Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Soal Jawab Ibadah arrow Berkenaan Lailatul Qadar : Jangan Lepaskannya
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 62 guests online
PDF Print
User Rating: / 54
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 08-09-2009 18:00
Views 21981    
Favoured 18

Beberapa Info Berguna

Berkenaan Malam Al-Qadar 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan"  (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain.  Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :- 

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Waktunya

Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman

 

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal
 

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya..." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki  dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah :

waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

 

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li  Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya  (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

20 Ramadhan 1428 H

2 Oktober 2007

 

 

670814660

Last update: 09-09-2009 03:09

Published in : Soal Jawab, Ibadah
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (57) RSS feed comment
Posted by Adil, on 14-09-2009 07:54, IP 124.13.65.23, Guest
1. E-mail post
Salam.. 
 
UZAR....artikel2 yang UZAR tulis bagus...saya ingin berkongsi dengan kawan2 kalau UZAR boleh sediakan link untuk postkan artikel melalui e-mail.. 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd azam mahat, on 13-09-2009 21:42, IP 60.50.235.81, Guest
2. minta izin
ana minta izin untuk copy artikel ini syeikh...syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by tgl, on 12-09-2009 01:18, IP 115.134.7.247, Guest
3. Hadis & Sunnah
Ustaz, saya cuba cari email ustaz tapi tak jumpa. Jadi saya letaklah soalan saya ini di sini. Dalam khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW, ada di sebut "Aku tinggalkan 2 perkara, iaitu Al-Quran dan Sunnahku...".  
 
Saya mahu tanya, apakah Hadis itu merangkumi Sunnah yang disebut itu, atau bagaimana? Minta jelaskan antara Sunnah dan Hadis. Kalau ustaz boleh buat article pun elok juga untuk dikongsi bersama.
 
» Reply to this comment...

Posted by Me, on 11-09-2009 15:20, IP 115.132.58.197, Guest
4. tarawikh
Saya solat tarawikh di surau/masjid. Selesai 8 rakaat terus balik. Di rumah sambung dgn anak solat isyak (berimamkan saya yg solat tarawikh rakaat ke 10). Lepas tu kami sama2 solat tarawikh (saya 20, dia 10 rakaat) seterusnya witir sama2. Kami buat begitu sbb anak saya ni malam baru tiba rumah, naik bas. 
Bolehkah jarak masa agak lama sesudah 8 rakaat nak sambung cukupkan 20 rakaat? Didahulukan dgn ucapan tkasih. 
 
 
UZAR: boleh tiada masalah
 
» Reply to this comment...

Posted by huffazdq, on 11-09-2009 11:43, IP 60.49.234.149, Guest
5. mnta izin copy
salam uzar...mnta izin copy artikel ni...syukran...ws 
 
UZAR : SILA
 
» Reply to this comment...

Posted by liza, on 11-09-2009 08:27, IP 202.75.4.159, Guest
6. Assalamualaikum
Ustad boleh ke buat solat sunat lailatul qadar...4 rakaat 1 salam semasa bgn solat tgh malm? 
 
UZAR ; TIADA DALAM iSLAM SOLAT LAYLATUL QADAR. solat sunat biasa ada la. solat tahajjud ke dll
 
» Reply to this comment...

Posted by Iza, on 10-09-2009 14:41, IP 118.100.77.189, Guest
7. Membaca Ayat-Ayat Al-Quran semasa haid
Assalammuailakum Uzar, 
 
Bolehkah seseorang wanita yang kedatangan haid membaca ayat-ayat suci Al-Quran. 
 
Saya ada pergi bljr ngaji, ustazah bg tau yang kalau kita sentiasa ngaji (sudah menjadi amalan) tidak menjadi kesalahan untuk kita membaca ayat-ayat Al-Quran walaupun kita dlm keadaan haid. Benarkah ustaz? 
 
UZAR : Ada khilaf yang panjang lebar dalam hal ini. Tak mampu saya nak ulas dalam ruang ini. Selain itu, ada banyak forum islamik yang lain dah bincang. Boleh buat rujukan di sana jika mampu faham, atau jika rasa sukar, pegang aja cakap ustazah tu..ia lebih selamat kerana menuruti kata-kata orang yang faham apabila tidak mampu membuat kajian sendiri.
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahidhisyam, on 10-09-2009 12:18, IP 58.26.217.95, Guest
8. tak faham
assalam'alaikum uzar. ada sebuah hadith tentang i'tikaf yang saya tak begitu faham; 
 
kata Aisyah: "Sunnah ke atas org yg iktikaf ialah: tidak melawat org sakit, tidak mengiringi jenazah, tidak menyentuh wanita, tidak mubasyarah dengan wanita, tidak keluar untuk hajat kecuali dalam perkara yg tidak boleh dielakkan, Dan tidak ada i'tikaf melainkan dengan puasa, dan tidak ada i'tikaf melainkan di masjid jamik". (HR ABu Daud.) 
 
boleh ustaz jelaskan?
 
» Reply to this comment...

Posted by sakinah_amina, on 10-09-2009 12:03, IP 210.48.222.4, Guest
9. mohon keizinan..
assalamualaikum ust.. 
 
sye mohon keizinan ust untuk syer copy n postkan artikel ini di laman sye untuk sye kongsikn dgn sahabt2..serba salah rasenye kalau syer x memohon keizinan ust.. terima kasih n moga Allah memberkati usaha ustaz..Amin..
 
» Reply to this comment...

Posted by hanis, on 09-09-2009 09:26, IP 118.100.36.232, Guest
10. mintak izin copy
salam uzar.. 
uzar ..saya mintak izin utk copy n paste ..utk saya kongsikan dgn teman-teman yg lain beberapa ilmu dari uzar.. 
semoga diberkati ALLAH..ameen
 
» Reply to this comment...

Posted by snowflake, on 04-10-2008 04:41, IP 84.67.207.205, Guest
11. ...
Snow ingin ucapkan Selamat Hari Raya (terlambat sikit) kepada ustaz serta keluarga. Disini juga Snow ingin berterima kasih diatas semua artikel ustaz yang "very informative". Snow rasa rata rata berterimakasih kepada ustaz atas sedekah yang ustaz hurlurkan ini. 
Wassallam
 
» Reply to this comment...

Posted by Unknown Brother, on 23-09-2008 02:00, IP 84.71.80.120, Guest
12. ...
Assalamualaikum Ust, 
 
Tumpang tanya, bilakah tempoh "tengah malam" sebenarnya? Dari jam berapa sehingga jam berapa? 
 
Kebiasaannya saya buat solat tahajud & witir pada jam 4.30pg, kemudian terus cari makan sahur. Saya takut tahajud saya tu bukan pada waktu "tengah malam". 
 
Terima Kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by umat Muhammad, on 23-09-2008 00:00, IP 194.80.178.1, Guest
13. ...
Salam.. Boleh ustaz buat satu tajuk berkenaan dengan susunan solat malam. Ringkasan sikit shj. Sebagai panduan kepada pembaca. Yelah solat sunat ni mengikut keperluan tertentu selain Tahajjud. Mula Tahajjud kemudian kalau ada hajat tertentu buat solat Hajat dsb. Yang mana dulu dan mana kemudian antara solat2 sunat malam. 
 
UZAR : TIADA SUSUNAN TERTENTU..YANG ADA HANYALAH WITIR TERAKHIR SEKALI..YANG LAIN TIDAK MENGAPA MANA DULU DAN MANA KEMUDIAN
 
» Reply to this comment...

Posted by kamarul, on 22-09-2008 23:59, IP 194.80.178.1, Guest
14. ...
Salam ust zack,sorry menyimpang tajuk skit. ana junior ust di UM dulu,hm nak tanya kalau ana nak buat masters islamic finance and investment, univ mana yang bagus yee kat UK 
 
Salam 
 
UZAR : DI MARKFIELD RASANYA..SBB LIBRARYNYA PALING BYK BAHAN UTK ISLAMIC FINANCE ..DEMIKIAN SAYA DIMAKLUMKAN NAMUN SAYA BELUM SEMPAT PERGI LAGI 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 22-09-2008 23:58, IP 194.80.178.1, Guest
15. ...
salam, 
 
ustaz, kat Uk ustaz and family iktikaf kat masjid ke?mcm mane suasana kat sana ye?mesti meriah sbb dgr cite bi`ah kat sana kuat.
 
» Reply to this comment...

Posted by hafizuddin, on 22-09-2008 23:57, IP 194.80.178.1, Guest
16. ...
terima kasih ustaz atas ilmu yg di kongsikan ustaz..semoga kita di beri kekuatan utk beribadah di sepuluh mlm terakhir ni...
 
» Reply to this comment...

Posted by umat Muhammad, on 22-09-2008 23:57, IP 194.80.178.1, Guest
17. ...
Salam.. Bagaimana kalau setiap pagi kita bangun subuh TETAPI rakan tidak bangun? Ye lah kita ni kadang-kadang subuh di masjid kadang-kadang di rumah shj, ada la ilmu sikit-sikit.  
 
Adakah kita akan didakwa di akhirat sebab tidak kejut kawan tu? Sebab kita umat Rasul & Nabi. 
 
UZAR : KEJUTKAN SETAKAT YANG MAMPU..
 
» Reply to this comment...

Posted by gunx, on 22-09-2008 06:06, IP 90.240.24.75, Guest
18. ...
sebentar tadi, jiran saya bersungguh menyarankan agar di lakukan solat lailatul qadar iaitu 4 rakaat satu salam sebagaimana solat zohor. 
 
kali pertama saya mendengar solat itu. mungkinkah itu satu lagi 'inovasi' ? 
 
UZAR : WALLAHU'ALAM..SETAKAT INI SAYA JUGA TIDAK PERNAH BERTEMU DENGAN SARANAN DEMIKIAN DARI ULAMA 4 MAZHAB..YANG BERSANDARKAN HADIS2 RASULULLAH S.A.W
 
» Reply to this comment...

Posted by megat ismail akil, on 22-09-2008 05:57, IP 90.240.24.75, Guest
19. ...
Salam Uzar, terima untuk info ini! 
 
Semoga darjat umat Islam meningkat dari masa kesemasa agar tidak diperkecilkan oleh bukan Islam. 
 
Semoga Allah SWT merahmati seluruh penghuni bumi yang bertaqwa kepadaNya.... 
 
amin...
 
» Reply to this comment...

Posted by aisyah wafa, on 22-09-2008 05:57, IP 90.240.24.75, Guest
20. ...
syukran ya ustaz... ana amat berterima kasih kpd ustaz atas semua ilmu yang ustaz curahkan.... smoga berkekalan dunia dan akhirat... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by al-atiq, on 22-09-2008 05:56, IP 90.240.24.75, Guest
21. ...
segala info yg disiarkan amat bermanfaat.ramadhan kareem ust :)  
 
» Reply to this comment...

Posted by koneng, on 22-09-2008 05:48, IP 90.240.24.75, Guest
22. ...
ana ada dgr ulasan syeikh ali jum'ah pasal akidah asyairah.kata syeikh ulama2 besar mcm nawawi,suyuthi,baihaqi,rafie,g hazali dll semua pegang ngn akidah asyairah.dia tak sebut pulak imam mazhab 4 pegang ngn akidah salaf,ana nk tny akidah salafiyyah dan wahabiyyah ni ada beza tak. salafiyyah dpelopori oleh ibn taimiyyah. wahabiyyah pengikut muhammd abd wahab yang terlebih membid'ahkan amalan umat islam yg selalu kita dgr tu.sampai maulid,usalli,zikir kuat n jamaie pun bid'ah.terlebih pulak...hayyya...aiseymen...ib n taimyyh tak kata pun bid'ah cuma dia kata baca usalli itu takde diamal oleh nabi n sahabat.sapa yg kata wajib keluar dari islam (dlm fatawa kubra kalu tak tersilap) al albani pulak kene komen bertimbun2 ngn syeikh ali jum'ah,syeikh ali jumah rad ala albani...ada pulak org kritik dr asri dia kata dr asri tu mufti wahabi..wahabi ni terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah..peningla syeikh....ana penigla yg ni kata dia betul, yg ni salah, yg ni kata terbalik pulak...cuba anta selesai masalah ni.bagi satu konklusi yg memuaskan semua pihak. 
 
UZAR : KONKLUSI YANG MEMUASKAN HATI SEMUA PIHAK TU MUNGKIN SUKARLAH UNTUK DICAPAI. NAMUN ANA MEMANG SUDAH ADA PENJELASAN UNTUK SEMUA KEKELIRUAN ITU, CUMA BELUM ADA KESEMPATAN UNTUK MENULISNYA DENGAN TENANG DAN TELITI.
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Umar Abdul Rashid, on 20-09-2008 07:23, IP 81.79.146.30, Guest
23. ...
Assalamualaikum ustaz. Semoga sihat di samping keluarga tercinta di luar negara. Sudah lama saya ingin bertanyakan hal ini. Namun bukanlah mencari salah sesiapa. Sekadar cuplik sedikit ilmu dari ustaz. Hmmm...kenapa kebanyakan lecturer aliran agama dihantar ke negara barat untuk menyiapkan master & phd mereka. Saya faham hikmah itu barang yg hilang. Ambillah ia walau di mana dijumpai. Cuma bukankah perbuatan itu akan mendedahkan kita pada jarum2 orientalis ?. Kenapa tidak dipilih negara seperti mesir & sebangainya ?. Mungkin ustaz ada pandangan. Jazakallah... 
 
UZAR : TELAH SAYA HURAI DALAM ARTIKEL SAYA BERTAJUK "SAYA TELAH MENINGGALKAN MALAYSIA SELAM 3 TAHUN". 
 
ULAMA YANG HANYA BELAJAR DU NEGARA ARAB SHJ JUGA DICUCUK JARUM OREINTALIS IAITU KERANA MEREKA TIDAK PERNAH MAMPU FAHAM DAN MEMBALAS APA JUA JARUM YANG DIMASUKKAN OLEH OREINTALIS KRN MRK TAK FAHAM BAHASA INGGERIS. 
 
BUKAN SEMUA PENSYARAH DI NEGARA BARAT NI ORANG KAFIR DAN OREINTALIS,,IKHWAN MUSLIMIN KUAT BERTAPAK DAN MEREKA PUNYAI RAMAI RANGKAIAN ULAMA DI UNIVERISTI2 DI SELURUH EROPAH. 
 
MALAH ILMUAN SYARIAH ISLAM YANG BERFIKIRAN OREINTALIS JUGA AMAT RAMAI DI NEGARA ARAB TERUTAMANYA MESIR..MACAM PROF AHMAD AMIN, DAN RAMAI LAGI...
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu razi, on 19-09-2008 23:43, IP 81.79.146.30, Guest
24. ...
syukran.... semoga ulasan ini menjadi momentum kearah realiti menuju malam yang dinanti-nantikan itu.
 
» Reply to this comment...

Posted by izzah, on 19-09-2008 22:59, IP 81.79.146.30, Guest
25. ...
salam ustaz, minta kebenaran untuk copy paste dalam blog saya buleh? :?  
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by farhana, on 27-10-2007 17:41, IP 60.52.102.241, Guest
26. ...
jazakumullah hu khairan jazak wa mubarakallah hu fiq
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba allah, on 10-10-2007 13:56, IP 211.25.51.1, Guest
27. ...
shukron jazilan atas segala info yang ustaz kongsikan bersama
 
» Reply to this comment...

Posted by OWN, on 09-10-2007 16:25, IP 60.52.100.25, Guest
28. ...
JOM IKTIKAF DI MASJID AT TAKWA GITA KUCHING SARAWAK ADA BAKI 3 MALAM LAGI.  
 
MUDAH MUDAHAN MENDAPAT KEBERKATAN MALAM LAILATUL QADAR. TERIMA KASIH UZAR DAN SEMOGA BERJAYA DAN MENDAPAT RAHMAT ALLAH DI TEMPAT BARU. 
 
» Reply to this comment...

Posted by aburuwaisalsyubrawi, on 09-10-2007 16:10, IP 60.52.100.25, Guest
29. ...
Assalamualikum Warahmatuullahi Wabarakatuh. 
 
Semoga ALLAH merahmati ustaz. Saya dapat rasakan pandangan bernas ustaz berdasarkan pendapat para ulama lebih membuka minda saya dan memudahkan saya untuk beramal.  
 
Sekarang saya lebih yakin dan tidak pernah ragu lagi untuk menolak sebarang fakta palsu yang direka oleh majoriti ustaz-ustaz yang bukan pakar dalam bidang agama.  
 
Semoga ALLAH sentiasa menetapkan saya di atas jalan yang benar insya-ALLAH. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by minadniq, on 08-10-2007 18:36, IP 60.52.103.194, Guest
30. ...
:) sesungguhnya saya berasa gembira apabila menemui web ust zaharuddin kerana banyak manfaat yang telah saya dan anak2 perolehi dari sini. tahniah buat ustaz!.....wasallam
 
» Reply to this comment...

Posted by mahashad tsw, on 08-10-2007 11:54, IP 211.25.51.1, Guest
31. ...
semoga dengan pandu arah daripada ustaz akan diberikerahmatan Allah sepanjang masa :) :)
 
» Reply to this comment...

Posted by chaya_petunjuk, on 07-10-2007 14:38, IP 60.52.99.76, Guest
32. ...
Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut... Syukran Ustaz :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 07-10-2007 11:49, IP 60.52.99.76, Guest
33. ...
الحمدلله  
تريما كاسيه اتس معلومات منفعة كفد سموا مسلمين دان مسلمات
 
» Reply to this comment...

Posted by raudhah, on 06-10-2007 07:38, IP 60.52.103.248, Guest
34. ...
Terima kasih tidak terhingga UZAR dengan segala info dlm web ini. info di sini banyak menjadi panduan dalam hidup saya sebagai ibu,isteri dan menantu.semoga ustaz tabah dan sentiasa cekal berjuang di jalan Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by QUZIA ARISSA, on 05-10-2007 19:15, IP 60.52.96.227, Guest
35. ...
Assalamualaikum Ustaz, 
 
Pada mulanya saya pun keliru dengan tarikh mlm2 ganjil ini kerana permulaan puasa kita x sama dengan Arab Saudi. Pada mlm yang sama, bilangan mereka mungkin ganjil dan ditempat kita mungkin genap.  
 
Akan tetapi, bila difikir2 balik, bagaimana cerita Orang Islam yang tinggal di Jepun. Sekali pun tarikh mula puasa sama, waktu mlm dan siang x sama. Waktu malam hari di Mekah, merupakan waktu siang di Jepun. 
 
Saya kurang pasti tentang GMT waktu antara Jepun dan Mekah. Namun mengikut perkiraan saya waktu kita lebih awal 5 jam dari waktu di Mekah. Jadi, sudah tentulah sewaktu jam 12 tgh mlm di Mekah, masa tu waktu di Malaysia pukul 5 pagi... waktu pukul 3 pagi, di Mekah , adalah pukul 8 pagi di Malaysia. 
 
Namun saya berpegang bahawa ALLAH itu Maha Adil lagi Maha Bijaksana. Sudah tentulah mlm istimewa itu di hadiahkan ke seluruh bumi ALLAH ini. Di mana hamba 2 Nya yg telah terpilih akan menyaksikan tanda2 itu.. Yang pasti ikhlas beribadat kerana ALLAH. Saya pun amat2 berhajat semoga dipilih olehNya utk menyaksikan salah satu dari kebesaranNya. Semoga kita semua akan lebih dekat dgn Yang Maha Pencipta itu.  
 
Wallahu A'lam. Terima Kasih 
 
» Reply to this comment...

Posted by mail, on 05-10-2007 18:50, IP 60.52.96.227, Guest
36. ...
Insya'allah sama-samalah mepertingkatkan amalan kita kepada allah S.W.T. lebih-lebih lagi 10 malam terakhir. 
 
Moga-moga kita mendapat OUTPUT yg berguna selepas berakhirnya ramadhan.insya'allah sama-sama kita usahakan.jazakallah pada ustaz atas info yang bermanfaat ini
 
» Reply to this comment...

Posted by FATHUL ISLAM, on 04-10-2007 12:06, IP 60.52.103.160, Guest
37. ...
Ilmu yang sangat berguna.. 
mohon keixinan untuk print an tampal di masijd utk renungan bersama..Syukran UZAR
 
» Reply to this comment...

Posted by zak pulau, on 04-10-2007 10:44, IP 60.52.98.119, Guest
38. ...
syukran ya ustaz... minta kebenaran supaya bahan ini boleh saya gunakan sebagai bhn tazkirah utk majlis ihya' romadhan nanti....
 
» Reply to this comment...

Posted by azriewati, on 04-10-2007 08:49, IP 60.52.100.14, Guest
39. ...
Hopefully...we maintain the iman if we found it...
 
» Reply to this comment...

Posted by ANBU, on 04-10-2007 08:49, IP 60.52.100.14, Guest
40. ...
Malam lailatul qadar memang ditunggu oleh semua orang islam...namum...hanya Allah yang menetukan siapa yang berkesempatan bertemu dengan malam tersebut.... terima kasih ustaz.. 
 
Semoga apa yang disampaikan ustaz dapat memberikan panduan kepada kita semua...
 
» Reply to this comment...

Posted by Nur Iman, on 04-10-2007 08:48, IP 60.52.100.14, Guest
41. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Saya pernah bermimpi saya masuk ke dalam Kaabah. Dalam Kaabah itu terdapat cahaya yg tidak begitu terang dan tidak begitu cerah, tetapi menyenangkan.  
 
Saya melihat lantainya bersinar dek kerana terlalu bersih. Luas nya saujana mata memandang.  
 
Minta UZAR beri pandangan tentang mimpi saya ini. Jazakallahu Khairan Kathira...  
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 03-10-2007 19:31, IP 60.52.103.3, Guest
42. ...
Semoga dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar. Amin
 
» Reply to this comment...

Posted by paizal, on 03-10-2007 19:31, IP 60.52.103.3, Guest
43. ...
Terima kasih ustaz di atas ilmu yg tidak ternilai harganya ini...
 
» Reply to this comment...

Posted by sape ntah, on 03-10-2007 19:25, IP 60.52.103.3, Guest
44. ...
Uzar, ada kaitan ke mlm Qadar ni dgn nuzul Quran? Bagaimana dgn tarikh sebenar turunnya Quran, 17 Ramadhan atau 24 Ramadhan?
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 03-10-2007 19:24, IP 60.52.103.3, Guest
45. ...
أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره 
 
Ertinya : " Apabila telah masuk bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim) nullmasuk bulan Ramadhannullدخل العش 
 
(mgkn ust tertinggal utk terjemah 10 akhir ramadhan.) 
 
 
UZAR ; OH BENAR, TERIMA KASIH.
 
» Reply to this comment...

Posted by aniqah, on 03-10-2007 19:23, IP 60.52.103.3, Guest
46. ...
harap2 kita tidak sekadar mencari malam alqadar tetapi mencari Tuhan alqadar.. 
 
sebb kalau terlalu mencari alqadar bimbang ibadah di bulan2 yang lain hambar dan lesu..padahal bulan2 yang lain juga adalah bulan2 Allah yang perlu dihidupkan..betul tak uzar..kalau salah tolong betulkan
 
» Reply to this comment...

Posted by AbeLZS, on 03-10-2007 19:22, IP 60.52.103.3, Guest
47. ...
salam, 
shukran atas info yg bermanfaat.. 
 
saranan yg paling baik adalah menghidupkan 10 mlm terakhir. itu yang penting, confirm dapat gandaan pahala dan InsyaAllah Malam Al-Qadr kita miliki...amin.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by sopi, on 03-10-2007 18:57, IP 60.52.103.3, Guest
48. ...
jom iktikaf di masjid shah alam 
insha Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by fazi, on 03-10-2007 18:53, IP 60.52.103.3, Guest
49. ...
Terima kasih Ustaz, atas ilmu yang telah di kongsikan. :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by noor azaham abu bakar, on 03-10-2007 12:10, IP 60.52.101.218, Guest
50. ...
Marilah bersama² kuatkan amalan disepuluh malam terakhir Ramadhan. 
InshaAllah.
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom