Utama arrow Politik & Dakwah arrow Soal Jawab Ibadah arrow Peluang 'Last Minute', Lailatul Qadar & Kita
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 66 guests online
PDF Print
User Rating: / 58
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 11-09-2009 05:00
Views 24972    
Favoured 21

Peluang 'Last Minute'  & 

Lailatul Qadar

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Sedar tidak sedar, kita telah menamatkan separuh bulan Ramadhan, berbaki lagi 15 hari sahaja. Allah s.w.t sahaja yang mengetahui samada prestasi kita dalam 15 hari yang berlalu adalah cemerlang atau temberang. Kita juga mungkin mempunyai sedikit 'clue' tentang prestasi kita sendiri.

Ya Allah kurniakanku kekuatan untuk menghidupkan Lailatul Qadar
Semenjak dua menjak ini soalan-soalan agama yang sampai kepada saya menunjukkan minat orang kepada ilmu Islam secara agak luar biasa, mungkin kerana ia merupakan bulan Syaitan dibelenggu. Alhamdulillah. Kita mengharapkan prestasi dan minat yang sama akan berterusan setelah tamatnya Ramadhan nanti.

Tidak terkecuali juga, soalan-soalan yang menggambarkan agak keringnya umat Islam kini dari ilmu Islam. Dari bentuk soalan-soalan yang diutarakan, seseorang pasti dapat mengandaikan tahap ilmu dan kefahaman seseorang.

Saya tiada masalah dengan soalan sebegini, cuma adakalanya merasa sayu dengan pengetahuan si penanya. Jangan bimbang saya tidak kenal anda, tidak perlu merasa malu. Lebih penting adalah kesungguhan dan minat yang masih berbaki untuk pelajari, ia jauh lebih baik dari menjadi orang yang langsung tidak mengendahkan keredhaan dan ketetapan hukum yang ditentukan Islam. Tahniah.

Pendekatan Last Minute & Sujud Akhir

"Orang kita memang suka benda-benda 'last minute' ni" kata seorang rakan saya

"Study last minute"

"Buat kerja suka dan lebih bersemangat bila last minute"

"Solat last minute, sujud pun nak tunggu last minute"

Sehingga timbul kefahaman yang meluas di kalangan masyarakat bahawa sujud terakhir dalam solat adalah waktu yang paling maqbul doa.

Setakat pencarian saya dalam ensaiklopedia gabungan puluh ribuan kitab Fiqh yang muktabar, Tafsir dan Hadith, tidak ada sebarang bukti dari Al-Quran atau hadith nabi atau yang menyatakan doa dalam sujud terakhir adalah yang paling maqbul.

Nabi hanya beritahu bahawa ketika sujud doa adalah maqbul, tetapi tiada dikhaskan sebagai 'Keistimewaan Sujud Terakhir' . Jika ada yang tahu, haraplah memaklumkan sumber sohihnya.

Apa yang ada adalah sabda baginda Nabi s.a.w ketika menyebut :

وَأَمَّا السُّجُودُ فَاجْتَهِدُوا في الدُّعَاءِ فَقَمِنٌ أَنْ يُسْتَجَابَ لَكُمْ

Ertinya : Dan adapun sujud, maka berusahalah memperbanyakkan doa kerana ia amat hampir dan boleh mendapat kemustajaban bagimu" ( Riwayat Muslim, 1/348 )

Jika melihat huraian dan syarahan hadis ini oleh Imam An-Nawawi dan Ibn Hajar, kita akan mengerti bahawa sujud yang maqbul itu adalah semua jenis sujud terutamanya dalam solat fardhu. Tiada sebarang pengkhususan kepada sujud akhir.

Wallahu 'alam, tiada juga dijumpai dalam kitab Fiqh yang muktabar akan cadangan sujud akhir ini. Jika benar-benar tiada, justeru ia mungkin pengaruh tabiat 'last minute' kot..sehingga terbawa-bawa dalam ibadah.

Memang benar tidak semua jenis pendekatan 'last minute' itu tidak tepat, salah, terkeji dan tidak berasas. Dalam sesetengah keadaan ia terpaksa dilakukan, tapi yang dirisaukan adalah kualitinya mungkin boleh tergugat. 

Kini, kita ada peluang kita untuk meraih ganjaran dan hasil Ramadhan semakin sampai ke minit terakhir. Bagi memastikan ramai yang berjaya, sayangnya Allah s.w.t kepada kita yang lemah ini, diberinya lagi peluang minit-minit terakhir ini dengan sesuatu yang lebih istimewa. Ia bertujuan memberikan motivasi kepada kita agar mampu menjadi insan bertaqwa serta dengan segera membina tembok iman yang kukuh sebelum keluar dari bulan mulia Ramadhan.

Peluang ibadat dalam 10 malam terakhir Ramadhan telah sedai diketahui ramai. Pengkhususan berkenaan kehebatan dan tawarannya juga bukan lagi ganjil dari minda umat Islam sedunia.

Moga Perolehi Lailatul Qadar
 

Kehebatan Malam Al-Qadr 

Dalam tulisan ringkas ini, cuba sama-sama kita hayati beberapa keistimewaan Laylatul Qadar seperti berikut :-

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat) ;

Justeru ia disifatkan sebagai malam penuh berkat dalam ayat 3 surah ad-Dukhaan. Pandangan ini adalah sohih dari Ibn Abbas, Qatadah, Sai'd Ibn Jubayr, ‘Ikrimah, Mujahid dan ramai lagi.  (Tafsir Al-Baidawi, 5/157 ; Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126 )

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Ini diambil dari firman Allah s.w.t :-

فِيهَا يُفْرَقُ كُلُّ أَمْرٍ حَكِيمٍ أَمْرًا مِّنْ عِندِنَا إِنَّا كُنَّا مُرْسِلِينَ

Ertinya : Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul ( Ad-Dukhan : 4-5)

Imam At-Tabari menyebut bahawa pada malam itu, diputuskan hal ajalnya seseorang,  rezekinya, kejadiannya. Malah di malam tersebut juga, ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, apakah musibah yang akan menimpa dan lain-lain. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan(Tafsir At-Tabari, 25/108 )

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki  (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Demikian juga yang difahami dari apa yang disebut oleh Ibn Abbas. (Tafsir Ibn Kathir, 137/138). Imam An-Nawawi ada menghuraikan maksud panjang bagi hal ini. (Syarah Sohih Muslim, 8/57). Menurut pandangan yang lain qadar juga membawa bermaksud mulia atau agung.

Adakah kita sudah untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi?

Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya?

Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir sebagaimana yang saya kerap dan suka saya lihat perbincangan mengenainya di dalam rancangan 'Air Crash' terbitan National Geogharphic Channel.

Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi?, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan.? Bukankah kita merupakan insan normal yang punyai aqal sihat, malah kita amat marah digelar 'bodoh' oleh orang lain.

Lantas, apakah lagi alasan yang ingin kita sebutkan? Adakah kerana terlalu sibuk mengejar dunia dan leka dengan kenikmatan sementaranya, sehingga tiada masa memikirkan ibadah dan mengetahui perkara halal serta haram.

Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

Perlu difahami bahawa para ulama berbeza pandangan dalam pengertian seribu bulan kepada pelbagai takwilan. Cuma Imam At-Tabari selepas membawakan hampir semua pendapat-pendapat semua pihak ia mentarjihkan dengan katanya :-

وأشبه الأقوال في ذلك بظاهر التنزيل قول من قال عمل في ليلة القدر خير من عمل ألف شهر ليس فيها ليلة القدر

Ertinya : Pendapat yang paling tepat dari zahir teks nas yang diturunkan adalah pendapat yang mengatakan erti Seribu bulan adalah "beramal di laylatu Qadr sama dengan amalan seribu bulan yang tiadanya laylatul Qadr ( selian bulan Ramdhan)  ( At-Tabari, 30/259)

Imam Malik dalam al-Muwatta' membawakan satu hadis Nabi s.a.w yang memberi makna seribu bulan itu adalah gandaan sebagai ganti kerana umur umat zaman ini yang pendek berbanding zaman sebelum Nabi Muhammad SAW yang amat panjang seperti Nabi Nuh as. (Al-Muwatta, no 698, 1/321 ; Al-Jami' Li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 20/133 ; Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, dengan pindaan).

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

Hal ini disebutkan di dalam al-Quran dari surah al-Qadr. Manakala, dalam sebuah hadith disebutkan bahawa pada malam tersebut, malaikat akan turun dan berjalan kepada seluruh individu yang sedang beribadat secara berdiri, duduk, bersolat, berzikir, serta memberi salam kepada mereka dan mengaminkan doa mereka maka Allah akan mengampunkan mereka kecuali empat kumpulan : Peminum arak, penderhaka ibu bapa, pemutus siltarurrahmi dan individu yang sedang bermusuhan.

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

Hinggakan Syaitan juga tidak mampu untuk melakukan kejahatan dalamnya. (Tafsir Ibn Kathir, 4/531 ; Al-Qurtubi, 20/134 ) . Sejahtera dan keberkatan ini akan berterusan sehingga naik fajar dan bukannya pada saat tertentu sahaja. Hal ini juga di sebutkan dari firman Allah dalam surah al-Qadr.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Ia berdasarkan hadith sohih riwayat al-Bukhari dan Muslim. (Fath al-Bari, 4/251)

Hidup kita adalah pendek, panjangkan ia dengan amal jariah dan amalan soleh melebihi seribu bulan.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

15 Ramadhan 1428 H

27 September 2007

21 sept 2008 (21 Ramadhan 1429 H)

193829885

 

Last update: 11-09-2009 12:47

Published in : Soal Jawab, Ibadah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (45) RSS feed comment
Posted by as, on 21-09-2009 17:56, IP 58.26.30.3, Guest
1. mintak tambah ciri2 malam lailatul qadar
salam UZAR, 
 
kalau boleh mintak UZAR tambah sikit ciri malam lailatulqadar boleh?..maaf UZAR kalau saya cakap malam lailatulqadar utk ramadhan yg baru lepas ni jatuh pada malam 27 ramadhan UZAR rasa mcmne saje je nak tau :)
 
» Reply to this comment...

Posted by cericau, on 16-09-2009 23:40, IP 196.205.191.8, Guest
2. ayat ni kena tak?

Warning: preg_replace() [function.preg-replace]: Unknown modifier 'N' in /home/admin/domains/zaharuddin.net/public_html/components/com_maxcomment/includes/common/maxcomment.parser.php on line 27
 
» Reply to this comment...

Posted by minah, on 14-09-2009 17:26, IP 202.185.88.91, Guest
3. suami ganti puasa isteri
assalamualaikum ustaz, nak tanya harusakaah seorang suami menggantikan puasa isterinya yang bersalin di bulan Ramadhan, atau terpaksa meninggalkan puasa kerana tidak larat berpuasa semasa mengandung, itu kan anak bersama so suami sepatutnya puasa jugaklah kan 
 
UZAR : SUDAH TENTULAH TAK BOLEH. itu dah kira ajaran sesat tu. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan, on 14-09-2009 10:33, IP 203.82.92.129, Guest
4. Nak Tanya
Semasa dalam solat, selepas bacaan al-Fatihah, boleh tak kita buka al-Quran dihadapan untuk membacanya agar banyak ayat al-Quran dapat dibaca semasa solat tarawih bersama keluarga. Selepasa dua rakaat dibuka lagi helaian Al-Quran berikutnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Azreen, on 14-09-2009 10:29, IP 60.54.181.154, Guest
5. Malam Al-Qadr
Salam....saya ingin bertanya adakah lailatul qadr itu berlaku sepanjang malam (dari selepas maghrib hingga ke subuh) ataupun berlaku hanya seketika sahaja pada malam tersebut? 
 
UZAR : DAH SEBUT dalam artikel laqilatul qadr yang satu lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by nshinah, on 14-09-2009 01:12, IP 60.51.89.140, Guest
6. Kita sebar yang baik
Salaam Ustaz, izinkan saya postkan artikel Ustaz di BLOG saya untuk kebaikan& munafaat semua pembaca. InsyaAllah. 
 
http:// rainbowoftruth.blogspot.com/ 2009/09/ramadhan- lailatulqadr.html 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd azam mahat, on 13-09-2009 21:47, IP 60.50.235.81, Guest
7. minta izin
ana minta izin untuk copy artikel ini.syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by azmizal, on 13-09-2009 19:53, IP 121.121.154.250, Guest
8. Penafian malam al-qadar
Assalamulaikum, 
Apa pandangan ustaztentang artikel di http://www.e-bacaan.com/ artikel_lailatulqadar.htm? Saya yakin terhadap malam al-qadar cuma ada sesetengah orang menafikan,malang nya umat islam itu sendiri.... 
Sekian 
 
UZAR : web tu dipunyai oleh orang anti hadis yang sesat. Tak usah dihiraukan apa yang ditulisnya.
 
» Reply to this comment...

Posted by fikri, on 13-09-2009 19:47, IP 124.177.78.60, Guest
9. tanda
salam uztaz.. 
berkaitan dgn tanda2 lailatul qadar yg org selalu2 sebut..tu semua ada dlm hadis ke? perlu ke tanda2 tu terjadi baru lailatul qadar dtg? 
explain skit...
 
» Reply to this comment...

Posted by sisyahid, on 13-09-2009 10:57, IP 60.48.71.127, Guest
10. Doa ketika sujud
salam ustaz, ana rasa tentnag doa ketika sujud akhir ini ada disentuh oleh dr.MAZA dalam webnya, artikel di bulan ramadhan... 
 
dia kata doa yg afdhal adalah ketikas sujud akhir dan selepasa tahiyyat akhir sebelum salam... 
 
sebab tulah katanya kenapa ada yg tak berdoa selepas salam, mungkin kerana sudah berdoa ketika sujud dan tahiyyat.. ustaz kena komen kot..
 
» Reply to this comment...

Posted by khairi, on 13-09-2009 10:32, IP 118.101.213.247, Guest
11. Lailatul qadar
Assalamualaikum UZAR, 
adakah kita dilarang berbicara tentang tanda-tanda malam lailatul qadar pada keesokan harinya setelah berlalu malam-malam tersebut,contohnya "semalam hujan di Seremban,maka kemungkinan bukan malam lailatul qadar"..kerana dikhuatiri jadi putus asa org Islam utk beribadat pada malam-malam seterusnya. 
 
UZAR : ye, dilarang kerana, apa yang kita jumpa masih belum pasti, dan jika benar skealipun, ia hanya menyebabkan org lain jatuh semangat mencari
 
» Reply to this comment...

Posted by arm89, on 12-09-2009 11:01, IP 203.82.91.101, Guest
12. saya mau juge
salam 
 
sye nk mtk kebenaran gak gune artkl ustaz dkt blog sye... :p
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan, on 11-09-2009 18:28, IP 137.158.152.206, Guest
13. Mohon kebenaran copy
Salam, mohon kebenaran copy artikel ini dan artikel2 yg lain utk forward kat kwn2 ye. t.kasih. 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by noraz, on 11-09-2009 15:45, IP 60.51.84.177, Guest
14. Lailatul Qadar
Apekah sebaik doa untuk keluarga menjauhkan berbuat maksiat?Agar mahu beribadah dengan ikhlas 
 
UZAR : SEBAIK2 DOA ADALAH DOA YANG kita fahami isinya, justeru amalakna doa sendiri dan doa-doa al-quran dan hadis boleh rujuk buku ust zahazan berkenaan padnuan doa
 
» Reply to this comment...

Posted by Munna, on 15-10-2008 00:07, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
org melayu kini semakin lupa agama dan pd masa generasi akan dtg lebih seteruk. Msg ditujukan org yg tidak bertawakal.
 
» Reply to this comment...

Posted by umat Muhammad, on 24-09-2008 01:30, IP 84.71.80.120, Guest
16. ...
Salam, Membaca Quran perlu mengikut adab sebab kita perlu menghormati Kalam Allah. Bolehkah kita baca tafsiran Quran (dalam tafsiran turut mempunyai ayat Quran) sambil baring? sewaktu nak tidor, kira macam kita baca novel la cuma jiwa kita ganti novel kepada Quran/Tafsiran dari baca yang sia-sia. Kita cuba untuk memahami apa isi kandungan Firman Allah tersebut. Soalan saya (2) merujuk pada bolehkah baca Quran atau Tafsiran atau Quran + Tafsiran sambil baring (bukan sakit).
 
» Reply to this comment...

Posted by 'izzul islam, on 23-09-2008 17:10, IP 84.71.80.120, Guest
17. ...
2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.  
 
soalan: ustaz, bagaimana ketetapan semua pkr yg tsbt di atas yg telah ditentukan di dalam rahim ibu sblm ditiupkan roh?
 
» Reply to this comment...

Posted by pemuda, on 23-09-2008 17:06, IP 84.71.80.120, Guest
18. ...
terima kasih ilmu dari ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by padimalinja, on 23-09-2008 17:04, IP 84.71.80.120, Guest
19. ...
Salam. 
Terima kasih di atas segala penerangan ustaz. Minta ustaz halalkan segala ilmu yang saya dapat. Semoga ustaz sucses dalam perjuangan.
 
» Reply to this comment...

Posted by awe, on 23-09-2008 16:45, IP 84.71.80.120, Guest
20. ...
salam ustaz, 
sy suka yg ni: 
"Saya selalu cuba menghadirkan perasaan dan persoalan ini dalam minda saya, terutamanya ketika memandu kereta dan menaiki kapal terbang. Terbayang tayar meletup dan kereta terhumban, atau kapal terbang rosak dan menunggu maut hadir.." 
Suatu langkah praktikal.. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Ana A, on 01-09-2008 17:31, IP 90.240.186.250, Guest
21. ...
swmoga kita semua dpt mnfaatkn Ramadhan pada thun ini dgn jayanya...
 
» Reply to this comment...

Posted by awang, on 11-04-2008 22:31, IP 124.13.137.81, Guest
22. ...
kenapa ustaz suka kat allh hu alam selepas ceramh,ia nye bermaksud hanya allha yg mengetahui,sedang ustaz itu pun seperti tak yakin tentang cereamah nye sebab dia pun tak tau, baik jangan kata begitu 
 
UZAR : IITULAH ADAB SEORANG ILMUAN ISLAM. BETUL DAH APA YANG USTAZ TU BUAT
 
» Reply to this comment...

Posted by sarah, on 10-04-2008 00:21, IP 60.52.102.20, Guest
23. ...
assalamualaikum. kepada ustaz zahar, bagaiman cara terbaik bagi saya mahu menghubungi ustaz untuk bertanyakan hal-hal keagamaan? tolonglah ustaz. sile beri respon. :cry  
 
UZAR : email ke zaharuddin@yahoo.com tapi ada beribu email lagi saya belum sempat baca..doa moga saya sempat membaca email tuan.
 
» Reply to this comment...

Posted by akzuriaz, on 21-11-2007 19:23, IP 60.52.99.188, Guest
24. ...
assalamualaikum...... 
 
apakah manusia perlu terima balasan dan seksaan yg tidak ada bandingan didunia, sedangkan balasan didunia pun sudah memadai, contoh kalu balasan baik dapat jadi owner bumi ker,,,dan kalu jahat benamkan dalam larva gunung berapi pun dah over maximum dah.. 
ape komen ustaz bab fikiran ada kaco sikit
 
» Reply to this comment...

Posted by Patahul Ariffin Abas, on 11-10-2007 10:17, IP 60.52.96.168, Guest
25. ...
Asalamualaikum; 
 
Cuma nak tambah sikit aje bila saya terbaca satu buku yang mengatakan, Nabi Muhammad SAW telah mendapat berita tentang bila sebenarnya jatuh malam Lailatul Qadr setelah di tanya berkali2 oleh para sahabat. 
 
Al kisah nya setelah Nambi Muhammad SAW mendapat wahyu dari Allah SWT lalu beliau pun pergi untuk menyampaikan jawapan tersebut kepada para sahabat. Dalam perjalanan tersebut tiba-tiba ada dua orang sahabat sedang bertengkar dan Rasulullah terpaksa menenangkan dan meleraikan pertengkaran tersebut... Maaf Saya terlupa apakah yang di tengkarkan.. 
 
KEmudian selepas dari itu Rasulullah pun menyambung perjalanan beliau menuju kepada sahabat2 yang menunggu akan jawapan Nabi Muhammad SAW akan malam lailatul Qadr. Oleh kerana pertengkaran tersebut, Rasulullah telah terlupa akan waktu sebenar oleh kerana peristiwa tersebut. 
 
Kesahihanya Allah Dan Rasulullah sahaja yang mengetahui. 
 
Sekian Wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by Mastulin, on 10-10-2007 17:32, IP 60.52.97.110, Guest
26. ...
Assalammualaikum Ustaz.. 
 
Saya pernah berselisih faham dgn serang kawan. Tapi baru-baru ni saya sedar yang masing2 ada buat kesilapan.  
 
JAdi pada awal Ramadhan baru ni saya mohon ampun dan maaf drpd dia supaya sama2 dpt menjalani ibadah puasa dgn sempurna.  
 
Saya telah maafkan segala kesalahan dia. Malangnya dia tidak memaafkan saya dan penah terkeluar perkataan dari mulut dia yang dia tidak akan memaafkan saya dunia akhirat.  
 
Walaubagaimanapun, saya mengambil pendekatan, biarlah apa saja yang dia nak buat asalkan sy dah maafkan dia.  
 
Saya sedekahkan Al Fatihah kepada dia apabila selesai solat dgn harapan dia berubah hati.  
 
Mengharap komen ustaz, apa perlu saya lakukan bila berhadapan situasi orang yang keras hati seperti ini.Terimakasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 04-10-2007 17:30, IP 60.52.102.17, Guest
27. ...
Ya. Allah panjangkanlah sedikit lagi umur kami..sekurang-kurangnya hingga kami sempat bermujahadah untuk menikmati lazatnya ibadah di malam al qadar...ampinilah dosa kami...
 
» Reply to this comment...

Posted by anis-sg. petani, on 04-10-2007 17:12, IP 60.52.102.17, Guest
28. ...
alhamdulillah, kandungan yg d paparkan adalah baik,dan lebih baik lg klu soalan-2 tu ada beserta jaw.setiap pembaca blh tau jg...mmg bagus isi2 yg disampaikan. :)  
 
KOMEN UZAR : MAAF, SAYA DAN ADMIN TAK TERKEJAR UNTUK MENJAWAB SEMUA SOALAN. TERLALU BANYAK..DI PELABAGAI ARTIKEL SOALAN DI UTARAKAN DAN ADA SEBAHAGIAN PERLU PERLUKAN HURAIAN. HANYA SEKADAR TERMAMPU.  
 
DOAKAN SAYA MAMPU JAWAB SOALAN ANDA SEMUA 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by a'aa, on 04-10-2007 17:10, IP 60.52.102.17, Guest
29. ...
salam...kalau tak silap saya yang dhaif ini..sebab apa malam lailatul qadar itu dirahsiakan..? 
 
Sebabnya,Allah nak suruh hamba2-nya beribadat dgn penuh tekun pada 10 malam terakhir...Cuba kita fikir, agak2 kalau kita dah tahu, cthnya thn ni, mlm lailatul qadar jatuh pd mlm 23, confirm kita akn rebut peluang habis2an HANYA pd mlm itu sja..pas tu, mlm seterusnya kita hanya beribadat ala kadar..So, fikir2kanlah.. wallAhualam.. 
 
~...rAmaDhaN yAng SaMa...moGa2 nAtiJahNYa bErbeZa..~ 
 
» Reply to this comment...

Posted by boboy, on 03-10-2007 19:18, IP 60.52.103.3, Guest
30. ...
[I]tentang seks[/I) 
 
Apakah hukumnya bagi individu yang melakukan seks sejenis? 
 
Bagaimanakah hendak menghilangkan naluri tersebut? 
Minta bantuan dpd Ustaz, terima kasih 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin Tahu, on 03-10-2007 12:04, IP 60.52.101.218, Guest
31. ...
salam.. 
saya ada satu kemusykilan.. 
pasal perempuan uzur di bulan puasa (Ramadhan).. 
sememangnya kita tahu golongan tersebut tidak boleh berpuasa.. 
namun apa hukumnya jika dia makan (sembunyi) tapi bau makanan masih boleh dikesan? 
lagi satu, kalau yang uzur itu meneruskan jua puasanya (tidak makan) sama2 dengan yang berpuasa, adakah sebarang hukum untuk kes itu? 
sebab ada sesetengah sahabat saya mengatakan golongan yang uzur tapi meneruskan puasanya (tidak makan atau minum) hukumnya adalah makruh? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Luqman, on 01-10-2007 14:49, IP 58.139.249.66, Guest
32. ...
Salam ,  
 
Wahai anak2 muda...Jom kita pakat2 iktikaf di masjid , kita ramai2 pi pukul 12 ,1 pagi lepas urusan masing2 selesai...masing2 main peranan fwd msg ni ajak sahabat,kawan sepejabat , jiran ,anybody yg kita kenal & tak kenal...For those kaki lepak kedai mamak malam2 , tapau dgn mamak2 sekali bawak pi masjid......& niat iktikaf....biar happening sikit masjid2 kita ... 
 
Jangan bagi peluang langsung tok siak kunci masjid. Amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by Anis, on 01-10-2007 13:37, IP 58.139.249.66, Guest
33. ...
Assalamualaikum.. 
 
Sini sy nak minta tolong..sebelum tu saya jelaskan dlu situasi saya... 
 
sy ada seorang kawan yg beragama kristian...dan alhamdulillah dia menunjukkan minat pada Islam..dan baru2 ni..dia ada bertanya sy mengenai beberapa perkara...dan antara perkara yang dia tnya ialah mengenai kewujudan seksaan kubur...kenapa ada seksaan kubur...pastu masa hari kiamat ada seksaan neraka pulak...dan adilkah pada orang yang mati masa hari kiamat..sebab dorang tak ada seksaan kubur?...itu antara pertanyaan yg dia kemukakan kepada sy...maaf..xmampu sy jawab..sebab sy yakin pada semua tu dan tak pernah pulak sy persoalkan... 
 
DAN MOHON ada yg boleh tambah pemahaman sy sendiri dlu ttg lailatul Qadr...sebab kawan sy ni ada tnya apa itu malam laitul Qadr.. 
 
Kenapa tak semua org akan dapat lihat keajaiban malam tu?...kenapa lailatul Qadr tu disembunyikan?..actually dia dah baca semua tu..dia tahu Jibril akan trun ke bumi..tapi dia lebih suka kalau ada org terangkan pada dia guna bhs mudah..sebab tu dia minta sy tolong dia... 
 
NI TAMBAHAN BARU>>Alhamdulillah..baru2 ni kawan saya ni ada bertanya lagi pasal roh selepas mati...katanya selepas mati roh kita akan ke alam barzakh..dan waktu tu neraka belum berpenghuni..dan soalan dia..apa yg kita buat semasa di alam barzakh?.. 
 
apa yg terlintas d fikiran sy semasa dia tnya soalan tu..syterfikir benda ni benda ghaib dan di alam barzakh adalah semasa kat kubur...dan masa tu berlaku seperti perkara2 diatas iaitu seksaan kubur..soalan2 dari malaikat...dan benefit kepada org2 yg beriman..kubur bercahaya dll..erm..kena hati2 gak nak jawab soalan ni...takut gak...huh...any idea? 
 
P/s:soalan ni ana copy paste dr satu forum, ana hrap ustaz boleh m'rungkaikan prsoalan ni...syukran. 
 
» Reply to this comment...

Posted by amirah, on 29-09-2007 07:00, IP 60.52.100.34, Guest
34. ...
Syukran...kupasan yg sangat menarik.  
 
Cuma, terfikir ...Laylatul Qadar adalah umpama beribadah 1000 bulan...persoalannya, apakah perbandingan 1000 bulan itu: 
 
1- mengikut jumlah/ kualiti amalan pada malam tersebut 
 
2. bergantung kepda perbandingan amalan rutin harian 
 
3- mengikut perbandingan ibadah ulama'/ mukmin 
 
~ WALLAHU'ALAM ~ 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ayeshah, on 28-09-2007 16:00, IP 58.139.249.66, Guest
35. ...
Salam, 
 
Subhanallah, Allah maha pencipta, Maha pemurah lagiPenyayang dan Dia lah yg lebih mengetahui kemampuan umat Nya lebih2 lagi umat di akhir zaman... di kurniakan Lailatul Qadar..  
 
Malam yg lebih baik dr seribu bulan beribadat. .. tapi akulah yg alpa..dan tidak bersyukur.....amalanku seumpama hidup seribu tahun... Astagfiru allah....Semoga pertunjuk and rahmat Allah sentiasa bersamaku dan org mukmin. 
 
Semoga Allah memberi pahala yg besar kepada UZAR. Kupasan UZAR sungguh terkesan. 
 
JAZAKALLLAHU KHAIRAN 
 
» Reply to this comment...

Posted by khalid al-walid, on 28-09-2007 16:00, IP 58.139.249.66, Guest
36. ...
lailatul qadar hanya berlaku setahun sekali...maka rebutlah peluang yang masih diberi Allah untuk melakukan ibadat semampu yang mungkin...kita tak tau samada kita akan bertemu dengan ramadhan yang akan datang..
 
» Reply to this comment...

Posted by AfifLZS, on 28-09-2007 11:47, IP 58.139.249.66, Guest
37. ...
Salam, 
 
Alhamdulillah, artikal yang baik utk memantapkan kefahaman last minute ramadhan. 
 
Pada pandangan saya, kebiasaan masyarakat suka sujud lama di sujud terakhir ni kerana : (agaknye aje..) 
 
1. kalau imam sujud lama di semua rakaat - melompat makmun. 
 
2. kalau makmun sujud lama sangat nanti tertinggal rakaat 
 
So cara terakhir dan masa yang sesuai kedua-dua pihak ialah di sujud yang terakhir... 
 
wassalam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Mar, on 28-09-2007 11:46, IP 58.139.249.66, Guest
38. ...
UZAR,  
 
Bagi wanita yg uzur dia tak blh b'solat n b'puasa hanya blh berzikir,selawat etc.. 
 
Jadi kalo uzurnya di waktu 10 mlm terakhir apa agaknya carr kami utk sama2 mendapat pluang 10 mlm terakhir itu. 
 
Adakah dia bgn mlm spt biasa ttp hnya berzikir?atau mungkin ada cara2 lain yg dianjurkan dlm Islam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd, on 28-09-2007 11:46, IP 58.139.249.66, Guest
39. ...
Assalamualaikum Ustaz... 
 
Saya ada satu soalan berkenaan dengan doa yang dibaca semasa menunaikan solat tidak kira samada solat fardhu atau sunat...  
 
Adakah kita dibolehkan untuk berdoa (mungkin yang berkaitan dengan duniawi spt minta selamat @ sihat dsb) di dalam hati dgn menggunakan bahasa yang kita fahami..? Harap penjelasan ustaz.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Iffah, on 28-09-2007 10:11, IP 58.139.249.66, Guest
40. ...
Semoga kita sama-sama diberi rezeki untuk bertemu lailatul qadar.Ameen.
 
» Reply to this comment...

Posted by luqman, on 28-09-2007 08:51, IP 58.139.249.66, Guest
41. ...
tahniah,, 
 
salam ukhuwwah....
 
» Reply to this comment...

Posted by Ingin Tahu, on 28-09-2007 06:15, IP 60.52.98.11, Guest
42. ...
Harap UZAR dapat berikan amalan terbaik yg patut dilakukan pada 10 malam terakhir Ramadhan ini, terutamanya ketika berjumpa dgn malam Lailatul Qadar
 
» Reply to this comment...

Posted by wardatul_eeman, on 28-09-2007 06:15, IP 60.52.98.11, Guest
43. ...
YaALLAH.... 
 
jadikanlah madrasah Ramadhan ini sbgai peluang kami dlm mnghapuskan noda2 hitam dalam diri kami....untuk terus mengutuk diri kami di hadapanMU...utk mencari sirna rahmatMU yg menggunung luas... 
 
YARAHMAN... 
kurniakanlah 'izzahMU kepada kami yg amat hina d bumi tumpanganMU ini...bekalkan lah kami keberkatanMU dlm setiap rezekiMU pd kami... 
 
YARAHIM... 
Engkau layarkanlah rahmat kasih sayangMU kepada kami, mantapkanlah iman kami, eratkanlah ukhuwwah Islamiyyah kami, satukanlah hati2 kami dlm landasan yg Haq.... 
 
amin....ya Robbal'alamin... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by zulhafidz yahaya, on 27-09-2007 22:17, IP 60.52.100.122, Guest
44. ...
Subhanallah, 
 
Maha Suci Allah yang menjadikan kita daripada tiada kepada ada. 150 tahun dahulu... kita tiada... ibu kita pun tiada...kini kita ada....ibu kita tiada...dan kemanakah kita 80thn akan datang???  
 
Fikirkanlah wahai teman-teman.... Maha Suci Allah... kita dijadikan dan diberikan panduan dan cara untuk mendapatkan Syurga yang Kekal Abadi Selama-lamanya.... Tiada Penghujung... Kekal... mengapa kita masih terjerumus ingkar kepadaNya? 
 
cuba hitung nikmat Mata yang diberikanNya? sesungguhnya kita takkan mampu..sepertinya surah ar-rahman... =)  
 
Bersyukurlah semampunya.... Taatilah PerintahNya.... 
 
Besar jugalah hendaknya pahala Ustaz Zaharuddin kerana menyahut seruan Rasulullah s.a.w. pada Hajjatul Wida'... " sampaikanlah pesanku walaupun satu ayat" 
 
Ustaz, jika termampu, izinkan saya jadi drebar ustaz tanpa gaji pun tak mengapa. Asalkan saya dapat penuhi hati saya dengan cahaya ilmu, iman dan taqwa Dinul Islam.  
 
letaklah akhirat mu di hati...dan 
letaklah dunia mu hanya di tangan... 
 
SEMOGA KITA SEMUA MENDAPAT RAHMAT ALLAH DI DUNIA DAN DI AKHIRAT. HIDUP DENGAN IMAN, MATI DENGAN IMAN, DAN MASUK KE SYURGA DENGAN IMAN. itulah kejayaan yang sebenar-benarnya.. 
 
wallahua'lam bissawab
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba, on 27-09-2007 18:05, IP 60.52.96.51, Guest
45. ...
betapa kerdilnya daku sepanjang separuh bulan Romadhon ini .. ya Allah ampunilah dosaku ..
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom