Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Tanyalah Ustaz, Cuti Raya & Terus ‘Berlari'
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 67 guests online
PDF Print
User Rating: / 2
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 10-10-2009 15:54
Views 8668    
Favoured 22

  'Tanyalah Ustaz', Cuti Raya & Terus ‘Berlari'

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 

tv9.jpg


Saya bersyukur, kepulangan saya ke Malaysia di hujung Ramadhan dan hari Raya Eidilfitri yang lalu diisi dengan pelbagai jenis program. Walaupun keletihan di samping gangguan jetlag, Alhamdulillah,  masih juga dapat menyempurnakan tugas-tugasan yang diamanahkan. Cuma saya gembira kerana dapat melalui beberapa pengalaman baru dan menyumbang dengan lebih meluas lagi.

TERUS ‘BERLARI'

Merakaman 4 slot rancangan Muqaddimah di luar studio Seri Pentas TV3, merupakan satu penglaman baru khususnya di ketika berpuasa. Saya Berjaya mengulas empat topik bagi empat slot Muqaddimah untuk siaran TV9 iaitu :

  • 1)    Kedudukan Wanita Dalam Islam
  • 2)    Adab Berbeza Pandangan
  • 3)    Adakah Hukum Islam Menyusahkan?
  • 4)    Rezeki Halal Ibadah Maqbul

 

Kesemua rakaman ini masih belum disiarkan, saya difahamkan ia akan mula disiarkan pada akhir bulan Oktober atau awal November ini InshaAllah. Jutaan terima kasih kepada Akhi Nasran dan Puan Shamsinar kerana memberi ruang.

PERNIAGAAN RANGKAIAN SECARA ISLAM

Di samping itu, saya juga bersyukur kerana dapat menyumbang kepada kemunculan skim Multi Level Marketing yang dilakar menuruti hukum Fiqh Islam. Berita berkenaan hal ini boleh dilihat di link berikut dan berikut .

RAKAMAN DOKUMENTARI

Antara program lain yang juga pengalaman baru adalah rakaman dokumentari solat yang diuruskan oleh Layar Consult Sdn Bhd untuk terbitan Astro Oasis. Sempat merkaman 4 episod untuk siaran ini. Selain itu, saya juga perlu ke pejabat Utusan Malaysia dan Berita Harian untuk sesi temurama. Sebelah malamnya pula diisi dengan  tazkirah ringkas di Masjid Puchong Indah.

Pengalaman merakam suara dan temuramah semasa berpuasa, terasa amat mendahagakan, khususnya dalam suasana baru pulang ke Malaysia. Amat terasa kepanasan dan dahaganya berpuasa di Malaysia berbanding di United Kingdom yang tidak menghauskan, cuma lebih lapar.

Digigit cuaca yang panas, mandian peluh, jetlag, rakaman suara dan bertutur sehingga beberapa jam, terus menerus, agak menguji saya dan memberikan pengalaman agak manis. Terasa kerdilnya diri berbanding para pejuang Islam di zaman Nabi s.a.w yang memasuki perang Badar di padang Pasir dalam keadaan berpuasa, juga teringat kisah peperangan sukar di Hunayn. Moga amalan kita semua diterima Allah walau amat kerdil.

TANYALAH USTAZ TV9

Untuk ahli keluarga sebelah isteri, saya sempat menyampaikan tazkirah Eidilfitri pada pagi raya pertama,  manakala keluarag di sebelah saya, tazkirah dilaksanakan pada raya 26 Oktober 2009, Sesi tazkirah diikuti slot 'tanyalah ustaz' dimana ahli keluarga berpeluang bertanya pelbagai isu agama kepada saya secara live, kalau sebelum itu mereka hanya mengiktuinya di TV9, kali ini mereka dapat bertanya live.

Selepas semua urusan keluarga, ziarah saudara. Agenda selepas raya diteruskan. Terdapat dua  agenda utama, pada asalnya, iaitu siaran langsung rancangan Tanyalah Ustaz di TV9 dan mesyuarat Majlis Penasihat Shariah Standard Chartered Saadiq Berhad.

Bagi mereka yang tidak sempat menonton siaran Tanyalah Ustaz, berikut adalah beberapa petikannya.

 

u. zaharuddin tanyalah ustaz siri 1 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

u.zaharuddin tanyalah ustasz siri 1 (3/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

 

ust zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (1/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

Ust Zaharuddin Tanyalah Ustaz Siri 2 (2/4) from zaharuddin on Vimeo.

 

 

Sesiapa yang berhasrat untuk menonton penuh semua siri tanpa kurang, boleh download dan menonton di komputer sendiri. Boleh muat turun dari link-link ini.

Beberapa catatan gambar sewaktu di Malaysia baru-baru ini.

 

 

 

LAGI RAKAMAN, URUSAN BUKU DAN RUMAH

Agenda selepas raya juga menjadi amat sibuk apabila saya juga sibuk menguruskan pembelian buku wang, anda dan Islam oleh pihak Perpustakaan Negara sebanyak 475 naskhah. Katanya sebagai penghargaan kepada para penulis buku di Malaysia, Alhamdulillah buku saya terpilih. Semua pembelian dan urusan penghantaran perlu saya uruskan sendiri.

Lebih unik, sempat juga saya menjual kereta Myvi milik isteri saya dan membeli sebuah rumah di Gombak setelah usaha keras mencari dan mengurus dalam tempoh 4 hari. ! Semua urusan perbankan dan guaman bagi kedua-dua transaksi besar itu juga sempat disiapkan sebelum pulang ke United Kingdom.Keputusan pembelian rumah dibuat setelah info rakan, beberapa orang ahli keluarga dan semakan melalui internet mendapati pasaran harga rumah di Malaysia sedang meningkat khususnya di kawasan strategik di sekitar Gombak. Di waktu yang sama, kadar pembiayaan oleh bank-bank Islam pula sedang berada di paras yang amat baik. Setelah menimbang pelbagai perkara, saya nekad dengan keputusan tersebut bagi mengelak harga semakin melambung 1-2 tahun lagi.

Pada masa yang sama juga, sibuk berkejar ke radio IKIM fm untuk rakaman slot buku Untukmu Wanita dan juga 4 slot bicara Multi Level dan perniagaan Islam, StormReaders ( untuk siaran bulan Disember 2009 nanti).

Semasa menghadirkan diri ke studio, sempat bertemu Al-Fadhil Ustaz Zamri Zainul Abidin, dan beliau memaklumkan yang rakaman siri muamalat Islam yang pernah saya lakukan dahulu telah disiarkan di radio IKIM, setiap pagi Isnin jam 7.30 ke 7.42 pagi. Di tengah kesibukan menunggu giliran ke studio rakaman untuk slot Storm readres itu, Ustaz Zamri terus meminta saya untuk merakam sekitar 5 atau enam siri Muamalat bagi siaran akan datang, namun masa tidak mengizinkan, dan akhirnya saya terpaksa merakam sendiri di UK dan mengirimnya ke Malaysia.

Terus terang, keadaan sibuk sebegitu menjadikan kebanyakan pengisian saya terpaksa dibuat secara spontan tanpa persediaan, bagi mereka yang mendengar pastinya dapat menangkap kekurangan tersebut. Apapun, itulah yang terdaya dan sempat disumbangkan buat masyarakat sewaktu kepulangan ke Malaysia baru-baru ini.

Walau kelihatan sibuk pada zahirnya, hakikatnya masih terlalu ramai yang jauh lebih sibuk dan berjasa serta menyumbang berbanding saya, justeru operasi ‘berlumba', mengejar dan terus ‘berlari' dalam memberi manfaat kebaikan Islam akan diteruskan. Yang paling penting, untuk memastikan usaha ini bernilai di sisi Allah dan bukan hanya pada pandangan manusia yang sementara ini. Doakan saya agar istiqamah dan ikhlas..

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

22 Syawal 1430 H

12 Oktober 2009

 


MENONTON RAKAMAN TANYALAH USTAZ

 

MUAT TURUN PENUH SEMUA SIRI SEBAGAIMANA DI BAWAH :(IHSAN MYMAKTABY.COM)

NEW 047. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 156) 25 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?idjonykyyuz
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 048. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 157) 26 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2d2fyzjyu3m
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4

NEW 049. Jual Beli & Perniagaan Menurut Islam - Tanyalah Ustaz TV9 (Siri 158) 27 September 2009
Download MP3: http://www.mediafire.com/?2ymiygmlwij
Download Video (format FLV): right click - save target as... / save link as...
Bahagian 1, Bahagian 2, Bahagian 3, Bahagian 4 

 

 

 

 

 

 


Last update: 13-10-2009 05:11

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (31) RSS feed comment
Posted by idadida, on 25-12-2009 14:42, IP 124.13.199.159, Guest
1. ads4bucks
salam.. 
saya memang berminat dalam perniagaan internet ni.memandangkan saya ingin menjana pendapatan sambil mengurus sendiri anak anak saya.dalm proses untuk membina laman web sendiri untuk menjual.ADA SEORANG KAWAN MENGAJAK SAYA JOINT ADS4BUCKS.SAYA DAH SURVEY SEDIKIT DEMI SEDIKIT ADS4BUCKS NI.DAN PROGRAM NI BERBENTUK MLM DAN NETWORKING.TAPI SAYA MASIH BUNTU DLM MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK JOINT ATAU TIDAK PROGRAM NI.. 
HARAPAN SAYA DAPATLAH KIRANYE USTAZ DAPAT JELASKAN SEDIKIT ATAU ULASKAN MENGENAI PROGRAM INI.ADAKAH PROGRAM TU MENGIKUT SYARIAT PERNIAGAAN DALM ISLAM..?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by Hanizah Wahid, on 22-10-2009 15:51, IP 60.49.43.130, Guest
2. Kenapa perlu Azan?
Assalamualaikum... 
Ustaz, saya terbaca di sebuah forum (Indonesia)tentang mengapa umat Islam perlu azan? Di bawah adalah copy dari forum tersebut. 
 
""Apakah ajaran islam tdk mampu membuat umatnya untuk beribadah atas kesadaran sendiri? Kenapa harus dipanggil2? Harus diingetin? Sangat gak asik lagi serius nonton acara TV trus kepotong adzan maghrib. Belum lagi yg di mesjid koar-koar...."" 
Semoga penerangan Ustaz dapat mencerahkan kembali perkara tersebut. 
Terima Kasih
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by liza, on 21-10-2009 15:26, IP 202.75.4.159, Guest
3. Assalamualaikum (hukum membuang bulu)
Ustaz, 
adalah haram jika seorang perempuan membuang bulu di kaki dan mukanya? bulu di muka lebat spt misai dan bulu kaki juga lebat...apakah cara penyelesaiannya...boleh ustaz bantu...syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by ct, on 21-10-2009 12:10, IP 218.208.44.10, Guest
4. jual rumah
salam ustaz 
 
4 tahun lepas sy ada membeli tanah & rumah dari pakcik saya dengan harga 85ribu, tapi sy bayar sikit2.. smpi skrg masih berbaki 5ribu. Baru2 ni dia meminta sy menjualkan balik rumah tu kat anak dia. sy setuju tp dgn harga 130 ribu. harga tu sy kira berdasarkan kpd jumlah byrn balik hutang ke bank (2 personal loan) dan baki hutang kat bank, plus kerugian sy setelah 4 thn membeli rumah tetapi x dapt duduk atau sewakan rumah berkenaan, disebabkan anak dia enggan berpindah dari situ. apakah sy blh meletakkan harga sebanyak itu? harap ustaz dapat memberi pandangan.. respons dari ustaz amat2 dihargai 
 
UZAR : ya boleh letakkan harga itu. disamping tu lebih elok jika diminta professional valuer untuk menilai harga rumah tersebut.
 
» Reply to this comment...

Posted by walid 'ammar, on 20-10-2009 18:18, IP 60.49.84.126, Guest
5. pembiayaan membeli rumah...
pembiayaan membeli rumah yg.ditawarkan RHB Islamic (AITAB) ust? 
 
UZAR : BUKAN, ia adalah Musharakah Mutanaqisah dan Aitab
 
» Reply to this comment...

Posted by sarjantulang, on 20-10-2009 10:44, IP 202.185.32.194, Guest
6. Tahniah dan soalan
salam ustaz.... 
 
tahniah diatas usaha dan penat lelah ustaz selama ni yg banyak membantu kami.... 
 
ada soalan lah ustaz... 
 
bagaimana dgn konsep belajar al-quran dan tajwid secara elektronik??sedangkan kita mestilah belajar dari ustaz dan pakar2 tajwid dan al-quran utk mempelajari Al-Quran.... 
cukupkah jika kita hanya mengikut bacaan yg dibacakan tanpa melihat bagaimana huruf dan makhraj2 disebut?? 
 
tq.....klu soalan ni dah ada sebelum, maaflah.... 
 
sarjantulang 
 
UZAR : boleh sebagai salah satu alternatif, namun perlukan guru selepas pandai dari elektronik tu untuk semak sekaligus sama ada bacaan tu dah betul atau tidak
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu Abdul Wahab, on 19-10-2009 23:13, IP 124.82.42.154, Guest
7. BFR vs Fixed
Salam, t/kasih ustaz atas banyak panduan berguna yg diberikan. nak tahu adakah lebih elok saya ambil financing BFR rate di bank-bank islam atau patut ambil fixed rate financing yang paling rendah cthnya BSN 5.88% tahun kelima dan seterusnya. Isunya sekarang BFR rate lebih murah tapi tak tetap , fixed rate rasanya lebih islamic sebab dah tetap jumlah bayaran ansuran bulanan. t/kasih. 
 
UZAR : lebih elok dari sudut monetary sukar untuk saya naishat kerana ia bergantung kepada analsia peribadi dan semasa, kedua-dua ada kelebihan. saya menggunakan kedua-duanya untuk rumah saya. sebuah beli guna fixed, sebuah lagi pakai BFR.
 
» Reply to this comment...

Posted by HjSyahrul, on 19-10-2009 15:13, IP 211.24.229.70, Guest
8. Kontrak Kontroversi
Salam UZAR,  
Kagum dgn usaha ustaz yg mgkn payah utk dilakukan oleh orang lain. mudah2an ianya istiqamah. 
 
Cuma bila dpt tahu yg ustz dh join Shariah Committee di Saadiq, ana harap ustz dpt prtegaskn mengenai penggunaan kontrak kontroversi e.g. BBA, Inah, dayn, istisna' ala malizi dll spt yg prnah usahakn di 1 investment bank sblm ini. FYI, Bank yg prnah ustz prtegaskn tu, alhamdulilLah smpai la ni komited dgn decision ustz. 
 
UZAR ; InshaAllah, tapi baru join..so produk2 yang digunakan atas restu dan kelulusan penasihat syariah yang terlebih awal. perlu slow2 dan by stages dinilai semula. Tidak boleh mudah-mudah nak 'tembak' ..:), nanti terpelanting balik..
 
» Reply to this comment...

Posted by uthbah, on 19-10-2009 13:04, IP 118.100.86.255, Guest
9. Assalammualaikum
Salam. 
 
Ust, ana ada satu soalan. apakah pandangan ust, kalau seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita (janda) yang masih belum mempunyai anak, dan wanita tersebut tua 3 tahun dari lelaki tersebut. bagaimana cara utk kita meyakinkan keluarga (lelaki) bhw itu adalah pilihannya.  
 
harap ust boleh bagi ulasan dan memberikan kaedah&jalan. 
 
salam 
 
UZAR : Tiada masalah, beritahu saja keluarga itu tanda istikharah ( jika telah istikharah)
 
» Reply to this comment...

Posted by Noordin, on 19-10-2009 12:48, IP 60.49.117.233, Guest
10. Anjing
As salam.. Rasulullah saw. pernah mengarahkan membunuh anjing. masalah saya adalah... bolehkah saya membunuh anjing dengan mengunakan racun.. kerana tak mampu guna senjata api or pedang. lagipun racun akan membunuh dgn cepat juga..
 
» Reply to this comment...

Posted by cun09, on 18-10-2009 20:34, IP 115.135.220.254, Guest
11. tahniah
TAHNIAH USTAZ...ANUGERAH LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM TERBAIK :)
 
» Reply to this comment...

Posted by ar-Rantawi, on 18-10-2009 09:57, IP 203.82.92.163, Guest
12. isu niqab
Salam Al Fadil UZAR... 
 
Ana nak tanya pandangan UZAR ttg p`amalan purdah dari segi hujjah yang baru2 ini telah dilarang penggunaannya oleh Tantawi.. 
 
...isteri ana d antara muslimah yg m`amalkan pemakaian purdah ini tatkala keluar dari rumah.. 
 
d harap pencerahan dari UZAR 
 
waassalam...
 
» Reply to this comment...

Posted by ar-Rantawi, on 18-10-2009 09:48, IP 203.82.92.163, Guest
13. awami
salam al fadil uzar... 
 
ana ingin bertanya ttg isu larangan amalan niqab(purdah)yang telah d buat oleh Tantawi pemimpin t`tinggi Al-Azhar. 
 
...isteri ana d antara muslimah yang m`amalkan pemakaian purdah ini apabila keluar dari rumah... 
 
wassalam.. :? 
 
UZAR : teruskan pakai purdah tu. Larangan tu hanya kerana maslahat keselamatan yang lebih besar .. mengikut penilaian tantawi di Azhar. wallahu'alam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr Aisyah, on 17-10-2009 09:57, IP 60.50.110.134, Guest
14. government loan
Salam UZAR, 
sy dan suami nak refinance loan rumah kpd governmt, sy nak tanya UZAR adakah gov.loan ni syariah-compliant dan kalu yer kenapa UZAR tak ambil gov. loan sbb kalu tak salah sy rate gov 4% je.. 
 
sy nak refinance secepat mgkn, jadi pendapat UZAR amatlah sy dan suami hargai.. terima kasih..
 
» Reply to this comment...

Posted by hasma, on 16-10-2009 16:30, IP 58.26.64.146, Guest
15. RHB Islamic Loan
salam ustaz,baru2 ni saya ada tanya RHB Islamic Loan utk beli rumahkedai,manager bank ckp ada 2 jenis 1)fixed rate 2)flexi rate.yg flexi tu nampak mcm konventional.cumanya siling ratenya 9.0, ok ke kalau kita ambil yg flexi tu.Syukran 
 
UZAR : IA BUKAN LOAN TETAPI FINANCING. 
 
ambil kedua-dua pun ok. dua-dua dah disahkan patuh syariah oleh pensihat syariah mereka internal dan external.
 
» Reply to this comment...

Posted by yie ganu, on 16-10-2009 15:09, IP 60.50.201.158, Guest
16. Keliru yang berpanjangan
Assalamualaikum Ustaz..Saya nak tanya apa hukumnya sekiranya saya solat zohor di rumah bersendirian dengan menguatkan bacaan pada rakaat 1 dan 2? Harap dapat membantu... 
 
UZAR : TIDAK dibenarkan, kerana Rasulullah tak ajar buat begitu.
 
» Reply to this comment...

Posted by walid 'ammar, on 15-10-2009 18:33, IP 60.51.2.89, Guest
17. pembiayaan membeli rumah...
mungkin ust. boleh berkongsi pendapat kenapa ust. memilih utk. membuat pembiayaan membeli rumah dari RHB Islamic dari membuat loan kerajaan (BBA)? 
 
UZAR : RHB Islamic punya Syariah compliance dan lain-lain features lebih menarik khususnya mereka sedang ada promosi hariraya.
 
» Reply to this comment...

Posted by WANZ, on 15-10-2009 15:49, IP 119.40.118.198, Guest
18. VEMMA
:) salam Uzar. Ingin bertanya mengenai ursniaga syarikat VEMMA. Isteri saya ada menyertainya tapi saya menyarankannya agar merujuk kepada hukum, panduan, buku, pakar, ustaz terlebih dahulu tetapi dia kata halal kerana mempunyai produk sebagai jualan. Saya baca tetapi agak keliru dan kurang arif sistemnya. Mohon Uzar mengulas sedikit apa hukumnya?
 
» Reply to this comment...

Posted by zazazuzu, on 14-10-2009 17:00, IP 161.142.24.130, Guest
19. tak pasti
salamz ustaz.. 
nk tny..kenape imam tak baca kuat ms rakaat ketiga dan keempat?tak mcm rakaat pertama n kedua 
syukran ya ustaz..=) 
 
UZAR : SEBAB nabi tunjukkan cara nak beribadah dan nabi tak baca kuat
 
» Reply to this comment...

Posted by suraya, on 14-10-2009 15:52, IP 210.187.152.231, Guest
20. riba
salam ustaz,pe makna sebenar riba fadlu sb saya bce yg riba ni bmakna tambahan apabila blakunye ptukaran n jual beli..maknenye meniaga 2 xkan haram kot coz ble niaga kan ada amik untung :? :sigh 
 
UZAR : Penjelasan ada dalam buku wang, islam dan anda. riba bukanlah margin keuntungan dari jual beli aset biasa, hanya jual beli item ribawi shj, untuk faham apa benda aset ribawi dan bukan, kena rujuk buku saya tu,.
 
» Reply to this comment...

Posted by adieeee, on 14-10-2009 15:48, IP 124.82.201.49, Guest
21. TAHNIAH USTAZ
ASSALAMUALAIKUM.. 
tahniah pada ustaz kerana berjaya memenangi ANUGERAH LAMAN WEB BERUNSUR ISLAM TERBAIK pasa anugerah MEDIA ISLAM NEGARA pada 7.10.09 yang lalu
 
» Reply to this comment...

Posted by sambadi, on 14-10-2009 15:21, IP 60.52.70.169, Guest
22. tahniah
assalammualaikum uzar 
terima kasih ats perkongsian cerita2 sebegini. smg dapat menjadi contoh n pencetus motivasi tuk kami berbakti di jalan-NYA..
 
» Reply to this comment...

Posted by walid 'ammar, on 14-10-2009 11:51, IP 58.26.173.198, Guest
23. program taawon
assalaamualaikum warahmatullah 
 
saya nak tanya tentang program taawon ust.? apa hukum menyertainya? 
 
UZAR : program ta'awun ni sama lah perbahasananya dengan ulasan saya untuk program wang pos. Sila rujuk di sana.
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 14-10-2009 11:00, IP 58.26.217.96, Guest
24. alhamdulillah
ustaz. jetlag tu apa ya? 
 
alhamdulillah seminggu sebelum raya tempoh hari sempat dapatkan buku ustaz yang terbaru; Panduan Perbankan Islam'. buku 'Untukmu Wanita' pun ada nampak, tapi waktu tu tak bawa duit lebih pulak, jadi tak dapat nak beli. mungkin lain kali insya ALLAH :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibnusyabab, on 13-10-2009 05:31, IP 203.82.91.104, Guest
25. Seghotiii....
Yang bersungguh pasti dapat 
Yang berjihad pasti letih 
 
Anda buat anda dapat
 
» Reply to this comment...

Posted by zikir, on 12-10-2009 20:24, IP 121.121.46.73, Guest
26. jealaous ah
pergh..aku jealous seyh ng ustaz.. ada kemampuan dan kelebihan yang power dan jarang dimiliki org lain utk berbakti pada Islam.. ustaz, bg tips agar sy jd cam ustaz leh??? :sigh
 
» Reply to this comment...

Posted by Dr Aisyah, on 12-10-2009 18:35, IP 60.48.252.172, Guest
27. terima kasih
salam Uzar dan keluarga... 
Sibuk betul ghupenyer Ustaz ni.. patut lah sms yg sy hantar utk bertanya soalan lambat ustaz jawab.. apa2 pun terima kasih byk2 ustaz jwb soalan sy walaupun di tengah2 kesibukan ustaz.. 
Semoga ustaz dan keluarga sentiasa di dalam peliharaan dan Rahmat Allah, ameen..
 
» Reply to this comment...

Posted by alqasam, on 12-10-2009 13:36, IP 203.82.92.106, Guest
28. BBA, riba atau Atijjarah' thumma al-bay'
Askum. Semoga ust, k.ina dan anak-anak sihat semuanya. 
 
Ana ada satu soalan dan situasi yang perlu dijawap kepada student-student ana-Islamic economic system. Agak kabur dengan perinciannya membuatkan ana buntu mencari jawapan dan tidak tahu di mana boleh didapatkan jawapan tercepat. Agak keliru samada ianya BBA, riba atau Atijjarah' thumma al-bay'. Begini:- 
 
Malik ingin membeli sebidang tanah tetapi tidak mempunyai wang yang cukup. Malik telah menemui tanah yang sesuai dengan harga rm60,000. Amin kawannya berjanji meminjamkan wangnya dengan syarat dengan syarat Malik perlu membayar balik pada kadar RM80,000.00 dalam tempoh 2 tahun. 
 
p/s: Terima kasih atas masa ustaz. Maaf bertanya di sini, tidak tahu diruangan mana soaljawap ustaz dilakukan. JazakALLAH in advance. Respon ustaz AMAT dihargai. 
 
UZAR : Dari penyataan kes yang diberikan, ia jelas RIBA AL-DUYUN jenis AL-QARD. Iaitu pinjaman dengan syarat pemulangan dengan tambahan. Ia tidak ada kena mengena dengan BBA mahupun al-Ijarah Thumma al-Bay'.
 
» Reply to this comment...

Posted by fikry, on 12-10-2009 00:45, IP 203.82.92.130, Guest
29. jazakalla..
aslkm...terima kasih utk video tersebut, 
semoga ramai yg mendapat manfaat...dan hope uzar sehat sokmo dan terus istiqamah...syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by walid 'ammar, on 11-10-2009 17:22, IP 60.54.109.150, Guest
30. tahniah...
assalaamu'alaikum warahmatullah 
 
moga Allah S.W.T memberkati usaha dakwah ust. 
kalau boleh nak tahu ust.buat pembiayaan membeli rumah dengan Bank Islam mana? jazaakallah kulla khair. 
 
UZAR : RHB ISLAMIC Bank
 
» Reply to this comment...

Posted by hafizmd, on 10-10-2009 20:17, IP 180.72.32.128, Guest
31. Subhanallah
Alhamdulillah..saye sempat tgk segmen 'tanyalah ustaz' ditv9 tempoh hari..semoge UZAR sekeluarge dan kite semua terus diberkati dan dirahmati Allah..ameen.. 
 
ps:Gombak di mane tu UZAR?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom