Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Walau Siapa Dirimu, Jangan Lupakan Tugas Ini
PDF Print
User Rating: / 17
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 30-03-2010 23:04
Views 12137    
Favoured 18

Walau Siapa Dirimu, Jangan Dilupakan Tugas Ini

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

islam.jpg

 

 

Di celah-celah kesibukan manusia mencari pulangan harta dan gaji untuk menunaikan tanggungjawabnya sebagai suami, bapa, anak dan sebagainya. Ingatan berterusan diperlukan agar kita  semua  tidak mengabaikan usaha untuk mencari bekalan untuk kehidupan hakiki.

Jika kita ingin dianggap ‘manusia' dan bukan seperti ‘binatang ternak' di sisi Allah. Ingin mendapat kedudukan istimewa umat Muhammad di akhirat kelak, peruntukanlah masa secukupnya untuk melakar peta perjuangan yang patut ditempohi. Jangan sesekali kita lupa pula untuk melakarkan tahap-tahap bagi mencapainya, juga dugaan dan cabaran yang bakal mendatang.

Dari senarai panjang tugas dan objektif kehidupan kita di atas muka bumi ini, Ibn Mas'ud r.a mengingatkan sesiapa yang meluapakan sebagai ‘bangkai hidup'. Ia tidak lain dan tidak bukan,

"Al-Amr bil Maʿruf wa al-nahyu ʿAn al-Mungkar"

Iaitu : menyeru dan mengajak manusia lain kepada kebaikan dan melarang mereka dari melakukan kemungkaran.

DIRI TIDAK SEMPURNA

Walau diri masih tidak sempurna dan tidak akan sempurna kerana dosa yang pasti kita lakukan, tugas itu tidak sama sekali terangkat dari senarai kewajiban kita. Malah di waktu kita melakukan kesalahan yang sama.

Memang benar amat besar kemurkaan Allah taʿala terhadap sesiapa yang menyeru kebaikan yang dia sendiri tidak lakukannya. Pun begitu, kemurkaan Allah lebih besar kepada mereka yang melakukan kebaikan dan terus melupakan seruan kepadanya. Ia adalah dosa berganda.

Justeru itu, Allah tala sendiri mengutuk sikap Yahudi yang mana mereka TIDAK SALING MENCEGAH KEMUNGKARAN yang dilakukan oleh sesama mereka. Lihatlah firman Allah berkenaan celaan ini pada surah Al-Maidah :

كَانُوا لاَ يَتَنَاهَوْنَ عَن مُّنكَرٍ فَعَلُوهُ لَبِئْسَ مَا كَانُوا يَفْعَلُونَ

Ertnya : kerana mereka (Yahudi) itu mereka tidak saling mencegah kemungkaran yang dilakukan oleh mereka, amat buruklah apa yang mereka kerjakan. ( Al-Maidah : 79)

 

Dari Ibn Mas'ud r.a :

لما وقعت بنو إسرائيل في المعاصي نهتهم علماؤهم فلم ينتهوا فجالسوهم في مجالسهم وواكلوهم وشاربوهم فضرب الله قلوب بعضهم ببعض ولعنهم على لسان داود وعيسى ابن مريم

Ertinya : Apabila sahaja Bani Israel melakukan maksiat, para ilmuan mereka menegahnya, namun apabila tegahan tidak diendahkan, para ilmuan itu duduk bersama mereka di dalam majlis mereka, makan dan minum bersama mereka ( seolah-olah redha), maka kerana itu, Allah membiarkan hati-hati sama di antara satu sama lain ( kotor dan keji), dan dilaknat mereka itu dari lisan Nabi daud dan ‘Isa. ( Riwayat Ahmad)

Nabi menyebut :

والذي نفسي بيده لتأمرن بالمعروف ولتنهون عن المنكر أو ليوشكن الله عز وجل أن يبعث عليكم عذابا من عنده ثم تدعونه فلا يستجاب لكم

Ertinya : Demi Allah yang nyawaku ditangannya, mestilah bagimu menyeru kepda kebaikan dan melarang manusia lain dari kemungkaran, atau sangat hampirlah Allah ʿazza wa jalla menimpakan ke atasmu suatu azab dari sisiNya, sehingga apabila kamu berdoa, tidak lagi diperkenankan (Riwayat At-Tirmizi, Hadis Hasan)

Sekarang  tugas kita, menggali ilmu sedalam mungkin sebagai benih untuk membolehkan kita membezakan mana yang mungkar dan mana yang maʿruf. Hanya melalui jalan itu, kita mampu melaksanakan tugas tersebut.

SERIBU ALASAN & ILMU BELUM MENCUKUPI

Jangan sesekali ditipu oleh Syaitan yang sentiasa mengutuk kita sebagai ‘tidak baik', ‘tidak soleh' dan ‘belum cukup ilmu' dan seribu satu macam alasan lagi. Pastikan semua bisikan itu diharungi dengan keazaman dan usaha yang tinggi untuk memadamkannya.

Hakikatnya semua kita belum cukup ilmu, namun Allah mewajibkan kita berusaha untuk menyampaikan apa yang kita faham dariNya dan sunnah rasulNya kepada manusia lain.  

Berusahalah mencari kefahaman ilmu dan menyampaikannya seperti kita mencari sesuap makanan untuk diri dan keluarga.

Nabi juga bersabda :

الأنبياء لم يورثوا دينارا ولا درهما، ولكن ورثوا العلم، فمن أخذه أخذ بحظ وافر

Ertinya : Para nabi tidak mewariskan dinar dan dirham ( wang dan harta), tetapi mewariskan ilmu, seseiapa yang mengambilnya maka dia telah mendapat kebaikan yang melimpah (Riwayat Abu Daud)

 

JIKA AJAKAN DAN TEGAHAN TIDAK DIIKUTI?

Sesudah ajakan dan larangan dalam bentuk yang sebaik mungkin, namun masih tidak didengari, tatkala itu sedarlah tugas kita hanya menyampai.

Allah menyebut:

إِنْ عَلَيْكَ إِلَّا الْبَلاغُ

Ertinya : Sesungguhnya tiada kewajiban atasmu kecuali menyampaikan (sebaiknya) ( Al-Syura : 48)

Dan juga ingatan Allah taʿala :

وَمَا أَكْثَرُ النَّاسِ وَلَوْ حَرَصْتَ بِمُؤْمِنِينَ

Ertinya : Dan sebahagian besar manusia tidak akan beriman, walaupun kamu sangat menginginkannya ( Yusuf : 103)

 

Akhir sekali, marilah kita sama-sama merenung teguran Allah ini

أَرَضِيتُمْ بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا مِنَ الْآخِرَةِ فَمَا مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا قَلِيلٌ

Ertinya : Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit (Surah al-Taubah : 38)

PENUTUP

Tugasan ini boleh dijalankan melalui pelbagai bentuk dan keadah mengikut kesusaian seseorang dan kemampuannya serta kepakarannya. Sama ada melalui parti politik, NGO yang terdiri dari perkumpulan, jamaʿah dan persatuan atau juga secara individu.

 Ia boleh dilaksanakan di tempat kerja, sekolah, universiti, surau, kampung,  felda, di persekitaran rumah, di ruangan internet, buku, majalah, bulletin, di waktu kursus dan seminar dan banyak lagi. Jangan disempitkankan medium dan ruangnya.

Sebagai penutup, sudikanlah meluangkan sekadar 9 minit untuk memahami tugasan ini dengan tambahan ilmu dari saya melalui petikan video ini.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

30 Mac 2010

 

 

 

 


Last update: 31-03-2010 00:38

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (13) RSS feed comment
Posted by akhnad, on 06-06-2010 09:18, IP 115.133.127.147, Guest
1. Minta Izin
Minta izin ustaz Fb
 
» Reply to this comment...

Posted by Rahadatul 'Aisy, on 30-04-2010 07:45, IP 203.82.81.69, Guest
2. kembalikan semangat berdakwah??
Assalamualaikum ust..ana nak ty, mcm mana kita nak kembalikan semangat berdakwah semula. Dulu, ana boleh berkata-kata hingga blh mengeluarkan ayat2 al-quran utk peringatan dan pengisian kpd sahabt. Tp kini, ana rasa takut utk memberi. Kadang2 ana rasa apa yg ana smpaikan kean pada diri ana. Sehinggalah sekrg, ana hanya diamkan diri klu ada perkongsian ilmu lbh2 lg dlm usrah. ana tak tau mcm mn nak kembalikabn sifat ana yg dulu. Setiap perkongsian ilmu yg ana hadir, pasti sj ana akan lontarkan hujah dan persoalan yg timul di fikiran tp skg ana hy mampu diam shj. btulkah tindakan ana ni?? mnh respon..
 
» Reply to this comment...

Posted by ani, on 27-04-2010 18:19, IP 118.101.86.177, Guest
3. dakwah kepada suami
Salam, UStaz,,bagaimana nak berdakwah kepada suami sendiri yg enggan terima pendapat isteri? BErdosakah isteri hanya membenci di dalam hati setelah di tegur tetapi mendapat kemarahan suami dn tuduhan mengatakan isteri taksub, sudah banyak sgt ka ilmu agama, isteri durhaka, dn sebagainya?
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by lutfi, on 19-04-2010 13:59, IP 60.48.163.59, Guest
4. kesibukan didunia
Salam, 
Saya seorang penjawat awam yang makin hari kerja makin sibuk siang malam. kadang2 hujung minggu juga terpaksa bekerja akibat ekspektasi pelanggan dan tuntutan stakeholder.Setiap kali saya perhatikan golongan ustaz yg memberi ceramah ttg amal ibadat sy rasa takut kerana hanya ibadat wajib yg mampu sy kerjakan itupun kadang2 tersasar kerana kesibukan tugas.  
 
sy rasa bertuahnya kalau sejak kecil di didik supaya menjadi seorang ustaz,byk pahala dan amal ibadat yg boleh dibuat. kebanyakkan org yg 'makan gaji' hanya menumpukan amal ibadat setelah pencen . Saya bimbang jika tidak mencapai umur persaraan telah dipanggil pulang sedangkan sibuk dengan tugasan.(bukan kerana mengejar kekayaan[gaji ttp sama] tetapi mengikut arahan demi menyelesaikan tugas yg tk pernah habis). 
 
Saya dapat rasakan masa sgt2 cepat berlalu dan sentiasa berada dlm kerugian. Mohon nasihat daripada ustaz. terima kasih. 
 
UZAR : tugasan sdr di tempat kerja juga boleh menjadi ibadah jika betul niat dan pelaksanaannya. Rujuk buku saya @mutiara akidah dan ibadah' untuk membaca syarat2 menjadikan kerjaya biasa kita sebagai ibadah. Moga berjaya
 
» Reply to this comment...

Posted by siti hajar, on 19-04-2010 10:29, IP 118.100.123.94, Guest
5. bingung
assalamualikum ust, 
bagaimana sekiranya bapa sendiri yang menegah saya daripada mengambil tahu dan menegur kesalahan ahli keluarga? terbaru saya mendapati gambar salah seorang ahli keluarga bercium di internet dan berposing seksi. saya mengadu lalu dimarahi. Bagaimana ust ? cukupkah dengan hanya membenci dng hati sekiranya bapa saya mengarahkan begini?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Kamal Hakim, on 04-04-2010 18:07, IP 203.82.92.6, Guest
6. Minta kebenaran
Assalamu'alaikum ustaz. 
 
Minta kebenaran ustaz, untuk copy paste artikel ini di fikrahislami.com. Saya ialah salah seorang admin website itu. Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by hafiz, on 04-04-2010 17:35, IP 115.135.244.25, Guest
7. terima kasih ustaz
selama ini memang inilah yang saya selalu runsingkan... saya ingin mengajak orang ke arah kebaikan, tapi rasa rendah diri ini selalu menghambat. di tambah pula dengan kurangnya ilmu tentang agama walaupun seorang lulusan agama. moga Allah permudahkan segala-galanya. Aamin...
 
» Reply to this comment...

Posted by guru, on 03-04-2010 22:07, IP 203.82.94.97, Guest
8. teguran cikgu2
assalamualaikum  
terima kasih ustaz kerana menulis artikel yang ringkas tetapi berjaya menginsafkan diri saya sebagai seorang pendidik di sekolah.  
 
umum mengetahui bahawa masalah disiplin dan kenakalan pelajar Melayu Islam di sekolah harian biasa pada sejak akhir2 ini BEGITU membimbangkan dan SEMAKIN teruk. pelbagai punca yang menyebabkan masalah ini semakin menjadi2. 
apa yang menyedihkan, ramai pelajar2 pada hari ini tidak lagi menghormati guru2 mereka. malah, ada yang mengata,memarahi, mengherdik, dan mengugut guru dengan perkara yang memalukan. malah, teguran guru langsung tidak diendahkan sehinggakan guru menjadi CEMUH dan JEMU untuk terus menegur memandangkan mereka langsung tidak endahkan, malah mempermainkan guru-guru. fenomena ini mungkin dirasakan "sukar dipercayai" oleh pihak luar, namun bagi pendidik, fenomena ini sudah menjadi kebiasaan dan lumrah yang MESTI dihadapi. 
 
harapan saya kepada diri saya dan guru-guru sekalian, marilah kita meneruskan tugas yang dipikulkan kpd kita dengan sebaik-baiknya. usah berhenti dari menegur dan menyampaikan perkara kebenaran. semoga generasi akan datang semakin berkualiti dan lebih bertamadun berbanding apa yang kita lihat pada hari ini. w`alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Peluncur Islam, on 03-04-2010 11:50, IP 115.134.24.149, Guest
9. Guna "KABEL" ????
salam.. ustaz... sy mohon pndangan ustaz.. begini ustaz.. sy baru habis belajar kat sebuah universiti..jadi skrg otw cari kerja.. So.. hari tu ada orang pelawa ana untuk dia bantu ana dptkan kerja melalui kerja kerajaan.. 
 
jadi masalah skrg ... ana rasa berat utk terima dia sbg kabel... ana ragu-ragu ustaz samaada ia adalah rasuah atau tidak.. 
 
tp yg pasti kabel yg nak tolong ana tu.. dia tak minta satu sen pun.. cuma belas ihsan daripada dia je... 
 
tolong sgt harap ustaz dpt jelaskan...jazakallah ustazzz  
 
 
ana risau... :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by a'zim, on 01-04-2010 22:58, IP 121.121.111.240, Guest
10. jom...tabligh
Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.(Surah Taubah-20)
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by maslina mohd, on 01-04-2010 12:32, IP 211.25.44.13, Guest
11. nak tanya
salam uzar, 
adakah tanggungjawab ini juga wajib kepada kaum wanita?
 
» Reply to this comment...

Posted by ingenieur, on 31-03-2010 22:53, IP 202.170.60.254, Guest
12. salam
Terkadang kredibiliti orang yang mencegah pula yang dipertikai walaupun apa yang disampaikan adalah kebenaran. 
 
Masyarakat cenderung menilai siapa yang menyampaikan berbanding memikirkan apa kebenaran yang disampaikan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Yap, on 31-03-2010 22:38, IP 124.13.239.218, Guest
13. Macam mana nak berhikmah?
Assalamu'alaikum,ustaz.. 
 
ustaz,saya ni sedar kepentingan dakwah(amar makruf nahi mungkar) selepas membaca dan mendengar banyak ceramah tentang dakwah ni.. bahkan dengan dakwah ini lah,nikmat Islam boleh sampai ke seluruh dunia pada hari ini.. 
 
tapi ada sesuatu yg menjadi tanda tanya untuk diri saya ini.. iaitu bagaimanakah kita nak berhikmah dalam dakwah? saya bimbang andai saya berdakwah,nanti-nanti boleh jadi perang mulut dengan org yg didakwah dan lain-lain.. saya pernah terbaca mengenai kisah org yg didakwah bertambah jauh dari Islam selepas didakwah... aduhai,saya takut diri saya ni menjadi fitnah kepada ugama Islam apabila org2 yg didakwah semakin jauh dari ugama..  
 
ustaz,itu lah menjadi kerisauan dalam fikiran saya selama ini walaupun ia belum berlaku lah.. disebabkan itu,saya lebih banyak mengambil sikap berdiam diri daripada dakwah.. tapi difikir-fikir lagi,celaka lah saya ini sebab tak buat dakwah,kerja para rasul dan nabi.. 
 
mohon tunjuk ajar daripada ustaz dan sesiapa yg mengetahui.. 
 
Jazaka Allahu Khoiron..
 
» Reply to this comment...
» See all 5 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom