Utama arrow Perbankan & Insuran arrow Beza Insuran Konvensional & Takaful : Sudut Hukum
PDF Print
User Rating: / 125
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 07-03-2007 09:19
Views 46344    
Favoured 52

Perbezaan Insuran

Konvensional & Takaful

Oleh

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ramai yang kurang memahami beza di antara praktis yang dilakukan oleh syarikat Insuran dan Takaful. Setelah saya menulis tentang terdapat unsur gharar dan riba di dalam insuran konvensional. Maka timbul dakwaan bahawa jika demikian, takaful juga mengandungi proses yang sama. Lalu, bagaimanakah bentuk yang dilakukan oleh syarikat-syarikat Takaful?. Bukankah ia juga mempunyai elemen meletakkan wang dan menunggu pampasan apabila musibah mendatang.?

Jawapan mudah saya adalah, syarikat-syarikat Takaful telah mengubah aqad ‘Mu'awadah Maliah' yang digunakan oleh syarikat Insuran konvensional kepada aqad Tabarru'at (kontrak derma). Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

Contoh mudahnya, apabila anda memberikan hadiah kepada seseorang, adakah menjadi syarat agar anda memberitahu kepadanya berapa jumlah yang anda beri? Jawapnya sudah tentu tidak menjadi syarat. Ini kerana, ia adalah sumbangan baik dari satu pihak, tatkala itu tidak banyak syarat diperlukan untuk melaksanakan aqad derma ini.

Bagaimanapun bagi memudahkan urusan syarikat Takaful, mereka akan menggunakan gabungan beberapa aqad. Asas asasnya adalah :-

  • a) Tabarru' dan Mudarabah
  • b) Wakalah dan Tabarru

Saya tidak akan mengulas kedua-dua bentuknya secara panjang lebar, cukup saya sertakan gambar rajah bagi kedua-dua bentuk agar ia dapat memberi sedikit gambaran awal kepada para pembaca. ( Malangnya saya gagal memasukkan gambar rajah ini )

1) Takaful Model Wakalah dan Tabarru'

Keterangan ringkas : Syarikat Pengendali Takaful dilantik oleh pencarum sebagi wakil bagi menguruskan sejumlah wang tertentu untuk didermakan bagi tujuan takaful apabila diperlukan. Untuk melaksanakan tujuan itu syarikat Takaful akan mengambil sejumlah upah (al-Ujr) atas sebagai kos pengurusannya. Di samping itu, ia juga berfungsi sebagai wakil untuk melaburkan wang yang belum didermakan dan atas dasr Ju'alah, syarikat akan mengambil satu lagi jumlah upah sekiaranya ia berjaya mendapatkan untung dari pelaburan yang diusahakannya itu.

2) Takaful Model Tabarru dan Mudarabah

Keterangan ringkas : Menurut model ini, pihak pencarum meletakkan wangnya dalam jumlah tertentu atas aqad tabarru', pihak syarikat akan menguruskan tabung takaful dan dalam masa yang sama melaburkannya, jika terdapat lebihan keuntungan (surplus) setelah ditolak semua kos-kos pengurusan, pihak syarikat Takaful akan menghadiahkan sejumlah wang kepada peserta sebagai penghargaan penyertaannya.

Kesimpulan; perubahan dari aqad yang mengandungi ciri jual beli yang diamalkan oleh Insuran konevsnional menjadikannya bermasalah dari sudut Shariah. Ini berbeza dengan yang digunakan oleh Takaful yang menggunakan samada aqad derma (tabarru') atau (wakalah).

Berikut pula perbezaan antara keduanya dalam bentuk jadual ;-

Konvensional Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham) * Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
  * Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan. Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran. Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus' Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum.

Demikian penerangan ringkas saya.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

17 Safar 1428 H = 7 Mac 2007

Last update: 07-03-2007 09:38

Published in : Soal Jawab, Perbankan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (60) RSS feed comment
Posted by Farihin Fong, on 30-08-2010 00:45, IP 121.120.80.9, Guest
1. Look deeply rather than halalizing
Assalamu alaykum Ustaz, interesting article. But I must interject with my findings on the matter. I feel we cannot exploit the 'aqad' to transform something which in essence is haram to something halal. For example, i lend money to someone and when he pays back we have an aqad for him to give me a 'hibah' or a gift. Yes, it's a aqad, but the essentially it is simply disguising the riba.  
 
Is it alright if I paid RM 100 to the takaful company for a one shot deal at 'insuring' my drive balik kampung, so if anything happens to me in the span of 1 week, then I should get RM 100K? That is clearly gambling, we can see that but we cannot see it when its mixed up in a 'halal' aqad. But then its ok for the insurance company to give you coverage for your mortality and accidental injuries? 
 
Instead of looking at takaful superficially like all the Ulama have done, perhaps we should look at it deeply and not get ourselves entrenched in halalizing all western based businesses that are haram at the core.  
 
Do you realize that Takaful is already threatening one of the greatest institutions in Islam, namely Baitul Mal? It's the job of the zakat that everyones pays to help the poor stricken, not takaful. But with takaful spreading its wings, it inevitably has taken over that institution's role. As it is, people have less faith in the divinely ordained institution of baitul mal and takaful is adversely effecting it. 
 
Furthermore, for what imaginable reason does takaful have for investment activities? The only solid answer is that it is worthless to simply loose money insuring yourself on something that may or may not happen for years and years, so in order to blur the public's eyes towards their loss, takaful introduces investments, making it attractive. Imagine if they only concentrated on their main business, that is 'islamically insuring' everyone, then of course it is a loosing game. This are the hard facts, I hope you look deeply into the implications sir. This only my opinion,tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Aiman, on 30-07-2010 00:04, IP 60.50.57.22, Guest
2. minta izin
Assalamualaikum saudara uzar.. minta izin untuk saya mengambil artikel tuan hamba untuk panduan saya dan rakan2 seagama kita yg lain.. insyaAllah..
 
» Reply to this comment...

Posted by Marni Suhaila, on 07-07-2010 17:07, IP 175.144.197.235, Guest
3. Medical card
Assalamualaikum,  
 
Ustaz, sy ingin bertanya tentang status penjualan medical card yang bukan dikeluarkan oleh syarikat takaful. Adakah benar semua medical card halal digunakan selagi ia hanyalah berupa persediaan rawatan perubatan dan tidak mendapat manfaat tunai( sejumlah wamg) selepas berlaku TPD atau kematian?.semata-mata persediaan. Manakala,faedah Hosp & rawatan yang diberi oleh medical card trsbt amat baik dan faedah dan bayaran premium spt itu tidak disediakan oleh syarikat berasaskan takaful.Terima kasih & wasalam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mohd khairuddin bin mohd yusof, on 04-07-2010 10:48, IP 121.121.222.171, Guest
4. Takaful Consultant
ASSALAMUALAIKUM UZAR.... 
MOHON KEBENARAN UZAR UNTUK MENGAMBIL ARTIKEL DALAM RUANGAN INI UNTUK MEMBERI PENERANGAN KEPADA PROSPEK TAKAFUL 
 
TQ....
 
» Reply to this comment...

Posted by Bedak, on 01-07-2010 18:00, IP 65.49.14.11, Guest
5. lulus-syariah dan patuh-syariah
Salam UZAR,apa bezanya di antara lulus-syariah dan patuh-syariah? 
 
 
UZAR : sama sahaja, beza hanya pada ejaan
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Faizal Ab Razak, on 04-06-2010 14:30, IP 115.134.241.174, Guest
6. Ingin kongsi Ilmu
Salam tuan, saya ingin berkongsi artikel tuan dgn rakan2 saya dan juga umat islam yg lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba Allah, on 19-05-2010 19:06, IP 121.121.140.64, Guest
7. Kekeliruan antara Insuran dan Takaful
Assalamualaikum, 
Saya ingin bertanya dua soalan; 
1. Seorang peniaga mengusahakan perniagaan Halal tapi asas modal sumber keewanganya dari yang Haram. Apa hukum duit hasil dari perniagaan Halal tersebut? 
2. Satu syarikat Insuran telah diberi lesen untuk mengeluarkan product Takaful. Adakah product Takaful itu halal sedangkan sumber modalnya dari akaun Insuran yang telah lama dijalankan?
 
» Reply to this comment...

Posted by AGENT TAKAFUL IKHLAS, on 17-04-2010 01:40, IP 121.121.45.4, Guest
8. ALHAMDULILLAH
ASSALAMUALAIKUM , ALHAMDULILLAH SAYA BERADA DI LANDASAN YANG BETUL DENGAN MEMBAWA PRODUK2 TAKAFUL IKHLAS. SEMAKIN KUKUH LA KEYAKINAN SAYA DENGAN SYARIKAT INI.SESIAPA YG MASIH TERCARI-CARI AGEN TAKAFUL IKHLAS BOLEH LAH HUBUNGI SAYA DI 0127924600
 
» Reply to this comment...

Posted by azahari khuzaifah, on 05-04-2010 01:38, IP 60.49.65.152, Guest
9. beza antara insuran dan takaful
salam ustaz, 
 
mohon kebenaran dari ustaz untuk saya jadikan rujukan dalam segala urusan yg berkaitan isu ni.
 
» Reply to this comment...

Posted by nurish, on 01-04-2010 16:57, IP 60.50.209.118, Guest
10. minta izin
minta izin ustaz saya ambil artikal ini untuk pengetahuan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ROSE, on 29-03-2010 20:39, IP 203.82.92.40, Guest
11. Nak minta izin copy untuk blog saya.
salam ustaz,sy bakal menjadi agen takaful ikhlas,sy minta izin ustaz utk copy article ini utk bakal blog sy nnti,hrp ustaz izinkan,ilmu dikongsi manfaat bsama.
 
» Reply to this comment...

Posted by student, on 06-03-2010 23:48, IP 210.48.147.2, Guest
12. minta kbnaran
aslkm ustz, minta kbnaran ambil article utk buat assgment.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by shahrul, on 13-12-2009 22:11, IP 120.141.50.177, Guest
13. Nak minta izin copy untuk blog saya.
:) Ustaz,nak minta untuk copy ke blog saya dan saya akan letak linknya..sharing is caring..
 
» Reply to this comment...

Posted by sanahar, on 22-11-2009 13:41, IP 119.110.105.36, Guest
14. mintak izin
Assalamualaikum wrt.. ustaz, sy mintak izin untuk copy.. sebagai rujukan saya n pd y lain..
 
» Reply to this comment...

Posted by johan, on 12-11-2009 15:25, IP 60.53.10.175, Guest
15. sc & bnm
Salam uztaz, 
1.Dari sudut pelaburan insuran,apakah fungsi sebenar shariah advisor yang terdapat di security commision & bank negara Malaysia? 
2.Apakah pandangan uztaz jika sy katakan insurance yang berada di bawah kumpulan perbankan mempunyai shariah advisor di security commision dan bank negara kerana operasi perbankan itu sndiri adalah di bawah seliaan bank pusat, blh ke kita mengatakan insurance perbankan tersebut adalah haram hanya kerana tidak mempunyai syariah advisor sendiri? 
3.Apakah perbezaan dr segi halal dan haram operasi keuntungan di antara takaful yg mempunyai shariah advisor sendiri dgn insurance perbankan konvesional yg hanya mempunyai shariah advisor di SC dan BNM? 
4.Fungsi utama perniagaan takaful dan konvesional adalah sama dgn bermatlamatkan utk memberi perlindungan secara cekap dan berkesan di samping keuntungan perniagaan. Bagaimanakah halal dan haram itu di tentukan? sedangkan keduanya melalui shariah advisor. 
5. Caj keuntungan yg di kenakan oleh takaful atau pun konvesional terhadap pelanggannya adalah wujud bg menjana keuntungan dan menampung kos operasi, caj keuntungan konvesional biasanya adalah agak tinggi bg membiayai saiz kumpulan operasinya yg agak besar berbanding takaful. Apa pandangan uztaz dari segi hukum trhadap caj keuntungan tersebut?  
6. Pemilik Syarikat insuran perbankan telah mengisytiharkan melalui surat pekeliling yang di hantar kepada semua pelanggan dgn mengatakan operasi pelaburan yg di jalankan syrikat adalah tdk terlibat dengan perniagaan minuman keras,pembiayaan senjata api,pelacuran serta perniagaan anjing dan babi, adakah pengesahan tersebut blh di haruskan?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by fitriyah, on 24-09-2009 18:45, IP 115.132.4.68, Guest
16. minta izin
salam, ustaz...minta izin copy ya, sebagai hujah kepada family 
syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Hatim, on 24-08-2009 16:20, IP 115.133.207.33, Guest
17. Salam Uzar
Bru2 nie sy telah diperkenalkan dgn distributor Alliace Inssurance iaitu Bussmalaysia,produk yg menjadi keutamaan mereka untuk dijual kpd pelanggan ialah powerlink. 
 
Setelah dikaji secara persendirian,plan medical card mereka amat menarik dan mudah untuk dijual kpd pelangan.Ini kerana plan tersebut selain cover untuk hospitality yg tinggi,ia juga cover untuk 36 critacal ilness,PA dan Death.semuanya didalam 1 pakej dgn comitment bulanan serendah rm100.. 
 
 
Jadi boleh tak uzar bantu saya untuk perjelaskan berkenaan ngn pelan dan syarikat ini dgn lebih lanjut,lebih mudak uzar email trus kpada saya di brastgreen3@yahoo.com :) 
 
UZAR : Jika mereka tak de penasihat syariah sendiri, dan tidak pula tergolong dalam list penyedia insuran halal oleh bank negara. autaomtik ia adalah haram sebenarnya
 
» Reply to this comment...

Posted by vanqif, on 23-08-2009 11:01, IP 161.142.24.130, Guest
18. insuran konvesional boleh dimakan?
salam,  
motor saya hilang dan saya dalam proses tuntut insuran P&O, ustaz adakah halal saya makan duit claim insuran itu nanti? jika tidak boleh dimakan bolehkah saya beli barang2 bukan makanan?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by adib, on 10-08-2009 13:04, IP 115.133.113.11, Guest
19. iklan insurance plus takaful
pernah dlm suatu majlis ust menyebut - mengiklankan yang haram hukumnya haram.. ust juga menyebut - mengiklankan logo ada halal dan haram juga haram... sebagai contoh ust menyebut sampul duit raya yang ada logo sykt x - insurance & takaful sebagai haram. raya dah dekat - kalau dapat sampul duit mcm ni.. boleh guna ke ust? klu saya iklankan kt blog saya boleh ke? 
 
UZAR : POTONG guna marker tulisan insuran, biar tinggal takaful aja
 
» Reply to this comment...

Posted by yusof, on 06-08-2009 02:06, IP 202.170.60.251, Guest
20. mohon kebenaran
salam uzar. sy mohon kebebaran untuk print artikel ini untuk tatapan umum di tempat sy..
 
» Reply to this comment...

Posted by din kota, on 23-06-2009 18:50, IP 60.51.4.184, Guest
21. 23609
salam ustaz...macam mana dengan takaful ikhlas? 
 
UZAR : ia ok dan ada penasihat syariah
 
» Reply to this comment...

Posted by haizad mohamad, on 18-06-2009 19:19, IP 203.82.91.102, Guest
22. salam..
salam...UZAR, macam mana pulak hukum insuran kenderaan etiqa?halal @ haram?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mesra Agency, on 01-05-2009 18:15, IP 60.53.92.73, Guest
23. Insurans dan Takaful
Saya nak tahu, macam mana sekiranya ada risiko yang tidak boleh dikendalikan oleh syarikat takaful? Adakah diharuskan saya untuk mengambil insurans conventional bagi memastikan risiko bagi pelanggan saya dilindungi seperti contoh risiko oil and gas, insurans lori kontena, dan banyak lagi yang takaful masih tidak mampu untuk kendalikan. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by salam dari jauh, on 23-04-2009 19:29, IP 121.223.131.109, Guest
24. takaful saya
kami memilih takaful malaysia, alhamdulillah x pening kepala...
 
» Reply to this comment...

Posted by ibn_wan, on 28-03-2009 12:43, IP 124.13.133.135, Guest
25. reinsurans & retakaful
assalamualaikum ust.. 
sy nk mtk penjelasan dari ust ttg reinsuran dan retakaful ni dari sudut syariah.. 
dan klau tak mnyusahkan blh x ust sertakan sekali dgn rjukan..
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd saiful islam b. ghazali, on 13-01-2009 21:41, IP 58.26.136.5, Guest
26. journal
assalamualaikum ustaz,saya sedang membuat kajian tentang takaful islam dengan insurans konvensional.kalau boleh saya ingin meminta bantuan ustaz tentang pencarian journal @ artikel yang berkaitan dengan kajian itu.sudah merata saya mencarinya tetapi tidak ada.saya mohon jasa baik ustaz untuk membantu saya. 
 
UZAR : TERLALU BANYAK..macam mana nak saya beir pun tak tahu..
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd aishamudin bin shamsuri, on 29-11-2008 21:06, IP 124.82.73.54, Guest
27. senarai nama insuran
Assalamualaikum.. 
boleh tak ustaz senaraikan insuran2 yg halal dan senarai yg haram. MCIS ke, apa ke..mudah jd rujukan pd org yg tak pandai bab muamalah 
 
UZAR : Saya telah senaraikan dulu, untuk version update sila buka di link http://www.aibim.com/ 
 
semua senarai takaful berdaftar dan sah dan lain-lain ada di situ.
 
» Reply to this comment...

Posted by ltm suhaimi, on 10-10-2008 17:21, IP 194.80.178.1, Guest
28. ...
Assalamualaikum... 
ust saya wakil takaful sambilan. 
sepanjang saya menjalankan saya berpandangan yang produk takaful ini tidak semua orang terpilih untuk menyertainya walaupun beliau orang islam, kerana kadang2 terdapat yang masih memilih insuran konvensional walaupun telah faham dan berminat dengan takaful.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by mazzu ma, on 07-10-2008 01:02, IP 194.80.178.1, Guest
29. ...
salam, ustz..sy pljr klj..sy memerlukan maklumat terperinci konsep al-ujr (salah satu konsep perbankan islam). :? Harap ustz dpt bls dgn segera.. 
emeil: ai_serenity@yahoo.com.my 
HARAP MAKLUM..SALAM..
 
» Reply to this comment...

Posted by arekim, on 23-09-2008 17:12, IP 84.71.80.120, Guest
30. ...
assalamualaikum..saya ejen prubsn..minta kerjasama kepada ejen2 takaful lain supaya tidak menyebarkan fitnah atau dakwaan yang kononya syarikat ini adalah berpaksikan kepada yahudi tanpa bukti yang kukuh....then baru ni saya terserempak dgn seorang ejen yang mendakwa tempat pelaburan prudential bsn takaful adalah tidak jelas..saya bleh membuktikan secara black and white mengenai tempat2 pelaburan prudential bsn takaful..so nasihat saya..jgn kita memburukkan orang lain..ikhlas la..fokuskan kepada produk anda samada kompetetif atau tidak..byk muhasabah diri..trima kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 6 replie(s)

Posted by og, on 01-09-2008 17:28, IP 90.240.186.250, Guest
31. ...
ustz sy pencarum dana restu great eastern. apa pandangan ustaz tentang insurans ini.saya bercadang untuk bertukar kapeda takaful...elok teruskan great eastern ke atau tukar takaful??? 
 
UZAR: RUJUK KE WEB WWW.SC.COM.MY DAN CARI SENARAI DANA ISLAM YANG DIIKTOIRAF. JIKA DANA RESTU ADA NAMANYA, MAKA HALAL UTK SERTAI
 
» Reply to this comment...

Posted by shasa1192@yahoo.co.uk, on 21-08-2008 16:50, IP 90.240.186.250, Guest
32. ...
assalamualaikum... 
 
 
 
sy nak tanya pendapat ustaz tentang ambank... tentang produk2 yang dijalankan ambank contohnya amcash, amflexi dan ambeautiful..adakah kesemua produk ni menepati piawaian syariah..dan saya nak tau tentang kaedah2 fiqh yang diguna pakai..sebab ksemua produk yg saya nyatakan diatas berasaskan simpanan tetap, pelaburan, insurans....dgn erti kata lain, dlm 1 produk terdapat 3 konsep ni... 
 
 
 
emm..rasanya tu saje buat setakat ni... 
 
 
 
wassalam 
 
 
UZAR : SEMUA PRODUK AMBANK YANG TIDAK ISLAMIK ADALAH HARAM. IA RIBA. PRODUK YANG DIKELUAKRAN OLEH AM ISLAMIC BANK ADALAH HARUS KERANA TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS SHARIAH MEREKA
 
» Reply to this comment...

Posted by yanA, on 03-06-2008 15:56, IP 60.52.103.218, Guest
33. ...
salam...ust...etiqa takaful 2 islamic??tq ust... :roll  
 
 
UZAR : ETIQA TAKAFUL = ISLAMIC, ETIQA INSURAN = HARAM
 
» Reply to this comment...

Posted by ustazah, on 01-06-2008 00:11, IP 60.52.101.211, Guest
34. ...
baru-baru ini kita dikelirukan dgn banyak agen2 takaful... sebenarnya kita sendiri boleh nilaikan dari segi jawatan syariah masing2. contoh: pengerusi prudential adalah bekas naib presiden pas pada thn 80an tapi dia telah keluar dan masuk umno... kat sini kita tahu siapa dia dan pendiriannya. manakala presiden syariah etiqa takaful adal harun sani.. beliau telah menunjukan tegasnya dari segi hukum bhwa jomheboh adalah haram so kat sini kita tahu mana yang halal dan haram bergantung pada orang2 syariah . wasalam... fikir-fikir.. banyak terdedah dgn bacaan an media dan gunakan otak mana yang baik. kalau kita tak ambil akaful .. kita yang rugi bila ditimpa musibah... siapa yang akan tolang...
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by sufi, on 20-05-2008 09:44, IP 211.25.51.200, Guest
35. ...
salam....kepada ustaz saya masih baru megikuti ruanagan ini...... 
saya dapat tahu dari metro..ahad pasal siksa pemakan riba....saya sekarg mehadapi pemasalahan......saya dapat tahu bahawa..dalam alquran 70 peratus banyak menerangkan pasal muamalah......jadi saya rasa pekara ini mesti berat pada padangan agama......saya ada..beberapa pertanyaan...yg membuat kan saya keliru.....sekarag ini banayak pasal takaful..prudentialbsn takaful...etiqa...takaful ikhlas......yg membuat saya pening pasal saya ada didatangi oleh beberapa wakil takaful......saya tak paham adakah takaful yg ketiga2 yg saya sebut tadi berbeza.....ada kata..tak islamik lah.....yg islam..takaful ikhlas saja......yg etiqa lak..ada wakil dari syarikat lain kata....yg itiqa tu dah beralih kepada unsur2 HARAM.....yang prudantialbsn takaful pulak...ada wakil dari syarikat lain kata....sesungguhnya KEHADAPAN ROH MEYUMBANG KEPADA YAHUDI....BERMAKSUD KALAU SAYA MASUK PRUDANTIAL BSN TAKAFUL...SUMBANGAN SAYA MEYERTAI NYA SEDIKIT DARI SUMBANGAN ATAU SYARIKAT PRUDENTIALBSN TAKAFUL INI..MEMBERI HASIL KEUNTUGAN NYA KEPADA YAHUDI......PASAL PRUDENTIAL ASAS NYA YAHUDI PUNYE...TAPI SAYA TAK PAHAM....NAPE BERKERJASAMA DRGAN BSN...DIA JADI TAKAFUL.......SAMPAI ADA WAKIL..KATA ORG ISLAM AKAN SESAT DEGAN AGAMANYA SENDIRI CONTOH MACAM PRUDENTIAL BSN TAKAFUL.....PASAL DARI SISTEM TAKAFUL INI PRUDENTIAL DAPAT LAH SYER KEUNTUGAN DARI SKIM TAKAFUL.....USTAZ SAYA KELIRU...SEOLAH2 MEREKA INI MEMPERMAIN2 KAN..WAKIL2 TAKAFUL..YANG RUGI SAYA..DAN ORG DILUAR SANA...BERGITU JUGA YG TERJADI PADA TAKAFUL YG LAIN..DIAKATA YG TI TU TAK BAGUS YAG TU PULAK KATA ETIQA DAH HARAM...YG SATU LAGI KATA PRUDENTIALBSN TAKAFUL......BANTU YAHUDI........SAMPAI KATA KEHADAPAN ROH MEYUMBANG KEPADA YAHUDI....USTAZ TOLONG SAYA DALAM MASAHALAH INI.........SAYA BETUL2 KELIRU........SAYA BERHARAP SANGAT2 USTAZ DAPAT BALAS MASAHALA SAYA INI.......sufitn@yahoo.com.my. ....
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by zam, on 11-05-2008 18:30, IP 60.52.102.248, Guest
36. ...
ustaz,nak tanya.BSN takaful Prudential adakah medical kadnye sahaja yg takaful atau basic pelannye sekali takaful?kdg2 agen mengelirukan org islam sendiri semata2 utk mendapatkan client 
 
UZAR : SAYA TIDAK PASTI, PERLU DIRUJUK KE MAJLIS SHARIAH PRUDENTIAL UNTUK BUAT ADUAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd azahar, on 22-04-2008 10:54, IP 60.52.103.190, Guest
37. ...
salam. saya ada masalah dengan insuran yang saya beli ini.saya tak tahu insuran saya ini islamic atau konvesional. 
 
Apabila saya tanya syarikat ini mereka memberita tahu insurance islamic sebab ada majlis syariah sedangkan duit yang saya bayar setiap bulan tidak boleh dikeluarkan selagi tidak cukup tempoh matang 3 tahun. 
 
Jika dikeluarkan sebelum cukup tempoh matang wang saya akan hangus.adakah insurance yang saya masuk ini MCIS-Zurich islamic???
 
» Reply to this comment...

Posted by sham, on 21-04-2008 17:05, IP 60.52.100.140, Guest
38. ...
asslamualaikum....ustaz saya nak tanya ttg hukum denda lewat bayar yang dikenakan di dalam islamic hire-purchase agreemnt/pjanjian sewa beli? adakah dibolehkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by assalamualikum.., on 19-04-2008 17:36, IP 60.52.103.62, Guest
39. ...
ustaz boleh ana dapatkan nama2 buku yang ustz rasa paling baik untk rujukan dlm kewangan and banking...terima kasih ishaq
 
» Reply to this comment...

Posted by MAA, on 09-03-2008 03:00, IP 60.52.96.7, Guest
40. ...
Alhamdulillah...kita same2 diberi lagi kesempatan untuk mencari gali ilmu2 Allah SWT yg Maha Luas.. 
Ringkasnya, saya diberi amanah oleh Allah SWT untuk memberi penerangan dan membimbing wakil-wakil takaful di salah sebuah syarikat takaful tentang perjalanan takaful mengikut pandangan hukum syara'. Alhamdulillah..dari kajian saya bersama dengan sahabat seperjuangan di syarikat ini, membawa kepada penemuan dalil2 di atas..so, kita telah menyusun modul2 training kepada wakil2 kita dgn tujuan agar wakil2 ini memahami dgn sebenar2nye ttg "takaful"..tujuan umumnya adalah supaya wakil2 bukan shj hye mengejar komisen ttp lbh dr itu iaitu menghayati konsep takaful itu sendiri.. 
Wallahu A'lam...
 
» Reply to this comment...

Posted by noor, on 29-02-2008 20:30, IP 60.52.96.219, Guest
41. ...
salam.ustaz, saya ada sdikit kemusykilan.adakah produk insurans prubsn takaful benar2 menepati syarak?dketahui bahwa ustaz burhanuddin lukman juga merupakan salah sorg shariah committee nya.product ini sgt mnarik mmndangkan ianya dsertakan skali dgn kad perubatan/medicard. syukran.. 
 
UZAR : IA TELAH DISEMAK OLEH MAJLIS SHARIAH MEREKA, JUSTERU HARUS DIGUNAKAN
 
» Reply to this comment...

Posted by adbausah, on 09-02-2008 11:46, IP 60.52.96.66, Guest
42. ...
assalamualaikum.. 
boleh ustaz ulas tentang etiqa takaful 
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahmuzir, on 01-02-2008 11:28, IP 60.52.98.134, Guest
43. ...
Betul tu Wakil Takaful, 
Memang tak ramai yang sanggup berkorban bab RM ni, melainkan benar2 kuat imannya. 
 
Sebab tu dalam surah al-Baqarah 278, dalam menyuruh manusia meninggalkan saki-baki RIBA' tu, ALLAH telah mulakan dengan:  
 
"Wahai orang2 beriman..." 
 
dan diakhiri dengan: 
 
"...jika kamu orang2 yang beriman". 
 
Nak bagitau bahawa, hanya yang BERIMAN sahaja akan terkesan dengan ayat tu. Itupun kalau depa berimanlah... :roll  
 
waAllahu ta'ala a'lam. 
 
SHAHMUZIR BIN NORDZAHIR 
www.takafulonline.netnull
 
» Reply to this comment...

Posted by wakil Takaful, on 31-01-2008 07:58, IP 211.25.51.1, Guest
44. ...
SubhanaAllah.. sy sgt kagum dgn En Ridwan Rajendran Bin Abdullah kerana anda saudara baru (atau dah lama)dan kerana ISLAm anda sanggup kerugian wang ringit dimana anda tahu ganjaran PAHALA yg anda akan dpt berlipat2 kali ganda kerana berhenti dari bergelumang dgn RIBA.  
 
TAHNIAH!!! sekalung Tahniah.. ini kerana sy adala wakil Takaful dan telah berjumpa agak ramai org.. dan saya tahu bukan mudah utk mereka berhenti (kerana pikirkan kerugian wang ringgit). 
 
Alhumdulillah.. ini menguatkan semangat sy utk terus berjuang utk menghijrahkan seramai mungkin kepada Takaful dan muamalah ISLAM. Terima Kasih en Ridwan Rajendran Bin Abdullah ... terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd amirudin, on 28-01-2008 22:02, IP 60.52.102.122, Guest
45. ...
Assalamualaikum ustaz... 
 
Saya seorang ajen prudentialBSN Takaful. Sykt ini juga mempunyai panel syariah tersendiri.  
 
Pertanyaan saya apakah pandangan ustaz terhadap takaful tersebut kerana prudential itu sendiri ada kaitan dengan berjaya group yang muskil pelaburannya. saya ikhlas untuk memberi pendedahan kepada orang islam kepentingan takaful.
 
» Reply to this comment...

Posted by azrin, on 22-01-2008 22:57, IP 60.52.103.198, Guest
46. ...
assalamualaikum w.m.b. 
saya ada sedikit kemuskilan berkaitan dengan hukum membayar balik pinjaman pendidikan PTPTN yang mengenakan faedah 3% setahun, saya tidak tahu cara untuk mengelakkan dari shubahat membayar riba. dan saya juga ingin tahu bagaimana jika saya membayar jumlah faedah yang dikenakan dengan menggunakan wang faedah dari simpanan ASB saya yang mana diragui status faedah pelaburannya. adakah saranan ustad untuk saya menyelesaikan masalah ini , selain itu saya tidak terlibat dengan mana2 pinjaman bank dan juga pembelian secara ansuran, cuma saya ingin menukar insuran kenderaan saya kepada takaful sahaja, sekian terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Azlan, on 09-01-2008 08:49, IP 211.25.130.42, Guest
47. ...
ustaz... tolong terangkan tentang medical card... adakah ianya sama dengan sama?  
 
KOMEN UZAR : YE SAMA SAJA HARAMNYA KECUALI JIKA TIADA TAKAFUL MEDICAL KAD. DAN ANDA SGT MEMERLUKAN KERANA ADA SAKIT2 TERTENTU null 
 
Ustaz, boleh ke ustaz elaborate siket pasal statement ustaz atas tuh. Medical card nih biasa diberi oleh company2 yg mengambil kite kerje utk meng'cover' kite punye medical expenses. Saya kurang pasti kalau ade jenis Takaful, tapi kalau ade pon saya takde choice. Ikut ape yg company kasik. Lgpon adakah dikira ribawi kalau kad tuh digunakan utk membiayai perubatan sahaja dan tak ada pampasan berbentuk tunai. Lagi satu kad ini saya tidak bayar pon, diberi terus oleh syarikat kepada saya (tapi sykt bayar la kot). Minta maaf jika soalan keterlaluan. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by yusry, on 06-12-2007 07:48, IP 211.25.51.1, Guest
48. ...
assalamualaikum ustaz..saya ni perunding takaful.boleh ke saya letakkan no phone saya diruangan ini.supaya sesiapa tg berminat menghubung saya ?
 
» Reply to this comment...

Posted by abe, on 05-12-2007 19:55, IP 60.52.99.178, Guest
49. ...
apakah hukum insuran yang di buat oleh AmAnsurrance.. pelaburan AmCash..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by cik wariah, on 29-11-2007 23:12, IP 60.52.103.183, Guest
50. ...
assalamualaikum 
 
saya sampai sekarang masih tak jelas berkenaan takaful dengan konvensional, kenapa insuran seperti prudential menggunakan "takaful" jika cara kendalian bukan cara islamic? bagaimana juga boleh diluluskan sehingga ramai antara ahlinyya adalah dikalangan orang islam
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom