti ayah, saudara laki-laki, bapa saudaranya dan selain mereka...

Dan sabda baginda : "Al-Hamwu adalah maut" maknanya ia boleh menjadi punca kerosakan fatal sehingga sehingga Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menyerupakannya dengan maut, karena hal itu merupakan sumber segala bencana dan kebinasaan. Yang demikian kerana Al-Hamwu (ipar duai) lebih berbahaya daripada orang lain yang tidak dikenali. Kerana kerabat terdekat yang bukan mahram terkadang jarang ada disangka buruk dengan kewujudan mereka, berbeza dengan orang yang bukan kerabat. Justeru, boleh menjadi kenyataan "Al-Hamwu adalah maut" jika ada yang terlanjur zina sedang sudah berkahwin lalu dihukum mati menurut undang-undang Islam..." ["Al-Faiq fi Gharibil Hadits" 9 1/318, Lihat "An-Nihayah 1/448, Gharibul Hadits 3/351 dan Syarhus Sunnah 9/26,27]

 

2)            Seorang pelajar yang baru sampai ke Jordan memberitahu saya "Ustaz, ana solat kat masjid universiti, tetapi depa tak baca qunut Subuh (kerana ikut mazhab Hanafi), jadi masa tu ana dengan cepat baca qunut setakat yang wajib, ikut mazhab Syafie"

Saya pening seketika mendengar kalam pelajar yang baru sampai ini, memikirkan mazhab mana yang mengatakan qunut subuh sebagai wajib. Dia juga bakal ustaz kelak, tetapi tidak disedarinya bahawa mazhab Syafie hanya mengatakan Qunut Subuh sebagai sunat Ab'ad (muaakkad), ia bukan wajib. Malah jika kita mengikut imam sama ada dia mazhab lain atau tidak, yang wajib bagi makmum ketika solat jemaah adalah mengikut imam, ia telah dinyatakan dengan jelas dalam hadis al-Bukhari.

 

Namun akibat ilmu sekerat-sekerat, dia membuat fatwa sendiri, lebih bimbang jika dia menyebarkannya kepada orang lain yang bukan ustaz. Lalu orang percaya kerana dia bakal atau graduan Shariah universiti dari Jordan, Mesir, Syria, Morocco dan lainnya.

 

3) "Ustaz saya beritahu, HARUS hukumnya membuat pinjaman dari institusi kewangan konvensional yang mengenakan faedah secara tetap, fixed interest, dia kata sama dengan Islamic yang juga fixed"

Lihat betapa bahayanya sang ustaz yang dirujuk, berfatwa dengan ilmu sekerat-sekeratnya, padahal jika dia mendalami lagi ilmu fiqh muamalat dan kewangan moden, akan difahami bahawa haramnya sesebuah pinjaman riba, bukan terletak pada kadar bunganya (interest) yang sama ada fixed atau fluctuate), tetapi ‘illahnya. ‘Illah itu boleh dikenalpasti dari cara kandungan dan pemeteraian kontrak (aqad).

 

4)   Seorang pemberi komen di artikel saya berkenaan nama Allah, berkata :

"Apabila saya baca, didapati kenyataan UZAR ni bercanggah di antara dalil dan ulasannya. Mula-mula UZAR kata HARUS berdasarkan dalil, maksudnya dibolehkan orang kafir guna nama ALLAH berdasarkan dalil Al-Quran yang diberikan. Kemudian UZAR bagi ulasan tidak boleh pula berdasarkan realiti di Malaysia. Maksudnya UZAR menundukkan dalil syarak kepada realiti... Ini suatu yang berbahaya!!!".

Contoh ini memperlihatkan bagaimana bahaya jika ilmu sekerat-sekerat yang dianggap cukup, lalu terus menetapkan pendirian. Lihat, dengan mudah, dia ingin mengganggap tulisan saya sebagai ‘BERBAHAYA'

Bunyinya dahsyat dan jika disebarkan tanpa ulasan sewajarnya, ia tentu boleh menjadi fitnah yang besar.

Padahal jika ilmu dalam bab tersebut dilengkapkan, maka akan jelas jika dalil-dalil syarak menunjukkan penggunaan itu mubah iaitu HARUS, ia terbuka dan bebas menerima pindaan dari semasa ke semasa oleh pemerintah islam apabila terdapat tanda dan bukti kemudaratan boleh meluas.

Banyak sebenarnya dalil syarak lain yang menunjukkan pemimpin Islam dimandati oleh Allah taala untuk menghadkan hukum MUBAH kepada LARANGAN disebabkan suasana sekitar. Ia dinamakan 'Taqyid al-Mubah' (mengikat hukum harus) 
 
Imam As-Syafie r.h berkata : " Tiada Siyasah kecuali yang bertepatan dengan kehendak Shariah" ( Turuq Hukmiyah, Ibn Qayyim, hlm 41, cet Al Maktab al-Islami).

BUKAN SEKADAR ‘HARUS' BOLEH BERUBAH, MALAH JUGA YANG LAIN.

Malah bukan sekadar hukum yang Mubah, malah hukum haram ASAL juga adakalanya berubah kepada HARUS, disebabkan mudarat yang lebih besar dan lain-lain perubahan hukum. Cuba lihat contoh-contoh ini :-

1)        Umar al-Khattab tidak mengagih harta ghanimah (rampas perang) semasa pembukaan Iraq yang dibuka tentera Islam, sedangkan al-Quran memperuntukan agihan, adakah umar bercanggah dengan Al-Quran, TIDAK SAMA SEKALI, TETAPI sebenanrya Umar al-Khattab amat faham nas Al-Quran itu dan faham juga MAQASID SYARIAH. 

2)        Tindakan Khalifah Abu Bakar As-Siddiq, Ali k.w, Abdullah Az-Zubair r.a yang membakar peliwat sebagai hukuman. Sedangkan kita mengetahui bahawa adalah dilarang untuk membunuh dengan membakar. (At-Turuq al-Hukmiyah, hlm 46)

 

3)        Tindakan Sayyidina Umar al-Khattab yang membotakkan kepala Nadhar bin Hajjaj serta menghalaunya keluar dari Madinah hanya semata-mata wajahnya yang terlampau kacak menyebabkan wanita berangan-angan dan berhasrat untuk melakukan maksiat dengannya.

Bukankah wajah yang tampan itu bukan ikhtiyar (pilihan) Nadhar, tetapi kita dapat melihat Siyasah Syariyyah menjadikan Umar bertindak demikian demi maslahat umum. ( At-Turuq al-Hukmiyah, hlm 46)

 

Selepas semua dalil contoh diatas dan banyak lagi sebenarnya, perlu difahami Wajah ad-dalalah dalam semua item di atas adalah bagaimana pemerintah mempunyai mandate untuk melaksanakan sesuatu tindakan yang diyakini boleh memberi lebih manfaat kepada awam.

Begitu juga, hukum yang harus seperti penggunaan nama Allah oleh Kristian, HARUS hukumnya pemerintah mengambil keputusan untuk melarang walaupun terdapat dalil hukum yang mengatakan HARUS, jika diyakini pembukaan itu bakal membawa mudarat yang lebih besar.

Beratus-ratus lagi dalil dalam bab ini sebenarnya, pemberi komen wajar mengkhatamkan pengajian dalam subjek al-Siyasah As-Syar'iyyah dan Maqasid Al-Syariah untuk beliau menentukan pendirian dengan tepat dan tidak BAHAYA.

Selain dari dua contoh ini, begitu banyak didapati ilmu sekerat-sekerat menjadi punca kemudaratan dalam keharmonian ummah, sebagai contoh ringkas :-

  • Wujud gejala kafir mengkafir disebabkan perbezaan pendapat dalam isu cabang Fiqh dan Aqidah. Akibat ilmu sekerat-sekerat, serta mengabaikan penelitian di bidang ilmu Usul Fiqh, akhirnya ramai yang terjebak dalam kategori ini.
  • Gejala menuduh sewenang-wenangnya seseorang sebagai Wahabi, Ahbash, Khawarij, Mu'tazilah moden dan sebagainya. Ia juga biasnaya berpunca dari ilmu sekerat-sekerat.
  • Gejala menuduh orang lain beribadah secara salah, padahal ia berpunca dari dirinya yang tidak mengetahui wujudnya perbezaan pendapat dan kefahaman dalil.
  • Gejala mengganggap memakai tudung sebagai ‘telah menutup aurat' sedang aurat bukan hanya sekadar tudung di atas kepala tetapi pada tubuh dan sempit dan nipis pakaian semuanya memberi kesan kepada hukum aurat.

 

 

Gejala ini boleh berkembang biak dengan dahsyat sama ada di peringkat orang awam yang belajar dari blog, search engine dan web atau di peringkat para pelajar aliran agama di Universiti atau di pondok yang belum tamat pengajian, khususnya di peringkat Basic (degree) bagi Universiti. Hasilnya pengajian ilmu mereka yang diterima mereka belum lengkap menyebabkan pendirian mereka dibuat kerap tersasar dari apa yang sepatutnya.

Mungkin ada yang akan bertanya,

"pengajian itu berterusan sehingga liang lahad, maka bagaimana tahu kamu dah tak sekerat-sekerat?"

Oleh kerana semua itu kita perlu rujuk kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui. Bukankah itu anjuran Allah taala.

"Jika dah rujuk pakar, macam mana si pakar tahu dia pun tak sekerat-sekerat?" mungkin itu bermain di minda anda

ANTARA KRITERIA SI PAKAR

Seseorang yang telah sampai suatu tahap pengajian yang mendalam (pakar), biasanya akan mengetahui tahap ilmunya, kerana itu biasanya si pakar akan mengambil masa sebelum mengeluarkan jawapan, bagi beliau membuat kajian menyeluruh, kecuali jika isu yang ditanya telah sedia dikaji sebelumnya.

Pakar biasanya akan tahu batasan ilmunya lalu memberi jawapan "tidak tahu" apabila ditnaya soalan yang beliau tidak cukup maklumat berkenaannya.

Pakar biasanya, akan berhati-hati dalam memberikan pendirian tanpa menyesat, membid'ah dan mencerca pandangan berbeza kerana beliau sedar, terdapat kemungkinan sesuatau nas dan dalil yang dipegangnya boleh ditafsir secara berbeza. Atau mungkin juga pandangannya boleh jadi kurang tepat walau telah dipastikan menyeluruh. Atau pandangannya tidak meraikan suasana yang berbeza dan terlalu rigid terhadap teks nas tanpa memikirkan soal maqasid Shariah.

Lihat sahaja contoh para ulama silam yang pakar, mereka kerap menangguh atau membuat kajian semula apabila sahaja disoal DALAM BAB HUKUM.  

Namun perlu diingat, SI PAKAR TAHU ILMU APA YANG INGIN DIGUNAKAN, TAHU PULA SUMEBR RUJUKAN YANG PERLU DIRUJUK SEDANG orang yang ilmu masih sekerat-sekerat, apa yang perlu dirujuk pun dia masih samar, methodnya pun tidak jelas.

Itulah bezanya...dan itulah sebab dan keperluannya.

Cuma perlu dibezakan, pakar berbeza pendapat dalam satu isu hukum dengan mereka yang pberbeza pendapat kerana ilmu sekerat.

Ulama memang ada berbeza pendapat namun ia disebabkan perbezaaan tafsiran terhadap sesuatu dalil.

Orang ilmu sekerat berbeza pendapat kerana tak sampai ilmu untuk faham sesuatu dalil tapi tetap nak beri pendapat atau langsung tidak tahu kewujudan dalil itu.

 

KESIMPULAN

Saya menasihatkan diri saya, dan rakan-rakan pencinta ilmu Islam agar menjauhi fenomena mengutarakan pendirian dalam bidang agama sedang diri ilmu sekerat-sekerat dalam sesuatu bidang.

Saya menyatakan ini kerana bimbang melihat fenomena kebebasan bersuara hasil kewujudan blog, forum serta facebook hari ini, kelihatan begitu terbuka. Ya ia menyediakan ruang untuk semua orang memberi komentar, pandangan dan kritikan.

Agak bimbang melihat, sebahagian orang yang masih berilmu sekerat-sekerat dalam pengajian ilmu asas-asas agama, khususnya dalam bidang yang ingin dikritik, dibantah dan diulasnya. Namun dia tetap ghairah melontarkan pandangan dan pendirian kepada umum. Akhirnya, dia tidak lain kecuali membawa fitnah dan kesesatan berbanding kebaikan dan keselamatan.

Lihat sahaja dalam isu nama Allah, ramai benar yang cuba berfatwa tanpa sebarang latarbelakang pengajian ilmu fatwa, fiqh dan Usul Fiqh serta Maqasid Shariah.

Mereka mengulas ayat-ayat tanpa sebarang pengajian khusus di dalam bahasa arab, tafsir, ulum tafsir dan hadis.

Saya faham, ada mungkin yang teringin menuding jari kepada saya lalu berkata

"Eeh, ustaz pun apa kurangnya, ustaz ingat ilmu ustaz dah tak sekerat-sekerat ke?"

Saya akui, saya tidak terlepas dari nasihat dari artikel ini, kerana itu setiap pendirian dan pandangan yang saya lontarkan akan hanya diberikan setelah kajian dan rujukan dilakukan. Pun begitu, saya juga tidak terlepas dari kesilapan. Ilmu boleh bertambah dan pindaan boleh dilakukan apabila kesilapan dikenalpasti.

"Saya faham ustaz nak kata apa, ustaz nak sebut, isu agama ini exclusive untuk ulasan para ustaz saja, betul tak..orang macam kami tak layak?" cebik seorang petugas professional.

"Tidak dan Ya" jawab saya.

"Tidak kerana fatwa, ulasan hukum sebenarnya agama tidak ekslusif buat para ustaz atau kata lainnya yang mengaji agama secara formal"

"Ya, ia memang exclusive tetapi bukan exclusive kerana hanya title ‘ustaz', namun ia adalah exclusive bagi sesiapa sahaja yang telah mempelajari secara khatam silibus asas ilmu alat berkaitan bahasa arab, fiqh, usul fiqh, tafsir, usul tafsir, hadis dan usul Hadis, tidak kiralah mereka ustaz atau tidak, jika mereka SUDAH mempelajari itu, mereka diberikan hak ekslusif oleh agama untuk  mengulas."

Apa yang perlu dipelikkan dengan hak ekslusif, doktor, engineer, akauntan dan lainnya juga punyai hak ekslusif dalam bidang masing-masing.

Dengan itu, berhati-hatilah dalam membuat pendirian dan menetapkan pendapat, lebih perlu berhati-hati jika ingin disebar luaskan. Nasihat ini terpakai untuk saya dan semua pembaca.

 

Cuma jangan dilupa, seorang ulama juga perlu elak memberi fatwa berbekalkan ilmu sekerat-sekerat dalam hal ehwal yang berkait dengan  ilmu-ilmu luaran yang lain seperti kewangan moden, perubatan, geografi, kosmetik, sains, biologi, kejuruteraan dan sebagainya. Ilmuan ini walau dirinya telah mendalami ilmu fiqh, usul Fiqh, tafsir dan hadisnya, ia masih memerlukan bantuan pakar di bidang berkaitan tersebut sebelum mampu memberi pandauan dengan tepat.

Sekian

 

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

27 Muharram 1431

13 Jan 2010

 

 

 


Last update: 19-01-2010 15:12

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (15) RSS feed comment
Posted by anjeli, on 05-05-2010 23:27, IP 203.82.94.11, Guest
1. why?
Komen sy tadi x berjaya dihantar. Kenapa? Ruangan ni pilih bulu ke?
 
» Reply to this comment...

Posted by Zainab, on 06-02-2010 13:08, IP 110.159.72.27, Guest
2. perbincangan agama..
slm, ustz.  
mmg tkut nk bg pndgn yg bkn bidang.. 
tp cnthnya spt saya yang masih kurang ilmu,tidak layakkah untuk saya memasuki perbincangan mengenai agama krn tkut tsalah? 
ada tak pengkhusuan untuk saling memberi pendapat bg gol org awam..
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohamad Afiffuddin, on 24-01-2010 02:37, IP 60.53.188.216, Guest
3. salah ke?
assalamualaikum ustaz... saya nk bertanya ttg perihal dua kawan saya (A dab B)... mereka sering berbalah kata... biasenye A akan mengeluarkan hujah atau kata2 yang berunsur agama jika berbalah dengan B... tetapi bila B akan mengatakan "mu tu selalu tgk video x senonoh tu nk cakap pasal agama pulok"... sy faham bahawa A menggunakan hujah agama kerana bgnya agama memg suatu yg harus ada dalam diri umat Islam... niat A bukan utk berdakwah... hanya menegur disamping menyelitkan hujah ttg isu perbalahan mereka dr sudut agama Islam... jd soalannya di sini adakah salah dan berdosa jika org yg berdosa berhujah tentang agama walaupon niatnya sekadar memberi teguran dan penegasan terhadap pandangannya... sekian... sy harap ustaz dapat membantu sy menyelesaikan konflik ini
 
» Reply to this comment...

Posted by ADAM AMIN, on 18-01-2010 09:47, IP 115.134.148.115, Guest
4. ILMUAN SEKERAT-SEKERAT
:) TU LA... 
BILA LEBAI-LEBAI TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMERINTAH... 
 
MAKA DIGALI SUMBER DARI AL-QURAN atau MANA-MANA SUMBER UNTUK MENGHENTAM. 
 
ILMU SEKERAT-SEKERAT WUJUD.. 
1) INGIN MENCARI KESALAHAN ORANG LAIN atau KESALAHAN PEMERINTAH YANG TIDAK DISUKAINYA. 
 
2) DEMDAM YANG BERPANJANGAN... 
dalam politik sampai bawa MATI 
 
3) INGIN MENUNJUK JAGUH ILMUAN BUKAN MENCARI KEREDHAAN ALLAH. 
 
4) FANATIK POLITIK, FANATIK MAZHAB, FANATIK PUAK, FANATIK BANGSA, FANATIK INSTITUSI, FANATIK PENDAPAT..... 
SEMUANYA AKAN MELAHIRKAN ILMUAN SEKERAT-SEKERAT, KERANA MEREKA TIDAK BERLAPANG DADA DAN BERSEDIA MENERIMA PENDAPAT YANG BERBEZA. 
 
" Buah cempedak, buah nangka" 
"Jangan cakap ikut suka"
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Muiz, on 17-01-2010 17:38, IP 60.53.187.138, Guest
5. Serahkan Amanah Kepada Ahlinya...
Salam Ustaz, 
 
Saya bersetuju dengan saranan ustaz melalui artikel ini, bahawa isu-isu yang memerlukan ilmu dan kefahaman yang mendalam dalam bidang khusus pengajian Islam biarlah ditulis, diulas, dibahaskan oleh pakarnya. 
 
Saya kadangkala agak terkejut melihat pemuda-pemuda yang baru membaca satu dua kitab fiqh yang telah diterjemahkan kedalam bahasa melayu sibuk menulis fatwa mereka didalam blog masing-masing, padahal pemuda-pemuda ini tidak pernah melalui pengajian formal, hatta menjejakkan kaki ke sekolah agama sekalipun tidak pernah. Sedangakn didalam manhaj mereka ini pun sudah ramai ustaz-ustaz yang berilmu dan sedang menulis dengan ilmu dan kefahaman yang betul.  
 
Apabila saya tegur, ada kalangan pemuda ini yang melenting. Sedangkan saranan saya untuk mereka ini agar teruskan menulis dalam isu yang umum. Dan biarkan urusan menjawab persoalam hukum kepada pakarnya. 
 
P/S:Kepada Sdr MFR Studio, kenapalah sdr begitu 'anti' kepada setiap usaha dakwah seorang ustaz tu? Bersangka baiklah ya akhi...
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhamad Fairuz, on 17-01-2010 07:55, IP 118.100.183.26, Guest
6. Zakat Wang Simpanan
Assalamualaikum ustaz..Saya ada sedikit kemusykilan tentang wang zakat simpanan..boleh x saya nk jelaskan zakat wang simpanan saya melalui bank in kan terus wang tersebut kepada golongan miskin?perlukah saya menyempurnakan akad atau sekadar berniat sahaja?harap ustaz dapat memberi penerangan yang lebih jelas terhadap perkara ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by zakuan burhan, on 15-01-2010 11:54, IP 121.121.84.81, Guest
7. penjelasan yang amat mantap n tip top
sokong 200%, terima kasih atas penjelasan yang amat memuaskan.
 
» Reply to this comment...

Posted by ako, on 14-01-2010 21:41, IP 41.237.218.241, Guest
8. confuse..
salam... 
 
ustaz..doa qunut sunat muaqqad atau sunat ab'ad?? 
 
UZAR : Nak guna istilah SUNAT AB'AD PUN BOLEH, tapi pointnya sama..sunat yang kuat dan dituntut, demikian menurut mazhab syafie
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by 'abdullah, on 14-01-2010 17:20, IP 202.46.125.153, Guest
9. berkenaan dengan artikel di atas
"seorang ulama'?" mungkin seorang yang 'alim.  
'alim - mufrad 
ulama'- jamak 
 
UZAR : Thanks tapi saya tulis ikut laras bahasa kebiasaan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Eja, on 14-01-2010 11:30, IP 202.168.64.76, Guest
10. bersetuju!!
salams ustaz, saya betul2 bersetuju dengan statement ustaz di atas... orang sekerat2 nih selalunya banyak mendatangkan bahaya daripada kebaikan.. anyway, ustaz, saya nak tahu, macam mana yek, saya pun nak share2 ilmu yang saya perolehi daripada website ustaz dll yang saya tengok memang sentiasa quote kan reference setiap kali mengeluarkan statement... sebab saya memang terlampau jauh la dengan level nak bagi nasihatkan orang, tapi nak la jugak "sampaikan walau satu ayat", camner yek ustaz? bleh ker saya wat camtuh? saya takde buat perubahan pada artikel, cuma kadang share url, or copy paste dah email kepada kawan2...boleh ker? terima kasih ustaz atas penjelasan...
 
» Reply to this comment...

Posted by Hafidz Malik, on 14-01-2010 09:51, IP 211.25.135.2, Guest
11. Adakah Harus atau Wajib?
Salam saudara Uzar, 
 
Ustaz. Saya masih tertarik dengan isu Kalimah Allah yang ustaz jelaskan. 
 
Kita harus bezakan 2 perkara berikut. 
1. Apakah hukum bagi orang kafir menggunakan kalimah Allah. [Bak kata ustaz ia HARUS untuk orang kafir menggunakannya, dan saya bersetuju]. 
2. Apakah hukum orang Islam menyampaikan/mengarahkan orang kafir bahawa Tuhan mereka adalah selain Allah? [Saya tidak bersetuju dengan hukum HARUS, tetapi WAJIB mengatakan Allah adalah tuhan mereka]. 
 
Saya ini bukan mengaji agama. Harap Ustaz dapat komen ulasan saya. 
 
Sokongan ayat Quran utk Ulasan 1 
"Siapakah yang menciptakan mereka?" sudah tentu mereka akan menjawab: "Allah!". (jika demikian) maka bagaimana mereka rela dipesongkan? Dan (Dia lah Tuhan Yang mengetahui rayuan Nabi Muhammad) yang berkata: Wahai Tuhanku! Sesungguhnya mereka ini adalah satu kaum yang tidak mahu beriman!" ( al-Zukhruf : 87-88 ).  
 
Sokongan ayat Quran utk ulasan 2: 
Sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu, oleh itu beribadatlah kamu kepadaNya. Inilah jalan yang lurus. (Al-Imran:51)  
Dan sesungguhnya Allah ialah Tuhanku dan Tuhan kamu maka sembahlah kamu akan Dia inilah jalan yang betul (lurus). (Al-Maryam:36) 
 
UZAR : inilah objektif artikel ini, menasihta org ramai agar jgn mudah meletakkan hukum. Sdr meletakkan hukum WAJIB dgn ilmu yang bagaimana?. adakah hanya dengan memahami terjemahan teks ayat di atas?. Byk kreteria utk dianggap wajib. 
 
Malah kalau wajib sekalipun, tahukah sdr perbincangan mendalam dalam bab siyasah syairyyah. tahukah bahawa para khalifah telah menunjukkan jalan bhw ada hukum wajib yang berubah hukum disebabkan situasi. namun semua mesti ada parameters dan kena serah pada yang pakar. 
 
perbincangan dan perbahsan berkenaan hal ini panjang dan bukan objektif artikel ini.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Sawang, on 14-01-2010 08:25, IP 60.51.53.136, Guest
12. Penasihat syariah
Amat bersetuju dengan pendapat UZAR. Hari ni memang ramai suka bagi hukum sendiri tanpa ilmu yang cukup. 
 
Ada satu perkara saya nak rujuk. Saya ada bertemu dengan satu MLM yang mempunyai penasihat syariah daripada UM dan UIA dan hubungkait rapat dengan Bank Muamalat. Jadi saya bercadang untuk menyertai MLM itu kerana berasa yakin kerana mereka mempunyai penasihat syariah. Adakah saya boleh berbuat demikian? 
 
 
UZAR : selagi syarikat itu TIDAK SECARA RASMI dan TIDAK DIMUATKAN NAMA MEREKA DI DALAM WEB RASMI mereka, kena hati-hati dgn dgn khabar angin dan roumours org bisnes yang kemaruk mencari ahli. 
 
Once, perlantikan tu sah dan diwarwarkan di web rasmi mereka, ketika tu baru boleh join.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mfrstudio, on 14-01-2010 06:56, IP 118.13.243.187, Guest
13. Bagaimana dengan industri hiburan
salam, ustaz. 
 
Dahulu saya juga berhati-hati apabila mahu mengulas isu-isu semasa. Tetapi kadang kala saya melihat isu itu terang-terang tidak menguntungkan islam malah banyak menjauhkan umat islam dari agama. Namun, apabila diulas, ada yang mendakwa isu itu ada pakar yang lebih mengetahui selok beloknya berbanding kita yang awam hatta ustaz yang faham agama. 
 
isu yang saya ingin bangkitkan adalah isu industri hiburan. Pembukaan aurat adalah haram di sisi Islam. Persentuhan untuk menunjukkan kasih sayang atau melakonkan watak di kalangan bukan mahram juga haram di sisi islam. 
 
Apabila saya sudah mengetahui akan hukum haram ini, dan melihat suasana industri hiburan yang meraikan kedua-dua kemungkaran tersebut lalu saya mengulas dan memprotesnya, adakah saya juga dikategori sebagai tidak berhati-hati? 
 
Ini kerana ada yang menganggap selok belok industri hiburan lebih diketahui oleh orang hiburan sendiri. Maka patut atau tidak patut, baik atau tidak baik mereka melakukan perkara haram itu sehingga boleh mereka mengHARUSkan pembukaan aurat dan persentuhan lelaki perempuan dalam nyanyian atau lakonan atas dua alasan: 
1) menyampaikan mesej dan pengajaran dengan lebih berkesan 
2) mencari rezeki, kerana itulah satu-satunya jalan mereka boleh cari makan 
 
malah ada 'ustaz' yang menghalalkan segala perbuatan mereka itu dalam keadaan sekarang dengan mengkategorikan sebagai darurat. 
 
Darurat baginya kerana: 
1) sukar untuk memproduksikan karya hiburan yang islami kerana tenaga kerja seperti penulis skrip yang berbakat, pengarah yang berbakat, pelakon atau penyanyi yang berbakat malah penerbit yang sudi memproduksikan karya islami masih belum wujud.Maka hukumnya sama seperti berurusan di bank konvensional ketika masih belum ada bank islam. 
 
2)sukar untuk mendapat perhatian awam jika karya itu tak ditayangkan perbuatan haram yang lazim berlaku dalam masyarakat. karya yang mencerminkan realiti akan memberi impak nasihat yang lebih berkesan 
 
 
UZAR's COMMENT  
 
Sewajarnya, isu ini memerluakn huraian dan penulisan yang lebih jitu dan panjang. namun untuk tidak mengecewakan penanya, saya sertakan respon ringkas saya. Ia mungkin tidak jitu dengan hujjah dan komprehensif, namun diharap mampu memberi gambaran general pandangan saya berkenaan isu berkenaan. 
 
Begini pandangan saya :- 
 
Pertama : Sdr boleh terus memberi pandangan cuma jangan terlalu muktamad merasakan bahawa kita dan tafsiran kita dalam hal yang sebegini akan sentiasa lebih tepat dari pihak berkelayakan (berilmu) yang lain. Dengan itu, barulah saudara akan terhindar dari penyakit yang sedang saya hurai ini. (merujuk kepada artikel "ilmu sekerat-kerat, akhirnya sesat") 
 
 
Kedua : Sejauh mana kebenaran kenyataan, ada 'ustaz' yg menghalalkan. Kenyataan sebegini perlu dihindar krn saya pasti tiada ustaz akan menghalalkan yg haram. Cuma apa yg ada mungkin 'ustaz' terbabit melihat manfaat melebihi mudarat. Dia mungkin tersilap tapi belum muktamad dia silap kerana sememang dalam Islam ada konsep tadarruj iaitu beransur ke arah kebaikan. 
 
Kalau benar ia dalam proses tadarruj, maka pelanggaran hukum hakam tadi bukan HALAL. yang haram tetap haram tetapi proses ini, cuma apabila dilihat secara 'big picture' penyertaan dalam industri perfileman tadi adalah ke arah memperbaikinya sedikit demi sedikit. Ia diteruskan atas maqasid umum itu. 
 
Macam orang baru masuk Islam, kita tak wajar nak mengharap serta mengarah perubahan diri secara drastik, mewajib segala penunaian kewajiban agama dalam tempoh sehari..Justeru, perubahan kepada kebaikan itu berlaku dalam keadaan si muallaf masih membuat benda haram seperti tidak solat lima waktu contohnya, tidak tutup aurat dan sebagainya. Ketika itu, ia tidak bermakna kita halalkan yang haram tetapi ia adalah satu proses. 
 
Proses ukuran manfaat dari tema dan mesej filem kepada orang awam dan mudarat hasil pembukaan aurat dan sentuhan artis juga memerlukan kepada pertimbangan yang teliti. Namun ia boleh sahaja membuka perbezaan ijtihad dan telahan yang membawa kpeada satu pihak mengharam dan yang lain mengharus.  
 
Dharurat yg disebut itu mungkin sukar untuk saya terima juga kerana ia kurang menepati takrif dharurat. Selain itu, perfileman bukanlah satu perkara yang dianggap asasi, berbeza dengan perbankan yang amat amat diperlukan oleh ramai. 
 
Oleh itu, saya kira, pertimbangan proses tadarruj mungkin perlu dalam hal ini. Namun kritikan boleh diteruskan kerana peningkatan kepada yang lebih baik sentiasa memerlukan kritikan membina. Bawakan contoh filem islamik yang tidak memerlukan adegan tidak halal tetapi berdaya saing dan terkenal. Denagn itu, ia lebih memudahkan penerbit dan pengarah untuk mendapat gambaran
 
» Reply to this comment...

Posted by Razali Razman, on 13-01-2010 22:09, IP 60.50.103.165, Guest
14. Akur dengan pandangan yang diberi
Salam UZAR, 
 
Setuju dengan pendapat Uzar mengenai ilmu sekerat-kerat dan siapa yang boleh digelar pakar. 
 
Saya juga akur dengan pandangan Uzar dalam isu Allah, walaupun daripada apa yang saya lihat, saya rasa umat Islam akan mendapat lebih manfaat jika Kerajaan membenarkan penggunaan Allah dalam penerbitan Kristian.  
 
Apabila kita berkeras,orang lain akan keras hati. 
 
Daripada apa yang saya baca dan ilmu yang tak sampai sekerat, apabila Rasulullah menyebarkan Islam, beliau meminta agar diberi peluang untuk menjelaskan ajarannya dan cuba berdialog. Tapi kita sekarang ini, dengan kuasa kita ada, situation sudah 'reversed', kita tidak membenarkan orang lain berdialog, tidak membenarkan ugama lain berdakwah dan suka menghalang dengan 'ban' sahaja, bukannya dengan memberi hujah dan explanation yang membuatkan penganut agama lain tertarik.  
 
Sebagai contoh, bukankah umat Islam akan rasa marah jika diharamkan berdakwah kepada penganut agama Kristian di AS atau UK...dan sudah tentu umat Islam di sana akan berhabis-habisan menentang larangan sedemikian.  
 
Selain itu di sini, apa saja pandangan yang berbeza daripada pandangan mainstream di'shout down', bukannya ditangkis dengan hujah. Itu apa yang saya lihat dari kaca mata sendiri.  
 
Malah nak utarakan pandangan sebegini pun rasa was-was. 
 
Tetapi oleh kerana UZAR amat saya hormati, saya akur dan terima pandangan yang diberi. Seperti kata orang putih 'A little bit of knowledge can be dangerous' dan memang 'knowledge' ramai orang yang komen tentang isu ini memang di tahap 'a little bit' termasuklah saya...:) 
 
Selain itu, terima kasih kerana menyampaikan begitu banyak ilmu yang berguna dalam blog ini dan buku-buku UZAR. Kami sekeluarga mendapat banyak manfaat daripadanya. 
 
UZAR : Benar, dalam Islam pendekatan dakwah berbeza-beza, Rasulullah telah meunjukkan jalan dan tidak setiap masa Rasulullah akan berdialog, Org Yahudi dihalau dari Madinah dan tiada dialog lagi.  
 
kesimpulannya, dalam mengambil conoth ajaran Rasulullah, dialog boleh, ban juga boleh. Saya dah pernah ulas isu ini dalam artikel berkaitan sisters in Islam.  
 
Ia mengikut keadaan dan situasi. Telahan seseorang terhadap situasi mungkin akan berbeza dari yang lain, namun peemerintah punyai hak untuk berpegang kpd telahan mereka.  
 
Adapun berkaitan pendapat berbeza dgn aliran arus perdana, ia isu berbeza dan mudaratnya juga berbeza. 
 
Artikel ini hanya menasihat agar berhati dan jangan terlalu confident sehingag mencerca dan mengutuk pandangan lain apabila kita ilmu sekerat-sekerat, namun untuk terus bertanya dan mengutarkan persoalan atau memberi cadangan ..ia dibenarkan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohammad Azizul Bin Abd Aziz, on 13-01-2010 20:06, IP 161.142.148.9, Guest
15. Soalan Berkenaan Murabaha
Assalamualaikum UZAR, 
 
Maaf mengganggu, saya ada persoalan berkenaan Murabaha,  
 
menurut pendapat ustaz, bagaimana penggunaan konsep murabahah dapat mengurangkan tendency berlakunya overspending , terutama sewaktu ekonomi sedang berkembang.? 
 
harap ustaz sudi meluangkan masa ustaz, atau mencadangkan sumber2 yang boleh dikaji.. 
 
Salam
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom