Utama arrow Politik & Dakwah arrow Bahasa Articles arrow Bukan Islam Memasuki Masjid : Penjelasan
Menu Utama
Utama
Profile
Pembuka Bicara
Koleksi Pelbagai Ceramah
Permohonan Iklan
Galeri
Galeri Foto
Laman Ilmu
Senarai Lengkap Artikel
Soal Jawab & Isu Pilihan
Peribadi, Tazkirah & Fikir
Fiqh Ibadah
Hal Ehwal Riba
Aqidah & Kepercayaan
Al-Quran & Hadith
Politik & Dakwah
Perbankan & Insuran
Kewangan
Pelaburan & Perniagaan
Kerjaya
Lelaki & Wanita
Rumahtangga & Keluarga
Catatan Buku
Pengumuman
 

wadinew.gif
cvrmuamalatbook.jpg

coverutkmuwanita2.jpg

 
untukmuumatlatest.jpg
coverbukusolat2.jpg
murabahahcover.jpg
coveruiabook.jpg
Buku 3
   Outside Malaysia
Ukhwah.com :: Top Blog
Blog Isteri Saya
Ummu Husna
blogas1.jpg
 

Derma Ikhlas Kepada Zaharuddin.net

 
Aktiviti Semasa

Fri, Feb 12th, 2010
Ceramah & Forum @ Dubai

Mon, Feb 15th, 2010
Shariah Audit @ Stormreaders Sdn Bhd

Mon, Feb 15th, 2010, @7:30pm - 08:45PM
Kuliah Maghrib @ Masjid Sobirin, Keramat

Thu, Feb 18th, 2010, @8:00am - 01:00PM
Rakaman Siri Tanyalah Ustaz @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010
Tanyalah Ustaz Live @ TV9

Fri, Feb 19th, 2010, @9:30am - 12:00AM
Meeting Majlis Syariah Standard Chartered Saadiq

Fri, Feb 19th, 2010, @4:00pm - 05:00PM
Al-Kuliyyah Live @ TV3

Sat, Feb 20th, 2010
Kursus Kewangan Islam @ PETRONAS

Sun, Feb 21st, 2010, @10:00pm - 05:00PM
Berlepas ke United Kingdom

Tue, Feb 23rd, 2010, @6:00am - 08:00PM
Islamic Finance Lecture @ University of Surrey, UK
Ruangan Iklan












Add Me









Islamism Digest






Pengisian Terkini
Yahoogroups & MyBlog
YahooGroup Zaharuddin
Klik di sini untuk sertai group ini

Pelawat

Site Meter 

Pengunjung Online
We have 64 guests online
PDF Print
User Rating: / 4
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 08-11-2009 19:41
Views 8807    
Favoured 23

Bukan Islam Memasuki Masjid : Penjelasan

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

nabawimosque.jpg

 

Soalan

Ustaz, di ketika ini agak heboh perbincangan berkenaan boleh atau tidak orang bukan Islam masuk masjid dan meberi ucapan. Saya ingin bertanya kepada ustaz tentang hal ini, adakah perbincangan ulama di dalam hal ini atau memang tidak dibenarkan? Setahu saya, mazhab Syafie membenarkan jadi adakah pandangan yang melarang ini adalah pandangan pengikut Wahabi?.

Jawapan

Saya yakin, isu ini timbul akibat dari berita seperti ini.

Sebelum menjawab persoalan yang diutarakan oleh saudara penyoal, saya ingin terlebih dahulu menjelaskan, paling kurang terdapat tiga isu yang diperbincangkan oleh ulama Islam di dalam hal ini.

Pertama : Bukan Islam memasuki Masjidil Haram.

Kedua : Sebab mengapa bukan Islam dilarang memasuki masjidil haram.

Ketiga: Bukan Islam memasuki masjid selain masjidil Haram

Saya akan cuba meringkaskan jawapan bagi ketiga-tiga persoalan sekaligus secara padat dan mampu difahami, InshaAllah.

Asas rujukan hukum bagi persoalan ini diambil dari dua ayat berikut :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا الْمُشْرِكُونَ نَجَسٌ فَلاَ يَقْرَبُواْ الْمَسْجِدَ الْحَرَامَ بَعْدَ عَامِهِمْ هَـذَا

Ertinya : Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya orang-orang yang musyrik itu kotor, maka janganlah mereka mendekati Masjidil haram sesudah tahun ini.. (At-Taubat : 28)

Satu lagi adalah :-

أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ لاَ تَقْرَبُواْ الصَّلاَةَ وَأَنتُمْ سُكَارَى حَتَّىَ تَعْلَمُواْ مَا تَقُولُونَ وَلاَ جُنُبًا إِلاَّ عَابِرِي سَبِيلٍ حَتَّىَ تَغْتَسِلُواْ

Ertinya : "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu salat, sedang kamu dalam keadaan mabuk, sehingga kamu mengerti apa yang kamu ucapkan, (jangan pula hampiri mesjid) sedang kamu dalam keadaan junub, terkecuali sekedar berlalu saja." ( 4:43 )

MASUK MASJIDIL HARAM

Majoriti ulama melarang bukan Islam memasuki masjidil haram atas larangan yang terdapat di dalam ayat diatas. Namun Imam Abu Hanifah dan Ahmad mempunyai sedikit perincian dalam hal tersebut.

Berdasarkan dua ayat ini, majoriti ulama dari kalangan mazhab maliki dan Syafie melarang bukan Islam memasuki Masjidil Haram, namun demikian dibenarkan bagi ahli Kitab (Kristian dan Yahudi) untuk memasukinya dengan syarat-syarat tertentu.

Imam Abu Hanifah pula menyatakan non-muslim dibenarkan untuk memasuki masjidil haram sekadar lalu, namun tidak dibenarkan untuknya duduk dan menetap di sana (sebagaimana sebahagian umat Islam); ini kerana beliau berpandangan, ‘kotor' yang disebut di dalam ayat itu hanyalah membawa maksud kekotoran syirik yang melibatkan hati bukannya kekotoran fizikal. Lebih dari itu, Ibn Hajar menyatakan mazhab Hanafi membenarkan bukan Islam memasuki masjid tanpa syarat.

Imam Ahmad Hanbal pula menyatakan bukan Islam hanya dibenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah seperti pembinaan dan maintainance. Beliau mengambil dalil iaitu penduduk Taif dibenarkan oleh nabi s.a.w untuk menetap dan tinggal di masjid sebelum mereka memeluk Islam.

Rasulullah juga diriwayatkan menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah ketika itu mereka juga diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid, nabi menyebut kepada sahabat

"Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Selain itu, Imam Al-Bukhari juga ada membawakan sebuah hadis yang menyebut bagaimana seorang bukan Islam bernama Thamamah ibn Athal, diikat oleh Rasulullah di dalam masjid (ditanglkap atas kesalahan tertentu),

بعث رسول اللَّهِ  خَيْلًا قِبَلَ نَجْدٍ فَجَاءَتْ بِرَجُلٍ من بَنِي حَنِيفَةَ يُقَالُ له ثُمَامَةُ بن أُثَالٍ فَرَبَطُوهُ بِسَارِيَةٍ من سَوَارِي الْمَسْجِدِ

Ertinya : Rasulullah s.a.w menghantar seorang berkuda di arah Najd, maka terlihat seorang lelaki dari Bani Hanfiah ( sedang mengintip) yang bernama Thumamah Bin Uthal, lalu diikatnya di satu tiang dari tiang-tiang masjid ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )

Selepas tiga hari, akhirnya setelah dia melihat bagaimana umat islam beribadah dan keramahan umat Islam kepadanya yang sentiasa bertanya keadaannya, dia akhirnya memeluk Islam kerana tertawan melihat keindahan kehidupan dan ibadah umat Islam.[1]

HUKUM MASUK MASJID SELAIN MASJIDIL HARAM

Imam Ibn Hajar Al-‘Asqolani ketika menghuraikan isu ini mengatakan mazhab Maliki tetap MELARANG bukan Islam memasuki masjid manakala Mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi membenarkan bukan Islam untuk memasuki masjid-masjid lain dengan syarat-syarat tertentu. Beliau juga menegaskan kebenaran ini cukup kuat dari dalil tawanan perang bernama Thumamah tersebut.

Imam Nawawi menghuraikan :

وفي هذا جواز ربط الأسير وحبسه وجواز إدخال المسجد الكافر ومذهب الشافعي جوازه بإذن مسلم سواء كان الكافر كتابيا أو غيره وقال عمر بن عبد العزيز وقتادة ومالك لا يجوز

Ertinya : Melihat kepada hadis ini, harus hukumnya mengikat tawanan dan menahannya serta harus juga seorang yang bukan Islam untuk memasuki masjid. Mazhab Syafie : menyatakan keharusannya dengan syarat terdapat keizinan dari umat Islam sama ada kafir itu dari kalangan ahli Kitab atau selainnya. Namun Khalifah Umar bin Abd Aziz, Qatadah dan Imam Malik tidak mengharuskannya. (Syarah Sohih Muslim, 12/87)

Selain yang diatas, anak murid Imam Syafie yang utama iaitu Al-Muzani juga berbeza ijtihad dengan gurunya, beliau menyatakan TIDAK HARUS bukan Islam memasuki masjid apatah lagi menetap di dalamnya, kerana jika mereka dibenarkan, sudah tentu orang yang berjunub juga akan dibenarkan. Sedangkan ayat di atas menyebut larangan bagi mereka yang berjunub memasuki masjid kecuali lalu sahaja.

Al-Mawardi memetik kata Al-Muzani iaitu :-

لأنه لو جاز ذلك له لكان الجنب المسلم أولى به لموضع حرمته وتشريفه فلما لم يجز للمسلم المبيت فيه كان المشرك أولى

Ertinya : Sekiranya harus (bagi bukan Islam masuk masjid), sudah tentu muslim yang berjunub lebih utama untuk dibenarkan disebabkan kehormatannya dan kemuliaannya, maka di ketika TIDAK HARUS bagi seorang Muslim menetap di dalamnya, maka tentulah bukan Islam lebih lagi dilarang (kerana mereka dikira sentiasa berjunub) ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

Imam Al-Mawardi As-Syafie membawakan pula teks kata-kata Imam Syafie dalam hal ini iaitu :-

ولا بأس أن يبيت المشرك في كل مسجد إلا المسجد الحرام

Ertinya : Tiada masalah untuk seorang bukan Islam menetap di setiap masjid kecuali masjidil Haram. ( Al-Hawi Al-Kabir, 2/268)

KESIMPULANNYA

Majoriti ulama bersepakat bukan Islam TIDAK BOLEH MEMASUKI masjidil haram, namun dengan agak ketara mereka berbeza ijtihad dalam menentukan hukum bagi masjid-masjid yang lain.

Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :-

 

  • 1)    Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan.

 

 

  • 2)    Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya.

 

 

  • 3)    Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid.

 

Berkenaan sama ada larangan memasuki masjid adalah pandangan wahabi atau tidak. Ia tidak berkaitan dengan wahabi, sememangnya terdapat sebahagian ulama yang melarang, namun mereka yang disebut di atas semuanya berada di zaman sebelum lahirnya Syeikh Muhammad Ibn Abd Wahab. Justeru, tiada sebarang kaitan dengannya.

Namun demikian, jika apa sahaja yang berbeza dengan mazhab Syafie itu dilabel sebagai Wahabi oleh orang Malaysia, maka mereka yang melarang mungkin boleh digelar Wahabi. Wallahu'alam.

Cuma sedariah tindakan label melabel ini adalah bukanlah satu tindakan yang tepat malah tidak boleh sama sekali disebabkan satu isu dua pandangannya, habis digeneralisasikan seseorang itu sebagai Wahabi dan semua ciri-ciri yang direka. Bersikap wajar dan adillah.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Nov 2009



[1] Fath al-Bari, 1/555


Last update: 08-11-2009 23:57

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (14) RSS feed comment
Posted by nazri, on 31-12-2009 14:07, IP 202.188.166.58, Guest
1. wahabi ini satu fahaman yg salahkah?
assalamu'alaikum... 
ustaz, baca di mana pun mesti ada tuduhan terhadap wahabi.. kenapa umat islam di malaysia ni sgt tidak terbuka? saya terbaca pendapat tentang masalah wahabi ini di dalam internet ini di website yg saya tidak mahu saya sebut kerana mungkin akan menyebabkan masalah.. mereka dgn tegas menyatakan wahabi ini adalah 1 fahaman yang salah. dr. asri dilabelkan sbg wahabi kerana pendapat beliau tidak sama dengan mereka. kenapa boleh jd begini?? adakah wahabi ini sesat @ menghampiri dengan sesat? boleh ustaz bg pendapat tentang mereka ini yg suka tuduh-menuduh org lain yg tak sehaluan dgn mereka?  
:(
 
» Reply to this comment...

Posted by peacetoall, on 05-12-2009 23:08, IP 124.82.127.29, Guest
2. macam macam
Apa pula komen ustaz tentang melarang orang masuk masjid? Ini berlaku di hari pernikahan artis tanah air kita suatu masa dulu. Yang bukan Islam boleh masuk nak tengok, yang Islam kebetulan singgah dan dah biasa solat sunat di situ tak dibenarkan masuk.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu rasas, on 01-12-2009 23:44, IP 60.53.197.61, Guest
3. Paradoks
Assalamua'laikum UZAR, 
Terdapat sebilangan kecil yang bukan Islam yang ingin memasuki masjid (atas sebab-sebab tertentu) tetapi terdapat sebilangan besar yang Islam tidak mahu memasuki masjid (solat). 
 
Wallahu a'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by kandare, on 20-11-2009 16:26, IP 210.118.108.252, Guest
4. sokong
Salam. 
Uzar, melihat kpd hujah yg ustaz bentangkan saya lebih condong dgn pendapat harus memasuki masjid jika baik tujuannya atau dengan bersyarat. 
Jika lihat dari segi tujuan dakwah perbuatan ini adalah patut. Mudah-mudahan bukan Islam akan dekat hatinya kpd Islam dan umatnya. Walluhu a'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by adik, on 15-11-2009 20:01, IP 203.82.92.160, Guest
5. rasuah
salam...ustaz..off topic sket...sbenarnye x tau ktne nak hantar request nih, so trpaksa tnye kt komen nye section nih...bleh x tulis article psal isu tajaan haji nik aziz...rasuah ke dr sudut islam?
 
» Reply to this comment...

Posted by akh ammar, on 15-11-2009 12:26, IP 218.111.254.49, Guest
6. nazar
Salam ustaz.. 
 
Maaf lari tajuk sikit.. 
minta jasa baik ustaz untuk tulis artikel tentang "nazar" secara ilmiah.. 
sebab banyak sangat pendapat kalau dicari dalam internet.. dan ada yang terlalu ringkas da kurang praktikal.. 
harap ustaz dapat meluangkan masa.. syukran
 
» Reply to this comment...

Posted by POT, on 15-11-2009 10:56, IP 60.51.113.53, Guest
7. Satu pandangan
Salam UZAR, satu pandangan yang bagus. Just nak share pengalaman, dulu masa saya berada di Scotland, pernah saya pergi ke sebuah masjid di sana untuk bersolat dan ketika itu masjid mengadakan hari terbuka. Semua masyarakat dijemput hadir ke program tersebut. banyak ativiti2 diadakan termasuklah pameran2 mengenai ISLAM. Dan yang menariknya program tersebut telah dihadiri oleh ramai orang termasuklah non muslim (tidak menutup aurat).. yang masih segar dalam ingatan saya adalah, sewaktu saya berada di dalam masjid tersebut ada sekumpulan non-muslim (Scottish laki & pompuan) melawat sekitar masjid termasuklah tempat utama solat (tempat imam dan mimbar masjid).. begitu bersemangat JK program membuat penerangan tentang aktiviti2 dan tempat2 yg ada dalam masjid... jd, saya berpandangan tidak salah non muslim masuk dalam masjid untuk mengetahui dan mendalami ilmu Allah itu.. sekian, just pandangan saya sahaja.
 
» Reply to this comment...

Posted by redzuan, on 14-11-2009 14:26, IP 120.141.28.166, Guest
8. Penjelasan mengenai Nafkah Zahir
:upset  
salam ustaz, saya ingin bertanya tentang kemusykilan rumahtangga. 
nafkah zahir kepada isteri itu apakah definasi sebenarnya, kerana setahu saya nafkah zahir pada isteri merangkumi makan, minum, pakai, tempat tinggal,keperluan rumah, anak-anak dan isteri.Adakah dengan memenuhi tanggungjawab diatas telah dikatakan memenuhi syarat pemberian nafkah zahir pada isteri sedangkan kawan saya mengesyorkan bahawa selain daripada di atas diwajibkan memberi wang saku untuk kehendaknya. 
(Saya telah cuba memenuhi kehendaknya dari segi pembelian sendiri tapi bukan dengan memberi wang setiap bulan) dan hubungan kekeluargaan kami al-hamdulillah baik dan harmoni.Untuk pengetahuan ustaz isteri saya turut bekerja sebagai guru dan mempunyai sumber kewangan sendiri.Cuma saya musykil dengan pendapat kawan dan takur di label masih belum menyempurnakan tanggungjawab sebagai suami.
 
» Reply to this comment...

Posted by Fauzan, on 11-11-2009 13:23, IP 118.100.114.194, Guest
9. kepentingan dakwah kepada non-muslim
assalamualaikum ustaz. persoalan ini kadang kaang mengelirukan apabila bertembung dengan kepentingan dakwah kepada non-muslim. kalaulah kita tidak membenarkan non-muslim memasuki masjid secara total akan menimbulkan masalah juga. apakah agama kita mengharamkan memasuki masjid dalam masa yang sama non-muslim membenarkan rumah ibadat mereka dikunjungi.  
 
saya sendiri mengalaminya ketika melancong ke pangkor. pemandu teksi cina telah membawa saya ke tokong mereka dan menyatkan ia adalah little great wall of china. bagaimana nak menyatakan dakwah kepada mereka kalau kita asyik menyatakan semuanya haram kepada non muslim.
 
» Reply to this comment...

Posted by amin007, on 11-11-2009 06:56, IP 118.101.98.86, Guest
10. nak lihat keindahan senibina masjid pula
UZAR menulis "Namun demikian, majoriti ulama silam dan kontemporari dilihat mengharuskan bagi masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti :- 
1)Mestilah dengan izin umat Islam atau badan berkuasa Islam bagi masjid berkenaan. 
2)Mestilah mempunyai sebab yang munasabah untuk memasukinya sama ada untuk mendengar penerangan berkenaan Islam, mendaftar sesuatu, bertanya, melihat dan mempelajari cara ibadah umat Islam dan yang seumpamanya. 
3)Mereka mestilah menghormati seluruh keadaan dan alatan masjid, tidak membuat kebisingan dan memakai pakaian yang sesuai seperti menutup aurat bagi wanitanya yang izin memasuki masjid. 

 
tapi kan kalau nak masuk masjid atas sebab nak lihat keindahan senibina masjid pulak macam mana yer? terutama di sebelah dalam masjid? 
 
saya secara peribadi macam tak beberapa setuju masjid dijadikan tempat pelancongan. 
 
UZAR : MEMANG ADA ULAMA KONTEMPORARI YG LARANG JIKA sekdar nak melihat2 senibina, namun terpulang kepada pihak berkuasa membuat keputusan.
 
» Reply to this comment...

Posted by orang biasa, on 09-11-2009 00:00, IP 203.82.79.108, Guest
11. mencari silap
Salam Ustaz 
 
Secara peribadi saya melihat golongan ustaz atau ulama di negara semakin gemar mencari silap atau mempertikaikan kenyataan ahli agama yang lain. Kalau tak silap perbazaan pendapat antara ulama terdahulu adalah mencari lebih baik dari yang baik (betulkan saya kalau tersilap. Namun kemuncak senario ini terjadi rentetan daripada kes Dr Asri. 
 
Kadang-kadang saya orang biasa tak dapat membezakan yang mana satu betul atau salah. Sebagai contoh pernah seorang ulama berpangkat Dato' yang agak popular menyampaikan hadis "Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Nabi, Ramadan bulan Umat" dengan huraian panjang lebar di TV. 
 
Pada masa yang sama seorang Dr pula menyatakan ia adalah hadis palsu. Minta UZAR hilangkan kekusutan ini. Banyak lagi sebenarnya...
 
» Reply to this comment...
» See all 3 replie(s)

Posted by nadine88, on 08-11-2009 23:10, IP 203.82.79.102, Guest
12. masuk ke masjid
salam....mcmana dengan wanita haid masuk ke masjid...banyak pendapat yang diterima... ada yang kata boleh, ada yang kata tidak. keliru...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by pelajar, on 08-11-2009 22:20, IP 192.43.227.18, Guest
13. persoalan
salam UZAR, 
saya sedang menuntut di luar negara, 
 
saya keliru mengenai hukum kita tidak dibenarkan duduk semeja dengan mereka yang minum arak atau menghadiri majlis-majlis yang terdapat hidangan arak disebabkan kita seolah-olah menggalakkan maksiat. Bagaimana dengan kita duduk semeja dengan mereka (mat salleh) tanpa arak, tapi mereka sentiasa dalam keadaan menyekutukan Allah yang dosanya lebih besar daripada minum arak. Sememengnya interaksi dengan orang bukan islam akan sentiasa berlaku. 
 
Minta penjelasan daripada UZAR mengenai kekeliruan ini. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Widad, on 08-11-2009 22:07, IP 124.82.42.42, Guest
14. Baru jelas....
Satu penerangan yang cukup jelas.Saya rasa soalan ini timbul kerana ada seorang ahli politik india hindu yang masuk ke ruang solat sebuah masjid menyampaikan ucapan. Saya tak berapa ingat siapa dia dan di masjid mana...ada sapa-sapa yang tahu? macam Ust ulas dalam post tadi kalau untuk tujuan yang baik adalah dibolehkan, termasuklah menyampaikan ucapan betulkan Ust? 
 
UZAR : ye betul
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom