Kalau ditanya, mana yang lebih besar pahalanya di antara memberi
pinjaman tanpa faedah atau memberi sedeqah, apakah jawapannya?. Secara umumnya para ulama berbeza ijtihad dalam
menentukan mana yang lebih baik daripada yang lain. Artikel ini mengupas dengan
ringkas tapi padat persoalan tersebut. Semoga dengannya kita akan dapat
menentukan keputusan terbaik ketika ingin membantu insan lain.
PINJAMAN LEBIH BESAR
GANJARAN
Menurut sebahagian ulama, pinjaman tanpa faedah
adalah lebih utama [1] berdasarkan beberapa dalil
antaranya :-
Hadis 1 :
رأيت لَيْلَةَ أسرى بِي على بَابِ الْجَنَّةِ مَكْتُوبًا الصَّدَقَةُ
بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا وَالْقَرْضُ بِثَمَانِيَةَ عَشَرَ فقلت يا جِبْرِيلُ ما بَالُ الْقَرْضِ أَفْضَلُ من
الصَّدَقَةِ قال لِأَنَّ السَّائِلَ يَسْأَلُ وَعِنْدَهُ وَالْمُسْتَقْرِضُ لَا يَسْتَقْرِضُ إلا من حَاجَةٍ
Maksudnya: "Pada malam aku pergi ke syurga (semasa
Israk Mi'raj), aku melihat tertulis di dalam pintu Syurga, "Setiap sumbangan sedeqah digandakan pahalanya kepada sepuluh kali,
dan setiap pinjaman tanpa faedah digandakan sebanyak 18 kali" lalu aku (Nabi )
bertanya : wahai Jibrail, mengapakah pemberian pinjam lebih mulai daripada
sedeqah? Jawab Jibrail : Kerana yang meminta di waktu meminta itu, sedang ia
masih memiliki ( mampu), sedangkan orang yang meminta pinjaman tidak akan
meminta pinjam kecuali benar-benar di kala keperluan." (Riwayat oleh Ibn Majah)[2]
Namun demikian ‘Ajlouni [3]
dan Albani menilai hadis ini sebagai lemah. Kelebihan pemberian pinjam
ini juga yang disebutkan oleh Al-Jassas di dalam kitab beliau Ahkam al-Quran :
Ertinya : "Allah
menamakannya sebagai qard (pinjam) sebagai penguat kepada perolehan pahala
kebaikannya, kerana jika ia bukan qard, maka pemberi pinjam layak mendapat
ganjaran (material) darinya" [4]
Selain daripada dalil yang pertama, kumpulan
ini juga berpegang kepada hadis Nabi s.a.w :
قَرْضُ الشَّيْءِ خَيْرٌ مِنَ الصَّدَقَةِ
Ertinya : Memberikan pinjaman (tanpa
faedah) itu lebih baik dari memberi sedeqah ( Al-Bayhaqi, 5/354)
SEDEQAH LEBIH UTAMA
Sebahagian ulama lain pula berijtihad, sedeqah lebih utama, pandangan
ini antara lainnya disandarkan kepada kata-kata baginda Nabi s.a.w dari Ibn
Mas'ud :
Ertinya
: Sesiapa yang memberi pinjaman (tanpa faedah) kepada seorang Muslim sedirham sebanyak
dua kali, baginya pahala sekali memberi sekali sedeqah (Ibn Hibban, 7/249 ; Ibn
Majah, 2/812 ; Albani mengatakannya Sohih)
Ertinya : Memberikan pinjam dua kali lebih disukai olehku daripada
mereka yang bersedeqah sekali sahaja. ( Sunan Al-Baihaqi, 5/353 )
PANDANGAN TERPILIH
Demikian tadi ringkasan dari pendapat dua kumpulan ulama semasa
membicarakan perihal keutamaan sedeqah atau pinjaman. Setelah melihat kepada
hujjah yang dikemukakan dan perbincangan panjang lebar ulama, saya cenderung
kepada huraian Imam Ibn Hajar Al-Haythami yang menganjurkan gabungan kedua-dua
dalil dengan melihat kepada sebab musabab atau ‘illah yang boleh menjadikannya
lebih utama.
Saya kira, cara tersebut lebih menepati maksud sesebuah hukum dalam hal
Fiqh Muamalat. Apabila ditinjau dari huraian hadis di atas dan berbekalkan
nas-nas lain, jelas bahawa keutamaan sedeqah dan pemberian pinjam berbeza
menurut keadaan penerima. Lebih memerlukan di penerima, lebih utama pemberian
itu, sama ada ia pinjaman tanpa faedah atau sedeqah. (Al-Inafah, Ibn Hajar Al-Haythami,
hlm 157)
Berdasarkan kepada hadis pertama sebelum ini, diberitahu bahawa pinjaman
tanpa faedah lebih utama kerana ia
diberikan kepada mereka yang sangat berkeperluan berbanding sedeqah.
Namun, jika dilihat suasana di zaman ini khususnya, keadaan ini boleh
menjadi sebaliknya, penerima sedeqah juga boleh jadi dari kalangan mereka yang
sangat miskin dan memerlukan.
Manakala penerima pinjaman pula boleh datang dari kalangan mereka yang
tidak begitu mendesak keperluannya seperti para usahawan yang sudah kaya raya
dengan harta melimpa ruah, tetapi masih memerlukan pinjaman tertentu bagi
memperbesarkan perniagaannya.
Justeru, dalam konteks fiqh Muamalat, para ulama mengajar kita untuk
tidak terlalu terikat dengan teks sesebuah nas kerana hukum di dalam bab ini
lebih perlu merujuk kepada objektif dan sebab musabbabnya.
Hasil penelitian itu, kita akan dapati bahawa keutamaan dalam hal
sedeqah dan pinjaman ini tertakluk kepada pertindanan pahala dari satu amalan.
Sebagi contoh, apabila pinjaman diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Ini bermakna selain memberi bantuan pinjaman, kita juga meraih pahala
melepaskan saudara dari keadaan sukar dan sempit. Sebagaimana hadis :
Ertinya : Barangsiapa yang melepaskan dari seorang Muslim, satu
kesukaran dari kesusahan duniawi, maka Allah swt akan melepaskannya satu
kesukaran dari kesukaran akhirat, dan Allah swt akan membantu seseorang hamba
selagi mana hamba itu membantu saudaranya" (Riwayat Muslim)
Justeru, sama ada pemberian pinjaman tanpa faedah atau sedeqah, jika ia
diberikan kepada mereka yang sangat memerlukan, ganjaran dan keutamaannya
menjadi bertambah.
Allah swt pula menegaskan, keutamaan sedeqah kepada mereka yang
memerlukan dan kesusahan di dalam ayat :
Ertinya : Dan jika
(orang berutang itu) dalam kesukaran, maka berilah tangguh sampai dia
berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebagian atau semua utang) itu, lebih baik
bagimu, jika kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 280 )
Ayat di atas jelas merangkumi
dua keadaan;
Pertama : peminjam harta
yang ditimpa kesukaran sehingga tidak mampu memulangkan harta yang dipinjam, lalu
pemberi pinjam diminta untuk sama ada memberi tangguh tanpa penalty atau
menyedeqahkan sahaja jumlah yang dipinjam.
Kedua : Pembeli secara
bayaran tangguh yang tidak melangsaikan hutang pembeliannya kerana kesukaran. Tatkala
itu, penjual diminta memberi masa untuk pembeli menyelesaikan huatngnya atau
menyedeqahkan sebahagian atau semua bayaran yang belum dilangsaikan.
Jelas dapat dilihat dari
ayat diatas, bagaimana Allah swt menggalakkan sedeqah kepada mereka yang sangat
memerlukan dan ditimpa kesusahan. Justeru, kelebihan kedua-dua amalan itu jika
dilihat dari perspektif si penerima, ia bergantung banyak kepada situasi
penerima, demikian juga ditegaskan oleh Syeikh Al-Balqini.
Manakala jika
dilihat keutamaan dua amalan itu dari perspektif pemberi, tentulah pemberi
sedeqah lebih utama kerana ia melepaskan hak milik hartanya kepada penerima,
berbanding pemberi pinjaman.
[2]Mungkin
ada yang keliru dan tertanya, bagaimana Nabi s.a.w boleh membaca sedangkan
baginda adalah seorang yang ‘UMMI' (tidak boleh membaca dan menulis). Ibn Hajar
memberikan ulasan dengan mengatakan teradpaat beberapa penjelasan dalam hal
ini. Pertama : Ia adalah mu'jizat
yang diberikan oleh Allah semasa Isra mi'raj sehingga Nabi mampu memahami tulisan
tersebut. Kedua : Nabi telah dahulu
sebelum itu bertanya kepada Jibrail apa yang ditulis, sesudah itu Nabi bertanya
pula apa yang terdapat di dalam hadis, ini bermakna pertanyaan Nabi yang
pertama dihazafkan bagi memperolehi sasaran hadis. Ketiga : Nabi memang UMMI tetapi melalui mu'jizat baginda boleh
membaca dan menulis ringkas walau tanpa belajar, sebagaimana diriwaytakan Nabi
pernah menulis semasa perjanjian Hudaibiyah, namun terdapat ulama yang menolak
dengan mengatakan bahawa Ali k.w yang menulis ketika itu. (Rujuk lanjut dalam Talkhis al-Habir, Ibn Hajar, 3/270). Al-‘Ajlouni
& Albani pula menilai hadis ini sebagai lemah.
Posted by suria, on 23-12-2009 11:00, IP 219.95.3.205, Guest
1. kakak saya nak pinjam duit
Dia nak pinjam RM500. Saya memang nak bagi. Mula-mula saya niat nak bagi pinjam. Lepas tu, saya kira-kira nak bagi duit tu terus. Kira macam zakat. masalahnya, saya tak tahu kakak saya asnaf ke tak. Keluarga dia pernah dapat duit raya dari lembaga zakat selangor. Boleh tak saya bayar zakat kepada dia?
Posted by Farid Bahri, on 19-12-2009 17:04, IP 203.82.80.58, Guest
2. Memberi pinjaman tanpa faedah...
Salam Ustaz... Saya sering memberi pinjam kepada kengkawan saya yang memerlukan duit...niat pinjaman saya adalah ikhlas dan pinjaman itu saya berikan tanpa menetapkan tempoh bayaran balik dan faedah...persoalan saya ialah, adakalanya kengkawan saya telah belanja saya makan atau sebagainya tanpa saya tahu maknanya sedangkan dia masih berhutang dengan saya.adakah saya boleh menerima pemberian itu dan adakah itu semua dikira faedah dari pinjaman saya?Terima kasih ustaz...
UZAR ; Jika tidak disyaratkan msemasa memberi pinjaman, ia adalah halal dan tidak bermasalah
Posted by Azah, on 17-11-2009 15:53, IP 60.48.82.210, Guest
4. Pinjaman perniagaan
Salam Ustaz,
Ana ada memberi kawan pinjaman untuk menjalankan 1 perniagaan, perjanjian yg di buat adalah hasil keuntungan perniagaan tersebut akan dikongsi 50/50. Permasalahan sekarang, kawan tersebut menyepi langsung tidak membayar sesenpun dari pinjaman & hasil perniagaan tersebut.
Ana ada minta penjelasan apa permasalahan sebenarnya, tapi masih tiada penjelasan drp pihak yg meminjam.
Apa pandangan Ustaz tentang perjanjian tersebut & hak Ana sebagai pemberi pinjaman.
Jazakallah
UZAR : kalau 50/50, sepatutnya ia bukan pinjaman tetapi pelaburan. Jika pinjaman, ia akan jatuh ke dalam riba kalaubegitu bentuknya.
Jika pinjaman, 50 % TAK BOLEH DIjamin sama sekali dan pemberi pinjam berhak meminta semula wang yang dipinjamkannya
Posted by emas perlis, on 17-11-2009 06:18, IP 124.13.222.147, Guest
5. Memberi pinjam emas untuk digadaikan.
Assalamualaikum Ustaz...awal Nov.2009 seorang kawan ingin meminjam wang walhal dia sendiri ada wang yang dilaburkan dalam saham.Saya tidak meminjamkan wang tapi telah meminjamkan sekeping emas yang bernilai RM 12000 untuk dia gadaikan di Arrahnu(Beliau dapat 60% drp.nilai emas & segala kos simpanan ditanggung beliau.Dia berjanji akan memulangkan semula emas tersebut pada akhir bulan dis (2 bulan.Apa pandangan Ustaz.
Posted by umayr, on 17-11-2009 02:44, IP 60.54.3.148, Guest
6. pertanyaan penting...
ustaz boleh ka kita tubuhkan tabung pinjaman secara islamik, (hanya diperingkat kampus) nak bantu pelajar2 yang tak cukup duit keperluan bulanan, begini caranya : pelajar-pelajar yang ada duit lebih (tak guna) diorang letak dalam sebuah tabung.
Diorang sebelum tu dah pun bersetuju duit2 dalam tabung tuh akan dijaga dan disimpan oleh biro tertentu. keduanya, diorang dah bersetuju jadikan biro berkenaan sebagai wakil untuk meminjamkan duit2 lebihan diorang tuh kepada mana-mana pelajar yang datang minta nak pinjam duit dari tabung (namanya tabung pinjaman islam).
Soalannya : bila pelajar yang memerlukan datang mintak nak pinjam, petugas akan beri pinjaman tersebut dengan mengambil duit dalam tabung tadi. Jadi tak tahu siapa punya portion yang kena ambil, sebab semua pelajar simpan duit dalam tabung yang sama.
thanx..
UZAR : yA boleh cuma kena pastikan tiada pelanggaran dgn mana-mana undang-undang persatuan, kampus, dan malaysia. jika semua ok..ya tiada masalah peminjam ambil portion siapa pun.
Posted by amir, on 16-11-2009 11:41, IP 203.82.92.140, Guest
7. HAJI
salam, UZAR. Ibu dan bapa saya berhajat untuk mengerjakan haji tahun depan. Daftar Muassasah tabung haji dapat pada 2017. memandangkan umur sudah usia emas, saya berhasrat untuk menghantar mereka melalui pakej TH, insyaAllah tahun depan boleh pergi.saya ingin meminjamkan mereka sejumlah wang yang agak besar untuk itu, tapi mereka tidak mahu menerima kerana takut berhutang. Sebenarnya, mereka ada sebuah kedai akan dijual tahun depan ( masih belum dapat CF). saya ingin mendahulukan duit saya dan sekiranya mereka panjang umur, duit haji itu bolehlah dipulangkan setelah kedai dijual. Adakah itu dikira hutang atau sebagai pendahuluan? Adakah lebih baik diberi sahaja?
UZAR : ya sudah tentu lebih baik begiut,,iaitu beri sahaja
Posted by Agen Cash Gifting, on 13-11-2009 07:52, IP 124.82.52.215, Guest
8. Hukum cash gifting(pemberian Tunai)
Salam Ustax, Saya nak bertanya tentang hukum program cash gifting. program pemberian tunai. dia memberikan wang tunai untuk meberikan dan membantu kawan-kawan dalam menyelesaikan masalah kewangan. dan program ini ada yang online. Cuba ustax terangkan apakah hukum pemberian tunai dari kawan ke pada kawan yang lain. tolong beri penerangan yang yg sebenarnya.
Posted by walid 'ammar, on 07-11-2009 09:01, IP 115.135.220.60, Guest
9. syarikat takaful
Assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR;
satu syarikat takaful di negara kita merupakan anak syarikat sebuah syarikat pemegangan pelaburan yg disenaraikan di papan utama Bursa Malaysia di mana pemegang saham utamanya adalah Permodalan Nasional Berhad melalui Skim Amanah Saham Bumiputera...
saya merasa ragu apabila berkait dgn. PNB & ASB, apa pandangan UZAR? moga Allah memberkati semua.
UZAR : Tiada masalah. Tak semua duit PNB adalah haram dan syubhah, banyak juga yang halal.
Posted by singgah, on 04-11-2009 05:46, IP 115.132.10.252, Guest
10. zakat pendapatan
Salam UZAR;
berkenaan zakat pendapatan (gaji), ada yg bertanya," bagaimana kami nak bayar ust, gaji tiap2 bulan pun semput(tidak cukup)..." bagaimana nak jelaskan kekeliruan ini UZAR?
Posted by singgah, on 03-11-2009 22:13, IP 115.134.195.188, Guest
11. insurans kenderaan
assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR,
semasa saya nak bayar insurans kenderaan saya kat pej.syarikat takaful baru-baru ni tiada pula kena isi@tandatangan apa-apa borang,cuma dia tanya maklumat pemandu kedua pastu bayar duit & dia bagi cover note...selesai...apa komen UZAR? terima kasih
UZAR : ISI BORANG TU ADALAH AQAD, TAK SEMSTINYA TANDATANGAN BARU DIKIRA AQAD.
Posted by almubarakfuri, on 01-11-2009 10:22, IP 218.208.91.253, Guest
13. aqad jual beli dgn borang tanpa lafaz.
salam. mg us sntiasa dlm rahmat Allah. us, ana ada soalan. macam mane dgn jual beli kereta, rumah n buat pinjaman kerajaan(bg kakitangan awam. biasanya hanya melalui borang sahaja.
kita pilih yg islaimic la. cuma tak ada akad secara lafaz. hanya melalui borang perjanjian sahaja. apa hukum jual beli td?
mafhum hadith: hendaklah org yg hadir(tahu)menyampaikan kpd mereka yang tak hadir.
syukran.
UZAR: zaman sekarang, aqad secara bertulis tu sudah lebih kukuh berbanding lafaz yang boleh lupa apa yang dilafazkan. Justeru kestauan fiqh sedunia telah membuat resolusi, bertulis tu sudah cukup untuk memeterai aqad bagi sebarang pembelian mahal dan besar.
Posted by um, on 01-11-2009 09:58, IP 60.52.69.119, Guest
14. jual beli barang
Apakah hukumnya, seseorang yang menjual barang,( pelbagai ) rakan2 membeli mengikut harga di katalog,( harga tetap sama ada tunai atau ansur ) penjual membenarkan pembeli membayar secara ansuran tanpa ditetapkan harga ansuran sebulan ( boleh bayar RM20 atau lebih ) hingga habis bayaran tanpa ditetapkan masa.Apa hukumnya ustaz...
UZAR : GHARAR, masa bayaran ansuran tu kena tetapkan dan nilai bulanan kena tahu jelas, tanpa itu dua, urusniaga jadi gharar
Posted by akram, on 31-10-2009 15:29, IP 58.26.136.29, Guest
17. sistem kutu
assalmuaaikum ustaz
berkenaan artikal ustaz tentang permainan kutu itu. saya telah mengaplikasi permainan ini didalam sebuah sistem mlm. program ini meetakkkan syarat mana-mana ahli ini ingin naik pangkat mereka perlu menghadiri program ini dan membuat belian sebanyak 300 nm sebagai syarat layak untuk naik pangkat dan kos yang ditanggung bagi setiap ahli termasuk yuran program adalah RM 640 dan dibahagikan kepada 3 orang peserta yang ingin menghadiri program tersebut dan saya sebagai upine dan jumlah yang di bahagikan adalah RM 160 setiap seorang dan kos yang ditanggung setiap seorang peserta hanya RM 480 dan seorang ahli yang telah menghadiri program tersebut peru membeli produk untuk cukup 300 nm( niai mata ) dan produk tersebut akan dibahagikan setiap ahli dan ahli yang telah menghadiri program tersebut turut mendapat bonus atas pembeliannya itu. giiran turut ditetapkan atas persetujuan peserta2 ini. soalan saya adakan sistem ini memerlukan akad? dan jika wajib ada akad dalam sistem ini, apakah contoh akadnya? untuk pengetahuan ustaz syarikat MLM yang saya sertai ini adalah syarikat herba penawar alwahida ( HPA ). harap ustaz boleh perjelaskan.
Posted by sahibul_syahadah, on 31-10-2009 14:51, IP 203.82.91.103, Guest
18. Ikut pendapat 4 Imam lain2 waktu
Salam Ustaz, Saya nk tnye skit pasal orang yang ikut (adopt) pendapat Imam yg 4 (Hanafi,Maliki,Syafie & Hanbali) mengikut keadaan tertentu..Bolehkah kita mengikut pandangan Imam2 ini mengikut keadaan tertentu? Contohnya dalam soal Solat, kita ikut mazhab Syafie tetapi dalam bab muamalat kita ikut mazhab Hanafi?Harap beri pandangan..
UZAR : Panjang ulasannya ini, kesimpulan, ya boleh dengan syarat2 tertentu
Posted by akram, on 30-10-2009 12:10, IP 58.26.136.29, Guest
21. dinar emas
assalamualaikum ustaz
apakah pelaburan didalam dinar emas sama dengan pelaburan wang kertas? saya berminat untuk melabur didalm dinar emas ini jadi apakah saranan ustaz tentang hal ini?
Posted by akram, on 30-10-2009 12:06, IP 58.26.136.29, Guest
22. dinar emas
assalamualaikum ustaz
saya ingin melabur didalam pelaburan dinar emas adakah ini sama dengan pelaburan sebagaimana pelaburan dengan wang kertas? apakah saranan ustaz tentang pelaburan didalam dinar emas ?
UZAR : pelaburan emas adalah ok, cuma nak dapatnya susah sikit dan saya telah ulas di artikel khusus berkenaannya.
Posted by mujahidah, on 30-10-2009 00:32, IP 115.135.83.254, Guest
23. bai' inah
kaedah pembiayaan peribadi-i sebuah bank Islam contoh;
a. bank akan meminjamkan kpd tuan/puan sejumlah wang sebanyak RM 7,020.00 (dgn ini disebut "wang pinjaman" seperti tertera di dlm Nota Tunai)di bawah kontrak Qardh, di dlm bentuk Nota Tunai. Nota Tunai ini hanya akan laku utk membeli matawang asing (di bawah kontrak Bai' Sarf, di dlm bentuk Nota Tunai) daripada bank.Manakala Wang Pinjaman ini perlu dibayar balik kpd bank di dlm jumlah dan pada masa-masa seperti yg dinyatakan
b. Tuan/puan bersetuju membeli daripada bank matawang asing SAR 6,000.00 dengan Harga Jualan sebanyak RM 7,020.00 tunai dan membayarnya dengan Nota Tunai tersebut di atas.
c. Tuan/puan kemudiannya bersetuju menjual semula matawang asing tersebut kepada bank dengan harga RM 6,000.00 (Harga Belian).Bank akan membayar kepada tuan/puan Harga Belian tersebut secara tunai dengan cek jurubank atau dengan lain-lain cara bayaran yang dipersetujui.