Bolehkah Berjabat Tangan Berjemaah Lepas Solat?

(27 votes, average 4.70 out of 5)

Salahkah Bersalaman Berjemaah Antara

Ahli Jemaah Selepas Solat?.

Berjabat Tangan Menambat Ukhuwwah
 

Ulasan Ust Zaharuddin Abd Rahman:

Asal hadith berkenaan bersalaman tangan adalah hadith :

مَا مِنْ مُسلِمٍ يَلتَقِيَانِ فَيَتصَافَحَانِ إلا غَفَرَ لَهُمَا قَبْلَ أن يَتَفَرَّقا

Ertinya : "Tiada seorang Muslim yang bersalaman antara keduanya, kecuali Allah akan mengampunkan keduanya sebelum ia berpisah" ( Riwayat Abu Daud, Tirmidzi , Hadith Hasan)

Menurut fakta sirah, sememangnya tidak terdapat  pula di zaman Nabi SAW, amalan bersalaman secara berjemaah selepas solat, tetapi amalan ini berlaku setelah Nabi SAW wafat. Maka ulama berbeza ijtihad dalam hal ini, sekumpulan ulama mengatakannya Bid'ah kerana tidak dilakukan oleh Nabi SAW dan para Sahabat.

Berkata pula kumpulan ulama yang lain : Ia memang bid'ah (perkara baru iaitu dari sudut bahasanya) tetapi tidak ada dalil yang boleh menghadkannya sebagai bid'ah Hasanah atau Sayyi'ah, kerana tiada larangan tentangnya.

Imam Ibn Taymiah pernah ditanya soalan ini, maka beliau berkata : ia adalah bid'ah yang tidak dilakukan oleh Rasul dan Sahabatnya. Imam Izzuddin Abd Salam pula berkata : Ia adalah bid'ah yang harus. Imam An-Nawawi pula berkata : "Ia adalah sunnah" mengambil kepada asal hukum bersalaman yang diajar oleh Nabi SAW tetapi pandangan ini tidak mengambil kira sunnah hanya berlaku pada waktu tertentu (ketika berjumpa) tidak pada waktu lain.[1]

Kesimpulan saya:

لا تدخلون الجنة حتى تؤمنوا ولا تؤمنوا حتى تحابوا أولا أدلكم على شيء إذا فعلتموه تحاببتم أفشوا السلام بينكم

Ertinya : "Kamu tidak akan memasuki syurga sehinggalah kamu beriman dan sehinggalah kamu saling berkasihan (antara muslim) , dan adakah kamu ingin aku menunjukkan kepada satu perkara yang jikalau kamu melakukannya nescaya kamu akan saling berkasihan, sebarkanlah ucapan salam di antara kamu"( Riwayat Muslim, Abu Daud )[2]

Sekian

UZAR

25 April 07
 


[1] Al-Fatawa, Atiyyah Saqar, 1/513

[2] Sohih Muslim, No 54, 1/74 ; Sunan Abu Daud, no 5193, 4/350 (Hadith bertaraf shohih)



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites