Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Kerjaya arrow Temuduga Kerja : Yang Perlu & Yang Jangan
PDF Print
User Rating: / 95
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-04-2009 10:00
Views 47727    
Favoured 50

Temuduga Kerja : Apa Kunci Kejayaannya ?

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

( ARTIKEL INI DISIARKAN SEMULA UNTUK MANFAAT PEMBACA-PEMBACA BARU YANG SEDANG BERTUNGKUS LUMUS MENDAPATKAN KERJA DI MUSIM KEGAWATAN EKONOMI, SEMOGA BOLEH MEMBANTU)

 

 

Menurut statistik undian yang dikumpulkan di web ini. Kelihatan jelas bahawa pelawat web zaharuddin.net kebanyakannya adalah golongan muda berumur 22- 30 tahun, lelaki dan wanita.

 

Temuduga Takut @ Seronok?

Pada hemat saya, adalah amat baik jika saya memberikan sedikit manfaat berkenaan kemahiran temuduga buat pengunjung terutamanya bagi mereka yang masih dan sedang bergelumang dengan dunia mencari pekerjaan dan temuduga.

 

Berdasarkan puluhan sesi mengendalikan temuduga semasa bertugas di industri korporat dan juga beberapa pengalaman rakan-rakan yang lain. Alhamdulillah, saya terlibat sebagai panel untuk menemuduga calon-calon yang punyai keputusan cemerlang seperti CGPA 3.5 ke atas, 'Mumtaz', 'First Class', 'Distinction' dan sebahagiannya mempunyai Ijazah Sarjana.

 

Malangnya, banyak kali saya dan rakan-rakan di sektor swasta dapati individu yang mempunyai kelayakan akademik cemerlang di Universiti tetapi ianya tidak banyak membantu calon semasa temuduga.

 

Saya bimbang degan fenomena kegagalan sistem peperiksaan di Universiti yang gagal melahirkan seorang yang kreatif, beryakinan serta berbakat. Selain dari pengalaman saya sendiri dan juga apa yang kerap saya dengari dari rakan-rakan, ada graduan cemerlang yang seperti 'batu' semasa interview dan ada juga yang langsung tidak mampu menjawab soalan panel yang berbentuk ujian emosi dan kreativiti menjawab. Mungkin kerana soalan itu tiada dalam silibus buku mereka agaknya.

 

Saya bimbang, munculnya graduan yang cemerlang atas kertas kerana kecekapannya menghafal silibus sahaja. Akhirnya, sekali dicuba di alam realiti, tersungkur jatuh dengan sekali cubaan sahaja. Kerana itu, bagi saya soalan peperiksaan perlu diolah dalam bentuk yang lebih praktical dan mementingkan kefahaman berbanding hafalan semata-mata.

 

Tidak dinafikan kita inginkan pelajar menghafal, tetapi adalah hafalan berserta kefahaman sehingga bila dibawakan satu soalan dan situasi mencabar, ia mampu menjawab dan mengadaptasikan formula hafalannya dalam konteks semasa. Mampu memperkembangkannya dan bukannya hafalan kosong.

 

Jika anda bagaimana seorang tukang masak biasa menjadi Chef yang hebat. Jawabnya, adalah dengan mempelajari dan menghafal resipi asal dari seorang guru, kemudian mencuba dan mempelbagaikan ramuan sendiri. Akhirnya lahirlah resipinya sendiri dan rasa tersendiri. Resipi asal hanya menjadi titik mula untuk menjadi kreatif. Itulah nilai tambah yang dikehendaki dalam proses menuntut ilmu. Iaitu memperkembangkan ilmu.

 

Mungkin kerana itu, pendedahan berpersatuan dan berprogram di universiti amat penting dalam pembentukan graduan yang cekap dan kreatif dalam menangani masalah dan soalan-soalan panel temuduga.

 

Melalui tulisan ringkas ini, saya akan cuba mencoretkan beberapa perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh seseorang calon temuduga. Sudah pasti bukan semua aspek sempat untuk saya coretkan, terutamanya saya bukanlah seorang pakar bab pengurusan dan temuduga. Namun masih boleh berkongsi pengalaman.

 

Secara ikhlas, terdapat beberapa kelemahan nyata bagi kebanyakan calon-calon, kelemahan tersebut juga berulang-berulang.

 

Soalan Biasa

 

Tidak kiralah samada interview di dalam Bahasa Inggeris, Melayu atau Arab, soalan awal adalah :-

 

"Please introduce yourself" atau "Sila perkenalkan diri anda"

 

Ini adalah ayat biasa yang digunakan oleh panel untuk memulakan sesi temuduga.

 

Jawapan calon bagaimana?

 

"Saya berasal dari kampung sekian, sekian..adik beradik 11 orang, saya anak yang sulong, ibu bapa saya bekerja itu dan ini"

 

"saya sekolah tadika di..., "

 

"Saya sudah berkahwin dah punyai ....anak"

 

Bagi saya, jika calon menjawab seperti jawapan di atas, ia adalah suatu kekurangan pada minda calon dan 'disadvantages' buat calon tersebut.

 

Ini kerana calon sepatutnya memfokuskan pengenalan diri dalam hal yang berkaitan dengan kerjaya yang diminta sahaja.

 

Cukup memfokuskan kepada bahagian berikut :-

1) Kelulusan & Pendidikan formal: Pendidikan Sekolah Menengah dan Universiti sahaja serta kaitan apa-apa subjek yang diambil dengan kerja yang dipohon.

2) Tempat bertugas sekarang (jika bekerja, jika tidak sebutkan pengalaman di Universiti seperti Exco persatuan dan lain-lain)

3) Pengalaman dan kemahiran yang ada dan kaitannya dengan tugas yang dipohon.

 

Saya kira, tiga point tadi sudah cukup, tidak perlu menghuraikan silsilah keluarga, nama emak, nama atuk, kahwin, anak, kampung dan lain-lain. Ia hanya menunjukkan ketidakmatangan calon.

 

Panel biasanya menyoal soalan ini untuk menilai tahap fokus calon dalam menjawab soalan dan kaitannya dengan kerja yang diminta. Bukan untuk berkenalan dengan calon.

