Utama arrow Politik & Dakwah arrow Aqidah & Kepercayaan arrow Kehilangan Nurin : Antara Bomoh, Cercaan & Simpati
PDF Print
User Rating: / 18
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 29-08-2007 21:39
Views 14267    
Favoured 42

Kehilangan Nurin : Antara

Cercaan & Simpati

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 Sekali lagi saya amat bersimpati dan sedih dengan apa yang berlaku kepada adik Nurin yang diberitakan masih tidak dijumpai sehingga hari ini. ( iaitu pada 29 Ogos 07) 

Di kesempatan ini, saya ingin turut serta mewartakan kepada orang ramai agar menjadi ‘mata' bagi melihat sekeliling anda bagi mencari anak ini. Saya kira kehilangan ini lebih membimbangkan dari kehilangan YIN, kerana Nurin adalah kanak-kanak perempuan, mempunyai 'rupa' dan sedang mengidapi sakit buah pinggang. Seribu satu macam kejahatan boleh menimpa dirinya.

Saya juga ingin menyentuh petikan akhbar di bawah yang berbunyi :-

Menurut Jazimin, seorang pengamal tradisonal yang datang menawar diri kerana simpati dengan keadaan keluarga mangsa memberitahunya bahawa Nurin kini berada di sebuah rumah di sekitar Setapak dan dia dipercayai dipukau.

Sekali lagi juga seperti kes Yin dahulu, jauhilah bomoh yang menjadi cabaran besar bagi merosakkan aqidah umat Islam sewaktu ditimpa ujian.

Sesungguhnya kesan tindakan ini dalam Islam adalah amat besar, dalam artikel ini ingin saya nasihatkan keluarga Nurin agar JANGAN TERLIBAT DAN SAMADA MEMBERI KERJASAMA ATAU PERCAYA DENGAN RAMALAN BOMOH ATAU NAMA ‘BERSOPANNYA' PENGAMAL TRADISIONAL YANG MERAMALKAN DI SANA SINI.

Saya masih ingat, bagaimana Yin dahulu pernah di ramalkan oleh seorang bmoh perempuan muda berada dalam simpanan bunian dan akan dibebaskan beberapa waktu lagi, tetapi semuanya meleset dan telah berjaya merosak aqidah orang yang mempercayainya.

Sama-sama ibu bapa dan kita bantu gunakan cara berikut sahaja dalam usaha mencari anak kesayangan mereka :-

Pertama: Usahalalah dengan Berdoa kepada Allah dengan menyebut Nama-namaNya dan Sifat-Nya.

Allah berfirman:

"Hanya milik Allah asma-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asma-ul husna itu dan tinggalakanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan."(QS. Al-A'raaf : 180)

Caranya, seorang hamba ketika berdoa kepada Allah, terlebih dahulu menyebutkan nama-Nya yang sesuai dengan permintaannya; seperti menyebutkan nama Yang Maha Pengasih (Ar-Rahmaan), ketika ia meminta belas kasihan; atau menyebut nama Yang Maha Pengampun (Ghafuur), ketika memohon hajat ditemukan dengan anak dan lain-lain hajat.

Kedua: Berdoa dan bertawasul kepada Allah dengan iman dan tauhid.

Allah berfirman:

"Ya Rabb kami, kami telah beriman kepada apa yang telah Engkau turunkan dan telah kami ikuti rasul, karena itu masukkanlah kami ke dalam golongan orang-orang yang menjadi saksi (tentang keesaan Allah). " (QS. Ali Imraan : 53)

Maka contohnya, berdoalah dengan menyebut : "ya Allah kami benar-benar beriman denganMu dan apa yang dibawa oleh RasulMu dan kami tolak syrik dan semua ramalan syirik para bomoh, kerana itu yang Allah tolonglah kami mempertemukan anak kami dalam keadaan sihat dan segera".

Ketiga: Berdoa dan bertawassul kepada Allah dengan Menyebut amal soleh.

Iaitu dengan cara seorang hamba memohon kepada Allah SWT melalui amalan paling ikhlas yang pernah dia lakukan, yang bisa diharapkan, seperti shalat, puasa atau membaca Al-Qur'an, atau kesuciannya dalam menjaga diri dari maksiat dan sejenisnya. Di antaranya seperti yang disebutkan dalam hadits Al-Bukhari dan Muslim tentang kisah tiga orang yang masuk gua, tiba-tiba pintu gua tertutup oleh batu besar. Lalu mereka berdoa kepada Allah dengan menyebutkan amalan-amalan mereka yang paling diharapkan pahalanya.

Termasuk di antaranya bila seorang hamba bertawassul kepada Allah SWT dengan kefakirannya, sebagaimana yang diucapkan oleh Nabi Ayyub 'Alaihissalam:

"Inni Massaniadh-Dhurru wa Anta Arhamurrahimin."
(Sesungguhnya aku telah mengalami kesengsaraan dan Engkau adalah Yang Maha Pengasih dari segala yang pengasih..)

Atau dengan pengakuan seorang hamba terhadap kezhalimannya dan keperluan dirinya terhadap Allah sebagaimana diungkapkan oleh Nabi Yunus:

"Laa Ilaaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minazh zhalimin."
(Tidak ada yang berhak diibadahi secara benar melainkan Engkau; Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zhalim..)

Maka doalah seperti : " Ya Allah kami sudah cukup menderita dengan ujian ini, ditambah dengan cercaan orang yang mencerca dan kami bersabar, maka ya Allah, temukan anak kami dengan segera ya Allah" . Inilah antara jenis doa yang kuat dan semakin maqbul berdasarkan ayat di atas.

Keempat : Memohon Doa Melalui Doa Orang Soleh Yang Masih Hidup.

Bertawassul melalui doa orang Islam yang masih hidup, menurut Al-‘Allamah Ibnu Taimiyah, telapun disepakati oleh ulama akan keharusannya, kerana ianya memang terdapat di dalam Al-Qur‘an dan hadis Nabi. Firman Allah Ta‘ala:

Ertinya: "Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar), mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang."(Surah Al-Hasr: 10)

Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah bertawassul dengan ‘Umar bin al-Khattab Radhiallahu ‘anh. Dalam sebuah hadis disebutkan, bahawa ‘Umar bin al-Khattab berkata:

Ertinya: "Aku meminta izin kepada Rasulullah Shallallahu‘alaihi wasallam untuk melakukan umrah. Nabi mengizinkan dan bersabda: Wahai Saudaraku, sertakan kami dalam doamu(ketika menunaikan umrah), janganlah engkau lupakan kami."(Riwayat At-Tirmizi)

JAUHI BOMOH SEJAUHNYA DALAM HAL INI

Bomoh atau dukun biasanya akan mendakwa mengetahui perkara ghaib seperti berita tentang perkara-perkara akan datang. Biasanya dakwaan tersebut bersandarkan perkhabaran yang dibisikkan oleh jin yang mencuri dengar ucapan para malaikat. Lalu dicampur-baurkan ucapan itu dengan ratusan kebohongan. Kemudian manusia mempercayai ramalan bomoh tersebut.

Masyarakat awam sepatutnya berwaspada dalam hal ini sebab bomoh kadang-kadang menzahirkan dirinya sebagai tukang ubat, peramal, ustaz, wali yang mampu melakukan beberapa perkara luar biasa seperti kebal dan lain-lain padahal mereka sebinarnya bukan wali Allah tetapi wali syaitan yang hanya akan merosak akidah umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda :

مَنْ أَتَى عَرَّافًا فَسَأَلَهُ عَنْ شَيْئٍ فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُولُ ، لَمْ تُقْبَلْ لَهُ صَلاَةٌ أَرْبَعِيْنَ يَوْمًا

Ertinya : Barangsiapa yang mendatangi bomoh untuk bertanya tentang sesuatu perkara lalu dia membinarkan apa yang bomoh itu katakan, maka tidak diterima solatnya selama empat puluh hari. ( Riwayat Muslim )

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi :

مَنَ أَتَى كَاهِنًا فَصَدَّقَهُ بِمَا يَقُوْلُ فَقَدْ كَفَرَ بِمَا أُنْزِلَ عَلَى مُحَمَّدٍ 

Ertinya: Barangsiapa yang mendatangi bomoh lalu ia mempercayai apa yang bomoh itu katakan maka kafirlah ia terhadap apa yang Allah turunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. ( Riwayat Abu Daud )

ORANG AWAM TOLONG JANGAN MENCERCA

Islam sangat melarang kita mencerca orang yang sedang sakit dan sedang ditimpa kesusahan. Saya katakan ini apabila saya membaca berita di bawah, saya cukup sedih bila membaca kenyataan di bawah ini.

Ia menggerakkan saya untuk menulis serba ringkas tulisan ringkas ini walaupun sedang agak keletihan baru pulang dari Johor. Moga ia bermanfaat bagi kita yang tidak terkena cabaran dan ujian sama yang cukup meresahkan :-

Katanya, hampir setiap hari, isterinya menerima kira-kira 100 khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Lebih separuh daripada SMS yang diterima berunsur ejekan dan mengutuk kami," katanya.

Dalam Islam, apabila kita bertemu dengan orang yang ditimpa sakit atau sedang dilanda musibah seperti ibu bapa Nurin ini, adab yang diajarkan oleh Nabi SAW adalah sebagaimana berikut : -

من عاد مريضا خاض في الرحمة فإذا جلس غمرته الرحمة

Ertinya : Barangsiapa yang melawat orang sakit, hendaklah mereka masuk bertemunya dengan penuh rahmat ( belas kasihan) dan apabila ia duduk di tepinya, ia juga memegangnya dengan penuh belas" ( Adab Al-Mufrad, Al-Bukhari, no 532 ; Hasan Sohih )

Saya kira kes menziarahi orang sakit dan keadaan ibu bapa dan keluarga Nurin ini ada persamaannya, justeru perkara yang sama perlu kita lakukan apabila berhubung dengan ibu bapa Nurin yang boleh dikira berada dalam keadaan sakit fizikal dan mental sekarang ini disebabkan kehilangan anaknya yang tercinta. Murahkanlah diri dengan menghantar sms kepadanya tetapi jauhilah kata-kata cercaan, penghinaan dan perbanyakanlah doa dan kata-kata baik untuknya.  Moga ia dapat membantu menenangkan perasaan mereka dan menyelamatkan anak mereka.

Juga terdapat riwayat yang menyebut :-

كان  ابن عمر إذا دخل على المريض يسأله : كيف هو ؟ فإذا قام من عنده قال : خار الله لك , ولم يزده عليه

Ertinya : Apabila Ibn Umar melawat orang sakit, ia akan bertanya, "bagaimana keadaannya?" dan jika ia berdiri di sisinya ia akan mendoakan dengan katanya : " Semoga Allah menagurahkan mu (kesihatan) dan tidak menambahkannya ( kesakitan) " ( Adab Al-Mufrad, no 537 , hlm 152 ; Sanad dhoif )

Nabi pula mendoakan kesembuhan dan kebaikan sebagai hadis :

أن رسول الله كان إذا عاد مريضا مسح وجهه وصدره أو قال مسح على صدره وقال اذهب البأس رب الناس واشف أنت الشافي لا شفاء إلا شفاؤك شفاء لا يغادر سقما

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullullah SAW apabila melawat orang sakit, baginda akan menyentuh dada (lelaki) orang yang sakit itu sambil berdoa Ya Allah, jauhkankan kesakitan ini wahai tuhan bagi manusia, sembuhkanlah dan engkaulah maha pemyembuh, tiada kesembuhan kecuali dariMu, kesembuhan yang tidak kembali sakit" (Riwayat Baihaqi, 3/381 )

Akhirnya, ucapan yang mampu diberikan buat semua yang ditimpa kesusahan, sakit dan kesedihan adalah :-

ما يصيب المسلم من نصب ولا وصب ولا هم ولا حزن ولا أذى ولا غم حتى الشوكة يشاكها إلا كفر الله بها من خطاياه

Ertinya : Tiada ditimpa seorang Muslim dari keletihan, sakit, kekecewaan, kesedihan, kesakitan dan dukacita sehinggakan jika terkena duri sekalipun ( dan ia sabar) kecuali Allah akan menghapuskan darinya dosa-dosanya" ( Riwayat Al-Bukhari, no 5318, 5/ 3137 )

Moga Allah menemukan Nurin dalam keadaan sihat dan selamat secepat mungkin, moga Allah selamatkan aqidah keluarganya. Jauhkan kami dari cabaran yang tidak mampu ditanggung oleh kami Ya Allah. Jauhi kami dari kejahatan manusia, Jin dan Syaitan. Ameen..

Hubungi ibu bapa Nurin di 019-3667067 atau menghubungi ibunya, Norazian Bistaman di 013-2486651 

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

29 Ogos 2008

 

Nurin mungkin diculik - Polis

BACA BERITA ASAL DI SINI

KUALA LUMPUR 28 Ogos - Kehilangan Nurin Jazlin Jazimin, 8, bukan saja dirasai keluarganya malah rakan-rakan dan gurunya di Sekolah Kebangsaan Desa Setapak di sini.

Malahan, mereka sanggup berkongsi wang untuk membeli hadiah berupa set alat tulis untuk dihadiahkan kepada Nurin sekembalinya ke sekolah kelak.

"Saya tahu Nurin mesti ke sekolah tak lama lagi," kata rakan karibnya, Mohd. Afizy Azman, 8.

Mohd. Afizy memberitahu, dia selalu bermimpikan Nurin kembali bersekolah.

Menurutnya, walaupun Nurin seorang yang pendiam dan pemalu tetapi dia dan rakan-rakan begitu sedih terutama setiap kali melihat tempat duduknya yang kosong.

Seorang lagi rakannya, Nurul Aina Mohd. Nooh, 8, berkata, mangsa ada menyatakan hasratnya mahu ke pasar malam sebelum cuti penggal bermula.

Sementara itu, guru kelasnya, Zuraini Ismail memberitahu, walaupun Nurin tidak secergas kanak-kanak lain kerana mengalami masalah kesihatan tetapi prestasi akademiknya tetap cemerlang.

"Dia tidak pernah putus asa dan selalu tunjukkan semangat tinggi untuk belajar," katanya ketika ditemui di sekolah hari ini.

Kata Zuraini, Nurin yang belajar di situ sejak prasekolah tidak mudah bergaul dengan orang baru terutamanya lelaki.

"Dia seorang pelajar yang jarang ponteng kelas walaupun mempunyai sedikit masalah kesihatan," katanya.

Sehubungan itu, Zuraini berkata, pihak sekolah telah mengadakan sembahyang hayat dan meminta orang ramai sama-sama berdoa agar kanak-kanak itu pulang secepat mungkin.

Sementara itu, bapa mangsa, Jazimin Abd. Jalil, 33, ketika ditemui di rumahnya di Wangsa Maju dekat sini percaya, anaknya itu telah dipukau.

"Dia (Nurin Jazlin) jarang keluar seorang diri dan bergaul dengan orang luar.

"Kami terlepas pandang, kesilapan kami membuatkan kami menderita hampir seminggu," ujarnya dalam nada sebak.

Katanya, hampir setiap hari, isterinya menerima kira-kira 100 khidmat pesanan ringkas (SMS).

"Lebih separuh daripada SMS yang diterima berunsur ejekan dan mengutuk kami," katanya.

Menurut Jazimin, seorang pengamal tradisonal yang datang menawar diri kerana simpati dengan keadaan keluarga mangsa memberitahunya bahawa Nurin kini berada di sebuah rumah di sekitar Setapak dan dia dipercayai dipukau.

Isnin lalu, Nurin yang menghidap sakit buah pinggang dan darah tinggi, dilaporkan hilang selepas pergi ke pasar malam, kira-kira pukul 8.30 malam.

Last update: 30-08-2007 09:33

Published in : Soal Jawab, Aqidah & Kepercayaan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (66) RSS feed comment
Posted by zulkifli, on 20-05-2009 23:10, IP 60.50.29.88, Guest
1. ....
Assalamualaikum, 
Disebabkan kes Nurin? 
Sempadan Malaysia dengan Thailand berapa banyak lubang boleh masuk tanpa sempadan ataupun checkpoint! Saya percaya Nurin sampai kat sana sparepart untuk organ-organ telah cerai berai jual kepada sindiket haram untuk anak-anak orang kaya yang sakit memerlukan organ dalamannya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Bahri, on 13-01-2008 21:52, IP 60.52.98.235, Guest
2. ...
:? Assalamu'alaikum w.b.r Ust. Zaharuddin.. 
 
Saya yang dah berumur 40 tahun ini pun tidak tahu apa yang perlu dibuat sekiranya kehilangan anak ini berlaku ke atas saya kerana selama hidup ini tidak pernah didedahkan baik dalam ceramah agama di surau, di TV atau semasa sekolah dahulu. Mungkin akan terfikir untuk mendapatkan khidmat orang yang menawarkan diri untuk mencari kes hilang anak samada polis atau pengamal tradisional (bomoh). Yang pasti duit untuk membayar perkhidmatan mereka akan banyak dikeluarkan. Alhamdulillah dengan penjelasan ustaz dengan amalan doa, bertawassul dan qunut nazilah barulah saya faham dan tahu dengan cara Islam sebagaimana dituntut oleh Nabi s.a.w. Kenapa pihak TV dan media tidak mengadakan ceramah dan menerangkan cara sepatutnya yang sebegini ataupun mewawarkan kepada seluruh penduduk tanahair & masjid supaya melakukan solat hajat setiap hari sehingga penjenayah kepanasan dan mendapat hukuman sewajarnya.. Ini yang amat saya kesali dengan pihak media terutama TV sehingga saya sebagai orang awam pun perlu mencari jawapan dan kepastian sendiri melalui laman internet tertentu sedangkan ramai yang tidak berpeluang mendapat maklumat secara begini.. WAllahu a'lam
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul atidah, on 27-12-2007 21:52, IP 60.52.103.4, Guest
3. ...
:upset sye simpati dgn nasib adeq nurin jazlin s'mga thn mmbls smua kejahataan p'bunuh itu!!! :( .....byk2 lah b'sbr kpd family arwah yarham adeq nurin jazlin akak nurul slalu b'doa agar adeq nurin tenang@dan tidak b'dendam kpd sesaiapa biar lah thn yg m'bls smua nye kpd p'bunuh itu...... :sigh kpd akak nurul cll ....sye 0123025510 kpd family byk2 lah sembahyang...k assalammualaikum musalam  
 
» Reply to this comment...

Posted by NABILA SYUHADA, on 06-11-2007 18:15, IP 60.52.97.83, Guest
4. ...
SALAM TAKZIAH PADA KELUARGA ADIK NURIN :cry  
 
XADA IBU BAPA X SYG ANK2 MEREKA..SEDANGKAN HAIWAN PUN SYG ANK INIKAN MANUSIA..BANYK2 KAN LA BERSABAR SEMOGE ALLAH MENCUCURI RAHMAT PADA ADIK NURIN...AMIN.......
 
» Reply to this comment...

Posted by don, on 01-10-2007 15:58, IP 58.139.249.66, Guest
5. ...
semoga undang2 islam di laksanakan di negara ini..berperikat peringkat.
 
» Reply to this comment...

Posted by MAIZA2, on 01-10-2007 10:47, IP 58.139.249.66, Guest
6. ...
Saya tak faham kenape ibu bapa yg dipersalahkan jika anak di culik? ingat ibu bapa nak sangat anak2 dia di culik dan dibunuh. 
 
Sepatutnya kerajaan tubuhkan satu undang undang yg membolehkan penjenayah itu dihukum dgn setimpalnya bukan ibu bapa. Klau macam tu seronoklah penjenayah, dia buat jahat ibu bapa yg kena hukum. tak masuk akal. makin lama makin tak peri kemanusiaan pulak. fikir sebelum berbuat sesuatu, nanti ramai yg tak repot kalau anak hilang. dah jatuh di timpa tangga pulak. :? :cry  
 
ADMIN : LEPAS NI, JIKA RUMAH KENA ROMPAK..MAKA ANDA AKAN DI HUKUM KERANA CUAI MENJAGA RUMAH.  
 
JIKA KERETA KENA CURI, ANDA JUGA AKAN DIHUKUM. 
 
JIKA ANDA DI BUNUH.. 
 
KELUARGA ANDA AKAN DIHUKUM KERANA MEMBIARKAN ANDA TERBUNUH KERANA ANDA CUAI.. 
 
SO KERJA BARU POLIS TATKALA TU ADALAH, HUKUM ORANG YANG MENJADI MANGSA KERANA IA CUAI SEHINGGA JADI MANGSA.. 
 
JUSTERU, SUDAH TENTU BERGEMBIRA SI PENJAHAT. SEBAB ADA POLIS PUN SAMA GAK DAH JADI PENJAHAT LA NI. RASUAH , ROGOL ORANG DLL.
 
» Reply to this comment...

Posted by Najid, on 01-10-2007 10:45, IP 58.139.249.66, Guest
7. ...
Bukan kita percaya pada bomoh atau bukan kita percaya pada bomoh penipu (sebagaimana hadith nabi) tapi kita hanya jalankan salah satu dari bentuk usaha...  
 
Kalau berjaya, alhamdulillah Allah perkenankan usaha kita melalui bantuan ikhtiar bomoh tersebut.  
 
Kalau tidak berjaya...cuba cara lain lagi. 
 
ADMIN ; DEGIL BETUL ORANG ZAMAN SEKARANG YE, NABI DAH KATA JANGAN DEKAT..DEGIL DENGAN PELBAGAI ALASAN, IKTHIYAR LE, USAHA LE DAN LAIN-LAIN.  
 
BILA NABI KATA JANGAN PERGI DAN JUMPA BOMOH, THAT'S IT ...! JIKA MASIH TAK FAHAM LAGI,  
 
ANDA BUKAN UMAT NABI MUHAMMAD KATA NABI DALAM HADITS SOHIH. ITU SAJA SIFIRNYA
 
» Reply to this comment...

Posted by aslam, on 27-09-2007 16:38, IP 58.139.249.66, Guest
8. ...
assalamualaikum,  
 
Saya tersentak apabila terbaca ayat alquran, sunnah dan hadith² yang dipaparkan oleh saudara Zaharuddin Abd Rahman. Tiba-tiba saya terfikir, kenapa tidak membenarkan kata² mereka (bomoh) yang hendak menolong nurin disaat dia masih hidup dahulu?  
 
Jika dilihat dari mata kasar, para paranormal yang berkebolehan mengetahui lebih banyak berbanding insan biasa lain, tidak semestinya menggunakan ilmu hitam yang menyongsangkan akidah...  
 
Cuba fikirkan, kalaulah kata² bomoh yang memberi maklumat itu dibenarkan semasa misi mencari dahulu, "mungkin" nurin boleh dijumpai dengan selamat.  
 
Cuba fikirkan, dimana kesilapan yang berlaku di sini? Kekurangan pemahaman agama dikalangan "orang islam" sekarang, atau kesilapan tatalaku masyarakat sekeliling yang kurang peka... wallahualam... 
 
KOMEN ZAHARUDDIN : PENDAPAT ANDA INI ADALAH BERCANGGAH DENGAN HADIS NABI DAN MENJATUHKAN DIRI KEPADA HUKUM SYIRIK. HARAP LEBIH BERHATI-HATI..SILA CARI DAN BACA HADIS LARANGAN OLEH NABI PERCAYAI PEMBOMOH PENIPU DAN MEMANGTUJUAN MEREKA MENYESATKAN AQIDAH MANUSIA.  
 
JIKA JUMPA NURIN DENGAN RAMALAN BOMOH, MAKA SEMUA YANG PERCAYA DENGAN RAMALAN TADI ADALAH SYIRIK WALAUPUN RAMALAN ITU TEPAT. KERAN PARA SYAITAN SEDANG BERGANDING BAHU MENYESATKAN MANUSIA DARI ALLAH DAN AJAK AMNUSIA PERCAYAKAN BOMOH. SUPYA MANUSIA SYIRIK
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd amirul hakimul adhli bin, on 26-09-2007 16:35, IP 58.139.249.66, Guest
9. ...
SAYA RASA BERSIMPATI ATAS KEHILANGAN NURIN DAN SAYA INGIN MENGUCAPKAN TAKZIAH KPD AHLI KELUARGA MEREKA :?
 
» Reply to this comment...

Posted by siti hawa jaafar, on 26-09-2007 10:25, IP 58.139.249.66, Guest
10. ...
moga nurin ditempatkan ditempat org yg soleh.....alfatihah
 
» Reply to this comment...

Posted by irfan, on 25-09-2007 17:09, IP 58.139.249.66, Guest
11. ...
Saya amat bersimpati dengan kisah nurin.saya akan berdoa agar pembunuh nurin akan segera ditangkap. 
 
Pembunuh itu binatang.tentu ada sesuatu di sebalik kejadian ini.allah itu maha adil. :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba ALLAH, on 25-09-2007 16:45, IP 58.139.249.66, Guest
12. ...
Al-Fatihah untuk adik NURIN
 
» Reply to this comment...

Posted by suraya, on 25-09-2007 14:28, IP 58.139.249.66, Guest
13. ...
Harap bersabar... tu smua dugaan dari allah... kita doakan semoga pembunuh tu berjaya ditangkap..... amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur sofea Aleesya, on 25-09-2007 09:11, IP 58.139.249.66, Guest
14. ...
Assalammualaikum, 
 
Semoga keluarga adik Nurin tabah menghadapi dugaan ini dan semoga roh adik Nurin ditampatkan dengan orang-orang beriman 
 
Disini saya mengucapkan takziah kepada keluarga di atas 
permergian adik Nurin 
 
Al-Fatehah 
 
null
 
» Reply to this comment...

Posted by zeyhairy, on 25-09-2007 05:17, IP 60.52.101.2, Guest
15. ...
kepada keluarga adik nurin harap byk bersabar dgn dugaan ini, insallah si saitan tu akan menerima balasannya......al-fatiha
 
» Reply to this comment...

Posted by JB2, on 24-09-2007 21:47, IP 60.52.103.153, Guest
16. ...
Al-Fatihah. 
 
Ada ke patut keluarga adik Nurin pula akan didakwa kerana cuai. Apa dah jadi ni?  
 
Malu pada bangsa asing, menteri pula yang beri cadangan. Dimana otak menteri ini?  
 
Geram betul saya dengan cadangan tak masuk akal ini. Sekarang ini banyak kes budak kena culik dan rogol di Malaysia, Jadi Menteri Pembangunan Keluarga dan Wanita mesti kena dakwa kerana cuai jaga rakyat. Mahu ke menteri tersebut dengan cadangan ini? 
 
Tanah kubur masih merah lagi, menteri dan Ketua Polis Negara sudah tiada arah lagi, nak tuduh dan dakwa keluarga adik Nurin pula. Habis apa dah jadi dengan penjenayah celaka tu?  
 
Fikir-fikr habis dulu, jaga maruah keluarga mangsa. Ibubapa mana yang tak sayangkan anak kecuali pasangan yang lahir anak luar nikah yang buang anak di merata tempat.  
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Faizal Bin Zainal, on 24-09-2007 21:43, IP 60.52.103.153, Guest
17. ...
Salam takziah kepada keluarga allahyarhamah adik nurin, walaupun adik tiada lagi, tapi hidup dalam hati kami dan akan di kenang sampai bila-bila.... Al-Fatehah...... :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by rien87, on 24-09-2007 16:28, IP 58.139.249.66, Guest
18. ...
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan takziah di atas pemergian adik nurin jazlin..  
 
Semoga keluarga adik nurin dapat menerima takdir Allah ini dgn redha.. semoga roh adik nurin dicucuri rahmat...  
 
» Reply to this comment...

Posted by siti zaleha, on 24-09-2007 16:06, IP 60.52.101.254, Guest
19. ...
banyak-banyak bersabar.Insyaallah penjenayah dapat ditangkap secepat mungkin
 
» Reply to this comment...

Posted by siti zaleha, on 24-09-2007 16:00, IP 60.52.101.254, Guest
20. ...
salam takziah buat ibubapa dan seluruh family arwah Adik Nurin.Mudah-mudahan tabah menghadapai ujian maha hebat ini.kepada seluruh umat manusia, sama-samalah kita berdoa agar "SYAITAN DURJANA" itu mendapat balasannya secepat mungkin. AMIN............ :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by yazid, on 24-09-2007 14:15, IP 58.139.249.66, Guest
21. ...
KEHILANGAN ADIK NURIN HARUSLAH DIJADIKAN SATU PENGAJARAN. BAGI ANAK X KITA ADIK ATAU SESIAPA DALAM AHLI KELUARGA YANG DISAYANGI TAK KIRA BANGSA YANG PENTING KASIH DAN SAYANG YANG TELAH KITA TANAMKAN SEBAGAI ANAK MALAYSIA.  
 
YA ALLAH KENAPA ADA LAGI TERLALU KERAP KEZALIMAN DAN PEMBUNUHAN TIDAK KIRA MANUSIA ATAU HAIWAN...... 
 
» Reply to this comment...

Posted by Madina, on 24-09-2007 08:23, IP 58.139.249.66, Guest
22. ...
Assalamualaikum.......... 
Ya Allah! apa nak jadi dgn dunia kita skrg?  
 
AL-FATIHAH.
 
» Reply to this comment...

Posted by RizalHAmid, on 24-09-2007 08:21, IP 58.139.249.66, Guest
23. ...
SALAM 
Ucpan takziah untuk keluarga Nurin.... 
Semoga yg melakukanya dapat ditangkap dgn segera...
 
» Reply to this comment...

Posted by Mariam, on 23-09-2007 14:07, IP 60.52.101.114, Guest
24. ...
Takziah untuk seluruh keluarga Allahyarham adik Nurin; 
 
Percayalah pada kekuasaan ALLAH S.W.T... ALLAH Maha Adil dan Maha Mengetahui segala yang berlaku. Hanya kepada ALLAH tempat kita bermohon dan berdoa. Oleh itu, sama-samalah kita sebagai Insan-insan yg BERIMAN berusaha & berdoa agar `manusia bersifat IBLIS' itu tidak terlepas dari menerima balasan & peringatan ALLAH S.W.T.  
 
Saya & kita semua percaya, ada hikmah disebalik tragedi menyayat hati ini. Peristiwa ini telah membuka mata kita semua tentang betapa pentingnya kerjasama & saling membantu sesama kita. Yg lemah perlu dilindungi... 
 
PERCAYALAH, DOA ORANG-ORANG TERANIAYA PASTI DIMAKBULKAN ALLAH S.W.T. YA ALLAH YA TUHANKU...BERIKANLAH PETUNJUK & PEMBALASAN MU YG SETIMPAL KEPADA `MANUSIA KEJI' ITU. HANYA ALLAH S.W.T YG MAHA BERKUASA. InsyaALLAH.  
Al-Fatihah...  
 
» Reply to this comment...

Posted by anis, on 22-09-2007 15:24, IP 60.52.103.199, Guest
25. ...
saya ucapkan takziah kpada keluarga Nurin.. Walaupun, berat ujian yang ditanggung, namun setiap ujian harus ditempuhi dengan tabah... SEmoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya... Al-Fatihah.....
 
» Reply to this comment...

Posted by ctaj, on 22-09-2007 12:54, IP 60.52.103.199, Guest
26. ...
Saya mengucapkan takziah kepada keluarga nurin dan berharap semoga pembunuh tersebut dapat ditangkap secepat mungkin. 
 
Saya sungguh sedih dan menangis melihat berita kematian nurin yang disiarkan diTV.  
 
Sungguh kejam manusia yang melakukan .semoga penjenayah tersebut dapat diheret kemuka pengadilan secepat mungkin.Alfatihah untuk Nurin. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 21-09-2007 21:21, IP 60.52.99.29, Guest
27. ...
:sigh :sigh :sigh  
 
sy ingin mengucapkan takziah atas permergian adik nurin. :cry
 
» Reply to this comment...

Posted by miisss, on 21-09-2007 16:28, IP 58.139.249.66, Guest
28. ...
SAYA MENYERU!!!!!!! marilah kita umat islam seluruh malaysia sembahyang hajat bersama-sama.... agar yang bersalah mendapat balasan yg setimpal...
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 21-09-2007 16:25, IP 58.139.249.66, Guest
29. ...
SAYA SEDIH DEGAN APA YANG TERJADI TUAN YANG MAHABESAR .SETAN YANG MELAKUKAN INI AKAN TERTANGKAP SATU HARI NANTI ADIK NURI AKAN BERSAMA TUAN SAYA TAK DAPAT BAYANGKAN PENDERITAAN ADIKNURIN OH TUHAN BERILAH KEHADILAN
 
» Reply to this comment...

Posted by pn liza, on 21-09-2007 09:21, IP 58.139.249.66, Guest
30. ...
Terus berdoa dan bersabar,,ini adalah dugaan buat kita, pepun 
 
Kami merasa simpati semoga sesiapapun yang berbuat jahat kepadanya akan mendapat seksaan dari allah swt. 
 
» Reply to this comment...

Posted by zaki, on 21-09-2007 09:20, IP 58.139.249.66, Guest
31. ...
Allah sayangkan nurin..dikembalikan nurin kepadaNya...Allah Maha mengetahui nurin kerana  
 
Dia yang menciptakan Nurin...Maka jadikanlah sebagai satu iktibar kepada kita yang masih hidup ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by selamat, on 20-09-2007 23:03, IP 60.52.103.146, Guest
32. ...
Allah lebih menyayangi dirinya.. tabahkan hati.
 
» Reply to this comment...

Posted by rena, on 20-09-2007 23:03, IP 60.52.103.146, Guest
33. ...
takziah untuk keluarga nurin
 
» Reply to this comment...

Posted by shidah, on 20-09-2007 17:07, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
Saya merupakan guru nurin hari terakhhir saya dapat bercakap dengan dia pada ahad malm sebelum kejadian dia memang rapat ngan saya dia cakap nak gie jjln jauh sangat . 
 
saya x bole terima coz kami memang rapat sebelum cuti sekolah dia beri sya tgok semua gambar dia..erm sedih sangat saya susah nak terima nie semua ... 
 
KOMEN UST ZAHARUDDIN : BENAR, SAYA JUGA UCAPKAN TAKZIAH KEPADA KELUARGA AL-MARHUMAH NURIN, GURU DAN KENALANNYA, IA MEMANG PERISTIWA YANG MEMERITKAN TERUTAMA DI BULAN RAMADHAN DAN DIPERLAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA. MEMANG AMAT MENYEDIHKAN.. MOGA KELUARGANYA BERSABAR DAN NURIN AKAN KE SYURGA INSYAALLAH...
 
» Reply to this comment...

Posted by Hj Gullit, on 20-09-2007 17:04, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
Polis sudah menyesahkan mayat yang dijumpai adalah mayat Nurin hasil dari ujian DNA.semoga keluarga Nurin terima keadaan ini dan berserah kepada Allah untuk membalasnya.. Al-fatihah.. tk..
 
» Reply to this comment...

Posted by Normala_mak andak, on 20-09-2007 17:03, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
Salam buat semua.... 
 
Saya dan keluarga amat bersimpati dan berdoa Nurin dapat di kembalikan dengan segera kepangkuan keluarga...AMIN
 
» Reply to this comment...

Posted by jijie, on 20-09-2007 15:19, IP 60.52.96.27, Guest
37. ...
banyak2 kan berdoa dan bersabar...
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 20-09-2007 15:18, IP 60.52.96.27, Guest
38. ...
:) Dari hati kecil seorang ibu, saya amat bersimpati dengan apa yang menimpa adik Nurin, walaupun pahit untuk kita terima semua kenyataan pahit ini namun percayalah dan redhalah dengan apa yang berlaku. Lupakan segala keperitan yang tergambar difikiran kita apa yang sebenarnya berlaku pada adik Nurin didunia. Sesungguhnya ALLAH maha mengasihani dan maha mengetahui. Saya pernah kematian anak perempuan Sulong semasa dilahirkan 10 tahun lalu, kesedihan dan keperitan tidak boleh digambarkan sehinggakan saya hampir putus asa dan hampir menyalahkan Qadaq dan Qadar ALLAH, Allahamdulillah dengan kata-kata ALLAH lebih menyanyanginya daripada Kita ibu bapanya, dan ALLAH tahu apa yang terbaik untuknya, Redhalah....berdoalah agar kita bertemu dengannya di Syurga. bertaqwalah pada ALLAH, sesungguhnya ALLAH tidak akan menguji umatnya dengan ujian yang tidak mampu ditangani oleh hambanya. Amin
 
» Reply to this comment...

Posted by seroja, on 20-09-2007 15:13, IP 60.52.96.27, Guest
39. ...
kami semua bersimpati di atas kehilangan nurin.....
 
» Reply to this comment...

Posted by chat, on 18-09-2007 12:48, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
Kita sedih baca cerita adik nurin nie... kita tahu pasar malam dekat rumah dia tu... dulu kita pernah sewa rumah dekat-dekat situ... coz pasar malam tu tepi2 rumah jer... .... sabar lah... ini ujian Allah... 
 
» Reply to this comment...

Posted by fithila, on 18-09-2007 07:38, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
Semoga keluarga Nurin diberi kekuatan untuk menghadapi ujian ini. Sesungguhnya Allah maha mengetahui....
 
» Reply to this comment...

Posted by Naim - Shah Alam 0129324907, on 16-09-2007 11:45, IP 60.52.97.94, Guest
42. ...
Assalamualaikum..... :? :? :?  
 
Kepada semua ahli keluarga Adik Nurin... 
Banyak2 lah solat hajat & istikharah... pohon petunjuk dan pertolongan dari yang Maha Esa...
 
» Reply to this comment...

Posted by zol, on 15-09-2007 14:54, IP 60.52.98.141, Guest
43. ...
tabah
 
» Reply to this comment...

Posted by ikin, on 15-09-2007 11:05, IP 60.52.102.189, Guest
44. ...
salam..semoga ibu bapa adik nurin banyak bersabar..ini adalah ujian dari Dia yg Maha berkuasa....semoga adik nurin selamat...insyaallah..
 
» Reply to this comment...

Posted by kudindang, on 15-09-2007 00:18, IP 60.52.99.239, Guest
45. ...
semoga adik nurin selamat..
 
» Reply to this comment...

Posted by intan, on 14-09-2007 17:46, IP 60.52.100.56, Guest
46. ...
orang la ni cam takut nak tolong cari nanti jadi cam adik Yin lepas jumpa mak bapak cakap lain plak kena tangkap ngan polis tak naye ker..
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur, on 13-09-2007 11:45, IP 58.139.249.66, Guest
47. ...
salam... 
 
saya tak faham... kenapa pegi pasar bawak bendera syaitan? maaf, betul2 tak faham...
 
» Reply to this comment...

Posted by Khawaja, on 11-09-2007 07:56, IP 58.139.249.66, Guest
48. ...
Semuanya dalam pengetahuan Allah S.W.T, namun kebaikan hati budi saudara-saudari ini semua atas kesedihan kehilangan adik ini menunjukan kebenaran murni hati budi sekalian. 
 
Oleh itu, Mari kita sama-sama menggunakan kuasa hati ini bukan untuk bersedih, tetapi memfokuskan pandagan hati nurani serta minda kita pada adik ini dengan fokus yg. jitu tanpa di ganggu oleh perasaan sedih atau waswas. Agar dia dapat keluar atau di-keluarkan dari belengu apa jua yg.sedang di-hadapinya. 
 
Sambil menyebut TAKBIR YG. AGUNG " ALLAH HU AKBAR " di bibir. Mari teruskan bersama, sekarang juga di-mana pun 
anda berada, di-situ juga anda dapat menggunakan kekuatan perasaan hati nurani anda untuk tujuan murni ini. 
 
Jangan sedih lagi, jangan bingung lagi, jangan tunggu lagi....!
 
» Reply to this comment...

Posted by Jai, on 10-09-2007 22:30, IP 60.52.103.175, Guest
49. ...
Saya sahabat kpd bapa Nurin..saya merancang untuk mengedarkan gambar nurin ke seluruh negara.. 
 
Mintak tolong jasa baik tuan puan untuk sama2 mengedarkan..minggu lepas saya edarkan di perjalanan menuju ke melaka..seluruh perhentian saya letak hingga ke pekan alor gajah melaka.. 
Tolong edarkan bersama..hari ini mereka susah.. 
 
Esok lusa kita tak tau nasib kita..tolong menolong amalan baik.mari menjayakan usaha ini..satu org 10 keping lekatkan ke tempat anda pun dh kira baik..kita mencuba  
 
» Reply to this comment...

Posted by shaz, on 07-09-2007 13:18, IP 60.52.97.70, Guest
50. ...
bersabar la dengan dugaan yang dibrikan tempuh dengan sabar dan tabah.......setiap yang menimpa pasti ada hikmahnya...berdoa la,moga adik nurin akan ditemui dengan secepat mungkin
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom