Alhamdulillah,
bertambah sebuah lagi Negara arab yang masuk dalam senarai lawatan saya. Sebelum
ini saya pernah sama ada sekali atau lebih menjejakkan kaki ke Jordan, Syria,
Mesir, Saudi, Lubnan, Morocco, UAE dan Qatar. Kali ini berpeluang pula untuk menjejakkan
kaki di al-Manama, Bahrain, sebuah pulau di negara teluk.
KONFEREN KEWANGAN ISLAM DUNIA
Saya
menghadiri konferen kewangan Islam yang dianjurkan oleh AAOIFI, The World Bank
dan Bank Negara Bahrain pada tanggal 14 dan 15 Disember 2009. Konferen kali
iini membincangkan persoalan Tawarruq,
Bankruptcy, Derivatif, Sukuk, Risk
Management dan beberapa yang lain. Alhamdulillah amat bermanfaat serta
mampu menambahkan beberapa pengetahuan baru.
Konferen
terbabit dihadiri oleh kumpulan ulama terkemuka dalam bidang Fiqh, Kewangan dan
Perbankan Islam seperti Syeikh Prof Dr Said Ramadhan al-Bouti, Sheikh Prof Dr.
Ali Muhyidin Al-Qurrah Daghi, Syeikh Dr. Abd Sattar Abu Ghuddah, Shiekh Dr.
Hussain Hamid Hassan, Syeikh Nizam Ya'qubi, Dr. Md Daud Bakar, Sheikh Prof Dr.
Ali El-Gari, Dr. Zamir Iqbal, Dr. Abd Bari Mash'al dan ramai lagi.
Gambar : BersamaAl-Allamah Dr Md Said Ramadhan Al-Bouti
PERDEBATAN TAWARRUQ MUNAZZAM
Sesi
terpanas adalah sesi perbincangan berkaitan Tawarruq di sebabkan terdapat
beberapa ulama yang berbeza pendapat. Cuma pendapat yang lebih dominan di dalam
konferen ini adalah cenderung kepada
mengharuskan produk Tawarruq sama ada ia Munazzam
atau Fardi, selagi mana syarat-syarat
utama seperti yang termaktub di dalam keputusan majis Fiqh OIC dan Shariah Standard
AAOIFI dijaga. (Iaitu syarat seperti jelas
pemilikan semasa jual, selepas membeli serta tiada wakil yang menjadi pembeli dan penjual
sekaligus dan beberapa syarat lain.
Gambar :dari kiri pembaca ( Dr Sattar Al-Qattan , Dr Hussain Hamed Hassan, Dr Said al-Bouti, Dr Ali Muhydin dan Syeikh Nizam)
Pendapat
ini didokong oleh panel seperti Syeikh Dr Said Al-Buti, Syeikh Dr Abd Sattar
dan Syeikh NIzam Ya'kubi dan ramai lagi.
Pendapat
ini disalahfahami oleh beberapa peserta sebagai bertembung dengan keputusan
Majlis Fiqh OIC yang mengharamkan Tawarruq
Munazzam (Organized Tawarruq) baru-baru ini.
Ia
dijawab oleh panel bahawa tiada pertembungan, cuma mereka menegaskan :-
a-Mereka lebih cenderung bahawa nama "Tawarruq
Munzzam" perlu dielakkan kerana ia akan memperlihatkan seolah-olah sifat "tanzim"
iaitu organized itu adalah ‘illah yang menjadikan Tawarruq munzamm di haramkan,
mankala jika sesebuah jualbeli secara tawarruq
yang tidak diatur (non-organized)
yang disebut "Tawarruq Fiqhi atau Fardi" sedangkan hampir semua produk
perbankan Islam disusun atur (organized)
seperti Murabahah lil Amer Bishira, ijarah muntahiyah bit tamleek dan banyak
lagi. Maka jelas, jangan sampai ada yang
tersilap faham bahawa pengaturan (munazzam)
itu yang menjadikannya haram, justeru mereka mencadangkan agar digunakan
nama "Tawarruq Mundabid" (Tawaruq
yang mengikut syarat) sebagai Tawarruq
yang dibenarkan, MANAKALA Tawarruq ghairu mundobid sebagai
jenis Tawarruq yang diharamkan.
b-Resolsui Majlis Fiqh OIC kelihatan
terlalu umum, maka apa yang mereka bincangkan adalah perincian kepada resolusi
terbabit sahaja dan bukannya suatu pertembungan.
Sesei
tersebut juga menjadi bertambah hangata apabila Syeikh NIzam ya'kubi mengritik
tulisan dan tohmahan Dr Mahmud El-Gamal, yang memfitnah perbankan Islam sebagai
menyediakan wang untuk terrorist selain
dari mengamalkan money laundering.
Tanpa disangka pengikut Mahmud El-Gamal hadir dari kalangan hadirin lalu bangun
mempertahankan el-Gamal lalu menghentam Syeikh Nizam secara terbuka sebagai
tidak bersifat sebagai seorang alim kerana menghentam seseorang semasa
ketiadaannya (Dr El-Gamal tiada dalam konferen terbabit). Ini menyebabkan
Syeikh Nizam menjawab kembali dan keadaan menjadi sedikit hangat.
PENDAPAT KONTROVERSI DR SAID
AL-BOUTI
Dalam
sesi esoknya, Syeikh Dr. Ramadhan al-Bouti pula mengundang kontroversi apabila mengutarakan
satu pendapat yang agak pelik apabila beliau mendakwa setiap duit kertas hari
ini (currency notes) sepatutnya dianggap dari jenis yang sama (walaupun ia dikeluarkan
oleh negara yang berbeza) dan bukan jenis berbeza sebagaimana keputusan majlis
Fiqh OIC, AAOIFI dan pendapat hampir semua ulama kontemporari.
Pendapat
beliau dianggap oleh panel sebagai amat berbahaya dan merosakkan kerana akan
menyebabkan terbantutnya hampir seluruh transaksi kewangan Islam di dunia
disebabkan matawang berbeza tidak boleh berbeza nilai ketika ditukar.
Persoalan
itu kemudiannya dijawab secara lembut dan berhemah oleh Syeikh Dr Abd Sattar
Abu Ghuddah dan beberapa ulama lain di kalangan hadirin. Namun tidak dipastikan
sama ada beliau cukup berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan. Namun
begitu beliau masih bertegas bahawa pihak AAOIFI perlu mengadakan satu sidang khas
membincangkan persoalan itu kembali di masa akan datang.
PROGRAM SAMPINGAN
Gambar : Saya di hadapan kedai Kuwait Finance House Ltd ( bank Islam yang benar-benar menjual kereta sehingga mempunyai show room sendiri- usaha yang patut diikuti oleh bank-bank Islam di Malaysia)
Gambar : Ceramah untuk Malaysian di Bahrain, turut dihadiri oleh TYT Dato Syed Sultan Idris (berkot kelabu baju biru), Dr Asyraf Wajdi, Dr Said, Hj Rosman (kot berjubah)
Gambar : Pendengar melanjutkan soalan selepas ceramah anjuran Discover Islam
Bagi
memaksimumkan usaha dakwah dan manfaat, di samping menghadiri konferen
terbabit, saya berpeluang mengadakan program Kefahaman Kewangan Islam dan Fiqh
Luar Negara bersama komuniti Malaysia di Bahrain. Program ini walaupun kecil dan
sangat sederhana dari sudut tempat program dan penganjuran, tetapi Alhamdulillah
sudi dihadiri oleh TYT Dato' Syed Sultan Idris, Duta Besar Malaysia di Bahrain.
Selain
program itu, satu lagi program terbuka anjuran bersama sebuah NGO Islam di Bahrain
iaitu Discover Islam juga berjaya dilaksanakan. Sesi ini dsampiakn di dalam
bahasa inggeris untuk warga kerja di Bahrain yang terdiri dari pelbagai bangsa
dan warganegara. Banyak persoalan diutarakan dan sebahagiannya sukar untuk saya
menjawab dengan baik disebabkan kurang jelas masalah di negara masing-masing.
Gambar : Bersama warga Malaysia di pejabat Discover Islam, Bahrain
Khususnya
soalan seperti kelebihan kewangan Islam di Bahrain berbanding konvensional dari
sudut kadar tawaran dan kiraan, saya sukar mengulas kerana tidak tahu dengan
jelas kadar yang dikenakan oleh intitusi kewangan Islam dan konvensional di Bahrian.
Ia sudah tentu berbeza dengan apa yang ada di Malaysia. Saya sudah pun mencari
info-info tersebut sebelum dari ceramah lagi melalui internet namun gagal
mendapatkannya disebabkan ia tidak dipaparkan di web bank-bank di Bahrain.
Keadaan menjadi lebih sukar apabila kelajuan internet di Bahrian amat
mendukacitakan. Menurut semakan saya menggunakan program ini . Kepantasan download di Bahrain hanya mendapat 0.5 mbps
berbanding di UK 8 mbps secara purata.
Ada
juga soalan berkaitan skim pencen dan system pembelian tanah di India. Ia juga
sukar dihurai kerana gambaran yang diberikan oleh yang bertanya tidak mencukupi
untuk saya memberikan komentar hukum. Namun yang penting slot tersebut dapat
meningkatkan sensitiviti mereka terhadap hukum dalam transaksi kewangan mereka,
itulah yang amat penting sebagai permulaan.
LAIN-LAIN BERKENAAN BAHRAIN
Bahrain
secara umumnya sedikit berbeza dengan UAE (khususnya Dubai dan Abu Dhabi) dan
Qatar yang lebih terkehadapan dari sudut pembinaan bangunan-bangunan tinggi dan
moden. Bahrain kelihatan lebih perlahan atau sederhana.
Gambar : Bergambar di hadapan
Bahrain World Trade Centre
Walaupun
begitu, secara umumnya mereka berkongsi KEKAYAAN dari sumber yang sama iaitu Minyak
dan Gas. Bahrain, walaupun berpenduduk kecil sekitar 1 juta ( termasuk 50
peratus adalah pekerja luar), mereka sedang sedikit bimbang apabila mendapati
bekalan minyak dan gas yang dipunyai mereka dijangka hanya mampu bertahan
sekitar 20 tahun lagi. Usaha PETRONAS yang ditugaskan mencari minyak dan gas di
bahagian laut gagal membuahkan hasil. Setakat ini minyak Bahrain hanya
diperolehi di daratan padang pasirnya.
BUDAYA KERJA RELAX DAN TANGGUH
Selain
itu, mereka juga kelihatan budaya kerja
yang hampir sama. Iaitu suka bertangguh dan perlahan.
Di
Al-Manama, Bahrain, rakan-rakan Malaysia memaklumkan, sepanjang musim panas dan
bulan Ramadhan, amat jarang mereka membuat apa-apa keputusan dalam bisnes. Malah
sejak dari awal lagi makluman telah diberi kepada para pelanggan mereka.
"sepanjang
musim pansa (sekitar 3-4 bulan), kami tidak boleh membuat keputusan, dan bulan
Ramadhan juga, selepas Ramadhan baru keputusan akan dibuat"
Itulah
sebahagian budaya kerja relax mereka. Namun begitu, hakikatnya budaya kerja
sedemikian tidaklah tergolong di dalam budaya kerja yang disukai oleh Islam.
Islam menganjurkan kerja dan tugas yang efisyen, tepat serta tidak ditangguh
hanya kerana musim panas. Lihatlah bagaimana peperangan Badar dilaksanakan di dalam
bulan Ramadhan yang panas.
"Selepas
waktu pejabat, memang tidak akan ada orang call berkaitan kerja" kata Hj Zul,
yang bertugas di bidang kewangan Islam di sana.
Kebanyakkan
warga Malaysia di sebelah sana juga terkena tempias yang sama, jika sebelum ini
kerja mereka tersangat stress, balik
lewat serta berkejar-kejar. Apabila memulakan tugasan di Bahrain, ‘larian kerja'
mula menjadi ‘jalan' sambil kerja atau dalam kata lainnya, slow and steady.
Keadaan
ini menjadikan bertugas di Negara terbabit mungkin lebih merehatkan dalam satu
bab, namun demikian, adakalanya budaya kerja tersebut akan menimbulkan banyak
tekanan yang lain pula. Bagi sesetengah pihak mungkin budaya kerja sebegitu
lebih menyenagkan berbanding di tempat-tempat lain.
Apapun,
cukai pendapatan di Bahrain
menjadikannya sebagai destinasi pekerjaan yang amat menarik, hanya 1 % dari
gaji dikenakan oleh kerajaan. Keadaan ini menjadikan tawaran pendapatan buat
semua pekerja khsusunya pekerja luar agak lumayan dan cukup menarik.
KIBLAT ‘MAT SALEH'
Cuma
sedikit malang, sebagaimana di Qatar dan Dubai, orang-orang Arab di sini terlalu
memandang tinggi kepada ‘Mat Saleh',
atau sesiapa sahaja dari Negara barat yang berkulit putih. Sebagaimana di
Dubai, layanan kepada ‘mat saleh' kerap melebihi mana-mana bangsa lain malah pendapatan
gaji mereka juga turut melambung-melambung walaupun kelayakkan dan skill mereka adalah sama atau lebih rendah
dari pekerja yang berasal dari negara lain seperti Malaysia.
"jika
engkau datang ke Qatar, engkau jangan bertutur di dalam bahasa arab walaupun
engkau boleh, banyakkan guna bahasa Inggeris" demikian nasihat rakan Pakistan
yang berkerja di Qatar Islamic bank kepada saya semasa datang bermesyuarat di
sana tahun 2007 yang lalu.
Lebih
malang, apabila Negara barat menganggap warga mereka yang berhijrah ke Bahrain
hanya dari kalangan mereka yang kurang bermutu dan keadaan ini sudah tentu akan
menjejaskan orginisasi yang dipimpin oleh mereka di Bahrain.
KES JENAYAH YANG KURANG
Jumlah
kes jenayah di Bahrain juga mempunyai persamaan dengan apa yang diberitahu oleh
rakan-rakan di Dubai. Kes-kes jenayah dikatakan
agak rendah, tidak seperti Malaysia. Saya diberitahu, mungkin antara faktor
penyumbang kerana semua warga buruh di tempatkan jauh dari penempatan penduduk
tempatan dan pekerja professional. Malah di Dubai, katanya untuk sampai ke penempatan
warga buruh di pedalaman padang pasir, kenderaan khas diperlukan.
Keadaan
ini mungkin menghalang dari peningkatan kadar jenayah yang biasanya dilakukan
oleh warga buruh. Manakala pekerja-pekerja professional di katakana jarang
melakukan jenayah curi dan rompak dengan pendapatan besar mereka. Demikian juga
warga tempatan yang kerap dibantu oleh kerajaan, sesuai bagi sebuah Negara minyak
berpenduduk rendah, sama seperti Brunei.
SEKOLAH DAN PENDIDIKAN
Kualiti
persekolahan Bahrain di sekolah antrabangsa dikatakan kurang memuaskan walaupun
kosnya tinggi, demikian tegas warga Malaysia di sana. Keadaan ini menyebabkan
sebahagian mereka lebih rela membiarkan anak-anak mereka bersekolah di Malaysia
dan tidak dibawa sekali ke Bahrain jika boleh.
Walaupun bisnes sedang dan
kelihatan sedang berjalan dengan sedikit maju, namun begitu pendidikan tinggi
di Bahrain amat jauh ketinggalan. Universiti-universiti
di Bahrain masih terkial-kial untuk hidup dan jika hidup sekalipun, lulusan
dari universitinya tidak ditiktiraf oleh negara-negara luar termasuk Malaysia
dan negara-negara arab di teluk yang lain. Oleh yang demikian, kini mereka
sedang berusaha mendapatkan tenaga-tenaga pakar dari luar Negara untuk menjadi
pensyarah agar status dan silibus pendidikan dapat dipertingkatkan. Imbuhan
pensyarah yang ditawarkan juga amat lumayan berbanding Malaysia, malah boleh
menyamai pendaoatan pensyarah di UK dan USA. Antara bekas pensyarah Malaysia yang
berada di Bahrain adalah Prof. Madya Dr Ugi Suharto yang bertindak selaku Director of Islamic Finance Program di
University College of Bahrain dan juga Dr Rosylin Bt Hashim yang telah sekitar dua
tahun berada di Bahrain.
Demikian
serba ringkas coretan pengalaman di Bahrain dalam kembara menuntut ilmu dan
dakwah peribadi. Semoga ia dapat memberikan sedikit gambaran khususnya bagi mereka yang ada
menyimpan hasrat untuk bertugas di Bahrain. Selamat menyambut awal muharram
1431 H.
Posted by eja, on 09-01-2010 17:00, IP 60.48.98.188, Guest
1. emall networking
saya nak minta pendapat tentang emall networking adakah bnda ni benar benar boleh menjamin masa depan atau hanya membuang masa dan adakah ianya halal di di sisi agama islam kita.untuk maklumat lanjut saya minta ustaz baca dahulu website ini
Posted by putri mawaddah, on 29-12-2009 07:45, IP 115.135.208.164, Guest
2. nice approach
salam ustaz, congrats. artikel ni senang difahami, cantik olahannya, very interesting n enjoy to adapt it even tjuknya agk berat for the first time i read it.
Posted by farhan, on 26-12-2009 15:59, IP 60.48.211.168, Guest
3. Tawaruq munazam
Teruskan UZAR send artikel isu semasa kewangan ISlam ini...
Tawaruq munazam... teringat kata-kata Dr. Nurdin Ngadimon(SC), bila ulama duduk di barisan hadapan dalam jumlah yang ramai dalam satu persidangan sehingga praktis industri tak mampu bersuara..
Apapun doa ana moga Industri Halal ini terus berkembang.... Gud Luck UZAR.. akhirnya dapat juga lihat gambaran KFH jadi delear sendiri kepada barangan yang hendak di beli pelanggan melalui gambar dari artikel UZAR kali ini.. Payah praktis tu nak dibuat di Malaysia..
Dr. Daud Bakar terus maju nampaknya... BNP Paribas pun dia jadi advisor... Semoga maju di bidang mencabar ini....
Posted by MFH, on 22-12-2009 12:25, IP 202.186.157.29, Guest
4. Keperluan
Assalammualaikum w.b.t. Pasal kewangan/perbankan Islam ni, saya dah belajar sejak 10 tahun lepas. Banyak pendapat saya dengar. Tapi, bila bercakap tentang kemudahan perbankan secara Islam terutamanya pinjaman, contohnya pinjaman untuk beli kereta, saya menerima pendapat pinjaman hanya boleh dibuat apabila ada keperluan. Contoh, kalau kita memang perlukan sebuah kereta biasa untuk memudahkan pergerakan, maka meminjam pada bank adalah harus utk memenuhi keperluan. Tapi, bila kita meminjam utk kereta kedua pinjaman pertama tadi adalah kereta mewah, maka hukum adalah haram sebab bukan keperluan walaupun pinjaman itu atas nama Islam (contoh: Al-Bai' Bithaman Ajil).
Kesimpulannya, bla nak buat pinjaman walaupun atas nama kemudahan pembiayaan Islam, ia perlu dibuat atas dasar keperluan, bukan kehendak. Walaupun cara Islam, pokoknya kita tetap berhutang, jadi berhutanglah atas keperluan dan mampu membayar semula. Apa komen UZAR tentang kenyataan saya di atas.
UZAR : betul, majoritinya akan tetap akan end up dengan sebuah 'hutang', sebab tu ia tergolong dalam debt financing dan bukan equity financing
Posted by megat ismail akil, on 21-12-2009 16:58, IP 60.53.183.183, Guest
5. Masyaallah..
Terharu sungguh terharu dengan keupayaan uzar bersama dengan mereka. Moga dipermudahkan urusan uzar dan anak malaysia disana. Teruskan usaha kalian saya amat berbangga.
Posted by Abu Qayyim, on 20-12-2009 16:11, IP 203.82.91.103, Guest
6. Currency
Maybe isu yg dibawa Dr Said Ramadhan boleh dibaca bersama dengan masalah wang kertas (fiat money) yang telah dijelaskan dengan baik oleh Prof Kameel hampir 8 tahun lepas, sebelum berlakunya krisis spt di US pd hari ini di http://www.financeinislam.com/
article/36/1/177 .
Disebabkan itulah apa yg saya nampak hari ini, penyelesaian yg cuba ditangani adalah kesan dari masalah yg dibawa, bukannya menyelesaikan masalah asas tersebut.
Tetapi apakan daya, apabila kita cuba highlight isu ini, ketakutan dan ketaksuban sesetengah kita kepada entiti bernama central bank atau dipanggil Bank Negara di Msia ini seolah-olah melebihi ketakutan dan ketakwaan kita kpd Allah SWT.
Diharap org2 yg diberi ilmu oleh Allah SWT tidak memandang remeh akan perkara ini. Di USA sekalipun, sudah ada organisasi yg menyuarakan tentangan secara terbuka mengenai hal ini seperti GATA. Jadi isu ini bukanlah terhad kepada umat Islam semata, tetapi ianya adalah isu global yang merentasi sempadan agama dan geografi. Sepatutnyalah ulama Islam terkehadapan di dalam mendepani masalah ini...
Posted by Abu Widad, on 20-12-2009 04:39, IP 60.50.43.181, Guest
7. Pengalaman menyeronokan
Assalamualaikum... Ana bercita-cita ingin menguasai ilmu perbankan islam macam ust. Tapi tak tahu lah bila...doakanlah ye agar berjaya sambung belajar ke peringkat MA seterusnya PHD.
Posted by Mazrilhisham, on 20-12-2009 00:24, IP 115.164.133.165, Guest
8. bahrain
salam ustaz, sepanjang berada di bahrain, saya perhatikan mereka mengamalkan cara hidup ala barat. Disco, arak, pork boleh jumpa kat mana2 hinggakan Bahrain dijadikan syurga dunia oleh warga saudi
Posted by Radzi Sadiman, on 19-12-2009 13:49, IP 203.217.176.27, Guest
9. Musnahkan Islam Liberal
Salam.. Yg.Berbahagia Ustaz, Sebagai seorang Muslim yang terlalu menyayangi agama Islam ini, saya terpanggil untuk melahirkan kebimbangan berkaitan dengan penularan dakyah2 Islam Liberal di Malaysia tanah air tercinta..Kebimbangan saya bertitik tolak dari Kursus yang saya hadiri baru2 ini (tidak saya sebutkan di forum ini)..Sebahagian kandungan modul dalam kursus tersebut adalah bagus tetapi apabila presenter tersebut mula menyentuh hal ehwal metafizik yang mana pada hemat saya wujudnya unsur2 agama Hindu/Buddha, seperti duduk bersimpuh dan tangan kiri dan kanan membentuk simbol seperti yang selalu kita dapat lihat di kuil2 Buddha, hati saya mula curiga..Kecurigaan saya lebih ketara apabila si presenter itu mengajarkan bunyi-bunyian seperti "OHM", "EEE", "iii" d.l.l juga seperti ajaran agama terbabit.. Lebih membuatkan hati saya geram beliau cuba nak menyamakan bunyi-bunyian itu dengan hukum bacaan tajwid dalam Al-Quran (mungkin mengaburi mata audiens, tetapi tidak bagi saya)..Kalaupun sama, bagi saya it's just coincidence..Bukan ke beliau cuba nak menyamakan ajaran agama lain dengan ajaran agama Islam yang mana kita tahu bahawa perbuatan menyamakan ajaran agama Islam dan agama-agama lain adalah fahaman Islam Liberal dan yang lebih spesifik lagi adalah fahaman pluralisme..Sebenarnya banyak lagi ceramah yg disampaikan tempoh hari wujud unsur penyelewengan akidah tetapi cukuplah dengan contoh yg saya sebutkan di atas..Saya bimbang jika tiada usaha secara tuntas dilakukan, negara Malaysia yang tercinta ini turut menjadi Hub Islam Liberal sebagaimana yg berlaku di Indonesia..Kalau itulah yg berlaku di Malaysia, maka tunggula Bala dari Allah s.w.t..Ustaz, saya mohon dengan rendah hati supaya ustaz dapat wujudkan forum/artikel berkaitan isu Islam Liberal ini...
Posted by cimok, on 17-12-2009 22:22, IP 94.249.35.136, Guest
12. ???
"setiap duit kertas hari ini (currency notes) sepatutnya dianggap dari jenis yang sama (walaupun ia dikeluarkan oleh negara yang berbeza) dan bukan jenis berbeza"