 

Tahap Satu

 

Selapas soalan pertama, panel biasanyaakan cuba memperkembangkan soalan dari jawapan pertama calon, terutamanya dalam soal :-

1) Panel akan melihat keputusan peperiksaan dan subjek yang diambil calon di Universiti dan akan mengutarakan soalan berkenaannya. Justeru, calon mestilah cuba ulangkaji terlebih dahulu sedikit isi penting subjek yang berkaitan dengan tugasan yang diminta.

 

Sebagai contoh : Jika seseorang calon memohon jawatan Syariah Executive di sebuah Islamic Bank.

 

Sudah tentu panel akan cuba menguji ilmu dan kefahaman subjek Fiqh Muamalat yang diambil calon ketika di universiti. Demikian juga subjek Qawaid Fiqh dan lain-lain yang berkaitan.

2) Tugas yang calon lakukan sekarang (sekiranya ia sedang bertugas) dan kaitan yang boleh menyokong kerjayanya sekarang.

 

Tatkala itu, calon mestilah bersedia dengan segala point yang dapat mengaitkan kerjaya yang dipohon. Walaupun ia dari dua displin yang berbeza.

 

Sebagai contoh, calon seorang siswazah masih bertugas sebagai cashier di sebuah pasaraya (kerja sementara menunggu yang sesuai dengan kelulusannya), dan sekarang calon memohon tugas sebagai Eksekutif Akaun di sebuah syarikat swasta.

 

Maka calon mestilah berupaya mengaitkan faedah kerjayanya sebagai cashier dengan tugasan yang dipohon. Calon mestilah kreatif berfikir dan mengaitkannya, paling kurang pun sekurang-kurangnya sebutlah bahawa dengan kerjaya sebagai juruwang itu, anda sudah terdedah dengan suasana pekerjaan, membuat laporan, menerima arahan supervisor dan lain-lain"

 

Bagi saya, kemampuan calon untuk mengaitkannya dikira sebagai satu merit baik buat calon.

 

3)      Mengapa memohon kerja ini sedangkan anda sudah bekerja sekarang.

 

Ini soalan yang amat biasa bagi semua jawatan. Setiap alasan anda adalah amat penting untuk panel menilai pemikiran anda dan perancangan kerjaya anda. Kematangan dalam jawapan pastinya banyak membantu,

 

Kenalan saya pernah memberitahu bahawa banyak calon bumiputra gagal memberikan jawapan yang baik dalam soalan ini. Malah hingga ada yang mengatakan :

 

"Tak pelah, jika tak dapat jawatan ni pun saya tak la kisah sangat pun sebenarnya"

 

Kata sebegini adalah satu kesilapan besar.

 

4)      Mengapa kerap menukar kerja?

 

Soalan ini amat relevan dan penting bagi panel iaitu dalam situasi anda pernah bekerja di pelbagai syarikat dan organisasi sebelum ini, atau kata lainnya, 'melompat-lompat'.

 

Mereka pasti akan bertanya sebab-musabab banyak melompat, malah sebahagian Managing Director dalam sektor 'Oil & Gas' pernah berkata kepada saya :

 

"Semua calon yang dilihat banyak melompat dari syarikat ke syarikat dalam tempoh kurang setahun atau dua tahun, awal-awal kami dah reject"

 

Lihat, malah dalam kebanyakan sektor swasta mereka akan menilai tahap kesetiaan anda dengan satu syarikat. Mereka tidak mahu anda melakukan demikian kepada syarikat mereka nanti. Jawapan konkrit perlu anda sediakan.

 

Tanpa jawatan konkrit, kebanyakan majikan akan menggangap individu yang kerap melompat sebagai :-

1) Tidak setia kepada satu-satu organsasi.

2) Gila pangkat.

3) Jenis bermasalah dan pastinya masalah di tempat lama.

4) Pengejar kenaikan gaji secara rakus. Iaitu dengan cara melompat-lompat.

5) Kurang kemahiran khusus dalam satu bidang kerana asyik melompat.

6) Kurang kemahiran interpersonel.

 

 

 

Tahap Kedua

 

Tahap seterusnya, panel biasanya akan mula menguji sekaligus :-

 

  • 1) Tahap kemahiran ilmu dalam bidang kerja yang dipohon.
  • 2) Cara penyampaian jawapan termasuk cara pandangan mata, cara tangan semasa bercakap
  • 3) Tahap keyakinan semasa menjawab soalan.
  • 4) Tahap kedinamikan calon semasa menjawab.
  • 5) Minat calon dalam kerjaya yang dipohon.

 

Ini adalah antara fokus utama seorang panel. Namun, jika jawatan yang dipohon adalah sebagai eksekutif sahaja. Biasanya panel akan bersifat lebih toleransi kerana jawatan eksekutif adalah satu jawatan yang masih dikira kecil di dalam sebuah organisasi dan syarikat. Justeru, tahap ilmu dan kemahiran tidaklah menuntut satu tahap yang tinggi.

 

Bagaimanapun, sesiapa yang mampu menunjukkan tahap kemahiran dan ilmu dengan cemerlang sudah tentu lebih baik.

 

Bagaimanapun point 2,3,4 dan 5 masih amat penting buat calon, walaupun hanya bagi jawatan eksekutif.

 

Banyak kekurangan dikenalpasti di kalangan graduan kita dalam hal ini. Antaranya :-

 

a-      Tidak yakin dengan jawapan. Ada dua jenis soalan dalam temuduga, yang pertama soalan fakta dan yang kedua soalan bukan fakta.

 

Bagi soalan yang memerlukan fakta tepat, jika calon tidak mampu menjawab, mereka masih perlu menunjukkan keupayaan untuk merujuk kepada sumber-sumber tertentu.

 

Bagi soalan yang memerlukan pandangan bebas bukan fakta; keyakinan amat penting. Keyakinan itu perlu dizahirkan melalui cara dan intonasi bercakap, memek muka dan sedikit pergerakan tangan.

 

Ini tidak, bila ada yang tidak boleh jawab soalan fakta, mulalah terganggu pemikirannya sehingga semua jawapan selepas itu tidak yakin. Apatah lagi jika diprovokasi oleh panel seperti katanya,

 

"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"

 

b-     Tidak menunjukkan bakat dan kemampuan untuk menyumbang. Ini adalah aspek penting dalam sebuah temuduga, calon mesti menunjukkan minat untuk menyumbang dan mempelajari jika diterima sebagai eksekutif, tunjukkan minat dan keghairahan untuk belajar, dan bukannya sekadar "InshaAllah" dengan lemah longlai serta ayat-ayat yang tidak bermotivasi.

 

Kebanyakkan panel temuduga ingin melihat bakat calon untuk diperkembangkan kelak. Mereka tidaklah mengharapkan anda sehebat orang yang punyai pengalaman 10 tahun. Apa yang diharapkan adalah kesediaan dan pembuktian bahawa anda adalah seorang calon yang berbakat.

 

c-      Merendah diri. Benar, merendah diri adalah satu sifat yang terpuji dalam Islam tetapi semasa temuduga calon perlu menunjukkan dan menaikkan kebolehan diri. Bukan meninggi diri dalam bentuk melampau dan 'over' tetapi cukup sekadar menunjukkan kedinamikan diri dan kelayakan anda untuk jawatanyang dipohon.

 

d-     Tidak Relaks & Kelihatan Tertekan. Calon perlu relaks dan kelihatan selesa semasa temuduga. Tenangkan diri dan jangan rasakan anda dalam sebuah temuduga.  Ia mudah menganggu debaran hati dan jantung anda. Bayangkan anda sedang berbincang dengan guru sahaja. 

 

Bagi sektor swasta, kemampuan calon menunjukkan ketenangannya dan relaksnya dalam temuduga mampu memberi kredit kepada calon. Ia membuktikan calon adalah orang yang boleh menanggung beban dan stress kerja swasta yang biasanya sibuk dan tertekan.

 

 

Tahap akhir

 

Sebagai ringkasan dalam tulisan ini, panel akan melihat kepada gaji semasa anda, dan gaji yang dipohon.

 

Ini sebenarnya adalah satu proses ujian kematangan yang hebat. Calon mesti berhati-hati agar tidak dihentam dan ditertawakan.

 

Justeru, 'expected salary' mestilah melihat kepada 'salary scale' di dalam pasaran dan gaji calon sekarang.

 

Untuk itu, calon mesti membuat kajian tahap gaji seorang eksekutif di bidang perbankan sebagai contoh. Atau sector pendidikan dan lain-lain. Jangan membuka kelemahan diri dengan memohon gaji seorang pengurus atau gaji seorang pekerja kilang sahaja.

 

Jangan letak terlalu tinggi dan jangan tersilap minta terlalu rendah berbanding kelulusan anda.

 

Jika anda seorang yang cemerlang dan punyai sarjana yang specifik dalam jawatan dan bidang tugas yang dipohon, lihat pula sektor apa, jika dalam sektor perbankan Islam sebagai contoh, jangan letak kurang dari RM 3000 sebulan.

 

Jika calon meletakkan bawah dari RM 3000 dengan kreteria yang disebut di atas, ia menunjukkan calon kurang mengkaji dan kurang matang dalam sektor pekerjaan.

 

Jika calon punyai pengalaman 2 tahun, jangan pula letak gaji dipohon sebanyak RM 6000. Sudah tentu akan ditertawakan oleh panel, jika tidak di hadapan calon, dibelakang sudah tentu agaknya.

 

Sebenarnya banyak aspek yang perlu dilihat dalam meletakkan gaji yang dijangka. Termasuk aspek :-

1) Saiz Syarikat : Syarikat besar atau kecil, tempatan atau antarabangsa. Semuanya punyai 'scale' yang berbeza.

2) Jenis sektor : Kejuruteraan, Perbankan dan Kewangan, Pendidikan, Konsultan dan lain-lain. Ini juga banyak berbeza.

3) Jenis Kemahiran : jenis kemahiran khas atau biasa. Kemahiran yang mudah dijumpai di pasaran adalah lebih murah dan yang sukar. Sebagai contoh ; calon yang punyai kemahiran Fiqh Mualamat dan Perbankan Islam amat sukar ditemui dalam pasaran, hasilnya calon yang punyai pengalaman boleh meletakkan permohonan sedikit tinggi.

4) Jenis Jawatan : Ia amat banyak mempengaruhi gaji jangkaan. Termasuklah nama jawatan, iaitu eksekutif, Eksekutif Kanan, Pengurus, Pengurus Kanan dan lain-lain. Juga dari aspek, jawatan tetap, kontrak atau separuh masa. Semua mempunyai scale masing-masing.

 

Justeru, calon perlu merujuk kepada mereka yag berpengalaman untuk menentukan gaji jangkaan. Jangkaan yang tepat pula pastinya akan ditanya oleh panel,

 

"Mengapa anda layak dengan gaji sebanyak ini?"

 

Jawapan perlu disediakan dari awal. Elok juga disebutkan kepada panel bahawa ia terbuka untuk perbincangan. Tatkala itu, panel akan bertanya lagi;

 

"Berapa minimum yang anda boleh agaknya?"

 

Sekali lagi anda perlu menyiapkan jawapan dari awal.

 

Oleh kerana biasanya soalan ini di akhir temuduga, calon juga boleh menilai serba siedikit prestasinya dan respon panel temuduga dalam meletakkan aras minimum gaji yang dijangka. Jika panel kelihatan menyukai anda dan anda juga kelihatan 'performed' dalam temuduga, bolehlah anda nilaikan gaji minimum yang sedikit tinggi. Demikian sebaliknya.

 

Soalan Penutup

Biasanya, soalan penutup panel temuduga adalah:

"Do you have any question?" atau " Saudara/i ada apa-apa soalan?"

 

Kebanyakan calon akan mengatakan ‘Tiada soalan"

Bagi saya, ia sekali lagi satu tindakan yang kurang tepat.

 

Panel sebenarnya ingin menilai minda anda terhadap kerja yang dipinta. Justeru lebih baik anda bertanya, pastikan pertanyaan adalah standard dan menunjukkan anda seorang yang berpandangan jauh. Seperti tanya berkenaan masa depan syarikat, peluang karier bersama syarikat, tahap kestabilan syarikat dan lain-lain. Bagaimanapun, jika calon terlalu tidak 'performed' di peringkat awal temuduga, soalan-soalan besar ini mungkin tidak perlu kerana akan membosankan panel.   

 

Demikianlah, beberapa nasihat dan pandangan ringkas saya buat bejkalan rakan-rkaan pengjung http://www.zaharuddin.net/ yang majoritinya beumur 22- 35 tahun. Sudah tentu proses temuduga akan berterusan dalam usia ini. Harapan saya, ia mampu membantu serba sedikit persiapan karier anda agar lebih berjaya.

 

Nabi Muhammad s.a.w bersabda :-

 

إن الله عز وجل يحب إذا عمل أحدكم عملا أن يتقنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah s.w.t menyukai seseorang kamu apabila ia melakukan sesuatu kerja, ia sentiasa memperkemas dan menekuninya" (Riwayat At-Tabrani, terdapat komentar terhadap seorang perawinya iaitu Mus'ab bin Thabit, Ibn Hibban men ‘thiqahi'nya , dan majority melemahkannya)

 

Menurut sebuah hadis sohih pula :-

 

إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ على كل شَيْءٍ فإذا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وإذا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أحدكم شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Ertinya : "Sesungguhnya Allah s.w.t telah mewajibkan al-ihsan (professional, ketekunan dan ketepatan) dalam semua kerja, maka apabila kamu ingin berburu maka perkemaskan perburuanmu, apabila kamu ingin menyembelih maka perelokkanlah cara pemyembelihanmu, hendaklah ditajamkan alat sembelihanmu agar dapat merehatkan binatang yang disembelih" ( Riwayat Muslim, 3/1548 )

 

Kedua-dua hadis ini menganjurkan kecekapan dan professionalism dalam kerja. Tingkatkan ilmu dan kemahiran bermula dari proses temuduga. Moga Allah bersama kita sentiasa.

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

7 November 2007

26 Syawwal 1428 H

 

 

 

000025779

Last update: 04-04-2009 06:43

Published in : Soal Jawab, Kerjaya
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (100) RSS feed comment
Posted by farah, on 24-05-2010 11:51, IP 60.48.64.213, Guest
1. minta izin
terima kasih atas post ini. 
cukup membuka minda saya tentang sesebuah interview.. 
ustaz,saya minta izin utk copy post ini sebagai tatapan sendiri dan keluarga yang lain.. 
terima kasih 
:)
 
» Reply to this comment...

Posted by Syazwan, on 12-05-2010 15:28, IP 202.170.57.253, Guest
2. Minta Izin
Salam.saya nak minta izin ustaz untuk copy dan print out tips2 ini ya.
 
» Reply to this comment...

Posted by azwina zainol abidin, on 28-03-2010 22:55, IP 203.82.92.56, Guest
3. ingin meminta pendapat
salam..ust,saya pelajar tahun akhir syariah di insaniah.ingin meminta pandangan dr ust,saya berminat untuk menceburkan diri dalam kerjaya perbankan islam..apakah jalan yang terbaik untuk saya memohon jawatan tersebut,adakah saya perlu mengikuti kursus sebelum saya berkhidmat di dlm perbankan ini?
 
» Reply to this comment...

Posted by insan tertekan, on 17-03-2010 11:51, IP 202.170.60.251, Guest
4. hamba allah
salam ustaz...ana ingin kmukakan soalan brkaitan 'kebal' atau org dalam... adakah ia potog jalan rzeki org lain sdagkn taraf akademiknya lbih truk drp org lain... :upset
 
» Reply to this comment...

Posted by adi, on 11-03-2010 11:26, IP 210.48.221.6, Guest
5. syukran
salam. 
 
terima kasih ustaz atas panduan yang diberikan. 
 
saya nak tanya, apa respons terbaik yang perlu diberikan bila penemuduga menguji kita dengan berkata: 
 
"Anda sebenarnya tidak layak dan belum bersedia untuk jawatan ini"
 
» Reply to this comment...

Posted by hidayah, on 16-02-2010 01:07, IP 203.82.80.114, Guest
6. assalamualaikum w.b.t
Ustad... saya ingin bertanya beberapa soalan. sya pelajar tahun akhir ijazah perbankan islam di IPTA. sya ingin bertanya kepada ustad sama ada jurusan yang sya ambil ini mempunyai pasaran yg luas masa kini atau tidak... keduanye, adakah jurusan saya ini hanya layak di bank yang menyediakan perkhidmatan islamic atau boleh berkerja di mana agensi lain...terima kasih ustad...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by saya, on 27-01-2010 20:31, IP 118.101.89.205, Guest
7. Assalamualaikum
Salam ustaz.. 
saya ada kemusykilan hendak bertanya. 
Saya ada kelulusan degree syariah dr ipta tempatan n esk sy akn mghadiri interview di bank tuk jwtn kerani. saya nk mnta pndpt ustaz adakah sesuai utk saya pergi ke interview tersbut walaupun berbeza kos sy ambil n jwtn yg ditawarkan. Terima Kasih ustaz.
 
» Reply to this comment...

Posted by EL, on 22-01-2010 04:33, IP 60.54.47.167, Guest
8. terima kasih dngn info ini..
Salam Bro Zaharuddin
 
» Reply to this comment...

Posted by MUHAMMAD FAHAMI BIN HAMMAT ZAK, on 13-01-2010 15:10, IP 118.101.247.164, Guest
9. frest gread
sy nk tny...jika penal igin interview dlam bi kita tidak boleh bertutur dlam bi..adakah itu akan menjatuh kn point kelayakan interview untk di terima kerja. 
 
UZAR : ye, jatuh sikit..tapi emleihat kpd keperluan jawatan itu, jika ia merupakan perkara penting dalam jwtn itu, ketidakbolehan adalah satu disadvantage yg besar
 
» Reply to this comment...

Posted by kenanga_77, on 01-01-2010 17:46, IP 203.82.91.101, Guest
10. yakin dan usaha bersungguh2
assalamualaikum.. 
terima kasih atas perkongsian artikel yg sangat membantu.sedikit perkongsian pengalaman.sy extent 1 semester sebab berhajat nak kerja dan bawa family menghadiri konvokesyen sy dgn duit sy sendiri.alhamdulillah sy memperoleh kerja dan impian sy tercapai.sy hanya menggunakan salinan transkrip dan pengesahan akan bergraduat untuk memohon kerja.meskipun status sy yg belum bergraduat dipertikaikan tp berkat usaha dan keyakinan akhirnya sy diterima. sebelum meghadiri temuduga bersediala dari aspek fizikal dan mental.kumpul maklumat tentang jawatan,gaji,bidang tugas dan latar belakang syarikat.berdoala bersungguh2,solat hajat,puasa dan mengaji Quran juga perlu sebagai usaha rohani.salam maju jaya.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by jeme, on 10-12-2009 02:38, IP 203.82.80.87, Guest
11. x pndai bhs inggeris
salam ustaz.. 
 
*time kasih ats artikel ini..sblm ni sy penah 2 3 kali ditemuduga,tp blum ad rezeki..lg pn mmg sy xde persediaan smasa ditemuduga..dgn mbaca artikal ustaz ni sgt membantu sy.. 
 
*sy mmg xpndai bhs ingeris..ad usaha nk blaja tp xlekat..sy ad intrvw pd 15/12/09 dgn cmpny oil n gas, ap ptt sy lakukan bl dtny bhs ingeris sms temuduga?mcm mn plk kl sy xphm ap yg dtny? 
hrp ustaz dpt membntu.. :cry
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by nizam, on 19-11-2009 01:41, IP 115.132.30.46, Guest
12. Sedikit pertanyaan tentang temuduga
assalamualikum ustaz..awalan..shukran jazilan di atas penerangan ustaz ttg mghadapi temuduga yg baik..tips2 yg diberikan ustaz dpt mengurangkan tekanan dlm ati dan memberi smgat baru kpd sy.. 
 
Ustaz..sy ada masalah sdikit ttg temuduga..sy mdpat pggilan temuduga SPA pd 3/12/09..ttp sy belum mndapat dipolma lg..sy sdg menunggu keputusan akhir diploma sy..sy ada salinan transkrip sebelum bergraduasi..dari segi subjek sy ok..semuanya lulus n lgkap..cuma sy menanti kputusan latihan ilmiah sy jer..kmgkinan kputusannya kluar bulan3 taun depan..adakah boleh sy pergi temuduga tersebut tanpa mbwa diploma n transkrip asal?sy cuma ada transkrip sebahagian seblum graduasi shhga tahun akhir..cuma markah latihan ilmiah je blum ada ag..hrp ustaz dpt membantu n mberi sedikit penjelasan..jasa baik ustaz amat sy hargai n bersyukur.. 
 
UZAR : BOLEH, TAPI BERITAHU DGN YAKIN KDP PENMEDUGA BHW SIJIL BELUM DAPAT..DAN YAKINKAN DIA BHW SDR BERKELAYAKAN WALAU SIJIL BELUM SAMPAI LAGI.
 
» Reply to this comment...

Posted by madiha, on 24-08-2009 12:59, IP 115.134.194.210, Guest
13. nk bertnya
assalamualaikum..sy berumur 18thn dan akan mengikuti temuduga bahagian jururawat..tp sy x berapa tahu bagaimana cara yang dpt sy lakukan agar sy dapat mengikuti temuduga ini dengan hati yang tenang kerana ini merupakan kali pertama sy menghadirinya..sy berharap agar tuan dapat memberi beberapa tips...sekian assalamualaikum.. 
 
UZAR : susah nak beri tip s tamabah, kebanyakan tip penting dah ada dalam artikel.
 
» Reply to this comment...

Posted by noora, on 31-07-2009 21:38, IP 203.82.91.103, Guest
14. saya nk mntak pndangan dari ustaz...
salam ustaz :)  
st nk mntak pndangan ustaz skit bole?? 
bkenaan satu topik ttg tmuduga.. 
"kelayakan akademik yang tinggi bukan lagi mrupakan satu-satunya indikator yg digunakan oleh para majikan utk memilih bakal pekerjanya ttpi mereka lebih memberi penekanan kepada personaliti ataupun sahsiah seseorang itu".. 
mintak ustaz bg ulasan... 
tima ksih :grin :grin 
 
 
UZAR : memang ada majikan sebegitu tapi sukar untuk kata semuanya begitu.
 
» Reply to this comment...

Posted by noor, on 27-07-2009 16:24, IP 60.51.19.214, Guest
15. minta izin
Assalamualaikum ustaz.... terima kasih atas segala nasihat dan tip2 yang berguna, saya minta izin copy ustaz punya artikel dan pandangan...terima kasih bnyak2 ustaz Assalamualaikum...
 
» Reply to this comment...

Posted by Amilia, on 22-07-2009 12:52, IP 124.82.27.225, Guest
16. Nak dptkan pandangan.
Assalammualaikum... 
Bagaimana cara terbaik utk mnjwb soalan berikut: 
1)Kenapa anda mahukan pekerjaan ini sedangkan anda sudah bekerja. 
2)Apakah kelemahan & kelebihan anda? 
 
 
UZAR : cadangan saya  
 
1) a- Krn keperluan untuk share knowldege sedia ada dan gain new knowlegde in a new environment. 
b- Gain new experiences from a new company. 
c- More future potential. 
d- Status company yang lebih kukuh.  
e- JOb description yang lebih suitable dengan aspirasi dll. 
 
2) ini soalan yang tidak susah, yang mereka nak dengar biasa adalah  
* boleh bekerja team work,  
* cepat belajar new things,  
* dynamic dalam laksana tugas 
* teliti dan efisyen 
 
dll 
 
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by noor baiti, on 19-07-2009 17:10, IP 118.101.45.226, Guest
17. artikel yang sangat berguna...
assalammualaikum..artikel ni byk membantu sy dalam temuduga sy nanti...sy mntk izin utk copy artikel ni...terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Amilia, on 16-07-2009 13:21, IP 60.53.38.223, Guest
18. Terima Kasih
Assalammuailaikum...Terima kasih ya Ustaz..artikel ni byk mmbntu sy bersedia utk tmuduga gov sy 29 Julai ni..sy nk mtk izin Ustaz utk copy artikel ni..hrp Ustaz halalkan..Doakan kejayaan sy ya Ustaz..terima kasih sekali lagi.. 
 
UZAR : silakan, moga berjaya
 
» Reply to this comment...

Posted by norbaiti, on 15-07-2009 21:03, IP 115.135.133.148, Guest
19. terima kasih
terima kasih artikel ni byk bagi tunjuk ajar pada sy. 
sy ade temuduga kerajaan hujung bulan ini. 
sy akn cuba praktikkn apa yg ditulis dlm artikel ni. 
terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by ct, on 07-07-2009 13:40, IP 124.13.175.250, Guest
20. Assalamualaikum
Assalamualaikum ustaz...sy ingin meminta izin untuk copy artikel ini krn sy akan menghadiri tmuduga... 
trima kasih dan semoga ALLAH memberkati ustaz... 
Assalamualaikum...
 
» Reply to this comment...

Posted by rusnah, on 02-07-2009 13:15, IP 60.50.65.35, Guest
21. tq
salam ustaz...sy ingin mengambil ilmu yg ustaz berikan dan minta dihalalkan ilmu ini... 
sy akan menghadiri temuduga gov. pd 17/07/09...doakan kejayaan sy ustaz..terima kasih 
 
UZAR : semoga berjya
 
» Reply to this comment...

Posted by riyane, on 29-06-2009 23:53, IP 203.82.79.102, Guest
22. TQ
salam.... 
terima kasih dan mohon dihalalkan ilmunya...
 
» Reply to this comment...

Posted by liza, on 22-06-2009 08:50, IP 115.132.212.86, Guest
23. mohon kebenaran
salam. ustaz..mohon izin dan kebenaran untuk mengambil artikel ini sbg rujukan saya kelak... 
 
doakn saya bjaya menghadapi tmdga pada 15/7/09 ini..
 
» Reply to this comment...

Posted by suka ilmu, on 25-05-2009 00:52, IP 60.50.115.218, Guest
24. copy artikel & sebarkan link.
salam uzar, sy minta izin/halal dunia akhirat utk memiliki, salin & edarkan kpd kenalan/keluarga. 
 
utk umum, sy terus berikan link website uzar ni terus. elok jg dpt lg lbh ilmu. apa pendapat uzar? 
 
hrp di'approved'. :) 
 
tq. 
 
UZAR : SILAKAN
 
» Reply to this comment...

Posted by Wan Hafizan, on 16-05-2009 18:13, IP 123.136.101.197, Guest
25. tempoh masa di sesuatu organisasi
Artikel yg begitu bermanfaat.. terima kasih ustaz... saya ingin meminta pendapat ustaz; 
 
Bagi seorang yg bekerja, berapa lamakah masa yg Ustaz fikir sesuai untuk dia berada di sesuatu organisasi sebelum bertukar keluar memohon kerja lain?  
 
Sekadar pendapat peribadi, pada saya seseorang itu perlu berada di satu organisasi dalam tempoh antara 3-5 tahun sebelum memikirkan untuk mencari kerja baru, bagaimana pula pandangan Ustaz? harap ustaz boleh berikan jawapan beserta hujah2 yg sesuai... Terima Kasih sekali lagi saya ucapkan
 
» Reply to this comment...

Posted by mohd amir ghazlan, on 14-05-2009 16:03, IP 124.82.10.14, Guest
26. copy article
saya nk amik article,minta halal dunia akhirat
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Shahrizal Nasir, on 14-05-2009 10:23, IP 210.48.222.4, Guest
27. Syukran UZAR
Terima kasih UZAR...saya baru berkecimpung dlm dunia blog nih...kalau ustaz ada masa, bleh ziarah blog saya...hehehe (promote). www.drshahrizal.blogspot.com ( "dr" tu skadar laqab impian utk akn dtg =) ). Harap ustaz dapat doakan saya utk ikut jejak langkah ustaz. TQ
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Shahrizal Nasir, on 13-05-2009 21:41, IP 210.48.222.4, Guest
28. Mohon Kebenaran
Assalamualaikum UZAR... 
 
Saya mohon kebenaran untuk letak artikel ustaz di blog saya. Beserta nama & alamat website ustaz sekali. 
 
UZAR : silakan
 
» Reply to this comment...

Posted by nadine, on 12-05-2009 16:03, IP 202.170.57.249, Guest
29. tq
time kasih byk 2 en. zaharuddin 4 d advice 4 inteview..jasamu dikenang
 
» Reply to this comment...

Posted by frina, on 04-05-2009 10:10, IP 203.82.79.102, Guest
30. tmuduga sblm msk diploma in nursing
assalamualikum,ustaz tmpg tnya biasanya apakah soaln yang lazim ditnya ketika temuduga?sbb saya mendapt tawaran temuduga sebelum ambik bdg nursing,,
 
» Reply to this comment...

Posted by ssyam, on 27-04-2009 11:24, IP 202.60.56.225, Guest
31. temuduga syt minyak omputih
saya bekas pelajar degree accounting UITM dengan CGPA 2.3???. 
 
Pengalaman saya temuduga di syt oil&gas omputih ni memg best. walaupun CGPA saya kurang cerdik oleh kerana pandai ber"speaking" sikit dan menewaskan calon2 yg hebat tu. Kalah lulusan degree oversea lagi dan calon CGPA power2. Alhamdulillah saya dapat kerje tu.  
 
Penemuduga pon omputih dan dia boleh faham ape yg saye speaking...hehehehhehe. 
 
Walaupun tak pandai bab belajar(byk main games mase study)tp saya pandai mengoreng ketika interview... 
 
Saye mmg ikut tips interview yg ustaz tulis kat atas tu. tp part paling ialah "any questions atau what is you strength or weakneasess? Tu soalan maut tu, study dulu camne nak jawab...hehehehehe. 
 
Berterima kasih UITM kerana menggunakan BI sebagai bahasa pengantar, kalau tak susah cari keje... 
 
Jgn rase down kalau dpt CGPA rendah, kalau pandai goreng boleh dapat keje best gitu. Nak harap keje gomen takde kabel besar2...
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by zaidi, on 14-04-2009 17:28, IP 203.117.169.163, Guest
32. minta kebenaran
salam ustaz... minta kebenaran ustaz utk sampaikan kepada rakan saya...
 
» Reply to this comment...

Posted by ida, on 11-04-2009 21:22, IP 82.201.241.65, Guest
33. musykil
artikel yg bleh bntu sy pd mse hdapn..poblem sy,sy mnt pd prbankan islm..ade sape2 yg boleh bntu sy..kongsi ilmu@bgtau sy mcm mne klayakn untuk masuk dalm bidang ni..skrg sy thun akhir dalm pngajiaan islam
 
» Reply to this comment...

Posted by ustazsaifudin, on 10-04-2009 11:58, IP 58.26.75.37, Guest
34. Pegawai shariah di takaful Malaysia
salam. ustaz, minta war2kan pada kenalan atau sesiapa saja yang berkelulusan dalam syariah muamalah dan ekonomi dan berminat bekerja dalam industri takaful utk hantarkan resume kepada ana di alamat email saifudin.gahnehman@takaful- malaysia.com.my 
 
UZAR : MUngkin boleh sambil-sambil tu, umumkan di cbox saya tu
 
» Reply to this comment...

Posted by istana, on 09-04-2009 20:50, IP 118.101.176.132, Guest
35. 2
Salam ustaz,,terima kasih atas perkongsian,,walaupun ana dalps interview bln lalu..insyaAllah ana akn praktikkan untuk interview akn dtg..ana minta izin ustaz nak sampaikan artikel ni kpd sahabat2 ana..
 
» Reply to this comment...

Posted by Salmy, on 06-04-2009 00:36, IP 203.82.79.2, Guest
36. Reply to Yang Perlu & Yang Jangan
Bercakap pasal temuduga ni,nak kongsi pengalaman kawan2 saya sbg penemuduga di kilang automobil. 
 
Walau kabel besar mcm mana pun,kalau calon tak boleh jawab & tak ada keyakinan,tak ke mana. 
 
Pernah sekali,soalannya hanya 'tell us your strength & weaknesses'...dekat 5 minit kami tunggu jawapannya! 
 
Satu lagi gaya duduk pun kita boleh tengok,calon sungguh2 atau tidak.Ada yg tak boleh duduk tegak,asyik condong saja... 
 
Kadang2 penemuduga ada juga tanya soalan luar topik walaupun indirectly to check mengenai status solat calon. 
 
Apa pun kena tau apa produk yg syarikat keluarkan,kalau tak,nampak sangat anda tidak prihatin & sanggup pula datang temuduga dengan tidak bersedia! :zzz
 
» Reply to this comment...

Posted by auni, on 05-04-2009 18:07, IP 130.95.16.119, Guest
37. kejujuran dalam temuduga
Assalamualaikum wbt ustaz, 
 
Ana ada beberapa kemusykilan.  
 
1. Apa pandangan Islam berkenaan tindakan seseorg calon temuduga yg memberikan jawapan yg tidak jujur atau tidak benar utk soalan yg ditanya, dengan tujuan utk memberikan impression yg baik kepada panel dan seterusnya supaya dia terpilih utk jawatan yg dipohon? bukankah perbuatan ini juga salah satu bentuk berbohong? Apa pula status (halal atau haram) rezeki dan gaji yg diperolehi hasil drp amalan tidak jujur dalam temuduga ini?  
 
2. Bagaimana cara terbaik utk menjawab soalan "apa kelemahan dan kekuatan anda"? 
 
p/s: Alhamdulillah ana sudah bekerjaya dan status ana sama seperti ustaz sekarang (cuti belajar), soalan2 ini hanya utk perkembangan ilmu dan manfaat kepada pembaca2 lain insyaAllah. 
 
jazakallahu khair ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by NUR INSYIRAH, on 05-04-2009 16:37, IP 118.101.69.73, Guest
38. bakal pelajar [mungkin]
salam ustaz, memang banyak tips yang istaz bagi. 
 
mungkin ada di antaranya boleh digunakan untuk temuduga ke ipta kerana permohonan yang terlalu ramai + keputusan yang bagusē.
 
» Reply to this comment...

Posted by iedasa, on 04-04-2009 10:12, IP 60.50.215.37, Guest
39. trimas!
assalammualaikum ustaz, 
post ni sangat membantu dan terima kasih banyak. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by suraya, on 27-03-2009 11:42, IP 202.188.162.34, Guest
40. terima kasih.
terima kasih ustaz....tips ini byk memberi panduan kpd sy.. 
terima kasih skali lagi..
 
» Reply to this comment...

Posted by bkt Jalil, on 02-12-2008 14:08, IP 211.25.200.66, Guest
41. tips interview
Ustaz, benarkan saya copy artikel ini utk panduan adik2 saya.
 
» Reply to this comment...

Posted by a_a87, on 18-11-2008 01:26, IP 194.80.178.1, Guest
42. ...
terima kasih atas maklumat yang diberikan.. 
moga ALLAH memberkati hidup saudara.
 
» Reply to this comment...

Posted by p.e, on 13-11-2008 19:14, IP 194.80.178.1, Guest
43. ...
saya berterima kasih kepada penulis blog ini yang memberikan ilmu yang amat berguna kepada masyarakat. Moga- moga allah sahaja yang dapat memberi kesejahteraan kepada anda. amin.
 
» Reply to this comment...

Posted by fay, on 04-11-2008 04:19, IP 194.80.178.1, Guest
44. ...
terima kasih ustaz...banyak tips dari ustaz yang dapat membantu golongan yang sedang mencari pekerjaan@penganggur mcm saya ni..sekurang2nya taklah blur bila kena interview dgn panel penemuduga.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ananis, on 20-10-2008 20:54, IP 194.80.178.1, Guest
45. ...
assalamualaikum uztaz..terima kasih bagi tips yg berguna ni..30hb okt ni saya ada t/duga di jab BPR..pembantu perkeranian/ operasi..agak2 soalan camana yer yg di tanya?? nervous ni
 
» Reply to this comment...

Posted by AMMAR_KISAS, on 30-08-2008 21:12, IP 90.240.186.250, Guest
46. ...
bagusnya ustaz beri ilmu tentang perkara ini ;)
 
» Reply to this comment...

Posted by umi, on 08-08-2008 18:34, IP 194.80.178.1, Guest
47. ...
assalamualaikum ustaz.. 
 
sy org baru.ni 1st time sy view web ustaz.Alhamdulillah tergerak jgak hati sy untuk mencari info tntg intvw.byk tips yg berguna dan boleh djadikan pnduan kpd sy untuk mghadiri interview next week. 
 
4 ur information sy akan mghadiri temuduga di jabatan PERKESO untuk post pegawai eksekutif.emm tkut jgak di buatnyee..hope u all doakn sy eh.. 
 
ustaz,boleh ustaz beri tips2 lain yg sesuai dgn post sy nie selain di atas.. 
sy lulusan diploma akauntansi dan diberi jwtn pegawai eksekutif.rasanya mcm terlalu mencabar.nerveuos plak jadinye.. 
sy nk tau apakah soalan yg perlu sy tnya kpd panel di akhir temuduga? 
ataupun tugas sbg seorang pegawai eksekutif?  
 
plez ustaz rply email sy secepat mgkin.tarikh intvw 14/8/08. 
 
ni my email.. 
umi_gurlz86@yahoo.com.my 
 
UZAR : PALING PENTING TUNJUKKAN TALENT WALAUPUN TAK BOLEH JAWAB, SEGERA BERITAHU BHW ANDA AKAN BUAT RUJUKAN. TATKALA TU STANDBY BUKU-BUKU ATAU BAHAN RUJUKAN YANG BOLEH DISEBUT NAMANYA. 
 
KEMAMPUAN SEBUT NAMA BAHAN RUJUKAN ATAU BUKU YANG DIKIRA 'RUJUKAN' DALAM PERAKAUANAN PASTI MEMBANTU INSHAALLAH
 
» Reply to this comment...

Posted by sg, on 01-08-2008 00:57, IP 194.80.178.1, Guest
48. ...
Assalamualaikum... Artikel ini memang bagus untuk yang berpendidikan dan kelulusan tinggi hanya memperolehi peluang ditemudaga sebegini..Tapi adakah kita semua tahu bagaimana mereka yang tidak mempunyai ilmu serta berpendidikan dan kelulusan tinggi untuk mendapatkan perkerjaan di atas faktor latarbelakang yang berbeza? mengapa golongan begini tidak sapa yang amik peduli ? golongan begini dipandang rendah di setiap organisasi atau syarikat ?? membanting tulang dan hidup bagaikan berperang bagi menuntut sesuap nasi untuk diri sendiri dan keluarga...mereka bekerja sehabis mungkin , dalam masa yang sama orang di atas mereka yang memperolehi rezeki yang lebih...mengapa perlu ada kelas / standard yang demikian dalam hidup di dunia ini ?...cuba letakkan diri kita di tempat mereka ? tika ini mereka berperang mencari rezeki tapi kita duduk di depan pc membaca comment ini...renungkan dan pikirkan...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by fhartzli, on 25-07-2008 17:14, IP 194.80.178.1, Guest
49. ...
Terima kasih Uzar kerana bagi tip nie.. 29hb nie saya ada interview Pembantu Syariah di Pulau Pinang. Pastinya saya akan aplikasikan apa yg Uzar terangkan disini. Apa yang Uzar terangkan byk membantu saya yg masih muda ini. 
fhartzli@hotmail.com
 
» Reply to this comment...

Posted by wan, on 25-06-2008 18:06, IP 60.52.99.18, Guest
50. ...
assalamualaikum, ustaz.. 
saya ingin bertanyakan beberapa soalan.. 
umur saya 22tahun.. 
esok saya perlu menghadiri 1 temuduga di universiti malaysia pahang bagi jawatan pembantu tadbir kewangan.. 
utk pengetahuan ustaz, saya sepatutnya menerima diploma pada bulan lepas tetapi saya tersangkut lagi 2 paper dan menyebabkan saya belum dapat konvo lagi.. 
masalah saya skarang, saya apply keje nie berdasarkan keputusan SPM saya.. 
jadi, saya buntu sama ada ingin memberitahu panel temuduga esok yang saya ade diploma tapi masih tersangkut @ saya diamkan saja dan berpura2 bahawa saya tidak memiliki diploma? 
lagi 1, saya confius sama ada saya perlu menghadiri temuduga tersebut @ tidak kerana kawan2 saya ade bagitahu yg biasanya pekerjaan macam nie susah nak dapat kalau xde 'kabel' @ org dalam yg tlg ejaskan.. dan saya memang xde kenal sape2 kt universiti tersebut.. ade juga yg kate, diorang dah mempunyai calon utk jawatan tersebut tetapi terpaksa mengadakan interview tersebut untuk melengkapkan prosedur bagi pengambilan pekerja.. skrg saya sedang bekerja di putrajaya tetapi hanyalah kontrak selama 6bulan.. saya sgt berharap agar dapat pekerjaan yang tetap tetapi apabila peluang itu muncul, macam2 yg diperkatakan dan itu membuatkan saya hilang semangat dan berfikir balik untuk menghadiri temuduga tersebut atau tidak.. saya amat berharap ustaz dapat memberikan jawapan kepada saya secepat mungkin dan kalau boleh hari ini juga kerana pagi esok saya perlu tentukan sama ada saya patut menghadiri temuduga tersebut atau tidak.. ini email saya.. 
wan_aziantie@yahoo.com 
sekian, wassalam dan terima kasih.. 
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom