Utama arrow Politik & Dakwah arrow Pelaburan arrow ASB & ASN Adalah Harus - Majlis Fatwa : Ulasan UZAR
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 64 guests online
PDF Print
User Rating: / 83
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-02-2008 21:13
Views 51639    
Favoured 32

Melabur dalam skim ASN dan ASB hukumnya harus, kata Jawatankuasa Fatwa

03/02/2008 6:21pm

Maju di mata dunia sahaja ??KUALA TERENGGANU 3 Feb - Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam hari ini memutuskan bahawa hukum melabur dalam Skim Amanah Saham Nasional (ASN) dan Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) adalah harus.

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa, Prof Datuk Dr Abdul Shukor Husin berkata, hukum bagi pembayaran dividen hasil pelaburan kedua-dua skim berkenaan juga adalah harus.

"Dengan sebab itu kita merasakan bahawa masyarakat Islam tidak perlu ragu-ragu lagi terhadap status melabur di dalam skim ASN dan ASB," katanya kepada pemberita selepas Majlis Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam kali ke-80 di sini hari ini.

Turut hadir adalah Setiausaha Jawatankuasa Fatwa, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Sumber  


ULASAN UZAR

Ramai yang bertanya respond saya, ada yang suka dan ada yang keliru. Apa pandangan saya?, Pandangan saya adalah anda tidak perlu keliru lagi dan orang awam boleh menyertainya dan Fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Negeri Selangor yang dipimpin oleh bekas Muftinya iaitu Al-Marhum Dato' Hj Ishak Baharom telah terbatal akibat keputusan ini.

Orang ramai adalah harus menyertai ASB dan ASN disebabkan majlis fatwa kebangsaan telah mengesahkan kehalalannya dan menanggung apa jua urusan berkaitannya di dunia dan akhirat. Ini adalah satu perkara biasa yang ditanggung oleh para ulama, sama juga seperti Majlis Penasihat Shariah yang ada di Institusi Kewangan Islam. 

Kesannya, apabila telah wujud fatwa umum sebegitu, kini ia terpulang kepada masing-masing untukmembuat keputusan sendiri, ia sama seperti logo JAKIM. Siapa yang ingin bergantung kepadanya, adalah harus dan siapa yang ingin membuat kajian lanjut dan bersikap lebih berhati-hati, pandai-pandailah memilih yang lebih selamat. Itu saja.

Saya juga telah hubungi seorang S.S Mufti, beliau kata hujjah utama Majlis Fatwa adalah "MASLAHAT". Ini beerti majlis fatwa bukannya mengesahkan sistem dan cara pelaburan ASB dan ASN yang sedia ada tetapi ia diluluskan atas dasar 'Maslahat' atau kepentingan ramai (mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar), hasilnya ia difatwakan harus. Apa lagi ingin dikatakan jika itu hujjahnya.

Namun begitu, perlu diingat sepatutnya Maslahat ini sepatutnya adalah suatu tekanan yang amat sukar untuk kita hindarinya disebabkan ia bukan di dalam bidang kuasa kita, seperti penggunaan 'fiat money' yang tidak disandarkan kepada emas dewasa ini. Ini benar-benar dianggap maslahat kerana Malaysia sahaja tiada kuasa untuk influence dunia dalam hal ini, malah sistem ekonomi dunia sekarang ini amat sukar dibentuk menuruti corak yang dikehendaki oleh Islam.

Adapun, dalam perkara yang kita sendiri ada kuasa untuk mengubah dan menukar sendiri kerana ia dalam milik dan kekuasaan kita, dan kita yang awal-awal dahulu menyertai atau menganjurkan sebelum menyemak status Shariahnya, kemudian apabila sudah terhantuk baru ingin berselindung di balik hujjah maslahat. Tatakala itu, menggunakan maslahat sebagai hujjah amat boleh diperdebat dan dipertikai kerana kita sendiri berkuasa mengubah sistemnya (jika kita inginkan), walaupun jika ubah secara beransur-ansur.

Jika dinyatakan "mana nak letak dana berbillion jika dikeluarkan?". Jawabnya tak perlu keluarkan tapi adjust aqadnya biar tepat dengan third party guarantee. Betulkan cara pembahagian untungnya, nisbah pelaburan di tempat yang haram digunakan buat manfaat umum seperti highway tanpa toll, manakala pelaburan halal di serahkan kepada individu pelabur dan macam-macam lagi cara. Jangan malas berfikir jika ingin selamat di akhirat kerana Islam agama membaca dan berfikir. Al-Quran dimulakan dengan "Iqra'

Saya akui di sana ada maslahat kerana begitu ramai yang terlibat dan jumlah wang yang terlibat begitu besar, tapi tiada maslahat untuk terus menggunakan sistem sedia ada kerana ia boleh diubah seperti apa yang sebut di atas., biar untungnya berkurangan sedikit asalkan halal dan berkat.

Mufti yang saya hubungi juga berkata ahli majlis fatwa berjaya dipengaruhi dengan alasan, sebab yang disampaikan oleh wakil PNB yang membentang. Namun begitu, mufti ini memaklumkan kepada saya pihak PNB disyaratkan menubuhkan majlis Shariah khusus untuk mereka sebagaimana bank-bank Islam dan takaful. Ini satu perkembangan yang bagus!!..

Saya dan kita mengharapkan majlis Shariah akan datang ini akan dapat membuat sesuatu perubahan dan pembaikan terhadap sistem yang sedia dengan 'modification' yang wajar bagi memastikan sistem yang menepati Shariah. Tatkala itu ia tidak perlu lagi menjadi 'harus' atau 'halal' hanya bergantung kepada hujjah 'MASLAHAT' yang agak longgar.

Akhirnya, tiada halangan sesiapa yang ingin terima atau tolak ulasan saya. Tidak perlu diluahkan kata benci dan marah, saya cuma nak tolong beri nasihat.

Bila 37 % di letakkan di tempat yang amat jelas haramnya.ia pasti ada hasil dalam dividen anda. Nabi s.a.w kata :-

إن الله إذا حرم شيئا حرم ثمنه

Ertinya : Sesungguhnya Allah apabila telah mengharamkan sesuatu maka akan haram jugalah harga jualan (keuntungan yang terhasil dari yang haram) (Ar-Rawdu Al-Murabba', 2/30 ; Riwayat Ibn Hibban, 11/312)

Jika dikatakan kita perlu jaga maslahat kebaikan yang terhasil ini, maka kita juga perlu sedar 37 % itu menyokong industri riba dan mengukuhkannya. Kaedah Fiqh menyebut :-

أن درء المفاسد مقدم على جلب المصالح

Ertinya : "Sesungguhnya menolak keburukan itu lebih patut didahulukan dari tujuan untuk mendatangkan kebaikan"  ( Al-Muwafaqat, As-Syatibi, 3/190 ; Hasyiah S-Syarwani, 3/188)

  

Sekian

3 Feb 2008

 


Last update: 04-02-2008 23:09

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (222) RSS feed comment
Posted by hash, on 09-02-2010 01:36, IP 203.82.80.85, Guest
1. mr
salam... 
 
berkenaan dengan pelaburan ASB saya di fahamkan sudah ada "Kaunter Hijau" dimana di khabarkan bahawa pelaburan ASB tersebut telah menepati syariah...boleh saya tau dengan lebih lanjut?adakah konsep pelaburan dalam ASB telah "di baik pulih" sesuai dengan kehendak syariah?....sekian... 
 
UZAR : kalau dah ada kaunter hijau, maka wajiblah untuk ke kaunter tersebut
 
» Reply to this comment...

Posted by AZRUL, on 24-01-2010 03:01, IP 60.48.61.158, Guest
2. dividen
salam.......... 
adakah dividen haram........ bagaimana dengan dividen simpanan premium.....
 
» Reply to this comment...

Posted by Shahrul Bin Zam, on 18-01-2010 10:10, IP 210.187.37.162, Guest
3. Halal haram ASB & ASN
Assalamualaikum w.b.t. 
 
Saya terpanggil untuk memberi komen dan pandangan peribadi saya berkenaan perkara ini. Sbnrnya lebih kpd ingin berkongsi pengalaman yg agak sedih berkaitan pelaburan ASB & ASN ataupun sebarang pelaburan yg ada dibwh naungan Amanah Saham Nasional Bhd(ASNB). 
 
Sy pernah berkerja dgn sebuah sykt yg menjadi agen kpd ASNB utk menjual dan membeli amanah saham ini. Dan sy telah pon diarah sebnyk 2 kali utk menghadiri seminar berkaitan dgn produk ASNB ini.Apa yg mendukacitakan pd permulaan seminar setelah penceramah memberi salam perkenalan, dua ayat pertama dr penceramah ASNB tersebut adalah : 
1. " Jangan tanya saya halal atau haram pelaburan ASNB ini". 
2. "Jangan tanya saya dimana ASNB laburkan modal yang dilaburkan oleh pelabur". 
 
Dgn dua ayat diatas ini, sy kehilangan mood utk terus mengikuti ceramah itu. Pd pandangan sy yg berbekalkan hanya pengetahuan agama peringkat sekolah menengah shj, ini jelas menimbulkan keraguan pd pemikiran sy. Bila timbulnya rasa was-was ini, secara automatik sy mengkelaskan pelaburan didalam produk ASNB adalah HARAM. 
 
Bagaimana seseorang yg berkerja dgn pihak ASNB sendiri tidak mahu menjelaskan perkara yg amat perlu diketahui oleh pelabur. Bukankah pelabur mempunyai hak utk mengetahui dimana wang mereka dilaburkan? Ekoran sy tidak dpt mengetahui dimana wang sy dilaburkan dan juga timbulnya rasa was-was dlm hati ini, maka sy membatalkan niat melabur sy.  
 
Terpulang kpd saudara2 yg membaca komen sy ini utk menilai halal haram pelaburan kita didalam produk ASNB ataupon PNB. Sy cuma ingin berkongsi pengalaman dan pengetahuan sy berkaitan perkara ini. 
 
Sekian, 
Assalamualaikum.
 
» Reply to this comment...

Posted by idin bin ariffin, on 10-01-2010 18:38, IP 115.164.247.78, Guest
4. hukum mengelak cukai
saya ni membawa/seludup rokok dari malaysia ke singapura. 
pada asalnya rokok ni saya beli di malaysia dan menjual ke singapura dengan harga atas persetujuan kepada pelanggan.adakah ia sumber yang halal atau halal. di sisi agama ianya halal tetapi apabila mengelak cukai kerajaan singapura menjadi kesalahan antara manusia. minta penjelasan
 
» Reply to this comment...

Posted by Anizam Ibrahim, on 29-12-2009 12:26, IP 118.100.2.105, Guest
5. Dividen ASB
Assalamualaikum Ustaz. Saya mohon penjelasan Ustaz kerana saya berniat untuk menutup akaun ASB saya setelah saya mengetahui hukum ASB adalah haram. Saya mahu mengambil wang pelaburan ASB saya dan mahu mamasukkan ke dalam akaun pelaburan yang halal. Soalan saya, kemanakah patut saya salurkan wang dividen yang saya perolehi hasil daripada pelaburan ASB itu? Harap ustaz boleh jelaskan. 
Terima kasih 
 
UZAR : boleh pilih di mana2 bank Islam yang banyak di Malaysia, cuma nak yang terbaik kena buat research terlebih dahulu, Jika nak letak di unit trust Islam pun ok juga.
 
» Reply to this comment...

Posted by Akmal Fikri, on 29-12-2009 11:32, IP 118.100.198.210, Guest
6. Kenapa tidak makruh?
1. Kalau mempunyai banyak implikasi dan kesalahan di dalam pelaburan tersebut, kenapa tidak diklasifikasikan sebagai makruh? 
 
2. Sekiranya difatwakan makruh oleh Majlis Fatwa, apa pendapat ustaz? 
 
3. Sekiranya pandangan ustaz dipertimbangkan oleh Majlis Fatwa, adakah fatwa terbatal? 
 
4. Sekiranya kredibiliti Majlis Fatwa dipersoalkan, siapa yang perlu dipersalahkan?
 
» Reply to this comment...

Posted by nak yg halal, on 28-12-2009 08:01, IP 203.82.92.139, Guest
7. spekulasi dalam pelaburan islam
salam ...nak tanya sikit. 
1.saya ada membuat pelaburan dalam dana islamic public mutual.ustaz kat tempat saya kata tidak boleh keluarkan duit dari dana tersebut dalam tempoh 1 tahun dari pelaburan saya kerana akan masuk dalam kategori speculator. boleh x ustaz explain spekulasi ni macam mane? 
2.boleh tak saya tukar dana tapi dalam bank yg sama(public mutual) dalam tempoh kurang dari 1 tahun?adakah termasuk dalam kategori speculator jugak?
 
» Reply to this comment...

Posted by sukri, on 08-11-2009 17:52, IP 60.51.73.65, Guest
8. Akaun SSPN
saya berminat utk menyimpan di SSPN,.. so nk minta pendapat ustaz ttg status kehalalannya..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by saiful, on 29-10-2009 17:57, IP 203.78.194.115, Guest
9. ASB
apakah langkah yang boleh saya lakukan untuk mengasingkan duit yang syubhah(dividen) di dalam asb saya dengan duit simpanan saya kerana duit tersebut tlah di campurkan skali dgn simpanan, dan bagaimana saya ingin membelanjakan duit syubhah itu supaya tidak menyalahi syriah islam
 
» Reply to this comment...

Posted by pening, on 25-10-2009 17:23, IP 219.95.62.74, Guest
10. pening
ustaz.saya pening. saya x faham apakah kesimpulannya. dr pemahaman saya, XPAYAH LA LETAK DUIT DLM ASB TU ~ betul ke? waaa pening2..huhu tolong ;( apakah saham amanah islam yg digalkkan di msia? :?
 
» Reply to this comment...

Posted by muazz, on 25-10-2009 12:30, IP 202.184.124.19, Guest
11. halal x?adakah riba?
mnta pjelasan uzar.. 
biz ni bg kita bkak downline kiri dan kanan.. 
apabila kita rekrut sorang kiri dan kanan kita dbayar pairing@match rm80.. 
msalahnya dsini,apabila kita tidak rekrut sape2 ttpi org atas yg ltak dbwah tnpa kita tahu. 
jd kita yg xtau pape n xbantu downline yg xknal tu,walau dah smp level 100 pn ttpi kita msih dbyar komisen pairing rm80.. 
jlaskah ini riba namenye uzar? 
klu riba,jnis ape? 
syukran..harap sgt jwpn uzar
 
» Reply to this comment...

Posted by lattif, on 24-10-2009 15:35, IP 203.82.91.104, Guest
12. pelaburan ikan keli
assakamualaikum ustaz.ramai kawan yg join pelaburan ikn keli yg diperkenalkan oleh 1 syarikat.untung dapat setiap 4 bulan.keuntungan berdasarkan 50% daripada modal.contohnya kalau labur 10 ribu,setiap 4 bulan pelabur akn dpt 5 ribu.boleh ke ustaz?sebab kalau ape yg sy paham dr buku ustaz wang,anda dan islam,nmpk mcm x blh sbb keuntungan tu tetap..harap ustaz bg sket komen..
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Fairuz, on 24-10-2009 12:41, IP 115.132.1.232, Guest
13. Pinjaman Untuk Pelaburan
Assalamualaikum wbt. 
Bolehkah buat pinjaman peribadi (islamic loan) untuk buat pelaburan (islamic) ?
 
» Reply to this comment...

Posted by Puan Marina, on 23-10-2009 14:43, IP 60.53.238.228, Guest
14. Asb
Assalamualaikum ustaz, 
 
saya baru melayari blog ustaz selepas menonton rancangan tanyalah ustaz di tv9. alhamdulillah, blog ni banyak memimpin saya. kemusykilan saya, saya dan suami ada menyimpan dlm asb, sudah agak lama, bila membaca artikel baru saya tau rupanya dividen itu bercampur dgn syubhah, soalan saya bolehkah saya membayar income tax bahagian duit yang syubhah itu? adakah dikira sebagai untuk kegunaan org ramai? semoga Allah merahmati ustaz sekeluarga... 
 
UZAR : bayar income tax samalah makan kita guna untuk manfaat diri. x boleh
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by muazz, on 21-10-2009 19:08, IP 202.184.124.14, Guest
15. ADAKAH TERMASUK DALAM RIBA?
maaf uzar sbb soalan xberapa jelas.. 
mcm ni, 
biz ni bg kita bkak downline kiri dan knan. 
dan setiap downline kita tu ada kiri dan kanan jgk. 
apabila cukup sorang join sblah kiri dan kanan dbwah yg kita introduce sndri,kita akan dibayar komisen pairing@match rm90.. 
adakah ini trmasuk dlm riba wlaupn kiri dan knan kita yg inroduce sndri? 
bgaimana pula jika komisen pairing downline dbwah yg kita xknal pn kita dpt jgk? 
mksudnya downline dbwah yg dah ke level 100,kita xknal pn tp pjlnan biz tu bgerak sndri dgn usaha downline yg kita xknal lgsg. 
kita dok umah time tu tp duit msuk.. 
contohnya si Ali berada pada level 100 dan kita xknal dan xbantu lgsg, 
Ali dpt komisen pairing downline dbwahnya rm90 dan kita yg kt ats ni xtau ape2 pn dpt jgk rm90.. 
jd,adakah ini tmasuk dlm riba? 
jika ya,riba jnis apa? 
mntak tlg sgt2 uzar beri pnjelasan. 
sy nk bg kongsi ilmu dgn rmai para guru bgelar ustz' nih yg da rmai join.. 
sy harap uzar dpt tlg sy utk selamatkn mereka dr trus tjebak dgn riba.. 
syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by muazz, on 20-10-2009 17:37, IP 202.184.124.12, Guest
16. ADAKAH TERMASUK DALAM RIBA?
soalan sy rgkas jer, 
 
adakah komisen pairing@match dr org bwhan yg kita xkenal dan bkn kita bantu termasuk dlm riba? 
 
mntak tlg sgt2 ustz jwb..sy nk bantu jlaskn dkt kwn2 yg dah ramai join dan habis duit dlm biznes yg ntah pape nih.. 
syukran..jwpan ustz sgt sy harapkn..salam 
 
UZAR : soalan tidak jelas maka tiada komen dapat dibuat
 
» Reply to this comment...

Posted by ucu, on 05-10-2009 23:32, IP 124.13.132.215, Guest
17. PINJAMAN ASB
saya ada sedikit kekeliruan..tentang pinjaman asb, macamnana bank boleh kata pinjaman secara islam (maybank).. 
apa pandangan ustaz? 
 
uzar : KERANA MAJLIS SYARIAH DIA DAH LULUSKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ray, on 28-08-2009 15:18, IP 203.82.79.101, Guest
18. Mr
Assalamualaikum UZAR. 
Saya mempunyai sejumlah wang yang saya ingin laburkan. Sebelum ini saya bercadang utk melabur di ASB/ASN kerana ianya mudah, dijamin oleh kerajaan, pulangan menarik dan wang boleh dikeluarkan (saham dijual) pada bila masa masa sekiranya ada keperluan. 
 
Namun saya berasa ragu ragu diatas hukum pelaburan tersebut, dan sehingga kini saya tidak melabur dengan ASB/ASN. Sebagai alternatif, bolehkah ustaz berikan institusi2 pelaburan yang halal, berisiko rendah, mempunyai kadar pulangan yang agak bagus, dan pengurusan yang mudah seperti ASB/ASN?.  
Terima Kasih. 
 
UZAR : ADA BANYAK sahama Amanah Islam di Malaysia, bolehlah membuat kajiaan serba ringkas dan memilih.
 
» Reply to this comment...

Posted by AZRUL, on 11-08-2009 21:54, IP 118.100.50.150, Guest
19. ASB
bila terbaca hukum ASB dan memahami saya telah membatalkan pelaburan dan juga isteri dgn sebuah bank.... 
tiada masalah untuk membuat pembatalan.... 
soo saya kena cari elaburan lain ,,, sekarang saya da buat pelaburan yang sy pasti halal sebab mmg ada panel syariah,,,,,, isteri masuk wat takaful ikhlas bwh ikhlas wanita takaful,,,, terima kasih pada ustaz dan kini saya sedang menebus semula SSP BSN.... ustaz telah menerngkan status dan saya faham.. 
biar rugi sikit akhirat dan untumg akhirat... allah yg bg rezeki so tak perlu takut... kita cuma usaha untuk mendapat keberkatan
 
» Reply to this comment...

Posted by khairul, on 06-06-2009 00:00, IP 60.53.177.183, Guest
20. anti ceti
assalamualaikum ustaz berkenaan dengan hukum pengharaman ASB ni disebabkan oleh pelaburan ASB itu.ASB ada melabur dalam 2 syarikat yang tiada dalam kaunter syariah dalam kaunter saham.jadi bila 2 syarikat ini tiada dalam kaunter syariah dikhuatiri yang syarikat-syarikat ini melaburkan duit mereka kedalam sektor yang haram contohnya judi dan arak.bagaiman pendapat ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by ana muslim, on 03-06-2009 11:47, IP 58.26.135.66, Guest
21. pinjaman ASB
assalamualaikum, 
 
Sebelum ini saya yakin dengan kehalalan pelaburan ASB. Oleh itu, saya telah membuat pinjaman Islamic untuk melabur dalam ASB. Namun begitu, setelah mengetahui terdapat keraguan dalam pelaburan ASB, saya ingin menamatkan pinjaman tersebut. Tapi masalahnya saya telah membayar ansuran bulanan bagi pinjaman tersebut dan saya akan dikenakan denda yang tinggi jika menamatkan pinjaman tersebut. Jadi soalan saya, bolehkan saya menggunakan duit dividen keuntungan ASB yang saya perolehi untuk melangsaikan denda menamatkan kontrak dan melangsaikan bayaran bulanan pinjaman ASB ini seterusya menamatkan kontrak pinjaman ASB ini supaya saya tidak menanggung kerugian yang banyak jika saya ingin menamatkan pelaburan dalam ASB.
 
» Reply to this comment...

Posted by tolibun, on 22-05-2009 00:54, IP 118.101.105.164, Guest
22. pinjaman
asslmkm kpd smua dan ustaz uzar..sy minta maaf jika soaln sy agk remeh..sy masih seorang paljar dan d taja dlm bentuk wang biasiswa.. 
 
stakat ini wang tajaan alhmdllh lbh dr mencukupi..pd mulanya sy brfikir untk melaburkn ke dlm ASB memndgkn hukmy tlh jels..ttp stlh d kaji sy melihat general invesment y d twrkn olh bank islam lbh baik dan profit d creditkn for each month.. 
 
dlm ms y sama sy jg ada menyimpan d BSN dlm bntuk sijil smpanan premium(SSP) y mlaykkn penyimpan menerima cabutn brtuah stp bln jika bertuah,hahaha..SSP hnya menawrkn dividen RM2000..ttp bg y menyimpn >RM5OOO,mrk layk memhn pinjmn up to 95% dr jmlh simpann and kadar faedahnya ialh 4%..soln sy,blhkh sy memnjm wang dr BSN utk d laburkn ke bank islam dlm skim general invesment spya mndpt keuntungn y lbh..adkh dividen rkhwinn scpt mgkn bg mehndrkn fitnh,n utk menmpung kos hidup y tnngi d ngri borneo ini jika brkhwin..apepn pelajarn sy alhmdlh msh msh baik n sy msh trsenarai sbg dean list.utk mklumat ustz kesibukn bidang peljrn y sy ceburi tdk mgizinkn sy mmbuat krj smbiln.hrp prjelas walupn tdk segera..syukran ustaz. 
 
UZAR : haram hukumnya pinjamn duit dari bsn secara konvesional.  
 
Hukum SSP telah dibincang dan kesimpulan, syubhah.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by napatawa, on 20-05-2009 14:54, IP 115.134.223.43, Guest
23. Soalan pasal unit trust..
Assalamualaikum  
Saya dah baca buku UZAR pasal Wang,Anda dan Islam...tapi ustaz tidak menyentuh sangat pasal pelaburan unit trust Islamik.. 
Boleh tak kalau kita bincangkan secara jelas dalam blog ustaz ni pasal isu penting ni...sebagai contoh...1)pasal pilihan untuk pindahan KWSP ke UT 2)pasal hukum yang digunakan..samada murabahah @ musyarakah dan lain2 yang berkaitan untuk dibincangkan...harap dapat komentar dr ustaz sebab saya ni consultant UT jgk...takut2 tersilap dalam membicarakan UT ni dalam bentuk islamik kpd pelabur 
TQ 
 
UZAR : betul memang tidak disentuh, inshaallah akan diusahakan
 
» Reply to this comment...

Posted by Farhan JSE APIUM, on 14-05-2009 17:25, IP 202.187.24.11, Guest
24. Tiada manaul guide
Assalamualaikum, 
 
Ana sekadar berpandangan dangkal tidaklah memiliki pengetahuan seluas mana, Sekadar berpandangan walaupun ramai yang menyatakan aspek ASB dan ASN ini harus atau haram.. 
 
Rata-rata kepundakan hukum pelaburan banyak di letakkan ke atas badan berautoriti terutama dalam hal-hal perkara bercampur peratusan saham halal dan haram.  
 
Alasan maslahah di akui meletakkan perkiraan kualitatif imej sebagai medium memberi peratusan.. Saya terbaca SC sekadar berpandangn ASB dan ASN tidak patuh syariah melalu pertusan yang diletakkan dan ditentukan mereka. 
 
Begitu juga kita maklum badan AOIAFI?? (saya tak ingat short form dia) dibawah OIC memiliki peratusan tertentu.. 
 
Persoalan besar ... Adakah cukup sekadar memberi hujah maslahah??.. sedang apa dipelajari saya bila kita ada badan yang benar2 dilantik kerajaan dan kementerian kuasa takzir. Mereka lebih besar dan tidakkah kita seharusnya mengikuti guide dikeluarkan SC sahaja... Bukan bermaksud menafikan jawatan MUFTI!! tapi MUFTI di Malaysia sendiri pun tidak relevan secara praktikal amalan bilamana dengan wujud sampai 14 Mufti dalam Malaysia dan Sekadar Majlis Fatwa Kebangsaan skadar mengeluarkan pandangan!! bukan ""FATWA""". Saya tak tau nak cakap apa.. apa boleh diperkatakan beberapa kenyataan boleh diperkatakan Bagaimanakah sistem hukum di MALAYSIA mampu menerobos masalah hukum kewangan? Apa peranan mufti? SC dimana letaknya?? Kalu benar Majlis Fatwa mengeluarakn pandangan sedemikian sediakan pandangan kritikal dari sdut peratusan... Memang benar kita orng awam sekadar mengikut arus orang berilmu.. Tapi perlu takut juga, jika terikut org yang rakus bernafsu mempergunakan org berilmu... 
 
Saya tak mengerti kenapa ada orang beralasan Majlis Mufti pun ada peratusan kiraan di sendiri? tapi apa bukti perkiraan mereka.. Sebesar mana hujah maslahah itu sdangkan munasib mulgha jelas kelihatan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mencari Yang Halal, on 07-05-2009 04:50, IP 203.82.91.101, Guest
25. Pelaburan Emas
Salam UZAR. 
Setelah saya mengikuti pandangan UZAR berkenann ASB setahun lpas, sy telah pindahkan wang ASB sy ke pelaburan unit trust yg menikut syarak. 
Sekarang sy merancang utk melabur dlm emas. 
Sy nk bertanya tentang cara atau apakah bentuk pelaburan emas yg mengikut syarak? 
Contohnya pelaburan dlm bentuk fizikal emas atau hanya menggunakan gold passbook account. Aakah kedua2 cara ini halal terutama jika saya nk guna cara passbook dimana sy xperlu pegang/simpan emas tersebut? 
Yg saya tahu kijang emas n gold passbook oleh Maybank dan Public Bank hanya menggunakan passbook sj. 
 
UZAR : hukum pelaburan emas, telah saya tuliskan juga dalam web ini, gunakan 'carian'
 
» Reply to this comment...

Posted by Aku Yang Berdosa, on 05-05-2009 21:49, IP 60.48.101.7, Guest
26. Memang sedih lagi menyedihkan..
Saya sokong sgt2 pandangan & komentar Posted by Melayu Estet Taiping, on 11-02-2008 15:41, IP 60.52.102.138 :  
 
"Di era para ilmuwan agama ramai yang 'mencari makan' dan bersikap ANGGUK-ANGGUK, GELENG-GELENG, TUNDUK-TUNDUK (lirik Ahli Fikir), apa saja pun boleh keluar dari mulut mereka." 
 
Di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya.. dulu saya belajar di UIA, antara subjek kesukaan saya ialah FIQH FOR ECONOMIST..  
 
Ketika belajar dulu saya baik dgn seorang lecturer yg juga Ahli Majlis Penasihat Shariah sebuah bank.. saya pernah discuss ngan dia hal2 berkaitan Muamalah antaranya MUDHARABAH dengan harapan nak tambah ilmu la.. Tapi yang menyedihkan, bukan saya yang belajar dgn dia, sebaliknya saya plk yg lecture dia (hasil pembelajaran, bacaan dan kajian).. Pengetahuannya amat menyedihkan walaupun bergelar seorang Doktor, alasannya; dah lama tinggal, lupa.. Tapi MASALAHNYA takkan konsep paling simple dan diguna pakai secara meluas di bank2 yang mengamalkan perbankan Islam pun x tahu/ arif.. dah macam mana boleh bergelar/ jadi; AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH!? Korek2 punya korek, dia bgtahu sebenarnya dia yang mintak jadi AHLI MAJLIS PENASIHAT SYARIAH di bank tu bukannya di lantik.. 
 
Malahan saya pernah di minta untuk sediakan slide presentationnya untuk meeting dgn Board of Director berkaitan konsep Muamalah (saya dah lupa, MUDHARABAH / MURABAHAH) malam saya siapkan, pagi bagi taklimat skit :-) berbincang@mengajar pastu dia trus ke meeting dgn pengetahuannya yang bagi saya agak kabur.. 
 
sejak dari itu, saya tidak lagi terlalu mudah bergantung kepada mana2 orang berkaitan Hukum-hakam termasuklah AHLI MAJLIS PENGAWASAN SHARIAH.. Bagi saya kata2/ fatwa mereka adalah sekadar panduan saya semata2 tapi untuk lebih meyakinkan saya akan buat research (samada melalui perbincangan/ bacaan) sehinggalah saya puas hati.. 
 
Dalam bab ASB ni, saya bersetuju dengan pandangan UZAR.. Saya tak dapat terima KEHARUSAN ASB.. SAYA CABAR MAJLIS FATWA BUAT PERBINCANGAN SECARA TERBUKA..!!
 
» Reply to this comment...

Posted by azlin, on 05-05-2009 20:36, IP 203.82.91.101, Guest
27. masih confuse tntg pelaburan ASB
salam uzar..sy masih keliru dengan pelaburan ASB.sy tgk ramai kwan sy termasuk la yg mengajar agama pun ada gak yg masuk pelaburan ASB. betul ke bila dah masuk pelaburan tu kite boleh sucikan duit tu dengan bayar zakat untuk bersihkan dari sebarang benda yang shubhah?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mahmud, on 02-05-2009 17:52, IP 60.53.194.28, Guest
28. Hamba Allah
Andainya terdapat beribu ustaz mcm UZAR kat M'sia ni,rasanya keberkatan pasti melimpah ruah kat M'sia ni... Tahniah ustaz.. 
 
UZAR : sebenarnya, sudah beribu-ribu yang lebih baik dari saya berada di mALAYSIA, cuma usaha kami perlu dipertingatkan lagi dan usaha kejhatan terlalu mendominasi,,,shngga usaha kami menjadi tenggelam juga.
 
» Reply to this comment...

Posted by nur, on 26-04-2009 10:08, IP 192.163.20.232, Guest
29. pertolongan
Salam ustaz. 
 
Saya merupakan pembaca baru lamat web ustaz ini. Banyak ilmu yang telah saya perolehi. Tetapi saya mempunyai masalah berkaitan asb ini yang saya harapkan ustaz dapat membantu. 
 
Pada tahun lepas ayah saya telah memberi sejumlah wang kepada saya. Saya mendapat tahu wang tersebut adalah hasil daripada pelaburan di dalam asb. Pada masa tersebut saya masih yakin dengan status halal nya asb ini. Soalan Saya: 
 
1. Apakah status wang tersebut? Jika saya tidak boleh menggunakannya, ke manakah patut saya letakkan/dermakan wang tersebut? 
 
2. Saya telah menggunakan separuh daripada wang tersebut untuk memulakan perniagaan. Perlukah saya tutup perniagaan ini kerana modalnya 100% datang daripada sumber yang tidak sah. Bagaimana pula dengan duit keuntungan yang telah saya gunakan untuk membiayai perbelanjaan seharian saya selama ini? 
 
Diharap ustaz dapat membantu saya dalam permasalahan ini. Diharap juga jika ada pembaca yang sudi berkongsi pengetahuan dengan saya. Saya betul2 buntu, berasa ragu dengan masalah ini :cry  
 
terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by syazwan, on 22-04-2009 12:07, IP 219.93.20.154, Guest
30. ASM & ASM 2020
Askm UZAR sy ingin adakah pelaburan ASM & ASM 2020 mengikut kehendak syarak? 
 
UZAR : Saya tak pasti ststus kedua-dua pelaburan tu..kerana tiada buat kajian.
 
» Reply to this comment...

Posted by Cikgu Islam, on 19-04-2009 11:11, IP 115.133.7.57, Guest
31. Jawapan daripada Dato' Dr. Haron Din
Salam, 
Baru-baru ini, saya berkesempatan mendengar ceramah daripada Dato' Dr. Harun Din. Beliau juga sempat mengulas secara ringkas hukum ASB. Antara inti pati hujahnya, adakah masyarakat Melayu di negara ini akan kebuluran sekiranya tidak menyertai skim ASB?  
 
Bukankah pemerintah berkuasa untuk tidak melabur dalam syarikat-syarikat yang tidak mematuhi kehendak Syariah? Jadi di mana MASLAHATNYA? Bagi saya penerangan yang diberi oleh Dato' Dr. Haron Din ini selari dengan apa yang diterangkan oleh UZAR. 
 
Masalahnya sekarang ini, kita yang melayari laman web UZAR, Insya Allah memahami hukum-hukum berkenaan tetapi masih ramai lagi yang tidak ketahui dan ada yang tahu masih tidak mengendahkan perihal hukum ASB. 
 
Marilah kita sama-sama menerangkan, paling tidak pun kepada orang yang hampir dengan kita supaya menghindari skim ASB dan ASN sehingga skim ini 100% menurut kehendak Syariah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Naqsya, on 08-03-2009 07:38, IP 124.82.1.243, Guest
32. Bagai mana dengan KWSP
Bagai mana dengan KWSP ?:? 
 
UZAR : sila baca di artikel saya berkenaan KWSP
 
» Reply to this comment...

Posted by yusri, on 20-02-2009 14:52, IP 203.109.53.140, Guest
33. Pertanyaan
buat masa sekarang.. isu deviden ASN tidak halal.. boleh tidak untung dari dividen itu kita gunakan untuk membayar interest pinjaman kereta, rumah atau card creadit? 
 
apa hukumnya kalau beli kereta tetapi terpaksa kena interest walaupon akaun bank untuk membayar monthly menggunakan islamic banking. 
 
UZAR : SEMUA yang haram, tidak boleh digunakan untuk kepentingan diri kita sendiri samad a utk bayar tax, riba yang lain, makan, beli sofa dll
 
» Reply to this comment...

Posted by wira, on 20-02-2009 09:35, IP 210.187.17.34, Guest
34. pndgn dr sudut ZAKAT
salam 
 
di lembaga zakat selangor masih berpegang kpd fatwa yg mengharamkan hasil pelaburan ASB, ASN dn seumpamanya..sebab itu dlm pengiraan zkt simpanan ASB & the gang dikira atas nilai pokok yg disimpan krn hrta tersebut milik sempurna kpd penyimpan. pendeknya, skrg sdh byk saluran pelaburan saham amanah yg shariah approved, maka WAJIB tukar kpd yg HALAL. 
 
wallahua`lam
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by cyberboys, on 19-02-2009 19:27, IP 203.82.91.34, Guest
35. sedarlah..
:) apa yang kita dok sibuk2 nak marah2 pada ust tu? :? ..kita sendiri yang lawat blog ni.so kalau x nak kita jangan la msuk blog ni..kalau kita rasa apa yang diberitahu tu betul , kita ambik n bawak dalam kehidupan kita n kalau sebaliknya, kita wat senyap jer la..kita akui kesilapan kita coz kita x blaja dalam bidang ni..jangan mudah melatah.hati yang panas selalu ader iblis didalamnya..so, sama2 kita doa semoga kita jauh dari perkara tersebut...tujuan blog ni adalah untuk sebarkan pada sesiapa yang x tau n mungkin ader yang boleh dikongsi bersama bagi mereka yang dah tau..so, cuba kita dalami ilmu tersebut baru la kita bleh kata tu benda x btul..so, ada baiknya jika kita jangan mudah melatah dengan niat murni orang.cari dulu mana lemah kita..n perbaiki..ALLAH suka dengan orang suka perbaiki kesilapan kita kearah kebaikan.so, pahami dulu artikel2 yang ada dalam web blog ni sebaik mungkin..
 
» Reply to this comment...

Posted by pemuda sepi, on 19-02-2009 11:05, IP 203.82.91.34, Guest
36. pertanyaan
salam, ust, bolehkah ulas tentang status bolehkan kita join click bank..saya ingin tahu dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by cik, on 02-01-2009 21:28, IP 121.120.33.239, Guest
37. Yang tersurat dan tersirat
Puteri, 
 
Rasanya tak perlulah berkata sebegitu kepada UZAR. Cuba baca semula artikel di atas, fahamkan dan carilah apa yang tersurat dan tersirat dari komen UZAR tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by puteri, on 27-12-2008 22:20, IP 219.93.152.34, Guest
38. -
assalamualaikum..x sangka en. zaharuddin ni mcm org yg kononnye mengaku dia ustaz..knp bole setuju dgn majlis fatwa kebangsaan tu?takut nak sangkal ke?takut web kene banned dgn kerajaan? 
 
come on la....yg haram tu tetap haram..jgn ikut majlis fatwa tu..ikut la al quran n hadith.kalau al quran sebut haram..haram la hukumnya...majlis fatwa tu sape?
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by ajak, on 18-12-2008 03:42, IP 86.26.93.72, Guest
39. Bukan senang berfatwa
Assalamualaikum.. Saya yakin Majlis Fatwa Kebangsaan telah pertimbangkan dengan sewajarnya sebelum mengeluarkan fatwa yang pelaburan2 berkenaan hukumnya Harus, sesuatu yang menidakkan fatwa yang pernah dikeluarkan sebelum ni..  
 
So bagi saya, sebagai orang awam, yang amat cetek ilmunya berbanding dengan ustaz2 yang ada dalam Majlis Fatwa Kebangsaan, saya terima fatwa yang dibuat dengan hati yang terbuka. Moga Allah ampunkan kekurangan kita semua. Amin. 
 
UZAR : Keberadaaan bekas Mufti Perlis di tempat kami ( Lampter, Wales untuk sabatikal) memberikan kami peluang mengetahui sejauh mana bersungguhnya ahli Mjalis Fatwa berfatwa.. 
 
Kesimpulan, tiada apa yang boleh dibanggakan..mereka patut meniru dan mengambil pengajaran dari Majlis Fatwa Majlis Ulama Indonesia.
 
» Reply to this comment...

Posted by shahril, on 11-12-2008 12:20, IP 202.190.99.125, Guest
40. shahril-keliru
salam, 
ustaz saya ada bukak website asb, pastu bukak laporan tahunan 2007 dalam tu ada menyatakn pelaburan dlm maybank 23.84 % (mukasurat 6) laporan tu boleh download dr link ni..http://www.asnb.com.my/ asb2007.pdf..persoalan saya adakah sebab peratus investment di MBB ni dah turun maka hukumnya diturunkn menjadi 'HARUS' oleh majlis fatwa kebangsaan?  
 
Saya sbnrnya mmg dh lama tinggal asb ni sejak 1st time simpan rm50 (1994). pastu x penah masukkn sbb ustaz kt skola dulu kata haram...just curious & keliru dgn fatwa oleh yg berhak keluar fatwa tu..dgn pendapat2 yg ada dalil & nasnya...rakyat cam saya ni jadi serba salah... 
 
UZAR : Info yang baik...nanti saya teliti dan inshaAllah akan buat satu artikel khusus untuk ulasnya..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by omar, on 18-11-2008 01:08, IP 194.80.178.1, Guest
41. ...
ASN, ASB adalah haram..cuba lihat prospektus tentang tempat yang dilaburnya..paling utama skali adalah di Maybank..semua tahu maybank adalah riba'...mufti cakap harus sebab takut berlaku huruhara dalam sistem kewangan mcm mana dengan huru hara di AKHIRAT..sapa nak jawab!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Kekurangan Itu Adalah Dari Kes, on 13-11-2008 19:15, IP 194.80.178.1, Guest
42. ...
Assalamualikum UZAR 
 
Saya ingin bertanya kepada UZAR dua soalan 
 
1.Kita sering mempolimekkan tentang hukum pelaburan ASN & ASB sahaja.Bagaimana pula dengan produk pelaburan lain yang diuruskan oleh ASNB seperti Amanah Saham Gemilang(ASG),Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020),Amanah Saham Malaysia(ASM) & Amanah Saham Didik(ASD) yang saya percaya terdapat dikalangan umat islam kita yang melabur didalamnya? 
 
2.Tujuan saya bertanya soalan ini kerana saya juga telah terlibat dalam produk pelaburan Amanah Saham Wawasan 2020(ASW2020) yang saya sudah mula berkira-kira untuk menamatkannnya.Persoalan saya jika saya menamatkan pelaburan saya ini bagaimana saya perlu menguruskan wang yang bakal saya terima nanti yang telah bercampur dengan dividen hasil pemberian dari pihak pengurusan dana iaitu ASNB? 
 
Terima Kasih jika UZAR sudi mengulas dua soalan saya ini. 
 
Kekurangan Itu Adalah Dari Kesilapan Saya Sendiri
 
» Reply to this comment...

Posted by mks, on 11-10-2008 17:21, IP 194.80.178.1, Guest
43. ...
Baru-baru ini saya cuba menanyakan persoalan ini kepada PNB. Menurut PNB setakat ini masih lagi tiada majlis penasihat syariah dan pelaburan tersebut masih kekal. Menurut mereka Amanah Saham Bumiputera adalah untuk Bumiputera dan Bumiputera tak semestinya Islam. 
Wassalam. 
 
UZAR : sepengetahun saya, PNB dah lantik majlis syariah, antaranya Dr Mahmod zuhdi abd majid. Yang beritahu saya ni adalah dato dr mahmod zuhdi sendiri
 
» Reply to this comment...

Posted by Budak tua baru belajar, on 05-09-2008 22:17, IP 81.79.146.30, Guest
44. ...
Assalamualaikum UZAR dan semua pembaca 
 
Saya baru saja belajar tentang kewangan Islam. Pensyarah saya mengatakan, maslahah adalah sumber rujukan secondary untuk menentukan hukum. Rujukan utama atau primary, sudah tentu Al-Quran dan Sunnah. Untuk menggunakan alasan maslahah, sesuatu perkara tersebut perlu mempunyai kepentingan yang amat ketara kepada masyarakat secara keseluruhan. Dan yang lebih penting, ia mestilah TIDAK BERCANGGAH DENGAN SUMBER RUJUKAN UTAMA IAITU AL-QURAN DAN SUNNAH. 
 
Di dalam hal ini, sudah jelas bahawa pelaburan tersebut adalah didalam syarikat yang mengamalkan riba. Pengharaman riba disebut jelas di dalam Al-Quran dan Hadith.  
 
Persidangan Ulamak sedunia juga telah membuat keputusan bahawa kadar faedah yang digunakan oleh perbankan konvensional merupakan riba yang diharamkan di dalam Al-Quran dan Sunnah. Maknanya, aktiviti pelaburan tersebut telah nyata bercanggah dgn Al-Quran, Sunnah dan Ijma Ulamak.  
 
Jadi, bagaimana kaedah menggunakan alasan maslahah ini boleh diterima? 
 
Saya berharap umat Islam terus menjauhi skim tersebut supaya syarikat pengurusannya merasakan keperluan untuk mereka mengubah kepada kaedah yang mematuhi shariah. Semoga dgn itu, lebih makmur ekonomi ummah, dan lebih tenang hidup para pekerja syarikat yang majoritinya Islam. Amin. 
 
Wasalam. 
 
UZAR : KERANA ITU SAYA KATA IA "MASLAHAT MULGHAH", IAITU MASLAHAH YANG TERTOLAK
 
» Reply to this comment...

Posted by jaritengah, on 20-05-2008 22:42, IP 60.52.103.116, Guest
45. ...
salam sdr zul, 
anda memang betul dan hebat,saya tidak perlu berkata apa apa lagi.Ilmu saya memang cetek.Otak saya tidak setajam otak awak.Semoga Allah sentiasa bersama sdr. 
 
» Reply to this comment...

Posted by zuldjian00, on 26-04-2008 11:20, IP 60.52.102.149, Guest
46. ...
Salam Jaritengah, 
 
Kenapa pulak nk persoalkan huruf besar ngn huruf kecil yg digunakan Uzar utk website ni ? kenape bende sekecil itu jadik isu ? Kenape ? 
 
Mengenai huruf bole melambangkan kekasaran atau kesombongan ke ketakburan ke itu hanya lah sign2 yg telah automatik kite tahu melalui sms2, contoh klu kite sms ke rakan menggunakan huruf besar mestilah rakan terase sbb mcm menampakkan kemarahan atau kesombongan..itu sahaja. 
 
Ape masalah jaritengah sekarang ni nk pertikai kan bende sekecil alam ini yg tk melibatkan sedikit pn ketajaman pemikiran jaritengah utk perbincangan ? kenapa ? 
 
UZAR, mintak maap jdkkn ini sbg shoot back kepada jaritengah,tp sy pn jadik pelik dn marah dgn jaritengah ni ntah ape2 ntah yg dipikirkan.Serahkan kepada saya org2 mcm jaritengah ini. 
 
Soalan kepada jaritengah, adakah anda tidak puas ati dengan ulasan Uzar selama ini psl ASB ? yg nak kaitkan dengan kesombongan tu nk bt ape ? PK baik2 la jaritengah,PK baik2 pembiayaan website ini bukannye murah dn jaritengah telah sewenang2 nye menempelakkan kemarahan kepada pakar kewangan islam yg dh sudi nk kasik kite panduan dgn mudah di internet,jaritengah klu nk timba ilmu pg ke surau2 ke masjid2 ade ke ? dn ade ke yg sepadat ini ilmu yg di beri d website ini. 
 
PK2 kan jatidiri, dn selamat beramal... 
 
Ada ape2 yg tk puas ati ngn sy,sila2 kan jaritengah. 
 
» Reply to this comment...

Posted by KN, on 18-04-2008 18:51, IP 60.52.98.16, Guest
47. ...
Salam...ust, mana saya boleh dapat info detail kenyataan/laporan fatwa mufti selangor yang pada awalnya menyatakan ASN & ASB haram sebagaimana ulasan ust di atas..
 
» Reply to this comment...

Posted by pharmacist student usm, on 10-04-2008 00:20, IP 60.52.102.20, Guest
48. ...
salam ust 
petikan 'mungkin kerana terlalu ramai orang Islam yang telah terlibat dan fatwa mengharamkan akan mengakibatkan kekalutan yang tidak tergambar' 
ada hukum lain x yang gunakan kaedah ni?
 
» Reply to this comment...

Posted by muahammad, on 25-03-2008 10:30, IP 60.52.99.173, Guest
49. ...
assalamualaikum...ustaz,nak tanya.boleh @ tidak jika kita buat pnjaman peribadi untuk menunaikan ibadat haji ?
 
» Reply to this comment...

Posted by Seman Kilat, on 21-03-2008 23:38, IP 124.13.137.54, Guest
50. ...
Assalamu alaikum Ustaz, 
 
Lama saya tak baca artikel-artikel Ustaz. Lagipun banyak sangat postings yang overlapping. Saya tertinggal bas UZAR semenjak dari kempen kita untuk dapatkan server baru kelmarin dulu. Lama juga tu. 
 
Makin lama makin canggih Ustaz. Maksud saya dari segi memberikan jawapan yang mudah difahami. Saya pernah rekomen website ini pada Prof Saadiah tahun lepas. Seronok dia dapat materials dan dia ada kata dalam papers dia ada quote / reference Ustaz dan site ini. 
 
May Allah favour your works. Amin 
 
uzar : alhamdulillah, cuma prof saidah mana yang dimaksudkan ye?
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom