Utama arrow Lelaki & Wanita arrow Hukum Gugurkan Anak 7 Minggu
PDF Print
User Rating: / 22
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 16-01-2007 15:56
Views 35232    
Favoured 46

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu masalah...harap mendapat penjelasan dari ustaz

Baru-baru ini saya telah menjalani d&c ...iaitu mengugurkan kandungan...kandungan saya pada waktu itu berusia 7 minggu

Puncanya ialah, saya telah mendapat chicken pox pada 10 Dec 2006...dan pada waktu itu saya di sahkan TIDAK mengandung..maka Doctor yg merawat chicken pox saya telah memberi 4 jenis ubat, 2 antibiotik (satu kuat kandungannya dan satu lagi normal...mengikut istilah medical)...dan 2 ubat gatal (1 utk siang dan satu utk mlm)...dan saya juga telah mendapat injection utk mengurangkan gatal2 akibat chicken pox ini...dan menurut doktor ini jika saya di dapati mengandung saya tiada pilihan melainkan mengugurkan kandungan atas sebab-sebab keberangkalian bayi saya akan mengalami abnormalities spt cacat anggota, tak cukup jantung...(cth yg di beri oleh doktor ini)

 

Assalamualaikum ustaz,

Saya ada satu masalah...harap mendapat penjelasan dari ustaz

Baru-baru ini saya telah menjalani d&c ...iaitu mengugurkan kandungan...kandungan saya pada waktu itu berusia 7 minggu

Puncanya ialah, saya telah mendapat chicken pox pada 10 Dec 2006...dan pada waktu itu saya di sahkan TIDAK mengandung..maka Doctor yg merawat chicken pox saya telah memberi 4 jenis ubat, 2 antibiotik (satu kuat kandungannya dan satu lagi normal...mengikut istilah medical)...dan 2 ubat gatal (1 utk siang dan satu utk mlm)...dan saya juga telah mendapat injection utk mengurangkan gatal2 akibat chicken pox ini...dan menurut doktor ini jika saya di dapati mengandung saya tiada pilihan melainkan mengugurkan kandungan atas sebab-sebab keberangkalian bayi saya akan mengalami abnormalities spt cacat anggota, tak cukup jantung...(cth yg di beri oleh doktor ini) dan pada 28 Dec 2006, saya telah sekali lg membuat pregnancy test dan telah di dapati mengandung dan usia kandungan saya ketika itu dlm linkungan 7 minggu....saya telah mendapatkan nasihat Doctor saya ketika itu (bukan
doctor yg sama yang merawat chicken pox saya)...dan menurut doktor tersebut saya boleh meneruskan kandungan saya...

pada 29 Dec 2006, saya telah pergi mendapatkan third opinion tentang kandungan saya dan doktor ini telah memberikan ulasan2 dari 2 sudut, iaitu sudut religion dan sudut medication...mnenurut doktor ini ( Dr. Hj A....),
ubat2 yg saya makan masa chicken pox kebarangkalian besar ada effect pada baby since salah satu ubat agak kuat, jd Dr . ini tidak dapat membuat keputusan utk saya samada adalah ok utk meneruskan kandungan atau terminate
kandungan tersebut....

saya benar2 dlm dilema , dan saya telah mendapatkan nasihat dr ibu dan ibu mertua saya dan atas nasihat mereka dan atas dasar2 yg telah Dr. Hj A...terangkan, saya dan suami mengambil keputusan utk mengugurkan kandungan
memandangkan usia kandungan baru 7 minggu dan keputusan saya tidak ditentang oleh Dr ......

tetapi saya ingin mendapatkan penjelasan dan pendapat ustaz adakah keputusan saya utk mengugurkan kandungan HARAM hukumnya....

saya silap sbb tak mengerjakan solat istikharah terlebih dahulu dan saya berdoa agar ALLAH memngampun kan dosa saya atas apa yg telah saya lakukan...


semoga saya ustaz dpt menolong saya

wasalam


JAWAPAN

Salam,   Maaf, saya rahsiakan identiti pengirim, tetaoi utk beri manfaat utk ahli di yahoo group saya, saya tujukan email kpd group dan rahsiakan nama dan email pengirim.   jawapan :   Saya bersimpati dengan apa yang berlaku, chickhen pox bagi org deasa memang amat menyakitkan.   Hukum gugurkan anak telah pernah saya tulis dahulu, ia seperti berikut :_   HUKUM MENGGUGURKAN JANIN

Sebagai tambahan dan lebih faedah untuk pembaca disertakan hukum Menggugurkan Janin dalam keadaannya yang berbeza :


1. JANIN mengidap Penyakit yang ringan (tidak mengakibatkan kematian) yang boleh diubati.
Hukumnya : HARAM sebelum 4 bulan dan selepas

2. JANIN mengidap kecacatan ringan yang tidak boleh diubati tetapi ia boleh hidup. Seperti Buta, Cacat sebelah tangan, atau kedua-duanya, cata kaki, kurang jari dan sebagainya
Hukumnya : HARAM jika umur janin melebihi 4 bulan, HARUS kiranya umur bayi di bawah 4 bulan.

3. JANIN mengidap Kecacatan yang Serius yang membawa kematian . seperti tiada kepala, tiada paru2 dan sebagainya
Hukumnya : Biasanya janin akan gugur dengan sendirinya. Tiada hukum.

4. JANIN mengalami kecacatan anggota yang membawa akan membawa kematian sejurus selepas dilahirkan.
Hukumnya : Terdapat perbezaan pandangan ulama'

a) HARUS sebelum 4 bulan, Haram selepas 4 Bulan.

b) HARUS walaupun selepas 4 bulan, dengan syarat, Keyakinan tinggi hasil analisa Doktor2 pakar.

5. JANIN menghidapi penyakit AIDS.
Hukumnya : HARUS sebelum 4 bulan , Haram selepas 4 Bulan.

6. JANIN yang terhasil akibat dirogol
Hukumnya : HARUS digugurkan hanya sebelum 4 Bulan.

7. JANIN yang sihat @ sakit @ cacat tetapi nyawa Ibu terancam kiranya janin dilahirkan.
Hukumnya : HARUS gugur janin samada sebelum atau selepas 4 bulan, kerana nyawa Ibu diutamakan dalam hal ini.


PERSOALAN : Mengapa umur Janin SEBELUM DAN SELEPAS 4 bulan membawa perbezaan hukum ?

Jawapan : Berdasarkan hadith Riwayat Muslim, titik hidup manusia bermula sebagai manusia dengan mempunyai hak2 kemanusian yang dikitiraf dalam Islam adalah dari umur 4 bulan dalam kandungan. Kerana berdasarkan hadith Nabi SAW, MANUSIA DITIUPKAN RUHNYA KETIKA SEKITAR UMUR 120 HARI. DEMIKIAN PANDAGAN MAZHAB YANG EMPAT DAN MAJORITI FUQAHA.

Maka apabila telah ditiup Ruh, janin tersebut dianggap sebagai seorang manusia yang mempunyai hak seperti manusia sempurna. Justeru, penggugurannya adalah dikira membunuh manusia atau nyawa. Ia diharamkan oleh Allah sbgmn FirmanNya : Ertinnya : "Dan janganlah kamu membunuh nyawa manusia yang diharamkan oleh Allah kecuali dengan alasan yang benar (di sisi syarak)." (Surah Al-An'am : 151)

Walaupun majority fuqaha memfatwakan boleh menggugurkan janin sebelum 4 bulan dengan sebab2 yang konkrit, bagaimanapun terdapat sekumpulan kecil ulama yang mengharamkannya dalam semua peringkat umur janin, ia adalah pandangan Imam Abu Hamid Al-Ghazali (wafat 505 H), serta sebahagian Fuqaha' Mazhab Maliki.
 
sekian,   sila buka
http://www.zaharuddin.net/ untuk lebih banyak artikel 


ust zaharuddin

16 JAN 07

Last update: 17-01-2007 15:16

Published in : Soal Jawab, Lelaki dan wanita
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (30) RSS feed comment
Posted by mama, on 30-08-2010 08:08, IP 124.82.68.236, Guest
1. kebingungan
saya ingin berkongsi masalah yang dihadapi oleh saya dan ingin meminta nasihat dari ustaz. 
 
saya baru melahirkan anak sulong pada bulan 1 tahun 2010 secara operation,dan hari ini selepas melakukan urin test medapati saya mengandung anak kedua, usia anak sulung baru mencecah 8 bulan.. 
megikut nasihat dari doc,saya tak boleh mengandung dalam masa 2 tahun,ini bagi memastikan luka dan rahim kuat.. 
Apa pendapat ustaz,jika saya menggugurkan kandungan saya dan apakah hukum nya.. 
terima kasih ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd firdaus bin ab hamid, on 26-05-2010 11:18, IP 124.13.71.102, Guest
2. apakah tindakan gugurkan kandungan
salam.. 
 
apa pandangan ustaz tentang adik ipar mengandung 3 bulan.Setelah membuat pemeriksaan dia dapati mengandung bayi yang cacat...dimana bayi yang akan lahir pendek,kulit berkedut,tanpa ovari ( peranakan)jantung belubang, leher membengkak dimana mempunyi air atau ....Dr mengatakan bayi akan mati dalam masa 3 minggu lagi jika tidak membuat pembedahan untuk membuang air dileher bayi.waktu ini dia delima antara nak gugurkan atau tidak...setelah menunggu 3 minggu bayi tersebut tidak juga mati.skrg telah masuk 4 bulan...apakah tindakan yg perlu diambil...
 
» Reply to this comment...

Posted by wil-aza, on 21-05-2010 15:34, IP 125.161.29.161, Guest
3. wil
ass... 
apa alasan saya ingin menunaikan hak anak untuk d susui selama 2th,,benar jika saya terpaksa melepas janin yg berusia 2mg... 
mohon bantuannya,,pa ustad.
 
» Reply to this comment...

Posted by takut, on 16-04-2010 00:27, IP 121.120.43.162, Guest
4. hamil ketika menanti hari pernikahan
sy sedang membuat persiapan untuk menikah, insyaallah pd awal bln jun. Walaupn kptsn bernikah ni tak lbh 2 bln sy bersetuju wlaupn pd mulanya sy mengalami mslh dgn teman lelaki sy. Memang sblm ini sy mngamal gaya hidup bebas & penah terlanjur. Namun sy sedar & cuba meninggalkn teman lelaki saya atas alasan dia tidak mahu menerima perubahan sy ke arah kebaikkn.Tapi bila sy memberi kata putus tidak mahu berhubungan dgn dia, dia tiba2 jd berubah & mendapatkn sy semula. Dia berhubung terus dgn ibu bapa sy & menyatakn hasrat utk menikahi sy dlm ms terdekat.Bila melihat kesungguhan dia sy cuba beri dia peluang lagi.Nampaknya dia memang bersungguh mahukn sy & terus membuat persiapan untuk bernikah.Tapi Allah ingin menduga saya, pada 13hb mei 2010 sy membuat ujian kehamilan di dapati positif namun sy msh tidak psti berapa usia kandungan itu kerana sy terlewat haid lbh krg 1 minggu lebih & sy juga tidak membuat pemeriksaan doktor.Sy merancang utk menggugurknnya kerana tidak mahu ibu bapa sy tahu & kecewa kerana mereka amat gembira bila tahu sy ingin berkahwin kerana sy yg akn memberikn mereka menantu pertama wlau sy mempunyai 2 kakak & 3 adik yang sudah berumur 20an.Walau perancangan nikah cuma tidak smpai 2 bln tp sy tidak snggup melahirkn anak yg tidak sah taraf & berbin/binti abdullah. Sy risau akan ms depannya & sy paling tidak snggup mengecewakn ibu bapa sy?? Sy pernah terbaca, anak yang lahir selepas 6bln ibu bapanya menikah boleh di bin/binti dgn bapanya tapi yang menjadi kemusykilan adalah status?? Adakah di kira anak tidak sah taraf walau berbin/binti bapanya?? Apakah yg harus sy lakukan. bantu la sy..
 
» Reply to this comment...

Posted by siti fariha, on 31-03-2010 13:26, IP 118.101.154.174, Guest
5. salam
assalamualaikum ustaz..saya ada satu soalan,kawan saya dah lama terlanjur(bulan lepas).bulan lepas dia dah datang haid.tp bulan nie belum...dia risau sangat...
 
» Reply to this comment...

Posted by mia, on 24-03-2010 21:46, IP 121.121.131.247, Guest
6. ragu2!
askum,ustaz kwn saya belum berkahwin..skg dia telah terlanjur..semasa dia melakukan hubgn seks dia dlm keadaan subur..dalam beberapa minggu ini.dia merasa mual2 dan kerap kencing..dan juga perut semakin keras..adakah dia mgandung??
 
» Reply to this comment...

Posted by kushairi, on 18-03-2010 14:08, IP 124.82.195.98, Guest
7. Menggugurkan kandungan
salam ustaz sy nak tny pendapat ustaz oleh kah saudar perempuan sy menggugurkan kandungan nye yg berusia 5 minggu..untuk makluman ustax saudar sy masih belum berkahwin kira anak luar nikah dalam pada mase yg sama saudara sy ingin bernikah di siam dgn teman lelaki nye..masalhnye ustaz saudara sy masih belajar...beliau takut tiada siapa dapat menjaga anak yg bakal dilahirkan sekiranya beliau bernikah dgn pasangan nye.pasangannye juga menjamin akan menjaga anak itu
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 25-02-2010 17:16, IP 60.49.98.5, Guest
8. jalan penyelesaian
salam ustaz... 
 
saya baru setahun melahirkan anak melalui kaedah pembedahan. dan kini saya mengandung lagi. semasa dihospital doktor ada mengatakan tempoh kehamilan saya yang akan datang selam 3 tahun. akibat masalah kedudukan perut saya yang tidak stabil tempoh itu diberikan bagi keselamatan saya. dosakan saya jika mengugurkannya.. :cry
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nas, on 24-02-2010 01:13, IP 203.82.80.52, Guest
9. 2 bulan(digugurkan)
salam ustaz 
 
saya hendak bertanya, 
kawan saya menggugurkan anknya yg berada dlm kandungan selama 2 bulan kerana kesempitan hidup dan ekonomi yang teruk, 
 
apakah hukum nya ustaz? 
 
UZAR :hukumnya haram sbgmn dalil al-quran larang bunuh anak kerana miskin
 
» Reply to this comment...

Posted by zie, on 05-02-2010 12:53, IP 115.135.111.183, Guest
10. gugurkan kandungan
Assalamualaikum. Saya pernah gugurkan janin, tetapi tidak tahu berapa minggu . Pada waktu itu saya baru lepas melahirkan anak yang kedua. Utk mengelakkan terlalu rapat, saya gugurkan kandungan tersebut. Apakah hukumnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by jerung16, on 04-01-2010 19:30, IP 203.82.80.57, Guest
11. menggugurkan kandungan
saya hamil 11 minggu selepas bersalin 5 bulan,bagi saya kandungan ini terlalu awal.apakah hukumnya jika saya menggugurkan kandungan ini??? 
thanks for your answer
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nasuha, on 04-12-2009 05:50, IP 124.13.182.13, Guest
12. selemah-lemah iman
assamualaikum ustaz.... saya adalah seorang ibu yang mempunyai seorang anak... pada kelahiran yang pertama saya telah mengalami masalah berat badan yang teruk iaitu 100kg dengan ketinggian 5 kaki berat badan asal saya adalah 60kg... selepas anak saya berusia setahun saya di dapati mengandung lagi... saya bercadang mengugurkan anak yang berusia 5 minggu ini kerana saya khuatir dengan berat badan saya kini mencecah 85kg... saya takut saya tidak mempu membuat apa2 pergerakan kerana saya sudah pernah melaluinya pada kelahiran yang pertama...apa pandangan ustaz..
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur Sya, on 13-08-2009 19:30, IP 219.95.58.42, Guest
13. Hukum Gugurkan Anak 7 Minggu
Assalamualaikum ustaz, 
saya nak tahu apakah hukumnya jika saya mengugurkan kandungan yang baru berusia 5 minggu disebabkan oleh keterlanjuran saya bersama tunang saya,apakah pandangan ustaz dalam hal ini,setiap hari saya bersujud meminta utk mendapatkan keampunan daripadaNYA. dan pada tahun hadapan bulan 4 saya akan melangsungkan perkahwinan..
 
» Reply to this comment...

Posted by LIENA, on 12-08-2009 13:04, IP 124.82.192.26, Guest
14. GUGUR KANDUNGAN
ASSALAM.... 
USTAZ, SAYA INGIN BERTANYA HUKUM MENGGUGURKAN KANDUNGAN YANG BERUSIA SEBULAN. ADIK SAYA MEMPUNYAI SEORANG ANAK YANG BERUMUR 1 TAHUN 4 BULAN. SEKARANG DIA MENGANDUNG ANAK YANG KEDUA. OLEH KERANA MEMPUNYAI MASALAH KEWANGAN YANG TERUK, DIA BERCADANG UNTUK MENGGUGURKAN KANDUNGAN TERSEBUT TANPA PENGETAHUAN SUAMINYA.ADAKAH ITU SALAH. 
 
UZAR : haram gugurkan anak tanpa izin suami. mengapa dia nak buat di belakang pengetahuan suami?  
 
Gugurkan anak atas alasa kewangan adalah ditolak oleh Allah swt. Ia haram
 
» Reply to this comment...

Posted by glyne, on 27-07-2009 14:42, IP 121.121.132.109, Guest
15. risiko gugur
saya ingin tahu apakah risiko sesorang itu jika ingin menggugurkan kandungan yg berusia 6 bulan ?
 
» Reply to this comment...

Posted by hamidah, on 02-02-2009 10:50, IP 60.50.218.158, Guest
16. kongsi derita
saya telah melahirkan awal bayi saya pada 13 jun 2008 sebab anencephaly. Ketika itu kandungan telah berusia 7 bulan. Dan saat dia lahir dia berusia 8 bulan. Menyesal dengan keputusan yg telah saya ambil. Rasa berdosa akan menghantui saya sepanjang hayat. :cry :cry :cry
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mummy, on 13-11-2008 19:25, IP 194.80.178.1, Guest
17. ...
assalamualaikum ustaz, 
 
sya ingin tahu adakah masalah saya ini dalam golongan yg ke3 atau ke4. bayi dalam kandungan saya mengalami anencephaly iaitu tiada tempurung kepala. jadi saya di nasihati oleh dr. yg merawat saya. nasihat yg diberikan oleh dr. tersebut ialah saya perlu gugurkan kandungan sya krn kandungan saya tdk dpt diselamatkan lg jka saya tunggu sehingga cukup bulan kehamilan saya, saya akan mendapat 50% untuk hidup dan bayi saya akan mati selepas 2 @ 3 jam selepas kelahiran.  
 
saya tidak sanggup untuk menunggu sehingga cukup bulan dan memberi kptsn dr. bahawa saya hendak menggugurkan kandungan saya seumur 6 bln. cara menggugurkan yg diterang oleh dr. kpd saya iaitu dengan melahirkan bayi secara normal dan bayi saya akan diberi untuk dikebumikan. selepas ini adakah saya perlu membuat makan arwah selama 7 hari juga atau x perlu. saya admit d hospital pd 17 nov 2008. saya harap ustaz dpt membantu saya dlm menangani msalah ini.  
 
UZAR : Jika nasihat doktor confirm terus melahirkan anak tu boleh membhayakan nyawa si ibu..harus hukumnya di gugurkan wp lebih 120 hari. 
 
Makan arwah selama tujuh hari adalah haram sibuat dan ia adalah ajaran karut
 
» Reply to this comment...

Posted by Shuya, on 17-09-2008 23:54, IP 194.80.178.1, Guest
18. ...
Salam,saya merancang ingin mengandung lagi memandangkan anak sulung saya kini telah berumur 2 tahum 6 bulan.Masalahnya saya pernah disahkan GBS (group B streptococos )via UTI sewaktu melahirkan anak pertama.Kesannya anak sulung saya terpaksa tingga di wad pedriatrik selama 1 minggu untuk diberikan antibiotik bagi mengelakkan menegitis or phumonia.Syukur kini anak saya membesarsebagai kanak-kanak yang sihat dah jarang deman. 
Persoalan disini,doktor pernah menasihatkan saya jika mengandung lagi saya perlu mendapatkan antibiotik bagi mengelak GBS dari berulang kembali.Boleh tak terangkan kemuskilan saya tentang GBS ini. 
 
miaurajohara@yahoo.com
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hamba allah, on 27-07-2008 21:45, IP 194.80.178.1, Guest
19. ...
ingin jalan kearah kebenaran dan bertaubat, kemungkinan saya berdosa besar kerana mengugurkan kandungan, kandungan saya pada waktu itu berusia 3bulan 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by bb, on 21-04-2008 19:19, IP 60.52.100.140, Guest
20. ...
klu tak keberatan,boleh tk dok bg tips cara2 mencegah kehamilan
 
» Reply to this comment...

Posted by ANNA, on 04-02-2008 22:44, IP 60.52.103.75, Guest
21. ...
ASKUM..SAYA D SAHKAN MEGANDUNG SLMA SEBULAN.. 
TAPI RAHIM SAYA TAK SIHAT DAN MEGALAMI 1 JANGKITAN..SAYA TAKNAK ANAK SAYA TURUT TERJANGKIT,SAYA RASA JALAN TERBAIK NAK GUGUR KAN KANDUNGAN SAYA...TLNG BERIKAN SAYA NASIHAT...? 
 
uzar : sila dapatkan nasihat dari doktor pakar yang beragama Islam, contoh Dr Fatimah di Pusat Perubatan Pakar Wanita An-Nur di Bandar Baru Bangi
 
» Reply to this comment...

Posted by dedi arm grt, on 22-01-2008 22:56, IP 60.52.103.198, Guest
22. ...
Membunuh adalah menghilangkan nyawa. kandungan yang belum punya nyawa, dan kemudian digugurkan, tidak termasuk membunuh. Tentu dengan alasan yang jelas dan masuk akal.
 
» Reply to this comment...

Posted by zz, on 10-01-2008 10:39, IP 60.52.100.65, Guest
23. ...
Fazirah said "Masa i pregnant abt 17 weeks, anak sulung,i dpt chicken pox..teruk jugalah.. i pegi ampang puteri, then dr malik kasi i ubat kuat jugalah..lupe nama..but then start with z.. mahal" 
 
Saya sekeluarga sekarang berada di U.K. Isteri saya ketika ini sedang mendandung 17 minggu dan baru sahaja di jangkiti chicken pox dari anak yang sulong. Boleh saya tahu ubat apa yang Puan Fazirah gunakan. Kalau boleh saya ingin mendapatkan ubat tersebut di farmasi U.K (setelah mendptkan pandangan doktor disini 
 
Untuk makluman, saya sudah menghantar isteri jumpa doktor, tapi doktor tidak memberi sebarang ubat dan sekadar mencadangkan supaya menggunakan ubat sapu 'malamine' dan makan paracetamol jika sakit kepala. Diminta untuk jumpa lagi pada hari Jumaat ini untuk pemeriksaan lanjut. 
 
Walaubagaimanapun saya masih risau dan perlukan pendapat pihak ketiga, 
 
Terima kasih UZAR kerana membicarakan hal ini dan kalau ada maklumat tentang macamana hendak menghubungi Fazirah, saya amat berbesar hati kalau dapat memaklumkan kepada saya. 
 
eenzz@leeds.ac.uk 
 
» Reply to this comment...

Posted by Fahmi, on 02-01-2008 13:21, IP 211.25.51.1, Guest
24. ...
Thanks for the information Dr Muzirah. tp yg ditakuti oleh ibu yg mengandung ini bukanlah chicken pox itu sendiri. tp antibiotik yg diambil untuk mengubati chiken pox itu. mungkin kesan sampingan dari antibiotik itu.... sekian
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin Tahu, on 31-12-2007 18:20, IP 60.52.100.61, Guest
25. ...
apakah hukum nya sekiranya haid lewat 2 hari dan mengambil ubat untuk tujuan 'turun darah'. Walaupun belum disahkan mengandung?
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr. Murizah Mohd Zain, on 07-12-2007 18:58, IP 60.52.97.151, Guest
26. ...
Mungkin saya boleh memberi sedikit pandangan yang boleh dikaitkan dengan beberapa contoh.  
 
Secara am menggugurkan kandungan adalah haram dan banyak fatwa termasuk fatwa masa kini oleh yusof qardawi tidak mengaitkan dengan usia kandungan.  
 
Dalam situasi tertentu misalnya jika seseorang ibu mengandung dan kandungan boleh menjejaskan kesihatan sehingga membawa risiko yang tinggi, maka pengguguran dibenarkan atas alasan kesihatan.  
 
Dari segi hukum Islam ianya dibenarkan, dari segi undang2 di malaysia ianya juga dibenarkan setelah mendapat pengesahan oleh 2 orang doktor pakar yang yakin bahawa kandungan membahayakan kesihatan ibu.  
 
Kes-kes yg biasa kami hadapi di hospital seperti penyakit jantung dengan hipertensi pulmonari, kegagalan buah pinggang dan beberapa lain yang perlu mendapat pengesahan keseriusan dari pakar obstetrik serta pakar perubatan.  
 
Bagi kes-kes kacacatan teruk yang akan mengalami kematian selepas dilahirkan seperti anencephaly (tiada tempurung kepala yan lengkap), pengguguran boleh dilakukan tetapi kecacatan yang tidak membawa kematian seperti Down's Syndrome atau kecacatan2 lain pengguguran tidak dibenarkan dari segi hukum Islam dan undang2 Malaysia. 
 
Alasan anak masih kecil, rezeki sempit dsb tidaklah kuat dari segi syarie utk menggugurkan anak.  
 
Dari pengalaman saya, agak ramai pesakit yg teragak2 utk merancang keluarga tetapi lebih terbuka utk menggugurkan anak. sikap ini perlu diubah kerana merancang keluarga adalah sesuatu yang dibenarkan bahkan sebenarnya adalah sesuatu yg baik demi memberi hak kepada anak dan ibu sedangkan pengguguran adalah satu yang haram kerana ianya sebenar sama seperti membunuh satu nyawa yang telah ditakdirkan. sila berbincang dengan doktor anda ttg kaedah merancang keluarga. 
 
wslm 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by gadis terdesak, on 04-12-2007 18:18, IP 60.52.103.52, Guest
27. ...
hai,selamat malam.saya ada masalah dalam hidup iaitu mengandung 2 bulan.dan saya merancang ingin mengugur kan kandungan tersebut.apa cara2 yang tuan boleh beri kan dengan saya.?
 
» Reply to this comment...

Posted by Fazira, on 15-11-2007 00:10, IP 60.52.102.32, Guest
28. ...
Just nk sharing experience..  
Masa i pregnant abt 17 weeks, anak sulung,i dpt chicken pox..teruk jugalah.. i pegi ampang puteri, then dr malik kasi i ubat kuat jugalah..lupe nama..but then start with z.. mahal.  
 
kena amik dlm masa 2-3 days awal. i amik pn dah lmbt 2 ari bcoz dr satu lagik x pasti selamat atau tidak.Then my sisterinlaw dtg lawat..dia pegnent abt 11-12 weeks.  
 
TThen after 2 weeks, kena chicken pox, then terus dia mkn ubat tu..jadi x teruk sgtlah chicken pox tu.. 
 
So far, my baby and anak saudara tu alhamdulilah sihat walafiat,.. But of coz, doa pun tak tinggal..  
 
Kawan2 ofis pn dulu2 masa i pregnant mcm2 prasangka..but kite berdoa byk2.  
 
Itulah nk kongsi pengalaman smoga boleh dijadikan panduan utk org lain..  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by amir, on 24-10-2007 20:32, IP 60.52.103.54, Guest
29. ...
apakah hukum nya pula sekiranya didapati mengandung 2 minggu dan digugurkan tanpa sebab (anak masih kecil dan sebagainya)
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr. Murizah Mohd Zain, on 18-10-2007 16:00, IP 211.25.51.1, Guest
30. ...
Saya ingin memberi sedikit komen dalam isu chicken pox.  
 
Saya adalah seorang pakar perbidanan dan sakit puan.  
 
Apabila ibu mendapat jangkitan chicken pox sewaktu awal mengandung/( trimester pertama;kurang dari 12 minggu), kemungkinan untuk bayi turut mendapat jangkitan dan kesannya adalah sangat kecil iaitu kurang dari 1%.  
 
Justeru itu, tidak ada keperluan untuk menggugurkan kandungan disebabkan oleh jangkitan chickenpox di awal trimester.  
 
KOMEN UZAR : TERIMA KASIH DR ATAS INFO DAN KESUDIAN BERTANDANG DI WEB SAYA YANG TAK SEBERAPA INI.  
 
KALAU BOLEH DAPAT CONTACT NUMBER BAGUS JUGA, BOLEH RUJUK JIKA TERDAPAT ISU-ISU BEGINI LAGI.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom