Apabila Quran dihina dan dikondem oleh musuh
Islam (melalui Fitna) dan lain-lain, kita dituntut untuk mempertahankan hak dan
kesuciannya dengan pelbagai cara menurut kebijaksanaan dan perancangan
masing-masing. Namun salah satu perkara yang tidak boleh luput dari pemikiran
kita adalah di waktu Al-Quran dihina, sejauh manakah kita pula berdamping
dengan Al-Quran dari sudut membacanya, memahami nasihat-nasihatnya, hukum
hakamnya dan pengamalannya dalam kehidupan seharian.
MasyaAllah cuba kita bayangkan kita sedang di
dalam peperiksaan yang tiada peluang untuk
mengulangi jika gagal. Peperiksaan SPM, STPM, PMR, UPSR, PTK, Final Exam Universiti
dan lain-lain, semuanya mempunyai peluang untuk mengulanginya kembali malah
hidup seseorang belum tentu menempuhi kegagalan jikapun mereka gagal dalam
ujian-ujian yang disebut tadi.
Namun demikian, peperiksaan kehidupan kita ini,
silibus utamanya terdapat dalam Al-Quran (Juga Al-Hadis), adakah ‘performance' kita hari ini diyakini
boleh mencapai tahap lulus, cemerlang atau gagal...?
Jika peperiksaan yang lain, gagal pertama kali boleh
dimasukkan dalam minda kita, tetapi
peperiksaan dunia tidak sama sekali kita wajar berfikir untuk gagal. Namun
kegagalan pasti akan datang jika kita jauh dari Al-Quran dan kandungannya. Kegagalan jenis ini tiada jalan 'U Turn' nya.
Selain kegagalan, ketidak pedulian kita dari Al-Quran
itu adalah salah satu bentuk penghinaan Al-Quran, cuma bentuknya berlainan. Ia
disebut oleh Allah swt :-
Ertinya : Berkatalah Rasul:
""Ya Tuhanku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al Qur'an ini suatu yang
tidak diacuhkan"".(Al-Furqan : 30)
Demikian ditegaskan oleh
Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya (tafsir Al-‘Azim, 3/318)
Satu lagi amaran yang disebut dalam sebuah hadis
:-
الْقُرْآَنُ شَافِعٌ مُشَفَّعٌ وما
حَلَّ مُصَدَّقٌ فَمَنْ جَعَلَهُ إِمَامَهُ قَادَهُ إلى الْجَنَّةِ وَمَنْ
جَعَلَهُ خَلْفَهُ سَاقَهُ إلى النَّارِ
Ertinya
: Al-Quran itu memberi syafaat dan sesiapa yang menjadikannya di depannya (
sebagai panduan hidup, nescaya ia akan membawamu ke syurga, dan siapa yang
meletakkannya di belakangnya, Al-Quran itu akan mengheretnya ke neraka) (Riwayat
Ibn Hibban, 1/332 ; Syuaib : sanadnya sohih dengan syarat Muslim , Al-Qaradawi
: Hasan)
Sebagai permulaan bagi mereka yang belum bermula atau
mereka yang telah lama berhenti dari membaca Al-Quran dan menghayatinya.
Berikut disertakan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang amat
baik, saya sendiri tidak dapat menahan air mata dari mengalir dengan bacaan ini..pembawa
ketenangan jiwa dan menusuk qalbu. Bagi yang gagala membukanya di web ini, sila layari (http://www.youtube.com/watch?v=g5hjVy90HAM&eurl)
Berikut pula satu lagi petikan lain yang beserta dengan
penghayatan erti dan kandungan bagi mereka yang tidak memahiri bahasa arab
al-quran.
Akhirnya, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menghina al-quran dengan ketidakpedulian kita.
Posted by hidayah, on 18-05-2008 06:41, IP 60.52.101.220, Guest
1. ...
slm. baca lh al quran setiap hr wlpn dlm keadaan sibuk krn ia m beri kt ketengn jiwa amin >hayati lah maknaye dgn teliti >marilah sm 2 menghayati dan merenungi isi kandungn dlm al quran >mg2 kt berada bersama 2 glgn org yg bertaqwa>amin
Posted by mazlie, on 17-04-2008 12:53, IP 211.25.51.200, Guest
2. ...
Salam..
Saya peminat imam masyari ni..bacaannya antara yang terbaik didunia....saya ada yang bacaannya yang buatkan makmum menangis..saya dengar pon tak sedar kuar air mata...
Posted by hafiz, on 15-04-2008 07:55, IP 60.52.100.30, Guest
3. ...
ustaz sy nak tnya kita mmg digalakkan utk memboikot barang belanda kan...???ustaz pon tau kan yg belanda telah menghina islam melalui filem fitna kan....
Posted by nO NAME, on 14-04-2008 20:02, IP 211.25.51.14, Guest
4. ...
penghinaan terhadap Al-Quran ini telah menyentap hati2 umat islam kini(yg sensitivitinya terhadap islam sangat tinggi) adakah kita sedar, islam telah dicabuli!!! adakah kita rela Ibu, adik perempuan yg kita sayangi dirosakkan maruahnya?? saya mengajak kepada semua umat islam ikutilah apa yg telah dfatwakan oleh ulama2..fatwa boikot kena sungguh2....renungilah hadis ini.Ertinya : "Tidaklah Nabi S.a.w dalam memilih antara dua perkara kecuali akan mengambil yang lebih mudah selagimana tidak tergolong dalam dosa, namun jika ia tergolong dalam bab dosa maka Nabi akan menjadi orang yang paling jauh darinya dan tiadalah Nabi s.a.w membalas dendam & marah atas sebab dirinya kecuali APABILA DICEMARI DAN DICABULI kehormatan Allah swt , maka baginda akan bertindak (marah) bagi pihak Allah ( Riwayat Al-Bukhari, 3/1306 ).."...
Posted by hamba allah 1, on 14-04-2008 20:01, IP 211.25.51.14, Guest
5. ...
subhanallah,,air mata saya tiba2 mengalir bila mendengar ayat2 suci yang dibacakan oleh imam tersebut,, sudah 4 hari saya tinggal quran tanpa membacanya,,, lantaran kesibukan duniawi,,saya sudah pun merasa jauh dengan ALLAH S.W.T.. saya merasa ketenangan tiada lagi,,fikiran hanya tertumpu pada kerja@nafsu sahaja.. wahai saudaraku,,bacalah quran atau sekurang-kurangnya dengar lah bacaaan Al-quran.pasti jiwa kalian akan tenang. janganlah suara artis menjadi pujaan.kelak jiwa jadi tidak keruan..RENUNGKAN LAH...
Posted by Ms.X, on 11-04-2008 15:05, IP 124.13.137.81, Guest
6. ...
Org barat menghina islam secara terang-terangan, tapi orang islam menghina islam tanpa sedar dengan tidak mempedulikan mahunya Allah taala agar manusia yg tinggal dibumi terikat dgn AQ, sekali gus menjalani semua aspek kehidupan yang berteraskan agama yang sumur, kalau orang islam tak tunjukkkan manusia perlu hidup berkasih sayang dan tiada penindasan sampai bila pun akan ada jalan penyelesaian . Malangnya manusia sekarang hanya bersikap x ambil kisah dan menggaap AQ benda remeh dan x perlu di ambil peduli..cukup ibadat utnuk ibadat harian sahaja
Posted by dean, on 10-04-2008 12:40, IP 60.52.97.239, Guest
7. ...
salam semua, Alhamdulillah... memang bacaan di video cukup baik, dan saya pun amat sejuk hati bila mendengar pembacaan tadi. Sebenarnya qari yang membaca tadi tu adalah Sheikh Mishari Rashid Al Afasy, pembacaan sheikh ni memang sudah lama menjadi santapan rohani saya, samada pembacaan Ayat suci AlQuran maupun dalam bacaan doa. Suara dan alunan pembacaannya sungguh indah dan bila saya mendengarnya seakan -akan ada yang menarik-narik hati di dalam dada saya dan meruntun jiwa saya. Untuk maklumat dikongsi bersama, saudara-saudara semua boleh mendengar pembacaan AlQuran dan bacaan doa oleh sheikh ini di www.alafasy .com. Selamat mendengar.
Posted by zihan, on 08-04-2008 11:09, IP 211.25.51.14, Guest
8. ...
Uzar, saya sedang mencari-cari bagaimana nak menambah ilmu untuk menambah pendapatan sebab nak tahu apakah hukumnya bermain forex tetapi saya tertarik nak klik kat sini lalu saya dapat ilmu lain pulak.. tentunya ilmu akhirat itu terlebih baik untuk panduan hidup di dunia sampai ke akhir hayat nanti. Bukankah sebaik-baik manusia itu yang dapat memberi manafaat kepada yang lain. Terima kasih.
Posted by viruseinside, on 07-04-2008 18:14, IP 60.52.97.240, Guest
10. ...
Assalammualaikum...
Ustaz....mengapa Fulus Mania masih di tayangkan di Astro sedangkan Fatwa pun telah keluar ianya HARAM ? Kenapa tiada siapa ambil tindakan...ataupun boikot ASTRO ? waktu tayangan waktu Maghrib pulak tu Ustaz....
Posted by Murid, on 06-04-2008 15:16, IP 60.52.98.28, Guest
11. ...
Syukur kerana boleh juga membaca alQuran dan dapat mengajar anak2 & beberapa kenalan, serta faham isinya (mungkin tak sempurna lagi, perlu teruskan belajar) & berazam utk mematuhinya hingga akhir hayat, insyaAllah. (Hanya Allah yg kenal saya, jadi saya anggap ni bukan riak atau ujub, sekadar ingin kongsi pengalaman)
Bukan apa, dulu memang buat tak kisah, alhamdulillah Allah buka pintu hati.
Disamping itu ingin ambil kesempatan utk merakamkan terima kasih kpd guru2 terutamanya Ustazah Salbiah Omar yg tak jemu2 mengajak masy Islam berketurunan Melayu esp di mana2 yg beliau berpeluang menyampaikan, agar memahami & mengamalkan isi alQuran.
Ku abdikan nama beliau di post ustaz ni tanpa pengetahuan beliau, sebagai penghargaan ku thd beliau. T kasih ustaz kerana post ustaz ini memeberi peluang. Semuga Allah cucuri rahmat kepada kita semua. Tuntutlah ilmu kerana Allah, di samping sabar & tekun. Hasilnya mungkin selepas 5, 10, 20 tahun, atau bila kita dah meninggal. Amin.
Posted by am0i ida, on 05-04-2008 07:58, IP 60.52.98.172, Guest
13. ...
Salam Uzar
Jazakallah Uzar atas entri ini. Sangat bagus kerana Uzar mempunyai pelawat yang ramai, sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mentadabburkannya..
Saya suka dengar bacaan Sheikh Mishary alafasy sebab menusuk hati...kebanyakannya saya download dari you tube ke downloader dan dapat dengar hari-hari tanpa tersekat-sekat...
Saya cadangkan pada sesiapa yang tak reti bahasa Arab sambil dengar bacaan bole buka terjemahan dan sama-sama ikut bacaan...disamping tu kita faham maksudnya...
Lagi satu nak remeken kat pelawat antara bacaan Mishary yang terkesan apabila mendengarnya ialah Surah Al Mulk http://www.youtube.com/watch?
v=SQmbq_YXp8s dan Surah As Sajdah (ayat 1-22) http://www.youtube.com/watch?
v=4A4pFWJXQ68 ...
Pengalaman saya sendiri apabila hari-hari mendengar bacaan ini saya boleh menghafalnya dengan mudah, alhamdulillah...anak sayapun dah kenal mana satu 'Ustaz' Al-afasy
Jadikan mendengar bacaan Al-Quran sebagai pengganti daripada mendengar lagu-lagu di corong-corong radio kerana lagu di radio mengajak kita lalai mengingati dunia sedangkan Al-Quran mengajak kita mengingati Allah dan akhirat...insya Allah bila kita selalu dengar kita akan selalu terikut-ikut nak baca walaupun kita tak tengok video tersebut...mudah-mudahkan kita akan jatuh cinta dengan Al-Quran dan seterusnya menghayati dan mengaplikasikannya dalam kehidupan..
Posted by azim, on 04-04-2008 16:41, IP 60.52.97.226, Guest
16. ...
uzar boleh tak komen filem terbaru dari dalam negara kita berjudul AKHIRAT?Isinya menyeleweng,sesat,smcm menyalahkn&mempersendakan agama..Saat kita dihujani dgn kebiadapan ahli Parlimen Belanda Geert Wilders brkaitan FITNA,tanpa disedari atau tidak,sememgnya byk filem dr dlm negara kita sndiri yg mempersendakan agama.Terima kasih uzar
uzar : saya dah komen ringkas di artikel tentang "fitna"..saya tak boleh hurai panjang krn tak pernah tengok filem tu
Posted by j-QAF, on 03-04-2008 21:30, IP 60.52.101.22, Guest
19. ...
Salam ustaz.. Saya ada dapat satu mesej seperti berikut:
"Kalau nak beli Al-Quran yang dicetak dalam edisi baru hati-hatilah kerana ada 4 surah palsu ciptaan kafir laknatullah. Surah2 itu adalah al-iman, al-wasaya, al-tasajud & al-muslimoon. Jangan sesekali surf www.thequran.com ( father zakaria ) sebab segala isinya palsu. sebarkan mesej ini kepada umat islam seramai mungkin..sebarkan jika anda sayangkan ISLAM!! "
Ustaz pernah dapat tak mesej cam ni? Minta komen ustaz.. terima kasih..
Posted by MK, on 03-04-2008 21:28, IP 60.52.101.22, Guest
20. ...
Salam,
Bagi sesiapa yang tak boleh akses ke youtube, boleh download di link berikut: Video file - 16.89MB Audio File - 4.13MB Selamat mendengar bacaan yang syahdu & menyentuh jiwa
Posted by humairah_almarrah, on 03-04-2008 16:54, IP 211.25.51.14, Guest
21. ...
assalamu'alaikum wrt. wbrt.
al-quran ada banyak keindahan didalamnya... cerita-cerita tersurat yang menarik dan penuh tauladan untuk diambil iktibar malah kaya dengan ilmu-ilmu tersirat bermakna.... pembahagian sura'_2 makkaniyyah dan sura'_2 madiniyyah mengikut wahyu_2 yang diturunkan kepada habibullah s.a.w. menerangkan apa-apa yang kita tidak faham terhadap sesuatu hukum dan ingin tahu mengenai sesuatu ilmu_2...
kendatipun sedemikian, pengkhususan untuk para muslimah juga diberikan keutamaan dalam qalamullah ini melalui sura'_2 seperti nisaa', nur, baqarah serta maryam... betapa Allah dan addinnya, Islam menjaga dan menghormati maruah dan hak-hak hawa.... tetapi, sayangnya dewasa ini, banyak tambahan hasil pengaruh dari ideologi_2 dan ilmu_2 barat disuntik dan diadunkan untuk memodenkan pemikiran hawa muslimah atas rasionalnya demi pemodenan, kemajuan, serta feminisme... minta izin.. sometimes it's pathetic to see those who're in Women NGOs fought for muslimah in the NAME of ISLAM but, they manipulate and exploit quranic verses to suit their own needs accordingly...
al-quran is the most readable book... masyaAllah...
Posted by Syeikh, on 03-04-2008 16:40, IP 211.25.51.14, Guest
23. ...
Semoga Allah s.w.t. membuka hati kita semua untuk sentiasa membaca Al-Quran dan memahami maksudnya. Al-Quran akan menjadi teman semasa kita di kubur nanti.
Posted by 84, on 03-04-2008 15:44, IP 211.25.51.14, Guest
24. ...
Salam...
Kepada sahabat2 dan teman2 semua, andai kata tak dapat tengok link yang diberikan, sama mcam saya alami jugak, cukuplah dahulu dengan mengambil mesej dari apa yang UZAR nak sampaikan, daripada tajuk pun sebenarnya kita dah disuluh apa tujuan UZAR publish artikel ni. bila dah dapat mesej tu,
Barulah berusaha dapatkan link dari mana2 pc yang tidak di block oleh IT dept syarikat masing2, atau memang masalah pc kita sendiri. harap bermanfaat.
Sebaiknya belajarlah mengenal huruf al-Quran dan tajwid (ilmu paling penting bila nak baca al-Quran) walau berapa pun umur kita, kalau tak dapat, baca tafsir pun lagi berguna dengan memahami maksud dan kehendak al-Quran itu sendiri, insya-ALLAH. semoga bermanfaat, wassalam...
Posted by manis, on 03-04-2008 15:07, IP 211.25.51.14, Guest
26. ...
Dear Brothers & Sisters,
Semoga Allah buka pintu hati kita semua untuk cintakan Al Quran.Ameen.
Sesiapa yang nak belajar Al-Quran balik from Alif sila call
The Foundation School Of Al Quran/Yayasan Sekolah AlQuran
Banggunan Wisma Warisan, 33 Jlan Yap ah Shak, K.L (Belakang SME Bank & Hotel Sheraton Imperial) Tel-03-2691-3286(di nasihatkan pergi sendiri utk pendaftaran)
***Percuma & terbuka utk semua golongan dewasa*** # Membacanya dng betul adalah ibadat & diberi pahala besar 1huruf x 10 kebajikan # Dapat membersihkan titik hitam di hati # Syafaat di alam barzakh & akhirat spt dlm Surah Al Mulk/Al Kahfi dan Al Quran kesekuruhannya # Membaca dng ikhlas & betul memperolehi petunjuk & dijauhkan drpd syirik # Dan lain2 ganjaran bagi ahli Al Quran termasuk memberi cahaya utk ibubapa...Wallahualam
Posted by ayub, on 03-04-2008 15:06, IP 211.25.51.14, Guest
27. ...
ketika membaca artikel uzar teringat diri sendiri yang jarang membaca kalam Allah itu terasa ingin mengalirkan air mata..
mungkin kita tak sedar bahawa kita yang sisihkan al quran,sebab itu lah umat islam diperkotak katikkan oleh orang bukan islam. saya menyeru diri sendiri dan kepada saudara ku kembali lah kepada al quran dan al sunnah..
maaf saya bertanya di ruangan mungkin tak sesuai ni..dalam buku formula solat muka 11 tajuk perkara rukun dalam solat. 1 je saya nak tanya.. "duduk antara dua sujud adalah rukun bagi jumhur ulama tapi hanya wajid bagi hanafi" adakah maksud wajib tu jika tak buat tetap sah solat cuma cacat? saya tak faham uzar.. saya dah cuba faham..
Posted by mas, on 03-04-2008 15:05, IP 211.25.51.14, Guest
28. ...
Salam, J-qof, bila dengar video pertama tu mcm ada doa Nabi Ibrahim. Saya buat carian dlm handphone quran saya. Hasilnya, Imam sdg baca Surah Ibrahim (14:28-52).
Posted by kadir rahman, on 03-04-2008 15:04, IP 211.25.51.14, Guest
30. ...
j-QAF,
Surah: Ibrahim Ayat 28-52
28. أَلَمْ تَرَ إِلَى الَّذِينَ بَدَّلُواْ نِعْمَةَ اللّهِ كُفْراً وَأَحَلُّواْ قَوْمَهُمْ دَارَ الْبَوَارِ Tidakkah engkau melihat (dan merasa ajaib) terhadap orang-orang kafir yang telah menukar kesyukuran nikmat Allah dengan kekufuran dan yang telah menempatkan kaum mereka dalam kebinasaan? 29. جَهَنَّمَ يَصْلَوْنَهَا وَبِئْسَ الْقَرَارُ (Iaitu) Neraka Jahanam yang mereka akan menderita bakarannya dan (ingatlah), seburuk-buruk tempat tetap ialah Neraka Jahanam. 30. وَجَعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً لِّيُضِلُّواْ عَن سَبِيلِهِ قُلْ تَمَتَّعُواْ فَإِنَّ مَصِيرَكُمْ إِلَى النَّارِ Dan mereka mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah untuk menyesatkan manusia dari jalanNya. Katakanlah (wahai Muhammad): Bersenang-senanglah kamu (bagi sementara di dunia), kerana sesungguhnya kesudahan kamu ke Neraka. 31. قُل لِّعِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُواْ يُقِيمُواْ الصَّلاَةَ وَيُنفِقُواْ مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرّاً وَعَلانِيَةً مِّن قَبْلِ أَن يَأْتِيَ يَوْمٌ لاَّ بَيْعٌ فِيهِ وَلاَ خِلاَلٌ Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, samada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan). 32. اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ وَسَخَّرَ لَكُمُ الْفُلْكَ لِتَجْرِيَ فِي الْبَحْرِ بِأَمْرِهِ وَسَخَّرَ لَكُمُ الأَنْهَارَ Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya). 33. وَسَخَّر لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَآئِبَينَ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. 34. وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ وَإِن تَعُدُّواْ نِعْمَتَ اللّهِ لاَ تُحْصُوهَا إِنَّ الإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ ۞215 Dan Dia telah memberi kepada kamu sebahagian dari tiap-tiap apa jua yang kamu hajati dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah kamu menentukan bilangannya. Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat Tuhannya. ۞215 35. وَإِذْ قَالَ إِبْرَاهِيمُ رَبِّ اجْعَلْ هَـذَا الْبَلَدَ آمِناً وَاجْنُبْنِي وَبَنِيَّ أَن نَّعْبُدَ الأَصْنَامَ Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan berkata: Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku dari perbuatan menyembah berhala. 36. رَبِّ إِنَّهُنَّ أَضْلَلْنَ كَثِيراً مِّنَ النَّاسِ فَمَن تَبِعَنِي فَإِنَّهُ مِنِّي وَمَنْ عَصَانِي فَإِنَّكَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku) maka dia adalah dari golonganku dan sesiapa yang menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat). 37. رَّبَّنَا إِنِّي أَسْكَنتُ مِن ذُرِّيَّتِي بِوَادٍ غَيْرِ ذِي زَرْعٍ عِندَ بَيْتِكَ الْمُحَرَّمِ رَبَّنَا لِيُقِيمُواْ الصَّلاَةَ فَاجْعَلْ أَفْئِدَةً مِّنَ النَّاسِ تَهْوِي إِلَيْهِمْ وَارْزُقْهُم مِّنَ الثَّمَرَاتِ لَعَلَّهُمْ يَشْكُرُونَ Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang (dan memakmurkannya dengan ibadat). Oleh itu, jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar kepada mereka, (supaya datang beramai-ramai ke situ) dan kurniakanlah rezeki kepada mereka dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman, semoga mereka bersyukur. 38. رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ وَمَا يَخْفَى عَلَى اللّهِ مِن شَيْءٍ فَي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاء Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah! 39. الْحَمْدُ لِلّهِ الَّذِي وَهَبَ لِي عَلَى الْكِبَرِ إِسْمَاعِيلَ وَإِسْحَاقَ إِنَّ رَبِّي لَسَمِيعُ الدُّعَاء Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan Memperkenan doa permohonan. 40. رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. 41. رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ ۞216 Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan ۞216 42. وَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ غَافِلاً عَمَّا يَعْمَلُ الظَّالِمُونَ إِنَّمَا يُؤَخِّرُهُمْ لِيَوْمٍ تَشْخَصُ فِيهِ الأَبْصَارُ Dan janganlah engkau (wahai Muhammad) menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar melihat keadaan yang berlaku). 43. مُهْطِعِينَ مُقْنِعِي رُءُوسِهِمْ لاَ يَرْتَدُّ إِلَيْهِمْ طَرْفُهُمْ وَأَفْئِدَتُهُمْ هَوَاء (Dalam pada itu) mereka terburu-buru (menyahut panggilan ke padang Mahsyar) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip dan hati mereka tidak bersemangat (kerana bingung dan cemas). 44. وَأَنذِرِ النَّاسَ يَوْمَ يَأْتِيهِمُ الْعَذَابُ فَيَقُولُ الَّذِينَ ظَلَمُواْ رَبَّنَا أَخِّرْنَا إِلَى أَجَلٍ قَرِيبٍ نُّجِبْ دَعْوَتَكَ وَنَتَّبِعِ الرُّسُلَ أَوَلَمْ تَكُونُواْ أَقْسَمْتُم مِّن قَبْلُ مَا لَكُم مِّن زَوَالٍ Dan berilah amaran (wahai Muhammad) kepada manusia yang ingkar itu jangan mereka lupakan hari kiamat yang padanya mereka akan didatangi azab, kerana pada saat itu, orang-orang yang berlaku zalim akan merayu dengan berkata: Wahai Tuhan kami, (kembalikanlah kami ke dunia dan) berilah tempoh kepada kami hingga ke suatu masa yang dekat, supaya kami menyahut seruanMu (untuk mengesakanMu dan mentaati perintahMu) dan supaya kami menurut agama yang disampaikan oleh Rasul-rasul itu dan (rayuan mereka akan ditolak dengan dikatakan kepada mereka): Tidakkah kamu telah diberikan tempoh untuk berbuat demikian dan bukankah kamu telah bersumpah (semasa kamu dalam dunia) dahulu, bahawa keadaan kamu tidak akan mengalami sebarang perubahan? 45. وَسَكَنتُمْ فِي مَسَـاكِنِ الَّذِينَ ظَلَمُواْ أَنفُسَهُمْ وَتَبَيَّنَ لَكُمْ كَيْفَ فَعَلْنَا بِهِمْ وَضَرَبْنَا لَكُمُ الأَمْثَالَ Padahal kamu telah mendiami tempat-tempat tinggal orang-orang yang berlaku zalim kepada diri mereka sendiri, serta telah ternyata kepada kamu dengan bukti-bukti yang jelas bagaimana Kami telah mengubah keadaan mereka (dengan menimpakan mereka berbagai bencana) dan Kami pula telah nyatakan kepada kamu berbagai contoh perbandingan (di dalam Al-Quran dan melalui sabda Rasul). 46. وَقَدْ مَكَرُواْ مَكْرَهُمْ وَعِندَ اللّهِ مَكْرُهُمْ وَإِن كَانَ مَكْرُهُمْ لِتَزُولَ مِنْهُ الْجِبَالُ Dan sesungguhnya mereka telah menjalankan rancangan jahat mereka (untuk menentang Islam), sedang di sisi Allah ada balasan bagi rancangan jahat mereka, walau rancangan jahat mereka itu, dapat melenyapkan gunung-ganang sekalipun. 47. فَلاَ تَحْسَبَنَّ اللّهَ مُخْلِفَ وَعْدِهِ رُسُلَهُ إِنَّ اللّهَ عَزِيزٌ ذُو انْتِقَامٍ Oleh itu, janganlah engkau menyangka Allah memungkiri janjiNya kepada Rasul-rasulNya; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Sedia Membalas (orang-orang yang menderhaka kepadaNya). 48. يَوْمَ تُبَدَّلُ الأَرْضُ غَيْرَ الأَرْضِ وَالسَّمَاوَاتُ وَبَرَزُواْ للّهِ الْوَاحِدِ الْقَهَّارِ (Ingatlah) masa hari bumi ini diganti dengan yang lain, demikian juga langit; dan manusia semuanya keluar berhimpun mengadap Allah, Yang Maha Esa, lagi Maha Kuasa. 49. وَتَرَى الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ مُّقَرَّنِينَ فِي الأَصْفَادِ Dan engkau akan melihat orang-orang yang berdosa pada ketika itu diberkas dengan belenggu. 50. سَرَابِيلُهُم مِّن قَطِرَانٍ وَتَغْشَى وُجُوهَهُمْ النَّارُ Pakaian mereka dari belangkin (minyak tar) dan muka (serta seluruh badan) mereka diliputi oleh jilatan api Neraka. 51. لِيَجْزِي اللّهُ كُلَّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ إِنَّ اللّهَ سَرِيعُ الْحِسَابِ (Keluarnya manusia dari kubur masing-masing itu ialah) kerana Allah akan membalas tiap-tiap seorang apa yang dia telah usahakan; sesungguhnya Allah amat cepat hitungan hisabNya. 52. هَـذَا بَلاَغٌ لِّلنَّاسِ وَلِيُنذَرُواْ بِهِ وَلِيَعْلَمُواْ أَنَّمَا هُوَ إِلَـهٌ وَاحِدٌ وَلِيَذَّكَّرَ أُوْلُواْ الأَلْبَابِ ۞217 (Al-Quran) ini disampaikan kepada manusia supaya mereka diberi ingat dan diberi nasihat dengannya dan supaya mereka mengetahui (dengan hujah-hujah yang tersebut di dalamnya) bahawa sesungguhnya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa dan supaya orang-orang yang mempunyai fikiran, beringat dan insaf. ۞217
Posted by fahmi, on 03-04-2008 14:16, IP 60.52.101.22, Guest
33. ...
untuk makluman semua. ada 2 cara system admin block youtube ini. saya sys admin. pertama depa block terus daru masuk youtube. so bile uzar letak link kat sini pun tak guna. sebab pc u all still kena connect ke website youtube.
yang ke 2 sys admin u all mesti block any video berformat flash dari dload ke pc u all.. tu yg kadang2 u masuk website youtube bole.. to nak play video tak bole. so check it out ok..
Posted by Yuzaidi CM, on 03-04-2008 11:23, IP 60.52.101.22, Guest
34. ...
Assalamualaikum Ustaz. Alhamdulillah saya dapat lihat link tersebut dan tak ada masalah. Video yg pertama memang sungguh syahdu saya (yg tak paham bahasa Arab) mendengarkannya. Kalau faham bahasa Arab rasa lagi menusuk kalbu. Bagi nasihat sikit pada saya utk belajar bahasa Arab. Terima kasih Ustaz. Wassalam.
Posted by MK, on 03-04-2008 11:22, IP 60.52.101.22, Guest
36. ...
Ye, benar. linknya ada. mungkin 'Yang Ingin Tahu' buka website ini dari pejabat kot. Ada beberapa syarikat yg block website youtube. Jika nak kepastian, sila buka YouTube jika tak boleh, memang betul youtube di block.
Posted by j-QAF, on 03-04-2008 11:22, IP 60.52.101.22, Guest
37. ...
Salam.. video pertama tu surah apa ustaz?? saya tak faham bahasa arab lah.. kalau boleh saya tahu surah apa dan ayat berapa? boleh juga saya buat semakan.. terima kasih ustaz..
Posted by zaim yusoff, on 03-04-2008 11:22, IP 60.52.101.22, Guest
38. ...
salam ustaz
blank juge ler ustaz. saya rasa elok kalo ustaz copy pastekan linknyer dekat dalam post. so, kalo tak dapat keluar pun youtube at least kiteorg tau address die. jazakallah ustaz. peringatan yang baik!
Posted by Yang Ingin Tahu, on 03-04-2008 09:35, IP 60.52.101.22, Guest
46. ...
Assalamualaikum,
Quote
Berikut disertakan bacaan ayat-ayat Al-Quran yang amat baik, saya sendiri tidak dapat menahan air mata dari mengalir dengan bacaan ini..pembawa ketenangan jiwa.
BLANK DI SINI
Beirkut pula satu lagi yang berserta dengan penghayatan erti dan kandungan bagi mereka yang tidak memahiri bahasa arab al-quran.
PUN BLANK DI SINI
Akhirnya, moga kita tidak tergolong dalam golongan yang menghina al-quran dengan ketidakpedulian kita.
UZAR lupa nak sertakan link kot? Atau PC saya yang tak dapat baca?
Moga sama2 kita hayati Al Quran. Jadikan amalan, lepas Subuh MESTI baca walaupun 1" pipi"..
uzar : linknya ada..mungkin komputer sdr ada masalah dengan youtube kot?..saya rasa komputer saya boleh buka dan ada linknya..bgmn dengan pelawat yang lain??