Dahulu
saya juga berhati-hati apabila mahu mengulas isu-isu semasa. Tetapi kadang kala
saya melihat isu itu terang-terang tidak menguntungkan islam malah banyak
menjauhkan umat islam dari agama. Namun, apabila diulas, ada yang mendakwa isu
itu ada pakar yang lebih mengetahui selok beloknya berbanding kita yang awam
hatta ustaz yang faham agama.
Isu
yang saya ingin bangkitkan adalah isu industri hiburan. Pembukaan aurat adalah
haram di sisi Islam. Persentuhan untuk menunjukkan kasih sayang atau melakonkan
watak di kalangan bukan mahram juga haram di sisi islam.
Apabila
saya sudah mengetahui akan hukum haram ini, dan melihat suasana industri
hiburan yang meraikan kedua-dua kemungkaran tersebut lalu saya mengulas dan
memprotesnya, adakah saya juga dikategori sebagai tidak berhati-hati?
Ini
kerana ada yang menganggap selok belok industri hiburan lebih diketahui oleh
orang hiburan sendiri. Maka patut atau tidak patut, baik atau tidak baik mereka
melakukan perkara haram itu sehingga boleh mereka mengHARUSkan pembukaan aurat
dan persentuhan lelaki perempuan dalam nyanyian atau lakonan atas dua alasan:
1)
menyampaikan mesej dan pengajaran dengan lebih berkesan
2)
mencari rezeki, kerana itulah satu-satunya jalan mereka boleh cari makan
Malah
ada 'ustaz' yang menghalalkan segala perbuatan mereka itu dalam keadaan
sekarang dengan mengkategorikan sebagai darurat.
Darurat
baginya kerana:
1)
sukar untuk memproduksikan karya hiburan yang islami kerana tenaga kerja
seperti penulis skrip yang berbakat, pengarah yang berbakat, pelakon atau
penyanyi yang berbakat malah penerbit yang sudi memproduksikan karya islami
masih belum wujud.Maka hukumnya sama seperti berurusan di bank konvensional
ketika masih belum ada bank islam.
2)sukar
untuk mendapat perhatian awam jika karya itu tak ditayangkan perbuatan haram
yang lazim berlaku dalam masyarakat. karya yang mencerminkan realiti akan
memberi impak nasihat yang lebih berkesan
-MFR
studio-
(dari
ruangan komen)
JAWAPAN
Sewajarnya,
isu ini memerlukan huraian dan penulisan yang lebih jitu dan panjang. Namun
untuk tidak mengecewakan penanya, saya sertakan respon ringkas saya. Ia mungkin
tidak jitu dengan hujjah dan komprehensif, namun diharap mampu memberi gambaran
general pandangan saya berkenaan isu yang ditanyakan.
Begini
pandangan saya :-
Pertama
: Sdr boleh terus memberi pandangan cuma jangan terlalu muktamad merasakan
bahawa kita dan tafsiran kita dalam hal yang sebegini akan sentiasa lebih tepat
dari pihak berkelayakan (berilmu) yang lain. Dengan itu, barulah saudara akan
terhindar dari penyakit yang sedang saya hurai ini. (merujuk kepada artikel
"ilmu sekerat-kerat, akhirnya sesat" )
Kedua
: Sejauh mana kebenaran kenyataan, ada 'ustaz' yang menghalalkan. Kenyataan
sebegini perlu dihindar kerana saya pasti, tiada seorang ustaz pun yang akan
menghalalkan yang haram. Cuma apa yang ada mungkin, 'ustaz' yang terbabit
melihat manfaat melebihi mudarat. Dia mungkin tersilap, tetapi belum muktamad
dia silap kerana sememangnya di dalam Islam terdapat konsep Tadarruj iaitu beransur ke arah kebaikan.
Kalau
benar ia dalam adalah sebuah proses Tadarruj
, maka pelanggaran hukum hakam tadi bukanlah diHALALkan. Apa yang haram
tetap haram tetapi proses timbang tara ini, apabila dilihat secara 'big
picture' penyertaan dalam industri perfileman tadi adalah ke arah
memperbaikinya sedikit demi sedikit. Ia diteruskan atas maqasid umum itu.
Macam
orang baru masuk Islam, kita tak wajar nak mengharap serta mengarah perubahan
diri secara drastik, mewajib segala penunaian kewajiban agama dalam tempoh
sehari. Justeru, perubahan kepada kebaikan itu berlaku dalam keadaan si muallaf
masih membuat benda haram seperti tidak solat lima waktu contohnya, tidak tutup
aurat dan sebagainya. Ketika itu, ia tidak bermakna kita halalkan yang haram
tetapi ia adalah satu proses.
APA ITU TADARRUJ
?
Tadarruj adalah proses
pembaikpulihan yang dibuat secara beransur-ansur. Dalilnya dari firman Allah :
Al-Imran : 133 ; Al-Maidah : 48 , An-Nisa' : 65 ;
Hadith Nabi :
Ertinya : "Apabila
aku perintahkan dengan sesuatu perintah, maka perbuatlah kamu sedaya upayamu,
jika aku larang sesuatu pekara jauhilah ia" [1]
‘At-Tadarruj ' (beransur-ansur) juga lebih
utama daripada membuat perubahan mendadak. Berkata Khalifah Umar Ab Aziz r.a
kepada anaknya apabila didesak untuk membuat perubahan drastik tatkala beliau
memegang tampuk pemerintahan :
لا تعجل يا بني , فإن الله ذمّ الخمر في
القرآن مرتين , وحرمها في الثالثة , وإني أخاف أن أحمل الحق على الناس جملة ,
فيدَعوه جملة , ويكون ذا فتنة .
Ertinya : "Jangan tergesa-gesa ya anakku,
sesungguhnya Allah mencela arak di dalam al-Quran dua kali, dan mengharamkannya
di kali yang ketiga, dan aku bimbang kiranya aku membawa kebenaran ini kepada
manusia secara sekaligus (drastik) , maka mereka meninggalkannya juga
sekaligus, maka berlakulah fitnah.[2]
Ulama kontemporari mempunyai
pelbagai pendapat terhadap Isu ‘Tadarruj '
dalam pelaksanaan hukum, secara umumnya mereka terbahagi kepada dua kumpulan :-
Tidak bersetuju dan wajib
melaksanakannya segera apa sahaja yang wajib tanpa tangguh: Ia adalah pandangan
Syed Qutb, As-Syahid Abd Qadir Awdah, Dr. Said Ramadhan Al-Buti.
Bersetuju dengan Tadarruj berperancangan
ketika tiada atau kurang kemampuan : mereka adalah Abul A'la al-Mawdudi, Dr
Yusof Al-Qaradhawi & Dr Muhd Abd Ghaffar Syarif.
Bagaimanapun kumpulan
ini meletakkan beberapa syarat iaitu[3]:
a. Prinsip Aqidah
tidak termasuk dalam bab Tadarruj ini.
b. Yakin tentang
kewajiban melaksanakan syari'at Islam secara sempurna, dan wajib menyediakan
suasana yang sesuai bagi melaksanakan tuntutan tersebut.
c. Bukanlah bermaksud
Tadarruj, menjatuhkan hukuman kepada
si lemah, dan meninggalkan si kaya dan yang berpangkat.
MUDARAT DANMANFAAT DARI FILEM ISLAMIK
Proses
ukuran manfaat dari tema dan mesej filem kepada orang awam dan mudarat hasil
pembukaan aurat dan sentuhan artis juga memerlukan kepada pertimbangan yang
teliti. Namun ia boleh sahaja membuka perbezaan ijtihad dan telahan yang
membawa kepada satu pihak mengharam dan yang lain mengharus.
Mungkin
sahaja pihak yang mengharuskan berpendapat "ketiadaan filem-filem bermesej
Islamik di pasaran lebih besar mudarat berbanding pembukaan aurat pelakon dalam
filem Islamik"
Atau
mungkin ada yang berpandangan
"Kebaikan
yang mampu disebarkan melalui mesej filem itu melebihi dari tumpuan orang
kepada aurat pelakon. Malah kebanyakan penonton tidak menyedari pelakon yang
bersentuh adalah bukan mahram kerana minda mereka terfokus untuk faham ia
adgean ibu dan anak, atau suami dan isteri."
Kita
boleh tidak bersetuju atau boleh juga bersetuju. Sebagai panduan, Islam telah menggariskan
beberapa kaedah dalam menyelesaikan pertembungan ini seperti berikut :-
إن درء المفاسد مقدم على
جلب المصالح
Ertinya
: Menolak keburukan / mudarat diutamakan dari memperolehi maslahat ;
Itu
adalah apabila kedua-duanya sama berat. Tetapi kiranya salah satu berat, maka
perlu mengikut kaedah lain di bawah.
إن المفسدة الصغيرة
تغتفر من أجل المصلجة الكبيرة
Ertinya
: Kemudaratan yang kecil tidak diambil kira dalam usaha meraih kemaslahatan
yang besar.
Kaedah
ini mungkin digunapakai oleh para ustaz yang mengharuskan filem-filem bermesej
Islam tetapi mempunyai serba sedikit kecacatan akibat lakonan pelakonnya.
Seterusnya
kaedah :
وتغتفر المفسدة العارضة
من أجل المصلحة الدائمة
Ertinya
: Tidak diambil kira keburukan yang terputus-putus, dalam usaha meraih
kemaslahatan yang kekal dan berterusan.
لا تترك مصلحة محققة من
أجل مفسدة متوهمة
Ertinya
: Tidak harus meninggalkan maslahat yang pasti kerana takutkan kemudaratan yang
tidak pasti dan menurut andaian yang lemah.
Selepas
hadam semua kaedah ini dan fahami konteks penggunaannya, seseorang ilmuan akan
dapat menetapkan pendirian dalam soal hukum membantu atau tidak penerbitan
sebuah filem Islamik yang ada sedikit bercampur yang elemen haram.
Dharurat
yg disebut itu mungkin sukar untuk saya terima juga kerana ia kurang menepati
takrif dharurat. Selain itu, perfileman bukanlah satu perkara yang dianggap
asasi, berbeza dengan perbankan yang amat amat diperlukan oleh ramai.
KESIMPULAN
Oleh
itu, saya kira, pertimbangan proses Tadarruj
mungkin perlu dalam hal ini. Namun
kritikan boleh diteruskan kerana peningkatan kepada yang lebih baik sentiasa
memerlukan kritikan membina. Jauhi kritikan menyesat dan menghentam. Jauhi
juga, tuduhan ustaz yang menyokong menghalalkan yang haram dan sepertinya.
Kita
juga mengharapkan penglibatan penulis skrip, pengarah, penerbit dan pemilik
idea Islamik dan pergaulan mereka dengan para pelakon akan mampu mengubah sang
pelakon sedikit demi sedikit. Maklumlah, nasihat dan kata-kata dari seorang
pengarah, penerbit dan penuli sskrip secara tidak langsung boleh mempengaruhi
orang yang dibawahnya.
Namun kebimbangan saya, jika ada
pengarah dan penerbit yang lebih memfokuskan kepada keuntungan berbanding
membawakan mesej Islamik yang tulus. Tatkala itu, akan muncul banyak ciri-ciri
haram di dalam filemnya kerana terlalu ingin mengikuti selera penonton.
Seseorang penulis skrip, penerbit
dan pengarah filem Islamik yang sebenarnya sepatunya meletakkan mesej dan inti
filem sebagai pokok dalam pembikinan mereka. Hanya dengan itu, mereka mungkin layak dianggap
sedang bertadarruj.
Jika
benar-benar hujjah tadaruuj
digunakan, mesej dakwah disasarkan, saya kira pihak pembikin filem Islam mesti
sentiasa berusaha memotong, meminimakan serta meniadakan unsur-unsur yang tidak menepati hukum Islam. Itu penting bagi memastikanmaslahat yang ditagih sentiasa melebihi mudarat yang terlahir dari prosesnya,
contoh seperti lagu tema nyanyian wanita tentunya TIDAK DIPERLUKAN. Adegan
peluk, cium atau bersentuh tidak
semestinya sentiasa diperlukan bagi mendatangkan kesan kepada penonton.
Akhir sekali, bawakanlah
contoh filem islamik yang tidak memerlukan adegan tidak halal tetapi berdaya saing
dan terkenal. Dengan itu, ia lebih memudahkan penerbit dan pengarah untuk
mendapat gambaran.
[1] Riwayat Bukhari dan Muslim ;
Dalil tentang Tadarruj berperancangan ini adalah merujuk kepada pengharaman
arak yang dibuat beransur-ansur dan demikian juga Riba menurut pendapat
sebahagian fuqaha, demikian juga Zakat yang pada awalnya hanyalah pilihan dan
bukannya wajib, mencontohi siyasah Umar Abd Aziz.
Posted by ahmadsuhailihassan, on 01-02-2010 16:18, IP 60.49.81.250, Guest
2. Pendapatan artis...?
Salam UZAR
Satu soalan yang selalu bermain di fikiran saya...adakah pendapatan hasil dari kerjaya sebagai artis...sebab pada pandangan peribadi saya...saya menganggap syubhah dan boleh masuk kepada haram...dan dikuatkan lagi dgn pendapat dari seorang pengajar semasa kursus wasiat Islam yang saya hadiri...mengatakan yang artis tidak digalakkan membuat wasiat kerana wasiat hanya boleh di buat bagi harta yang sah dan halal shj...komen ustaz?
Posted by fatihelias, on 25-01-2010 11:20, IP 203.82.80.84, Guest
3. Tahniah n syukran ustaz..
Assalamualaikum ustaz..tahniah di atas sgla komen,artikel ustaz, juga syukran banyak2.Moga segala yg buruk dpt diperbaiki demi maslahah ummah.Satu persoalan saya,wajar ke tdk jika diwujudkan penasihat syariah dlm industri perfilemam Malaysia spt mana wujudnya MPS dalam perbankan di Malaysia?Bagi saya setakat wujud lemb. penapisan filem sedia ada belum cukup mampu menapis filem.Kekadang ada juga aksi yg tdk sesuai ditonjolkan.ok syukran.mg artikel ini membuka mata dan fahaman masyarakat demi memartabatkan Dinul Islam tercinta..
Posted by Karkun The Legend, on 21-01-2010 19:07, IP 219.95.197.161, Guest
4. Salam
Yang haram jelas haram. Yang halal jelas halal. Kita dok tanya banyak ni pasal iman lemah. Jadi dok cari jugak alasan supaya haram tu jadi halal. Sifat org beriman ' sami'na ma ato'na
Posted by sarah, on 18-01-2010 13:56, IP 202.186.45.1, Guest
5. salam...
salam, ustaz.. doakan kmi agar tidak tertipu dgn tipu daya dunia...sehingga menghalalkan apa yg dilarang oleh syarak tanpa disedari..kerana diri ini sentiasa lalai & leka dan penuh dgn noda dn dosa..
Posted by sadruddin, on 18-01-2010 08:49, IP 65.49.2.157, Guest
6. Assalamualaikum
tahniah ustaz atas artikel ni..sangat menarik...huhu...erm..sekadar ingin bertanya,camne ana nak tahu program ustaz yang terdekat??ustaz ade pulang ke Malaysia tahun ni?
Posted by saiful, on 16-01-2010 16:32, IP 203.82.92.156, Guest
9. minta UZAR ulas kmen ini..
salam...ustaz, sy ingin minta pndapat mngenai orang yang kutuk islam secara terlampau. saya membaca artikel yang ditulis oleh Timb. President Persatuan Peguam Syarie (PGSM)tentang isu memorandum sister in islam (SIS), kumpln persamaan gender (JAG),dan Pertubuhan Pertolongan wanita (WAO)yang meghantar memorandum kpd Perdana Mnteri utk memansuhkan undang-undang jenayah syariah di Malaysia. rujuk laman web www.peguamsyarie.org.com
kemudian sy terbaca komen tntang artikel tersebut yg jelas menghina islam!!sy copy kata2 orang tersebut-
"Zaman arab jahililiah .tak de undang undang.Bila nabi datang dengan peraturan tentulah ia dianggap terbaik waktu itu .Barat jauh maju dari Islam kerana peraturan dan undang undang yg moden dan sesuai dgn zaman. Sejajar dengan semangat satu Malaysia.Rakyat berbagai kaum perlukan satu undang undang yg adil, saksama dan sesuai utk semua kaum dan agama. Dalam satu negara tak adil jika si Islam sahaja yg salah kerana berdosa sedangkan kawan kawan dari agama lain (jiran,kawan baik,kawan pejabat,bos,Tokeh) tak salah kerana berdosa. Rakyat Malaysia akan bersatu dibawah satu undang undang yg tidak ada garis pemisah daiantara bangsa,kaum ,agama.Semua nya sama, satu padu dan bersemangat nasional, mcm Amerika . Cintai negara, cintai bangsa Malaysia,tolong menolong dan hormat menghormati kerana satu bangsa Malaysia ,jangan berasa lebih mulia dari bangsa/agama yg lain..semua nya sama .tak ada beza DOSA BUKAN JENAYAH…tolonglah fahaM.Jgn jadi pak turut..buat malu je belajar tinggi tapi jd pengecut,bacul dan suka nak menghukum seakan akan pernah jumpa tuhan…"
kemudian dia komen lagi:- Awat hang kalut…hang faham ka Islam.bukan kah hang jadi Islam sebab mak dan pak hang org Islam..Adakah hang minta jadi org islam..Apa ka anak CIna dan Hindu minta ia jadi Hindu..Jgn lah fanatik pada perkara yg hang sendiri tak sure…Islam yg ada ni pun adalah bertunjangkan budaya Arab..Hang tau Tak?Berubah perlahan secara evolusi dan tak datang sederap dan lengkap..Apa Hang kalut sangat mcm Hang pernah jumpa nabi dan Tuhan pulak… Mesti hang fikir kalu Nabi ada ..dia pun akan rotan Si Kartika.?.Hang pening lah kawan.. he he Cara Hang fikir sama dgn puak puak Taliban,,Chenchen,,Hamas,,..me
reka memaksa org mengikut kehendak mereka..sedangkan mereka sendiri tak betul..dunia dah berubah kawan..campaklah peraturan lama..dan kitab buruk..idea dan falsafah lapuk yg disangka perentah tuhan.. Dah tak sesuai da.. Org Melayu dan Islam dah jauh ketinggalan dari bangsa Barat.. berpunca dari isu agama..Mengapa bangsa dan agama lain lebih maju dalam semua bidang..sains,perubatan,angkas
alepas,pertanian malah sukan .sedangkan mereka bukan Islam malah anti Islam ?Mereka tak berbalah pasal agama dan perentah tuhan..?mereka dah jauh kedepan dan org ISlam sedang menadah tangan meminta simpati dan bantuan dari bangsa Barat..sedangkan org ISlam sibuk dgn kitab buruk dan perbincangan tuhan dan nabi yg kau mereka sendiri tak pasti…Malu nya
Posted by Afif, on 15-01-2010 17:10, IP 60.50.63.204, Guest
11. Hanya Pendapat
Bagi saya sebaik-baiknya ia dielakkan... Mungkin adegan berpeluk boleh digantikan dengan dialog yang menggambarkan mereka seolah-olah pasangan suami-isteri yang nyata......
Mungkin adegan berpegang tangan boleh digantikan dengan sistem CGI, watak pasangan suami isteri masing2 memegang kayu pendek seolah2 mereka berpegangan tangan...
Jika ada jalan lain seperti teknik CGI, skrin hijau, silap mata dan sebagainya, lebih baik kita mengelakkan Tadarruj tersebut.
Komen Ustaz tentang Tadarruj saya rasa tidak sesuai untuk keadaan industri filem sekarang ni, kerana minta maaf saya cakap, dalam negara kita, terutama pawagam, saya belum pernah menonton filem berasaskan Tadarruj yang Islamik... Tetapi tidak lebih hanyalah sebuah filem yang amat jauh menyimpang dari Islam, lebih2 lagi filem2 cinta....
Wallahuaalam
UZAR : elakkan baca melompat dan mengulas tanpa faham mesej artikel.
Tadarruj yang saya maksudkan adalah usaha yang sedang dilakukan oleh penggiat filem yang berciri Islam oleh indidivdu yang ada fikrah dakwah seperti ZABIDI, ABU HASAN MORAD, FAISAL TEHRANI, ERMA FATIMA, Habiburrahman Syirazi di Indonesia, dll.
Ia bukan untuk semua industri filem biasa yang penuh dengan karut marut tu.
Posted by Delima Islam, on 15-01-2010 16:48, IP 124.82.51.171, Guest
12. Filem atau drama yg islamik
Saya selaku org awam mengaku dengan ikhlas bahawasanya KEBANYAKAN DRAMA ISLAMIK memberi kesan yang sangat baik dalam diri saya. Baik ianya dari Malaysia mahupun drama dari INdonesia. Lihat drama2 indonesia seperti drama bersiri yang bertajuk "Sulaiman" membuatkan hati saya jadi insaf dan ingin selalu berzikir bagi membersihkan hati. Ini kerana dalam filem tersebut watak utamanya sentiasa menjadikan platform zikir sebagai jalan untuk kembali KEPADA ALLAH SWT. Tak dinafikan dalam drama bersiri itu mmg terdapat satu dua watak perempuan jahat yang mendedahkan aurat. Drama ini sgt terkesan di hati saya sdan sentiasa berazam ingin mengikut akhalak baik seperti sabar, tidak buruk sangka, bercakap sopan seperti yang dilakonkan watak utama tadi. Namun ini adalah pendapat saya sebagai org awam...jika ulama mengharamkan tgk drama ini nescaya saya akan pilih utk tidak melihatnya. W.A.
Posted by rohana, on 15-01-2010 12:39, IP 203.120.12.114, Guest
13. syabas
syabas ust. jarang kita dpt ustd yg berani mengulas perkara ini.pada hemah sy tak payah lah nak bersusah payah adakan adengan nak da,wah. takut2 maksiat yg dpt pula.setan2 selalu membuat perkara2 mungkar looks attractive. disini bnyk org yg terjebat perangkap setan.apa saja yg di-categorikan sebagai hiburan..boleh melalaikan. problm is Islam dah bnyk di compromosi dgn alasan..nak da'wah pelahan pelahan.. inilah taktik2 musuh2 Islam nak melalaikan kita. niat baik tapi cara salah tak mungkin mendatangkan kebaikan. begitu juga niat jahat, cara baik. mestilah niat baik cara baik itu lah namanya ikhlas. org2 melayu kita dah terlalu bnyk cendurang pada hiburan..sampai nak da;wah pun nak dengan filem.
Posted by kak aishah, on 14-01-2010 23:15, IP 120.140.21.107, Guest
15. adegan ibu dan anak
salam..
teruskn perjuangan UZAR dn sahabat2 kami sokong dgn senjata ampuh yg Allah bekalkan..kami mndoakan..klu bukan ulama / para ilmuan siapakah lagi yg akan membersihkan syariat Allah yg semakin dipudarkan org2 yg zalim?klu sy mati 2 3 hari ni tentu rugi sgt2 krn x hati2 dgn pandangan Allah swt..adegan ibu dan anak lelaki selalu saja memadamkm keinginan menonton drama Melayu yg Islamik..maaf zahir batin