Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Perlukah Nasyid Bertema Cinta Wanita?
PDF Print
User Rating: / 6
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 28-01-2010 18:18
Views 6160    
Favoured 27

Perlukah Nasyid Bertema Cinta?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

nasyid3.jpg

 

 

Assalamualaikum Al Fadhil Ustaz

Barangkali ustaz tak berkesempatan untuk membaca email saya ini.. Namun doa dan harapan saya agar ustaz dan keluarga terus dalam rahmat dan barokah Allah..

Kebelakangan ini, dalam artikel ustaz ada menyebut tentang kalangan penasyid yang menyanyikan lagu 'cinta islamik' dan 'memuja wanita.. suara mendayu-dayu'

Sedikit soalan andai ada kelapangan ustaz tolong jawabkan ya..

"Apakah salah (hukum) menyanyi lagu cinta walau buat isteri, atau buat ibu.. atau buat guru wanita yg bukan muhrim.. dengan alasan sebagai medium luahan perasan untuk mengerat lagi kasih sayang dan silaturrahim... Bagaimana pula kalau mereka yang dipuja adalah ahli agama tersohor lampau seperti saidatina khadijah, aishah, tokoh sufi rabiatul adawiyah dan lain"

 

Saya yang kurang ilmu..

- Azalinor Saujana

www.saujana.net.my

 

JAWAPAN

 

Wa'alaikumussalam akhi Azalinor,

 

Terima kasih atas doa dan ana mendoakan antum sekeluarga dan sahabat juga sihat wal afiat.

Terus terang saya katakan, bagi saya, kumpulan nasyid perlu lebih berhati-hati ketika mendendangkan lagu-lagu yang berkaitan cinta dan kasih.

Begini, jika jelas dan terang dari lirik cinta dan kasih sesuatu lagu itu merujuk kepada Allah, Rasul, sahabat Nabi sama ada lelaki atau perempuan, tokoh-tokoh ilmuan atau ikon Islam popular seperti Rabiatul Aadwiyah, tokoh seperti Ratu Balqis, ibu dan bapa serta keluarga, maka saya berpandangan hukumnya adalah HARUS.

Apa yang menurut pandangan saya TIDAK HARUS adalah laungan-laungan cinta dan kasih yang tidak jelas watak yang ditujukan, sehingga memungkinkan 'double meaning" berlaku serta mengasyikkan para wanita dan lelaki yang sedang dilamun cinta. Contoh pada hemat saya adalah seperti lagu 'Siti Munawwirah', ‘Nur Syahada' dan ‘Cinta Pertama' dan banyak lagi, Cuma cukuplah dua tiga lagu sebagai contoh.

 

NASYID : CONTOH NASYID POPULAR OLEH MAHER ZAIN  

Saya pasti rakan-rakan penasyid telah melihat konsep lagu-lagu Sami Yusuf dan Maher Zain terbitan The Awakening, ia tetap hebat dan popular walau tidak berkisar hal cinta wanita. Konsep sebegini perlu lebih dipopularkan berbanding dendangan cinta.

Saya faham kumpulan naysid kita juga telah banyak menghasilkan lagu-lagu berkonsep perjuangan, nasihat umum dan lain-lain yang tidak berkisar persoalan cinta, cuma apa yang kita focus kini adalah bagaimana boleh menghindari syubhah dalam lagu nasyid sebaik mungkin.

Hujjah mendendangkan lagu sebegitu bagi menyediakan alternatif cinta hitam dan maksiat dendangan penanyi biasa juga tidak dapat terima, kerana ia tetap boleh membawa kesan buruk yang serupa bagi pendengar.

Hujjah bahawa lirik lagu cinta Islamik itu mengajak kepada cinta yang tulus dan bersih juga sukar bagi saya. Menurut penilaian saya, segala nasihat-nasihat yang disebut di dalam nasyid cinta akan menenggelamkan pendengar yang sedang berkasih dek keasyikan dendangannya, malah ia lebih mendorong kepada keasyikan yang lebih membuta dan memekakkan mereka dari segala nasihat. Tatkala itu, tiada perlu nasyid disediakan bagi golongan ini kerana ia tetap negatif secara umumnya dan mudarat melebihi manfaat. Kaedah fiqhi menyebut " menolak mudarat melebihi target mencapai manfaat"

Mungkin lagu dan lirik itu bukan pilihan penasyid tetapi adalah pilihan penerbit, jika benar demikian saya kira penasyid juga mempunyai haq untuk memberikan pandangan dan menetapkan pendirian, justeru buatlah sesuatu agar penerbit boleh memahami.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

28 Januari 2010

 

 

 


Last update: 29-01-2010 08:28

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (18) RSS feed comment
Posted by mhisham, on 01-03-2010 09:12, IP 118.100.142.30, Guest
1. salam
Assalamualaikum ustaz saya berminat utk post artikel di web saya. Saya setuju dgn ustaz sejak kebelakangan ni banyak nasyid memuja wanita atau lebih tepat nasyid jahiliyyah. Nasyid yang memuji Allah sepatutnya dinyanyikan. 
 
UZAR : silakan
 
» Reply to this comment...

Posted by Nasuha Ibrahim, on 21-02-2010 13:04, IP 61.6.56.23, Guest
2. Nasyid bertema Cinta Wanita
Assalamualaikum ustaz..ana mohon izin untuk copy paste artikel ini dan artikel2 lain..moga dapat dimanfaatkan..tambahan pula, kebetulan tajuk assignment ana Hiburan antara keharusan & larangan,syukran jaziilan ya ustaz..moga Allah merahmati usaha murni ustaz ni
 
» Reply to this comment...

Posted by Is, on 09-02-2010 12:14, IP 202.184.105.26, Guest
3. Status Pegangan Sami Yusuf
saya ingin bertanya kepada ustaz tentang status pegangan sami yusuf, seperti yg di ketahui. Beliau di lahirkan di Azarbaijan, dan kedua ibu bapa nya berasal dari Iran. secara umum warga Iran berpegang ajaran Shiah. Tetapi apa yang sy perhatikan nasyid beliau tidak ada unsur2 menunjuk kan beliau seorang shiah. Since Ustaz berada di Eropah sudi lah sekira ustaz menyelidik pegangan beliau. Bukan berniat apa cuma mahu mengetahui pegangan beliau. 
 
Sukran
 
» Reply to this comment...

Posted by cinta, on 05-02-2010 23:51, IP 120.140.49.185, Guest
4. cinta
salam..ustaz..sy membaca buku dr.aidh al-qarni katanya yg paling utama cita2 terbesar dlm hidup muslim adalah menjadi org yg dicintai Allah (buku jagalah Allah Allah menjagamu)..x dpt sy gambarkan perasaan sy bila sy berusaha mencari cinta yg hakiki bukan kerana emosi..bila sy masuk ESQ sy merasai perasaan tersebut namun sering sy bertanya cinta mesti ada buktinya..x kan mengaku cinta Allah tp masih buat lebih kurang dgn hukum2 Allah swt..skrg sy berusaha memperbaiki ibadah wajib dn berusaha belajar dan amal sunnah2 Rasulullah saw..sy sentiasa ikuti perkembangan ustaz krn topik yg ustaz bincangkn ttg kewangan islam x terdpt di tmpt lain yg bincang dgn teliti dn tegas juga berani menyatakan kebenaran..setiap sen yg masuk dn keluar akan ditanya oleh Allah ke mana kita nak lari? semoga Allah mudahkn byk urusan ustaz supaya boleh sumbangkan lebih byk kpd umat Nabi Muhammad saw di akhir zaman yg penuh fitnah ini..cinta kpd Allah benar2 membuatkan kita bahagia dlm setiap keadaan yg berlaku..takut bila melakukan kesalahan dan rasa menyesal sgt2 pd dosa2 yg lalu..cinta kpd ciptaan Allah ni buatkn kita selalu resah dn kecewa..cinta wanita/lelaki handphone dll klu hilang atau kena curi..ooh..cinta Allah curilah kita ada byk lagi dn Allah sentiasa menantikan kita..ya kan ustaz..?doakan sy ya..maaf zahir batin  
http://www.youtube.com/watch? v=MmnYfadn1DE&feature=related 
http://www.youtube.com/watch? v=6CnXYopmg3o&feature=related
 
» Reply to this comment...

Posted by `Atikah, on 04-02-2010 15:33, IP 60.50.230.166, Guest
5. Minta izin
Assalamuaikum, 
Ustaz, saya juga ingin minta keizinan ustaz untuk terbitkan semula artikel ini dalam buletin sekolah. 
Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by zhafran, on 03-02-2010 20:59, IP 115.133.213.73, Guest
6. Nasyid Kapak
Skrg ni da bole kata Nasyid Kapak da masyarakat kite...sorry..no offense...huhu. kadang2, bila tgh dgr radio IKIM terpaksa tukar channel bile dgr nasyid yg pd hemat saya kurang berkualiti dari segi lirik nya tapi mendayu kawkaw...Kalau boleh, contohi mcm Talib Habib.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by shakir, on 01-02-2010 22:41, IP 203.82.80.51, Guest
7. maher zain
syukran ustaz...mmg sedapla lagu tu...
 
» Reply to this comment...

Posted by putrawali, on 01-02-2010 15:22, IP 203.82.80.51, Guest
8. Semua lagu sama.
Saya tak suka lagu nasyid sekarang kerana senikata kabur dan ada dua maksud lagi merapu. lebih baik dengar lagu Ramli Sarip, M Nasir. Search. Jelas dan jujur. Tapi Raihan, Rabani, ok juga.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu abdillah, on 31-01-2010 23:05, IP 188.248.77.42, Guest
9. Persoalan
Assalamualaikum w.b.t 
 
Ustaz, bukankah diantara petanda akhir zaman, wanita-wanita dipuja? 
 
Tidaklah patut jika diberi keringanan buat penasyid menyayikan lagu-lagu memuja para wanita ini, walaupun nasyid memuja lelaki, kerana Nabi SAW melarang keras 'qhulu'. Nabi melarang dirinya dipuji dan dipuja berlebihan, apatah lagi kita memuja para wanita-wanita. 
 
Yg keduanya ustaz, sy lihat para penasyid skrg, sudah menyimpang dari motif dakwah, lagu yg bersifat komersial lebih dari lagu bersifat dakwah.  
 
Wallahua'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnjamal, on 31-01-2010 13:03, IP 129.59.85.223, Guest
10. niat utk hiburan
namun ustaz, apa bolehkah kita ingin mendengarnya jika lagu2 itu sudah ada setakat hanya utk hiburan diri sendiri tanpa ada niat utk bercinta?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohammad Nuri, on 31-01-2010 00:59, IP 60.48.187.147, Guest
11. Pandangan
kalau dilihat dalam konteks hari ini, khususnya dalam kapasiti di Malaysia setiap kumpulan Nasyid yang baru nak bermula sama ada dengan single atau album pertama akan melakukan percubaan dengan lagu berunsur kecintaan kepada wanita khususnya kumpulan nasyid remaja..namun ditautkan dengan syariat Islam, namun berbeza dengan Indonesia kumpulan nasyid seperti Izzatul Islam contohnya gerak nasyidnya lebih menumpukan kepada perjuangan, jihad dan Islam. begitu juga artis seperti UNGU juga bisa menyanyikan lagu berunsur ketuhanan namun tidak menjuruskan kepada kecintaan kepada wanita malahan lebih kepada cinta kepada Allah dan umat.anda dengar dan hayati sendiri.... 
 
sekadar pandangan secebis cuma
 
» Reply to this comment...

Posted by asilah alqarny, on 30-01-2010 20:03, IP 60.53.152.233, Guest
12. etc
salam, maher zain open ur eyes..such a nice song, so touching....sampai menitis air mata, takda berkisar pasal cinta perempuan cukup cinta kepada deen n allah the almighty
 
» Reply to this comment...

Posted by benludin, on 29-01-2010 20:12, IP 60.51.6.188, Guest
13. nasyid leleh
saya rimas dengan kebanyakn nasyid di negara kita. terlalu leleh sgt. saya mmg suka dengar nasyid antarabangsa spt sami yusuf,sheikh masyari,mesut kurtis atau zain bikha.
 
» Reply to this comment...

Posted by PEace, on 29-01-2010 15:37, IP 118.100.50.149, Guest
14. Sama saja
Apa apa hal minta maaf dulu.Pendapat pendek akal saya: 
Penasyid wanita dan penyanyi wanita, dua dua menyanyi, kira mendedahkan aurat la tu. Sedangkan wanita azan pun tak boleh, inikan pula nyanyi. Dedah aurat sedikit dan dedah banyak tetap dedah aurat.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Farid, on 29-01-2010 14:55, IP 202.186.157.29, Guest
15. Nasyid diiringi Alat Muzik Bertali
Ustaz, maafkan saya jika mengutarakan isu di atas. 
Saya keliru, bagaimana hukum agaknya alat muzik bertali dan bertiup (contoh Seruling & Trompet? Ada pendapat kata, hukumnya haram. Tak kiralah untuk gengre muzik apa sekalipun. Kalau ia haram, tentu Islam menggariskan sebabnya melalui Nas-nas tertentu. Terus terang, saya amat menyukai muzik Rock di mana yang kita tahu, gitar adalah alat muzik utama untuk gengre rock. Sekiranya Hukum alat muzik tersebut haram, bagaimana pula yang mendengarnya?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hisyam, on 29-01-2010 08:33, IP 58.26.217.96, Guest
16. penasyid wanita
assalam'alaikum UZAR. semoga berada dalam rahmat ALLAH. saya ingin bertanya tentang status penasyid wanita. bagaimana hukumnya? bukankah al-quran melarang wanita mendayu2kan suara? bagaimana pula dengan hukum lelaki yang mendengar nyanyian tersebut tanpa sebarang perasaan atau syahwat?  
 
maaf jika pernah dibahaskan sebelum ini. saya dah cuba search entri dalam blog ni tapi tidak ketemu.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by ikin, on 28-01-2010 20:29, IP 203.82.80.7, Guest
17. jzkkk
;) jazakallah atas penerangan ustaz.. kdg2 kita tersilap dalam memilih :)
 
» Reply to this comment...

Posted by hajar, on 28-01-2010 20:09, IP 219.95.62.82, Guest
18. TUMPANG TANYA
salam boleh tak sy postkan artikel-artikel ustaz di blog sy 
dan sy akn beritahu sumber dr mana kpd pembaca blog sy 
 
 
UZAR : boleh silakan
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom