Senarai Lengkap Artikel Peribadi, Tazkirah & Fikir Takziah & Pemergian Yang Pasti

Takziah & Pemergian Yang Pasti

  • PDF
(6 votes, average 4.67 out of 5)

Takziah Atas Pemergian Yang Pasti

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

kuburan.jpg

 

Beberapa hari yang lepas iaitu 13 Jun 2009, kesedihan melanda jiwa apabila membaca pemergian seorang tokoh gerakan Islam, ilmuan serta pemikir Islam yang berjasa. Beliau adalah Dr Fathi Yakan, seorang ilmuan yang amat popular dengan buku beliau "maza ya'ni intimai Ila Islam" (Apakah erti saya menganut Islam).

Sila download dengan percuma buku beliau (English Version)

Buku ini terlalu banyak digunakan oleh ahli-ahli gerakan Islam sama ada di peringkat sekolah, universiti dan peringkat nasional. Beliau juga pengarang kepada lebih 30 buah buku dan sebahagiannya diterjemah ke pelbagai bahasa. Beliau juga pernah menjadi ahli parlimen Lubnan atas tiket gerakan parti politik Islam.

 

fathi.png

 

Gambar : Almarhum Syeikh Dr Fathi Yakan

 

Apabila mendapat berita ini, saya terus terkenang pengalaman peribadi menjadi pengerusi majlis dalam satu ceramah beliau di Malaysia pada tahun 2001. Di situlah saya berpeluang berbicara dan berbual secara berdepan dengan Syeikh Fathi Yakan, khsusunya sebelum dan selepas ceramah.

Keadaan ini menjadikan saya lebih ‘terasa' dengan pemergiannya. Benar, pemergian seseorang adalah satu yang amat pedih khususnya bagi mereka rapat dengannya. Malah ia lebih memberikan rasa sedar bahawa kelak, giliran kita. Tidak pasti bilakah waktu itu, namun ia tetap akan berkunjung.

Kunjungan ‘kematian' kerap datang secara tiba-tiba. Ada yang berpendahuluan terlantar di hospital, dan ada pula yang tidak berpendahuluan (meninggal di tempa kejadian).

TIADA 'PATUNG' DR FATHI 

Perlulah diingat bahawa jika kita ingin menghargai jasa dan usaha seseorang tokoh, bukanlah dengan menggantung gambarnya di rumah, memaparkan gambarnya di sana sini. Itu bukanlah cara yang disaran oleh Rasulullah s.a.w, namun cara yang betul adalah dengan menghidupkan usahanya, menyebarluaskan nasihat dan hasil pemikirannya dengan cara yang terbaik.

Jangan pula cuba beralasan mengatakan dengan gambar memberikan inspirasi, kerana jika itu benar lagi tepat, tentunya Nabi s.a.w akan menyuruh para pelukis di zaman itu untuk melukis wajah baginda untuk diedar buat para sahabat dan tabien sebagai ingatan kepada diri baginda dan Islam. Namun itu tidak berlaku, Islam bukan sebuah agama yang membenarkan patung sebagaimana dunia bukan Islam di barat terlalu ‘gila' membuat patung tokoh mereka.

Di London, muzim dipenuhi patung tokoh-tokoh mereka termasuk Darwin, di Paris, ia sebuah bandar yang hodoh dan semak dengan ratusan patung-patung ukiran yang besar, malah lebih hodoh apabila kebanyakkan patung-patung tersebut adalah diukir dalam keadaan berbogel. Itulah PARIS dan demikian juga kebanyakan bandar-bandar bukan Islam yang lain. Justeru, mengharagia hasil Dr Fathi Yakan bukan dengan menggantung gambar dan menekuni ‘patung tugu' Dr Fathi Yakan. Tetapi sebarkanlah hasil usaha beliau selain mendoakannya.

 

PERGINYA SEORANG PENULIS BLOG

Terfikir pula saya, dalam dunia berinternet ini, ramai yang mempunyai blog. Lagi popular blog tersebut, lagi hampir tuan punya blog dengan para pengunjungnya. Setiap hari mungkin pengunjungnya inginkan sesuatu yang baru dari tuan punya blog.

Tanpa disedari bahawa tuan punya blog boleh datang dan pergi. Sebagaimana pengunjung turut datang dan pergi. Namun bagi pengunjung setia yang mengenali dan rapat, apabila melihat sebuah blog yang sudah tidak lagi dikemaskini kerana pemergian pemilik blog, tentunya satu perasaan yang amat hiba dan pedih.

Baru-baru ini saya turut membaca beberapa tuan blog yang kembali ke rahmatullah, meninggalkan keluarga dan blognya terus kaku. Saya membuka blog mereka dan menatapi beberapa penulisan mereka dan juga gambar-gambar mereka sewaktu hayat dikandung badan, tanpa disedari datang perasaan hiba.

Blog tersebut masih berpengunjung, dipenuhi dengan ucapan takziah buat ahli keluarga, tetapi tuan punya blog sudah tiada di sisi, tiada mampu membaca kata-kata terbaru indah dan doa di blog mereka. Terfikir akan hal itu, perasaan sedih dan hiba sudah tentu melanda jiwa dan hati.

Sebagai contoh, blog milik pelajar perubatan Malaysia, Sdr Ammar Zulkifli yang meninggal akibat kemalangan di Mesir baru-baru ini. Sila buka blog beliau di sini .

Juga blog seorang ustaz muda, (Ust Wan Mohd Salimi) yang meninggal dunia dikatakan akibat kesan kemalangan juga, lebih pedih kerana meninggalkan isteri dan tiga orang anak. Blognya di sini pula .

Ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga dan di doakan ruh mereka mendapat rahmat dan tergolong dari kalangan individu soleh.

Saya sebenarnya tidak mengenali kedua-dua mereka, hanya mengenali mereka melalui blog mereka sesudah pemergian mereka. Itupun, masih terasa hiba apabila menekuni isi blog mereka.

Tatkala membaca pemergian mereka, meninggalkan buku dan blog mereka yang dipenuhi nasihat berguna sebagai amal jariah berterusan. Benar, satu-satunya yang akan mengikutinya ke alam seterusnya. Saya tidak dapat lari memikirkan dengan diri sendiri.

Nabi s.a.w amat menggalakkan kita untuk menziarahi kubur dengan sasaran untuk lebih mengingati kematian. Bagi mereka yang tidak berpeluang untuk menziarahi kuburnya, ziarahilah blognya dan berdoalah serta ingatlah akan kematian itu pasti. Kematian itu menuntut PERSEDIAAN. Persediaan menuntut kepada ILMU, ilmu menuntut kepada AMAL, dan amal menuntut KEIKHLASAN.

Bagaimanakah nanti blog saya di ketika hari kematian...masanya belum diketahui namun ia adalah sebuah pemergian yang akan datang. Sama-samalah kita berusaha dan bersedia, kerana ia adalah satu pemergian yang tiada peluang ulangan. Hidup adalah sebuah exam yang gagalnya tiada ruang untuk mengulang. Nauzubillah.

 

"Ya Allah matikan daku dalam keadaan penghujung penuh kebaikan dan janganlah matikan kamai dengan keadaan penghujung yang buruk"

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Jun 2009

 

 



Add this page to your favorite Social Bookmarking websites

Add comment


Security code
Refresh

Pengumuman

Wang, Anda dan Islam
Panduan Perbankan Islam

Untukmu Wanita

 
Untukmu Umat
Formula Solat Sempurna
Murabahah
 A Comprehensive Prayer FormulaContracts and The Products of Islamic Banking
Akidah dan IbadatRiba
cover_maqasid_arab 
Money, You and Islam
 cover_bicaralah_new ledakan_FB 
indahnya_hidup_politikcover_jangan_berhenti_berlari


 

Ruangan Iklan




RSS Feed

Pengisian Terkini Pengisian Terkini

Statistik

Site Meter

Pelawat

Now online:
  • 10 guests

Komen Terbaru

You are here: Senarai Lengkap Artikel Peribadi, Tazkirah & Fikir Takziah & Pemergian Yang Pasti