Tulisan ini saya sediakan bagi
memberikan sedikit gambaran dalam bentuk yang telah dipermudah bagi tatapan dan
bacaan orang awam.
Sistem kewangan Islam digembar
gemburkan seolah-olah akan tergugat oleh kes Sukuk Ijarah di Dubai terbitan
Nakheel Development Limited. Sukuk itu bakal
berhadapan situasi sukar kemungkinan tidak mampu untuk melaksanakan janjinya
membeli semula pegangan sukuk daripada pelabur-pelabur yang mana jumlahnya sekitar
USD 3.52 billion di ketika sampai tempoh matang sukuk terbabit pada 14 Disember
2009.
Untuk meredakan keadaan, Nakheel sedang
menimbangkan menggunakan tempoh bertenang selama 6 bulan (dari tempoh matang)
yang diperuntukan di dalam kontrak untuk mengemaskinikan kedudukan kewangannya
agar mampu menunaikan janjinya untuk membeli.
BENTUK SUKUK IJARAH OLEH NAKHEEL LTD
Untuk pengetahuan, Sukuk yang
diterbitkan oleh Nakheel Development Ltd adalah berdasarkan kontrak Ijarah (sewa).
Ia seperti berikut : -
1)Nakheel
Ltd mempunyai beberapa siri projek pembangunan penempatan (residential) dan
juga komersial (perniagaan)
2)Nakheel
Ltd menyerahkan (ownership) pemilikan projek dan hartanah terbabit kepada
sebuah syarikat khas (Special Purpose Company - SPC atau SPV) yang
ditubuhkannya sendiri bagi tujuan penerbitan sukuk.
3)SPC
kemudiannya menyewakan (ijarah) aset tadi semula kepada Nakheel Ltd dengan
nilai sewaan yang telah dimasukkan margin keuntungan, (harga sewaan ini
disandarkan kepada formula tertentu - justeru harga sewaan boleh berubah
menurut benchmark tertentu)
4)Hasil
dari sewaan itu, SPC menerbitkan Sukuk Ijarah sebagai ‘surat rasmi tanda
pemilik (certificate of ownership). Sukuk ini ditawarkan kepada pelabur yang
berminat dengan nilai tertentu dan diwarwarkan jangkaan keseluruhan pulangan
(hasil dari sewaan dan lian-lain) adalah 6.345 % setahun.
5)Setiap
pelabur yang menyertai sukuk ini akan menerima pendapatan hasil sewaan bulanan
yang dibayar oleh Nakheel kepada SPC dan kemudian diserahkan sampai kepada
pelabur dalam tempoh-tempoh yang dipersetuji bersama ( contohnya setiap enam
bulan sekali bayaran akan dibuat).
6)Sebagai
teknik pemasaran dan credit enhancement, sejak dari awal kontrak, Nakheel telah
MEMBERI JANJI (undertaking to purchase) semua sukuk yang dipegang oleh pelabur pada
tarikh matang sukuk (iaitu 14 Disember 2009). Ia MESTI DIBUAT kerana semua aset
tersebut asalanya adalah dalam pemilikan Nakheel, justeru janji ini dibuat agar
mereka dapat kembali memiliki hak milik ke atas aset yang dibangunkan termasuk
rumah-rumahnya. Pihak pelabur pula bersetuju dari awal dan lebih mengharapkan
projek yang dibangunkan akan berjaya dan mereka merasai sebahagian nikmat
keuntungannya.
7)Namun
masalah berbangkit ketika ini kerana pihak Nakheel TIDAK MEMPUNYAI TUNAI yang
cukup untuk menunaikan janji pembelian pada tarikh matang, pada minggu hadapan.
KENAPA NAKHEEL TAK CUKUP TUNAI?
Apa yang perlu kita faham, segala pendapatan
dan keuntungan dijangka akan diperolehi oleh Nakheel dan dikongsikan kepada
para pelaburnya sepatutnya datang dari
jualan rumah-rumah terbabit dan juga sewaan beberapa bahagianaset komersial kepada pelanggan-pelanggannya.
Namun jangkaan ini meleset kerana :
·Disebabkan
oleh credit crisis seluruh dunia,
bank-bank besar termasuk yang wujud di Dubai mula menjadi semakin ketat dalam
memberikan pinjaman atau pembiayaan kepada pelanggan yang akhirnya mengurangkan
jumlah pembeli rumah dan perkembangan bisnes di dubai. Ini membawa kepada keterbengkalaian
beberapa projek pembangunan perumahan terbabit.
·Ditambah
pula, sebahagian besar pembeli rumah dalam pembinaan itu terdiri dari jenis pembeli yang membeli untuk melabur
(ertinya, membeli untuk dijual semula apabila siap dengan harga lebih tinggi),
oleh itu, kebanyakan mereka mewarwarkan kepada penjual, bahawa mereka akan
membayar secara tunai. Namun di ketika ini, projek pembangunan rumah itu
sendiri sedang hampir terbengkalai dan nilai hartanah pula sedang jatuh, ini
menyebabkan pembeli dari kumpulan ini menghadapi kesuakaran, mereka tidak mampu
membayar kepada penjual kerana kerana tidak berjaya menjual aset yang dibelinya
dengan harga yang dikehendaki.
Akhirnya, semuanya tersangkut.
Justeru, apabila projek perumahan ini tidak berjaya disempurnakan, jika berjaya
sekalipun ia akan dijual , nilai harga rumah di sekitar Dubai telah jatuh agak
teruk sekitar 50 % berbanding tahun 2006 iaitu tahun ketika sukuk nakheel ini
diterbitkan) [1]
Hasil dari keadaan itu, pihak penerbit Sukuk
Ijarah iaitu Nakheel Development Ltd, kelihatan
akan gagal membeli semula pegagan sukuk oleh pelabur dan gagal pula
memberikan sebarang pendapatan yang dikehendaki oleh semua pelabur sukuknya
apabila sampai tempoh 14 Disember 2009 ini.
BACK UP PLAN MEREKA
Menurut kontrak asal, jika keadaan
seperti itu berlaku, sebuah syarikat besar milik kerajaan Dubai iaitu Dubai
World, akan bertanggungjawab membelinya dengan harga yang akan diputuskan
bersama berdasarkan formula yang telah dipersetujui.
Namun keadaan menjadi semakin mencemaskan,
apabila pihak Dubai World sendiri sedang
menghadapi krisis kewangan dan dijangka TIDAK MAMPU menepati peranannya
sebagai guarantor ( penjamin) sekiranya pihak Nakheel gagal, kerana mereka juga
sedang dilanda masalah kewangan ketika ini.
Oleh itu, Nakheel Ltd kelihataan akan
gagal apabila sampai tarikh matang Sukuk terbabit, Dubai World juga
sedemikian.
APA AKAN JADI KEPADA PELABUR ?
Jika merujuk kepada menurut hukum Islam
yang tercatat dalam kontrak, sekiarnaya kedua-dua pihak gagal menuntut semula
Sukuk yang dipegang oleh pelabur. Apa yang bakal berlaku adalah, semua aset
yang diwakili oleh Sukuk terbabit iaitu tanah kosong dan sebahagian masih dalam
proses pembinaan beberapa projek perumahan diatasnya, akan menjadi milik
bersama pemegang sukuk (pelabur).[2]
Kemudian mereka berhak untuk melelong
atau menjual aset masing-masing kepada mana-mana pihak dengan apa jua harga
yang mereka ingini.
Namun keadaan itu menjadi luar biasa
kerana ia kelihatan tidak boleh berlaku di Dubai. Pemerintah Dubai tidak akan
sekali-kali membiarkan hal itu berlaku dan pengagihan aset itu juga kelihatan
amat sukar. Tambahan pula Dubai World merupakan syarikat kerajaan.
Justeru itu, di ketika ini diwartakan,
pihak bertanggungjawab sedang berusaha menjual aset-aset yang mereka miliki di
luar Negara bagi mendapatkan tunai untuk menyempurnakan pembelian sukuk yang
masih dipegang oleh pelabur. Namun sekali lagi mereka menghadapi cabaran besar
kerana suasana kewangan dunia yang kurang elok hari ini menyukarkan mereka
untuk mencari pembeli, tambahan pula aset-aset mereka berada di bawah harga
untung dan nilainya pula adalah besar.
Itulah serba ringkas senario, apa yang
berlaku kepada Sukuk Ijarah terbitan Nakheel Ltd.
ADAKAH PELABUR TIDAK DIJAGA ?
Sama ada pelabur dijaga atau tidak, ia
bergantung kepada jenis kontrak yang digunakan. Ringkasnya ia seperti berikut
:-
1)Mudarabah dan Mushakarah : Jika kedua-dua kontrak ini
digunbakan, secara asasaya pengusaha TIDAK BOLEH SAMA SEKALI menjamin sama ada
keselamatan wang modal ataupun sebarang unutng kepada pelabur. Namun demikian ,
di dalam dunia serba tamakkan wang dan keuntungan dengan risiko minimal ini,
para peniaga Islam dalam system kewangan Islam berusaha mendapatkan kelulusan
Ulama agar mereka mampu menarik pelabur dengan memperkenalkan beberapa teknik
lindung pelbaur dan boleh diiktiraf oleh hokum Islam. Antara cara biasan mereka
adalah :-
a-Janji
dari pihak penerbit sukuk untuk membeli semula sukuk dengan hraga yang lebih
dari harga modal, bila-bila diketika berlaku masalah atau di hujung tempoh
matang. Melalui cara itu, pelabur diharap lebih tertarik. Namun para ulama
berkeras cara tersebut adalah haram kerana ia dikira satu janji yang ditolak
oleh hokum Islam, sebagai ganti, PENENTUAN HARGA MESTILAH hanya dibuat semasa
pembelian akan dilakukan dan tiada sebarang janji dipeirngkat awal. Sukar untuk
saya huraikan dengan ringkas apakah beza kedua cara itu, namun cara yang kedua
dikira HALAL keran tidak terjebak dalam jualan hutang dengan hutang yang
diharamkan.
b-Janji
dari pihak ketiga untuk membeli dengan harga yang fixed atau menurut formula
tertentu. Cara ini juga dikritik oleh ulama, sebagai resolusinya, beberapa
syarat tambahan diperlukan untuk menawarkannya. Namun perincian sukar diulas di
sini disebabkan teknaklitinya.
c-Membenarkan
pelabur menuntut ganti rugi setiap kali pengusaha gagal mencapai target
keuntungan yang disasarkan. Tuntutan dibenarkan di atas asas misconduct atau
negleigience di pihak pengusaha (pengurus) menyebabkan mereka masih perlu
membayar semula semua modal pelabur. Dengan cara itu diharap pihak pelabur
lebih merasa selamat untuk melabur dalam instrument pelaburan Islam ini.
Walaupun kedua-dua alas an itu dibenarkan secara sepakat ulama, namun untuk
menggunakan alasan itu setiap kali gagal mencapai sasaran keuntungan adalah
sebuah kontroversi dan mencetus perdebatan di kalangan ulama.
2)Ijarah
( Sewaan)
Jika sukuk itu dibina atas asasijarah,
maka teknik a dan b di atas akan diguna pakai. Teknik itulah juga yang
digunapakai dalam kes Sukuk Nakheel ini. Kesimpulannya, pelabur dijamin dijaga
oleh penyedia struktur pelaburan Islam, namun jaminan dan jagaan nya ada had
dan limitasi tertentu.
Perlu difahami, Islam bukan hanya
menitik beratkan pelabur atau pembeli atau pelanggan semata-mata, Islam juga
berlaku adil kepada pengusaha dan penjual. Untuk itu, keseimbangan bagi
kedua-dua pihak akan sentiasa di ambil berat dan ditekankan di dalam kontrak.
3)Istisna,
Murabahah dan lain-lain berasaskan jual beli
Kebanyakkannya akan menggunakan cara a
dan b juga. Cuma ada teknik-teknik lain juga yang kurang sesuai dibentangkan di
sini.
SUKUK NAKHEEL DAN KEWANGAN ISLAM
Ia berkait dengan kewangan Islam dan
pasti ini memberi kesan kepada imej produk pelaburan kewangan Islam kerana : -
Sukuk
Nakheel ini dirangka dan diterbitkan menggunakan kontrak dan cara yang menepati
hukum Islam. Iaitu Ijarah.
Pengesahan
Sukuk ini telah dibuat oleh Majlis Penasihat Syariah Dubai Islamic Bank Ltd
yang diketuai oleh Syeikh Dr Hussain Hamed Hassan.
Sukuk
ini begitu popular yang yang terbesar pernah diterbitkan dalam sejarah, ini
menyebabkan ia telah dianugerahi sebagai Deal
Of The Year oleh Islamic Finance News pada tahun 2006, Ia yang menawarkan
jangkaan pulangan sebanyak 6.345 % setiap tahun kepada setiap pelabur untuk
tiga tahun tempoh matang sukuk.[3]
Permintaan
pembelian sukuk ini juga mencatatkan terlebih permintaan (oversubscribe)
apabila saiz asalnya USD 2.5billion terpaksa dikembangkan menjadi USD 3.52
billion. Ia menunjukkan sambutan amat memberangsangkan dari para pelabur.
Sebagai
makluman, pecahan pelabur sukuk ini pula adalah 40 % dari Timur Tengah , 38%
dari Eropah, 4 % dari Asia dan 18 % dari pelbagai Negara lain. Justeru, dengan
pecahan pelabur dari pelbagai Negara ini, kegagalan Sukuk ini akan memberi
kesan kepada pelabur-pelabur utama dalam industriu kewangan Islam dan
instrumentnya.
BOLEHKAH DISALAHKAN KEWANGAN ISLAM?
Adakah ini tandanya sistem kontrak
Islam itu salah dan gagal?
Jawabnya tidak sama sekali. Kita perlu memahami,
kegagalan sesebuah projek pembangunan mega dan pembinaan real estate (hartanah)
seperti yang diurustadbir oleh Nakheel boleh ditimpa kegagalan hasil dari pelbagai
faktor normal dalam sesebuah bisnes. Majoriti faktor penyumbang datang dari faktor
persekitaran bisnes yang kurang elok di ketika ini, sebagai contoh :-
a.Krisis kredit yang dirasai oleh seluruh
bank-bank komersial di seluruh dunia. Kesannya, pihak bank sukar meluluskan pinjaman dan
pembiayaan yang menyebabkan kemampuan pembeli untuk membeli rumah menjadi
rendah dan jatuh. Kesan ini bukan hanya di Dubai tetapi lebih dirasai di Negara-negara
membangun di sebelah Barat, khsusnya United Kingdom dan USA.
b.Sekitar 80 peratus dari pembeli rumah dan
aset di Dubai adalah terdiri dari kalangan pelabur-pelabur juga, mereka membeli
rumah dan aset yang dalam pembinaan untuk dijual dan bukan untuk diduduki. Kebanyakan mereka ini tidak membeli
melalui bank, dan sebahagian mereka tidak mempunyai tunai yang mencukupi.
Apabila harga pasaran hartanah dan rumah jatuh, kumpulan ini tersangkut dari
membuat pembayaran kepada Nakheel lalu akhirnya pihak Nakheel kekurangan
pendapatan. Jelas dari sini, kegagalan itu boleh berlaku di mana-mana dan atas
apa jua sistem dan kontrak yang digunakan.
c.Disebabkan harga aset kurang elok
dewasa ini, ramai
pelabur tidak membeli , ini menyebabkan penurunan jumlah pembelian rumah, kesan
dari kekurangan perminataan adalah harga aset menjatuh. Ini jelas, satu proses
normal dalam sesebuah perniagaan dan pasaran tanpa mengira pasaran Islam atau
konvensional. [4]
d.Kegagalan juga mungkin disebabkan
kesilapan individu-individu tertentu dalam pihak pengurusan, pelabur dan
pembeli aset.
Walaupun sistem Islam adalah tepat dalam konteks ini, kelemahan boleh berlaku
dalam penilaian dan strategi perniagaan seseorang manusia. Sebagai contoh, kita
semua berhak untuk membeli apa jua rumah di Kuala Lumpur, pembelian itu adalah
sah di sisi Islam apabila menepati syarat dan rukun jual beli. Namun begitu, pembelian
itu mungkin PASTI menyebabkan kerugian kepada kita sekiranya kita lemah dalam
pertimbangan komersial, strategi, perancangan pemasaran dan lainnya. Tatkala
itu, bukan sistem jual beli itu yang salah, tetapi penilaian, pemilihan dan
pertimbangan individu yang salah.
Berdasarkan faktor tersebut di atas dan
banyak lagi yang lain, ia pasti memberikan kesan buruk kepada apa jua jenis perbankan,
sama ada Islam atau konvensional. Sistem kewangan Islam masih akan terkena dan
terdedah kepada kesan negatifnya walaupun menggunakan kontrak yang berbeza
daripada konvensional, walaupun semua transaksi oleh perbankan Islam dilakukan
dengan kewujudan underlying asset
(tidak seperti konvensional). Namun secara praktikalnya, perbankan Islam masih
berada di dalam kerangka besar kewangan konvensional, justeru apa yang terkena
kepada majority, pasti akan dirasai oleh minoriti dalam hal ini. Mengapa saya
kata kewangan Islam masih minority adalah kerana jangkaan aset keseluruhan
kewangan Islam dijangka boleh mencecah 1-2 trillion beberapa tahun lagi, tetapi
ia sangat kecil jika dibanding dengan total aset konvensional telah mencecah
USD 170 trillion.
Dengan jumlah kekekuatan sebegitu,
kewangan Islam pasti akan terkesan sama ada secara langsung atau tidak langsung
dengan apa sahaja kesan negatif kepada ekonomi dunia. Kes sukuk Nakheel ini
adalah satu contoh yang paling nyata bagaimana kesan secara tidak langsung itu
mengenai industri kewangan Islam.
Sebagaimana ditegaskan tadi, banyak
lagi sebab-sebab lain yang bukan berpunca dari kelemahan sesebuah sistem yang menjadi
faktor kejatuhan dan kerugian. Justeru, untuk mengatakan system kewangan Islam
adalah rapuh sehingga terkesan dengan keadaan sekitarnya, bukanlah satu
kenyataan yang benar. Malah semua individu terkesan dengan persekitaran dan sistem
induknya. Sebaik manapun ia, pasti akan terkesan dengan apa yang berlaku di
sekitarnya.
TERHAKISKAH KEYAKINAN TERHADAP KEWANGAN ISLAM
Mungkin ada yang bertanya, sama ada kes
ini boleh menjadi sebab kepada terhakisnya keyakinan kepada system kewangan
Islam dan industry pasaran Sukuk khususnya.[5]
Tidak dapat saya nafikan, ia mungkin membawa kesan negatif itu,[6]
tetapi sewajarnya kita dapat memahami beberapa fakta berikut:-
Tiada sebarang jaminan sistem kewangan
Islam akan sentiasa untung dan tidak akan rugi.
Perlu difahami, sistem pelaburan dalam
kewangan Islam SEMEMANGNYA terdedah kepada untung dan rugi. Tiada mana-mana
ulama yang mendakwa sistem Islam hanya akan membawa keuntungan semata-mata. Justeru,
sebarang kerugian dalam system Islam adalah normal dan sihat selagi mana
kerugian itu durawat dan dirasai secara adil oleh pihak yang terlibat. Itu
bezanya system Islam dan konvensional. Dalam konteks ini, katakan Nakheel Ltd
gagal, maka kegagalan dan kerugian haasil kegagalan itu akan dirasai secara
saksama oleh pihak pelabur dan Nakheel selaku pengurus. Masing-masing merasai
keperitannya.
Berbeza dengan sistem konevnsional yang
hanya meletakkan beban ke atas pihak pengurus kerana gagal membayar riba interest
kepada pelaburnya. Pelabur tetap ingin menuntut interest pelaburannya,
manakalapengurus akan terkapai-kapai
mati keseorangan. Sistem Islam tidak sedemikian, untung dirasai bersama-sama
dengan saksama, demikian juga kerugian. Namun ia bergantung kepada jenis
kontrak yang digunakan. Dalam kes Nakheel Ltd mereka menggunakan kontrak
Ijarah. Justeru ia berbeza dengan kontrak Musharakah
dan Mudarabah.
Sistem
kewangan Islam hanya akan mampu menampakkan perbezaaan besar dengan
konvensional, serta menunjukkan kestabilannya di ketika ia majoriti dan bukan
minoriti seperti sekarang.
Takala ia majoriti, dunia kewangan akan menyaksikan penurunan spekulasi dan perjudian
menggunakan instrument kewangan seperti derivatives, pasaran saham dan
matawang. Meminimakan promosi dan penggalakan industri hutang dalam segala
macam sektor serta digantikan dengan equity
sharing and development. Keadaan sebegitu, pasti memberi kelegaan berganda
kepada bisnes dan pelabur.
Sukuk Nakheel tidak mencerminkan
potensi kewangan Islam yang lain.
Sekiranya pada tanggal 14 Disember 2009
ini, Sukuk Nakheel ternyata gagal melunaskan janji kepada pelaburnya. Ia
sebenarnya TIDAK mencerminkan petanda buruk akan menimpa sukuk-sukuk lain di
seluruh dunia.
Perlu difahami, setiap sukuk bergantung
kepada kekuatan projek yang dibiayai, pengurusan dan syarikat penerbit.
Masing-masing mempunyai potensi tersendiri dan kesan domina effect seperti Subprime mortgage adalah di peringkat
minimal khususnya di Timur Tengah yang mengamalkan fatwa yang lebih ketat
khususnya apabila melibatkan Debt Based
Sukuk.
Selain itu, Sukuk Nakheel juga tidak
mempunyai kaitan yang rapat dengan produk-produk perbankan dan kewangan Islam
yang ditawarkan oleh pelbagai bank-bank Islam lain di seluruh dunia. Semua
mereka adalah terasing dan tidak banyak bersangkut paut kecuali mana-mana bank
Islam yang menjadi pelabur kepada sukuk Nakheel sahaja akan merasai bahang apabila
keuntungan yang dijangkan hasil pelaburan mereka di dalam projek pembinaan
nakheel tidak menjadi kenyataan.
PENUTUP
Apapun yang akan berlaku kepada Sukuk
Ijarah oleh Nakheel kelak, saya masih melihat ada ruang posoitif kepada
industri kewangan sedunia dan perkembangan kewangan Islam khususnya. Ini kerana sebelum
ini, industri Sukuk jarang diuji dengan proses undang-undang, maka jika Nakheel
gagal dan Dubai World juga gagal. Pelabur akan merujuk kepada
undang-undang dan kontrak Sukuk akan diteliti satu demi satu oleh
sebegitu ramai pihak. Saya yakin, keadaan ini akan membawa kepada pelabur yang
lebih berhati-hati dan lebih memahami apa itu Sukuk dan konsep yang digunakannya. Jika sebelum ini mereka mungkin tidak begitu ambil endah berkenaan substance sesebuah Sukuk, kini mereka akan terpaksa lebih faham.
Dunia barat pula asyik meneliti dan
mempelajari apa itu sukuk dengan tercetusnya isu ini. Minat ahli-ahli kewangan
di seluruh dunia turut meningkat. Jangan dilupa begitu banyak bond konvensional
yang gagal dan bermasalah, maka jangan disebabkan satu dua kes berlaku kepada
sukuk, seluruh sukuk yang lain di hentam, sistem kewangan Islam dinafi dan
ditertawakan. Jika itu berlaku, bermakna, anda telah terangkap dengan permainan
dunia kewangan konvensional yang sentiasa mencari masa untuk menafikan kebaikan
system kewangan Islam.
"Mungkin ini masanya untuk padamkan
minat terhadap Islam dan sistem kewangannya" itu mungkin kata hati musuh-musuh
Islam
Benar, akhbar-akhbar kewangan dan
ekonomi di seluruh dunia sudah mula memainkan lagu keraguan terhadap sistem
Islam, sedangkan Nakheel pada hakikatnya masih belum lagi gagal menunaikan
janjinya. Mereka masih mempunyai masa untuk menepati kontrak Sukuk Ijarah
mereka dan mereka sedang berusaha.
Begitulah serba ringkas penerangan
paling mudah yang mampu saya berikan kepada para pembaca, semoga dapat mehamai
serba sedikit berkenaan kes Dubai dan kaitannya dengan industry kewangan Islam.
Posted by wawa, on 26-01-2010 14:05, IP 203.82.92.105, Guest
2. tolong la kami
salam,,, ustaz boleh jelaskan dengan terperinci mengenai pembiayaan berasaskan nilai apungan dalam perbankan islam. kami harap ustaz boleh jawap dengan segera. terima kasih.
Posted by umidanisha, on 24-12-2009 15:04, IP 203.82.92.103, Guest
3. perbezaan Asset base d& asset backed
Salam Us Saya merupakan pelajar yang baru menjinakkan diri dengan kewangan Islam. Banyak istilah yang saya kurang jelas. Anataranya perbezaan dua istilah iaitu Asset Based Sukuk dan Asset Backed Sukuk?Terima kasih.
Posted by ayah.biz, on 24-12-2009 00:12, IP 82.41.241.143, Guest
4. Ayah
Tahniah Ustaz kerana penerangan yang memudahkan orang biasa memahami situasi ini.
Pendek cerita, case ini menunjukkan sistem kewangan Islam itu sendiri tidak boleh lari dari masalah kewangan global konventional.
Satu lagi faktor penting ialah faktor manusia i.e. mereka yang bertanggungjawab di dalam merangka dan melabur. Kontrak Islam "Ijarah" itu tiada masalah. Tetapi, ketamakan manusia amat jelas:-
1. SPC menjual sehingga $3.52 billion kerana over-subscribe. Dalam masa yang sama, penerbit dan penjamin tidak mampu untuk merealisasikan janji ini. Mereka sepatutnya sudah membuat risk assessment dan bersedia. Sekiranya mereka tidak mampu, mereka TIDAK sepatutnya meluluskan penjualan sehingga melebihi had asal ($2.5 billion). Pastinya mereka telah membuat kajian mengenai risiko yang bakal dihadapi dan ada rancangan untuk menghadapi "worst case scenario" (bukan mengharap kerajaan bail-out).
2. Sekiranya 80% peserta sukuk ini terdiri dari pelabur profesional, mereka sepatutnya sudah FAHAM - melabur di dalam sistem kewangan Islam boleh untung & rugi. Ini ialah asas sistem Islam. Tetapi, disebabkan mata masing-masing sudah dikabui oleh JAMINAN, maka apabila syarikat/sukuk rugi masing-masing masih mahukan keuntungan. Soalannya, kenapa sikap pelabur masih belum berubah? Kerana manusia di dalam sistem kewangan Islam ini masih menjanjikan keuntungan semata-mata?
Pengajaran dari case ini jelas menunjukkan sistem kewangan Islam perlu dibina dengan perubahan minda (mindset change) mengenai risiko dan cara-cara untuk mengendalinya. Pihak pengusaha sepatutnya lebih pro-aktif untuk menjual apa yang mampu dan tidak mengambil risiko yang lebih semata-mata kerana keuntungan.
Saya bersetuju dengan kesimpulan Ustaz yang "Sukuk Nakheel tidak mencerminkan potensi kewangan Islam yang lain" tetapi potensi kewangan Islam berada di tangan mereka yang di dalam sistem ini.
Posted by MOHD FODLI HAMZAH, on 16-12-2009 17:14, IP 61.6.35.178, Guest
6. penulisan
salam ustaz..
Untuk makluman ustaz saya kini bekerja di sebuah institusi perbankan islam di malaysia. Saya kini sedang melanjutkan pengajian di INCEIf. saya bercita-cita untuk menulis buku berhubung dengankeawangan islam. apabila saya menbaca article ustas terasa saya begitu ilmu cetek sekali. wajarkah saya meneruskan cita-cita saya ini...saya mohon pandangan dan nasihat ustaz untuk saya memulakan cita-cita saya ini. Harap nasihat ustaz dapat di e-mailkan kepada saya. moga ianya boleh memberi suntikan semangat buat saya. sekian wassalam.
Posted by Sufie, on 14-12-2009 06:55, IP 203.82.92.110, Guest
7. Sukuk
Saya kira kerajaan UAE boleh menjadi penyelamat kepada masalah dinyatakan di atas.3.52 billion tak besar berbanding dgn kekayaan kerajaan.Sekarang ini bayak syarikat di US dan UK diselamatkan kerajaan,mengapa tidak di Dubai?Pujuklah kerajaan UAE mereka boleh menjadi penyelamat.
Posted by Shafiq, on 11-12-2009 01:12, IP 211.124.147.68, Guest
8. Fundamental projek
Walaupun sukuk itu tidak bermasalah tetapi fundamental projek Dubai itu sendiri tidak mampu untuk menanggung risiko yang akan diterima apabila tidak ada pembeli. Terlampau banyak penawaran berbanding permintaan dan terdedah kepada spekulasi hartanah lebih-lebih lagi. Apa pendapat ustaz?
Posted by sidratul, on 09-12-2009 19:15, IP 115.132.27.115, Guest
9. ummu muawiyah
slm,saya tak nak komen papun, cuma nak minta ustaz boleh jelaskan sikit tentang beberapa kemusykilan, baru ni saya terdengar seorang kawan katanya BANK ISLAM menghadapi masalah kewangan dan katanya lagi BANK ISLAM rugi banyak, jadi saya tak percaya pada dakwaan dia itu sebab xde bukti, lagipun sekarang ni apa sikit masalah berlaku semua kata islam yang silap, bukan dilihatnya sikap orang islam itu sendiri, jadi sebagai jihad demi menegak islam, kalau boleh ustaz terangkan sedikit tentang apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam institusi perbankan islam pada hari ni, biar musuh islam dan orang islam yang tak mahu faham ni celik mata dan sedar tentang kesyumulan islam itu, biar kita buktikan pada mereka kata ulama islam yg masyhur (%F CF* F'BD' A'D5-) H%F CF* E/9J' A'D/DJD(, k, sekian wassalam
Posted by zaid, on 09-12-2009 11:07, IP 120.141.115.153, Guest
10. sistem kewangan islam adalah yg terbaik
salam, terima kasih di atas penerangan yang diberikan. semoga UZAR sihat selalu disamping keluarga tercinta dan terus menerbitkan artikel2 ilmiah untuk umat islam di malaysia dan seluruh dunia. tq..
Posted by Razali Razman, on 08-12-2009 14:53, IP 60.48.36.196, Guest
11. Penerangan Sangat Baik
Terima kasih kerana memberikan penerangan yang sangat jelas kepada pembaca. Sebenarnya ini kegagalan syarikat, bukannya kegagalan instrumen. Seperti kata UZAR, proses default ini akan memperincikan lagi proses default sukuk yang belum pernah teruji sebelum ini.
Jika ada kelemahan, proses boleh diperkukuhkan. Pada pandangan saya, insiden ini akan memperjelaskan dan memperkukuhkan lagi industri perbankan Islam. Akhirnya kita akan tahu apakah remedi yang boleh diambil oleh pemegang sukuk sekiraya berlaku default.
Posted by Muhammad Akram Ab. Aziz, on 08-12-2009 08:13, IP 203.217.176.46, Guest
13. Carta Proses
Salam Uzar,
Sekadar maklumkan shj, carta proses "Ijarah Sukuk Structure" ini bila di convert to format PDF, ia x dpt baca (x display)..even, ada artikel2 sebelum ni pun faced same situation. Atau ada certain vesrion PDF yang boleh read? (saya guna version PDF Complete version 3.5.22).
tq.
UZAR : Hmm, betul juga, nanti saya rujuk kepada rakan saya yang pakar dalam bab ini, jika dapat diperbetulkan dgn mudah..inshaAllah akan diperbetulkan
Posted by Hasbullah Pit, on 08-12-2009 07:37, IP 118.100.182.20, Guest
14. Sukuk ada rating macam bon tak?
Sukuk ada rating macam bon tak?
UZAR : Semua Sukuk yang diterbit di Malaysia wajib ada rating, that's the regulation.. tetapi Sukuk di luar negara majoriti tiada rating. sama ada kerana imej penerbit dan cara struktur cukup meyakinkan ataupun kebanyakan rating agency mzasih belum punyai mekasnime meletak rating yang adil bagi sukuk.
Telah berlaku, apabila sukuk dinilai menurut mekanisme bon konvensional ia pasti akan dirating rendah akibat dari kaedah kontrak Islam yang sebahgiannya tidak boleh jamin untung secara pasti.
Posted by iskandar, on 08-12-2009 05:46, IP 115.133.208.29, Guest
16. sukuk
Salam Tn,
Boleh tn jelaskan sedikit demi sedikit apakah yg diertikan sebagai sukuk ijarah? Saya serupa paham dan tak paham jer.
Kalau commercial bond, senang nak paham. Dan, kalau saya lihat bond dan sukuk hanya dibezakan dengan sewaan sahaja. Is like, menghalalkan yg haram sahaja (cuba menghalalkan benda yg haram).
Saya lihat drpd tulisan di atas, seolah2 campur tangan politik atau kerajaan juga ada (dubai world), malahan dubai world juga tidak mampu untuk menyelamatkan project tersebut.
Soalannya, adakah sukuk (product) ini BENAR2 dibolehkan didalam Islam.
Ke2, sekiranya boleh, kenapa implmentasinya masih kelihatan longgar.
terima kasih
UZAR : UNTUK LANJUT perbincangan sukuk ijarah dalam bahasa laymen, boleh baca dari buku panduan perbankan islam saya di tepi.