PDF Print
User Rating: / 33
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 18-10-2007 11:41
Views 12617    
Favoured 37

Isu Ayam Berenzim Babi

Komentar Oleh : Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Ayam oh Ayam
 

Teks akhbar harian berikut adalah dirujuk.

Rujuk di sini.

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaan mengenai penggunaan bahan yang status halalnya diragui dalam produk makanan ayam yang diternak di negara ini.

Jawatankuasa khas itu, yang turut dianggotai pegawai Jabatan Perkhidmatan Haiwan (JPH) dan Universiti Putra Malaysia (UPM), bertanggungjawab mengumpul sampel makanan ayam digunakan penternak untuk dianalisis Jabatan Kimia dan Institut Penyelidikan Halal.

Sumber Jakim berkata, jawatankuasa khas berkenaan ditubuhkan berikutan tersebarnya emel, antara lain membangkitkan persoalan sejauh mana ayam yang diternak di Malaysia bebas daripada diberi makanan mengandungi enzim tidak halal terutama babi.

Bagaimanapun, katanya, maklumat awal yang diperoleh menunjukkan ayam diternak dan dijual di pasaran tempatan bebas daripada bahan makanan meragukan kerana penternak menggunakan produk yang dikeluarkan pekilang tempatan.

Beliau berkata, JPH mengawal ketat kemasukan makanan ayam dari luar negara malah pemantauan juga mendapati tiada makanan ayam dari Eropah yang mengandungi enzim babi diimport ke Malaysia.

"Sehubungan itu, umat Islam di negara ini tidak perlu bimbang kerana ayam di pasaran tempatan sekarang adalah halal dan tidak diberi makan bahan yang diragui status halalnya," katanya ketika dihubungi di sini, semalam

KOMEN UST ZAHARUDDIN ABD RAHMAN :

Alhamdulillah, inilah yang tindakan yang dinantikan. Hanya pihak berkuasa seperti JAKIM yang mempunyai kredibiliti dan kuasa untuk membuat kajian susulan.

Bantuan dan informasi dari Jabatan Haiwan dan lain-lain Jabatan yang mempunyai kemudahan penyelidikan hanya dapat diperolehi dengan mudah oleh sebuah agensi kerajaan yang berwajib.

Inilah tugas utama sesebuah kerajaan, iaitu memberikan khidmat yang diperlukan oleh rakyat, sebagaimana disebutkan dalam sebuah athar atau hadis yang diperbezakan tarafnya:-

سيد القوم خادمهم

Ertinya : "Pemimpin sesuatu kaum itu adalah khadam bagi kaumnya (rakyatnya)" (Riwayat Al-Hakim & Abu Nuaim ; Terdapat inqita' dalam sanadnya; Hadis Mursal; Al-‘Ajlouni : Hasan Lighayrihi dalam Kasyf Al-khifa, 1/562 ; Kanzul ‘Ummal ; Asna Al-Matalib, 1/162 ; Al-Maqasid Al-Hasanah (Dinilai sebagai Hadis Dhoif), 1/395)

Hasil dari kenyataan JAKIM tersebut, ia secara jelas telah memberikan pengesahan awal bahawa semua ayam yang terdapat di Malaysia adalah selamat dan bersih dari enzim babi tersebut.

Bagi orang awam, kenyataan tersebut adalah cukup bagi orang awam untuk membeli dan menggunakan ayam yang berada di pasaran kerana semuanya telah ditanggung oleh pihak berwajib yang mengeluarkan kenyataan tersebut. Pihak yang bertanggungjawab adalah yang akan dipertanggungjawabkan didunia, alam barzakh dan akhirat.

Adapun bagi pihak berkuasa dan mana-mana pihak yang punyai kredibiliti dan kemampuan untuk membuat kajian lanjut, mereka amat digalakkan untuk membuat kajian dan pendedahan kepada JAKIM dengan kadar segera demi manfaat seluruh umat Islam. Ia juga amat digalakkan dalam Islam kerana ia bersifat 'check and balance' atau sebagai penyemak kedua kepada hasil kajian yang dibuat oleh JAKIM atau Jawatankuasa khas tersebut.

Ia amat baik kerana dapat mencegah mana-mana pihak berwajib dari membuat kerja secara 'melepaskan batuk di tangga' atau 'janji siap'.

Sudut Hukum 

Dari sudut hukum pula, saya tidak sempat untuk membuat semakan dan rujukan dengan teliti. Cuma salah satu pandangan yang pernah diwarwarkan adalah jika bahan-bahan tumbesaran itu dibuat dari salah satu bahan dari babi seperti enzim, kemudian ia digunakan untuk mempercepatkan tumbesaran tanaman dan sayuran.

Sebahagian ulama kontemporari memberi fatwa ianya adalah halal dan harus untuk menggunakan sayuran itu. Ini adalah kiranya enzyme babi itu hanya menjadi salah satu komponen kecil dari seluruh proses penumbuhan dan tumbesaran tanaman itu.

Ulama kumpulan ini berpegang kepada fatwa berkenaan proses ‘istihalah' atau 'transformasi' bahan dari babi kepada menjadi bahan lain yang bukan lagi babi disebabkan molekul dan susunan zarah babinya sudah bercampur aduk dengan zarah-zarah bahan lain. Hasilnya, ia bertukar sifat kepada bahan lain dan menghilangkan sifat ‘babi' nya itu.

Fatwa ini juga menyatakan jika bahan enzyme babi itu merupakan kandungan utama kepada proses, tatkala itu tanaman yang terhasil adalah tidak halal untuk digunakan oleh umat Islam.

Bagaimanapun, sebahagian ulama lain seperti Dr Md al-Hawari (Mesir), Dr Abd Naseer Abul Basal (Jordan) dan lain-lain menganggap juzuk, zarah atau molekul dari seekor babi mengikut kajian mereka yang bertawliah, tidak boleh berubah walaupun melalui proses 'istihalah' atau 'transformasi' berbeza dengan molekul dari haiwan-haiwan lain. Wallahu 'alam.

Jika dilihat dalam keputusan persidangan ulama Islam bagi isu-isu perubatan di Kuwait pada 22-24 Mei 1995. Mereka ada membincangkan tajuk "Bahan-bahan Haram dan Najis di dalam makanan dan ubat" yang mana keputusannya menyebut :-

Istihalah adalah proses berubahnya sesuatu 'ain kepada 'ain yang lain dimana berlaku perubahan dalam sifatnya sehingga menjadikan sesuatu yang najis berubah kepada bahan baru yang suci dan sebaliknya.

Justeru,

a) Gelatin yang terbentuk dari proses 'istihalah' tulang, daging dan kulit haiwan najis adalah dikira suci dan halal dimakan.

b) Sabun yang dibuat hasil proses 'istihalah' lemak babi atau bangkai telah menjadi suci melalui proses istihalah dan halal digunakan.

c) Krim, gel, minyak dan bahan kecantikan yang mengandungi bahan dari lemak babi adalah tidak harus digunakan kecuali apabila dapat dipastikan proses istihalah lemak babi tadi telah berlaku sehingga 'ainnya ( atau molekul ain) telah berubah ke satu sifat baru. Selagi tidak dapat dibuktikan, ia adalah najis. ( Tamat terjemahan keputusan persidangan di atas)

 

Kita serahkan kepada Panel kajian hukum JAKIM untuk membuat keputusan dalam hal ini disebabkan mereka lebih mempunyai kemudahan untuk menyemak beberapa hal teknikal di atas.

Sebagai akhirnya, mana-mana pihak yang mempunyai informasi yang ‘credible' dalam hal ini juga boleh memberikan info samada melalui ruangan komentar di web ini atau diemailkan terus kepada saya melalui This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

6 Syawwal 1428 H

18 Oktober 2007

Last update: 19-10-2007 10:52

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (34) RSS feed comment
Posted by yusri Nur deen, on 15-04-2009 11:50, IP 202.45.133.9, Guest
1. keputusan perbincangan
ya Akhwan...keputusan dari pihak berwajib bagi masalah yang berkaitan bagaimana? jika ada, mohon diupdate blog ini untuk kebaikan umum..jazakallah
 
» Reply to this comment...

Posted by Al-Razi, on 05-03-2008 20:53, IP 60.52.98.76, Guest
2. ...
ape la pembaca ni.kalau nak makan juga,makan laa...yang dibincangkan kalo nak cari yang terbaik.kalau nak cari salah orang jee, bedosa tau.mintalah pertolongan Allah
 
» Reply to this comment...

Posted by AHMAD 6-6, on 09-01-2008 14:39, IP 60.52.96.224, Guest
3. ...
Melihat, merenung & menilai.. 
Kita akan temui jawapannya.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ct, on 25-12-2007 16:50, IP 60.52.96.62, Guest
4. ...
salam, 
apa la salahnya tak makan ayam pun, tak de la dunia jadi hilang nikmat.makan je la ikan yang banyak protein tu.orang jepun banyak makan ikan sebab tu la otak bijak, tak makan ayam inject ni.kalau nak sangat makan ayam tu, bela je la ayam kampung sendiri.tak yah la nak tanya2 nak makan ke tak nak makan?pegi kenduri orang kawin pun, kalau tak nak makan ayam tu, tak yah makan.makan je la daging ke, acar buah je ke,tak pun minum air je dah la.orang suruh meraikan pengantin, bukan suruh gi makan.......wallahu a'lam....
 
» Reply to this comment...

Posted by zul uitm, on 25-12-2007 08:33, IP 60.52.101.160, Guest
5. ...
kenapa ubat gigi colgate didapati tidak halal apabila proses status halal disemak melalui sms (32728) namun dalam media serta iklan dengan bangga dan megah menyatakan ubat gigi colgate halal? adakah ini permainan media? apa tindakan jakim? tolong la selamatkan lah jemaah kita...
 
» Reply to this comment...

Posted by No Name, on 17-12-2007 18:15, IP 60.52.103.229, Guest
6. ...
Baru2 ni saya bc 1 artikel dr majalah tempatan, isu utama psl ayam ada enzim babi. Untuk pengetahuan umum, JAKIM dan Institut Halal UPM masih lagi bekerjasama untuk kaji ayam. Blum lg keluar keputusan samada ayam di negara kita ni bebas dr enzim babi. Tambah pula, Dr yg pelopor ayam organik itu mengesahkan bahawa saintis di UK telah kaji ayam negara diorang. Keputusannya 1 ekor ayam hanya ada 40% unsur ayam yg selebihnya unsur babi sebab penggunaan enzim tersebut. Dan di negara kita, ada peternak menggunakan enzim tersebut walaupun x semua.  
So, skrg fikir2kanlah.. Ayam organik tu diberi dgr alunan ayat suci Al-Quran, tmbh pula mknn ayam tersebut mmg dr sumber halal. Paling mudah kita beli sendiri jika masih ragu2 :grin ini sekadar cdgn..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by YAN..KEDAH, on 23-11-2007 07:50, IP 211.25.130.42, Guest
7. ...
salam ustaz... 
saya pun masih was-was lagi tentang isu ayam ni... :? macamana ni...tambah-tambah bila musim cuti sekolah banyak kenduri kendara...tak kan tak pi plak....klu p tak kan tak makan plak...saya pun masih tertunggu-tunggu keputusan dari JAKIM pasal isu ni....tapi kenapa tak siarkan dalam akbar mengenai keputusan ni....?? 
 
KOMEN UZAR : SEBAB BELUM ADA KEPUTUSAN , SEBAB TU BELUM SIAR
 
» Reply to this comment...

Posted by M16, on 23-11-2007 07:40, IP 211.25.130.42, Guest
8. ...
Tertarik dengan isu ini, kerana ayam sudah menjadi salah satu menu anak-anak... 
 
Lepas dapat email ni terus berhenti dapatkan ayam di pasar borong... dulu dapat tempahan nasi ayam untuk catering semua borong kat pasar.. la ni no more catering berasaskan ayam... untuk makan sendiri beli ayam organi sahaja... KENAPA JADI MACAM NI? 
 
Mungkin ustaz boleh beri pandangan berdasarkan persoalan yang timbul ini: 
 
Persoalan pertama: Siapakah penternak, pembekal dan mempunyai rumah sembelihan terbesar di negara ini? JAKIM PATUT HEBAHKAN... 
 
Persoalan kedua: Bayak kes ayam yang disembelih ditemui tidak memenuhi syarak mengikut imam syafie atau sekurang-kurang nya imam hanafi, rujuk akhbar METRO minggu lepas kes ayam selasih. Kawan saya juga ada membeli ayam yang masih berkepala 3 ekor, balik bawah rumah didapati tidak disembelih sempurna. JADI KALAU AYAM YANG ADA DIPASAR SEMUA DAH TAK DA KEPALA ATAU SUDAH DIPOTONG BOLEH DITERIMA SEBAGAI HALAL ATAU SUBAHAT? 
 
Persoalan ketiga: Semua rumah sembelihan dipantau oleh JAKIM, tetapi kenapa berlaku perakara 1 dan 2? ADAKAH JAKIM HANYA MENGELUARKAN SIJIL HALAL PADA MASA IANYA DI"CERTIFIED" ATAU CERTIFIED SEBELAH MATA KERANA MELIBATKAN KETENTERAMAN NEGARA???????? 
 
Persoalan keempat: Jika perkara 1, 2, 3 berlaku... siapa yang menyembelih? KITA BOLEH SAHKAN KEA IANYA DISEMBELIH MENGIKUT SYARAK? Kalau yang certified menyembelih masuk pukul 7 pagi mula kerja... ERRRRR.... AYAM DISEMBELIH MENGIKUT SYARAK DAH DICAMPUR DENGAN YANG TAK DISEMBELIH OLEH SYARAK... BOLEH BEZA KEA? Tu tak termasuk yang dah tak dea kepala... TOKEY DAN ANAK-ANAK YANG SEMBELIH... 
 
Persoalan kelima: Dipasar borong, ada satu kes depan mata tengok penyembelih menyembelih ayam dengan cara menoreh sahaja dengan mata pisau terus dilempar dalam periuk air mendidih, bila ditanya.... "BANG, YANG NI NAK HANTAR KE RESTOREN CINA"... kalau tokei pi hantaq kat restoren ahmad.. mungkin ahmad kata ayam ini hanya untuk orang cina.. bukan untuk orang islam....?????? 
 
Mungkin ustaz boleh perjelaskan.... bila isu halal-haram ni timbul... bab makan bangkai ni... kami yang tak mengaji tinggi agama ni mengharapkan panduan dari yang mengaji sejak kecik agama atau badan bertanggungjawab seperti JAKIM untuk mengesahkan yang boleh makan atau tak boleh makan sehingga isu ini selesai.... kalau dok cakap berdasarkan itu-ini ikut hukum ituini dan sekadar survy sahaja sebab kerja cam tu susah laaa, ayam lea yang paling murah... Ni dah kira isu negara... kan kea negara islam ni... JADI KITA BOLEH BUAT IJTIHAD LA NO... SEMUA AYAM KAT MALAYSIA NI BOLEH MAKAN... SEBAB JAKIM DAH SAHKAN... TAK KIRA MACAM MANA SEMBELIHNYA... SAPA YANG SUPPLY NYA...???? 
 
WALLAH HU 'ALAM
 
» Reply to this comment...

Posted by halalan toiyban, on 12-11-2007 18:22, IP 60.52.103.178, Guest
9. ...
Kenapa xpakai hadis bukhari muslim dan ulama2 yg mashyur? yang haram tetap haram, halal tetap halal dan syubhat tetap syubhat..jgn kelirukan umat islam..jgn ikut pendekatan golongan wahbi.. 
 
ADMIN : PERTINGKATKAN PENGAJIAN AGAR ANDA LEBIH FAHAM MANA SATU WAHABI DAN MANA YANG BUKAN. JANGAN JADI JAHIL YANG TIDAK MENGETAHUI KEJAHILANNYA. KEPUTUISAN MAJLIS FIQH DUNIA PUN NAK DIKATA WAHABI. APA LA.PADAHAL JAKIM PUNYA WAKIL PUN DUK DALAM TU.
 
» Reply to this comment...

Posted by zahirul haq, on 31-10-2007 15:00, IP 211.25.51.1, Guest
10. ...
ASSALAMU'ALAIKUM.... 
 
Saya setuju dengan komentar di atas perlunya ulamak yang mahir dalam sains untuk mendalami masalah macam ini....... 
sila rujuk buku PENGGUNAAN BAHAN2 YANG HARAM & NAJIS DALAM MAKANAN & UBAT-UBATAN pengarangnya DR NAZIH HAMMAD tajuk asal dalam bhasa arab "AL-MAWAD AL-MUHARRAMAH WA AN-NAJISAH FI AL-GHIZA' WA AD-DAWA' BAINA AN-NAZARIYYAH WA AT-TATBIQ" diterjemahkan oleh DR BASRI BIN IBRAHIM ALHASANI ALAZHARI terbitan Darul Hidayah.  
 
KOMEN UZAR : YA , PENGARANG TERSBEUT ADALAH AMAT BAIK. PENTERJEMAH JUGA ADALAH BERAUTORITI. DIGALAKKAN MEMBELI BUKU TERSEBUT
 
» Reply to this comment...

Posted by nisa, on 30-10-2007 09:34, IP 60.52.100.127, Guest
11. ...
SUB KATEGORI 
Makanan dan Barangan Gunaan Islam 
 
------------------------------ ------------------------------ -------------------- 
 
Tarikh Hantar Soalan : 24/09/2007 10:58 AM  
Soalan : Benarkah ayam daging disuntik dengan enzim babi?Jika ya, apa hukum kita yang memakan ayam tersebut?Email berkenaan isu ini tersebar dlm internet. Kajian dilakukan oleh: 
Dr. Mohamad Zainol Ahmad Haja 
Head - Research & Development 
Innovation Centre 
Mumtaz Meat & Marine Foods Sdn Bhd. 
No 17. Jalan Nirwana 35. 
Taman Nirwana. 68000 ampang. 
Selangor. Malaysia. 
Tel 603 92811802 / 92816924 
Fax 603 92816925 
e mail nattpro@streamyx.com 
Harap dapat jawapan dari pihak JAKIM.  
 
 
Jawapan : Sekiranya ayam yang disuntik dengan enzim babi tersebut telah disahkan oleh Jabatan Kimia Malaysia bahawa ia mengandungi enzim yang diharamkan syarak, maka haram kita memakan ayam tersebut..  
Status : Selesai - Paparan Web.  
. Nombor Rujukan : PANEL SJAI 021007  
Tarikh Selesai : 02/10/2007 12:02 PM  
 
http://baheis.islam.gov.my/ web/musykil_new.nsf/ 92be69fae3f225c0482567f1005a8e 7b/ 634b19ff2f047d4600257360001062 96?OpenDocument 
null
 
» Reply to this comment...

Posted by islam, on 28-10-2007 21:04, IP 60.52.96.53, Guest
12. ...
Ye ke JAKIM ni..... adakah apa yang di fatwakan ni sesuai dengan apa yang di buat oleh JAKIM... letakkan Fatwa di tempatnya yang Soheh la... Ustaz..... jangan sampai orang yang baca jadi semakin pening....
 
» Reply to this comment...

Posted by Abualia, on 27-10-2007 17:42, IP 60.52.102.241, Guest
13. ...
السلام عليكم 
Saya menyokong usaha anta memberikan pendidikan kepada rakyat malaysia yang beragama islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ika, on 24-10-2007 12:28, IP 211.25.51.1, Guest
14. ...
Salam...  
 
Walaupun JAKIM dah mengatakan semua makanan haiwan tu diimport dan disahkan halal,  
 
Adakah JAKIM dapat meyakinkan bahawa penternak2 ayam berbangsa asing tidak menggaulkan enzim2 tadi setelah dikeluarkan dalam pek sebelum diberi makan kepada ayam2 ni?  
 
Tu yg saya musykil sbb JAKIM tak buat spot check kat ladang2 ternakan dan amik contoh makanan yg sedang diberi pada ayam serta buat semakan..  
 
Jika pihak jakim ada buat mcm tu dan kuar statement mkanan terakhir tu adalah halal, baru saya boleh yakin... setakat makanan dlm pek yg baru diimport tu, saya masih was-was.... 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Saif, on 23-10-2007 20:13, IP 60.52.96.122, Guest
15. ...
Bagi saya...selagi kajian lengkap dan fatwa tentang halalnya ayam belum dikeluarkan lagi, maka dikira memakan ayam daging yang ada di pasaran sekarang adalah subhah. Jadi kalau boleh elakkan. 
 
Lagipun ayam sekarang ni ayam inject semasa dalam bentuk telur. Dalam proses di kilang, ayam-ayam telur akan menghasilkan telur-telur ayam. Telur-telur ini akan diinject supaya ia menjadi ayam telur atau ayam daging. Yang tidak diinject akan menjadi telur yang dijual di kedai.  
 
Masalahnya ayam yang diinject untuk menjadi ayam daging ini mengandungi enzim tumbesaran yg boleh membahayakan badan pada jangka masa panjang. 
 
Saya pun lebih kurang dah 6 bulan tak makan ayam daging... tapi saya makan ayam kampung dan daging kambing/lembu.
 
» Reply to this comment...

Posted by zhouk, on 23-10-2007 14:40, IP 211.25.51.1, Guest
16. ...
Tak makan pun tak apa.. banyak lagi pilihan makanan yang lain. Takkan mati kita kalaupun tak makan ayam!!. Kecuali ada perintah yang mengatakan "hendaklah kamu makan ayam.. kalau tak makan ayam berdosa" kalau macam gini kita kena buat ler..  
 
Selagi tak ada jumpa syariat macam gitu.. tak apa kalau kita tak makan ayam kan!! Pilihan di tangan kita.. kalau nak tinggalkan makan ayam memang seribu daya kalau taknak tu beribu-ribu dalih.. yg pasti.. kita harus mengenali "A.Y.A.M" yng kita nak makan tuu..!!
 
» Reply to this comment...

Posted by nisatechnology, on 23-10-2007 06:24, IP 60.52.98.142, Guest
17. ...
assalammualaikum...nak tanya sikit je?  
 
Bagaimana kalau enzim babi dicampur dalam makannan manusia.adakah makanan itru haram dimakan. 
 
KOMEN UZAR : MAKANAN MANUSIA YANG BAGAIAMANA MAKSUD ANDA? SEBARANG CAMPURAN YANG TIDAK MELALUI PROSES ISTIHALAH ADALAH HARAM. 
 
CONTOH, CAMPUR ENZIM BABI DENGAN ROTI DENGAN MENTEGA SAHAJA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Nak Tau, on 22-10-2007 13:08, IP 211.25.51.1, Guest
18. ...
cuba ustaz bagi komen tentang soalan yang saya muskil ni. ramai sgt bg jawapan dan penerangan. berbeza sama sekali jawapannya. 
 
1. babi dan anjing adalah haram dan najis tapi bukan untuk dihina. ia dicipta untuk dijadikan ujian pada manusia supaya patuh pada larangan Allah? 
 
2. dye atau pewarna rambut memang halal kerana tiada kandungan yang najis tetapi haram dipakai. ada yang kata ada cop halal maknanye boleh dipakai. x berdosa dipakai. 
 
3. ada yang kata minum arak kalo xmabuk xpe. minum arak sampai mabuk berdosa. 
 
4. arak xnajis tapi haram diminum. maka arak boleh dibuat basuh tangan atau bende lain selain minum dan makn. 
 
5. aiskrim campuran arak bagaimana.kerana tidak memabukkan. 
 
6. semayang awal waktu amat baik. tetapi lewatkan semayang isyak amat baik. 
 
7. islam menghalalkan kahwin sesama islam dan ahli kitab. maka kita bleh kawin ng org yahudi dan kristian. 
 
Soalan soalan tersebut selalu ditanya oleh kawan kawan dan jawapan nya kebanyakkannya amat berbeza. Jawapan yang pasti amat diperlukan. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Mencelah sedikit, on 22-10-2007 13:06, IP 211.25.51.1, Guest
19. ...
Ayam bende yang halal. sekali kuar berita ayam jd haram semua takut makan ayam. bende yg terang terang haram xnampak plak. trus masuk perut plak tu. tu tak takut plak. yang disebut tu adalah judi,arak,babi,sumber yang haram, mencuri.... apa kes..
 
» Reply to this comment...

Posted by Shiha, on 22-10-2007 12:36, IP 211.25.51.1, Guest
20. ...
Salam.. 
 
Sebelum ni saya was - was dengan 'spirit vinegar', kerana perkataan 'spirit' = alcohol itu.  
 
Tapi, hanya dengan sedikit search dalam google, ternyata spirit vinegar tu halal.  
 
Kerana, berdasarkan pemahaman saya yang sedikit ini, spirit/alcohol itu telah mengalami proses 'istihalah' tersebut. Di samping dalil - dalil yang mengatakan cuka adalah halal walaupun bagaimana cara sekalipun ia dibuat (kalau salah, sila betulkan).  
 
Jadi, setuju benar mcm yg ustaz kata tu, kena pakai otak sikit untuk memahami perkara - perkara sebegini.  
 
Walaupun takde science background, tapi kalau kita benar - benar mencari dan cuba memahami, insyaAllah tiada kerisauan :grin Wallahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Angah, on 21-10-2007 15:52, IP 60.52.103.226, Guest
21. ...
Yg kita risau sb makanan akan jadi darah daging dan berkait dengan penerimaan doa kita. Kalau yang mahir dapat bantu mengenalpasti perkara ini, amat besar maknanya.  
 
Wallah hu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by aswad, on 20-10-2007 19:26, IP 60.52.102.128, Guest
22. ...
Bagaimana pula dgn KFC yang dikatakan sembelih tak ikut syarat2 islam.Info ini saya dapat melalui mail
 
» Reply to this comment...

Posted by abu azizad, on 20-10-2007 19:22, IP 60.52.102.128, Guest
23. ...
Assalamualaikum UZAR, 
 
Saya berminat berkenaan dengan istihalah ni..ada cadangan bahan bacaan untuk saya rujuk? Saya berada di luar negara sekarang dah banyak dugaan bab pemakanan ni.  
 
KOMEN UZAR : BAHAN RUJUKAN SAYA BANYAK DALAM BAHASA ARAB DAN BERTULIS.  
 
TAPI RASANYA JIKA SEARCH DI YAHOO ATAU GOOGLE PUN BOLEH JUMPA AMAT BANYAK. CUMA KENA PILIH YANG WIBAWA.
 
» Reply to this comment...

Posted by kandare, on 20-10-2007 19:21, IP 60.52.102.128, Guest
24. ...
pada saya banyak org menyebarkan email/info yg bukan-bukan yg 
belum tentu kesahihannya maka di sini saya mengambil sikap atau berpegang pada hukum harus selagimana tidak didapati nas atau fakta yg sohih yg tidak diragui. "Yang halal itu jelas dan yg haram itu jelas "(maksud hadis). 
 
Apabila datang seorang fasik membawa berita maka hendaklah kamu selidik dahulu...(maksud ayat surah AlHujurat)
 
» Reply to this comment...

Posted by sufi, on 20-10-2007 19:20, IP 60.52.102.128, Guest
25. ...
Saya fikir majlis fatwa di negara2 Islam perlu disertai oleh saintis dan pakar untuk memastikan setiap fatwa dikeluarkan menepati kepentingan agama islam dan umatnya. 
 
Tapi biarlah mereka yang fakeh agama lebih ramai dari pihak lain. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Rosza Hani, on 20-10-2007 19:19, IP 60.52.102.128, Guest
26. ...
Alhamdulillah. Jakim akan tanggung dunia dan kahirat. kita semua boleh makan semula ayam daging tu...amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Luqman, on 19-10-2007 15:57, IP 60.52.101.74, Guest
27. ...
Salam, 
 
Nampaknya peminat daging ayam ramai rupanya..... 
(DELETED) ruangan komen ni ramai orang baca ...tak gitu.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ummi Resah, on 19-10-2007 14:29, IP 211.25.51.1, Guest
28. ...
Assalamualaikum. 
 
UZAR, sila baca email saya berkaitan isu ini.  
 
Saya dan famili dah berhenti memakan ayam daging ni sejak dapat email dari sahabat yang prihatin.  
 
Nampaknya bukan sahaja nikmat keamanan yang selama ini amat kita bangga telah ditarik tetapi nikmat kekenyangan juga akan ditarik nampaknya.  
 
Wallahualam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sufyan Uyainah, on 19-10-2007 12:17, IP 211.25.51.1, Guest
29. ...
Salam ustaz.. 
 
Leh tak bila timbul isu mcm ni kita ambik pendirian elakkan daripada syubhat berdasarkan hadis yang direkod oleh Bukhari Muslim.. 
 
Ustazah saya pernah jugak bertegang lidah dengan kami, last2 dia bwk hadis ni....bila ada ragu2 antara halal haram, maka baik tinggal kos katanya dah jatuh syubhat..hehehe,tapi bila baca artikel ustaz, dah tak syubhat kot kos JAKIM dah cakap Halal.
 
» Reply to this comment...

Posted by znorm, on 19-10-2007 12:07, IP 211.25.51.1, Guest
30. ...
Salam, 
 
Jadi xde masalah lah kalo nk mkn contohnya kek yg dicampur wine sbb proses memasak/membakar kek td tlah menyebabkan sifat wine dlm kek berubah...proses memasak bleh menyebabkan istihalah kan UZAR? tp mgkin teknik2 memasak yg tertentu jelah kot contohnya yg menggunakan suhu tinggi??? 
 
KOMEN UZAR : ANDA KENA PASTIKAN PROSES ISTIHALAH TEAH BERLAKU. JIKA ANDA TAK PASTI, TIDAK BOLEHLAH HENTAM SEMBRONO KATA DAH BERLAKU. 
 
KENA FAHAM BEZA ANTARA 'KHALAT' IAITU PERCAMPURAN DAN 'ISTIHALAH' IAITU PERTUKARAN MOLEKUL, SIFAT DAN BENTUK. 
 
SEBAGAI CONTOH JIKA ANDA LIHAT DIBELAKANG SESUATU MAKANAN DITULIS ..INGREDIENTS : BABI 20 %, BATU 1 %, KAYU 5 %...IA ADALAH CAMPURAN DAN BUKAN ISTIHALAH. BERMAKNA SEMUA BAHAN HANYA DICAMPUR FIZIKAL MEREKA MACAM ROJAK CAMPUR..MANGGA MASIH TETAP MANGA, SENGKUANG MASIH TETAP SENGKUANG, TIMUN MASIH TIMUN.. 
 
 
 
PEMBACA PERLU INGAT BAHAWA FATWA 'ISTIHALAH' BUKAN DARI SAYA TAPI DARI PERSIDANGAN FIQH DI KUWAIT ITU. IA BERASASKAN DALIL YANG PELBAGAI.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 18-10-2007 22:30, IP 60.52.97.242, Guest
31. ...
Gelatin babi kiranya halal gitu? :?  
 
UZAR : SILA BACA ARTIKEL ITU BARIS DEMI BARIS DENGAN FAHAM SETIAP PERKATAAN. MAKA ANDA AKAN DAPAT MENJAWAB SOALAN ANDA ITU.
 
» Reply to this comment...

Posted by MAMAGEE, on 18-10-2007 15:54, IP 211.25.51.1, Guest
32. ...
:? terima kasih kerana info di atas... 
 
Saya dah tak makan ayam ayam start isu seperti itu disebarkan. Dan hari raya ini saya paksa nenek saya sembelih ayamnya.....tak payah beli.. 
 
Alhamdulliah selepas ini saya boleh menikmati hidaangan ayam tanpa was-was.
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 18-10-2007 15:53, IP 211.25.51.1, Guest
33. ...
Alhamulillaaaaaaaah. 
 
Keluarga dah hampir sebulan tak makan daging ayam... semuga respons dari Jakim dan UZAR terus membantu kita semua dalam memastikan hukum halal haram dipatuhi dan dihayati. Jazakallah &  
 
Wassalaam
 
» Reply to this comment...

Posted by aklil ayob, on 18-10-2007 15:52, IP 211.25.51.1, Guest
34. ...
salam, 
 
 
 
isu-isu kontemporari ini jelas menunjukkan perlunya satu entiti ulama yang bertaraf saintis atau sekurang-kurangnya mempunyai ilmu sains yang mendalam dalam pentadbiran hal ehwal Islam di Malaysia. 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom