Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Walau Ditawar Harta & Diancam Bakaran
PDF Print
User Rating: / 13
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 16-07-2010 05:53
Views 5598    
Favoured 10

Walau Ditawar Harta & Diancam Bakaran

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

doakan.jpg

 

 

Membaca kisah athar seorang sahabat Nabi sallahu ‘alayhi wassalam, walau nama ini kurang dikenali ini, namun kisah ketabahannya mampu mengalirkan air mata. Beliau adalah Abdullah bin Huzafah Al-Sahmi, direkodkan oleh Imam Az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar Al-a'lam Al-Nubala, beliau bersama tentera Islam yang lain ditawan oleh pemerintah Roman. Islam di waktu itu di bawah pemerintahan khalifah Umar al-Khattab r.a.

Kisahnya juga dicatat di dalam sumber-sumber sejarah Islam yang lain seperti Al-Isabah oleh Ibn Hajar, Ibn ‘Asakir dalam Tarikh Dimash, Ibn ‘Athir dalam Asad Al-Ghabah dan lain-lain.[1]

AURA SAHABAT RASULULLAH

Disebabkan imej Islam yang dibina oleh Rasulullah dan khalifah sebelumnya, terkenal di kalangan musuh-musuh Islam akan kehebatan dan keunikan generasi Islam di zaman itu khususnya para sahabat baginda Nabi s.a.w.

Apabila dimaklumkan kepda raja Roman, bahawa salah seorang dari tentera Islam yang berjaya ditawan adalah dari kalangan sahabat Rasulullah. Raja Roman kegembiraan. Dia gembira kerana berpeluang untuk melihat sendiri susuk tubuh salah seorang dari sahabat nabi yang sering tersebar akan kehebatan dan keluarbiasaan mereka di waktu itu.

Raja roman dicatatkan mengarahkan sahabat tersebut dibawa ke hadapannya.

Raja meminta : "Adakah engkau sudi untuk keluar dari Islam (menjadi Nasrani)? Jika engkau lakukan itu, aku akan menganugerahkanmu sebahagian dari pemilikan harta yang dimiliku"

Abdullah menjawab :

لو أعطيتني جميع ما تملك وجميع ما تملك وجميع ملك العرب ما رجعت عن دين محمد طرفة عين

Ertinya : "Sekiranya engkau memberiku seluruh yang kamu miliki, bahkan jika seluruh yang dimiliki pemimpin arab, TIADALAH akan aku keluar dari agama yang dibawa Nabi Muhammad ini walau untuk jangka waktu sekelip mata"

Akibat dari penolakan itu, Raja Roman telah mengarahkan agar dibawa sebuah tempat azab yang dipenuhi minyak panas mendidih lalu dicampakkan seorang tawanan Muslim ke dalam, hingga kecut, terkeluar tulangnya dan masak dagingnya.

MENANGIS

Kemudian, diarahkan agar Abdullah pula dicampakkan ke dalamnya. Tatkala itu, pegawai raja  melihat Abdullah menangis, lalu mereka dengan segera memaklumkan kepada raja akan hal tersebut.

Raja dan Roman dan pegawai mereka gembira kerana menjangka taktik mereka berjaya untuk mengoncang iman dan pendirian Abdullah yang sebelum ini menolak permintaan Raja.

Namun apabila ditanya semula permintaan yang sama (untuk murtad), jawapan yang sama tetap diberikan oleh Abdullah. Raja Rom merasa pelik dan bertanya sebab tangisannya.

Abdullah menjawab  :

Ertinya : "Ia kerana jiwa ( nyawaku) yang hanya satu ini, sebentar lagi ia akan pergi maka aku menangis kerana mengenangkan betapa aku menginginkan sekiranya aku punyai banyak nyawa sebanyak rambutku ini maka bolehlah engkau lemparkan aku berkali-kali ke dalam api itu, aku ingin gunakan semuanya pada jalan Allah."

Bermakna, Abdullah sebenarnnya menangis bukan kerana takut, tetapi merasa terkilan hanya mempunyai satu nyawa di ketika itu, padahal dia sangat ingin untuk mempunyai lebih banyak nyawa dan tidak bimbang sama sekali mengharungi kematian asalkan ianya untuk Islam, biarpun kematian itu berkali-kali. Yang penting semua kematiannya syahid dan demi memperjuangkan Islam. MashaAllah.!

 

TERSENTAK

Apabila raja Rom mendengar jawapan Abdullah, dia menjadi amat kagum. Terfikir jika sebelum ini dia hanya mendengar kisah-kisah keajaiban para Sahabat Rasulullah, tetapi kali ini beliau menyaksikannya sendiri di hadapan matanya. Keadaan tersebut menjadikannya merubah pemikiran secara drastik lalu menawarkan Abdullah untuk dibebaskan dengan satu syarat.

Raja Rom mensyaratkan agar Abdullah Huzafah untuk mencium dahinya.

Abdullah bersetuju dengan syarat, semua tawanan Islam yang dianggarkan berjumlah sekitar 80 orang turut dibebaskan bersamanya.

Raja Rom bersetuju.

Apabila pulang ke Madinah, kisah pembebasan tersebut tersebar dan dimaklumkan kepada Umar Al-Khattab selaku khalifah ketika itu. Lalu Umar dengan gembira sambil berkata:

حق على كل مسلم أن يقبل رأس ابن حذافة وأنا أبدأ

Ertinya : Menjadi hak dan tanggungjawab setiap Muslim untuk mencium dahi (kepala) Ibn Huzafah, dan aku akan memulakannya.

 

Demikian sebuah kisah dari athar sahabat nabi, nilai kualiti iman yang amat mengkagumkan, walau ditawar dengan separuh harta Raja Rom, diugut dengan lontaran ke dalam api dan minyak mendidih, imannya tetap kental, teguh dan maha yakin dengan segala jenis pembalasan kebaikan akhirat. MashaAllah, betapa kerdilnya kita ini berbanding insan-insan didikan baginda nabi.

Lihat sahaja umat Islam di zaman ini, hanya dengan sogokan nilai matawang beberapa ratus, ribu pun  atau kain, beras beberapa kilo sahaja pun telah mampu melayang ketabahan iman seseorang. Apakah sebabnya terlalu jauh kita berbanindg sahabat dan tabi'en? Moga kita dijauhkan dari situasi begitu dan diberi kekuatan untuk membina kekuatan dalaman jika terpaksa menghadapinya di masa hadapan.

 

KEMATIAN SYAHID SAMBIL MENGISLAMKAN MUSUH

Bayangkan, seorang sahabat bernama Huram bin Mulhan, merupakan pembaca & salah serorang dari kalangan penghafaz Al-Quran yang utama, ketika dia berjuang, ditikam dari belakang oleh musuh. Tatkala melihat tombak yang menembusi dirinya, dia menjerit sambil berkata "aku berjaya, Demi tuhan Ka'bah!"

Dia mati syahid, meninggalkan pembunuhnya iaitu Jabbar Bin Salmi, terpinga-pinga dengan kalimah yang didengari. Puas mencari, jawapan akhirnya ditemui, kesannya musuh tersebut akhirnya memeluk Islam beberapa ketika selepas itu. Hal ini diakui sendiri oleh Jabbar selepas keislamannya.

Itulah sahabat didikan Rasulullah, ambang kematian mereka juga menjadi sebuah dakwah kepada pihak musuh.  Kita sudah hampir dengan Ramadhan, berdoalah kita agar diberikan rezeki untuk meraih segala kebaikan darinya dan mampu mencontohi iman para sahabat ridwanullah alayhim.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

16 Julai 2010



[1] Namun kisah ini tetap mendapat pelbagai kritikan oleh para ulama hadith, kesimpulannya, mereka menganggapnya sebagai lemah dari sudut sanadnya. Pun begitu, kisahnya amat baik untuk dijadikan pedoman dan tauladan.


Last update: 16-07-2010 18:57

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (11) RSS feed comment
Posted by Fazli, on 11-08-2010 20:25, IP 115.132.142.105, Guest
1. Dakwah
Assalamualaikum uzar, 
 
Saya nak pinjam artikel ini untuk di masukkan dalam note saya. Saya nak kongsikan bersama-sama dengan orang yang lain yang mungkin tidak tahu.
 
» Reply to this comment...

Posted by farihah othman, on 30-07-2010 23:21, IP 203.82.92.90, Guest
2. miss
Termenung sejenak setelah membaca kisah ini.Hebat sungguh sahabat ini tetapi mentornya tentu lebih hebat. Allahumma salli ala saidina muhamad.
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin tahu, on 27-07-2010 21:19, IP 121.121.214.82, Guest
3. kwsp&perkeso
salam UZAR, 
 
saya ingin bertanya berkenaan wang KWSP & perkeso..betulkah kedua2nya tidak halal digunakan disebabkan pelaburannya tidak menepati syariah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Ayu, on 26-07-2010 18:15, IP 82.7.20.26, Guest
4. MasyaAllah
Terima kasih ustaz!
 
» Reply to this comment...

Posted by LostBoat99, on 21-07-2010 07:55, IP 60.48.206.98, Guest
5. MataHati
Assalam, ana teringat pesan otai..dalam bab agama kena pandang belakang, bab dunia kena pandang ke depan..konklusinya, (firman Allah) "Tidak aku jadikan sesuatu itu sia-sia"
 
» Reply to this comment...

Posted by abdul, on 18-07-2010 01:53, IP 121.120.174.217, Guest
6. syukran
TAHNIAH al fadhil ust,satu artikel yg cukup bermanfaat..sy pohon izin utk letak dlm FB yer utk berkongsi dgn shbt2 lain..
 
» Reply to this comment...

Posted by sunan, on 17-07-2010 21:14, IP 120.140.74.156, Guest
7. Hinanya diri
Bila baca tentang kehebatan sahabat nabi ini,alangkah jauhnya terasa diri ini dan betapa hinanya diri dari para sahabat.
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullahbukhari, on 17-07-2010 11:43, IP 60.48.102.136, Guest
8. kiasan yg dalam kpd ulama' di malaysia..
ana x tahu,adakah ana terlalu advance dlm memahami tulisan anta kali ini...tapi itulah fahaman ana..ia ada kaitan dgn fenomena terbaru di malaysia yg melibatkan angka 40 baru2 ni...agak2 betul ke syeikh?
 
» Reply to this comment...

Posted by abi 'aesyah, on 16-07-2010 12:05, IP 60.49.236.217, Guest
9. Kehebatan generasi nabi..
Allahu akbar..semoga hebat sengguh generasi quran didikan nabi s.a.w..semoga mereka dilimpahi rahmat n syurga...dan kami pohon kami diakhir zaman ini mndpt kesan2 cali2 cebisan2 mereka utk kami harungi penghujung umat dan zaman..ameen
 
» Reply to this comment...

Posted by fajridil adha, on 16-07-2010 10:49, IP 60.48.205.139, Guest
10. SUBHANALLAH!!
salam.. 
 
rasa kerdil sangat diri ni bila dibandingkan dgn sahabat didikan Rasulullah.. (myblog)
 
» Reply to this comment...

Posted by Azlan Ali, on 16-07-2010 10:06, IP 115.132.9.17, Guest
11. hebat
Hebat, mereka sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga demi Allah dan Rasul.. Subhanallah
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom