Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Ramadhan & Batalkah Puasa Kita Jika...
PDF Print
User Rating: / 183
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 12-08-2010 04:45
Views 80308    
Favoured 73

Ramadhan : Batalkah

Puasa Kita Jika...

Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

 

ramadhan_2010_2.jpg

 

Ulama terbilang dunia ketika ini, Dr Yusoff Al-Qaradhawi pernah menyebut dan meluah rasa kurang setuju beliau dengan tindakan para ulama yang terlalu meluaskan perbuatan yang membatalkan puasa. Beliau lebih setuju untuk mengecilkan skop dan ruang lingkup pembatalan puasa kepada perbuatan yang benar-benar terdapat dalil tepat dari al-Quran, al-Hadith dan disepakati ulama sahaja.

Beliau berpendapat perbincangan panjang lebar oleh ulama silam, antaranya para ulama dari mazhab Hanafi dan ulama mazhab-mazhab lain menyebut sekitar 57 bentuk perbuatan yang membatalkan puasa adalah adalah tindakan yang kurang sesuai. Malah ia juga amat digemari oleh ulama masa kini sehingga terdapat yang menghabiskan masa begitu lama untuk merangka fatwa, berijtihad dan meletakkan kaedah bagi sesuatu perbuatan. Adakalanya ia adalah isu yang tidak memerlukan perhatian begitu mendalam.

Masalah ini dilihat semakin bertambah, apabila ijtihad dalam bab ini semakin bercambah hingga menyebabkan kesukaran orang kebanyakkan (awam) menjalankan ibadah ini dengan tenang kerana perincian perbuatan yang membatalkan puasa amat cabang (furu') dan terlampau banyak. Ia menyebabkan orang awam yang terhad kemampuan, masa dan rujukan sering berada dalam kebimbangan dengan isu batal dan tidak batal puasa ini. Lebih dikesali adalah perbincangan tentang ini juga ada meninggalkan perbincangan yang lebih besar berkenaan Ramadhan. (Taysir al-Fiqh - Fiqh As-Siyam, hlm 86-87)

Sebagai contoh, antara isu terbesar yang patut diberikan fokus mendalam di waktu Ramadhan adalah :-

1) Raih Taqwa : Firman Allah yang mengarahkan kita berusaha meraih taqwa di dalam bulan ini. Perbincangan berkenaan kaedah, cara dan cabaran yang boleh menghalang kita mencapai target ini perlu diberikan perhatian lebih.

2) Bulan Ingatan Fungsi Al-Quran : Firman Allah yang menyebut bahawa Al-Quran diturunkan di bulan Ramadhan ini sebagai petunjuk, dan bukti kebenaran petunjuk dan pembeza di antara haq dan yang batil. Justeru perbincangan berkenaan kemestian umat Islam kembali kepada Al-Quran sebagai satu-satunya formula untuk berjaya sebagai golongan bertaqwa dan selamat dunia akhirat perlu diperhebat.

3) Amaran Terhadap Pengikis Pahala Ramadhan Yang 'Confirmed' : Sabda-sabda Nabi berkenaan tindakan yang boleh menghapuskan pahala puasa Ramadhan seperti bercakap kotor, nista, carut dan perbuatan jahat dan keji di waktu bulan ini. Ia perlu dipertekankan kerana ia adalah perkara yang disepakati bakal merosakkan pahala puasa seseorang walaupun ia tidak sampai membatalkan zahir puasanya.

4) Kaedah Penambah Pahala & Redha Allah di Bulan Ramadhan Yang 'Confirmed': Sabda-sabda Nabi yang mengandungi janji-janji dan tawaran Allah di bulan ini juga perlu diperluas kepada orang ramai agar semakin ramai yang berpotensi ke Syurga Allah sekaligus melemahkan fungsi Syaitan dan nafsu amarah yang sentiasa ingin mengajak kepada kemaksiatan.

Adapun isu perkara yang membatalkan puasa, sewajarnya ditumpukan kepada hukum yang disepakati sahaja.  Justeru, larangan yang disepakati tatkala puasa adalah menahan nafsu syahwat, menanggung lapar dan dahaga serta menahan diri dari bersetubuh dengan isteri di siang hari dengan niat ikhlas ibadat kerana Allah. Inilah yang dijelaskan dari al-Quran dan as-sunnah, demikian juga menjauhi kata-kata nista, bohong, mengumpat, cercaan dan lain-lain dosa anggota demi kerana Allah. Ia disebut di dalam ayat al-Baqarah : 187 dan disokong oleh hadith-hadith yang banyak.

Merokok, keluar darah haid atau nifas dan hilang aqal adalah dipersetujui secara sepakat ulama membatalkan puasa.

Adapun yang tidak disepakati, boleh dibincangkan cuma jangan sampai ia mengambil  perhatian utama kita apabila berada di dalam Ramdhan. Sebagai panduan, berikut disertakan beberapa hukum secara ringkas berkaitan puasa yang kerap ditanya oleh orang ramai :-

1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah di pinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka dan dikeluarkan kembali tanpa sampai ke perut dan yang seumpamanya di bahagian kepala.

Ia seperti memasukkan alat tertentu ke dalam kemaluan wanita atau dubur ketika proses perubatan yang berkaitan, demikian juga memasukkan jari ke dalam hidung, telinga, mulut dan dubur.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa kecuali jika alatan itu dibiar tinggal di dalam kemaluan tadi, kerana illah @ faktor penyebab batal puasa adalah masuknya sesuatu berfizikal ke perut. Terkecuali juga, wanita atau lelaki yang memasukkan jarinya ke dubur atau kemaluannya dengan tujuan nafsu, maka ia membatalkan puasa, tetapi jika tujuan istinja' atau membasuhnya maka hukum yang lebih kuat menurut para ulama adalah tidak batal. (As-Siyam, Dr Md ‘Uqlah, hlm 211). Ini juga dipersetujui oleh Syeikh Atiyyah Saqar yang mengatakan masuk sesuatu ke telinga dan hidung yang tidak sampai ke perut atau bahagian otak adalah tidak membatalkan puasa. (Min Ahsanil Kalam fil Fatawa). Tidak dinafikan terdapat fatwa yang mengatakan batal, justeru, nasihat saya adalah lebih baik menjauhinya kiranya tiada tujuan yang agak mendesak. Kerana menjauhi yang khilaf (perbezaan pendapat) itu lebih baik.

3) Pil elak haid untuk puasa penuh :

Hukumnya : Harus dengan syarat tidak membawa mudarat kepada pusingan haidnya, dan memerlukan nasihat doktor Islam yang berwibawa. Namun yang terbaik adalah tidak menyekat haid, dan tidak menganggu kitaran fitrah yang telah ditentukan oleh Allah swt. selain itu wanita sedang haid juga masih boleh melaksanakan pelbagai jenis ibadah. 

4) Penyembur gas untuk pesakit lelah :

Hukumnya : Baru-baru ini pada bulan Julai 2007, Persidangan Majlis Fiqh Antarabangsa di Putrajaya ada membincangkan isu ini. Tidak dinafikan ia satu isu yang amat kerap dibincangkan oleh para ulama seantero dunia dan mereka berbeza pandangan  apabila sebahagian menyatakannya batal dan sebahagian lain menolak.

Menurut kajian terperinci bantuan para doktor, mendapati gas semburan itu punyai jisim-jisim putih yang jelas kelihatan jika di sembur di atas kertas. Selain itu, hampir 90 % darinya akan terus masuk ke tekak dan melekat di esophagus dan terus ke perut. Ini bermakna ianya jisim-jisim gas itu masuk ke perut setiap kali semburan. Justeru sudah pasti ia membatalkan puasa. Demikian pandangan awal dari Majlis Fiqh Antarabangsa yang bersidang Juali 2007 baru-baru ini, tetapi kemudiannya mereka menarik balik keputusan mereka untuk dibincangkan lebih terperinci dalam persidangan akan datang. 

Bagaimanapun para ulama masih perlu bergantung kepada makumat jelas dari para doktor bagi memberikan fatwa tepat kerana Syeikh At-Tantawi, Syeikh Dr Muhd ‘Uqlah, menyebut hukumnya tidak batal kerana gas itu hanya terhenti di paru-paru dan tidak masuk ke perut. Manakala, ubat lelah jenis hidu melalui hidung adalah membatalkan puasa kerana ia akan masuk ke bahagian kepala. (As-Siyam, Dr Md Uqlah, hlm 226)

Namun jelas para ulama berhati-hati dalam memberikan keputusan dalam hal ini kerana menyedari walaupun serbuk-serbuk dari inhaler tersebut boleh memasuki ruang perut, namun ia adalah satu keperluan buat pesakit athma dan tidak pula dilaksanakan secara saja-saja, bukan pula kerana nafsu lapar. 

5) Suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, pain killer dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.

Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercangah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).

Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

6) Berkumur-kumur dan air masuk ke rongga hidung semasa wudhu.

Hukumnya : Tidak membatalkan puasa, cuma jika berlebihan berkumur ulama Syafie mengatakannya terbatal. Justeru, jauhilah berlebihan di ketika puasa dalah lebih baik.

Ia berdasarkan hadith : "Sempurnakan wudhu , basuhlah celah-celah jari jemarimu, dan lebih-lebihkan menyedut air ke hidungmu kecuali tatkala kamu berpuasa ( Riwayat Abu Daud , no 142 ; At-Tirmidzi, 788 ; Al-Hakim, Sohih menurut Ibn Khuzaymah, Ibn Hibban & Al-Hakim dan dipersetujui oleh Az-Zahabi ; albani ; Sohih).

7) Melakukan Maksiat seperti tidak solat :

Hukumnya : Tidak batal puasa menurut majoriti mazhab dan ulama. Akan tetapi dosa maksiat itu akan ditanggung berasingan mengikut jenis maksiat, malah mungkin bertambah besar dosanya kerana mencarik kehormatan Ramdhan. Pahala puasanya pula akan terhapus Selain itu, ia juga mencarikkan keseluruhan tujuan berpuasa iaitu bagi melahirkan insan taqwa dan jauh dari maksiat. (Qaradawi, hlm 104) Nabi bersabda : "Barangsiapa sempat bertemu Ramadhan dan tidak diampun dosanya, maka semakin jauh ia dengan Allah" (Riwayat Ibn Hibban)

8) Mencium lelaki dan wanita semasa berpuasa

Hukumnya : Mencium isteri atau suami tatkala berpuasa, tidak batal menurut majoriti ulama.

Ia berdasarkan beberapa dalil antaranya :-

كان رسول اللَّهِ  يُقَبِّلُ وهو صَائِمٌ وَيُبَاشِرُ وهو صَائِمٌ وَلَكِنَّهُ كان أَمْلَكَ لِإِرْبِهِ

Ertinya : "Nabi S.a.w mencium dan bermesra (dengan isterinya) dalam keadaan ia berpuasa, tetapi baginda adalah seorang yang menguasai diri dan nafsunya" (Riwayat Abu Daud,  2/311 ; Syuaib arnaout : Sohih)

Dan satu lagi adalah : -

فجاء شاب فقال أقبل يا رسول الله وأنا صائم قال لا قال فجاء شيخ فقال أقبل وأنا صائم قال نعم قال فنظر بعضنا إلى بعض فقال النبي قد علمت لم نظر بعضكم إلى بعض إن الشيخ يملك نفسه رواه أحمد والطبراني في الكبير وفيه ابن لهيعة وحديثه حسن وفيه كلام

Ertinya : Kami bersama Nabi tiba-tiba didatangi oleh seorang pemuda dan bertanya : Aku berpuasa dan aku mencium isteriku, jawab nabi : Jangan ; tiba-tiba dating seorang tua dan bertanya soalan yang sama : Jawab nabi : Ye ( tiada masalah) ; kami kami saling berpandangan antara satu sama lain, maka nabi berkata :-

"aku tahu apa mengapa kamu saling berpandangan antara satu sama lain, sesungguhnya orang tua mampu mengawal dirinya (nafsu)" (Riwayat Ahmad dan At-Tabrani, sanad terdapat Ibn Lahi'ah yang diperkatakan tentangnya, menyebabkan hadis dianggap dhoif)

Al-Qaradawi pula menambah "berapa ramai orang tua zaman sekarang yang turut tidak mampu mengawal nafsunya " (Fiqh As-Siyam, hlm 106 )

Kesimpulannya, ia tidak membatalkan puasa dan ciuman sebegini tidak harus jika ia boleh membawa mudarat seperti menaikkan nafsu dan boleh membawa kepada persetubuhan di siang hari ramadhan.

9) Wanita tamat haid

Wanita tamat haid pada waktu malam dan sempat niat pada waktu malamnya sebelum naik fajar subuh. Ia dikira sah walaupun belum mandi hadas. Jika ia tidak sempat berniat sebelum fajar subuh, seperti belum makan dan minum apa-apa pada pagi itu, kemudian pada jam 8 pagi haidnya kering, ia tidak dikira boleh berpuasa pada hari itu kerana tiada niat bagi puasa wajib boleh dibuat selepas terbit fajar.

Demikian juga ditegaskan oleh majoriti ulama (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/201)

Dalilnya adalah :-

من لم يُجْمِعْ الصِّيَامَ قبل الْفَجْرِ فلا صِيَامَ له

Ertinya : "Barangsiapa yang tidak berniat untuk puasa sebelum fajar, tiada puasa (wajib) baginya" ( Riwayat Abu Daud, 3/108 ; Albani : Sohih )

 

10) Keluar air mazi

Air mazi adalah air yang keluar dari kemaluan lelaki atau perempuan kerana naik syahwat. Banyak persoalan berkenaan keluarnya air mazi semasa berpuasa, samada ia membatalkan puasa atau tidak.?

Zahir dalam mazhab Hanbali menyatakan, ia membatalkan puasa.

Bagaimanapun mazhab Hanafi, Syafie, Awzai'e, Hasan albasri, As-Sya'bi dan Imam Ahmad dalam satu pendapatnya berfatwa keluarnya air mazi tidak membatalkan puasa. Saya lebih cenderung dengan pendapat ini.

11) Keluar air mani tanpa setubuh

Mencium dan menyentuh sehingga keluarnya mani dengan syahwat adalah membatalkan puasa dan wajib qadha, ia adalah disepakati oleh seluruh ulama.

Adapun keluarnya air mani hanya kerana berfikir lucah dan melihat dengan syahwat, ia tidaklah batal menurut sebahagian ulama termasuk mazhab Syafie, Hanafi. (Al-Mughni, 4/159)

Manakala mazhab Hanbali dan Maliki mengatakannya batal.

Walau bagaimanapun, saya lebih cenderung dengan pendapat yang mengatakannya batal kerana ia benar-benar bercanggah dengan tujuan dan maqasid puasa dalam Islam. Selain itu, ia juga adalah sama dengannya keluar mani kerana sentuhan.

Keluar air mani kerana bermimpi di siang hari Ramadhan atau kerana sakit tertentu. Sepakat ulama menyatakan ia tidak membatalkan puasa.

12) Menelan air liur dan kahak

Hukum : Ia tidak membatalkan puasa disebabkan terlalu sukarnya untukmenjaga hal seperti ini. (Al-Mughni, Ibn Quddamah, 4/159). Manakala Kahak yang selagi ia belum sampai ke anggota mulut (sebelah hadapan lidah), iaitu masih berada pada had tekak maka tidak membatalkan puasa jika ditelan. Kerana ia masih tidak keluar daripada anggota zahir. Kahak yang sudah sampai pada mulut, inilah yang menjadi khilaf adakah membatalkan puasa atau tidak. Ada pendapat yang mengatakan batal dan ada pendapat yang mengatakan tidak batal. Sebahagian ulama berpendapat HARAM menelannya dengan sengaja kerana ia adalah kotoran. Jadi, kesimpulan yang terpilih adalah kahak yang sampai ke mulut haram ditelan dan kebanyakan ulama menyatakan ia membatalkan puasa. Manakala yang berada di bahagian pangkal lidah dan tekak, jika ditelan tidak membatalkan puasa.

  Ramadhan Mubarak Buat Semua Pengunjung zaharuddin.net : Ust Zaharuddin Abd Rahman

13 ) Mandi

Tiada masalah untuk orang berpuasa mandi, ia tidak membatalkan puasa. Dalilnya adalah hadis yang menunjukkan Nabi s.a.w mengizinkan orang yang junub mandi selepas waktu subuh. Ibn Abbas juga pernah disebutkan mandi ketika berpuasa. Kecuali seseorang mandi sambil mencuri minum sebagaimana yang mungkin dilakukan oleh para remaja dan lainnya, maka ia batal kerana minum dan bukan mandi itu sendiri.

14) Berniat berbuka atau membatalkan puasa sebelum waktu.

Tindakan sebegini adalah membatalkan puasa menurut mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi. Cuma jika dengan segera seseorang itu kembali berniat dan membetulkan niatnya tadi, puasa tidak terbatal.

Justeru, seluruh individu berpuasa wajib menjaga niatnya agar tidak terpesong untuk membatalkannya. Imam Ibn Quddamah menolak pandagan yang mengatakan tidak batal kerana ibadah itu adalah berdasarkan niat seperti solat juga yang akan terbatal jika berniat membatalkannya. (Al-Mughni, 4/175)

Sekian,

Ramadhan Al-Mubarak dan selamat menjalani ibadah puasa untuk semua pengunjung zaharuddin.net

 

Zaharuddin Abd Rahman

13 Sept 2007

01 Ramadhan 1428 H 

http://www.zaharuddin.net/

 

(ULANG SIAR 02 SEPTEMBER 2008 )

 

Last update: 12-08-2010 21:58

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (258) RSS feed comment
Posted by abdul ba'ith bin abdul rahim, on 25-08-2010 10:05, IP 60.52.208.126, Guest
1. penggunaan "nicotine patch" semasa puasa
assalamualaikum ustaz, 
 
persoalan saya ialah mengenai status puasa seseorang yang menggunakan pelekat nikotin semasa ianya berpuasa. 
 
sah atau batal puasanya?
 
» Reply to this comment...

Posted by rosaina, on 25-08-2010 05:54, IP 124.13.77.155, Guest
2. ring pessary
salam ustaz...berkenaan rencana ni...tidak batal sekiranya memasukkan alatan ke vagina dan dikeluarkan semula....bagaimana dengan pesakit yang memerlukan alatan tersebut tinggal divagina untuk tempoh lama eg: ring pessary untuk kes vaginal prolapse?
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 24-08-2010 10:44, IP 77.8.118.164, Guest
3. Puasa Bulan Ramadhan
Assalamualaikum ustaz.. 
Saya ada 2 Soalan ingin minta jawapan dan penjelasan dari ustaz. 
 
1) Adakah Sah Puasa saya sekiranya saya meniat puasa semasa Azan Subuh sedang dilaungkan? 
 
2) Adakah batal atau tidak batal puasa saya sekiranya najis masuk semula(tidak sengaje) kedalam dubur semasa buang air besar? 
 
Terima Kasih Ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by mita, on 21-08-2010 07:06, IP 125.163.249.2, Guest
4. keluar darah saat kencing
salam ustazzz...saya menderita infeksi saluran kencing dan kadang-kadang mengeluarkan darah saat buang air kecil. Apakah itu membatalkan puasa saya??? 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by keliru, on 19-08-2010 23:53, IP 60.50.48.255, Guest
5. keliru
Ustaz. Saya telah mengeluarkan air mani dengan sengaja pada malam hari berpuasa tetapi sehingga terbit fajar keesokan harinya, saya masih belum mandi wajib. Sekiranya saya bersahur tetapi tidak mandi wajib pada sebelum fajar, bagaimanakah dengan puasa saya, sah atau tidak?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Nuruliman, on 19-08-2010 15:19, IP 58.26.36.44, Guest
6. Bersetubuh selepas sahur
Saya dan suami telah bersetubuh selepas bersahur sekitar pukul 5.00am. Kerana terlalu nikmat dan keletihan dengan tidak sengaja kami tertidur di dalam berpelukan dengan zakar suami masih tegap di dalam lubang faraj saya. Bila kami tersedar jam telah menunjukkan pukul 6.45am dan zakar suami masih berada didalam lubang faraj saya.  
 
Saya muskil samada batal puasa kami dan adakah dikenakan kifarah. Tolong kami Ustaz.....
 
» Reply to this comment...

Posted by nita, on 19-08-2010 11:21, IP 175.144.196.185, Guest
7. hukum makan selepas imsak sebelum subuh
apakah hukumnya jika seseorng itu makan selepas waktu imsak tetapi belum masuk wak tu subuh? adakah puasanya pada hari itu telah batal?
 
» Reply to this comment...

Posted by afif, on 18-08-2010 23:49, IP 203.82.93.12, Guest
8. assalamualaikum....
ustaz,saya mahu tanya adakah puasa saya batal sekiranya:-  
 
1)saya selalu memegang kemaluan saya bagi mengetahui sama ada keluarnya air mani atau mazi  
 
2)kadang2 keluar air yang melekit tapi bukan warna putih tapi jernih... 
 
3)saya seringkali mandi wajib apabila saya risau dengan perkara di atas,,, 
 
ustaz boleh bagi penjelasan sama ada puasa saya batal atau tidak? 
 
UZAR : ia mungkin air mazi, puasa tak batal, tak perlu mandi wajib.. hanya wjaib basuh krn ia adalah najis spt air kencing
 
» Reply to this comment...

Posted by sknh., on 18-08-2010 17:17, IP 175.144.112.195, Guest
9. puasa
ustaz, 
situasinya begini: 
sewaktu itu saya sedang belajar dalam kelas, 
tetiba2je saya bersin dan terkeluar kahak atau mucus dekat tekak( tapi tak sampai lagi kat depan lidah tu) saya tidak tahu untuk membuangnya atau tidak, kerana masa itu guru sedang mengajar, jadi saya telan. batalkah puasa saya?
 
» Reply to this comment...

Posted by shah, on 18-08-2010 08:23, IP 115.133.30.116, Guest
10. salam..
time kasih ustaz.. minta copy untuk sebarkan pada kawan2 len yer.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Aqeela, on 17-08-2010 21:54, IP 124.13.31.107, Guest
11. Miss
Mohon utk sy sebar kpd pelajar sy di kuch..
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 17-08-2010 17:17, IP 120.140.18.214, Guest
12. gosok lidah
ustaz, apakah menggosok lidah menggunakan kayu sugi ataupun berus gigi dan ubat gigi tidak membatalkan puasa juga? adakah hal ini seolah-olah sengaja menghadirkan suatu rasa pada lidah lalu membatalkan puasa?
 
» Reply to this comment...

Posted by azahar, on 17-08-2010 12:12, IP 202.45.133.2, Guest
13. Tumit Rapat Masa Sujud
Salam UZAR, 
Saya pernah menghadiri kursus kesempurnaan solat yang UZAR anjurkan di UIA dan saya ada membeli buku Formula Solat Sempurna. 
 
Saya cuma ingin memohon penjelas UZAR mengenai kedudukan tumit semasa sujud. Mohon UZAR jelaskan kerana dalam buku tersebut tidak dinyatakan dalil mengenainya. Terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by gadis keliru, on 16-08-2010 09:54, IP 124.82.53.1, Guest
14. resah kerana abang kandung
salam ustaz, 
saya nak taya, abag saya tidak berpuasa.. die akan merokok, dan minum air disiang hari secara sorok. saya dapat tahu pun secara tidak sengaja. die akan berlakon apabila bersahur dan berbuka didepan keluarga..yg menjadi masalah saya, bagaimana nak tegur abg saya supaya die wajib berpuasa di bulan ramadhan ni.. die seorg yg panas baran. saya sgt takut nak tegur die..tq 
 
UZAR : beritahu kpd mak ayah, biar mereka uruskan.
 
» Reply to this comment...

Posted by khairul sham, on 15-08-2010 15:06, IP 60.48.160.94, Guest
15. Batalkah Puasa
Menberus gigi dipagi hari waktu bulan puasa.Adakah akan membatlkan puasa.? 
 
UZAR : tidak batal jika tidak sengaja telan air kumuran dan ubat gigi.
 
» Reply to this comment...

Posted by Haniz, on 15-08-2010 10:55, IP 77.8.113.135, Guest
16. lips balm(pelembap bibir)
Asalamualaikum ustaz, 
Saya ingin bertanye tentang pengunaan lips balm(pelembap bibir) semasa puasa kerana bibir kering dan pecah.Adakah batal puasa saya? 
 
Terima kasih 
 
UZAR : asal tidak makan dan jilat lips balm tu macam ice cream, maka puasa tidak akan batal.
 
» Reply to this comment...

Posted by dudu, on 14-08-2010 13:49, IP 118.100.184.85, Guest
17. Mendengar lagu
Salam ustaz, saya ingin bertanya. adakah batal puasa jika mendengar lau seperti walkman dan ipod dan volumenya dimaximumkan.bagaimana pula berhingus semasa puasa?. saya sangat berharap ustaz dapat menghilangkan keraguan saya dengan menjawabkannya.Terima Kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad farid jalaluddin, on 14-08-2010 12:13, IP 124.82.50.12, Guest
18. kemusyikilan melancap di bulan puasa
Asalamualaikum ustaz, 
saya ingin bertanyer tentang kemusyikilan melancap di bulan puasa,adakah batal puasa saya atau tidak batal, saya ingin bertanyer pandapat ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by iab, on 14-08-2010 12:12, IP 118.101.125.238, Guest
19. Assalamualaikum
Ustaz. Saya telah mengeluarkan air mani dengan sengaja pada malam hari berpuasa tetapi sehingga terbit fajar keesokan harinya, saya masih belum mandi wajib. Sekiranya saya bersahur tetapi tidak mandi wajib pada sebelum fajar, bagaimanakah dengan puasa saya, sah atau tidak?
 
» Reply to this comment...

Posted by Nor Azizi B Tamrin, on 14-08-2010 09:37, IP 175.145.0.153, Guest
20. azizi
Assalamualaikum ustz.. 
Soalan saya, perlukah nama-nama si mati disebut sbelum memulakan tahlil spls tarawikh? kerana ada sesetengah tempat menyebut nama-nama yg agak ramai menyebab solat terawikh lambat dimulakan selepas isyak.Terima Kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by Hana, on 14-08-2010 07:39, IP 138.250.176.239, Guest
21. guest
Salam UZAR, 
 
Saya punya kitaran haid normal cuma pada perhatian saya ia bergantung pada kelawasan sy (membuang air besar) krn kdg2 jika sy tidak lawas haid sy akan jadi lebih lama. Masalah saya, haid sy akan kering untuk sehari 2, dan jika kemudian sy membuang air besar... haid sy akan dtg semula (tp tidak bnayk) slps kering. Jadi soalan saya adakah puasa sy diantara waktu haid saya kering itu sah? 
 
TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by aldino putra, on 13-08-2010 23:25, IP 125.163.65.177, Guest
22. puasa tidur
assalammualaikum 
saya mau konsultasi sama ustad tentang puasa. 
apakah tidur satu harian penuh dalam bulan puasa itu sah atau tidak?? 
sebagai contoh nya. pada puasa ke 3 saya kurang tidur. saat itu saya tidur jam 2 dan jam 3 nya saya bngun untuk makan sahur dan niat berpuasa pada allah. dan setelah imsak saya lalu sholad subuh. dan tidur lagi pada skitar jam 6 atau jam 7 pagi. rencana nya saya mau bngun jam 11:30 untuk sholad dan lakukan aktifitas. dan ketika jam alaram saya berbunyi pada jam tersebut saya terbangun tapi ntah knapa badan dan mata saya tidak mau bngkit dari kasur dan tertidur lagi sampai jam 5. dan akhir nya saya terbangun dari tidur jam saat buka puasa udah dimulai.lalu saya buka dan langsung sholad. pertanyaan saya apakah puasa tersebut sah atau tidak ustad??? MOHON DI JAWAB USTAD.SOAL NYA SAYA PENASARAN BANGET DAN MENYESAL PADA ALLAH TELAH MELAKUKAN KESALAH YAITU PUASA DENGAN TIDUR 1 HARU PENUH. SAYA SANGAT MOHON TOLONG DI JAWAB USTAD. 
SEKIAN DARI SAYA...ASSALAMMUALAIKUM. 
 
UZAR : puasa adalah sah jika telah berniat, dan semua solat yang terlepas wajib digantikan. dan steerusnya boleh meminta ampun dari Alloh
 
» Reply to this comment...

Posted by dak metal, on 13-08-2010 10:57, IP 110.159.120.199, Guest
23. ...
Ustaz, saya ade satu masalah ni, ketika saya meneran semasa membuang air besar, air mani pasti akan keluar dari kemaluan saya. Jadi saya nk tahu ape hukumnya jika perkara ini berlaku ketika bulan Ramadhan. Hope ustz dapat beri respons secepat mungkin. tq.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by shahrul anuar, on 13-08-2010 10:50, IP 203.82.80.33, Guest
24. muzbihalib
Slm Ustz..Nak tanya 
 
Bagaimana org yang melakukan kerja berat seperti membuat rumah,bekerja di panas terik(membuat jalan tar,memasang tiang eletrik,memotong rumput ditepi jalan dsb)adakah dalil kelonggaran bagi mereka2 ini untuk tidak berpuasa dan menggantikan di hari yang lain?terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Abdul Malique, on 13-08-2010 10:22, IP 113.211.208.161, Guest
25. Fadhilat Tarawih Hari Ke 4 Palsu??
Assalamualaikum ustaz.. 
benarkah fadhilat tarawih hari ke 4 palsu?? 
"Orang-orang yang mengerjakan solat 
Tarawih akan memperolehi pahala 
sebagaimana pahala yang diperolehi 
oleh orang-orang yang membaca 
kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- 
Quran." 
 
UZAR : bukan har ke 4 saja, malah semua fadhilat dalam senarai tu adalah palsu
 
» Reply to this comment...

Posted by iskandar, on 13-08-2010 09:49, IP 78.100.227.97, Guest
26. setuju
salam, saya setuju dgn pendapat ust.qaradawi. ramai yg lebih bnyk bicara hal remeh2 berbanding hal utama spt penghayatan ramadan itu sendiri. 
 
ramai juga yg masih bnyk bicara tentang tarawih 8 atau 20 rakaat, selawat beramai2, bacaan tahlil dsb. apa komen ustaz dlm hal ini. adakah selawat beramai2 dan membaca tahlil dikira bid'ah dan berdosa. 
 
wassalam
 
» Reply to this comment...

Posted by zoowhyree, on 13-08-2010 09:15, IP 115.133.176.102, Guest
27. Inhaler Vicks utk hidung berair
salam uzar.. 
saya mempunyai masalah hidung berair yg ketara..bagi mengurangkan masalah ini saya sentiasa menggunakan "inhaler vicks" yg mana menghidunya bagi keselesaan hidung..adakah ia membatalkan puasa saya?wassalam.. 
:? 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by nor rizazulina che harun, on 13-08-2010 08:57, IP 202.151.233.45, Guest
28. nak tanya pasal batal puasa.
saya bersama dengan suami pada malam di bulan ramadhan, tapi pd paginya saya terlambat bangun dan terlepas waktu subuh.adakah puasa saya sah kerana pada malamnya saya sempat niat puasa di bulan ramadhan, dan adakah saya perlu membayar denda di atas kesalahan saya itu? 
 
UZAR : sudah dijawab, rujuk bahagian soal jawab
 
» Reply to this comment...

Posted by eda, on 13-08-2010 07:39, IP 115.134.195.117, Guest
29. puasa
salam.. 
 
ustaz..adakah puasa sy batal jika sy sengaja sebut dlm hati utk berbuka puasa dgn niat utk suke2...? 
 
adakah puasa sy batal jika dlm hati sy timbul keraguan ttg puasa yg dilakukan disebabkan ade berlaku kesalahan?
 
» Reply to this comment...

Posted by shafik, on 12-08-2010 18:55, IP 203.82.80.10, Guest
30. kahak
adakah kahak itu sebahagian dari air liur.batal atau tidak puasa jika menelannya. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Shema, on 12-08-2010 10:31, IP 202.75.160.254, Guest
31. Puan
Salam Ustaz, 
 
Saya nak tanya, apakah amalan ibadat yang sesuai utk wanita dalam haid bagi bulan Ramadhan dan bulan bulan yang lain. Saya selalu was was nak berzikr dengan zikir yg dari Alquran, contohnya zikir dan doa Maksurat. 
 
UZAR : YE boleh zikir, doa , ikuti kuliah ilmu dsbnya
 
» Reply to this comment...

Posted by Amellia Roslizam, on 12-08-2010 09:57, IP 202.188.163.119, Guest
32. Witir
Salam Uztaz, 
Apa sebaiknya dilakukan, jika saya sgt berhajat ingin solat sunat yg lain lepas terawih di surau/masjid. 
a)Turut serta megerjakan penutup (witir) berjemaah. 
b)Melakukan terawih berjemaah dan melakukan penutup (witir) di rumah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin Nurazmi, on 12-08-2010 09:25, IP 205.156.180.229, Guest
33. Dentist
Salam ustaz, 
 
Adakah sah puasa jika pergi ke dentist untuk membuat pemeriksaan gigi serta scaling?  
 
Syukran..
 
» Reply to this comment...

Posted by khalid, on 12-08-2010 09:04, IP 124.13.101.94, Guest
34. sujud sahwi
Salam. 
Mungkin kerana berterawih setahun sekali, maka imam telah tersalah dalam solat. dia terus terduduk untuk tahiyat akhir pada rakaat pertama. kemudian dia bangun semula selepas diingatkan makmum. selepas tahiyat akhir, imam sujud sahwi. perlukah saya yang jauh di belakang sujud sahwi juga? 
terima kasih. 
 
UZAR : ye perlu ikut sekali dgn imam sujud sahwi.
 
» Reply to this comment...

Posted by nasyamullah, on 11-08-2010 10:10, IP 202.184.138.2, Guest
35. salam
salam...uztaz sya cuma nk tanya apakah maksud nama saya nei...MUHAMMAD NURUL NASYAMULLAH....harap ustaz boleh bantu....terima ksih.. :? 
 
UZAR : Nama tersebut tiada sebarang makna dalam bahasa arab. Perkataan 'Nasyam' tiada dalam kamus arab.
 
» Reply to this comment...

Posted by md romzi abdullah, on 11-08-2010 08:29, IP 60.53.26.77, Guest
36. mohon copy &share
Assalamualaikum. Ustaz,saya mohon copy & share artikel ni...tq.
 
» Reply to this comment...

Posted by lala, on 10-08-2010 20:31, IP 203.82.95.126, Guest
37. puasa
salam.. 
saya dari dulu berasa ragu.. 
adakah terbatal puasa saya jika saya tidak atau terlupa melafazkan niat puasa? 
tetapi didlm hati saya memang tergerak mahu berpuasa. 
adakah puasa saya di anggap tidak sah dan perlukah saya berbuka puasa saja? 
terima kasih~ 
 
 
UZAR : TERGERAK hati nak puasa esok di malam hari ini adalah niat yg sah
 
» Reply to this comment...

Posted by izan, on 10-08-2010 10:44, IP 203.106.25.216, Guest
38. puan
salam...sya dan suami berjimak pada malam dan mandi junud selepas subuh adakah sah puasa saya dan suami? batalkah puasa kerana keluar air mani dengan tak sengaja tanpa persetubuhan :roll :eek
 
» Reply to this comment...

Posted by zul, on 09-08-2010 11:10, IP 124.82.165.202, Guest
39. Kahak
Assalamualaikum, 
Saya ada masalah kahak. Dlm sebulan saya akan alaminya berkali2. Kahak saya terasa menitik didalam tekak. Tanpa berada dlm mulut. Jika saya dlm keadaan mudah untuk berludah, saya akan berusha untuk buangnya. 
Soalannya, batalkah puasa saya jika menelanya ketika puasa? Bagaimana pula ketika solat? Jika batal kedua-dua ibadat tersebut, bolehkah berludah ketika solat?
 
» Reply to this comment...

Posted by nur, on 04-08-2010 11:03, IP 60.50.162.8, Guest
40. ADAKAH RUANG DI HATI IBU UTK SY?
Assalamualaikum....sy nak tanya,sy ada masalah keluarga dan ibu sy xnak tegur sy..masalahnya mungkin dari diri sy jg yg panas baran..sy dah minta ampun maaf tp sampai skrg ibu sy xnak maafkan sy,pandang muka sy pun x.dia dah penah kata yg sy bukan ank dia & sy ne ank pungut,tp semua 2 x benar bab dia memang ibu sy....pd bulan ramadhan tahun lalu time sy nak p terawih dia sempat kata kat sy,X PAYAHLAH AWAK SEMBAHYANG X DI TERIMA JUGA SEMBAHYANG MU 2"sepanjang pejalanan sy p masjid air mata sy mengalir sy sedih hidup x penah rasa kebahagian keluarga sendiri...Soalan sy sepanjang sy puasa ne di terimakah juga oleh ALLAH SWT?& Sy dah minta ampun tp ibu sy x penah nak pandang sy dengar suara pun dia terus p jauh,adakah sy akan di terima di akhirat kelak?
 
» Reply to this comment...

Posted by tanda tanya, on 14-07-2010 23:25, IP 121.121.136.210, Guest
41. Basah
salam ustaz.. 
ada satu ketika dulu ketika saya baru akil baligh di bulan puasa saya melihat sesuatu yng menaikan syahwat lalu terkeuar mani..jd bagaimanakah cara untuk saya menggantikannya dan bagaimana pula kaedah untuk menggantikannya sekiranya sehingga sekarang belum dganti?adakah perlu digandakan??
 
» Reply to this comment...

Posted by tertekan, on 14-07-2010 22:59, IP 121.121.136.210, Guest
42. cara ganti
bagaimanakah untuk mengganti puasa yang batal akibat terkeluar air mani. adakah ganti hanya sehari atau 3 bulan penuh..dan bagaimana jika penggantian puasa itu ditangguhkan..adakah perlu ditambah bilangan harinya
 
» Reply to this comment...

Posted by wanita, on 17-09-2009 12:29, IP 61.6.76.172, Guest
43. jima
salam ustaz...saya nak tanye.. saya n suami telah berjimak di siang ramadan kerana nafsu tetapi sekali sahaja...kami tau puasa itu batal tetapi kami tidak tau apa hukumnye...hanye perlu ganti saja puasa kami...tapi setelah saya membuat carian di internet baru saya tahu ia haram dan dikenekan denda...kami rase bersalah n tak akan ulangi lagi...soalan saya adakah wajib bagi kami utk melaksanakn denda itu kerana saya ada terbace dalam 1 blog ia tidak wajib jika pasangan tidak tahu akan hukumnye dgn terperinci..mintak ustaz terangkan...tq.. 
 
UZAR : KENA BAYAR KAFFARAH kedua-duanya sekali. iaitu puasa 3 bulan berturut2..bagi wnaita, diselangi haid tidak ganggu berturut2
 
» Reply to this comment...
» See all 4 replie(s)

Posted by zulkifli, on 15-09-2009 00:15, IP 124.13.222.39, Guest
44. ...
ustaz saya ada soalan hendak tanya bagi pihak lelaki sahaja yang menggunakan minyak wangi tanpa alkohol terutama bukan waktu solat pada bulan Ramadhan adakah batal puasanya bagi keempat-empat mazhab. 
 
UZAR : tidak batal puasa sepakat ulama
 
» Reply to this comment...

Posted by sharlu, on 14-09-2009 22:43, IP 121.121.93.43, Guest
45. eye-mo
Assalamualaikum ustaz. 
 
Penggunaan ubat penitis pada mata, seperti eye-mo, akan membatalkan puasa tak? kerana mungkin kurang minum air/alergi/sebab2 yg tak diketahui, mata menjadi kering, merah, pedih dan memerlukan ubat penitis utk mengurangkan sakit mata tersebut. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by budak ipoh, on 11-09-2009 01:37, IP 60.53.177.68, Guest
46. Cabut gigi siang hari
Salam Ust; 
 
Saya cabut gigi pada siang hari puasa, doktor non muslim tu kata suruh buka puasa krn saya perlu telan air liur dan darah sekali krn luka akan lambat sembuh, ttp saya tidak berbuka dan saya telan air liur yg bercampur darah tu, apakah batal puasa saya, tkasih :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by liyana, on 10-09-2009 19:39, IP 202.184.124.14, Guest
47. darah istihadah
Salam...uzar,kan kalau sesiapa yang kuar darah istihadah maka perlulah mengambil wudu' setiap kali nak laksanakan solat..macam mana pula dengan solat sunat tarawih?perlukah ambil wudu' setiap kali niat nak solat? 
 
UZAR : Solat fardhu yang kena ambil wudhu sentiasa bila dah masuk waktu dan nak solat , ia berdasarkan hadis "Kemudian hendaklah kamu berwudhu’ pada setiap solat." ( Al-Bukhari)  
 
Solat sunat mcm Terawih tu boleh terus sampai habis dengan sekali wudhu.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ehmed, on 10-09-2009 15:58, IP 20.134.32.1, Guest
48. Bersetubuh di siang hari dlm bln Ramada
Salam UZAR, 
Stahu saya jika seseorg itu bersetubuh di siang hari sepanjang bulan ramadan, dia wajib membayar kifarrah. Tetapi byk pendapat yg mengatakan jika org tu telah membatalkan puasanya seperti minum atau memang tidak berpuasa, maka dia terkecuali dari membayar kifarrah. Pendapat ini turut dikongsi oleh beberapa ustaz yg pernah saya ajukan persoalan ini. Katanya kifarrah itu hanya utk yg membatalkan puasa dgn bersetubuh dan bukan kerana bersetubuh di siang hari.  
 
Bagi saya, jika benar begitu, ia seolah2 memperlekehkan hukum kifarrah itu sendiri. Bagaimana dgn sengaja sengaja melakukan perkara yang haram (minum di siang hari)boleh menyelamatkan seseorang itu dari denda kifarrah? Harap USAR tolong jelaskan, (:upset 
 
UZAR : Pandangan tu memang ada, tapi ia tidak kuat dan Allah tidak boleh ditipu dengan membatalkan puasa kemudian setubuh di siang hari Ramadhan.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by sog247, on 10-09-2009 12:28, IP 211.25.178.4, Guest
49. Haid - wajib puasa
Yg sy faham, menurut al-quran, haid itu bukan uzur atau penyakit. Perempuan yg tidak dtg haid baru bermaksud dianya berpenyakit. Jadi, dalil al-quran tidak sebut x blh solat dan puasa cuma sebut x boleh bersetubuh shj. Jadi, Allah tidak menyatakan bhw bila haid x boleh solat dan puasa dan iannya bukan syarat batal solat dan puasa. Apa pendpt ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by Ahmad, on 09-09-2009 10:06, IP 60.48.55.64, Guest
50. Mohon Izin.
Assalamu'alaikum Ya Ust. UZAR. 
Ana mohon izin copy soaljawab dalam laman ini. Mungin ana akan bukukan atau seumpamanya. Boleh ke Ustaz?
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom