Assalamualaikum,
ustaz...... apakah hukum amalan menggunakan nombor-nombor pada tarikh lahir untuk
tujuan mentafsir dan menganalisis kehidupan seseorg individu contohnya dapat mengetahui
status kewangan, keharmonian keluarga, masalah bakal dihadapi dalam tahun-tahun
yang dianalisis. Harap sangat dapat sertakan nas-nas naqli utk menangani isu
ini. Wassalam terima kasih.
JAWAPAN
Perlu difahami
bahawa, isu yang berkaitan dengan perkara ghaib seperti mengetahui perihal
sejarah silam, ramalan bala, ramalan perkara yang akan datang seperti yang
disebut dalam soalan di atas, mengetahui sesuatu tentang makhlus halus dan yang
seumpama dengannya adalah satu keyakinan yang mesti di sumberkan kepada tiga
sumber sahaja. Iaitu :-
a) Al-Quran
b) Hadith Sohih dan
Hasan
c) Fitrah kejadian
alam (sunnatullah)
Tanpa ketiga-tiga
ini, kepercayaan tadi dengan mudah boleh membawa kepada gejala tilikan dan
ramalan ghaib yang tidak diizinkan oleh Allah SWT dan RasulNya sebagainya
firmanNya di dalam surah al-Naml ayat 65 : ertinya :
Ertinya : "
Katakan (wahai Muhammad kepada umatmu) tiada sesiapa di atas muka bumi atau di
langit mengetahui perkara ghaib kecuali Allah SWT" .
SUNNATULLAH ( HUKUM
ALAM) BOLEH DIPERCAYAI
Maksudnya adalah
mempercayai sesuatu yang mempunyai ciri ghaib seperti meyakini esok akan
berlaku hujan berdasarkan sunnatullah iaitu dilihat dari satelit maka di dapati
kumpulan awan tebal di atas Malaysia. Ia adalah bentuk ramalan yang didasari
oleh sunnatullah atau fitrah alam yang diharuskan.
Alah SWT menyatakan :
Ertinya : "Andaikata kebenaran itu mengikuti hawa nafsu mereka, niscaya
akan rusaklah langit dan bumi serta seluruh makhluk yang ada di dalamnya."
(al-Mu'minun: 71)
Inilah yang perlu
dimaklumi, bahwa alam ini dikendalikan dengan undang-undang dan hukum yang
tetap, tidak pernah berubah dan berganti, sebagaimana telah dinyatakan oleh
al-Quran dalam beberapa ayat, antara lain sebagai berikut:
Firman Allah ertinya
: "Kamu tidak akan menjumpai sunnatullah itu berganti." (Fathir:
43)
Hasil
dari kepercayaan ghaib tanpa didasari oleh tiga asas tadi, maka ramailah di
kalangan umat Islam yang dihinggapi virus kerosakan aqidah.
Idea tilikan dan pengiraan
tarikh lahir untuk mnegetahui hal yang akan datang termasuk status kewangan,
keharmonian rumah tangga dan sebagai amat bercanggah dengan hukum Islam. Malah
jika ingin digunakan hujah ‘sunnatullah' atau tajribah (percubaan dan analisa)
pun ia tidak boleh sama sekali. Ini kerana analisa yang boleh diterima hanya analisa
yang boleh dibuktikan melalui bukti-bukti saintifik dan fizikal, seperti ramalan
cuaca melalui info lengkap dari kedudukan awan dan angin melalui alatan canggih
moden dan visual dari satellite.
Begitu juga khasiat
kayu-kayu tertentu untuk mengubati penyakit, menghalau binatang tertentu dan
sebagainya. Ia juga bersifat fizikal iaitu kepada kayu tersebut dan bauan atau warnanya.
Namun kombinasi tarikh lahir dan kiraan matematik
yang didakwa boleh mengetahui kejadian yang akan datang, masalah yang bakal menimpa, jodoh, sakit dan sihat, akan jadi kaya atau terus miskin dan yang sempamanya BUKAN dari sesuatu bersifat
fizikal, tidak juga bersamaan dengan contoh yang kayu dan ramalan cuaca tadi. Hal seumpama ini tidak boleh sama sekali diramal menggunakan tarikh lahir.
NABI
PUN TIDAK MENGETAHUI YANG GHAIB
Nabi Muhammad s.a.w.
datang dan dijumpainya di tengah-tengah masyarakat ada sekelompok manusia
tukang dusta yang disebut kuhhan (dukun) dan arraf (tukang ramal). Mereka
mengaku dapat mengetahui perkara-perkara ghaib baik untuk masa yang telah lalu
mahupun yang akan datang, dengan jalan mengadakan hubungan dengan jin dan
sebagainya.
Justeru itu
Rasulullah s.a.w. kemudian mengishtiharkan perang dengan sebarang dakwaan dusta
yang tidak berlandaskan ilmu, petunjuk mahupun dalil syara'.
Rasulullah membacakan
kepada mereka wahyu Allah yang berbunyi:
"Katakanlah!
Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan
Allah semesta." (an-Naml: 65)
Bukan Malaikat, bukan
jin dan bukan manusia yang mengetahui perkara-perkara ghaib. Rasulullah juga
menegaskan tentang dirinya dengan perintah Allah s.w.t. sebagai berikut:
"Kalau aku dapat
mengetahui perkara ghaib, niscaya aku dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan
aku tidak akan ditimpa suatu musibah; tidak lain aku hanyalah seorang (Nabi)
yang membawa khabar duka dan membawa khabar gembira untuk kaum yang mau
beriman." (al-A'raf: 188)
Oleh kerana itu,
barangsiapa mengaku dapat mengetahui perkara ghaib, termasuk perkara akan
datang dan lain-lain, bererti dia mendustakan Allah, mendustakan kenyataan dan
mendustakan manusia banyak.
JANGAN
JADI BOMOH SECARA TIDAK RASMI
Sebahagian utusan
pernah datang ke tempat Nabi, mereka menganggap bahwa Nabi adalah salah seorang
yang mengaku dapat mengetahui perkara ghaib. Kemudian mereka menyembunyikan
sesuatu di tangannya dan berkata kepada Nabi: Tahukah tuan apakah ini? Maka
Nabi menjawab dengan tegas:
"Aku bukan
seorang tukang tenung, sebab sesungguhnya tukang tenung dan pekerjaan tenung
serta seluruh tukang tenung di neraka."
Inilah yang dilakukan
oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib
seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang,
dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya
menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka.
Memang tabiat bomoh
atau dukun akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang
perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran
yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu
dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia
mempercayai ramalan bomoh tersebut.
Masyarakat awam
sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan
dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa
perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebenarnya bukan
wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.
Barangsiapa yang
mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan
apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh
hari. ( Riwayat Muslim )
Barangsiapa yang mendatangi
bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap
apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat
Al-Bazzar dengan sanad yang kuat ; berkata al-Haithami perawinya shohih kecuali
‘Uqbah bin Sinan 5/117 ; Muntaqa , 2/791 )
Semoga
semua kita terselamat dari kesesatan dan kebahayaan syirik. Perlu diingat,
perkara syirik sebegini, sengaja melihat dan menganalisa untuk tujuan ‘suka-suka'
juga diharamkan. Ia perlu dijauhi sejauh-jauhnya.
Posted by Nizam, on 18-03-2010 17:11, IP 58.26.236.10, Guest
1. Numerologi
Assalamualaikum w.b.t UZAR, Saya pernah diajar oleh seorg sahabat mengenai konsep numerologi tarikh lahir bg membuat analisis secara am mengenai perwatakan seseorang itu. Sbg cth tarikh lahir 19.03.1971. Dua digit yg pertama di campur sehingga menjadi satu digit(1+9=10, 1+0=1) menjadi no. pertama. Di campur pula kesemua digit sehingga menjadi satu digit(1+9+0+3+1+9+7+1=31, 3+1=4) menjadi no. kedua, dlm cth ini 1 dan 4 Rumusan daripada nombor2 berikut memberikan personaliti seseorang itu, utk cth diatas, Nombor pertama beliau ialah no.1 selalunya mewakili seseorang yg mempunyai ciri2 kepimpinan, dan nombor keduanya iaitu no. 4 selalunya mempunyai sifat kedegilan/keras hati. Tujuan melihat pada analisis nombor2 berikut hanyalah sebagai landasan/panduan utk kita memahami secara am personaliti seseorang itu agar kita dpt menyesuaikan diri kita dgnnya, sbg cth sekiranya kita ingin memahami karektor pegawai atasan, jiran, teman wanita dsb. Soalan saya adakah ini dibenarkan atau ada kelonggaran diberikan untuknya dipraktikan. Kerana Ustaz ader memberikan komen sebelum ini Quote. "UZAR : Jika sekdar mengaitkan tarikh lahir dgn peribadi seseorang, mungkin itu masih boleh toleran krn memang tidak mustahil melalui data yang dikaji, terdapat persamaan sikap individu yang lahir pada bulan tertentu. sama seperti kesukaan seseorang kepada warna tertentu boleh jadi petunjuk kepada sikapnya." Harap soalan saya ini bukanlah soalan yang berulang daripada komen2 lain dibawah. Terima Kasih
Posted by fazilah, on 12-02-2010 15:52, IP 60.50.232.212, Guest
2. Analisa Tarikh Lahir Tahu Masadepan
workshop rahsia tarikh lahir yang dianjurkan oleh Dr Azizan ni boleh menggugat akidah kita tanpa disedari. Saya pernah ikuti kesemua kursus yang dia anjurkan. Tambahan pula, dia ni sebenarnya tiada PHD pun...ramai yg attend kursus dia, terlalu taksub.
UZAR : wallahu'alam, saya pun tak tahu banyak tentang kursus dia..cuma saya inshaAllah akan nasihatkannya untuk ambil syariah advisor krn inti kursus tu berada di sempadan halal haream, silap sikit boleh jatuh haram. so kena semak betul2.
Berkenaan PhD. saya ada juga tengok profile beliau tapi tak dinyatakan latar belakang pendidikan. Cuma saya tak sangka buruk. cuma mungkin elok beliau atau yng kenal tolong maklumkan univ mana beliau dapat master dan PHd
Posted by el.ilmy, on 08-02-2010 04:33, IP 203.82.79.104, Guest
3. Tarikh lahir = sunnatullah keperibadian?
Quote
UZAR : Jika sekdar mengaitkan tarikh lahir dgn peribadi seseorang, mungkin itu masih boleh toleran krn memang tidak mustahil melalui data yang dikaji, terdapat persamaan sikap individu yang lahir pada bulan tertentu. sama seperti kesukaan seseorang kepada warna tertentu boleh jadi petunjuk kepada sikapnya.
Tapi topik kita lebih kepada mengetahui masalah yang bakal dihadapi, status kewangan, jodoh, sakit yang akan datang..ini semua jika turut diramal. ia sah boleh membawa syirik dan karut.
Assalamu'alaikum ustaz,
Yang saya faham, sumber untuk tahu peribadi seseorang tetap perlu bersumber Al-Quran, Hadith Sohih dan Sunnatullah seperti yang ustaz sebut. Adakah tarikh lahir adalah sunnatullah kepada keperibadian?
Sunnatullah untuk kenal peribadi, boleh tanya melalui soalselidik kecenderungan, contoh soalan: Suka bersosial / suka dengan barang-barang - dapat tahu kita lebih sesuai kerja dengan manusia atau kerja dengan mesin.
Maka, saya tolak kaedah kenal diri melalui tarikh lahir. Serupa juga ditolak keperibadian melalui bentuk muka, bentuk mata, bentuk kuku, kedudukan adik-beradik dan macam-macam lagi.
Quote
Kajian tarikh lahir saya adalah purely based on research of human science behaviour. Saya kumpulkan maklumat ini for the past 10 years melalui test and measure, interviewing process ke atas lebih 5,000 individu.
Kalaulah zaman Nabi Luth dulu ada seorang tukang tilik tangan tua berusia lebih 500 tahun, kata "Sepanjang hayat saya, saya dah temubual 500,000 orang pelbagai latarbelakang dan saya dapati ada pola persamaan corak tapak tangannya dengan nasib kehidupannya, jadi ramalan saya adalah 98% tepat. Saya boleh cerita potensi masa depannya, apa yang patut dia lakukan untuk berjaya, apa yang patut dia elakkan untuk berjaya."
Tidakkah kaedahnya sama seperti kaedah Dr yang memperkenal rahsia tarikh lahir ni? Cuma alatnya saja beza, tapak tangan dengan tarikh lahir.
Mohon pendapat lanjut Ustaz. Terima kasih.
UZAR : betul betul, sebab tu saya tulis "masih boleh toleran" , ayat itu secara sengaja saya masukkan untuk membawa makna dakwaan dan hasil kajiannya sebegitu boleh disemak kmebali dan tidak terus ditolak mentah-mentah seperti ramaln yang ghaib, bagi menentukan sama ada ia boleh tergolong dalam sunatullah atau tidak.
Justeru, jika ada menganggap kita terima bulat-bulat tarikh lahir boleh tentukan sikap berdasarkan kajian dan statistik, maka ia tidak benar.
Tiada penerimaan totallity , semakan hasil kajian diperlukan.
Posted by jannah sharif, on 03-02-2010 20:56, IP 129.11.77.197, Guest
4. pertanyaan
salam w.b.t
saya tahu ramalan tentang masa depan ni salah tapi kalau guna tarikh lahir untuk menganalisa perwatakan seseorang, macam mana pulak tu?termasuk dalam syirik ke?
Posted by nur, on 27-01-2010 11:17, IP 60.53.19.16, Guest
5. mimpi
As-salam
Bagaimana dengan tafsir mimpi? Saya banyak mengalami mimpi yang seperti menunjukkan masa akan datang dan ada diantaranya hampir benar. Boleh ustaz ulas dari aspek Islam.Wallahua'lam
Posted by wikmal, on 25-01-2010 14:05, IP 203.82.92.121, Guest
6. Antara Ramalan dan Ilham org2 Soleh
Salam UZAR.
Bagaimanakah dpt membezakan antara Ramalan dan Ilham org2 soleh. Mengambil contoh 2 peristiwa: 1. Kebolehan Nabi Allah Khidir mengetahui akan anak kecil yg dibunuhnya kerana anak tersebut akan menyebabkan ibu bapanya keluar daripada Agama Hanif. 2. Kebolehan Saidina Umar Al Khatab melihat para tentera islam yg sedang berperang walaupun beliau jauh daripada medan peperangan tersebut.
Posted by sarjantulang, on 22-01-2010 10:41, IP 202.185.32.194, Guest
8. isu menaip perkataan salam yg singkat
as salam uzar,
saya ada membaca ni di sebuah forum...boleh ustaz baca dan beri sedikit komen:
------------------------------
------------------------------
-------------------- Ilmu utk dikongsi bersama : Pagi semlm dengar radio ikim (91.50 fm), ustaz Zawawi citer tentang sunnah Rasulallah s.a.w.
Antaranya tentang bab memberi salam.
Baginda memberi salam dgn lafaz "assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat dgn salam yg penuh "waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh"
Beri salam - assalamualaikum" Jawab salam - "waalaikumussalam warahmatulallah hi wabarakatuh"
Apabila kira berkirim salam pada org lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam assalamualaikum pada ZIZAH ye" contoh lerr... Bukannya : "Kirim salam kat ZIZAH ye"
Dan bukannya " Kirim salam maut" statement ini adalah berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Semoga ada manfaat.
"Akum = Avde Kokhavim U Mazzalot" Maksud singkatan " A'kum"
Untuk renungan bersama :
Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipu melalui tulisan.
Jika perkataan Assalamualaikum itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum.
Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email. Perkataan 'AKUM' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "As Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. ------------------------------
------------------------------
-------------
krna dalam forum tersebut ada yg mempertikai kenapa perlu terjemah akum tu dlm bahasa yahudi..knapa tak terjemah dalam bahasa spain atau brazil..
bgaimana jk menaip "salam" shj?
terima kasih...
sarjantulang
UZAR : tidak perlu oveer sensistif dalam benda yang tak perlu. INi salah satu, banyak lagi benda yang perlu sensitif tapi umat Islam x sedar..itu lebih utama.
Posted by aman, on 21-01-2010 12:03, IP 203.82.80.122, Guest
10. rahsia tarikh lahir
Saya akui pernah hadir kursus rahsia tarikh lahir ini. Drpd apa yg saya tau, ada lg 2 sesi lanjutan. tp bayarannya agak mahal. Untuk sesi 1 tu, ianya secara general. Tidaklah dikatakan menjurus ke arah penilikan. Ilmu Allah tu Maha Luas. Sesetgh org diakui ada membuat kajian personaliti dan sikap2nya, warna.
Mmg akan timbul persoalan kenapa bukan tarikh hijriyah atau kenapa ada unsur2 elemen dikaitkan. Bukankah tubuh bdn kita sendiri terdiri drpd pelbagai unsur. Ada tanah, api, air, kayu dan logam. Cuba rujuk sendiri di wikipedia.
Saya tidaklah terlalu taksub tentang rahsia tarikh lahir, tp bila rajin aplikasi kpd kwn2/saudara mara mmg diakui ada persamaan ciri2 tersebut, kenapa si fulan suka pakai pakaian warna yang sama. Tetapi tidak semuanya sama seperti di dalam bengkel tersebut. Jadi masih ada kekurangan.
Posted by mohdanis, on 21-01-2010 09:49, IP 218.208.91.244, Guest
11. bertanya pada yang alim ..
assalam... ustaz, apa hukum seseorang yang ingin membuat pinjaman peribadi tanpa ada keperluan cuma semata-mata sebagai tabungan di masa sesak atau digunakan dalam pelaburan? keliru dengan konsep berserah pada allah bulat-bulat..
Posted by TRAINER, on 21-01-2010 02:47, IP 121.120.73.68, Guest
12. RAMAI & BANYAK
Dikalangan teman dan peserta kursus saya,ramai sungguh yang telah menghadiri pelbagai seminar tentang tarikh lahir,CVT,tenaga dalam termasuk reiki.Daripada apa yang saya dengar kekadang ilmu itu hanya menyempitkan dimensi hidup kita dan membuat kita leka tentang takdir Allah.
Apa taknya,dijadikan rujukan hari ni pakai baju warna putih,esok hijau dsb.Ada pula yang nak mula bisnes,labur duit atau ape saja perlu dikira hari yang sesuai.
Masya Allah,bermunajatlah pada Allah.Yakinlah bahawa jawapan yang Allah beri tepat.Tak perlu menolak dan menambah,mendarab dan membahagi.Kalau benar-benar kita hidup berTuhan,kebergantungan 100% pd Allah,nescaya tak wujud perkara mcm ni.
Posted by ZULKEFLE BIN LATIFF, on 20-01-2010 11:40, IP 121.121.93.16, Guest
14. KARUT
Persoalan yang bermain di fikiran saya, semua rahsia tarikh lahir yang dianjurkan menggunakan tahun masehi.Seolah-olah menggambarkan peredaran masa dan siang malam silih berganti atau ape saja bergantung kepada tahun masehi.Sejauh mana ketepatannya?Jadi apa natijahnya,apa hikmahnya ada tahun hijrah?Terlalu banyak persoalan.Selagi ada persoalan macam ni,pendirian saya semua tu adalah karut belaka.Cukuplah sekadar dijadikan motivasi.
Posted by Bidin, on 19-01-2010 15:56, IP 94.246.126.76, Guest
15. Hujan
As-syeikh Abdul Majeed al-Zindany (pengasas hai'ah I'jaz Ilmi yang berpusat di Makkah) ada satu pengajian kajian mukjizat hadis mafatih al-ghaib. Kajian hujan, di mana hujan tidak boleh diramal seperti yang didakwa. Namun angin(atau awan) boleh menjadi khabar gembira seperti yang Allah ta'ala nyatakan dalam al-Qur'an. Ana tak ingat web nya tapi ustaz boleh search google hai'ah i'jaz ilmi fi hadis mafatih al-ghaib (taip dalam arabic). Tapi kajian yang daqiq takut orang salah faham Islam bertentangan dengan fakta sains.
Posted by nurul, on 19-01-2010 14:28, IP 202.190.99.126, Guest
17. boleh nampak jin
yelah kan ust kdg2 bomoh2 ni mcm tau2 jer tujuan ssorang tu dtg jumpe dia,siap boleh nampak ada jin yg ikut sama,mmg ada ker ilmu amalan yg beri klebihan utk ssorang leh nampak jin..ish mmcm seram jer
Posted by Auni, on 19-01-2010 11:57, IP 130.95.128.51, Guest
18. arabic articles
Assalamualaikum ustaz,
Maaf, soalan saya di luar topik artikel ini. Saya berminat utk baca entry dalam section arabic articles (banyak tajuk menarik). Di mana boleh saya dapatkan artikel-artikel ini dalam versi bahasa melayu atau english? Jazakallahu khair
Posted by Ady019, on 19-01-2010 11:56, IP 115.135.108.194, Guest
19. Setuju ustaz
Slam uztaz..
Sy hrap uztaz blh bg komen thdap pe yg sye yakini n percaya,,,pertama kalinya sya mnyokong 100 percent bhawa sesuatu pkara yg ghaib spt kmatian,nasib,ajal,rezeki semuanya hnye allah shaja yg tahu.. Uztaz,dalm hati sye mempercayai kebnyakkan benda mempunyai khsiatnya yg tersendiri yg dicipta oleh allah s,w.t yg mungkin kta gagal buktikan mgkn disebabkan kecetekkan ilmu kita sbagai hamba allh yg lemah..ustaz sye ingin bercakap ttg khasiat kayu n permata tertentu yg diperktakn pda mse kini..apabila berkata ttg hal2 ghaib berkenaan nombor,sye menyokong ustaz 100% krana mustahil manusia boleh meramal benda ghaib melauinya.. Berknaan khasiat kayu tertentu spt kayu2 tertentu,kebnyakkn ia diwarisi oleh org tua2 pd zaman dahulu,cthnya kayu tas@raja kayu,kononya ia blh jd penunduk binatag n manusia..pd zman skrg telah bjaya dibuktikan bhawa bau kayu tas tlah mempengaruhi otak binatang buas tersebut yg mnyebbknya menjdi takut…pda zaman skrg juga telah dibuktikan kewujudan medan aura tertentu yg terdapat pd tubuh manusia,,ade sstengah batu seperti besi kuning dikatakn menjadikan seseorg kbal dri besi…pd pandangan sye tak slah kalau mempercayai besi kuning mempunyai aura yg diciptakn allah s.w.t yg bertindakblas dengan aura pd tubuh manusia yg mnyebabkn tubuh kita menjadi tak lut senjata.. Berkenaan dengan air pula telah dibuktikn melalui saintifik,bhwa zarah2 air sentiasa berubah selari dgan niat yg manusia inginkan,cthnya kita ingin mendapt ksihatan yg baik(jnganlah niat sesutu berkenaan nasib,tiada stu benda boleh mengubah nasib melainkan allah n meti ingat hnye allh yg memberikan sesuatu)..jadi ustaz slh jugk ke klu kita mempercayai setiap benda diciptakn mempunyai khasiat tersendiri.. Berkenaan percaya memaikai kayu,blh membwa tuah,rezeki n sbagainya,cnferm kita jdi syirik sbab ksemua benda itu adalh milik allah s.wt..mcmna pandangan ustaz? wallauhalam
Posted by bukan pelajar syariah, on 19-01-2010 11:53, IP 115.134.193.149, Guest
20. Tajul Muluk
Assalamualaikum... Ustaz tahu tentang "kitab tajul muluk"? Ada kaitan rasanya dengan artikel Ustaz yg ini. Sekadar nakkan pandangan Ustaz tentang buku ni. Tak tahu juga nak menjawab apabila ada yang mendakwa buku2 seperti ni, hasil kiraan matematiknya@ramalannya 'kena' dengan kisah2 di dalam al-Quran Quote
Inilah yang dilakukan oleh bomoh-bomoh rasmi dan tidak rasmi hari ini, meramalkan perkara ghaib seperti meramal dimana boleh dijumpakan orang hilang, dan meramal melalui tarikh lahir, jumlah huruf pada nama seseorang malah adakalanya menyalahgunaan nombor surah al-Quran untuk tujuan ramalan mereka
Posted by Abihaiqal, on 19-01-2010 10:28, IP 202.184.105.26, Guest
21. Bengkel Rahsia Tarikh Lahir
Salam Ustaz!,2'CE 'DDG .J1' Artikel Yang Menarik, satu soalan Ustaz...bagaimana dengan Bengkel Seorang Dr yang sedang hangat diperkatakan sekarang yang membuat analisa tarikh lahir dan mengaitkan dengan peribadi seseorang?.
UZAR : Jika sekdar mengaitkan tarikh lahir dgn peribadi seseorang, mungkin itu masih boleh toleran krn memang tidak mustahil melalui data yang dikaji, terdapat persamaan sikap individu yang lahir pada bulan tertentu. sama seperti kesukaan seseorang kepada warna tertentu boleh jadi petunjuk kepada sikapnya.
Tapi topik kita lebih kepada mengetahui masalah yang bakal dihadapi, status kewangan, jodoh, sakit yang akan datang..ini semua jika turut diramal. ia sah boleh membawa syirik dan karut.
Posted by hafiz, on 19-01-2010 10:23, IP 218.208.110.225, Guest
22. Bagaimana tilikan bintang
Assalamualaikum...
Berkenaan dengan cerapan bintang-bintang... Kalau dahulu, ada juga kedengaran bahawa bintang Muhammad sudah muncul, menunjukkan kelahiran Rasulullah...
Jika seseorang itu mengamalkan ilmu nujum ini, dan belajar ilmu ini, bagaimanakah pula keadaannya?
Posted by padimalinja, on 19-01-2010 10:02, IP 60.54.144.85, Guest
23. Ayat2 Quran
Salam UZAR..Apakah ayat al-Quran yang sesuai diamalkan jika saya hendak memasuki rumah baru @ sudah lama ditinggalkan supaya terhindar dari gangguan Iblis dan syaitan? TQ.
Posted by adi, on 19-01-2010 09:34, IP 60.53.254.197, Guest
24. Bohoh dan jim
Us. Zahar, saya ada seorang sepupu (perempuan), yang jadi bomoh secara tak sengaja..dikatakan boleh mengubat orang dengan bertukar identiti jadi orang lain, maknanya ada seekor jim perempuan akan masuk dalam badan dia dan jin tu akan berubat..jin tu bukan masuk waktu berubat sahaja, bahkan bila-bila sahaja die suka, dah bila jin tersebut masuk ke tubuh die ni, suara dan perwatakan akan berubah dan die hidup seperti biasa dikalangan kami..jin ini seolah2 boleh melihat apa yang org lain tak boleh nampak, seperti tahu wanita mengandung (walau wanita itu sendiri tak tahu), tahu kemalangan terjadi di suatu tempat (dan ternyata ia terjadi) dan sebagainya. maka ramailah datang ke rumahnya untuk berubat...UZAR, saya nk tanya pandangan dari ustaz berkaitan bersahabat dengan jin ini..