Kursus Kewangan & Perbankan Islam
  • PDF
(106 votes, average 4.80 out of 5)

K e r t a s A s a s

Kursus Intensif Kewangan

& Perbankan Islam

( Khas & Dipermudah Bagi Orang Awam )

P e n d a h u l u a n

Bersyukur apabila kelihatan semakin ramai muslim di negara ini yang mula memberikan perhatian tinggi dalam memastikan tanda halal wujud pada setiap barangan makanan yang ingin dibelinya. Saya baru sahaj mendapat sebuah buku kecil bertajuk "Panduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang: Halal Haram" yang memfokuskan kepada elemen haram yang terdapat di dalam barangan keperluan orang ramai seperti makanan dan alatan-alatan komestik dan lain-lain. Malah

Bagaimanapun, rasa kurang puas hati masih menyerubungi kerana kesedaran masyarakat terhadap halal haram di dalam urusan kewangan dan perbankan masih di tahap yang amat lemah. Hampir setiap hari apabila saya turun berjumpa masyarakat di dalam kuliah-kuliah yang pelbagai, semakin ternyata fakta yang di sebut tadi.

Dalam Islam, kesedaran dengan membeli barangan yang bertanda halal sahaja, adalah sangat tidak mencukupi selagi mana barangan halal itu dibeli dengan duit yang haram, samada hasil riba, pelbuaran yang tidak halal atau harta curi, rasuah dan pecah amanah serta lain-lain.

Suatu yang mendukacitakan apabila didapati majoriti umat Islam di Malaysia tidak memahami sebaiknya tatacara dan undang-undang Islam dalam hal ehwal kewangan, padahal majoriti individu tidak akan terlepas dari berurusan dengan urusan kewangan seperti kerjaya, perniagaan sampingan, membeli belah, berhutang dan sebagainya. Kefahaman umat Islam begitu kabur berkenaan Riba yang merupakan 'ibu dosa' dalam hal kewangan, perbezaan rasuah dan hadiah, jual beli dan pelaburan yang haram, pengurusan harta secara Islam, perbankan Islam dan banyak lagi yang berkaitan denganya. Sampai bilakah kekaburan ini akan berterusan?. Kursus intensif ini diharap dapat memberi manfaat demi masa depan dunia dan akhirat anda. InshaAllah bermanfaat..

Dalam hal ehwal perbankan yang majoriti umat Islam terlibat dalamnya pula, amat ramai yang masih tidak dapat memahami sebaiknya perbezaan ketara antara produk dan perkhidmatan Perbankan Islam dengan produk yang di tawar Perbankan Konvensional. Masih ramai lagi yang menuding jari mengatakan produk dan perkhidmatan perbankan Islam adalah cerminan produk konvensional, dengan hanya menukar sebutan ‘interest' atau ‘faedah' kepada nama-nama yang di seperti Kadar Untung, ‘Ujr, dan lain-lain istilah di dalam bahasa Arab yang sebenarnya hanyalah helah sahaja, kata mereka.

Justeru, dikesempatan ini, kursus ini akan cuba secara asas dengan bahasa dan pendekatan yang dipermudah untuk mendedahkan kepada masyarakat secara tersusun dan interaktif berkenaan kewajiban umat Islam bagi memantau pemerolehan harta mereka, di samping mengkaji halalnya barangan yang dibeli. Di situlah kepentingan kursus ini buat umat Islam.

O b j e k t i f

  • Mendedahkan displin Islam dalam hal kewangan secara umum dan praktikal.
  • Menjelaskan pengertian Riba dan bentuknya dalam konteks semasa di Institusi kewangan semasa.
  • Menjelaskan beberapa asas utama dalam pelaburan halal.
  • Pendedahan fenomena harta haram tanpa sedar. Seperti kes gaji, hadiah buat pegawai, kerja lebih masa dan sebagainya.
  • Menjelaskan secara ringkas dan padat akan perbezaan amalan bank Islam dan konvensional.
  • Menyentuh dan menjawab beberapa isu semasa berkaitan perbankan Islam seperti kadar di perbankan Islam yang dikatakan lebih tinggi berbanding Konvensional dan lain-lain.
  • Mendedahkan kepentingan kontrak atau aqad di dalam kewangan Islam.
  • Memperkenalkan beberapa bentuk produk perbankan Islam.
  • Memberi ruang bagi orang awam memahami dengan lebih jelas hakikat sebenar proses kewangan mereka berjalan di perbankan Islam dan konvensional.
  • Memberi ruang bagi dialog dan mendapatkan penjelasan sebenar tentang perbankan Islam.


 

P e n d a f t a r a n


 

 

H a d B i l a n g a n P e s e r t a

Tertakluk kepada saiz tempat program.

Antara alatan yang mesti disediakan oleh pihak penganjur adalah :-

1. White Screen untuk paparan persembahan Power Point daripada Komputer. (jika boleh di dapati)

2. White Board beserta pen dan pemadam.

3. Dua buah Meja tulis untuk komputer dan untuk LCD.

4. Sebuah LCD.

5. Sebuah rostrum dan bilangan mikrofon yang mencukupi untuk sebuah seminar.

6. Seorang juruteknik yang mampu memastikan semua perjalanan alatan elektronik di dewan berjalan lancar sepanjang kursus.

7. Meja untuk urusan pendaftaran.

P e m b e n t a n g

Nama : Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

  • Bekas Konsultan Shariah, Ingress Corporation Bhd
  • Bekas Pengurus Kanan, Jabatan Pengawasan Shariah, RHB Islamic Bank Berhad
  • Ketua (Pengurus Kanan), Jabatan Shariah, Asian Finance Bank Berhad (anak syarikat Qatar Islamic Bank- Sekarang)
  • Kolumnis mingguan bagi ruangan Shariah (An-Nur) di akhbar METRO AHAD.
  • Kolumnis dan editor, Majalah Iktisad

Kelulusan

  • B.A ( Hons), Usuluddin, Universiti Malaya
  • M.A, Shari'ah (Jayyid Jiddan), Universiti Al-Yarmouk, Jordan
  • Tawliah dari Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) No Rujukan pmwp/600/2 klt.6(138)

T a j u k & P e n g i s i a n

Kandungan Kursus Lengkap

BAB PERTAMA : HALAL & HARAM DALAM KEWANGAN

BAB KEDUA : INTRODUKSI KEPADA ILMU FIQH MUAMALAT

BAHAGIAN PERTAMA : KAEDAH ASAS DALAM FIQH MUAMALAT

BAHAGIAN KEDUA : KONTRAK-KONTRAK DALAM MUAMALAT ISLAM

BAHAGIAN KETIGA : RUKUN & SYARAT JUAL BELI DALAM ISLAM

BAB KETIGA : UNSUR DAN ELEMEN HARAM DALAM KEWANGAN

BAB KEEMPAT : RIBA DAN HUKUMANNYA

BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN RIBA

BAHAGIAN KEDUA : JENIS RIBA

BAHAGIAN KETIGA : HUKUMAN RIBA DALAM ISLAM

BAHAGIAN KEEMPAT : RIBA DAN BENTUKNYA DALAM KONTEKS SEMASA

1) RIBA DALAM PINJAMAN RUMAH, KERETA, PERNIAGAAN

2) RIBA DALAM AKAUN SIMPANAN DAN PELABURAN.

Akaun Pelaburan Dengan Pulangan Tetap (Fixed Deposit account).

Akaun Simpanan Biasa (Ordinary Saving account).

Akaun Islam : Simpanan (Wadi'ah)

Akaun Simpanan atas asas Mudarabah (perkongsian untung)

3) RIBA DALAM KAD KREDIT

Kad Kredit Bank Islam

Penggunaan Kad Kredit dan Hukumnya

4) RIBA DALAM INSURAN KONVENSIONAL

5) RIBA YANG BERLAKU DALAM JUAL BELI PERHIASAN EMAS DAN PERAK

Jual barang kemas (emas) dengan secara ansuran

"Trade in" barangan kemas (emas)

BAB KELIMA : GHARAR DAN JUDI

BAHAGIAN PERTAMA : PENGERTIAN GHARAR & DALIL PENGHARAMAN

BAHAGIAN KEDUA : JENIS GHARAR & TEMPAT BERLAKUNYA

Tempat-tempat Berlaku Gharar

Contoh-Contoh Gharar

BAHAGIAN KETIGA : GHARAR & JUDI DALAM BENTUK SEMASA : PERTANDINGAN

BAB KEENAM : PERBEZAAN PERBANKAN ISLAM & KONVENSIONAL

BAHAGIAN PERTAMA : HUBUNGAN PERBANKAN ISLAM DAN ILMU SHARIAH

BAHAGIAN KEDUA : TUGASAN MAJLIS PENASIHAT SHARIAH

BAHAGIAN KETIGA : PENGESAHAN HALAL PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN KEEMPAT : PRODUK PERBANKAN ISLAM

a) Jual Beli & Sewa

b) Pelaburan Mudarabah dan Musyarakah

BAHAGIAN KELIMA : CONTOH DAN BENTUK PRODUK KEWANGAN ISLAM

•1) Pembiayaan Perumahan, barangan Industri secara Murabahah

•2) Pembiayaan Istisna' (untuk rumah atau bangunan dalam pembinaan )

•3) Komiditi Murabahah

BAHAGIAN KEENAM : PRODUK TAKAFUL (INSURAN ISLAM)

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

BAB KETUJUH : PERNIAGAAN & KERJAYA SEMASA

BAHAGIAN PERTAMA : PEGUAM & PEGAWAI PEMASARAN

BAHAGIAN KEDUA : PENIPUAN DALAM PENDAPATAN HARTA

BAB KELAPAN : ISU-ISU BERKAITAN PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN PERTAMA : MODAL BERCAMPUR PERBANKAN ISLAM & TAKAFUL

BAHAGIAN KEDUA : PERBANKAN ISLAM MAHAL DAN ZALIM

BAHAGIAN KETIGA : PERTEMBUNGAN KEPENTINGAN AHLI SHARIAH

BAHAGIAN KEEMPAT : TERIMA LOGO ‘HALAL' ATAU ‘ISLAM' TANPA KAJI

BAHAGIAN KELIMA : UBAH LAFAZ AQAD UNTUK HALALKAN RIBA

BAHAGIAN KEENAM : PINJAMAN KAKITANGAN & KETERPAKSAAN

BAHAGIAN KETUJUH : KESILAPAN DALAM IMPLEMENTASI ‘QARDUL HASAN'

BAB KESEMBILAN : HARTA HARAM & CARA PENGURUSANNYA

BAHAGIAN PERTAMA : CARA MELUPUS

BAHAGIAN KEDUA : SEDEQAH DENGAN HARTA HARAM

BAHAGIAN KETIGA : HARTA HARAM UNTUK MEMBINA MASJID

BAHAGIAN KEEMPAT : HARTA HARAM DIBERSIHKAN DENGAN ZAKAT

BAB KESEPULUH : HUTANG DARI SUDUT PANDANGAN ISLAM

BAB SEBELAS : ISU SHARIAH DALAM MLM

BAHAGIAN PERTAMA : PARA ‘USTAZ' DAN MULTI LEVEL MARKETING

BAHAGIAN KEDUA : PENGERTIAN MLM

BAHAGIAN KETIGA : BEBERAPA KERAGUAN SHARIAH DI DALAM MLM

BAHAGIAN KEEMPAT : SYARAT MINIMUM BAGI MLM

BAB KEDUA BELAS : BEBERAPA PELABURAN SEMASA

BAHAGIAN PERTAMA : PELABURAN SWISS CASH

BAHAGIAN KEDUA : ABB FUND, EAINDEX DAN WINLIFUND

BAHAGIAN KETIGA : PELABURAN DINAR IRAQ

C a r a P e m b e n t a n g a n

Menggunakan teknik berikut :

  • 1) Ceramah lisan
  • 2) LCD Projektor
  • 3) Kertas Kerja
  • 4) Lukisan di White Board

T e n t a t i f P r o g r a m

07.30 pagi : Pendaftaran peserta

08.30 pagi : Diskusi Topik 1

10.30 pagi : Sesi Soal Jawab

11.00 pagi : Rehat dan Minum Pagi

11.30 pagi : Diskusi Topik 2

12.30 tgh : Sesi Soal Jawab

01.15 tgh : Rehat, Solat Zohor dan Makan Tengahari

02.15 ptg : Diskusi Topik 3

03.30 ptg : Sesi Soal Jawab

05.00 ptg : Kursus Tamat

P e n u t u p

Akhirnya, adalah diharapkan program ini akan mampu menjana ilmu yang amat berguna buat seluruh peserta dan juga dapat melahirkan generasi yang cintakan urusan kewangannya selamat dan halal. Kesan dari harta yang halal pastinya mampu menjadi nukleus ke arah pembentukan sebuah masyarakat yang beridentiti Islam tulen. InsyaAllah

Sekian,

Pusat Pengajian At-Tibyan

 

 

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 4 guests

Komen Terbaru

You are here: Kursus Kewangan & Perbankan Islam