Tak Faham Mengapa Jadi Haram : Penjelasannya
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman

Terdapat dua soalan hampir serupa di dalam bab ini iaitu :-
Soalan1
Salam Ustaz, Ustaz tulis:
(Bagi mereka yang dikenakan saman atas kesalahan meletak kenderaan di tempat yang salah, atau lain-lain kesalahan memandu, pihak pemandu diberikan nilai saman mengiktu minggu. Contohnya, jika dibayar dalam tempoh 14 hari, nilai saman adalah RM15, jika melebihi 30 hari, nilai saman naik kepada RM40 dan seterusnya. Semua cara kiraan ini tergolong di dalam riba Al-Jahiliyyah.)
Maaf kerana saya kurang arif. Adakah saman kesalahan jalanraya seperti ini dianggap riba? Sedangkan ia bukanlah urusan pinjaman. Saya rasa ia lebih kurang sama dengan kes guru mendenda anak muridnya RM2 seperti komen di atas.
Soalan 2
Saya kurang faham dengan contoh ketiga riba al-jahiliyyah yang ustaz berikan; berkenaan denda saman lalu lintas. sekadar kefahaman saya yang sedikit ni, riba berlaku dalam akad pinjaman & petukaran barang ribawi. jadi bagaimana perbezaan bayaran denda disebabkan masa boleh tergolong dalam riba yang ini? saya tak dapat nampak konsep pinjaman atau pertukaran barang ribawi dalam contoh ni. kalau boleh ustaz tolong perjelaskan lagi. syukran
Jawapan
Wa'alaikumussalam,
Buat maklumat pembaca, soalan ini timbul apabila yang bertanya membaca artikel saya yang lalu .
Begini, apa yang perlu saudara faham adalah riba kategori duyun (terhasil dari pinjam dan hutang) boleh terbentuk dari empat cara berikut :-
1) Pinjam duit dan manfaat sesuatu aset : Apabila pemberi pinjam mensyaratkan sebarang tamabahn dalam bentuk duit atau manfaat lain = Riba terbentuk.
2) Pembelian secara hutang : disyaratkan kiranya lambat bayar hutang (harga barang yang dibeli), akan ditambah jumlah hutangnya = Riba terbentuk.
3) Diberi pinjam barang (macam dalam contoh perpustakaan) : Sekiranya lambat dipulang barang yang dipinjam akan dikenakan denda BERBENTUK DUIT, tatkala itu = RIBA TERBENTUK, kerana buku diberi pinjam manfaatnya dan dipulangkan beserta tambahan duit. denda. APABILA DISYARATKAN PULA jika hutang denda lewat bayar, kos tambahan akan dikenakan = Riba kedua terbentuk.
4) Denda duit lewat dibayar : apabila tersalah letak kenderaan, denda BERBENTUK DUIT dikenakan, tatkala itu hutang wang terbentuk di antara majlis bandaraya dan pemilik kereta. Pemilik kereta dikira sedang berhutang duit kepada majlis. Apabila disyaratkan pula jika lewat bayar hutang denda itu, jumlah akan bertambah, maka RIBA terbentuk.
Kes anak murid lambat hantar assignment tiada kena mengena kerana tiada hutang duit terbentuk hasil dari kelewatan.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
14 Ogos 2009
Add this page to your favorite Social Bookmarking websites





























Comments
Sya ingin bertanya apakah hukumnya berkerja di PTPTN?
Mohon Penjelasan.
sy keliru samada fixed rate ni halal atau haram.
bukankah fixed rate termasuk dalam riba..tetapi kenapa bank2 islam menggunakannya?
saya musykil ttg pinjaman tekun yg ambl 4% setahun sbg caj perkhidmatan n 5% sbg tabungan peminjam..adakah ini riba??
Saya bertugas di sebuah pbt dan menguruskan hal berkaitan cukai pintu atau cukai taksiran. Izinkan saya bertanya berkaitan pengenaan denda yg dikenakan ke atas kelewatan mbayar cukai taksiran dlm tempoh yg ditetapkan. Adakah ia termasuk dlm kategori riba? Contoh gagal bayar cukai dlm tempoh-kena denda RM20.00. Jumlah denda yg dikenakan ini adalah tetap tak kira apa pun amaun cukainya...dan jika masih gagal utk mbayar jumlah cukai yg tertunggak dengan dendanya sekali lagi dlm tempoh yg ditetapkan, pemilik harta td boleh disita hartanya atau disaman dimahkamah utk menuntut kembali jumlah yg terhutangnya itu dan penghutang dikenakan caj-caj tambahan spt kos pengangkutan atau kos guaman .. Apakah kaedah ini dibenarkan? Mohon jasa baik ustaz utk memberikan penjelasan.
Sekian, terima kasih dan wassalam..
sy nak bertanye, adakah main kutu juge sbahagian drpd riba..?
syukran.
terima kasih
Saya bekerja di luar negara. Seperti di Malaysia kita ada caruman EPF yang dimana saya difahamkan masih tidak mendapat kelulusan dari 'Shariah council', & saya tahu bahawa kita boleh mengeluarkan wang dari akaun 2 untuk membeayar sebahagian dari loan rumah. Apa hukumnya ustaz? Katakanlah loan dibayar di 'Islamic bank'.
Kedua, kerana saya sekarang bekerja di luar negara saya ada membuat caruman pencen daripada beberapa peratusan dari gaji & saya difahamkan bahawa Investment ini risky (saya tidak akan tahu bahawa saya akan dapat balik modal atau tidak kerana bergantung pada market), & saya juga tidak pasti dimana ia dilabur kerana saya bukanlah bekerja di negara Islam. Saya mencarum kerana majikan turut sama mencarum untuk saya jika saya mencarum dan saya fikirkan ini untuk simpanan masa hadapan (jikalau pulangan nya baik, dan jika tidak saya akan menanggung kerugian). Apa hukumnya ustaz?
Terima kasih.
UZAR : hanya barang ribawi shj ..tiket kapalterbang bukan item ribawi
Macam mana nak selesaikan masalah denda parking yang telah berganda (perkara ini telah pun berlaku)dan saya memang tidak inggin terlibat dengan riba. Tolong ustaz bagi jalan penyelesaiannya bayar RM50 pun saya sangup.
ustaz saya mahu penjelasan dan komen dari ustaz..apakah pandangan ustaz tentang persandingan dan apa hukumnya menurut perspektif Islam?
saya harap ustaz dapat menjelas dengan terperincin..
sekian, terima kasih
sy nk tanya berkenaan pinjaman di maybank/cimb untuk simpanan asb. adakah pinjaman tersebut dibolehkan dalam islam?
saham forex(kodana)
1. labur 10K = RM330
2. labur 20K = RM660
3. labur 30K = RM990
4. labur 40K = RM1320
4. labur 50K = RM1650
setiap 10K yang dilaburkan mendapat 330/bulan..
Apakah hukum Islam dan pandangan Ustaz mengenai umat Islam yg menyertai forum blogs seperti facebook, twitter etc. Adakah mereka ini kalau tidak menyebarkan ghibah/fitnah sekurangnya akan membaca/terbaca juga ghibah/fitnah orang lain secara besar-besaran?
Dlm kitab Riyad-us-Saliheen yg dikumpulkan oleh Imam Nawawi,Volume 2 hadis sahih no.1678-1687, Nabi saw melarang keras umatnya membuat gambar/portrait apa-apa yg bernyawa. Dosanya pada pelukis gambar amat berat kerana meniru sifat Allah (The Creator).
Commentaries hadis tersebut menerangkan hukum ini meliputi photography, filmmaker dan juga videomaker etc. Ia juga melarang keras menggantung/menghiasi rumah dgn gambar/portrait apa-apa yg bernyawa (haiwan, manusia dan makhluk beranimasi lain). Selain berdosa, malaikat rahmat tidak akan masuk ke dlm rumah.Yg dibolehkan cuma gambar yg diperlukan oleh badan-badan kerajaaan seperti, IC, passport etc kerana ini diluar kawalan kita.
Sy minta pandangan Uztaz dlm konteks masyarakat kita sekarang di mana photography menerusi camera, handphone camera dan videocam berleluasa terutama di majlis kahwin, functions etc. Terimakasih.
boleh uztaz bagitahu rujukan yang boleh saya rujuk untuk penerangan tentang riba pada 4 perkara diatas? kerana jarang saya dengar riba berlaku pada pertukaran yang selain item ribawi.
UZAR : Rujukannya terlalu banyak moden dan silam, antaranya boleh buka kitab tafsir ahakamul quran oleh Imam Ibnul Arabi..ketika mentafsirkan ayat riba.
yang moden, boleh rujuk fatwa yang dimuatkan dalam al-Ma'ayir al-Syar'iyyah oleh AAOIFI (masjlis Shariah kewangan Ilsam sedunia)
Saya ingin mendapatkan kepastian benarkah barang peninggalan yg tidak dituntut dlm tempoh masa tertentu blh menjadi milik org lain yg menyimpannya? jika benar berapa lamakah tempoh masa tersebut dan sekiranya telah bertahun2 tidak diambil tiba2 tuannya dtg utk menuntut smula brg tersebut,bgmnka h statusnya? & bgmn sekiranya brg tersebut tlh dijual? Harap ustaz dpt membantu saya. jutaan terima kasih saya dulukan....
klu saya ingin menjual barang melebihi 4 kali ganda daripada modal yg saya keluarkan, adakah dibolehkan dalam Islam???..
contoh, saya ingin menjual sebentuk jam pada harga RM175 sedangkan modal yg sya keluarkan rm50..bagaimana Ustaz..nilai pasaran jam tersebut sekitar rm150-rm250
UZAR : YE boleh
sekadar pertanyaan tambahan. kalau kes denda lewat hantar assigment tu, macam mana kalau denda dikenakan/hutang terjadi atas sebab "langgar dateline" dan kadar denda/hutang bertambah mengikut tempoh masa? kalau saya lihat dari sudut ni, macam terdapat persamaan dengan kes saman parking tu.
soalam kedua yg saya nak tanya dah ditanya oleh akh khairul dan dah dijawab ustaz.sekadar nak ulang balik soalan, kot2 ada perbezaan:
bagaimana kalau wujud denda maksimum dan dikira sebagai kadar denda/hutang sebenar(cth: RM80 kalau bayar pada sebulan dan ke atas dari tarikh saman & kadar denda/hutang dah tak bertambah lagi selepas tu) dan kalau bayar awal ( 30hari = RM80) dikira rebat dari pihak penyaman?
UZAR : JWPN BAGI SOALAN TAMBAHAN TU, ( KADAR MAKSIMUM TAK NAIK DAN ADA REBAT JIKA BAYAR AWAL), Ia termasuk dalam yang harus. Konsepnya adalah rebate hutang (al-Ibra).
berkenaan langgar dateline hantar assigment contohnya.
setiap hari lewat denda adalh RM1 , ia juga adalah halal qiyas kepda denda atas istisna yang difatwa harus oleh Majma Fiqh Antarabangsa. Ia berbeza dengan kes hutang ia ia bukan hutang duit tetapi ia hutang kerja. Chagre penalti bagi lewat siapkan kereja adalah harus di sisi Islam kecuali jika dia jadi riba jahiliyah, iaitu tak bayar hutang specific pada tempohnya, maka hutang ditambah, ia berkait dengan hutang sebelum.
UZAR : maaf, saya tidak mempunyai pengethaun cara-cara perpusatkaan lain buat kecuali yang kenakan denda duit sahaja. Cara lain sebegiana saya sebut, pelajar didenda tak boleh masuk library sebulan contohnya, kena buat kerja kebajikan di library sehari, dan apa -apa sahaja yang tidak melibatkan denda duit. Atau nak denda duit boleh, jika duit terkumpul itu diserahkan kepada charity atau faqir miskin dan tidak diambil oleh library.
UZAR : Bagi salah letak kereta, denda duit yang pertama tu tiada riba, maka demikian juga tawaran diskaunnya, riba hanya terbentu dalam bab kereta ni bila lewat bayar, ditambah nilainya. perhatikan point nombor 4.
Sy ada bg email ttg persoalan utk dikupas berkenaan hukum Astronumerology yg kian popular di kalangan Melayu, khususnya lagi umat Islam kita.
Harap Uzar dpt buka email tsb.
Syukran.
RSS feed for comments to this post