Dato Seri Anwar Ibrahim baru
sahaja dilantik menjadi penasihat ekonomi Kerajaan Negeri Selangor. Berbekalkan
pengalaman beliau selaku Menteri Kewangan suatu ketika dahulu dan lain-lain
pengalaman berkaitan, kepada beliau diletakkan harapan oleh pengikutnya dan rakyat
negeri Selangor untuk melakukan sesuatu yang terbaik buat negeri Selangor. Khususnya
apabila diwarwarkan Selangor sedang dirancang untuk dirubah menjadi Islamic
financial hub.[1
Semua
orang mempunyai harapan dan jangkaan terhadap beliau. Sama ada positif, negatif
atau ‘tunggu dan lihat'. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Muhammad
awal-awal lagi telah memberi indikasi bahawa DSAI akan gagal memacu ekonomi
negeri tersebut malah lebih teruk akan mempersembahkan hasil bernilai RM 1,
sama seperti bayaran elaun bulanannya.
DSAI
sebelum ini terkenal sebagai salah seorang individu yang membolehkan perbankan
dan kewangan Islam berputik di Malaysia. Walaupun ia bukanlah inisiatif beliau
seorang diri, namun peranannya diakui oleh ramai.
Hasil
dari itu, kini saya lebih ingin melihat sejauh mana beliau dapat menerapkan
ekonomi dan perbankan Islam di dalam pengurusan kewangan negeri Selangor.
WUJUDKAH KEWANGAN DAN PERBANKAN
ISLAM DI SELANGOR?
Saya
faham dan tahu bahawa ruang lingkup takrif ‘ekonomi' adalah luas dan merangkumi
banayk aspek. Namun salah satunya adalah yang melibatkan urusan perbankan dan
pelaburan. Maka dalam konteks ini soalan-soalan berikut kerap bermain di minda
saya :-
·Apakah kerajaan negeri Selangor akan
mula mengikuti jejak langkah negeri Kelantan yang menutup semua akaun bank konvensional dan membuka akaun perbankan Islamselepas ini? Kita tunggu dan lihat.
·Apakah kerajaan negeri Selangor akan membuat satu garis panduan untuk semua
anak syarikat kerajaan negeri agar menggunakan khidmat pembiayaan Islam
dalam apa jua keperluan kewangan syarikat-syarikat tersebut?
·Apakah kerjaaan negeri akan mengeluarkan atau menamatkan pendapatan
dari hasil pelaburan kerajaan negeri yang menggunakan instrument pelaburan riba
seperti Fixed Deposit di bank konvensional, pemegangan bond konvensional, dan sebagainya?
·Apakah kerajaan negeri akan menukar Insuran konvensional Riba kepada
Takaful untuk semua kakitangannya dan juga semua anak syarikatnya?
·Apakah kerajaan negeri akan menerbitkan bond Islam (SUKUK) untuk
membiayai projek-projek besar kerajaan negeri dan syarikat di bawahnya?
·Apakah kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah koperasi Islam atau
bank Islam yang benar-benar boleh menjadi model kepada seluruh bank-bank Islam
di Malaysia yang dikatakan bermain silap mata oleh Menteri Besar Selangor? Saya
benar-benar ingin melihat sebuah bank Islam yang dipelopori oleh kerajaan
negeri dari PKR dan PAS yang boleh menyediakan kos pembiayaan yang jauh lebih
murah berbanding bank-bank Islam yang wujud hari ini.
·Apakah kerajaan Negeri Selangor akan menyediakan takrif jelas RASUAH dan seterusnya
mengeluarkan arahan pekeliling untuk menjauhinya di semua peringkat. Saya
juga ingin melihat apakah kaedah dan cara yang bakal dilakukan oleh DSAI untuk
membuktikan beliau mempunyai idea untuk menguatkuasakannya dengan jelas di
dalam kerajaan Selangor, berbanding kerajaan Pusat.
·DSAI dikatakan kerap berkunjung dan
bertemu tokoh-tokoh ekonomi dan perniagaan islam di seluruh dunia. Apakah pelaburan-pelaburan baru yang akan
ditarik masuk ini akan dipastikan semuanya menuruti proses pelaburan Islam atau
tidak?
·Adakah kerajaan Selangor juga akan mengikut jejak langkah Kelantan menubuhkan gadaian
Islam ar-Rahn dengan lebih meluas?
·Adakah kerajaan Selangor akan atau telah menyediakan pembiayaan
mikrokredit Islam? Saya kira Kelantan mungkin menghadapi sedikit kekangan
kewangan untuk ini, namun tidak bagi Selangor.
·Adakah tanah-tanah waqf di Selangor telah dan akan diurus secara dinamik
melalui kaedah-kaedah kewangan Islam?
·Adakah kerajaan Negeri Selangor akan memperhebat dan menubuhkan pengajian
kursus Perbankan dan kewangan Islam untuk semua institusi pendidikan di
bawah urus tadbirnya? Ini perlu bagi menyediakan tenaga kerja mahir dalam
bidang yang sedang berkembang luas ini.
·Adakah bajet kerajaan Negeri Selangor
ada mempertekankan persoalan kewangan
dan perbankan Islam?.
·Adakah Selangor akan mengikuti jejak
langkah kerajaan PAS Terengganu dahulu yang melantik Chief Religious Officer bagi semua anak syarikat di bawahnya bagi
memantau pergerakan dan aktiviti kewangan syarikat agar menepati Islam.?
·Adakah kerajaan negeri Selangor sanggup dan bersedia menamatkan mereka
perkhidmatan tidak beretika dan tidak Islamik yang disediakan oleh anak-anak
syaraikat di bawah mereka.? Cuba lihat senarai bisnes yang dilaksanakan
oleh anak-anak syarikat ini, nescaya anda kan menjumpai aktiviti yang bercanggah
dengan nilai Islam. Semakan ini mestilah sepatutanya dilakukan oleh DSAI atau pekerjanya.
·Adakah kerajaan Selangor akan atau telah menyediakan blue print projek kewangan Islam
yang akan dilaskanakan?
·Adakah kerajaan Selangor akan menyediakan garis panduan atau Parameters yang menerangkan bentuk dan jenis dan portfolio yang
boleh dilabur, disertai dengan penjelasan teknik pelaburan yang dibenarkan dan
dilarang. Sebagai contoh tidak dibenarkan terlibat dalam short selling,
aktiviti spekulasi matawang dan saham dan lain-lain.
·Adakah kerajaan Selangor akan membuat sebarang MoU dengan mana-mana bank-bank
Islam untuk menawarkan tawaran khas buat kakitangan dan pelanggan kerajaan
negeri Selangor sama untuk mengislamkan
(refinancing) pinjaman pembelian kereta, rumah, aset lain dan sebagainya dengan
harga istimewa. Saya kira, banyak bank Islam yang sudi berbincang jika
ditawarkan.
SEDIKIT USAHA SAYA
Sebelum
bertolak ke UK tahun lepas (2008), saya pernah dijemput menghadiri mesyuarat
Majlis Agama negeri Selangor yang dipengerusikan oleh YB Dato' Dr Hasan Mohd
Ali. Mesyuarat tersebut dihadiri oleh semua badan organisasi agama Selangor termasuk
Mufti Selangor, Lembaga Zakat Selangor, JAIS dan lain-lain.Saya dijemput selaku ahli akademik untuk
memberi idea, turut dijemput beberapa orang ahli ahli akademik dan individu
berpengalaman seperti Puan Hjh Rohani Dato Sharir dan lain-lain.
Di
dalam pertemuan itu, saya ada memberikan idea agar kerajaan Selangor menubuhkan
Bank Islam mereka sendiri atau Koperasi Islam atau Yayasan yang mana fokusnya
adalah memberikan model terbaik kepada kerajaan Persekutuan akan konsep
perbankan Islam yang ‘tulen'.
YB
Dato Hasan ketika itu amat bersetuju dan menyatakan bahawa sememangnya Selangor
mempunyai dana yang mampu untuk tujuan itu. Namun cadangan itu lenyap dan
hilang begitu sahaja.
Selain
itu, saya juga pernah dijemput memberikan taklimat kewangan Islam kepada
jabaatan pendbednaharaan Selangor ( tidak ingat namanya), di akhir taklimat
tersebut para pengurus pelaburan dan pegawai-pegawai kewangan kerajaan Selangor
tersebut kelihatan gusar dan risau dengan kerjaya dan tugasan yang sedang mereka
laksanakan, lalubeberapa orang
mendekati saya cuba mendapat nasihat yang lebih specifik, namun begitu perubahan mestilah datang dari pihak atasan. Itulah
yang mereka harapkan, saya hanya mampu menyeru mereka untuk mendesak YB Dato
Hasan bagi mengemukakan idea dan
keperluan ini kepada MB Selangor. Sesudah itu, saya tidak pasti apa yang
berlaku.
Saya
cukup ingat, kenyataan Dato' Menteri Besar Selangor yang mengutuk perbankan dan
kewangan Islam yang ada hari ini sebagai ‘bermain silap mata'. Dato' Seri Presiden
PAS pula pernah mendakwa di dalam parlimen bahawa perbankan Islam terlalu
mahal.
Jika
itulah kritikan mereka, saya merasakan inilah masa yang paling sesuai kerajaan
Selangor (dan juga Kedah) yang diwakili oleh PKR dan PAS untuk menunjuk contoh
dan bukan hanya berkata dan mengkritik ‘kosong' tanpa alternatif dan modul. Malah
jika perlu, boleh ditubuhkan secara bersama dengan kerajaan Kedah, Kelantan dan
Pulau Pinang.
Jangan dibimbang DAP tidak
bersetuju kerana pelanggan utama di bank-bank Islam seluruh Malaysia adalah
pelanggan berbangsa Cina yang menyedari kelebihan perbankan Islam yang lebih
menguntungkan dan menjimatkan. Saya yakin,
penerangan yang jelas mampu untuk mendapatkan laluan dari mereka. Halangan sebenarnya
adalah orang Melayu Islam sendiri.
TERTANYA-TANYA
Sehingga
hari ini, ahli-ahli akademik dan pendokong industri perbankan dan kewangan
Islam masIh tertanya-tanya apakah peranan, sumbangan dan gerak kerja yang telah
dilakukan oleh Kerajaan Selangor dan Kedah untuk pembangunan sektor kewangan
dan perbankan Islam?.
Jika
ditinjau Ucapan dasar Presiden PAS yang terbaru, tiada perkara baru yang
disebut dalam hal kewangan dan perbankan Islam. Hanya perkara lama yang asyik
diulang-ulang tanpa perincian untuk melaksanakannya.[2]
Diharapkan perincian boleh dibahas oleh perwakilan, namun ia juga meleset. Tiada kedengaran ahli yang
memperbahasakan kepentingan memastikan halal dalam pendapatan dan kewangan dan
perbankan, apatah lagi cara lebih perinci untuk memastikan ianya dilaksanakan.
Saya
masih ingat bertemu dengan Dato Dr Haron Din, Timbalan Mursyidul Am PAS di
rumah beliau. Ketika itu saya bertanya dan mencadangkan kepada beliau, agar Majlis Syura PAS mengeluarkan satu arahan
jelas kepada semua ahli PAS untuk TIDAK TERLIBAT dengan kewangan dan perbankan
riba Konvensional. Beliau bersetuju tetapi tidak saya ketahui apa yang terjadi
selepas itu.
Bukankah
penglibatan dalam riba beerti perang dengan Allah dan rasulNya?.. sebagaimana
difirmankan oleh Allah ( al-Baqarah : 278), kecaman berat juga ditegaskan oleh Rasulullah
s.a.w. Justeru bagaimana PAS ingin memperjuangkan politik dan pentadbiran Islam
sedang diringankan soal pendapatan, perbankan dan kewangan yang halal.!? Bukankah
pendapatan ahli, pimpinan serta kerjaan pimpinan mereka yang haram serta
syubhat boleh menggugat perjuangan politik Islam mereka.?
Saya
boleh memuji Kelantan yang telah mencuba beberapa perkara dalam pentabdbiran kewangan
mereka, yang paling menonjol adalah skim Kifalah
dan Ar-Rahn. Namun saya masih tidak
terbaca apa yang baru diperkenalkan oleh Kerajaan Kedah dan Selangor yang majoritinya
adalah Islam.
PENUTUP
Sehingga
hari ini, telah melebihi setahun pentadbiran kerajaan Pakatan rakyat di Kedah
dan Selangor, saya dan rakan-rakan pecinta kewangan dan perbankan Islam masih
menunggu-nunggu apakah yang dibuat oleh kerajaan mereka dalam hal ini. Apakah
bezanya mereka dari kerajaan yang ada dalam hal ini, ataukah Kewangan dan
perbankan Islam di bawah BN adalah lebih baik berbanding Pakatan Rakyat ?
Saya
masih menunggu dan jika telah dilaksanakan sesuatu, diharap ada yang boleh
berkongsi maklumat dengan kami. Saya sedar, kami ‘tidak tahu' tidak semestinya
tiada. Cuma sebagai ahli politik, kebaikan khsusnya dalam hal ini perlulah
segera diwarwarkan untuk umum mengetahui bahawa anda BERBEZA dan PRIHATIN.!
Tetapi
persoalannya kini, adakah Anwar dan PAS sebenarnya boleh disandarkan HARAPAN
untuk kemajuan kewangan dan Perbankan Islam? Adakah disana tanda-tanda pengharapan
dalam ruang lingkup kuasa yang mereka TELAH MILIKI? (iaitu beberapa buah kerajaan
Negeri).
Jika
yang di dalam kuasa pun tidak mampu dijadikan contoh, apakah harapan untuk dilaksanakan
dalam kerajaan yang belum mereka kuasai..
Dunia pada hari ini berdepan dengan krisis kewangan,
sekaligus kegawatan ekonomi akibat keruntuhan sistem kewangan Barat berteraskan
riba, ihtikar dan gharar.
Adalah mengandungi hikmah mengapa Allah SWT dan Rasul-Nya
s.a.w. menyenaraikan riba di kalangan dosa besar, walaupun tidak dimasukkan ke
dalam jenayah Qisas dan Hudud, namun ianya diberi amaran yang keras.
Akibat muamalat kewangan ini, maka terbitlah pelbagai produk
dengan beraneka nama canggih yang diniagakan oleh negara Barat yang bermegah
dengan kemajuannya. Bank Dunia mengakui bahawa krisis kali ini melibatkan
kerugian bukan berbillion bahkan beberapa trillion dollar Amerika. Setelah
dunia melihat pertembungan ekonomi kapitalis dan komunis, kini berlaku pula
pertembungan antara negara-negara kapitalis yang merugikan dunia.
Kerajaan BN pula berpeluang
meletakkan punca krisis ekonomi negara kepada faktor luar yang bersifat global dan
kononnya tidak dapat dielakkan. Tindakan kerajaan ini adalah tidak
bertanggungjawab, bahkan mengekalkan sindrom penafian yang menjadi amalan
kerajaan BN selama ini.
Lebih parah lagi kerajaan BN terus menerus mentadbir ekonomi
negara dengan rakus dan boros, serta sarat dengan amalan penyelewengan kuasa,
rasuah, kronisme dan nepotisme yang menyaksikan pengulangan tabiat buruk
pengurusan orde lama. Rakyat terus menanggung kerugian besar, sementara
segelintir pihak kroni terus mengecapi keuntungan semasa ekonomi mewah sedikit
waktu dulu dan mereka diselamatkan oleh ‘bailout' kerajaan BN.
Tegasnya, isu utama yang dipertikaikan hingga kini adalah
ketelusan dan bertanggungjawaban. Peristiwa Bank Bumiputra yang hidup berkembar
dengan pejabat Umno hanya tinggal dalam lipatan sejarah hitam ekonomi negara.
PAS juga menggesa semua syarikat pelaburan berkaitan
kerajaan, yang menguruskan pelaburan rakyat seperti Permodalan Nasional Berhad
(PNB), Lembaga Tabung Haji dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), diuruskan
dengan penuh berhemat. PNB yang menguruskan dana berjumlah hampir RM120
billion, semestinya mampu memberi pulangan yang mapan untuk faedah rakyat.
Perlu juga diingatkan keperluan untuk mematuhi kehendak syariah dalam setiap
pelaburan tersebut.
Lembaga Tabung Haji juga mestilah mampu memenuhi
tanggungjawab menjaga kepentingan ekonomi umat Islam dan memastikan setiap
pelaburan adalah tidak berasaskan spekulatif dan mengambil kira semua risiko
yang terlibat.
Kini rakyat dan pekerja akan terdedah kepada kesan kemelesetan
ekonomi. Beban hutang isi-rumah, kad-kredit dan pinjaman swasta, yang
menyaksikan hutang tak-berbayar (NPL) akan terus meningkat. Permintaan dunia
telah pun berkurangan dan menyebabkan ekspot kita jatuh. Hal ini jelas dengan
pengurangan Indeks Pengeluaran Industri (IPI) sebanyak 15.8% pada hujung tahun
lalu, hasil pengurangan permintaan khususnya di sektor pengeluaran/pembuatan
dalam sektor elektrikal dan elektronik, semi konduktor, produk-produk kimia dan
juga sektor komoditi.
Dengan permintaan yang menurun secara mendadak, pengilang
tidak ada cara lain kecuali membuang pekerja bagi mengurangkan kos dan
mengekalkan keuntungan serta mengelak kerugian besar. Pada hujung tahun 2009
ini, 200,000 pekerja dijangka dibuang dan menjadi penganggur. PAS kerap kali
membangkitkan perkara ini supaya segera ditangani.
PAS suka mengingatkan semua pihak bahawa urus tadbir yang
baik terhadap segala khazanah kekayaan dan sumber alam yang dianugerahkan di
muka bumi ini adalah satu juzuk tuntutan amanah Allah SWT yang diletakkan ke
atas manusia selaku khalifah Allah di atas muka bumi ini. Mentadbir kewangan
dan menjadikan pengurusan ekonomi serta membangunkan harta atau ‘Hifzul Mal',
adalah termasuk dalam perkara-perkara penting, yang disebutkan sebagai lima
keperluan hidup manusia atau ‘ad-Dharuriyat al-Khamsah' yang mesti dipelihara
dan dimajukan oleh sebuah kerajaan yang dibimbing dan ditadbir oleh syariat
Islam.
PAS menekankan kepentingan menentukan keutamaan (awlawiyat)
dalam kerangka menentukan perbelanjaan, sama ada Perbelanjaan Mengurus dan
Membangun serta persoalan sektor utama dan kritikal yang hendak dibangunkan.
Acapkali negara diaibkan dengan ketidakcukupan pemakanan seperti beras,
sementara negara kita ini dilimpahi dengan tanah pertanian. Tidak salah ingin
menjadi negara industri maju, tetapi semua negara maju mempunyai ‘Kedaulatan
dan Keselamatan Pemakan' seperti UK, Jepun, Amerika dan Eropah.
Songsang dan bersimpang siur pemikiran pemimpin negara dalam
hal pacuan pembangunan negara, sehingga negara hilang daya saing dalam segala
hal dan juga tidak punya daya tahan mendepani pelbagai krisis termasuk
pemakanan. Laksana "yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran".
PAS juga amat insaf dengan kepentingan asas moral dan nilai
agama yang kukuh bagi memastikan kepimpinan politik negara selamat daripada
bencana rasuah, penyalahgunaan kuasa serta tamak, rakus dan boros. PAS kembali
mengingatkan dirinya bahawa penyelesaian masalah ekonomi manusia bermula dengan
memperbetulkan akidah, fikrah dan akhlak, serta iltizam pemimpin kepada
tuntutan amanah Allah SWT bagi mentadbir dan memakmurkan bumi dalam rangka
tuntutan khilafah dan amanah.
PAS mahukan gagasan Sistem Liberal-Kapitalis lapuk yang telah
memansuhkan emas sebagai sandaran utama mata wang ditinggalkan. PAS ingin
mengesyorkan supaya pemimpin dunia kembali kepada Dinar Emas, bagi meletakkan
struktur kewangan global berpaksikan emas dan perak untuk menangani
ketidaktentuan nilai mata wang dan mengelakkan inflasi akibat perbuatan
mencetak wang kertas.
PAS juga mahukan konsep Pertumbuhan Hijau terus diperkasakan.
Falsafah Petumbuhan Hijau amat selari dan sejajar dengan tuntutan tasawwur
Islam yang menekankan pembangunan dan pertumbuhan mestilah mengambil kira impak
kemusnahan kepada alam sekitar dan sumber-sumber serta aset negara yang tidak
mampu diganti.
Hijau yang tidak membawa kemusnahan kepada kelangsungan
kualiti hidup dan daya saing generasi mendatang, wajar ditekankan dalam
paradigma pembangunan lestari. Itulah tasawwur pembangunan memakmurkan bumi
yang dianjurkan Islam sesuai dengan firman Allah SWT dalam Surah Hud ayat 61.
Maksudnya: "Dan kepada kaum Tsamud (Kami utus) saudara mereka
Salleh. Salleh berkata: ‘Hai kaumku, sembahlah Allah, sekali-kali tidak ada
bagimu Tuhan selain Dia. Dia telah menciptakan kamu daripada tanah dan
menjadikan kamu pemakmurnya karena itu mohonlah keampunan-Nya, kemudian
bertaubatlah kepada-Nya. Sesungguhnya Tuhanku amat dekat (rahmat-Nya) lagi
memperkenankan (doa hamba-Nya)." [11:61]
Di samping itu PAS menekankan bahawa pembangunan perlu
seiring dengan semangat "perkongsian" yang sebenar di antara entiti-entiti
bisnes dan perniagaan, atas dasar berkongsi dalam keuntungan dan juga kerugian
- "musyarakah bil gharam wal ghanam". Penswastaan perkhidmatan dan keperluan
asas seperti perkhidmatan air, elektrik, kesihatan dan pendidikan adalah amat
tidak digalakkan kerana membebankan rakyat akhirnya.
Sementara Islam adalah mesra perniagaan, tetapi ia tidak
mengorbankan kepentingan awam. Golongan berpendapatan rendah, fakir dan miskin,
tambah-tambah lagi mesti dilindungi dengan pelbagai kaedah agihan kekayaan
dalam pendekatan zakat dan sadaqah bagi membela kehidupan mereka. Di samping
itu jaringan keselamatan sosial dan penjagaan kesihatan bagi semua rakyat,
agama, kaum dan budaya mestilah juga ditekankan dalam dasar kerajaan. Segala
pendekatan positif mesti dilakukan di atas dasar dan prinsip keperluan dan
kelayakan secara adil. Inilah prinsip keadilan Islam yang terus dijunjung
tinggi oleh PAS dalam semua keadaan.
Posted by Auni, on 10-06-2010 16:04, IP 130.95.128.51, Guest
1. peranan PAS dalam muamalat islam
Salam Ustaz,
To be fair to PAS, mereka sudah mula memberi penekanan dan membantu pelaksanaan kewangan islam di negara kita. Selain artikel yg ustaz letak di facebook ustaz semalam, PAS juga akan membuka sebuah kolej universiti di Gombak yang diberi nama sempena nama Prof Zulkilfi Muhammad. Kolej universiti itu akan dibuka Julai ini dan antara kursus yang ditawarkan adalah diploma dalam perbankan islam. Untuk detail, boleh layari link laman web di bawah
Posted by Hamba Allah, on 09-05-2010 15:53, IP 60.53.198.252, Guest
2. Jangan la syak wasangka dengan UZAR
Saya secara lapangnya setuju dengan pandangan UZAR, sekaranglah masanya untuk PAS buktikan yang mereka mampu untuk mengubah segala sistme konvensional kepada sistem islam, matlamat PAS adalah meperjuang dan menegakkan islam, maka perlulah dimulai dengan langkah sebegini. Kerajaan negeri Kelantan harus menjadi contoh, segala perubahan kepada sistem ISLAM tidak merencatkan pembangunan negeri Kelantan, malah negeri kelantan lebih harmoni dan maju.
Ekonomi negeri kelantan sering membangun, buktinya dengan wujud pasaraya-pasaraya seperti mydin, tesco dan giant. Kepada yang salah faham dengan UZAR sila buka minda anda, saya juga salah seorang ahli dan penyokong PAS sejak kecil lagi, pendapat dan pandangan UZAR ini pada hemat saya adalah contoh adab kita kepada pemimpin yang disyorkan oleh ISLAM. Pandangan luar seperti ini haruslah diperbanyakkan untuk mengelakkan taksub kita kepada satu-satu pemimpin itu, UZAR pandangan saudara seperti ini harus di perbanyakkan, malah Tuan Guru Nik Aziz sendiri dan juga pemipin-pemimpin PAS akan faham objektif atau motif pandangan ini, kerana PAS ialah sebuah parti yg berlandaskan ISLAM, ISLAM adalah agama yang menggalakkan kita untuk saling mengingati antara satu sama lain. HIDUP KERAJAAN ISLAM, sy pasti PAS mampu untuk melakukannya, terima kasih UZAR atas pandangan saudara ini.
Posted by eimad, on 29-01-2010 11:03, IP 115.134.147.109, Guest
3. convert to islamic banking
slm...Alhmdulillah.....
saya seorang yg amat cintakan perbankan islam yg sentiasa mendoakan moga suatu hari nnti bank2 di malaysia dpt berubah menjdi bank yg jauh daripada riba, maisir dan gharar... saranan uzar mengenai kemampuan pkr dan pas utk membawa malaysia kearah itu moga terhasil dan berjaya serta tangkas bergerak..walaupun usia pemerintahan masih muda... saya sebagai pekerja bank di salah sebuah bank kerjaan yg bersifat konvensional...berhrp dan berdoa moga ada pertubuhan2 atau pihak yg berwajib merealisasikan kehendak umat islam utk menjadikan malaysia satu tpmt utk orang muslim melabur dgn tnpa ragu2 dan syak Amin ya rab... tahniah UZarr
Posted by fadzli, on 25-01-2010 12:38, IP 202.60.56.249, Guest
4. emo..
Salam Uzar..
Byk article Uzar yg saya baca & fahami selama ini & saya X pernah pertikaikan keenakkan membaca article Uzar.
Tapi untuk article kali ini lebih kepada suara yg tidak berpuas hati yg saya nampak apabila bidang yang Uzar pelopori dikomen oleh PAS.
Kurang sesuai bila Uzar mengatakan begini "Jika yang di dalam kuasa pun tidak mampu dijadikan contoh, apakah harapan untuk dilaksanakan dalam kerajaan yang belum mereka kuasai.. " kerana kuasa yg diberikan masih setahun jagung & bukanlah sebesar mana kuasa itu untuk adakan perubahan untuk institusi kewangan Islam di negeri² memandangkang kekangan yang jelas akan dihadapi dari peringkat Pusat..
Byk lagi tahi² yg harus kerajaan negeri cuci & projek² yg harus diteliti sebelum melihat kepada perubahan institusi kewangan ini.
Saya sebagai pemerhati yg sentiasa mengikuti article Uzar hanya menyatakan apa yang saya nampak dari sudut bacaan.
Harap Uzar tidak berasa hati & dapat memahami apa yg saya cuba nyatakan. Bukan saya cuba "defence" kerajaan² negeri PR.. sekadar pandangan..
Posted by Hj Mohammad, on 12-01-2010 11:12, IP 60.50.97.129, Guest
5. Kewangan Islam
Ustaz,
1) PAS walaupun dah 2 tahun mentadbir negeri, tempoh ini dikira masih baru. Dalam mentadbir, kena dahulukan keperluan. Beri masa pada PAS untuk melaksanakan apa2 yg dikira baik untuk Islam. 2) Banyak pembahas pandai bercakap dgn hujah ilmu. Ini masih disekitar fikiran. PAS adalah wadah perjuangan yang cuba membawa Islam dalam kehidupan. 1400 tahun Rasulullah meninggalkan kita, pasti banyak cacat cela perjuangan hari ini berbanding dalam kitab. Tapi, penglibatan yang akan Allah nilai bukan kejayaan.
Tuan2 yg hanya mengulas, memang takkan buat salah. Tapi bila membuat, akan bertemu kesalahan. Tak berjuang mmg takkan bertemu kesilapan, tapi bila berjuang, bekerja, berkorban, maka PASTI akan berlaku salah silap. Salah silap ini tidak besar berbanding kesalahan tidak berjuang.
3)Saya menunggu ustaz tamat pengajian, dan pulang membawa perubahan. Kalau pulang dan kerja dgn sykt kewangan, tak mustahil akan ada blog lain yg akan mengkritik ustaz sepertimana ustaz mengkritik dlm artikel ini. Wsasalam.
UZAR : Tak perlu takut dgn krtiiakn, web saya, pandangan saya dan saya dah kerja di bank-bank Islam di malaysia dan mereka dah kritik setakat yang patut. Namun jgn jadikan benda2 ni sebagai mental block utk bagi alasan macam2.
Tulisan saya berikan idea dan cdgn utk berubah. dan tulisan saya juga bertanya dan minta clarification kalau dah ada yang buat tapi kurang liputan hingga kami tak dapat info.
Dah baynak kali disebutkan, perubahan tak perlu seorang individu, tak perlu tunggu saya balik. Ia perlukan political dan spiritual will. Pakar2 ramai ada kat Malaysia. Minta je depa tolong. Jgn buat alasan nak tunggu saya balik. Jgn sibuk duk tumpu kpada batang tubuh saya, tapi tumpukan kepada camana nak laksana apa yang ditulis jika ia baik dan benar.
Posted by Sari, on 03-01-2010 15:58, IP 60.48.174.172, Guest
6. Entah lah....
Salam. Saya bersetuju dgn komen ustaz dalam hal ini. Tapi satu perkara yang saya pelik dalam pekikan takbir mereka, saya fikirkan semuanya ada isi-isi yang padat belaka. Islam yang wujud dalam dunia ini bukan baru rasanya. Pejuang Islam di negara kita ni, kalau ikuti sejarah ulama mereka sepatutnya dah lama. Orang kata bila belum berkuasa, segala garis kasar sudah tersedia, bila dah berkuasa garis kasar sudah menjadi halus dan nyata dan menunggu untuk dilaksana. Patutnya yang gah bertakbir sudah lama dengan senjata di dada. Tunggu dihunus bila dah kena masa.
Nah sekarang dah ada tapi takkan hilang punca, mengharap seorang Ustaz seperti UZAR untuk membantu merencana. Apa dah jadi ni?
Posted by ishak, on 26-12-2009 09:13, IP 60.48.57.205, Guest
7. sedikit teguran
sedikit terkilan apa bila membaca komen uzar tentang kenapa uzar tidak lagi menceburi dalam bidang politik yg dilihat sebagai kotor disebabkn oleh budaya catas mencantas. Ini seakan uzar melihat politik ini seakan kotor dan perlu dijauhi. Dari sudut yg lain pula ia menggambarkan bahawa uzar seorang yg telah berputus asa dalm bidang politik dan tidak ingin kembali menceburinya lagi dan memikirkan bahawa sudah mencukupi hanya tegur diluar sahaja. Ini semua pagi pandangan saya silap, dan jika memberi pandangan atau teguran dari luar ianya tidak sama sama sekali dengan mereka yg join sekali dalm politik maksud saya pandangan mereka yg diluar akan bertentangan dengan mereka yg di dalam(politik). Ini akan mengakibatkan timbulnya banyak pemikiran yg berbeza-beza,dan ini semua juga akan mengakibatkan ummat islam menjadi lemah dan mundur..
mengenai catas mencatas, sesuatu bidang tidak akan bersih jika orang yg menceburinya tidak bersih(jahat,zalim..). contohnya politik, jika dibiarkan orang yg jahat menguasai politik maka orang akan melihat politik adalah tempat yg kotor, jahat dn llin..sedangkan politik termasuk dalam islam..jadi politik tidak akan bersih selagi orang2 yg baik, soleh, berilmu, cerdik pandai seperti uzar tidak menceburinya. jadi apa pandangan uzar dalm masalah ini? dan saya percaya bahawa uzar tahu dgan politik(kuasa) perbangkan islam boleh ditubuhkan dan dijalankan. akan tetapi bagai mana hendak dijalankan kalau kita tidak ada kuasa betul tak? nak dapat kuasa perlu menceburi politik....jadi apa komen Uzar tentang hal ini....Sekian dari hamba yg lemah
UZAR : Saya tidak katakan'kotor' itu persepsi saudara sendiri hasil prejudgemnet dalam minda saudara.
hanya hanya katakan, saya tak boleh lagi aktif kerana saya telah memilih bidang akademik kerana setiap apa sumbangan yang saya beri melalui politik akan dihalang oleh pelbagai jenis org dan saya akan dicantas. ia telah berlaku dan masih berlaku
Posted by walid 'ammar, on 23-12-2009 02:45, IP 115.134.193.47, Guest
8. tajuk artikel
Assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR
mungkin ada yg.mengganggap artikel ini memperli berdasarkan sekilas pandang tajuk artikelnya walau apa2 pun ALLAH s.w.t tahu niat baik kita kan alangkah baiknya kalau semua perbankan konvensional ditutup, percayalah kepada sistem Islam!
Posted by mohdashuri, on 22-12-2009 08:57, IP 203.82.91.101, Guest
9. awas...Jangan takbur dgn ilmu
Salam dan MAAF. Tahniah kepada usaha ustaz selama ini untuk membetulkan SECARA KHUSUS "business" org PAS/PAKATAN yang mememang banyak meragukan, Saya sendiri ahli pas sendiri menyedari hakikat ini.
Ia bertolak kepada soal 'ilmu' Walaubagaimana pun ustaz kena berhati-hati agar ustaz tidak dilempar tuduhan takbur dengan ilmu yang Allah bagi...Tajuk artikel ni dah cukup menunjukkannya...mereka org politik islam yang kadangkala ada tempat mereka kurang arif ...Jangan lah sampai niat ikhlas ustaz terkubur ....
Sepatutnya Ustaz yang sepatutnya berada bersama-sama dengan Saudara Anuar.... bukan memperli kemampuannya...SEKITUL SMKK
UZAR : hanya orang 'kaki perli' makan menanggap artikel saya memperli. Padahal artikel saya tiada sebarang perli, ia adalah pemberian cadangan dan teguran kepada pemerintah.
Posted by warispatinggi, on 21-12-2009 08:59, IP 124.13.40.95, Guest
10. jangan tunggu lama-lama
salam, syukur alhamdulillah,malaysia punya seorang insan seprti UZAR.Moga uzar berbakti hingga akhir hayat atas landasan haq.Namun saya berharap bilangan insan seperti uzar ada bilangan tambahannya dalam masa terdekat atau jangka panjang.Kalau uzar seorang je ....berat tu.
Harap2 pihak berkenaan ambil tindakan segera untuk menubuhkan perbankan yang dimaksudkan...jangan banyak cakap lagi dah.Buat segera...yakinlah ia bukan sahaja akan dapat support yang padu malah akan jadi contoh sama ada tempatan atau luar negeri
Posted by aland, on 20-12-2009 10:39, IP 203.148.88.88, Guest
11. Mengapa tidak menawar perkhidmatan?
salam,
secara umum saya bersetuju..kita tidak boleh mengharap shj akan tetapi kena mengusahakan..iaitu jika kita mempunyai kemahiran dlm bidang tersebut..apa salahnya kita menawarkan bantuan kerana ALlah.
saya percaya kerajaan kedua2 negeri Selangor dan Kedah akan dpt menerima sumbangan dr Ustaz. DSAI sendiri pernah berkata jika kita tidak setuju dgn sesuatu perkara maka marilah bersama kita perbetulkan dan bukan setakat menulis shj dlm blog tanpa disalurkan dan disumbangkan apa2 yg konkrit kearah merealisasikan apa yg diinginkan.
saya percaya mereka akan menerima dgn terbuka dan berlapang dada akan saranan dlm ehwal meningkatkan ekonomi Islam. ilmu yg ada yg diberi ALlah itu bukan utk kemasyhuran diri sendiri shj ttp utk disampaikan dan jika sudah ada ilmu yg memungkinkan utk perlaksanaan secara berkesan apa salahnya utk menawar dpd hanya menunggu ditawarkan jawatan atau peluang.. utk Islam apa shj kita korbankan..
jika benar UZAR mahukan ekonomi Islam dan kewangan Islam ini berkembang usahlah bertangguh lagi dlm menawarkan kepakaran ilmu yg ada utk memartabatkannya. sudah tentu no contact dan juga saluran komunikasi sudah sedia ada dan tidak ada alasan utk bertangguh..segerakan kerana saya percaya inilah masanya utk UZAR bersama dlm gelanggang kerana yg mengetuai kedua2 negeri itu adalah mereka yg mmg faham ttg peri pentingnya ekonomi Islam itu..adakah UZAR sudah bersedia?
UZAR : saya tak pasti sdr dah baca lengkap atau tidak artikel saya, sebab tulisan sdr kelihatan tak dapat menangkap isi kandungan tulisan saya.
Sdr juga kena sedar, dlm dunia politik, byk individu kejar jawatan dan cantas mencantas, saya juga pernah dan telah 'dicantas' suatu ketika dulu, tanpa sebab konkrit. Justeru, cdgn untuk 'menawarkan kepakaran' adalah bukan tindakan yang tepat dalam sesebuah gerakan politik, khususnya dgn pengalaman yang telah menimpa saya dahulu.
Tatkala itu, tulisan di dalam web ini adalah sebuah sumbangan idea, saya tidak mencerca atau mengutuk sesiapa, ia adalah hanyalah sebuah cabaran, ingatan di samping pemberian idea secara percuma tanpa bayaran. Tanpa perlu juga memijakkan kaki di mana-mana pejabat kerjaaan negeri sgor yang hanay akan menyebabkan kaki cemburu terus susah hati.
fahamilah, jika saya menawarkan diri untuk menyumbang di dalam kerjaaan negeri Sgor, pastinya ramai akan menyatakan saya menulis kerana strategi untuk meraih atau pegang jawatan dalam kerajaan negeri. atau juga meminta-minta jawatan. pastinya ia juga menjadi tohmahan dan fitnah yang besar. Malah saya bukanlah seorang pakar, cadangan-cadangan saya itu jika kurang mampu difahami oleh pihak bertanggungjawab, ia BUKAN bermakna perlu melantik saya, tetapi PERLU MELANTIK PAKAR-PAKAR KEWANGAN ISLAM di Malaysia untuk melaksanakannya.
Oleh itu, saya tidak perlu sebarang jawatan atau menawarkan diri untuk menyumbang dari dalam kerajaan negeri, saya hanya perlu ingatkan orang ramai dan pimpinan dengan tgjwb mereka serta beri idea. Bukankah saya dah sebut saya pernah terlibat sedikit dgn kerajaan negeri sebelum ke UK. dan skrg saya di UK, sememangnya sukar untuk bantu secara fizikal disebabkan jarak dan fokus berbeza.
Nak buat semua di atas, tidaklah sesusah mana jika tahu mantadbir dan ada plan yang jelas. Namun setelah setahun tanpa apa-apa, ia menunjukkan plan yang kabur atau mungkin tiada plan langsung.
Posted by sama-sama pikir, on 18-12-2009 20:40, IP 203.82.80.22, Guest
12. PAS mampu
Salam, sememangnya perubahan perlu dibuat..betul ckp ustaz inilah masanya Pakatan Rakyat menunjukan contoh..tp dalam masa setahun bukan lah semudah yg dikata..dengan pelbagai halangan dll..
bg saya la..nak banding UMNO dan PAS..jauh sgt beza..terang2an nampak UMNO mmg jauh dr islam..ISLAM mereka hanya pada nama...jauh lebih teruk..mereka yang banyak melakukan perkara mungkar..
Pada saya sy yakin PAS mampu bukan setakat tadbir kewangan negara malah negara selagi mana iman dan taqwa menjadi asas perjuangan dan pentadbiran...Allah akan membantu bila kita bersamaNya..Rasulullah dulu juga bukan pakar ekonomi yg ada sarjana atau PHD..tp smuanya Kerana Mu Ya Allah..itu ja yg dapat sy katakan..sama-sama kita pikirkan.
Posted by mat tempe, on 16-12-2009 17:28, IP 115.132.79.25, Guest
13. syabas ustaz...
saya menyokong penuh artikel ustaz...org politik hanya pandai berkata-kata bermain wayang....saya menyokong penuh usaha ustaz untuk memberi pemahaman kepada masyarakat tentang perbankan Islam....usaha gigih ustaz pasti akan dibalas olehNya
Posted by megat ismail akil, on 14-12-2009 22:27, IP 60.53.183.183, Guest
16. proposal....
Salam Uzar....
Agak lama juga saya tidak menjengah blog uzar, telah banyak artikel saya ketinggalan.
menyentuh dengan isu ini ia amat menarik sekali unruk dikongsi serta merenung sejenak oleh semua pihak yang menyokongnya.
Saya mencadang kepada uzar agar dapat mengeluarkan manual panduan mengenai kewangan Islam sebagai rujukan kepada kerajaan atau sesiapa sahaja yang ingin memulakan kewangan Islam.
Soalan-soalan yang uzar utarakan itu haruslah dijadikan sebagai panduan untuk membentuk sebuah model kewangan Islam.
Mereka yang berada dilapangan kewangan Islam atau sebaliknya boleh membuat perbandingan dimana pro dan kontra berbanding dengan kewangan konvensional.
banyak perkara perlu diambil kira jika sistem kewangan Islam terlaksana, moga terus berusaha.
Namun saya tetap menyokong usul yang uzar kemukakan.
Posted by Sufie, on 14-12-2009 07:48, IP 203.82.92.110, Guest
17. sistem islam
Saya ucapkan tahniah kpd ustz krn beri tazkirah berguna.Tapi saya rasa bercakap lebih mudah dari melaksana,terutama yg melibatkan org ramai dan kerajaan.HAL INI BUKAN SAJA melibatkan PAS &Keadilan malah UMNO juga.Dari segi overall nya saya fikir kerajaan PAS dan KEADILAn lebih adil,bersih dan lebih islamic dari UMNO.Cuma bimbang sikit dgn KEADILAN ni,takut hak2 org Islam seperti tercatat dalam perlembagaan terhakis.Saya berpendapat dalam bab mengurus hal2 dunia ni pejuang2 Islam perlu belajar dari pakar2,bangsa lebih maju malah dari UMNO juga dll.Kita perlu sentiasa belajar.
Posted by ibnu ali, on 13-12-2009 21:43, IP 41.238.188.123, Guest
19. Kan bagus ustaz jadi perwakilan!
Assalamualaikum,
Ustaz bercakap atas diri bersifat:
1. Rakyat Malaysia 2. Ulama di luar haraki PAS (kalau tak melampaulah, walaupun ana kenal ustaz semasa di UM dahulu)
Rakyat Malaysia secara umumnya mengharapkan yang terbaik daro Pakatan Rakyat. Bagi umat Islam lebih-lebih lagi mahu melihat Islam itu dapat ditegakkan dengan Tauhid-nya dan Syariat-nya.
Peringatan dalam ucapan Presiden secara berulang kali sekalipun rasanya tak jadi masalah selagi mana apa yang diucapkan itu masih belum terlaksana. Jika dah terlaksana pun tiada masalah jika "peringatan" itu diulang berkali-kali.
Baik, mungkin ana "muda" untuk membaca atau "menduga" apa yang ustaz catatkan ini. Rasanya ada silap faham. Jika ada maafkan ana.
Kemudian, hakikatnya mereka yang berada di Dewan Ulama mengharapkan para ustaz mahupun ulama yang hebat seperti ustaz. Tapi mungkin sebilangan ustaz yang seperti ustaz selesa berada di lapangan lain dari duduk dalam hiraki pimpinan yang lebih dekat dan mudah untuk memberi pendapat sekaligus membina kekuatan dalam Gerakan Islam ini.
Jika nak dibandingkan dengan Ikhwan Muslimin di Mesir amat jauh sekali. Bayangkan pimpinan mereka yang ada sebagai Pakar Bedah namun Pakar Juga dalam bidang hadis mengajar di Masjid terkemuka di Mesir.
Tidak seperti golongan profesional PAS yang berangan nak jadi pimpinan utama. Tetapi makhraj huruf membaca Quran pun masih bermasalah apatah lagi mengusai ilmu2 utama dalam agama itu sendiri. Pada hemat saya PAS masih lagi wajib dipimpin oleh mereka yang digelar ulama. Termasuk mereka yang hebat di lapangan lain.
Posted by Khairul Aznan, on 13-12-2009 11:51, IP 60.50.119.249, Guest
20. Tutup akaun bank riba!
agar Majlis Syura PAS mengeluarkan satu arahan jelas kepada semua ahli PAS untuk TIDAK TERLIBAT dengan kewangan dan perbankan riba Konvensional. Beliau bersetuju tetapi tidak saya ketahui apa yang terjadi selepas itu.
Saya setuju ini. Baru minggu lepas saya ingatkan para jemaah di tempat saya, cuba bayangkan jika semua umat Islam tutup akaun konvesional, insuran, dan pinjaman riba dan tukar pada akaun perbankan Islam, takaful dan dan sistem pembiayaan Islam tak mustahil urusniaga riba boleh tutup atau sekurang-kurangnya berkurangan. Mengapa susah sangat nak lakukan ?
Posted by islah, on 13-12-2009 10:05, IP 203.82.91.101, Guest
21. Moral of Story
Salam,
Ustaz,
Sistem teras dan utama kewangan kerajaan rasanya masih bukannya sistem Islam.
Jadi aktiviti dan operasi kewangan lebih banyak riba dari Syariah.
Mudah saja, siapa yg terlibat dlm situasi ini, tinggalkan sahaja kerja sekarg, cari kerja lain.
Tapi betulkah? siapa pula yg akan teruskan kembangkan sistem Islam ini?
Tanya dilema "practioner" yg mahukan Islam tetapi perlu bergelumang dalam riba+Syariah.Perlukah mereka tinggalkan perjuangan mereka? Agar sistem konvesional akan terus berkuasa?
Ustaz,
Melainkan dimaklumkan dan dinasihatkan sebaliknya, saya akan terus kekal dlm sistem bercampur ini dan teruskan perjuangan ini.
Ini bukannya retorik! dari segi makro memang mudah bagi cadangan.Tanyalah perlaksananya. Cabaran dalam mewujudkan produk yg lebih baik, dokumentasi yg bukan cincai, dakwah semasa berkerja, halangan dari segi sistem dan orang2. Semuanya dilakukan oleh mereka2 yang pada lazimnya dinasihatkan utk pergi mencari kerja lain! Lebih selamat begitu kan...
Yang baik dari Allah SWT dan yg tidak dari kelemahan saya.
Apapun, Ustaz perlu menjawab atau memberi panduan berhikmah tentang hal ini kerana ilmunya ada pada Ustaz, insya-Allah.
Jgn disalah tafsir, kerana setakat ini dliema "practioner" yg direct terlibat dalm operasi mikro tidak dijawap.
Posted by ATOBE, on 12-12-2009 16:12, IP 60.51.50.153, Guest
22. Semoga berjaya
Semoga apa yang diwar-warkan tu akan diusakana dan bukan sekadar nak dapatkan sokongan sementara rakyat menjelang perbicaraan...
Kalau dilihat pada isu baru2 ini, ke mana agaknya sokongan menteri besar & DSAI dalam isu arak di Selangor yang diperjuangkan oleh YB Dato' Dr Hasan Mohd Ali...
Posted by sufi, on 12-12-2009 02:35, IP 203.82.92.164, Guest
23. Tetap berharap..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ustaz.
Pertama sekali sy ingin mengucapkan jutaan terima kasih yg tidak terhingga kpd ustaz atas keperihatinan ustaz dlm isu ini.Sebagai anak jati Selangor dan yg beragama islam, saya sangat berminat dengan islamic financial-hub seperti yang diwar-warkan.Sepanjang sy berkhidmat dgn kerajaan negeri Selangor, sy dapati keperluan terhadap islamic financial sangat2 memerlukan "pembelaan" yg sewajarnya.Bayangkan, jika ada di antara orang2 yg boleh dikira arif dlm bab agama islam masih sehingga kini mengambil ringan dan sambil-lewa tentang masalah riba ini.Tak perlu jauh, di tempat kerja saya sendiri, saya pernah berbincang dengan mereka, tetapi kenyataannya mereka sukar untuk berubah kerana sudah terlalu lama menggunakan perbankan konvensional.Saya sangat simpati dengan mereka dan berdoa semoga Allah bukakan pintu hati mereka.Mana tahu, suatu hari nanti mereka lebih arif dari sy. Sy positif itu.Antara salah satu cara untuk "menolong" mereka ialah pihak atasan mengambil peluang ini untuk memberitahu dan melaksanakan islamic financial-hub ini dengan cara berperingkat2 untuk kesedaran seluruh anak negeri khususnya, dan rakyat Malaysia amnya.Sy sangat berharap islamic financial-hub ini menjadi kenyataan kerana banyak kebaikan yg boleh kita perolehi dan yg paling penting, kita tidak "memerangi Allah dan RasulNya".wa Allahu A'lam.
Mengenai "keboleh harapan" DSAI & PAS dalam memacu Kewangan Islam di negeri Selangor pula, sy berpendapat, jika DSAI melaksanakan prinsip2 sebagai seorang Islam yg "tulen",sy rasa tidak menjadi masalah.Begitu juga dengan PAS.Walaupun banyak sekali kritikan2 yg tidak sedap di dengar telinga terhadap kelemahan mereka, sy sangat berharap perubahan yang positif akan berlaku.Semua itu bergantung kepada DSAI & PAS sendiri.Sy yakin DSAI & PAS adalah "perancang kewangan" yg bijak. Sama2 kita tunggu dan lihat,disamping terus mengkritik secara positif setiap perkembangan yg berlaku nanti.
Posted by Al-Fadil, on 12-12-2009 00:28, IP 219.95.29.237, Guest
24. Kembalikan Hak Kami..(Rayuan...)
Kembalikan Hak Kami...!
Anda dah ambil hak rakyat Kelantan.... Anda dah ambil hak orang Islam.... (96 peratus rakyat kelantan Melayu Islam...) Anda dah ambil juga wang yang sepatutnya jadi hak bantuan anak yatim.... Tak malukah anda...?
Baca artikel ini:
Pada 1975, ketika Allahyarham Tun Abd Razak bin Hussein Al-Haj masih menjadi Perdana Menteri satu perjanjian telah ditandatangani oleh Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Mohammad Nasir dengan Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah berhubungan dengan sumber minyak Kelantan.
Menurut terma perjanjian itu, Kelantan diberikan royalti sebanyak 5 peratus setahun dan dibayar tunai dua kali setahun untuk hasil minyak yang ditemui di kawasan pantai dan pesisirnya.
Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan Kelantan mula mengeluarkan minyak sejak 2004 dan Laporan Jabatan Perdana Menteri yang diedarkan kepada pegawai kerajaan negeri, menyebut bahawa anggaran pengeluaran petroleum di Kelantan adalah RM2.5 bilion setahun.
Berdasarkan laporan itu kerajaan negeri Kelantan mengutus surat rasmi menuntut sebanyak RM1 bilion dari Kerajaan Persekutuan bagi jumlah royalti dan kerugian yang tidak pernah dibayar sejak 2004.
Tuntutan royalti minyak kelantan ini turut disokong oleh Ketua Pembangkang DUN Kelantan dari Umno, Datuk Md Alwi Che Mat pada julai lalu dan berharap agar Kerajaan PAS Kelantan mengemukakan bukti dan dokumen-dokumen berkaitan untuk menuntutnya.
Malangnya, Dato' Seri Najib anak kepada Tun Razak menderhakai perjanjian yang buat di zaman pemerintahan ayahnya dan enggan membayar royalti seperti yang telah dipersetujui sebagai respon kepada kekalahan teruk BN di Kelantan pada PRU Mac 2008.
Tindakan beliau jelas mengkhianati amanah perjuangan ayah beliau yang pastinya tidak akan tenang dalam kubur dengan kezaliman yang dilakukan pada hari ini terhadap rakyat Kelantan.
Seorang anak yang baik akan menyelesaikan segala hutang piutang dan janji arwah bapanya kepada sesiapa sahaja dengan harapan
Posted by umar, on 10-12-2009 21:03, IP 115.132.142.161, Guest
26. good job..
alhamdulillah.. perkara2 seperti ini perlu dihebahkan, agar idea2 yg pernah ust lontarkan kpd pihak2 atasan itu, akan diperingatkan kembali oleh orang2 bawah ini kepada orang2 atasan itu..
jika ustz x bgtau.. mereka org bawah ni pun x tau.. i'allah bila mereka dah tau..benda yg baik ini akan mereka tekankan dan peringatkan kpd orang atasan agar perubahan dpt dilakukan..
"kerja beringat ni bukan kerja senang, ni kerja berat, kerana itulah, orang yang beringat dan ingat mengingatkan akan Allah beri Syurga sbgi balasan kerja beratnya itu"
Posted by Myd, on 10-12-2009 12:01, IP 115.133.208.220, Guest
28. Setuju!!!
Saya bersetuju dengan kritikan membina ust. di atas. Saya mengharapkan suatu hari nanti bila dah bersedia ust. perlu turun sendiri ke gelanggang untuk melaksanakannya kerana PAS sendiri tidak ramai dikalangan sarjana Islam yang terlibat dalam bidang macam ustaz. Galakan terhadap generasi muda terhadap bidang Kewangan Islam harus digiatkan. Mentaliti bila masuk bidang agama semua nak amik syariah tanpa harus diperbetulkan. Teruskan perjuangan mu tetapi suatu masa ustaz harus berada dalam Tanzim untuk melaksanakan apa yang ustaz impikan, saya impikan dan orang lain impikan.
Posted by Fauzan, on 10-12-2009 10:56, IP 60.51.87.203, Guest
29. perkembangan minda
assalamualaikum ustaz. terima kasih di atas artikel ini. banyak manfaat yang saya perolehi dari artikel ini. artikel yang membuatkan saya berfikir apakah pertubuhan islam yang memperjuangkan islam secara syumul telah berusaha untuk rakyat jelata menjauhi riba melalui tindakan bukannya retorik semata-mata.
Posted by ahmad, on 10-12-2009 10:07, IP 203.82.92.168, Guest
30. apa yang penting?kerjasama.
ya,saya setuju keadah "provoke" dan mencabar ustaz dalam bab ekonomi ni.kerana ustaz lebih nampak dalam masalah ni,
juga supaya "yang memegang amanah" lebih bersungguh nak buat kerja,
apa pun dalam bab ekonomi islam ini memerlukan sokongan yang kuat,kesedaran yang tinggi,usaha yang bersungguh dan tarbiah islam yang consisten dari semua pihak(termasuk yang membaca juga).
salam juang untuk semua,mari kita semua ambil bahagian membantu "kita yang islam".
buat kerja ,jangan beralasan,kita ada amanah masing-masing yang akan dipersoalkan.
Posted by joe pg, on 10-12-2009 09:04, IP 202.170.51.252, Guest
31. Sokong
Ana ada gak mengulas tentang ni di blog ana. http://faqir2.blogspot.com/
2009/12/menanti-perubahan-
kewangan-islam.html Semoga ianya akan berlaku. Biarpun tidak semua. Tak dapat buat semua, jangan tinggal semua. Amin.
Posted by rizaladnan, on 10-12-2009 07:39, IP 210.19.13.35, Guest
32. Betulkah Perjuangan Ini?
Salam,
Ustaz, Sedikit pertanyaan PRAKTIKAL bagi yang mereka berkerja di agensi/bank pembiayaan kerajaan dan sewaktu dengannya. (senarai di laman web BNM) Pembiayaan yang ditawarkan adlh dlm produk konvensional & Syariah. Pemerhatian saya pd amnya didapati kakitangan agensi yang kebanyakannya Muslim amat inginkan pembiayaan Syariah dikembangkan sepenuhnya. Sungguhpun demikian, tidak semudah itu kerana terdapatnya halangan2 contohnya dari sudut peruntukan yg biasanya lebih kepada produk konvensional memandangkan "fund" sedia ada bersumberkan pinjaman / tabungan yg bukan berlandaskan Syariah. Namun dlm keadaan kekurangan begini, ramai kakitangan bank telah sedar kepentingan dan wajibnya perbankan Islam dan telah menyumbang dalam kerangka kemampuan masing-masing yang agak terhad dalam mempromosikan produk Syariah.
Apakah masih perlu kakitangan dengan "fikrah" di atas untuk KEKAL agar dapat meneruskan perjuangan? Sebenarnya jika orang yang mahukan perbankan Islam merupakan majoriti dalam pengurusan maka insya-Allah akan lebih kuat hala tuju institusi tersebut ke arah itu. Pihak pengurusan sendiri boleh menyarankan pada pihak Kerajaan agar pembiayaan Syariah menjadi produk utama dan selanjutnya menjadi produk tunggal di masa hadapan. Cuma jika orang yang fikrahnya mahukan perbankan Islam memilih untuk meninggalkan Bank, maka dikhuatiri akan merencatkan perjuangan ini kerana pada zahirnya suara ke arah itu mungkin menjadi suram dan terus hilang.
Dari sudut operasi, saya sendiri dapat menyaksikan dokumen2 Pembiayaan Islam yang "cincai" atau kurang sempurna kerana orang yang mengendalikan tugasan tidak begitu arif dalam perbankan Islam.
Hatta, cara penyempurnaan dan tandatangan dokumen penjanjian pembiayaan Islam ini juga tidak dibuat secara turutan yang betul (bagi menjadikan aqad yang sempurna) kerana kakitangan yang bertugas gagal memahami konsep aqad.
Ini belum lagi hendak diceritakan tentang cabaran2 menangkis mereka2 yang prejudis.
Posted by nick, on 10-12-2009 03:16, IP 120.141.52.168, Guest
33. salam
Diharapkan ustaz terus menyumbang idea sebegini melalui artikel2 yang akan datang..Bukanlah untuk membuka keaiban mana-mana pihak tetapi sekadar berkongsi pendapat serta idea untuk terus memartabatkan bangsa dan juga agama khususnya... Tahniah diucapkan kepada ustaz...
Posted by Abu Widad, on 09-12-2009 22:43, IP 60.53.170.226, Guest
36. Saya Sokong
Salam sejahtera....
Saya sangat menyokong dengan kenyataan Ust yang mengatakan bahawa perlu diadakan Bank Islam alternatif yang boleh menyayingi Bank Islam sedia ada. Dari segi zahir orang awam nampak bahawa Bank Islam sedia ada mengenakan pulangan pinjaman yang mahal walaupun pada hakikatnya harga yang diletakkan adalah tetap dan tidak berubah.
Dengan wujudnya bank Islam yang lebih murah atau sekurang-kurangnya tidak jauh beza dengan bank biasa,bank islam tersebut akan lebih diminati dan diyakini oleh rakyat Malaysia.
Sekarang bank-bank biasa pun sudah membuka jendela kewangan islam mereka yang saya lihat harganya sangat rendah berbanding Bank Islam penuh.
Dengan adanya Bank Islam alternatif saya yakin dan percaya bahawa iklim kewangan Malaysia akan berubah secara drastik.
Untuk Ust teruskan usaha Ust yang amat berharga ini dengan memeberi buah fikiran yang tak putus-putus juga teguran yang membina buat para penguasa.