Utama arrow Politik & Dakwah arrow Kewangan arrow Hukum Peraduan SMS Menang Camry (Kemaskini)
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 69 guests online
PDF Print
User Rating: / 82
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 03-06-2008 11:30
Views 19961    
Favoured 27

Hukum Peraduan SMS Menang CAMRY

  Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net 

 
toyota camry
Sebuah berita menyebut :-
 
KUALA LUMPUR : Celcom ( Malaysia ) Bhd menawarkan 100 unit Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE kepada pelanggan pasca bayar dan pra bayarnya menerusi peraduan 'Celcom 100 Hari 100 Kereta' bermula hari ini.

i.          sebuah kereta akan diberi setiap hari selama 100 hari berturut-turut kepada pemenang peraduan berkenaan.

ii.         Pelanggan perkhidmatan Celcom yang berminat menyertai peraduan itu hanya perlu menaip kata kunci CARS dan hantar melalui SMS ke nombor 22222. Promosi itu terbuka kepada pelanggan sedia ada dan baru Celcom.

iii.        Pelanggan yang dapat menjawab 10 soalan dengan tepat serta mendapat mata paling banyak akan dipilih sebagai pemenang.

iv.        Peserta dengan mata tertinggi juga berpeluang memenangi tambahan sebuah kereta Toyota Camry model sama pada hujung minggu.

v.         Setiap SMS yang dihantar dikenakan RM5.

vi.        Kempen itu berlangsung selama 100 hari bermula hari ini hingga 9 September ini. Pada masa ini, Celcom mempunyai 1.5 juta pelanggan pasca bayar dan 6.3 juta pelanggan pra bayar.

vii.       Beliau berkata, promosi 100 hari itu bertujuan memberi ganjaran kepada pelanggan setia atas sokongan yang diberikan kepada syarikat berkenaan
 

ULASAN UZAR :
 
Secara rasmi dan mudahnya, ia adalah peraduan yang haram di sisi Islam kerana perjudian. Ini kerana semua peserta yang menghantar SMS terdedah kepada kerugian RM 50 (kerana mesti menjawab 10 soalan terlebih dahulu, sedangkan satu sms = RM 5) atau berpeluang mendapat untung sebuah kereta. Hanya seratus orang akan berjaya dari berjuta peserta. Syarikat pasti meraih untung yang lebih berbanding peserta. 
 
Ia tidak ubah seperti peraduan "Who Wants To Be A Millionaire" dengan sedikit perbezaan sahaja. 
 
Peserta mungkin berkata
 
"Alah, apalah sangat dengan RM 5 atau RM 50 .. redha sahaja, kami tidak rasa dizalimi pun"
 
Namun wajib diingati, pengharaman perjudian adalah hak Allah swt dan sebarang keredhaan dalam perkara yang menjadi hak Allah adalah TERTOLAK. Redha dalam hal dosa seperti ini, adalah redha maksiat. Malah lebih dahsyat dari itu, kerdehaan dalam perilaku dosa yang mencarik hak Allah adalah akan menjadikan ia sebagai satu dosa yang lebih besar.
 
Mungkin juga ada yang berkata :-
 
"Tapi ustaz, bukankah ada manfaat untuk kita peraduan sebegini, bukan senang nak dapat peluang "
 
Memang benar ada manfaatnya, namun keburukannya jauh lebih besar, sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah swt sendiri :-
 
يَسْأَلُونَكَ عَنِ الْخَمْرِ وَالْمَيْسِرِ قُلْ فِيهِمَا إِثْمٌ كَبِيرٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِ وَإِثْمُهُمَآ أَكْبَرُ مِن نَّفْعِهِمَا
Ertinya : Mereka bertanya kepadamu tentang khamar dan judi Katakanlah: ""Pada keduanya itu terdapat dosa besar dan beberapa manfaat bagi manusia, tetapi dosa keduanya lebih besar dari manfaatnya ( Al-Baqarah : 219 )
 
Saya teringat pernah menonton "National Geographic" yang mendokumentasikan perihal pusat perjudian di Macau. Saya masih ingat kata-kata pengusaha dan pemain judi dalam interview dengan wartawan dokumentasi itu,
 
"dari 10 kali main, biasanya hanya sekali menang dan 9 kali kalah".
 
Berikut pula info yang amat jelas dari seorang yang telah menyertai peraduan ini, saya petik dari ruangan komen di bawah. Ia sangat membuktikan ia judi yang amat menindas dan zalim.
 
Pada 2 Jun (iaitu tarikh bermula peraduan tersebut) saya mula hantar SMS jam 8.30 mlm. Sehingga pukul 1 pagi, keseluruhan SMS yang saya terima daripada syarikat tersebut lebih kurang 200 SMS. yang di caj RM5 ialah lebih kurang 60 SMS. Dengan harapan yang menggunung untuk memperolehi kereta tersebut, saya telah melabur sebanyak RM300.  
 
terus terang saya katakan,saya turut menunaikan solat hajat untuk memenangi pertandingan ini. Hajat saya jika menang ialah dapatlah saya ringakan beban saya membayar hutang kereta yang sedia ada, selain dapat menggunakannya untuk buat ibadat (pergi kerja, berteduh, masjid)-- adakah tindakan saya betul ustaz?? 
 
Setiap SMS yang diterima sangat teruja dan membuatkan pelanggan akan sentiasa ingin ber SMS dan menjawab soalan. Maka, saya telah terperangkap dalam permainan ini.
 
 
Itulah sifat judi, pengusaha akan sentiasa lebih mendapat manfaat dan keuntungan. Ia sememangnya sebuah permainan yang amat buruk.
 
Jauhilah darinya, apatah lagi solat hajat dalam berjudi. Segeralah sampaikan kepada adik beradik, rakan-rakan dan taulan. Jangan sampai sebuah kereta Camry menyebabkan penyesalan tak sudah di alam barzakh dan akhirat kelak.
 
Ini pula satu lagi pengakuan penting dari pekerja di syarikat tersebut :-
 
Cuba baca pengakuan seorang pekerja di syarikat tersebut ini (saya petik dari ruangan komentar artikel ini). "Saya adalah seorang yang bekerja dengan xxxxxm, saya akui memang saya menentang sekeras-kerasnya peraduan ini yang memang jelas berunsur perjudian.. Ada jugak kenalan-kenalan yang dah terjebak dengan peraduan ni dan ada juga customer yang tanya dengan saya bila nak dapat kereta sedangkan diorang ada yang telah melabur sebanyak RM3000++ (ada bukti) tapi masih belum menang... memang agak memeranjatkn saya apabila ada yang sanggup belanja beribu-ribu untuk peraduan ni..." 
 
Bayangkan betapa ghairahnya orang di zaman ini dalam bab duit dan harta segera, sehingga mudah kerap ditipu, diperdaya dan  terjebak judi. Mereka berlumba-lumba menjawab soalan dari sms CELCOM ini kerana ingin mendapat mata tertinggi setiap hari bagi meraih sebuah kereta CAMRY, hingga terkorban RM 3000 sehari !! tanpa camry, tetapi hanya minyak yang naik harga RM 0.78 seliter.
 
Pihak syariikat cuba mempertahankan tindakannya dengan mendakwa bahawa peserta tidak dizalimi kerana dengan setiap RM5 itu, syarikat akan memberikan wallpaper dan buku koleksi gambar kereta kepada pelanggan. Atas alasan itu mereka CUBA mendakw aia halal dan pelanggan tiada kerugian.
 
Sebanranya, Ia adalah satu helah keji perjudi an kerana hakikatnya tiada siapa yang inginkan wallpaper itu, semua yangmenyertainya adalah menumpukan kepada kereta/. SIla baca pengakuan seorang yang menyertainya ini:-
 
Saya join peraduan ni bermula 3/6/06 hingga 6/6/08 dan mdapat poin sbyk 1,310,000 dan duit saya telah habis lebih kurang RM 1250.tapi tiada sebarang hasil & kemudian baru saya sedar yg ini adalah penipuan kerana setiap sms yg dicaj rm5 tu untuk kita beli wallpaper gallery yg sebenarnya kita tak nak pun tp terpaksa jugak kerana nk kan toyota camry tu.celcom jugak mhantar kata2 semangat setiap kali soalan djawab dgn betul hingga kita rasa seolah kita betul2 akan menang. Sekarang saya dah insaf..  (Petikan dari ruangan komen)
 
Akhirnya firman Allah s.w.t tentang pengharaman judi yang disamakan dengan najis dan kerja Syaitan:-
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْخَمْرُ وَالْمَيْسِرُ وَالأَنصَابُ وَالأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ الشَّيْطَانِ فَاجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ  
Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah perbuatan keji termasuk perbuatan Syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan ( Al-Maidah : 90 )
 
Bagi pihak saya, saya telah memaklumkan isu ini kepada YB Dato' Ahmad Zahid Hamidi dan juga beberapa orang Mufti. Moga mereka dapat membantu umat Islam sesegera yang mungkin melalui kuasa dan autoriti mereka.  
 
Sekian,
 
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net 
3 Jun 2008 

 

 


petikan berita hari ini ( 4 jun 08 )

 

Kami mengucapkan tahniah kepada Suzana yang dipilih sebagai pemenang pertama kempen 100 Hari 100 Kereta yang diadakan ini.

"Celcom masih mempunyai 99 kereta lagi dan menyaran kepada pelanggan untuk mengambil bahagian dalam kempen berkenaan. Anda mungkin dipilih sebagai pemenang Toyota Camry untuk hari berikutnya," katanya dalam kenyataan di Kuala Lumpur, semalam.

Promosi khidmat pesanan ringkas (SMS) 100 Hari 100 Kereta Celcom itu menawarkan peluang memenangi kereta Toyota Camry 2.0E 1AZ-FE setiap hari untuk pelanggan pasca bayar dan prabayar syarikat itu. Menerusi promosi itu, pelanggan yang mendaftar untuk peraduan berkenaan perlu menjawab soalan yang disediakan menerusi SMS, dengan yang menghantar paling banyak jawapan yang betul pada setiap hari akan dipilih sebagai pemegang.

Celcom turut menyediakan sebuah kereta tambahan untuk dimenangi pada setiap hujung minggu sepanjang tempoh peraduan itu yang mana peserta dengan markah tertinggi mingguan akan dipilih sebagai pemenang.

Pemenang kereta harian akan diumumkan menerusi SMS tahniah dan dihubungi menerusi telefon sebelum 12 malam pada keesokan harinya.

 

 ULASAN UZAR :

 

Sila baca di petikan berita 4 Jun 2008  yang saya 'bold', ia jelas memerlukan pelanggan hantar sebanyak sms kepada mererka untuk menang. Menurut laporannya, soalan dari pihak CELCOM TIDAK HENTI-HENTI MASUK selagi pelanggan menjawab. Sedangkan satu SMS yang dihantar oleh CELCOM bernilai RM 5 ditanggung oleh pelanggan. Ia Judi yang amat jelas dan menindas.

 

 

 

Last update: 11-06-2008 09:11

Published in : Soal Jawab, Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (167) RSS feed comment
Posted by asray, on 03-01-2009 13:34, IP 130.102.0.176, Guest
1. mana pihak berkuasa?????
salam, 
ape nak jadi, mana tindakan pihak berkuasa? dah beri kuasa, taknak guna, takde kuasa melobi2 nak kuasa.  
pandangan saya, eloknya semua iklan & peraduan perlu ditapis elok. mcm iklan ubat, ada lembaga iklan ubat supaya tidak menyeleweng. tak kisah la, kat tv, radio,tv or paper ke? tengok iklan urut2, cuba call ntah2 iklan pelacur. 
kenapa jadi mcm ni? 
sbb pihak berkuasa tak guna kuasa, cuba buat undang2 setiap peraduan melibatkan org islam mesti disaring dulu oleh jakim, kalu dah sah haram then diluluskan jugak, biar depa yg tanggung. 
ramai ingat kompeni melayu, mesti halal punye, woi... jgn lupe melayu murtad pun ada
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 23-10-2008 23:59, IP 194.80.178.1, Guest
2. ...
ustaz kenape local authority x stop je peraduan tu? ape actually perkembangan majlis fatwa kebangsaan berkaitan peraduan celcom tu skrg ni? 
 
UZAR : dah stop dah, artikel ini ada tarikh, sila lihat tarikh dan artikel beirkutnya berkenaan hal ini
 
» Reply to this comment...

Posted by LEGA, on 17-07-2008 19:18, IP 194.80.178.1, Guest
3. ...
Alahmdulillah nampaknya Celcom dah bayar balik; saya tak bayar pun bahagian 100 car; cuma bayar bahagiang lain. Bila bil baru dtg, charge 100 car tu dah tak da.... :grin  
 
UZAR : tahniah, tapi jangan lupa ia sbgi pengajran dan jangan ter'serta' mana-mana judi lagi.OK
 
» Reply to this comment...

Posted by Ustazah Cyber, on 15-07-2008 20:58, IP 194.80.178.1, Guest
4. ...
assalamualaikum Ustaz, 
mohon izin menyalin artikel daripada laman web ustaz.Syukran.http:// ustazahcyber.blogspot.com/ 
 
:)  
 
uzar : silakan ustazah
 
» Reply to this comment...

Posted by Syukur, on 10-07-2008 17:34, IP 62.136.230.51, Guest
5. ...
Alhamdulillah CELCOM dah SMS nak refundkan duit semula. SMS English kata melalui potongan airtime; SMS Melayu kata nak pulangkan begitu saja. Yg tak bayar macamana? Adakah Celcom nak batalkan dlm bil akan datang? Kalau begitu tak payah tukar dari Celcom lah ;-)
 
» Reply to this comment...

Posted by Zaiy, on 02-07-2008 15:51, IP 60.52.103.181, Guest
6. ...
Asalamulaikum Ustaz, 
 
Saya baru saje joint group ini dan amat teruja dengan artikel yang diberikan. Untuk makluman ustaz, saya juga telah terjebak sama dengan parduan yang dianjurkan oleh celcom dan sekarang selepas membaca artikel ustaz dan juga atas nasihat kawan-kawan saya rasa, saya telah tertipu dengan peraduan ini. Saya inginkan pandangan ustaz bagaimana cara nak disalurkan aduan agar celcom pulangkan balik wang peraduan yang telah saya habiskan untuk menyertai peraduan ini. Bukannya sedikit jumlahnya, ribuan ringgit jugak dan saya telah mengumpulkan 3.9 juta mata tetapi masih tidak berjaya dan merasa tertipu. 
 
Pada awalnya niat saya hanyalah untuk menghadiahkan kereta itu sekiranya saya menang kepada suami saya memandangkan ianya adalah kereta idaman suami saya.Tak sangka pulak ianya jadi begini dan inilah kali pertama saya menyertai peraduan. 
 
Saya benar-benar berharap pihak celcom dapat memulangkan semula duit saya. 
 
Boleh tak saya mengemukakan aduan kepada Tribunal Pengguna?. 
 
Yang berharap, 
 
zaiy
 
» Reply to this comment...

Posted by sialcom, on 30-06-2008 17:20, IP 60.52.103.64, Guest
7. ...
sudah rugi baru kata sialcom tipu duit dan peraduan haram. pergi cuba beritahu pemenang kereta dan suruh mereka kembalikan kereta itu. Jikalau haram kenapa mereka boleh tuntut kereta? 
 
Semua yang bermain peraduan ini melebihi umur 18thn. Tahu baca syarat2 kan? Takkan tak tahu yang pemilihan pemenang adalah berdasarkan loteri! APahal mahu cuba nasib lagi? 
 
Boikot itu memang bagus. Tapi kena jugak bayar bil dulu, kalau tidak mcm mana digi n maxis boleh bagi u line sebab anda telah disenarai hitam. 
 
:grin
 
» Reply to this comment...

Posted by Shaharol, on 29-06-2008 20:45, IP 124.13.136.179, Guest
8. ...
Assalamualaikum Ustaz.. 
Saya baru beli kereta proton seminggu yang lepas dengan loan Eon Islamic Bank.. Adakah loan yang saya buat ini terlibat dengan riba? Saya harap Ustaz dapat menjelaskan persoalan saya ini..Terima kasih :grin :grin
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 28-06-2008 13:33, IP 60.52.101.75, Guest
9. ...
askm..saya setuju dengan cadangan saudara pembela tu..jom pakat2 tukar talian.. 
 
saya nak beri satu peringatan kepada pihak2 berwajib..sekiranya saya tidak mendapat semula wang saya akibat tertipu dengan dakyah judi 2,maka kita jumpa saja di akhirat.. 
 
saya pasti akan tuntut pembelaan di hadapan Pencipta kita yakni ALLAH..yang pasti nya celcom penipu 2, jakim, ppim dll akan saya heret.. 
 
bagi saya hanya skmm sahaja yang memainkan peranannya dengan betul.tahniah skmm..saya tidak akan redha walauun satu sen pun duit saya 2..ini adalah kerana sekiranya celcom telah menyatakan pada awal2 peraduan bahawa peraduan ini adalah judi,maka konfim saya sebagai umat islam akan menjauhinya.. 
 
k see u there in akhirat celcom,jakim and ppim
 
» Reply to this comment...

Posted by PEMBELA MJG, on 28-06-2008 09:51, IP 60.52.101.75, Guest
10. ...
SALAM, 
SAYA TELAH MEMBACA BERBAGAI2 LUAHAN DARI PELBAGAI RUANGAN DARIPADA RUANGAN BERCETAK, BLOG DAN SEBAGAINYA. SAYA JUGA MERUPAKAN SEORANG PELANGGAN SETIA CELCOM SEMENJAK TAHUN 2000 DAN JUGA MERUPAKAN SEORANG YANG TERPEDAYA DENGAN PERADUAN KERETA TERSEBUT. TALIAN PUN TELAH DISEKAT DAN PERLU MEMBAYAR SEGALA WANG PERTARUHAN DAHULU SEBELUM DIBUKA SEMULA TALIAN TERSEBUT. 
OLEH KERANA PERKARA INI TELAH PUN DIHARAMKAN DAN CELCOM JUGA MASIH TIDAK MAHU MENJAGA HATI PELANGGAN2NYA YANG BERJUTA2 DI MALAYSIA INI, SAYA INGIN MENGAJAK SAUDARA DAN SAUDARI SEKELIAN MEMBOIKOT SYARIKAT TERSEBUT. KITA ADA DUA LAGI SYARIKAT KOMUNIKASI YANG SEMEMANGNYA MENUNGGU DAN MELAMBAI2 PELANGGAN YANG BARU. BAYANGKAN KALAU 6 JUTA PELANGGAN CELCOM BERTUKAR TALIAN. MASA TU BARU NAK NYESAL........................ ............ JOM KITA RAMAI2 TUKAR TALIAN BARU!!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by sialcom, on 25-06-2008 18:05, IP 60.52.99.18, Guest
11. ...
apa cerita terkini?
 
» Reply to this comment...

Posted by 1 of the winner, on 20-06-2008 19:35, IP 60.52.102.138, Guest
12. ...
(komen anda dipadam kerana terlalu banyak menggunakan bahasa maki hamun kepada peserta atau mangsa celcom)
 
» Reply to this comment...

Posted by elly, on 19-06-2008 13:24, IP 60.52.102.53, Guest
13. ...
macamana pula dengan peraduan sms roadwinner yang menawarkan hadiah wang tunai setiap hari dan wang tunai utama rm25,000 setiap bulan. sms roadwinner lagi terang terangan mcm nombor ekor pasal pemenang adalah dari no plat kereta yang kene spot.cuma berselindung disebalik pemanduan cermat.cuba siasat 
 
dan kalau tak silap saya, setiap sms rm3 setiap minggu. renung renungkan 
 
UZAR : SAYA DAH LAMA TULIS TENTANG ROADWINNER DI WEB NI.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 18-06-2008 18:36, IP 60.52.98.219, Guest
14. ...
Kepada tumpangtanye, 
duwet yang dipulangkan adalah duwet pengguna. Bukan duwet hasil (hadiah) dari permainan judi. Maka, duwet tersebut tidak haram. Betol tak pendapat saya ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by tumpanglalu, on 18-06-2008 09:09, IP 60.52.98.219, Guest
15. ...
pela bengap sangat tumpangtanya..kami semua para pengguna celcom yang beragama ISLAM sudah semestinya tidak akan menghalalkan walaupun satu sen pun duit kami dilaburkan untuk perkara2 yang tidak diredhai oleh ALLAH ni.. 
 
Kami semua telah ditipu dengan dakyah judi celcom ni..manakan tidak, kan celcom diterajui oleh yang beragama ISLAM dn syarikat GLC di malaysia..tambahan pula malaysia adalah sebuah negara islam..so tanpa teragak2 kami telah memasuki peraduan ni..manalah kami tahu yang peraduan ini haram kecuali selepas 3 hari pelancarannya..terimakasih kepada mufti perlis kerana telah menyedarkan kami bahawa peraduan itu ada unsur2 gharar dan judi..jadi kami ingin menuntut semula duit kami yang telah kami habiskan akibat DAKYAH JUDI CELCOM TU.KAMI TIDAK MAHU DUIT KAMI DILABURKAN UNTUK BENDA2 HARAM..PULANGKAN DUIT KAMI CELCOM
 
» Reply to this comment...

Posted by azlan, on 18-06-2008 09:08, IP 60.52.98.219, Guest
16. ...
assalamualikum saya antara yang terlibat,saya baru dapat tahu yang peraduan ini diharamkan.... disini bukan saja saya nak menyatakan bahawa peraduan ini adalah judi tapi ada unsur penipuan jugak....sebab sesiapa YANG MENGGUNAKAN POSPAID CELCOM tentu tahu berkenaan HAD KREDIT MAKSIMUN selalunya dalam sekitar RM 300 kenapa semasa peraduan ini celcom tidak mengesan penggunaan HAD KREDIT MAKSIMUN ini.... nampak sangat pihak CELCOM hanya nak untung dan untung dan untung.... alasan yang dierang bagi sebab sistem dierang takleh kesan HAD KREDIT MAKSIMUN semasa menjawab soklan ......... haih.... dalam zaman canggih camni pun sistem tak dapat kesan.... NAMPAK SANGAT UNSUR PENIPUAN DAH DIGUNAKAN UNTUK PIHAK CELCOM UNTUNG LEBIH!!!!!!!! ........
 
» Reply to this comment...

Posted by tumpangtanye, on 17-06-2008 21:49, IP 60.52.98.84, Guest
17. ...
Setuju dgn 100%misteriussss. Soalan pd UZAR. Jika dipulangkan semula duit kpd pelanggan ( yg dikatakan duit judi) apa hukumnya jika mereka membelanjakanya pula?. Ini kerana perbuatan tersebut sudah dikira haram, status wang itu b'mana?.
 
» Reply to this comment...

Posted by misteriussss, on 16-06-2008 15:56, IP 60.52.96.96, Guest
18. ...
Tak payah salahkan celcom...salah sendiri...Al-quran turun awal dah dari laman UZAR ni. 
 
Tapi sayang...
 
» Reply to this comment...

Posted by boy kg dusun, on 16-06-2008 14:12, IP 60.52.96.96, Guest
19. ...
Saya menyokong peraduan 100days100cars di haramkan kerana peraduan ini adalah satu bentuk perjudian ,penipuan dan penindasan kalu di kaji memang salah di sisi undang2 maka pihak celcom kenapa bayar balik duit yang telah mereka rampas dari orang rami yang mengikuti peraduan ini itu tangung jawab kamu celkom terutama peengurusi mereka dotok razali ahli koparat ternama ambil perrhatian jgn di sebabkan nila setitik habis sebalanga tergamak ke anda menipulasi pelangan kamu sendiri yang telah menyokong anda secara langsung dan tidak langsung dan anda sangup ke tindas oarang yang susah kamu jadikan orang itu bertambah susah cuba anda renungkan. kepada oarang yang memperkenalkan peraduan ini anda harus meletak jawatan dan cuba jadi orang susah macaman mereka yang anda telah tidas dan tipu saya geram nie
 
» Reply to this comment...

Posted by kucing ajaib, on 16-06-2008 09:56, IP 60.52.96.96, Guest
20. ...
sim celcom ni boleh guna kah... kan syarikat celcom ni begini? kita tak bersubahat kah klu guna sim celcom ni? dah celcom ni melayu yg punya ingat baik gak..aduii
 
» Reply to this comment...

Posted by 16-b, on 15-06-2008 18:46, IP 60.52.102.153, Guest
21. ...
Banyak Prosedur,tu la malaysia sekarang :sigh  
 
Jgn guna celcom,tukar no lain,
 
» Reply to this comment...

Posted by Tampin, on 14-06-2008 19:18, IP 60.52.102.239, Guest
22. ...
Saya hari pertama keluar iklan dah tau dah mmg HARAM. Patut kita umat Islam lebih peka benda2 yg merosakkan akidah ni. HARAM tetap HARAM. Rancangan SMS kat TV tu apa cerita pulak?. Senyap jeeee..
 
» Reply to this comment...

Posted by azleena abd.aziz, on 14-06-2008 19:17, IP 60.52.102.239, Guest
23. ...
Elok sekali kalau isu isu sedemikian dibawa bincang dalam mas media sebab ramai orang islam atau bukan islam tak sedar yang perjudian dilakukan dalam berbagai bentuk ,ie. nampak friendly - tak nampak macam mebazir duit etc. tak seterang main nombor eko, kuda , casino etc. 
Kalau ikutkan, di TV 3 especially selalu sangat main judi eg. teka teki pukul 2-4 pagi, jawab soalan melalui SMS atau talipon , tak sedar pangilan charge itu kira macam pertaruhan juga. SMS pertandingan nyayian serupa nak kan calon penyanyi yang diminati menang, sangup hantar SMS sampai kena charge berpuluh atau beratus ringit semata mata untuk penyanyi yang diminati itu menang. 
 
Pada pendapat saya pihat TV ini tahu atau tidak atau tahu tapi masih mahu ambil kesempatan juga, meletakkan organisasi mereka dalam posisi tidak bertangungjawab pada agama dan masyarakat . Ini sekaligus, mencemarkan image mereka sebagai media in compliance to rules and etiks. Media TV sangat berpengaruh dan Mesti Hentikan terus Program sedekian. Nak katakan tak ada screening tak is not true. ... 
Very funny and conflicting, TV Program banyak adakan program ugama yang bagus tetapi tetap juga adakan rancangan TV yang menjuruskan/ meransang orangramai buat maksiat. Tak credible and tak ada princip. 
 
kenapalah TV station senang senang kasi pekerjanya buat dosa dan orangramai buat dosa. Kalau kita elakkan atau halangkan perkara yang sia /maksiat , usaha dan waktu kita untuk mencapai peningkatan mutu dalam kerja yang berfaedah lebih baik dan senang. 
Cadangan isu sedemikian dibawa masuk ke perbincangan Parlimen supaya satu tindakan segera diambil untuk haramkan Peraduan judi SMS e 
 
UZAR : MEMANG BANYAK LAGI YANG HARAM, NAMUN BANYAK YANG JELAS DAN ADA YANG KAMI PUN TAK PERNAH TAHU.  
 
NAMUN YANG CELCOM INI SNAGAT POPULAR DAN ADA YANG TIDAK JELAS..JUSTERU IA MENDAPAT PRIORITI UNTUK DIDEDAHKAN
 
» Reply to this comment...

Posted by wakeke, on 14-06-2008 15:19, IP 60.52.103.198, Guest
24. ...
memang lucu la kau orang ni. 
 
bukannya semua yang main tu budak2 yang tak tahu akibatnya. Semua bukannya berbelanja rm10, rm50. Kebanyakkan menghabiskan beratus2 dan beribu RM. Kenapa? Oh sebab nak tingkatkan peluang utk menang Camry. Jangan kata tak tahu kosnya tinggi sebab setiap SMS yang celcom hantar ada tertulis RM5.00 sebagai caj premium. KEnapa tak terus terang mengakui bhw semua ini berpunca dari ketamakkan?  
 
Sekarang duit dah habis, kereta tak menang baru mau buat kecoh dan suruh celocm kembali duit?  
 
Adakah betul jikalau anda semua masuk katakan "casino" (waluapun haram, ini cuma utk saya menegaskan poin saya) dan berjudi. MEnang semua keluar tersenyum lebar. Bila kalah baru mau buat bising dan kata judi itu haram maka casino terpaksa kembalikan duit? 
 
Celcom memang salah menganjurkan peraduan sedemikian, tetapi kesalahan yang lebih besar itu bermula apabila mereka yang tamak terjerumus dlm peraduan ni. 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by nuR, on 14-06-2008 00:00, IP 60.52.99.213, Guest
25. ...
memetik komen dzul, 5/6/2008, 
 
petikan akhbar 
 
"Malah, sekiranya sembilan peserta harian berjaya mengumpul markah tertinggi yang sama pada jam 11.59 malam, mereka akan diberikan satu soalan akhir dan peserta yang dapat memberikan jawapan paling hampir  
:? dipilih pemenang," katanya pada sidang media semalam.  
 
saya sebagai "pemain" peraduan nih, nak jelaskan... 
 
tiada unsur jawapan paling hampir kerana ada 2 pilihan jawapan saja... 
satu betul, satu salah... 
 
so, mcm mana nak tentukan pemenang?? 
 
nak mata berapa byk lgi?? 
 
saya dah kumpul 2483190 mata... dah rm800 lebih melayang.. tah berapa ratus sms yg saya hantar, saya pun tak perasan... maklumlah, org tengah teruja nak menang CAMRY.. 
saya join dari 1st day, 2june... 
jam 9mlm... 
sampai hari nih... jam 3 pagi...  
bayangkan kegilaan yg telah disebabkan oleh contest ni.. 
 
cth sms perangsang: "TAHNIAH!! ANDA BETUL. TERUSKAN MENJAWAB SOALAN SETERUSNYA. TOYOTA CAMRY MUNGKIN JADI MILIK ANDA MALAM INI" 
 
ada jugak sms yg sebut " ORANG DI CELCOM SUDAH TIDAK WARAS KERANA MEREKA MEMBERI SEBUAH KERETA TOYOTA CAMRY SETIAP HARI" 
 
 
bayangkan sampai tido 2,3 pagi sebab excited sangat... 
 
jujur saya cerita... 
bila ingat nak berhenti, terpikir duit yg dah sedia habis.. apa salahnye kalau sms lagi.. untung2 menang.. 
 
sedar tak sedar, saya pun laju je menjawab sms... 
lepas tuh ada jugak senarai nama org2 melayu kita yg dah menang... lagi la hati ni membara nak sebijik camry jugak... 
 
org mudah bercakap, KENAPA TAK BOLEH FIKIR?? 
 
sy akan jawab : promotion yg diberi amat meyakinkan.. lagi2 CELCOM MILIK ORG ISLAM... 
keluar TV, PAPER, INTERNET.. takde siapa yg menghalang... lepas 2 minggu, baru kecoh.. 
 
kelakar jugak bila pikir tentang kegilaan saya dan ramai lagi rakyat malaysia... 
tengah brg naik, kita mrh2... minyak naik 78sen, tapi berbelanja RM5 takpe... sebab CAMRY punya pasal... 
 
 
mungkin silap saya tak sedar kewujudan websiti UZAR ni dulu..  
kalo tak dah lama sedar... save duit.. 
 
saya sarankan adakan website untuk sain petisyen agar memohon pemulangan balik RM5 yg telah kami laburkan... 
 
tak kisah la melalui pemotongan bil atau apa saja.. 
 
yg penting kami mohon agar hak kami di lindungi.. 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by misteriussss, on 13-06-2008 23:56, IP 60.52.99.213, Guest
26. ...
Kenapalah bebal sangat sampai melabur RM5000 tu? 
 
Salah sendiri kerana buat-buat lupa hukum agama kerana nak kan harta tak berkat..mangang
 
» Reply to this comment...

Posted by miszieda, on 13-06-2008 23:55, IP 60.52.99.213, Guest
27. ...
salam... 
 
laa, ingatkan saya saje yg tertipu... tipah tertipu... rupanye ramai lagi... 
 
betul la setiap sms yg celcom beri merangsang untuk sms lagi.. seolah2 kita lah pemenang hari to... 
 
walaupun dah ingatkan diri agar tak sms lagi, tapi bila diaorg kata "ANDA HEBAT" 
"ANDA LAH PEMENANGNYA. ANDA BAKAL BAWA PULANG TOYOTA CAMRY MLM NI" 
"NUR, ANDA MUNGKIN BERPELUANG MEMENANGI TOYOTA CAMRY MLM NI, JGN LEPASKAN PELUANG..." 
 
dan byk lagi sms yg merangsang... 
 
last2 tanpa sedar, no dah kena block coz melebihi credit limit.. 
 
sebabkan sebuah kereta, akhirnye hutang sana sini... 
 
yg dah menang maybe tak kisah... 
sebab mereka rasa berbaloi... 
tapi yg habis berbelas ribu..sampai jual motor, mcm mana?? 
 
kami tak sangka akan jadi macam nih kerana promosi besar-besaran...  
kalau nak pikir halal haram, terpikir jugak, CELCOM buat promosi besar-besaran kat tv, internet... takde org ckp apa... so, okay la kot 
 
saya rasa, patut dipertimbangkan ttg pembayaran semula.. kesian mereka yang teraniaya... 
 
bukan sikit2... ratus2 pun duit.. inikan berbelas ribu... 
 
UZAR : OO BEGITU AYAT-AYAT PROVOK YANG DIGUNAKAN.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 13-06-2008 22:00, IP 60.52.99.213, Guest
28. ...
Judi mengkhayalkan , macam candu, macam dadah, boleh lupa diri, lupa daratan , lupa tanggungjawab, lupa segala-galanya. Menyusahkan diri, mnyusahkan keluarga dan menyusahkan masyarakat. Ahirnya menyesal tak sudah. Silap haribulan boleh bunuh diri! Untuk kesejahteraan semua judi mesti diharamkam!!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by razak, on 13-06-2008 19:15, IP 60.52.99.213, Guest
29. ...
KEPADA SEMUA PELANGGAN CELCOM YANG TERTIPU,HANTARLAH SURAT YANG MENCERITAKAN BAGAIMANA ANDA DITIPU KEPADA EMEL JAKIM YANG DIBERIKAN DI BAWAH SECEPAT MUNGKIN KERANA JAKIM YANG YANG MEMBUAT KEPUTUSAN TERSEBUT.SEKURANG2NYA SURAT ANDA SEMUA AKAN DILAMPIRKAN UNTUK PERBINCANGAN
 
» Reply to this comment...

Posted by fwz, on 13-06-2008 18:49, IP 60.52.99.213, Guest
30. ...
Info..latest news dlm BH ptg ni...SKKM arah Celcom berhentikan peraduan ini. 
 
rujukan..http:// www.bharian.com.my/ Current_News/BH/Friday/ Mutakhir/20080613161048/ Article/index_html
 
» Reply to this comment...

Posted by din, on 13-06-2008 16:46, IP 60.52.99.213, Guest
31. ...
assalamualaikum...terima kasih atas semua komen2 ustaz sblm ini yang membina kesedaran masyarakat untuk memburu keberkatan allah bukan laknat allah...moga jakim tidak lagi lembab dlm membuat sebarang keputusan dan tidaka lagi penakut untuk mneyatakan yg hak..... 
p.s: yg dh jelas pun nak bawa bincang berbulan2 lamanya....ngabiskan duit rakyat je 
 
» Reply to this comment...

Posted by abdul rahim, on 13-06-2008 10:30, IP 211.25.51.205, Guest
32. ...
Kepada 'Takutkan ALLAH'. Saya nak tanya adakah program yang anda beli tu macam 'mobileincome', 'moonsoon' dll yang selalu keluar iklan dalam paper Metro tu kah? Boleh kongsi tak macammana modus operandi dia. Sebab saya perhatikan iklan2 mereka memang hebat. Hubungi saya rahimzach@yahoo.com.my. Ustaz minta laluan sikit.
 
» Reply to this comment...

Posted by wak keke, on 13-06-2008 10:29, IP 211.25.51.205, Guest
33. ...
Wakeke,  
Sebenarnya kalau Celcom ikhlas nak menghargai pelanggan senang saja; buat aja peraduan tu tanpa cas RM5. Barulah ikhlas nk bagi kereta. Mcm Petronas, isi minyak mcm biasa, tak perlu byr apa2, kalau menang, ambik kereta....khalas
 
» Reply to this comment...

Posted by nakata, on 13-06-2008 10:27, IP 211.25.51.205, Guest
34. ...
askm,saya adalah salah seorang pengguna celcom yang telah merasakan diri saya telah ditipu dengan dakyah judi celcom tu.. 
 
saya telah menghabiskan semua duit simpanan kerja saya.Tapi tak sangka duit rm6000 telah saya habiskan untuk main judi celcom ni dalam masa tak sampai 2 hari.. 
 
saya minta sangat2 agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera yakni diHARAMkan dan amat2 berharap pihak celcom memberikan semula wang saya kembali.. 
 
Saya ingatkan saya seorang je yang mengalami masalah seperti ni tp rupe2nya terdapat ramai lagi pengguna yang merasakan diri mereka ditipu..Kalu x caye buka laman web dan layari internet dan tgk rintihan para pengguna celcom yang telah ditipu hingga mencecah belasan ribuan ringgit..bahkan ada sahabat saya sendiri ntelah menjual motosikalnya EX5 semata2 nak jelaskan bill celcom sebanyak rm1500.. 
 
Saya bukanya apa, cuma menentang segala bentuk perjudian kerana ia tetap HARAM di sisi ALLAH.Saya amat berharap agar pihak PPIM dapat menjalankan tugasnya dalam membantu para pengguna ISLAM khususnya dalam menangani masalah judi celcom ini..Ini adaalah kerana peraduan celcom ini mempunyai fungsi sama seperti judi kerana ia dapat memporak perandakan keluarga dengan dibelenggu masalah hutang dengan pihak celcom..K askm 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by daus, on 13-06-2008 10:27, IP 211.25.51.205, Guest
35. ...
askm..saya ada maklumat penting kepada anda semua yakni ppengguna celcom yang telah merasakan diri mereka telah ditipu dan ditindas dengan dakyah judi celcom ni.. 
 
jom kita semua antar e-mail dan komen mengenai peraduan judi celcom kita ke jakim.. 
 
ini alamat e-melnya k.. 
webmaster@islam.gov.my 
 
Cepat2 hantar dan minta agar Jakim mengharamkan peraduan ini dan sekaligus mengembalikan duit anda kalian semula..semoga ALLAH merestui segala usaha saya selama ini dan mengampunkan dosa2 saya yang telah lalu,AMIN..
 
» Reply to this comment...

Posted by zue hamid, on 13-06-2008 07:40, IP 60.52.97.3, Guest
36. ...
salam. Alhamdulillah dan semuga usaha UZAR menjelaskan hal ini diberkati Allah swt. Syukur juga kepada NYA kerana saya tidak pernah terbuka hati pun untuk menyertai sebarang pertandingan yang melibatkan sms setakat ini. Saya tahu peluang untuk menang amat tipis sebaliknya peluang untuk kerugian wang ringgit amat tinggi. Saya ingin menyeru rakan-rakan muslim yang lain, jangan mudah terpedaya dengan sebarang pertandingan yang seperti ini. Gunalah akal fikiran yang Allah SWT berikan kita untuk membendung nafsu dan keinginan untuk menyertai pertandingan seperti ini. Tak perlu tanya dan tunggu UZAR atau mana-mana ulama untuk MENGISTIHARkan sesuatu itu halal atau haram. Sudah jelas ia merugikan kita kerana kemenangan belum pasti milik kita. Jangan terlalu taksub untuk hidup senang dan memiliki sesuatu yang kita tidak mampu dengan mudah. Berusahalah melalui jalan Allah maka hasilnya pasti diberkati.
 
» Reply to this comment...

Posted by wakeke, on 12-06-2008 20:23, IP 124.13.137.221, Guest
37. ...
jika ia diharamkan perlukah celcom bayar balik duit kpd pengguna yang telah bayar? Jika ya, perlukah pemenang kembalikan kereta sama sekali? 
 
Kenapa salahkan Celcom aje? Tanya pemenang samada mereka kecoh?  
 
Semua yang main peraduan ini bukannya budak2. Terma n Syarat dah terang2 beritahu kriteria pemilihan pemenang. APahal orang masih terjerumus dlm perangkap ini?  
 
Biar ini dijadikan sebagai pengajaran. Untuk Celcom bayar balik adalah tidak betul. Kalau celcom diarahkan bayar balik, maka celcom juga berhak ambil balik kereta dan cuma perlu bayar balik wang yang telah digunakan oleh pemenang. 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 12-06-2008 17:43, IP 124.13.137.221, Guest
38. ...
askm to all of u guys.. 
 
saya minta kita semua patut berdoa dan sembahyang hajat agar majlis mufti memutuskan ianya peraduan haram dan membayar ganti rugi kepada pihak pengguna..yang dah bayar bill dapat rebate bill semula dan sebagainya.. 
 
Saya juga berharap pihak mufti juga mesti menimbang kira para pengguna yang telh merasakan diri mereka telah ditipu oleh dakyah judi celcom itu.. 
kalau celcom x nak bayar ganti rugi kita pakat2 boikot celcom k.. 
 
Saya kecian kat beberapa teman saya yang datang kepada saya untuk meminjam wang semata2 nak bayar bill agar tidak dibarred..Ada sahabat saya telah menjual sebuah motosikalnya gara2 nk settlekan bill celcom penipu 2.. 
 
Member saya kata,sms yang diterimanya tidak henti2 masuk dan setiap sms yang dihantar 2 dicas sebanyak rm5.. 
 
memang licik taktik celcom 2,mentang2lah dah ada mufti celcom sendiri so dia orang wat peraduan ikut kepala mereka sendiri..Ingat yang HARAM tetap HARAM..ramai yang telah ditindas dan ditipu sehingga mencecah belasan ribuan ringgit.. 
 
Ingat ALLAH tu maha adil dan akan membalas segala perbuatan kita semasa di dunia..kalu celcom tidak memulangkan semula wang kepada para pengunanya maka terimalah balasannya di akhirat kelak..Ingat, sesungguhnya azab ALLAH itu sangat pedih wahai pihak celcom yang penipu dan penjudi besar..askm
 
» Reply to this comment...

Posted by kotarominami, on 12-06-2008 17:08, IP 60.52.97.134, Guest
39. ...
Kesian orang malaysia. Masing2 nak cepat kaya. Masing2 nak berkereta mewah walaupun sedar diri tak mampu. Memang dalam Al-Quran dah bagitau tentang kesukaan manusia pada harta, anak-pinak dan perhiasan etc. Diri saya sendiri belum tentu mampu manahan diri dari semua itu.  
 
Pada pendapat saya, orang2 kita semakin taksub dgn kebendaan. Mungkin poket yg semakin kurus akibat tekanan ekonomi membutakan mata kita semua. Kereta Camry, siapa tak nak? Satu kampung, satu taman perumahan terbeliak bijik mata woi! tapi budaya ini, cara hidup ini ke yang kita nak sebenarnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by ustaz ramli, on 12-06-2008 12:16, IP 60.52.97.134, Guest
40. ...
selepas ini di harapkan peraduan seperti 100days100cars tidak di wujudkan lagi demi kepentingan semua saya peraduan ini memanng berunsur perjudian secara terang -terangan pihak penganjur mengambiluntuk yang berlipat kali ganda bayangkan jika satu peserta telah menghabis 5000 keatas di kalikan dengan bilang rakyat kita yang terlibat secara langsun dan tidak langsung
 
» Reply to this comment...

Posted by ustaz ramli, on 12-06-2008 12:16, IP 60.52.97.134, Guest
41. ...
Bagi saya peraduan 100days100cars adalah satu bentuk perjudian ianya bentuk pertaruhan wang dengan umpan sebuah kereta saya dengar ramai peserta telah kerugian ribuan ringgit ada yang menerima bebanan hutang dan kredit yang tidak dapt di jelaskan untuk menangani maslah sosial dan moral mereka pihak celcom harus membayar ganti rugi kepada pesert jika betul peraduan di haram pada 17 jun ini ini kerana peraduan yang berunsur judi memang salah di sisi undang - undang negara
 
» Reply to this comment...

Posted by hafaz, on 12-06-2008 10:58, IP 60.52.97.134, Guest
42. ...
salam, UZAR. 
 
saya rasa aqad penjualan wallpaper tu xclear. pada aqad yg pertama OK, nak beli wallpaper. tapi bila nak masuk yang kedua, peserta perlu menjawab soalan dahulu sebelum dapat wallpaper tu. ini dikira aqad bersyarat. nak beli wallpaper kena jawab soalan dahulu, baru boleh beli dan dapat wallpaper.ini kerana caj hanya dikenakan bila lepas jawab soalan tu.ADAKAH AQAD BERSYRAT JUGA JUDI PADA PANDANGAN FUQAHA? (tgk term@c)mohon ulasan UZAR? 
 
UZAR : Aqad tu satu isu, dan isu yang lain adalah ia memang judi dan tiada orang nak beli collection gambar kereta sehingga hantar sms sehingga ratus-ratus dan ribu-ribu. 
 
ia helah yang ditolak oleh Islam kerana ia judi,
 
» Reply to this comment...

Posted by INSAN, on 12-06-2008 10:55, IP 60.52.97.134, Guest
43. ...
Dear Rakyat M, 
Org salahkan Celcom sebab mereka menipu pelanggan sendiri atas pretext menghargai pelanggan. Kalau U baca betul, ramai yg salahkan diri masing2 pun; cuma Celcom punca segala2nya....anyway CELCOM ptg semlm masih tak stop2 lagi hntr SMS pujuk2 kasi depa duit...
 
» Reply to this comment...

Posted by nedia, on 11-06-2008 21:11, IP 60.52.103.40, Guest
44. ...
ada tak nampak orang yang telah menang kecoh?
 
» Reply to this comment...

Posted by No Name, on 11-06-2008 21:11, IP 60.52.103.40, Guest
45. ...
Salam... 
 
Utusan Malaysia hari ni menyiarkan JAKIM mengarahkan Celcom agar memberhentikan peraduan ini serta merta keran secara terang-terangan menyalahi hukum syarak
 
» Reply to this comment...

Posted by RAKYAT MALAYSIA, on 11-06-2008 17:42, IP 60.52.103.40, Guest
46. ...
Dari Komen diatas, nampaknya semua orang menyalahkan Celcom kerana menganjurkan peraduan 100cars 100days. 
 
Kenapa tak salahkan diri sendiri...Celcom boleh anjurkan peraduan...Kalau dah tahu 'haram' jangan masuk. Kenapa cakap diperdayakan.  
Peraduan yang dalam TV pun macam tu jugak. 
 
Semuanya atas kehendak sendiri. Sebab anda selalu fikir nak yang mudah, nak dapat duit senang, nak dapat barang mahal tapi keluar duit sikit maka kita semua terpedaya. 
 
Apa kata lain kali selidik dulu sama ada haram atau halal sesuatu peraduan sebelum anda masuk. 
 
Cara yang paling senang nak tahu samada peraduan tu halal atau haram....kalau anda masuk peraduan lepas tu kena bayar atau keluar duit dan ada kemungkinan anda tak akan dapat apa apa kalau tak menang (rugi), maka peraduan itu haram. Tak perlu nak tanya UZAR lagi... 
 
Sekian. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Selkom, on 11-06-2008 15:22, IP 211.25.51.205, Guest
47. ...
Setia, 
 
Kalau mcm tu, register dengan telco lain awal2 sebelum kena blacklist oleh Celcom. Lagi satu isu, judi hanya terjadi jika kita bayar (keluarkan duit); jika tidak kita cuma tak tepati janji (utk byr).  
 
Anyway dulu kita janji nk bayar kalau peraduan tu tidak haram; bila dah confirm haram, buat apa nak bayar. 
 
Anyway moga2 Celcom ""īnsaf" dan batalkan peraduan dan bayaran sms (atau refund yg dah terbayar). Kalau tidak, kita pakat2 hijrah dari Celcom, biar depa cepat bangkrap dan tak buat lagi tipu daya.
 
» Reply to this comment...

Posted by Takutkan ALLAH, on 11-06-2008 14:01, IP 211.25.51.205, Guest
48. ...
Maaf saya mencelah di topik ini, untuk meningatkan pembeli sistem sms igomobile keluaran MIRSB,kuiz yg dianjurkan HARAM. Untuk pengetahuan ustaz saya juga pembeli sistem ini, jahilnya saya ni..pada mulanya mmg niat saya nak buat kuiz ni,nak dapat untung yg banyak.Tetapi Allah masih menyayangi saya, belum sempat saya anjurkan kuiz, sistem saya ada masalah..(ada technical problem), masa tu bengang jugak..maklumlah ghairah nak dapat untung.Pada satu hari saya terbaca artikel ustaz mengenai peraduan SMS dlm metro.Apabila saya tahu jelas haram, terus saya batalkan hasrat untuk buat kuiz tu, biarlah saya rugi beribu ringgit sbb saya takutkan Allah. Bila saya renung balik , hikmah disebalik teknikal problem tu ialah saya tak sempat pun makan duit haram..syukur...YAHOOO. untuk pembeli System i-gomobile..nasihat saya jgn takut rugi..bumi Allah ini luas dan mcm2 sumber rezeki ada.Ustaz terima kasih atas artikel tu..saya akan membuka kedai menjual kelengkapan ibadah tak lama lagi, kerana saya percaya perniagaan adalah 9/10 punca rezeki...lebih berkat dan confirm HALAL.doakan kejayaan saya.INGAT ..JGN TAKUT RUGI,SAYA RUGI BERIBU RINGGIT MUNGKIN ALLAH GANTIKAN DENGAN LEBIH BYK LAGI..HANYA ALLAH YG TAHU..
 
» Reply to this comment...

Posted by Setia, on 11-06-2008 11:30, IP 60.52.100.74, Guest
49. ...
Wahai Pelanggan Celcom Yang diTpu, 
 
Kalau hang cuma bayar bill tepon jer, then nak tukaq operator lain pun tak boleh.. 
 
Sebab...all Telco sekarang dah online, maknanya depa boleh check yang kite masih ada hutang ngan Telco lain. So, kite kena settle yang lama dulu, kmdn baru boleh register yang baru...Itu yang saya tahu la!!!
 
» Reply to this comment...

Posted by Pelanggan Celcom Yg ditipu, on 11-06-2008 11:09, IP 60.52.100.74, Guest
50. ...
Assalamualaikum, 
Saya pelanngan setia Celcom (lebih 10 tahun), juga tertipu "ter" berjudi dengan daayah CELCOM yg kononnya menghargai pelanggan tapi sebenarnya menipu pelanggan sendiri. Saya cadangakan utk mengajar Celcom: 
 
a) Jangan bayar duit peraduan tu; cuma bayar bil telefon yg sebenar 
 
b) Jika Celcom blok line, kita tukar kpd syarikat lain. Tak guna setia dgn syarikat yg menipu  
 
:sigh
 
» Reply to this comment...

More comments...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom