Saya
ingin bertanya mengenai produk kosmetik yang mengandungi emas adakah menyerupai
pemakaian susuk? setahu saya pemakaian susuk memerlukan seorang dukun atau
bomoh. pada pandangan saya produk kosmetik sebegini macam tak sama dengan susuk
tapi saya memerlukan penjelasan dari orang yang lebih arif.
Namun,
hari ini muncul satu lagi bentuk produk kecantikan wajah yang dikatakan semakin
mendapat tempat di kalangan wanita khususnya. Saya kira soalan di atas adalah
berkait dengan produk kosmetik baru tersebut.
Produk
kecantikan kulit wajah yang menggunakan serbuk emas 24 karat sebagai salah satu
dari unsur kandungannya.
Menurut
maklumatnya, produk ini juga dikatakan sesuai bukan sahaja untuk wanita tetapi
juga bagi semua peringkat umur baik wanita dan lelaki, ia dipromosi sebagai
berkesan untuk perawatan kulit dan dapat membantu menghilangkan jerawat,
jeragat, mengurangkan kedut, mencerahkan kulit yang kusam serta menjadikan
kulit lebih halus, mulus dan berseri.
Laporan
tersebut juga menyatakan antara kandungannya adalah serbuk emas 24 karat yang
boleh menghasilkan nutrisi untuk kulit menjadi lebih berseri dan tegang.
Ia
dating dalam pelbagai bentuk produk seperti sabun muka, tonik muka, pelembap,
krim pelindung matahari dan krim malam yang berharga di antara RM75 hingga
RM120 bagi setiap produk.
Antara
cara menggunakannya pula ringkasnya seperti diterangkan dalam petikan artikel
di bawah[1]
:
Tak
seperti facial pada umumnya, facial serbuk emas merupakan metode pembersihan
kulit wajah dari kotoran dan komedo dengan bantuan serbuk emas 24 karat yang
telah diubah menjadi gel, sehingga tak menimbulkan iritasi pada kulit maupun
efek samping lainnya.
Demikian
dikatakan Yohana Frida Chrisanty, pemilik sekaligus terapis Gracia Beauty Care
yang berlokasi di Pangrango Plaza Lt.1 SA 25 kepada Jurnal Bogor, kemarin.
Dikatakan Santy, sapaan Yohana Frida Chisanty, butiran emas yang sudah menjadi
gel tersebut dapat mencerahkan kulit wajah. "Jika melakukan facial dengan
serbuk emas, kilau emas nan cantik bisa terpancar di wajah," ujar istri Paulus
Indra itu.
Ada
beberapa tahap dalam pengerjaan facial serbuk emas. Pertama wajah dibersihkan dulu dengan menggunakan facial foam. Kedua, dilakukan peeling dengan
menggunakan serbuk emas untuk mengangkat sel kulit mati. "Di salon ini, serbuk
emas digunakan pada peeling, vitamin, scrub, dan masker wajah,"
ungkapnya.
Setelah
proses peeling selesai, wajah diberi scrub sambil diberi pijatan agar kulit
wajah lebih halus. Untuk proses peeling dan scrubing masing-masing dilakukan
selama sepuluh menit. "Usai dibersihkan dari scrub, wajah akan diberi uap air
kurang lebih selama sepuluh menit untuk membuka pori-pori kulit sehingga
terjadi detoksifikasi atau pengeluaran racun
ADAKAH
IA SAMA DENGAN SUSUK?
Memang
benar, susuk mempunyai campur tangan ilmu hitam, mantera seperti sihir. Namun
perlu diingat susuk bukan semata-mata menjadi haram hanya disebabkan oleh
campurtangan ilmu hitam tersebut, tetapi juga kerana salah guna metal bernilai (precious metal) emas untuk tujuan yang
tidak diharuskan oleh Islam dan pelbagai sebab lain.
Jika
demikian apakah status hukum bagi produk yang menggunakan serbuk emas ini?
Bagi
mengetahui status hukumnya, terdapat beberapa persoalan pokok yang perlu
dilihat iaitu :-
1)Isu penggunaan emas
sebagai hiasan.
2)Penggunaan emas untuk
perubatan.
3)Adakah terdapat unsur
mengubah ciptaan Allah demi kecantikan ?
4)Status halal
kandungan produk yang lain.
5)Mana lebih dominan,
untuk kecantikan atau perubatan?
6)Kos produk yang jatuh
dalam kategori membazir?
7)Isu menutup tanda
ketuaan secara salah.
8)Status kesan
sampingan dan mudarat kepada wajah dan tubuh.
9)Penggunaannya untuk
lelaki.
Itulah
antara item yang perlu difahami dalam melihat pandangan Islam dalam penggunaan
serbuk emas ini. Tanpa kajian menyeluruh berkenaan kesemua item di atas, sukar
untuk menentukan hukum penggunaan serbuk emas ini dengan tepat. Untuk
membincangkan semua isu di atas ia bakal mengambil masa yang panjang untuk
kajian, huraian dan penulisan. Oleh itu, saya tidak akan menyentuh kesemuanya.
Jawapan
ini hanyalah memulakan perbincangan hukum dalam hal ini, saya akan sertakan
beberapa point secara ringkas serta padat, tidak memberatkan dan tidak pula
terlalu ilmiah, terhadap beberapa perkaar di atas. Walaupun ia mungkin belum
cukup kuat untuk membuat satu kesimpulan hukum, namun ia boleh dijadikan
panduan bagi mereka yang ingin mendalamkan lagi perbincangan.
1)ISU
PENGGUNAAN EMAS SEBAGAI HIASAN.
Nabi
s.a.w menegaskan menggunakan emas sebagai perhiasan selain pemakaian di
tubuh wanita, adalah diHARAMKAN bagi lelaki dan wanita:-
Ertinya
: Jangan kamu minum di dalam bekas emas dan perak, kerana cara itu adalah
amalan mereka (kafir) dan untuk kamu kelak di akhirat sahaja ( Riwayat
Al-Bukhari & Muslim)
Hasil daripada hadis ini, majoriti
ulama berfatwa bahawa penggunaan emas sebagai hiasan seperti di pinggan,
mangkuk, sudu, tepak sirih, tombol pintu, buku, al-Quran, jam, pen dan
sebagainya adalah DIHARAMKAN bagi lelaki sepenuhnya.
Namun demikian khas untuk wanita, apa sahaja perhiasan
yang digunakan di tubuhnya seperti rantai, gelang, cincin, jam emas adalah
dibenarkan.
As-Syeikh Ibn Nujaim Al-Hanafi berkata :-
إذا
ثبت - يعني التحريم - في الشرب : فالأكل كذلك ، والتطيب ، لاستوائهم في الاستعمال
، فيكون الوارد فيها يكون واردا فيما هو في معناها ، ولأنها تنعم بتنعم المترفهين
والمسرفين وتشبه بهم
Ertinya : Apabila terbukti haram
untuk minum darinya (emas), maka makan juga termasuk di dalamnya, demikian juga
berhias dengannya disebabkan sama taraf penggunaannya, maka apa yang disebutkan
(oleh hadis) itu akan terkena bagi semua yang sama ertinya dengannya,
disebabkan semuanya memberi sifat kemewahan berlebihan, pembaziran dan
menyerupainya.[2]
Ibn Qayyim pula menegaskan :-
وهذا التحريم لا يختص بالأكل والشرب
، بل يعم سائر وجوه الانتفاع ، فلا يحل له أن يغتسل بها ، ولا يتوضأ بها ، ولا
يدهن فيها ، ولا يكتحل منها ، وهذا أمر لا يشك فيه عالم Ertinya
: Pengharaman ini tidak terhad kepada makan dan minum ( di dalam bekas emas )
sahaja, malah ia juga termasuk segala jenis bentuk penggunaannya, maka tidak
halal mandi darinya, berwudhu, meletak lemak atau minyak masak padanya,
bercelak darinya, ini semua perkara yang tidak ragu lagi akan hukum haramnya. [3]
Syeikh al-Bahuti al-Hanbali dan Ibn
Mufleh menambah lagi penggunaan emas yang diharamkan seterusnya seperti di
lampu, katil, kerusi, kasut, sudu, pintu, atap dan sebagainya.[4]
Walaupun semua isu di atas
memperincikan perihal penggunaan emas sebagai perhiasan, bagaimana pula jika
wanita menggunakannya untuk perhiasan di wajahnya?
Jawapnya, ia adalah halal, namun
bagaimana pula jika emas tersebut meresap melalui penggunaan gel atau krim
beserbuk emas ke dalam tisu wajahnya?. Adakah ia masih termasuk dalam kategori
berhias yang dibenarkan atau tidak?
Kerim atau gel itu akan menjadi haram
bagi lelaki disebabkan sabdaan Nabi :-
عن علي بن أبي
طالب رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم: أخذ حريرا فجعله في يمينه،
وأخذ ذهبا فجعله في شماله، ثم قال: إن هذين حرام على ذكور أمتي
Ertinya
: Dari Ali bin Abi Talib r.a, sesungguhnya Rasulullah s.a.w mengambil sutera
dan diletakkan di tangan kanannya, dan mengambil emas di tangan kirinya lalu
berkata : kedua-dua item ini adalah haram untuk lelaki (sebagai perhiasan) di
kalangan umatku ( Riwayat Abu Daud : sanad yang baik)
Namun bagi wanita, di sana mungkin akan wujud ilmuan
Islam yang berpendapat ianya adalah diharuskan kerana ia masuk tergolong di
dalam kategori perhiasan fizikal wanita. Cuma sedikit perbezaannya, yang
disepakati harus di kalangan ulama adalah perhiasan luaran, tetapi dalam kes
ini, ia telah menjadi perhiasan dalaman.
2)
PENGGUNAAN EMAS UNTUK PERUBATAN
Dalil
yang paling jelas dalam hal ini adalah hadis berikut :-
عن عرفجة بن أسعد: أصيب أنفي يوم الكلاب في
الجاهلية فاتخذت أنفاً من ورق فأنتن علي فأمرني رسول الله صلى الله عليه وسلم أن
أتخذ أنفاً من ذهب
Ertinya : Daripada ‘Arfajah Bin As'ad : Hidungku telah tercedera (
terpotong) di hari peperangan Al-Kulab maka aku meletakkan kertas bagi menutup
ruang hidung, namun ia berbau busuk lalu Nabi s.a.w telah mengarahkanku agar
mengambil emas sebagai hidung (palsu). [5]
Jelas dari hadis di atas, diharuskan menjadikan emas sebagai salah
satu alat bagi tujuan perubatan. Namun demikian, perlu diingat bagaimana
keharusan yang diberikan oleh nabi kepada sahabat ini adalah di ketika
keperluan yang sangat mendesak, iaitu ketiadaan hidung dan ia sudah berbau.
Ditambah pula di zaman itu, tiada kemudahan dan kepakaran untuk menggunakan bahan
lain seperti plastik dan lain-lain yang lebih sesuai. Nescaya di ketika
wujudnya bahan lain yang boleh berfungsi dengan berkesan, ia adalah lebih baik
berbanding menggunakan berbanding yang lain.
Disebutkan oleh para ulama
رخصّ النبي صلى الله
عليه وسلم في استعمال الذهب في التداوي حالة الضرورة كستر عيب أو إزالة تشوه.
Ertinya : Nabi memberikan keringanan untuk menggunakan emas dalam
hal perubatan di ketika terdesak seperti untuk menutup rasa aib yang teruk dan
membuang kecacatan.
Juga telah diriwayatkan oleh At-Tabrani dan Ahmad, bahawa
dibenarkan untuk mengikat gigi dengan emas atau bergigi emas.[6]
Kaitannya dengan isu serbuk emas, jika benar ia adalah untuk
tujuan perubatan, persoalannya adakah di sana tiada cara neutral menggunakan
herba, tumbuhan dan lain-lain yang lebih murah? Adakah wajah si wanita dan
lelaki itu terlalu teruk sehingga memerlukan penggunaan serbuk emas ini atau ia
hanya tergolong dalam PENAMBAHAN kecantikan dan bukan perubatan?.
3)
ADAKAH TERDAPAT UNSUR MENGUBAH
CIPTAAN ALLAH DEMI KECANTIKAN ?
Telah
jelas daripada dalil AL-Quran dan Al-Hadis, sebarang pengubahan ciptaan Allah
adalah diharamkan.
Isu mengubah ciptaan Allah SWT
terhadap diri seseorang. ISLAM melarang keras sebarang pengubahan ciptaan asal
bahagian tubuh seseorang yang dilakukan dengan alasan untuk kelihatan cantik
atau lebih cantik selain bertujuan kosmetik.
Dalil yang mengharamkan adalah ayat
117 hingga 119 surah al-Nisa' iaitu Allah berfirman yang bermaksud:
"Apa yang mereka sembah selain
daripada Allah itu tidak lain hanya berhala dan mereka tidak menyembah
melainkan syaitan yang durhaka, yang dilaknat Allah dan yang mengatakan: ‘Demi
sesungguhnya aku akan mengambil daripada kalangan hamba-Mu, bahagian tertentu
(untuk menjadi pengikutku). Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka
(daripada kebenaran) dan demi sesungguhnya aku akan memperdayakan mereka dengan
angan-angan kosong dan demi sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan
binatang ternak) lalu mereka membelah telinga binatang itu dan aku akan
menyuruh mereka mengubah ciptaan Allah.'
Ulama tafsir memiliki tiga pendapat
mengenai takrifan ‘mengubah fitrah kejadian dan apa jua yang sudah ditetapkan
Allah' iaitu mengubah bentuk tubuh dan organ haiwan serta manusia; mengubah
tugas atau fungsi sesuatu seperti menjadikan batu atau matahari sebagai tuhan
dan mengubah syariat Islam iaitu menghalalkan yang diharamkan Allah serta
sebaliknya
Bagaimanapun jika ia dilakukan
dengan tujuan perubatan akibat kemalangan dan kecacatan, ianya adalah harus
dilakukan. Jelasnya, tujuan yang dibenarkan adalah bagi memperbaiki organ tubuh
yang rosak akibat trauma kemalangan selain untuk mengembalikan kecacatan kepada
kejadian tubuh manusia normal.
Terdapat juga hadith yang menyebut :
لعن الله الواشمات والمستوشمات، والنامصات
والمتنمصات، والمتفلجات للحسن المغيرات خلق الله
Ertinya : "Allah melaknat
perempuan yang mentatoo dan minta ditatoo, dan yang mengikir gigi dan yang
minta dikikir giginya dan yang menjarangkan giginya UNTUK TUJUAN KECANTIKAN,
yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Al-Bukhari)
Ertinya
: tindakan itu tercela dan haram bagi sesiapa yang melakukannya untuk
kecantikan, namun kiranya ia memerlukan disebabkan oleh perubatan contohnya, ia
adalah diharuskan [7]
Imam
An-Nawawi pula sebelum itu mengulas :
وَهَذَا الْفِعْل حَرَام عَلَى
الْفَاعِلَة وَالْمَفْعُول بِهَا لِهَذِهِ الْأَحَادِيث ,
وَلِأَنَّهُتَغْيِير
لِخَلْقِ اللَّهتَعَالَى
, وَلِأَنَّهُ تَزْوِير وَلِأَنَّهُ تَدْلِيسErtinya
: Perbuatan ini haram ke atas pelanggan yang membuat dan pihak yang menyediakan
khidmat berdasarkan hadis ini, dan KERANA ia adalah pengubahan ciptaan Allah,
dan KERANA ia juga satu perdayaan dan penipuan. (Syarah Sohih Muslim)
Apa
kaitan dengan serbuk emas? Sebagaimana telah disebutkan, perlu diteliti sama
ada penggunaan krim atau gel itu akan menghilangkan kedutan kulit normal
manusia, sehingga kulit yang biasa kedut pada umur tertentu tidak lagi berkedut
secara tidak tabie, sama seperti pembedahan plastik, susuk dan botoks. Jika perubahan
itu berlaku secara tidak normal melalui yang mengandungi produk serbuk emas
itu, ia akan jatuh HARAM. Jika ia berjaya dibuktikan produk itu hanya
meningkatkan kesiahatan kulit secara normal dan sihat, tatkala itu ia akan
dikira HARUS.
Proses
menentukan status ini, mestilah dirujuk dan dibincang dengan para doctor
perubatan dan ahli sains yang berkaitan.
4)MANA
LEBIH DOMINAN, UNTUK KECANTIKAN ATAU PERUBATAN?
Ini
perkara yabg sangat perlu di kenal pasti, dan boleh sahaja memberikan status
hukum yang berbeza mengikut individu dan situasi. Bermakna, bagi sesetangah
indiivdu yang wajahnya mempunyai jerawat dan kerosakan kulit yang terlalu
teruk, penggunaan ini tentunya menjadi HARUS kerana ia tergolong dalam hal
perubatan. Namun begitu, bagi sesetengah indivud lain yang kulitnya hanya
berkedut normal, atau sedikit kurang licin, tatkala itu penggunaan produk ini
menjadi amat syubhat dan boleh tergolong di dalam katgeori mereka yang tidak
bersyukur dengan kurniaan Allah serta ingin mengubahnya bagi menambah
kecantikan.
5)KOS
PRODUK YANG JATUH DALAM KATEGORI MEMBAZIR?
Wang dan harta adalah amanah Allah ke atas diri. Firman Allah swt
:
"Kepunyaan Allah-lah apa yang di langit dan yang di bumi.
Sesungguhnya Allah Dia-lah yang Maha Kaya lagi Maha Terpuji." (Luqman: 26)
Firman Allah lagi yang menunjukkan semua harat ini adalah milik
Allah :
وَآتُوهُم مِّن مَّالِ اللَّهِ الَّذِي
آتَاكُمْ
Ertinya : dan berikanlah kepada
mereka sebahagian dari harta Allah yang dikaruniakan-Nya kepadamu ( An-Nur :
23)
Nabi s.a.w bersabda :
إن الدنيا حلوة خضرة. وإن الله مستخلفكم
فيها، فينظر كيف تعملون
Ertinya : Sesungguhnya dunia ini penuh indah dan
hijau, dan Allah swt melantik kamu sebagai pengusahanya dan sentiasa melihat
bagaimana kamu perlakukan (Riwayat Muslim)
Sebarang penggunaan harta mestilah dilihat kepada keperluan yang bertepatan
dengan neraca yang diredhai oleh Allah selaku pemilik seluruh harta. Kita hanya
memegang amanah Allah ini. Justeru, membelanjakan wang yang banyak untuk
berlebihan dalam kecantikan fizikal sehingga melupakan tempat jatuhnya
pandangan Allah iaitu hati dan amalan, adalah tergolong tercela menurut pandangan
Islam.
6)MENUTUP TANDA KETUAAN
SECARA MENYONGSANG ARUS.
Selain
itu, syariat turut mengharamkan perubahan yang memiliki unsur-unsur penipuan
sama ada menerusi pembedahan plastik atau penggunaan botox yang menukarkan
wajah yang tua kepada muda.
Tujuan
Shariah dalam hal larangan penipuan seperti ini boleh difahami dengan jelas
dari hadith Nabi SAW :
"Tukarlah
ia (warna rambut, janggut & misai ) dan jauhilah dari warna hitam"
(Shohih Muslim)
Hadith
larangan ini menunjukkan kepada larangan penipuan umur, ini kerana uban yang
dihitamkan bertujuan kelihatan lebih muda. Justeru, tidak kira dari kalangan
lelaki mahupun perempuan. Ia dilarang oleh Islam.
Seperti
botox yang biasanya digunakan oleh wanita atau lelaki ketika kulit mereka sudah
memperlihatkan tanda-tanda ketuaan, maka bagi mengekalkan rupa yang muda, mereka
melakukan proses botox, pembedahan plastik dan lebih teruk lagi susuk dengan
sihir.
Kini,
muncul apa yang dinamakan oleh sebahagiannya sebagai susuk moden, berupa
kosmetik gel dan krim yang mempunyai serbuk emas. Jika krim ini berfungsi
secara menyongsang arus normal, ia pasti akan tergolong juga di dalam kategori
HARAM tanpa syak lagi. Ia disebabkan unsur penipuan yang perdayaan umur yang
berlaku.
KESIMPULAN
Sebagaimana
yang saya sebutkan diawal artikel, tulisan ini sahaja tidak cukup untuk
menentukan status hukum yang tepat bagi penggunaan kosmetik yang mengandungi
serbuk emas, namun demikian, saya mengharapkan agar tulisan ringkas dan padat
ini dapat memberi sedikit gambaran akan beberapa perkara penting yang akan
dinilai oleh para ulama dalam mengenalpasti pendirian Islam dalam perkara baru
seperti ini.
Sebarang
perbincangan dan maklumat boleh dikongsi di ruangan komen. Semoga ia dapat
memandu kita ke arah kehidupan yang lebih diredhai oleh Allah swt.
[5]Talkhis
al-habir, Al-Haithami, 2/340 : ulama berbeza pendapat berkenaan sambungnya
hadis ini, Ibn HIbban & menilainya sebagai sohih; At-Tirmizi : Hasan
Posted by yuyu, on 08-12-2009 11:53, IP 202.184.112.10, Guest
1. hukum memakai krim serbuk emas
salam ustaz, saya telah baca artikel ustaz..tapi saya agak sedikit keliru dengan masalah saya..jika saya memakai mask serbuk emas untuk kulit yang berjeragat, adakah ia dikira sebagai kecantikan, perubatan, mengubah ciptaan Allah kerana kecantikan atau hiasan?harap ustaz dapat tolong saya kerana saya agak keliru sedikit.
Posted by ingin tahu, on 02-11-2009 23:41, IP 86.108.90.56, Guest
2. fiqh
salam.asif ganggu us,ana nak tanya melalui email tp ana tak tahu,mgkn soalan ni tak brkaitan ngan artikel trbaru us,mgkn brkaitan ngan duit zakat,begini..
ada seorang pelajar yg mndapat tajaan zakat selangor belajar di jordan.dan kmgkinan akan tamat pd tahun 2013.dan tempoh tajaan zakat juga akan tamat dlm tempoh 4 tahun juga ( pada tahun yg sama ),dan kmgkinan duit tajaan trsebut akan lebih disebabkan perangkaan belanja dalam tmpoh 4 thn akan berbaki lebih.dan ana merancang setelah habis belajar,ana nak guna duit lebihan trsebut kpd prkara yg bermanfaat cthnya sambung ke peringkat seterusnya atau sebagainya.
soalannya adakah boleh ana lakukan demikian?syukran atas respon us.
Posted by sahibul_syahadah, on 02-11-2009 18:17, IP 203.82.79.107, Guest
3. Produk kecantikan daripada Haiwan
Salam ustaz, Baru-baru ni saya terlihat iklan tentang produk kecantikan yang dihasilkan daripada plasenta kambing biri-biri.Apakah pandangan ustaz berkenaan: 1) menggunakan produk kecantikan (pembersih muka,shampoo dll) hasil daripada haiwan untuk kegunaan luaran badan.
2) menggunakan produk kesihatan (ubat yang bercampur dgn ekstrak haiwan) untuk digunakan sbg bahan suntikan ke dalam badan.
Posted by anonymous, on 02-11-2009 10:49, IP 60.53.139.199, Guest
4. soalan musafir
Assalammualaikum sekali lagi Ustaz, Maaf kerana mengganggu. Saya ingin tanya dalam email tapi tak tahu email ustaz.
Berkenaan dengan musafir. Baru2 ini saya melancong ke tempat A jarak 1000 km dari Malaysia. 1. Saya tiba di A pada pukul 7am 5 Oktober 2. Pukul 8am hingga 5pm 6 Oktober saya ke tempat B jarak 50km dari A dan 1050km dari Malaysia. 3. 7 Oktober saya keluar dari A ke kawasan sekitar dari sebelum Zohor hingga lepas Asar baru kembali. 4. 8 Oktober pukul 6pm saya pulang semula ke Malaysia dari A.
Sepanjang saya berada di A saya melakukan solat seperti biasa kerana kalau kiraan hari bersamaan 24 jam. Saya berada di A 3 hari dan 11 jam. Jadi ianya lebih dari 3 hari.
Soalan saya, adakah saya boleh sembahyang Jamak Qasar sepanjang berada di A? Atau adakah yang saya buat sembahyang seperti orang bukan musafir itu yang betul?
Keliru dengan penakrifan 3 hari layak untuk berjamak qasar. Sila bantu ustaz. Sangat penting, kerana saya akan melancong lagi.
Posted by anonymous, on 02-11-2009 10:33, IP 60.53.139.199, Guest
5. cincin suasa untuk lelaki
Assalammualaikum Ustaz, Semasa saya hendak berkahwin tempoh hari, saya bercadang hendak membuat cincin suasa untuk saya kerana ianya nampak lebih menarik berbanding cincin silver (perak).
Namun setelah mendapat tahu cincin suasa ada kandungan emas yang rendah, saya telah mendapatkan pandangan 3 orang ustaz dari negeri berbeza. 2 daripada ustaz mengatakan boleh dan 1 mengatakan elakkan.
Jadi untuk selamat saya buat cincin silver, kerana pada pendapat saya ini hanya kekhilafan kecil antara ilmuan2 agama.
Jadi apa pula pandangan ustaz mengenai cincin suasa yang mengandungi sedikit emas? Ramai orang lelaki memakai cincin suasa sebagai cincin pernikahan. Sekadar untuk perbincangan.