Senarai Lengkap Artikel Politik Islam & Dakwah Tahniah Bagi Mereka Yang Menang & Peringatan

Tahniah Bagi Mereka Yang Menang & Peringatan

  • PDF
(26 votes, average 4.85 out of 5)

Tahniah Bagi Mereka Yang

Menang & Peringatan 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

Keputusan & Nasihat

Alhamdulillah, keputusan pilihanraya sudah keluar dan masing-masing sudah mengetahui keputusannya. Ada yang menang dan ada yang tewas.  Banyak juga keputusan yang di luar dugaan.

Saya menulis tulisan ringkas ini sebagai nasihat kepada mereka yang menang, terutamanya yang BARU menang. Bagi mereka yang sudah lama menang dan menang lagi nasihat yang sama terpakai Cuma ia lebih kuat ditujukan kepada yang baru menang, kerana cabaran dalamannya mungkin lebih besar.

Allh swt telah mengingatkan kita berkenaan ujian yang diberikan datang dalam dua bentuk. Iaitu susah dan senang :-

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Ertinya : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami lah kamu dikembalikan. ( Al-Anbiya : 35 )

Secara jelas Allah menyebut ujian dengan kebaikan. Maka kemenangan adalah satu bentuk ujian yang amat hebat malah lebih hebat dari yang kalah. Sebagaimana ujian kekayaan sentiasa mampu menjauhkan individu dari Allah dalam pelbagai bentuk.

Justeru, bagi mereka yang pertama kali mendapat kuasa pemerintahan di negeri-negeri tertentu. Cabaran ini pastinya besar. Cabaran membahagikan jawatan, gaji, kuasa penentu aliran kewangan dan pengaruh kerap akan ‘mencederakan' dalaman dan kekuatan perjuangan yang dilaungkan.

Jangan dan Jangan 

Kerana itu, secara ringkasnya ingin saya menasihatkan semua yang baru mendapat kedudukan dengan nasihat ringaks berikut : -

"janganlah ada yang mendabik dada bahawa dialah sebab dan punca kemenangan kerana semuanya kemenangan anda datang dari Allah samada untuk menaikkan kedudukan seseorang di sisi Allah atau menjatuhkan kedudukan di sisiNya."

Firman Allah swt :-

فَأَمَّا الْإِنسَانُ إِذَا مَا ابْتَلَاهُ رَبُّهُ فَأَكْرَمَهُ وَنَعَّمَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَكْرَمَنِ وَأَمَّا إِذَا مَا ابْتَلَاهُ فَقَدَرَ عَلَيْهِ رِزْقَهُ فَيَقُولُ رَبِّي أَهَانَنِ

Ertinya : Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: ""Tuhanku telah memuliakanku' Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: ""Tuhanku menghinakanku ( Al-Fajr : 15-16)

"janganlah kerusi ‘leather' empuk yang baru diperoleh melupakan anda dengan perjuangan asal"

"jangan kerusi bertanda ADUN atau ahli parlimen, atau Menteri atau exco menyebabkan diri tertipu sehingga terjebak dalam penggunaan kuasa secara salah, perolehan harta secara salah"

"janganlah gelaran YB dan lain-lain gelaran baru menyebabkan anda bertukar sifat dan kelakuan dari peramah dan berjiwa masyarakat kepada berjiwa syaitan yang angkuh dan sombong"

"janganlah pejabat baru yang canggih dan cantik yang sebelum ini tidak pernah dimasuki menjadikan diri terlupa dengan amanah yang digalas di dunia dan akhirat.."

Ya Allah, sesungguhnya ujian sebegini amat besar dan mudah menggoda kecuali bagi mereka yang sentiasa beringat-ingat tentang akhiratnya.

Jawatankuasa Hisbah Pastikan Ketepatan 

Dalam sistem ekonomi Islam, jawatankuasa hisbah perlu dilantik bagi memantau perkara ini dari berlaku dalam sesebuah kepimpinan. Setiap perbelanjaan ke luar Negara jangan berboros dan demikian juga perbelanjaan yang lain. Jangan ditiru ‘trend' penggunaan kuasa dan harta yang ada di keliling kita, kerana apa yang buruk tidak boleh sama sekali dijadikan contoh.

Rakyat di sekeliling pasti akan memantau tindak tanduk kerajaan pusat dan kerajaan-kerajaan negeri baru dengan mata terbuka dan minda jelas. Janji dan dasar perjuangan anti rasuah dan lain-lain akan ditagih.

Bagi kumpulan yang memperjuangkan Islam yang menang di negeri-negeri baru, Saya amat harap mereka serius dalam membersihkan akaun, pendapatan dan perbelanajaan kerajaan negeri dari riba. Gunakanlah khidmat perbankan Islam yang ada agar keberkatan bertambah walaupun masih terdapat perdebatan dalam beberap akonsep yang digunakan. Ia jauh lebih baik dari konvensional yang haram riba secara sepakat ulama sedunia.

Tugas Rakyat 

Teruskan menegur dengan hemah setiap kesilapan yang dilakukan agar semua yang menang sentiasa berada di landasan yang betul. Sabda Nabi :-

إذا أَرَادَ الله بِالْأَمِيرِ خَيْرًا جَعَلَ له وَزِيرَ صِدْقٍ إن نَسِيَ ذَكَّرَهُ وَإِنْ ذَكَرَ أَعَانَهُ وإذا أَرَادَ الله بِهِ غير ذلك جَعَلَ له وَزِيرَ سُوءٍ إن نَسِيَ لم يُذَكِّرْهُ وَإِنْ ذَكَرَ لم يُعِنْهُ

Ertinya :  "Apabila Allah inginkan bagi seseorang pemimpin itu kebaikan, akan dijadikan baginya menteri-menteri ( pegawai-pegawai) yang amanah, apabila pemimpin terlupa ia akan mengingatkan dan apabila pemimpin telah ingat, ia akan membantunya. Apabila Allah menginginkan kecelakaan bagi mereka, dijadikan baginya pemimpin yang jahat, apabila mereka lupa, tidak akan diingatkan dan di ketika mereka inagt, tidak akan dibantunya mereka (laksanakan tugas)" ( Riwayat Abu Daud, 3/131 ; Ibn Hibban ; Al-Bazzar , Al-Haithami : Perawi Bazzar sohih, Majma Az-Zawaid)

Terfikir  

Akhirnya, saya terfikir pula. Saya kerap membaca keluhan dan kemarahan banyak masjid dengan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor di surau-surau dan masjid di sekitar Selangor. Kini Kerajaan Negeri Selangor dan JAIS sudah berpindah tangan. Menarik untuk melihat perkembangan seterusnya.  

Sekadar itu dulu bagi nasihat awal buat semua yang menang.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

9 Mac 08

9.25 pagi.

  



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 21 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Politik Islam & Dakwah Tahniah Bagi Mereka Yang Menang & Peringatan