Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Pergi Haji : Dalam Hutang Atau Secara Berhutang
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 88 guests online
PDF Print
User Rating: / 20
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 23-11-2009 01:00
Views 9496    
Favoured 28

  Pergi Haji : Dalam Hutang Dan

Secara Berhutang

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

Saya ada mendengar beberapa saranan kerajaan dan beberapa buah institusi kewangan Islam untuk sama ada memberikan pinjaman tanpa faedah ( Qardhul Hasan) ataupun pembiayaan secara Islam bagi mereka yang berminat untuk menunaikan fardhu haji.

Dalam isu berkaitan, timbul banyak persoalan seperti sama ada individu yang sedang menanggung hutang wajib atau wajar menunaikan haji.

Adakah pembayaran hutang perlu didahulukan dari menjadi tetamu Allah di Baitullah al-Haram?

Bagaimana pula jika hutang untuk tempoh yang panjang? Selain itu adakah wajar pula berhutang untuk menunaikan haji.?

Artikel ini dibuat bagi menjelaskan isu ini secara padat dan ringkas serta tidak terlalu berat dengan hujjah ilmiah.

Pertamanya elok jika kita melihat kepada firman Allah dari ayat :-

وَلِلّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلاً

Ertinya : ".. mengerjakan Haji adalah kewajiban manusia kepada Allah swt iaitu (bagi) orang yang berkemampuan dan sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah;.." ( Al-Imran : 97 )

mecca2.jpg
 

Para ulama sepakat menyatakan hukum wajib tidak akan tertanggung ke atas seseorang lelaki dan wanita selagi syarat "istita'ah" atau ‘kemampuan'  belum diperolehi.

Pengertian istita'ah secara mudah lagi ringkas, adalah SEBAGAIMANA YANG DINYATAKAN OLEH NABI s.a.w ketika ditanya akan ertinya, baginda Nabi s.a.w menjelaskan :

الزاد والراحلة

Ertinya : Bekalan dan pengangkutan perjalanan ( Riwayat At-Tirmidzi; berkata At-Tirmidzi & An-Nawawi : Hadis Hasan : Al-Majmu', 7/41 [1])

Jelas dari hadis yang memperincikan erti istita'ah di atas, terdapat dua perkara utama iaitu :-

1- Bekalan

Erti bekalan di sini adalah bekalan makanan, minuman dan pakaian  yang mencukupi sepanjang pemergiannya sehinggalah kepulangannya. ( I'anah At-Tolibin, 2/281 ; Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/316)

2-  Kenderaan dan Perjalanan

Kenderaan dan perjalanan mestilah sesuai dan diyakini keselamatannya, kenderaan pula mestilah diperolehi sama ada dengan membelinya atau menyewa. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah)

DUA ISU UTAMA

Dua bekalan yang perlu untuk syarat kewajiban haji adalah jelas, namun bagaimana dengan isu yang ingin kita bincangkan? Ia seperti berikut :-

 

a) Berhutang melalui pembiayaan Islam untuk menunaikan haji

Berhutang untuk menunaikan Haji jika dilihat dari satu sudut, ia seolah-olah menunjukkan  ketidakmampuan  seseorang atau belum mempunyai kelayakan dan bekalan mencukupi untuk menunaikan ibadah Haji.

Dari sudut yang lain pula, ia mungkin juga boleh menunjukkan status kemampuan, cuma kemampuan itu memerlukan sedikit masa, maka untuk mempercepatkan status ‘mampu', ia membuat pinjaman.

Jika itu dua kemungkinannya, adakah seseorang dituntut untuk meminjam semata-mata untuk tujuan Haji.? Apatah lagi pembiayaan dari Institusi Kewangan yang  akan menyebabkan kos yang lebih tinggi dari harga asal kos haji.

Jawab ringkasnya TIDAK PERLU DAN IA BUKAN PRIORITY. Itulah jawapan ringkas yang diberikan oleh Nabi s.a.w apabila ditanya oleh seorang sahabatnya Abdullah Bin Abi Awfa,

سألته عن الرجل لم يحج أيستقرض للحج ؟ قال : لا

Ertinya : Berkata Abdullah : Aku bertanya kepada Nabi s.a.w berkenaan seorang lelaki yang belummenunaikanHaji, adakah boleh ia meminjam wang untuk Haji? , jawab Nabi : TIDAK" (Musnad As-Syafie ;  1/109 ; Al-Um, 2/116 )

Imam Asy-Syafie berkata berselepas itu :

ومن لم يكن في ماله سعة يحج بها من غير أن يستقرض فهو لا يجد السبيل

Ertinya : Barangsiapa yang tidak mempunyai kemudahan, keluasan (lebihan) harta yang membolehkannya menunaikan haji tanpa membuat pinjaman, ketika itu DIA DIANGGAP TIDAK BERKELAYAKAN ( TIADA BEKALAN) UNTUK PERGI HAJI"  ( Al-Umm, 2/116)

Islam tidak memberatkan kecuali kepada mereka yang benar-benar sudah sampai kemampuan dan bukan kemampuan yang dipaksa-paksa sebelum tiba saatnya.

Imam Ibn Qudamah menjelaskan bahawa para ulama hampir sepakat menyatakan bahawa belanja bekalan itu mestilah :-

أن يكون هذا فاضلا عما يحتاج إليه لنفقة عياله الذين تلزمه مئونتهم في مضيه ورجوعه لأن النفقة تتعلق بها حقوق الآدميين , وهم أحوج وحقهم آكد...وأن يكون فاضلا عن قضاء دينه

Ertinya : Dan hendaklah (bekalan ini) adalah harta yang lebih dari apa yang wajib ke atas tanggungjawabnya dari nafqah keluarga yang wajib disediakannya semasa pergi dan kembalinya, ini adalah kerana nafqah berkait dengan hak manusia, dan ia adalah lebih perlu dan diutamakan ( dalam hal ini dari Haji yang merupakan Hak Allah semata-mata),...selain itu mestilah bekalan ia dari harta yang lebih dari mencukupi untuk melunaskan hutangnya. ( Al-Mughni, Ibn Qudamah, 4/317)

Namun demikian, jika hutang baru itu TIDAK menjejaskan keseluruhan tanggungjawab (kewajiban) hartanya kepada yang berhak (seperti anak dan isteri), kerana ia mempunyai simpanan yang  mencukupi atau harta lain (dalam bentuk hartanah atau lain-lain) yang boleh dijual apabila perlu, tatkala itu, TINDAKAN BERHUTANG TADI BOLEH MENJADI HARUS. Sebagaimana kata Imam As-Syafie :

ولكن إن كان ذا عرض كثير فعليه أن يبيع بعض عرضه أو الاستدانة فيه

Ertinya : "Tetapi jika ia mempunyai harta yang banyak, bolehlah ia menjual sebahagiannya atau berhutang (kerana yakin boleh membayar balik hutang kerana mempunyai harta bukan dalam bentuk wang tunai )" ( Al-Umm, 2/116)

b) Hutang belum selesai tetapi ingin menunaikan haji.

Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi menjelaskan bahawa seseorang yang masih tersangkut dengan bebanan hutang TIDAK WAJIB untuk menunaikan haji. Sebagai yang dijelaskan di atas, ulama sependapat bahawa ‘bekalan' yang dimaksudkan oleh Nabi adalah lebihan harta berbanding tanggungan asasinya, justeru hutangnya terhadap individu perseorangan adalah termasuk dalam tanggungjawab asasinya seperti juga nafqah wajib.

Selain itu, hutang individu perseorangan yang bersifat jangka pendek MESTILAH diselesaikan sebelum pergi menunaikan Haji.

Sebagai contoh, terdapat beberapa individu yang masih berhutang dengan saya sebanyak RM3000, sedangkan janji pelunasan hutang sudah terlewat sekitar setahun dan beberapa bulan. Kesannya, individu ini tidak layak menunaikan haji kecuali telah melunaskan hutang yang telah dimungkiri tempohnya terlebih dahulu,

ATAU

sebagai pilihan lain, WAJIBLAH atasnya meminta izin dari saya (pemberi hutang) menunaikan Haji. Tujuannya adalah agar pemberi hutang, boleh redha jika sesuatu berlaku kepadanya sewaktu di tanah suci lalu samada menghalalkan hutang berbaki atau menuntut dari waris keluarganya.Tanpa izin, ia tidak seharusnya pergi menunaikan Haji.              

Justeru, sekiranya pihak kerajaan ingin mengeluarkan khidmat pembiayaan Islam bagi mereka yang berhasrat menunaikan Haji, seluruh pertimbangan ini mestilah diberikan dan disemak kepada pemohon sebelum kelulusan diberi, agar khidmat yang bertujuan baik oleh kerajaan tidak tersilap sasaran sehingga membawa mudarat kepada individu yang kurang berkemampuan, lalu menjerumuskan mereka di dalam perkara haram.

Kerajaan Malaysia diketahui ‘cuba' berpegang dengan mazhab Syafie dalam banyak pendapat Fiqhnya, justeru dalam hal ini Imam Syafie sendiri telah meriwayatkan hadis berkenaan larangan meminjam untuk menunaikan haji. Maka jika ulama rasmi kerajaan ingin mengambil pendapat lain, mereka perlulah berhati-hati serta menilai syarat-syaratnya dan tidak tergesa-gesa.

HUTANG INSTITUSI KEWANGAN

Namun demikian, terdapat perbezaan di antara hutang individu dengan hutang Institusi Kewangan yang berpanjangan selama bertahun-tahun malah ada yang mencecah 30 tahun seperti pembiayaan rumah.

Seperti kes pembiayaan tersusun kepada institusi kewangan, terutamanya bagi mereka yang mengamalkan pembayaran melalui pemotongan gaji.  

Seorang jutawan muslim di sebuah masjid di Kuala Lumpur pernah berkata kepada :-

"Ustaz kalaulah berhutang itu menghalang seseorang pergi haji, saya pastinya tidak akan pergi haji sampai bila-bila, walaupun saya ada harta yang banyak"

"Mengapa kata demikian?" Tanya saya

"kerana saya ada syarikat sendiri, dan syarikat sentiasa ada hutang baru, biasalah ustaz, bisnes sederhana dan besar tanpa wujud hutang adalah tidak logik. So, adakah kerana hutang syarikat saya ini menyebabkan saya tidak berkelayakan menunaikan Haji?" balasnya perlahan dan sangat berminat mendengar jawapan.

"Ooo, hutang jenis tu lain sikit cara pengendaliannya, tapi masih ada syarat" jawab saya ringkas

Benar, hutang dari jenis ini TIDAK menjejaskan kelayakan mereka untuk menunaikan haji DENGAN SYARAT, pemergiannya ke Haji tadi TIDAK AKAN membawa masalah kepada pembayaran hutang sistematik kepada institusi kewangan tadi.

Jika diyakini pemergiannya ke Mekah, BAKAL menyebabkan terjejasnya kedudukan kewangannya sehingga diyakini boleh menjejaskan tanggungjawab wajibnya seperti nafqah, dan hutang wajib kepada institusi kewangan.

Tatkala itu, TIDAK WAJAR baginya untuk menunaikan Haji malah pemergiannya boleh membawa kepada haram, ini kerana telah sedia maklum bahawa apa-apa yang diyakini membawa kepada haram, maka hukumnya juga jatuh HARAM. Disebutkan oleh para ulama Islam satu kaedah yang dipetik dari dalil-dalil al-Quran dan hadis :-

ما يؤدي إلى الحرام فهو حرام

Ertinya : Apa-apa yang membawa kepada haram, hukumnya adaah haram ( Majma Al-Anhar, 4/251 ; Rujuk perincian dalam ‘Ilam Al-Muwaqqi'ien, Ibn Qayyim, 3/137 )

Ia juga boleh difahami dari firman Allah yang mengharamkan segala bentuk dan jenis permulaan kepada zina. Bermakna, bukan hanya zina sahaja yang haram, segala bentuk tindakan dan perilaku yang boleh membawa zina juga adalah haram seperti peluk, cium, renungan mata, chat bersyahwat, telefon bersyahwat dan  lain-lain.

Demikian juga halnya haji dengan keyakinan membawa mudarat kepada hak pemilik hutang dari kalangan individu dan institusi kewangan.

KESIMPULAN

Tiada jawapan satu baris bagi kedua persoalan di atas kecuali perincian dan semakan terhadap kemampuan individu dan kiraan semula nafqah wajibnya. Hanya selepas itu baru dapat di pastikan sama ada berhutang untuk menunaikan Haji dibolehkan atau sebaliknya.

Demikian juga halnya bagi mereka yang sedang terikat dengan hutang, perlu ditinjau jenis hutang dari pelbagai aspek dan hanya selepas itu boleh ditentukan sama ada individu ini boleh menunaikan Haji. Tanpa penilaian yang tepat, seseorang itu mungkin sahaja pergi haji dengan dosa kerana mengabaikan hak individu lain yang lebih berhak ditunai segera.

Sebagaimana berdosanya seorang isteri yang berpuasa sunat tanpa izin suami.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/

26 Nov 2008


[1] Namun kesohihan dan hasan hadis ini dipertikai, Imam Ibn Munzir mengatakannya dhoif, Abu Hatim terdapat perawi status munkar iaitu Abu Qatadah Abdullah Bin Waqid al-Harrami;  Ibn Hajar Al-Asqolani mengatakannya tidak mawsul, manakala jalan hadis yang diriwayatkan oleh Al-Hakim pula terdapat rawi bernama Ibrahim Bin Yazid al-Khuziyy yang dikatakan sebagai matruk . Kesimpulannya kata Ibn Hajar, semua jalan periwayatannya adalah dhoif. ( Talkhis al-Habir, 2/221 )

Last update: 23-11-2009 07:16

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (19) RSS feed comment
Posted by dg norain bt ag damit, on 22-01-2010 20:21, IP 116.197.113.131, Guest
1. assalamualaikum
Uzar, ayah dan ibu saya insyaallah akan menunaikan haji pada tahun ni.tapi saya nak tanya bolehkah jika wang yang dgunakan tu adalah wang hasil jualan tanah kepunyaan ayah dan abang sulung saya yang beli tanah tu dengan guna duit pinjaman. jadi wang ni dikira pinjaman juga ke? 
 
UZAR : tiad amaslaah, boleh digunakan. Cuma jika cara ayah membuat pinjaman adalah secara riba. Transaksi pijmana ada dosa besar di situ. Tapi tanah yang telah dibeli dan dijual dgn cara yang betul. Hasilnya adalah halal.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sufi, on 07-01-2010 03:34, IP 219.183.226.63, Guest
2. pohon penjelasan dan nasihat
Salam ustaz.  
Saya telah bernazar untuk menunaikan haji seandainya simpanan saya mencukupi, bahkan bernazar juga untuk meng "haji"kan arwah ibu saya (secara upah haji). 
Alhamdulillah, nazar untuk menunaikan haji bagi diri saya sendiri (pertama kali) sudah terlaksana.Akan tetapi, nazar untuk meng"haji"kan arwah ibu saya belum terlaksana. Semasa di Madinah, sebelum bertolak ke Makkah, saya ada bertemu dengan rakan yang tinggal di sana (sudah saya hubungi di Malaysia lagi) dan beliau boleh mencarikan calon untuk upah haji bagi menyempurnakan nazar haji tersebut.Akan tetapi, semasa di sana, saya kurang yakin akan calon yang bakal memikul tanggungjawab (kurang yakin dengan perlaksanaan rukun haji yang bakal dipikul) dan dalam masa yang sama, ada sahabat/ustaz yang menasihatkan supaya diri saya sendiri yang meng"haji"kan arwah ibu saya di masa akan datang (lebih afdal) . Maksudnya, akan datang ke makkah lagi untuk menunaikan fardhu haji lagi untuk arwah ibu saya (pada masa itu saya baru pertama kali pergi haji dan wajib untuk diri saya dahulu). 
Jadi, saya tidak menunaikan nazar "upah haji" tersebut pada masa itu dan menggantikan dengan nazar akan menunaikan haji lagi (untuk ibu saya). 
Soalan saya ; 
1. Adakah saya perlu melunaskan nazar kedua-duanya sekali yakni nazar untuk upah haji arwah ibu saya dan nazar kedua saya untuk pergi sekali lagi ke makkah dan menunaikan haji untuk arwah ibu saya. 
2. Sekarang ini, peluang untuk menunaikan fardhu haji agak terhad kerana perlu menunggu giliran yang lama tidak seperti dahulu. Jadi, sekiranya nazar ini lewat dilaksanakan, apakah hukumnya, dan jika ianya terbatas dengan kekangan masa, giliran juga masalah kewangan yang belum mencukupi, apakah yang harus saya laksanakan?  
Saya mohon pandangan dan nasihat dari ustaz. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Noraini Md Ali, on 06-01-2010 19:46, IP 121.120.183.104, Guest
3. Zakat
Assalamualaikum Uzar, 
 
Saya ada kemuskilan tentang zakat yang harus dibayar, kerana saya mendapat pampasan yang diberi oleh mahkamah semasa dibuang kerja dulu.Saya ingin menggunakan wang pampasan sebanyak 25,000 untuk mengerjakan haji untuk saya, ayah dan kakak saya.Perlukah dibayar zakat duit tersebut sebelum dimasukkan ke TH atau tidak perlu zakat sebab zakat dibayar oleh TH untuk pendeposit akaunnya? 
 
UZAR : tak perlu, boleh terus guna untuk tunai haji
 
» Reply to this comment...

Posted by KR, on 14-12-2009 12:23, IP 60.48.211.182, Guest
4. En
syukran..info yg bnyk membantu.  
'DDG J('1C AJC
 
» Reply to this comment...

Posted by hash, on 11-12-2009 00:41, IP 203.82.79.102, Guest
5. pertanyaan
salam...bagaimana pula dengan pemergian haji bedasarkan kuota org kenamaan?biasanya ia tidak perlu menunggu turn dr tabung haji sebagai contoh...terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by Andi bin Sapli, on 09-12-2009 06:09, IP 124.82.119.146, Guest
6. Pergi Haji secara berhutang
Ya,saya sangat bersetuju dengan ustaz.Fardhu haji wajib ditunaikan hanya kalau kita mampu baik dari segi wang ringgit,kesihatan dan lain-lain.Kalaulah kita belum ada tabungan ini bermakna kita masih belum mampu dari segi kewangan.Bagi saya kalau masih nak berutang untuk menunaikan haji baik tanggukan dulu sehingga duit simpanan mencukupi,sebabnya hutang tersut wajib dibayar.Katakan kita mati sebelum sempat hutang dilunasi dan anak-anak pun buat tak tahu akan soal hutang kita kan naya kita mati meninggalkan hutang. Wallahu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by izzatt, on 27-11-2009 12:16, IP 203.82.91.104, Guest
7. soalan mengenai pinjaman haji
Salams..UZAR.. 
Saya ada berjanji dengan ibu dan ayah sya bahawa saya ingin bawa mereka pergi haji. waktu i2 saya tiada kerja. saya akan masuk alam pekerjaan, bolehkah saya meminjam wang dari bank islam.melalui pinjaman peribadi untuk diberi hadiah kepad emak dan ayah supaya mereka boleh melaksanakan haji?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by HH, on 25-11-2009 21:15, IP 118.101.197.124, Guest
8. Definasi "berkemampuan" utk Haji
Assalamualaikum wm wb 
 
Satu perkara yang dibangkitkan setiap tahun adalah samada wang simpanan utk persaraan patut dibenarkan utk dikeluarkan rakyat melalui skim baru utk menampung perbelanjaan menunaikan fardhu haji? 
 
Apa komen UZAR kerana tiada komen dari ulama yang telah saya lihat? 
 
Wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by wak-tze, on 23-11-2009 13:49, IP 202.58.85.15, Guest
9. ganti haji
Salam UZAR, 
saya nak tahu, ada tak ATAU dalam apa keadaan orang yang buat haji kena buat haji semula... macam solat/puasa ke buat semula kalau terbatal... 
 
kalau ada, dia kena bayar dam sahaja ke atau kena buat semula haji... 
 
terima kasih UZAR.
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin kepastian, on 14-10-2009 15:53, IP 115.133.229.201, Guest
10. mana lebih afdhal?
assalamualaikum, 
saya ingin bertanya dengan ustaz,saya seorg bujang.Mempunyai keinginan untuk berkahwin tetapi belum menemui calon pasangan lagi,dalam masa yg sama mempunyai keinginan untuk menunaikan haji.Mana yg lebih afdhal untuk saya lakukan?kahwin dulu atau tunaikan haji? 
Terima kasih. 
 
UZAR : boleh tunaikan haji jika demikian, kerana calon pun belum ada. Cuma anda ni lelaki atau perempuan?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by MZAMS, on 20-12-2008 00:36, IP 60.50.128.16, Guest
11. Dilemma pergi haji
Salam UZAR, 
 
Saya ingin bertanya, apakah hukumnya kita beli rumah, beli kereta & beli aset2 lain, sedangkan duit yg kita ada itu (duit tunai untuk downpayment) cukup untuk kita pergi haji (untuk kali pertama). Adakah sudah memadai tanggungjawab kita sebagai ketua keluarga wajib menyediakan tempat tinggal, makanan dan pakaian kepada anak isteri, tapi contohnya bagi rumah, tak perlu hingga ke tahap beli. Sewa sudah memadai. 
 
Sebabnya skrg saya dalam dilema, kereta dah habis bayar, rumah mampu untuk dibeli tapi masih menyewa (sebab kos sewa lagi rendah dpd beli), tapi hajat utama saya adalah ingin mengerjakan haji sebelum saya tukar kereta dan beli rumah baru. Saya takut suatu masa nanti disoal, ENGKAU ADA DUIT TAPI RUMAH DAN KERETA YG ENGKAU UTAMAKAN.  
 
Atau bolehkah saya boleh beli kereta dan rumah dahulu dengan alasan takut harga makin naik? 
 
Pohon penjelasan dari UZAR. T.Kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by tursina, on 11-12-2008 15:59, IP 121.120.129.130, Guest
12. persoalan....
Salam ustaz,saya ada dua persoalan. Saya dari keluarga yang sederhana. 3 tahun yang lalu ibu saya telah meninggal dunia. Jadi simpanan ibu saya disetujui adik beradik dan ayah diberikan kpd saya sbg perbelanjaan pendidikan. Tetapi oleh kerana ibu saya meninggal di Mekah,urusan bank selesai selepas saya tamat pengajian. Jadi adik beradik saya sepakat berikan kepada ayah saya sebagai belanja membuat umrah serta menziarahi kubur arwah ibu saya. Kemudian tidak lama kemudian,saya ditawarkan menyambung pelajaran di peringkat lebih tinggi dan sedikit sebanyak ayah saya membantu saya dari segi kewangan sehinggakan hajat ayah saya ke sana tergendala. Sekarang saya sudah tamat pengajian dan baru bekerja. Saya masih rasa bersalah kerana saya,ayah saya tidak dapat mengerjakan umrah dan saya nekad apabila bekerja saya akan membiayai perbelanjaan umrah ayah saya. Soalan pertama kalu mengikut status hukum,adakah wajib saya membayar kembali wang perbelanjaan ayah saya yang asalnya diberikan kepada saya? Soalan yang kedua memandangkan ayah saya sudah tua dan saya takut tidak mempunyai masa utk menyimpan,bolehkah saya membuat pinjaman bank utk membiayai perbelanjaan ayah saya?
 
» Reply to this comment...

Posted by shahir, on 11-12-2008 09:51, IP 118.100.112.100, Guest
13. kahwin dgn berhutang
bagaimana dengan kahwin, ustaz? Adakah dibolehkan juga berhutang? Lebih baik lebih cepat kan...bagi mengelakkan maksiat..dari sekecil-kecil maksiat hati.. 
 
UZAR : Boleh berhutang asalakn berazam dan ada plan untuk bayar semula. BUkan berhutang dengan niat lesap terus..
 
» Reply to this comment...

Posted by Amin007, on 03-12-2008 22:27, IP 60.54.105.94, Guest
14. berhutang dalam pergi haji
jadi dari apa yang saya faham, tak semua hutang tu menyebabkan seseorang tak layak pergi haji. 
 
mungkin kena ada garis panduan kot yang dapat difahami oleh orang ramai.  
 
tapi kan saya teringin nak pergi makkah dan madinah. tapi bukan ker kalau pergi sana, patut buat umrah? pada hal haji belum buat. 
 
lagipun kos buat umrah lagi rendah dari buat haji. apa pendapat uztaz?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by megat ismail akil, on 30-11-2008 16:49, IP 60.54.6.122, Guest
15. Tetima Kasih
Salam Uzar! 
 
Ulasan yang menambahkan lagi ilmu! 
 
Terima kasih ustaz, teruskan usaha moga terus dirahmati Ilahi... 
 
wassalam....
 
» Reply to this comment...

Posted by kassim selamat, on 29-11-2008 21:47, IP 60.53.69.148, Guest
16. menanam modal
saya ada menanam sedikit modal untuk mendapat sedikit keuntungan bulan. Nama syarikat itu mirza gemilang yang beralamat di daerah papar. Ia sah disisi undang-undang dan mengedar produk yang halal. minta penjelasan daripada uzar. tq. 
 
UZAR : Buat masa ini saya tiada komen dan tiada info berkenaan syarikat tersebut.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by sarjantulang, on 27-11-2008 17:34, IP 202.185.54.155, Guest
17. Zakat kpd bukan islam
salam, 
 
maaf jika soalan lari dari artikel yg diulas.. 
 
Saya ingin bertanya adakah dibenarkan dalam islam zakat diberikan kpd bukan islam?? 
 
Adakah sebarang dalil atau pernahkah dilakukan semasa zaman Rasulullah atau para sahabat?? 
 
Bagaimana pula dizaman ini?adakah sebarang maslahat utk memberinya? 
 
Maaf jika soalan ini pernah ditanya atau ustaz pernah ulas... 
 
terima kasih 
 
sarjantulang 
 
UZAR : Jawapan ringkasnya, boleh beri kepada bukan Islam yang sedang jinak hatinya untuk pelajari Islam. Dalilnya firman Allah sendiri yang sebut 8 asnaf zakat, namun tafsiran boleh berbeza mengikut ijtihad ulama 
 
Bukan beri kepada sembarangan non muslim. 
 
» Reply to this comment...

Posted by bintun_nahl, on 27-11-2008 09:55, IP 202.75.4.188, Guest
18. Ladaiya Soal..
Salam UZAR 
Sekiranya suami mengajak isteri ketiga menunaikan haji mendahului isteri pertama dan kedua atas sebab tertentu..apakah isteri ketiga tersebut perlu mendapat izin dari kedua-dua madunya? Syukron UZAR n barakallahu Fik. 
 
UZAR : Cara nabi, bila nak bermusafir adalah membuat pengundian agar semua lebih mudah redha. 
 
Kecuali jika punyai sebab yang boleh memudaratkan, atas sebab itu tidak mengajak isteri yang lain..tatkala itu izin dan makluman amat digalakkan agar lebih lunak kpd para isteri lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullahbukhari.blogspot.com, on 26-11-2008 03:21, IP 211.25.51.203, Guest
19. haji lagi!
Assalamualikum uzar!kita pernah jumpa dulu di Tmn Tun semasa ana belajar di tahfiz Pusat Islam dgn Ikmal Zaidi.Skrg ana di CELPAD,IIUM,kalau anta x ingat takpelah, 
 
Soalan ana-bagaimana halnya keadaan org yang dah cukup syarat tp trbantut krn kouta,tiba2 dia meninggal,siapa harus disalahkan,dia,T.haji atau Kerajaan Saudi? W/pun blh badal haji,ianya tetap x sama dgn pergi hj sendiri. 
 
Ayh angkat ana(bekas editor utusan,kmdnnya join Harakah),fikrah Islamiknya bagus,dia kata Haji skrg mcm tak wajib lg krn US Military Base ada di Saudi,sdgkn syarat Haji ialah mampu dan aman,skrg dah x aman lg,Lgpun duit pndptn haji saudi guna utk support Us membunuh umat Islam atas kempen War on Terror. Macamana tu? 
 
UZAR : Alhamdulillah ana masih ingat Ust Abdullah Bukhari Al-Hafiz, Ahlan wa sahlan ke web saya yang amat sederhana ini. 
 
Isu kuota : tiada siapa yang harus dipersalahkan, memang tak sama badal dengan dia pergi sendiri, ia persoalan rezeki shj. dan kewajiban si mati tertanggung kepada warisnya. Warisnya boleh buatkan haji untuknya atau di cari wakil untuk tunaikan.  
 
Isu aman : Pandangan dan hujjah ayah angkat akhi masih tidak mampu hukum ghalib, kaedah fiqh menyebut : Al-'Ibratu lil ghalib as-Sha'ie la lin Nadir...ertinya : Ibrah hukum adalah pada yang ghalib tersebar, bukan sekali sekala. Justeru wp kalaupun hujjah berkenaan markaz Amerika tu betul, ia masih tidak punyai track record di Sauid kewujudannya di Saudi membawa ketidakamanan untuk tunai haji. 
 
Berkenaan duit support amerika dan lain-lain, tidak relevan dengan hukum wajib haji bagi mereka yang cukup syarat. Pergi haji bukan berniat untuk beri duit kepada Saudi tetapi untuk ke Baitullah.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom