Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Nama Allah Ekslusif Atau Tidak : Hukum Asal, Dakwah & Siyasah
PDF Print
User Rating: / 9
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 08-02-2010 01:05
Views 8360    
Favoured 33

Nama Allah : Hukum Asal,

Dakwah dan Siyasah

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

allah_name_khat.jpg

Perdebatan dan perbahasan terbuka di media-media massa berkenaan isu penggunaan nama Allah oleh Kristian kelihatan sudah agak reda ditenggelami oleh isu-isu politik yang sentiasa kelihatan hangat.  Maka di kesempatan ini, saya terpanggil untuk cuba membuat sedikit ulasan dan huraian kesimpulan bagi menjelaskan letak duduk isu ini, khususnya di sebalik kepelbagaian pandangan khususnya di kalangan ilmuan Islam. Lebih khusus lagi, setelah saya memberi pengisian berkaitan tajuk ini secara online semalam. Boleh download ceramah tersebut di link ini . (sebahagian penerangan tidak dapat dinyatakan dalam tulisan ini bagi mengelakkan terlalu panjang)

Bagi mereka yang berminat untuk terus membaca, saya nasihatkan agar tuan dan puan dapat membaca dengan bertenang, jangan tergesa-gesa dan jangan melompat serta cepat memebuat konklusi sebelum tamat membaca. Jika tidak, salah faham akan berlaku. Jika tuan dan puan merasakan malas untuk membaca dengan teliti dan sehigga habis, saya menasihatkan agar tidak membacanya atau menangguh bacaan di waktu yang lapang dan tenang. Atau mungkin lebih ringan untuk mendengarkan kuliah terlebih dahulu.

AKIBAT BERBEZA PERSPEKTIF, HASIL BERBEZA

Setelah menyemak dan membaca artikel demi artikel dan huraian oleh pelbagai pihak dalam isu ini, jelas bagi saya bahawa perbezaan ini datang disebabkan target dan objektif setiap tulisan kelihatan cenderung kepada salah satu antara tiga perspektif berikut iaitu :-

 

  • 1)    Terdapat artikel dan ilmuan yang mengulas dari sudut hukum berdasarkan nas dan teks, tanpa dicampur aduk dengan perspektif lain.

 

 

  • 2)    Terdapat artikel yang kandungan isinya jelas berat kepada persoalan dakwah iaitu menjawab alasan Kristian dan mematikan hujah mereka, ia bukan memberi pandangan atas analisa teks Al-Quran.

 

 

  • 3)    Terdapat artikel yang diulas berat kepada isu kuasa kerajaan dan siyasah syar'iyyah.

 

 

  • 4)    Terdapat yang mengulas bagi meraih sokongan politik dan pengaruh. Bagi menunjukkan ‘kerterbukaan' bagi meraih sokongan bukan Islam, atau menunjuk kehandalan dalam mempertahankan Islam bagi mendapat sokongan orang Islam.

 

Justeru, saya berharap artikel ini mampu membantu pembaca menyusun idea dan kefahaman agar mampu menetapkan pendirian dengan lebih jitu dan tepat. Mampu memahami kepelbagaian dengan lebih saksama.

 

1.  NAMA ALLAH DARI PERSPEKTIF TEKS AL-QURAN DAN HUKUM ASAL

Melihat dari perspektif ini, perbincangannya berkisar tentang soalan  

"Adakah dibenarkan dari aspek hukum ‘Aqidah, untuk Kristian menggunakan nama Allah dalam urusan mereka?"

Dalam hal kefahaman hukum dari teks dan nas ini, ia tergolong dalam kategori hukum zhonni. Hasilnya, ilmuan berbeza pendapat dalam menentukan hukum yang paling tepat. Namun begitu, menurut penelitian saya, dari PERSPEKTIF HUKUM AQIDAH yang berdasarkan kepada teks, hukum yang lebih kukuh adalah HARUS ATAU DIBENARKAN bagi Kristian atau lain-lain penganut agama lain untuk menggunakan nama ALLAH bagi merujuk kepada Tuhan.

Ulama yang mengharuskan bersandar kepada dalil dan teks berikut, antaranya ( Lihat kepada teks yang diwarnakan) :- 

 

  • a.    Firman Allah di dalam Surah az Zumar ayat 3

 

أَلَا لِلَّهِ الدِّينُ الْخَالِصُ وَالَّذِينَ اتَّخَذُوا مِن دُونِهِ أَوْلِيَاء مَا نَعْبُدُهُمْ إِلَّا لِيُقَرِّبُونَا إِلَى اللَّهِ زُلْفَى إِنَّ اللَّهَ يَحْكُمُ بَيْنَهُمْ فِي مَا هُمْ فِيهِ يَخْتَلِفُونَ إِنَّ اللَّهَ لَا يَهْدِي مَنْ هُوَ كَاذِبٌ كَفَّارٌ

Ertinya : Ingatlah, hanya kepunyaan Allah-lah agama yang bersih (dari syirik). Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain Allah (berkata): "Kami tidak menyembah mereka melainkan supaya mereka mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Sesungguhnya Allah akan memutuskan di antara mereka tentang apa yang mereka berselisih padanya. Sesungguhnya Allah tidak menunjuki orang-orang yang pendusta dan sangat ingkar.

 

Ini jelas menunjukkan mereka menyembah berhala kerana ingin dekat kepada Allah. Justeru mereka sedar Allah itu Tuhan. Dan nama Allah itu telah digunapakai oleh mereka sejak dari dulu. Ayat ini menunjukkan situasi di waktu itu dan juga membawa implikasi hukum keharusan kerana Allah tidak membantah kafir memanggilnya sebagai Allah. Walaubagaimanapun, di dalam ayat ini dan ayat-ayat yang lain, Allah SWT membantah tindakan mereka menyekutukanNya. Sekiranya penggunaan itu salah, pastinya Allah akan menafikan perkataan kafir tadi dan mengelakkan dirinya dikait dengan keyakinan sesat kafir musyrik.

 

 

  • b.    Firman Allah Surah Yunus ayat 18 :

 

وَيَعْبُدُونَ مِن دُونِ اللّهِ مَا لاَ يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَيَقُولُونَ هَـؤُلاء شُفَعَاؤُنَا عِندَ اللّهِ قُلْ أَتُنَبِّئُونَ اللّهَ بِمَا لاَ يَعْلَمُ فِي السَّمَاوَاتِ وَلاَ فِي الأَرْضِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى عَمَّا يُشْرِكُونَ

Ertinya : Dan mereka menyembah selain daripada Allah apa yang tidak dapat mendatangkan kemudaratan kepada mereka dan tidak (pula) kemanfaatan, dan mereka berkata: ""Mereka itu adalah pemberi syafaat kepada kami di sisi Allah"". Katakanlah: ""Apakah kamu mengabarkan kepada Allah apa yang tidak diketahui-Nya baik di langit dan tidak (pula) di bumi?"" Maha Suci Allah dan Maha Tinggi dari apa yang mereka mempersekutukan (itu)

 

Selagi lagi ayat ini menunjukkan kesalahan kafir musyrik adalah kerana menyengutukan Allah dengan mengambil berhala sebagai perantara dan bukan pada memanggil Tuhan sebagai Allah.

 

 

  • c.     Firman Allah surah al-Ankabut ayat 63 :

 

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّن نَّزَّلَ مِنَ السَّمَاء مَاء فَأَحْيَا بِهِ الْأَرْضَ مِن بَعْدِ مَوْتِهَا لَيَقُولُنَّ اللَّهُ قُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ بَلْ أَكْثَرُهُمْ لَا يَعْقِلُونَ

Ertinya : Dan sesungguhnya jika kamu menanyakan kepada mereka: ""Siapakah yang menurunkan air dari langit lalu menghidupkan dengan air itu bumi sesudah matinya?"" Tentu mereka akan menjawab: ""Allah"". Katakanlah: ""Segala puji bagi Allah"", tetapi kebanyakan mereka tidak memahami (nya)

Imam Fakhruddin Ar-Razi berkata ketika mengulas ayat dari surah Yunus dan Ankabut ini :

 

هذا يدل على أن المخاطبين بهذا الكلام كانوا يعرفون الله ويقرون به

Ertinya : Ini menunjukkan mereka yang  ditujukan pertanyaan dan kata-kata ini ( iaitu puak kafir musryik), mereka telah pun sentiasa mengetahui tentang Allah dan sentiasa mengiktirafNya (sebagai tuhan). (Rujuk Tafsir Al-Kabir, 17/86)

 

  • d.    Firman Allah surah Al-An'am ayat 136 :

 

وَجَعَلُواْ لِلّهِ مِمِّا ذَرَأَ مِنَ الْحَرْثِ وَالأَنْعَامِ نَصِيبًا فَقَالُواْ هَـذَا لِلّهِ بِزَعْمِهِمْ وَهَـذَا لِشُرَكَآئِنَا فَمَا كَانَ لِشُرَكَآئِهِمْ فَلاَ يَصِلُ إِلَى اللّهِ وَمَا كَانَ لِلّهِ فَهُوَ يَصِلُ إِلَى شُرَكَآئِهِمْ سَاء مَا يَحْكُمُونَ

Ertinya : Dan mereka memperuntukkan bagi Allah satu bahagian dari tanaman dan ternak yang telah diciptakan Allah, lalu mereka berkata sesuai dengan persangkaan mereka: ""Ini untuk Allah dan ini untuk berhala-berhala kami"". Maka saji-sajian yang diperuntukkan bagi berhala-berhala mereka tidak sampai kepada Allah; dan saji-sajian yang diperuntukkan bagi Allah, maka sajian itu sampai kepada berhala-berhala mereka. Amat buruklah ketetapan mereka itu.

 

Sahabat besar nabi, Imam Ibn ‘Abbas r.a ketika mengulas ayat ini  berkata :

من إيمانهم إذا قيل لهم من خلق السماء ؟ ومن خلق الأرض ؟ ومن خلق الجبال ؟ قالوا : الله , وهم مشركون

"Dari keyakinan dan iman puak-puak kafir ini apabila ditanya siapa yang menciptakan langit?, dan siapa yang menciptakan bumi?, dan siapa yang menciptakan gunung?. Mereka telah menjawab : ALLAH, namun begitu mereka mensyirikkanNya. 

 

  • e.    Firman Allah surah Zukhruf ayat 87-88

 

وَلَئِن سَأَلْتَهُم مَّنْ خَلَقَهُمْ لَيَقُولُنَّ اللَّهُ فَأَنَّى     
 
وَقِيلِهِ يَارَبِّ إِنَّ هَؤُلَاء قَوْمٌ لَّا يُؤْمِنُونَ يُؤْفَكُونَ 

Ertinya : Dan sungguh jika kamu bertanya kepada mereka: ""Siapakah yang menciptakan mereka, niscaya mereka menjawab: ""Allah"", maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkan (dari menyembah Allah)?

  • f.     Firman Allah surah Al-Isra ayat 42 :-

 

قُل لَّوْ كَانَ مَعَهُ آلِهَةٌ كَمَا يَقُولُونَ إِذًا لاَّبْتَغَوْاْ إِلَى ذِي الْعَرْشِ سَبِيلاً

Ertinya : Katakanlah: ""Jika ada tuhan-tuhan di katakan, nescaya tuhan-tuhan itu mencari jalan kepada Tuhan yang mempunyai Arasy ( Tuhan yang sebenar)"

Imam Ibn Kathir ketika mengulas tentang kesalahan kafir musyrik dalam surah Al-Isra' ini berkata ia adalah kerana mereka mensyirikkan Allah dengan berhala-berhala mereka. Padahal mereka telah  mengakui Allah sebagai Tuhan, itu tidak dicela, apa yang dicela adalah tindakan mereka mensyirikkan Allah dengan berhala mereka. Beliau berkata:

 

"Ayat ini boleh difahami iaitu arahan Allah kepada Nabi Muhammad untuk bertanya kepada kepada kafir musyrikin yang menyangka ada bagi Allah sekutu-sekutu dari kalangan makhluk yang sehingga dijadikan barang sembahan selain Allah, kononnya sebagai perantaraan mendekatkan diri kepada Allah. ( Tafsir al-Quran Al-Azim)

 

Jelas dari dalil-dalil ini menunjukkan nama Allah sebagai TUHAN TIDAK EKSKLUSIF kepada orang Islam sahaja, cuma orang Islam adalah eksklusif pada pandangan Allah kerana menggunakannya dengan betul dan tepat.

 

Dakwaan Dr Khalif Muammar[1] yang mengatakan pengunaan nama Allah yang wujud dalam ayat-ayat di atas semuanya adalah sebelum diIslamisasikan adalah satu dakwaan tanpa bukti yang jelas.

 

Apakah dalil mukhassis yang ingin digunakan oleh beliau dalam menegaskan pandangan itu?. Jika surah al-Ikhlas ingin dijadikan dalil, maka surah ikhlas adalah suatu penjelasan konsep tauhid dan pengunaan nama Allah secara tepat sahaja. Ia bukan mukhassis kepada umum satu waktu kepada waktu yang lain. Justeru apakah dalil bagi menganggap Allah di zaman jahiliyyah yang disebut dalam ayat itu terhad kepada satu waktu tertentu, dan tidak selepas kebangkitan Nabi SAW ?

 

Bagi saya, ayat-ayat di atas tadi jelas menunjukkan pengunaan nama Allah bagi bukan Islam dibenarkan dari dulu sehingga sekarang bagi merujuk kepada Tuhan, tidak ada persoalan ‘Tuhan Umum' dan ‘Tuhan Khusus' dalam bab ini. Yang ada adalah kes kafir musyrik beriman kepada ketuhanan Allah tetapi mereka sesat kerana mensyirikkan Allah.

 

Dr Khalif juga berkata :
"Here the word Allah cannot mean the true God because they don't know who Allah is simply because no prophet was sent to them. Therefore, the use of Allah here is to mean God in general."

 

Dakwaan ini agak ganjil bagi saya, kerana Nabi-nabi telah dihantar secara bersambung-sambung dari nabi Adam, walau dimusim ketiadaan nabi seperti zaman bapa nabi, beliau menggunakan nama Abdullah merujuk kepada syariat yang dibawa oleh nabi sebelumnya iaitu nabi Isa.

 

Justeru, Arab jahiliyah hakikatnya mengetahui siapa itu Allah dan boleh membaca berkenaannya melalui syariat Nabi sebelum Nabi Muhammad. Bukankah bapa saudara Khadijah bernama Waraqah Bin Nawfal yang meramal Nabi Muhammad akan menjadi Nabi, itu tahu siapa itu Allah melalui wahyu kepada nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad.[2]

 

Lihat pula bagaimana seorang penyair Jahiliyah bernama Lubayd Bin Rabi'ah selalu mempersembahkan syairnya, lalu baginda Nabi mengakui satu syair Lubayd yang ada menyebut nama Allah. Hadis Nabi ini berbunyi :-

أصدق كلمة قالها شاعر , كلمة لبيد بن ربيعة : ألا كل شيء ما خلا الله باطل

Ertinya : Sebenar-benar perkataan yang dikatakan oleh penyair (Jahiliyah) adalah perkataan Lubayd bin Rabiah yang berkata : "Ketahuilah semua perkara selain Allah adalah batil (hancur)"[3]

 

Jelas dari hadis ini bahawa Jahiliyyah dahulu sudah kenal Allah dan kekuasaan-Nya, Cuma mereka menyembah berhala sebagai perantara lalu syiriklah mereka.

 

Selain itu, bukankah terdapat dalam sirah nabawiyyah, apabila sahabat nabi menyebar kalimah tauhid kepada pemimpin kafir, sebahagian mereka memberi response :

إذن تحاربك العرب و العجم

"kalau begitu, ‘Arab dan ‘ajam (bukan arab) pasti akan memerangimu" kata-kata mereka ini menunjukkan arab Jahiliyyah memahami erti nama Allah dan erti mentauhidkan Allah, tetapi mereka degil dan tetap mahu mensyirikkan-Nya dengan berhala mereka kerana itu adalah ajaran nenek moyang mereka dan mereka beroleh manfaat duniawi dari kepercayaan itu. Lalu pengakuan kalimah Shahadah bakal mengubah keseluruhan hidup mereka.  [4]

 

Maka oleh itu, dari dalil-dalil di atas, jelas Allah membiarkan nama-Nya digunapakai oleh kafir Musyrik apabila merujuk sebagai Tuhan pencipta, namun Allah ta'ala mengutuk dan membetulkan kesalahan mereka apabila mereka menyekutukan Allah dengan selain-Nya.

 

Justeru itu, jika Kristian di Malaysia atau dimana juga, jika mereka ingin menggunakan nama Allah merujuk kepada Tuhan pencipta, ia adalah benar, betul dan diharuskan. Kerana Allah sememangnya Tuhan dan pencipta dan maha berkuasa. Namun tindakan mereka mengaitkan Allah dengan trinity, berhala dan sebagainya adalah Syirik dan salah dan dikutuk oleh Allah sendiri di dalam Al-Quran. Pun begitu, pokoknya, mereka HARUS menggunakan nama Allah apabila ingin merujuk kepada Tuhan, kerana Allah sememangnya Tuhan, apa yang TIDAK HARUS adalah mensyirikkanNya dengan yang lain.

 

Malah penggunaan nama Allah dan pengakuan ketuhanan Allah ini juga dapat dilihat dalam syair-syair Arab Jahiliyyah, seperti syair oleh Ubayd bin Abras :

من يسأل الناس يحرموه * وسائل الله لا يخيب

Ertinya : Sesiapa yang meminta dari manusia, tidak diberi * dan yang meminta dari Allah tidak rugi.

 

Syair dari Uways Bin Hujr:

وباللات والعزى ومن دان دينها * وبالله إن الله منهن أكبر

Ertinya : dan demi Latta dan Uzza dan yang hampirinya* dan demi Allah, sesungguhnya Allah itu lebih besar dari mereka (berhala) [5]

 

JADI, ADAKAH KALAU MEMBENARKAN KITA AKAN JADI KUFUR KERANA IKTIRAF KESYIRIKAN MEREKA?

 

Tidak begitu, apa yang dibenarkan oleh Allah ta'ala sendiri adalah bukan Islam boleh guna nama Allah apabila merujuk kepada Tuhan, tetapi Allah mengutuk dan melarang mereka mensyirikkanNya. Justeru, itulah tugas umat Islam, berdakwah dan memperbetulkan keyakinan salah mana-mana kafir yang mensyirikkan Allah dengan yang selainNya. Kita tidak boleh menafikan benarnya dakwaan mereka bahawa nama Allah itu juga merujuk kepada Tuhan, apa yang kita mesti dan boleh nafikan hanyalah Allah itu tidak punyai anak, dan sekutu. 

 

Atas asbab itulah wujudnya tugas berdakwah, bagi mengajak mereka kembali kepada mentauhidkan Allah. Jika kita telah atau sedang berdakwah, MEREKA TETAP DEGIL, Allah mengajar kita meletakkan pendirian seperti berikut :-

 

·       Biarkan mereka dengan agama dan keyakinan salah mereka dan pisahkan diri kita dengan keyakinan mereka. Pendirian ini nyata dari firman Allah berikut :-

 

وَإِن كَذَّبُوكَ فَقُل لِّي عَمَلِي وَلَكُمْ عَمَلُكُمْ أَنتُمْ بَرِيئُونَ مِمَّا أَعْمَلُ وَأَنَاْ بَرِيءٌ مِّمَّا تَعْمَلُونَ

Ertinya : Jika mereka mendustakan kamu, maka katakanlah: ""Bagiku pekerjaanku dan bagimu pekerjaanmu. Kamu berlepas diri terhadap apa yang aku kerjakan dan aku pun berlepas diri terhadap apa yang kamu kerjakan (Yunus : 41)

 

Firman Allah :-

 

وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنْهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُمْ سَلَامٌ عَلَيْكُمْ لَا نَبْتَغِي الْجَاهِلِينَ

 

Ertinya : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang tidak bermanfaat, mereka berpaling daripadanya dan mereka berkata: ""Bagi kami amal-amal kami dan bagimu amal-amalmu, kesejahteraan atas dirimu, kami tidak ingin bergaul dengan orang-orang jahil ( Al-Qasas : 55 )

 

Firman Allah :-

لَكُمْ دِينُكُمْ وَلِيَ دِينِ

 

Ertinya : Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku (Al-Kafirun : 6)

 

KESIMPULAN : Hasil dari beberapa petikan dan kumpulan teks al-Quran ini, majoriti ulama Islam di  zaman silam sehingga hari ini dari pelbagai Negara telah berijtihad, hukum HARUS bagi bukan Islam untuk menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Namun kesalahan mereka yang perlu didakwah dan diperbetul adalah kerana menyekutukan Allah sahaja. Itulah juga pandangan yang terlebih kuat pada hemat saya. Namun perlu difahami, hukum HARUS di peringkat ini tidak semestinya akan berterusan pada setiap keadaan sehingga mesti dibenarkan oleh kerajaan Malaysia tanpa banyak soal. Satu faktor lain mesti diteliti iaitu faktor dakwah dan penjagaan konflik yang boleh mengugat keamanan.

 

 

2.    NAMA ALLAH DARI PERSPEKTIF DAKWAH

 

Faktor dakwah yang saya maksudkan di sini boleh merujuk kepada Maqasid Shariah yang pertama iaitu ‘mempertahankan Islam' (Hifdzu ad-Din). Menurut Imam As-Syatibi, mempertahankan aqidah Islam adalah wajib dalam dua bentuk iaitu:-

 

  • Mengukuhkan aqidah Islam melalui ajaran, ajakan dan sebaran kefahaman tauhid yang betul.

 

  • Mempertahankan aqidah Islam dari penyelewangan, pengeliruan dan gangguan gerakan bukan Islam.

 

Apabila saya merujuk kepada penulisan beberapa tokoh dan ilmuan di Malaysia dalam isu penggunaan nama Allah ini, saya melihat majoriti mereka mencampur adukkan fokus dan penyataan hukum disebabkan terpengaruh dengan faktor kedua ini. Mereka banyak mengulas dalam konteks ini berbanding konteks hukum asal dan asas.

Sebagai contoh:-

Prof Madya Dr Khadijah Hambali [6] dalam tulisannya membuktikan TIDAK BENARNYA dakwaan Kristian dan rasional mereka yang ingin menggunakan nama Allah kerana nama itu yang wujud di dalam kitab bible asli mereka. Beliau membawakan petikan-petikan yang membuktikan hujahnya. Di samping itu, beliau juga mengulas ketidakwajaran terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa dan mempertikaikan rujukan Kristian dalam hal ini.

Saya bersetuju dengan hujjah Dr Khadijah ini, namun perlu difahami apa yang dibawakan oleh Dr Khadijah sebenarnya lebih cenderung kepada faktor dan objektif dakwah, kerana ia jelas memperlihatkan beliau menolak keharusan (penggunaan nama Allah oleh Kristian), melalui kaedah menghancurkan hujjah Kristian, selain menimbulkan keraguan kepada sumber rujukan Kristian itu sendiri. Saya tidak melihat beliau mengulas dari perspektif hukum Islam berasaskan dalil-dalil al-Quran tetapi beliau berusaha mematikan alasan kumpulan Kristian agar melaluinya diharap dapat melunturkan keinginan Kristian untuk meneruskan permohonannya.  Ini bermakna Dr Khadjiah menolak atas dasar dan rasional untuk mempertahankan dakwah Islam dan aqidah Islam dalam konteks semasa, bukan atas hujjah teks Al-Quran dan Hadis secara specifik. Ia jelas cara seorang pendakwah mengemukakan hujahan balas kepada pihak bertentangan. Kesimpulannya, hukum larangan dan bantahan yang dikemukan oleh Dr Khadijah berpaksikan hujjah dan maqasid dakwah dan situasi setempat dan bukan hujjah menafikan hukum asal keharusan.

Ada juga yang penulis yang berhujjah termasuk Dr Khadijah dan ramai lagi penulis lain, menyatakan bahawa kebenaran TIDAK BOLEH diberi kerana Kristian menggunakan nama ALLAH PADA KONTEKS DAN MASKUD YANG SALAH, seperti dikaitkan sebagai Tuhan bapa, mensyirikanNya dan sebagainya.

Bagi saya ini bukanlah hujjah yang betul untuk melarang, kerana JIKA semua penganut Kristian menggunakan Nama Allah pada tempat yang betul maka tidaklah mereka menjadi Kristian, lalu mereka akan seolah mengikut Islam secara paksaan pula. Bukankah mereka bukan Islam dan mempunyai keyakinan agama tersendiri?. Maka kita tidak boleh memaksa mereka untuk mengikut penggunaan nama Allah pada tempat yang betul menurut aqidah Islam kerana mereka BUKAN ISLAM (atau belum). Apa yang boleh dilarang adalah MENYEBAR KEKELIRUAN DAN AJARAN SALAH MEREKA (MENURUT PERTIMBANGAN AQIDAH ISLAM) ITU KEPADA UMAT ISLAM.

Dato' Dr Haron Din, dalam rakaman penjelasannya memperlihatkan beliau menolak dan memberi amaran atas dasar maslahat dakwah dan bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis.

Tulisan Dr. Syed Tawfiq Al-Attas[7], yang juga jelas memperlihatkan ulasannya menolak rasional terjemahan God kepada Allah dari sudut bahasa. Selain itu, beliau juga menolak alasan Kristian yang kononnya cuba merujuk kepada Bible. Kedua-dua bantahan Dr Syed ini bukanlah ulasan dari perspektif hukum dan Aqidah Islam tetapi lebih kepada mematikan alasan Kristian, sama seperti Dr Khadjiah. Justeru, tulisannya lebih mirip sebuah tulisan terpengaruh dengan objektif dakwah. Ia lebih kepada sebab dakwah dan bukan hujjah teks Al-Quran secara specifik. Hukum larangan yang diletakkan oleh Dr Syed ini jelas berpaksikan hujjah dan maqasid dakwah dan situasi setempat sebenarnya.

Hal yang sama juga boleh dilihat dalam tulisan Pegawai JAKIM, Ust Aizam Mas'oud. Yang dengan jelas penulisannya berobjektif dakwah berbanding menjelaskan hukum asal. Dari 5 hujjah yang dikemukakan hampir kesemuanya membantah melalui bangkangan hujjah dan alasan Kristian. Hanya satu sahaja ulasan mengulas teks Al-Qurqan, beliau menyertakan dua hujjah menolak. Namun kedua-duanya tidak kukuh tapi tidak sempat untuk saya ulas di kesempatan ini.

Begitulah juga Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan dalam fatwa tahun 2008, pandangan Ketua Pengarah JAKIM dan hampir semua pegawai-pegawai JAKIM dan IKIM yang lain. Semua mereka bagi saya, mengulas dari sudut realiti dakwah, situasi khas di Malaysia dan berobjektif mempertahankan dakwah dalam konteks dan situasi khusus Malaysia. Ia bukan mengulas dari sudut hukum asal dari teks Al-Quran.

Malah tulisan ringkas  saya yang disiarkan dahulu di web ini juga, selepas saya menyatakan hukum asal adalah HARUS, TETAPI realiti dan konteks semasa dakwah di Malaysia BOLEH menghasilkan keputusan ijtihad yang berbeza, iaitu LARANGAN.

Namun begitu, walapun larangan telah difatwakan secara rasmi oleh Majlis fatwa dan disokong oleh Institusi keagamaan rasmi dalam negara, ia tetap sebagai sebuah ijtihad. Ijtihad hasil penelitian konsep mudarat dan manfaat kepada umat Islam dan keharmonian rakyat.

Oleh kerana itu, pertimbangan seseorang dan sesuatu organisasi dengan yang lain, dalam melihat kesan manfaat dan mudarat mungkin berbeza. Hasilnya, beberapa ilmuan seperti Dr Mohd Asri, YB Khalid Samad, Dr Dzulkefli Ahmad, dan parti politik seperti PAS, PKR dan sebagainya terus berpegang dengan hukum asal, iaitu membenar dan mengharuskan orang Kristian untuk menggunakan kalimah Allah tersebut. Jangan pula meletakkan syarat agar "Kristian TIDAK MENYELEWENGKAN penggunaan nama Allah", ini kerana seleweng mengikut piawaian kita tidak sama dengan penyelewengan mengikut piawaian mereka. Justeru, syarat perlu konkrit dan jelas.

 

namaallah2.jpg
namaallah3.jpg

 

namaallah4.jpg

 


GAMBAR-GAMBAR PENGGUNAAN NAMA ALLAH OLEH KRISTIAN, IA MEMANG KEBEBASN DALAM BERAGAMA TETAPI IA DIBIMBANGI DISEBARKAN KEPADA UMAT ISLAM.

 

Oleh itu, kalau ada mana-mana pimpinan PAS atau PKR yang kurang bersetuju dengan keputusan kerajaan untuk melarang, mereka sebenarnya tidak perlu berhujjah dari sudut hukum asal lagi, kerana itu sudah diketahui dan sememangnya majoriti ulama membenarkan, apa yang mereka perlu nyatakan adalah bagaimana mekanisme dan cara bagi mengawal ketakutan dan kebimbangan dokumen seperti gambar ini dari disebar kepada umat Islam yang berada dalam keadaan lemah ilmu hari ini.

Memang benar, Kristian hanya minta untuk akhbar 'The Herald' dan bukan untuk bahan bertulis yang lain atau gereja. tetapi itulah yang dibimbangi, kebenaran ini dijadikan batu loncatan dan asas kepada permohonan yang lain-lain selepas ini. Apakah jaminan yang mampu diberi oleh kumpulan ulama dan institusi yang menyokong bahawa ia TIDAK AKAN merebak kepada yang lain?

Kita semua memang mengakui, keperluan mengukuhkan ilmu agar menjadi benteng aqidah dan bukan semata-mata larang itu dan ini, namun larangan ini adalah salah satu dari pendekatan siyasah yang dirasakan sesuai oleh Majlis Fatwa Kebangsaan di ketika ini.

 

Mengapa berbeza?

Kerana pertimbangan dan penilaian setempat mereka yang berbeza. Bagi saya, perbezaan mereka bukan isu besar sehingga boleh membawa kufur, ia perbezaaan dalam ijtihad menilai keadaan dan situasi sahaja.

Siapa yang lebih rajih dan kukuh?

Jawabnya muzakarah perlu diadakan bagi kedua-dua pihak mengemukan telahan dan penelitian mudarat dan manfaat yang dilihat dan dikenalpasti. Mungkin sahaja satu pihak tidak terlihat dan tersedar manfaat dan mudarat yang dilihat oleh pihak yang lain. Melalui cara tersebut resolusi yang terbaik akan dapat dihasilkan. InshaAllah.

AL-QARADAWI DAN AZ-ZUHAYLI KATA BOLEH, BAGAIMANA?

Pandangan Syeikh Al-Qaradawi dan Wahbah Az-Zuhayli yang membenarkan Kristian menggunakan Kalimah Allah sebagai merujuk kepada Tuhan, adalah tepat tetapi fatwa mereka tidak sesuai digunakan untuk menyokong keputusan pihak yang membenarkannya di Malaysia, ini kerana hukum asal sememangnya HARUS sebagaimana yang telah saya datangkan hujjahnya di atas tadi.

Kedua-dua Syeikh ini sebenarnya memberi pandangan hukum asal berdasarkan teks nas dan hadis, namun mereka tidak mempunyai autoriti yang cukup dari sudut memahami realiti dan konteks khas di Malaysia. Justeru, pandangan ulama-ulama luar Negara dalam konteks ini tidak tepat untuk dijadikan rujukan.

 

3.  NAMA ALLAH DARI PERSPEKTIF KUASA KERAJAAN (SIYASAH SYAR'IYYAH)

Setelah kita lihat hukum pengunaan nama Allah dari dua perspektif iaitu hukum asal dan fleksibilitinya  atas alasan maslahat dan mudarat dari perspektif dakwah.

Jika sekiranya mudarat melebihi manfaat, adakah kerajaan selaku pemerintah berhak dan dibenarkan oleh hukum Islam untuk melarang Kristian dari menterjemahkan kalimah God kepada Allah?. Ini persoalan ketiga, perspektif ketiga.

Ringkasan jawapan, kerajaan dibenarkan menggunakan kuasa dalam hal ini. Dan peruntukkan kuasa itu sememangnya diakui di dalam undang-undang Islam. Saya tidak ingin mengulas lanjut keharusan ini bagi mengelakkan artikel ini terlalu panjang. Cukuplah saya ingin membawa pembaca kepada ringkasan ulasan saya yang terdahulu dalam bab ini. Rujuk sini

KESIMPULANNYA

Kesimpulan tulisan ini adalah :-

1-   Tiada dalil qati'e yang putus sebagai asas dan indikasi hukum bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan.

2-   Terdapat banyak dalil Al-Quran yang bersifat zhonniyah ad-dalalah yang menunjukkan KEHARUSAN bagi penganut Kristian dan bukan Islam menggunakan Nama Allah bagi merujuk kepada Tuhan. Ia adalah pandangan majoriti ulama termasuk Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, Dr Wahbah Az-Zuhayli dan lainnya.

     Terdapat juga beberapa kumpulan ulama cenderung kepada hukum haram, namun kebanyakan hujjahnya bercampur baur antara hujjah teks al-Quran dan hujjah maslahat dan dakwah. Justeru, melalui penelitian saya, pandangan yang melarang adalah lemah jika ditinjau dari perspektif argumentasi teks Al-Quran. Namun larangan boleh dibuat atas dasar masalah dakwah yang khusus di Malaysia.

3-   Ulama tanahair terbahagi kepada dua kumpulan dalam menentukan keharusan atau pengharaman dari perspektif dakwah dan melihat situasi khas di Malaysia. Majlis Fatwa dan yang bersamanya kelihatan mengharamkan manakala PAS, PKR dan individu masih menganggapnya sebagai HARUS dengan syarat-syarat tertentu. Melalui penilitian saya dalam konteks khusus di Malaysia, saya cenderung bersama Majlis Fatwa Kebangsaan dalam hal ini. Namun saya tidak melihat pandangan mereka yang membenarkan dengan syarat sebagai salah kerana ia merupakan sebuah isu ijtihadi dalam menilai mudarat dan manfaat. Perbezaan telahan dalam hal ini sememangnya sukar dielakkan.

4-   Jikalau keputusan mahkamah (selepas rayuan) tetap mengizinkan penerbit Kristian menterjemah kalimah ‘God' kepada Allah dalam penerbitan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan agar Kerajaan mengadakan segera muzakarah dan dialog di antara ulama, pakar undang-undang dan pihak Kristian bagi memastikan kebenaran itu tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam dan segala penulisan dihadkan kepada penganut Kristian semata-mata. Tatkala itu syarat-syarat dan perjanjian perlu dibuat bagi menjaga kehamonian masyarakat dalam Negara.

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

8 Februari 2010



[1] http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/1-artikel-pilihan/48-why-non-muslims-cannot-use-the-word-allah-dr-khalif-muammar.html

[2] Rujuk riwayat pertemuan Khadijah dengan Waraqah dalam Sohih Muslim dan syarahnya oleh Imam An-Nawawi , begitu juga Fathul Bari oleh Ibn Hajar.

[3] Sohih al-Bukhari, dengan syarah Ibn Hajar ( Fathul Bari, Kitab al-Adab, no 6147, jil 10, hlm 660) ; Sohih Muslim, 15/8 cet. Darul Ma'rifat

[4] Fi dzilal al-Quran, Syed Qutb

[5] Al-Asnam, Ibn al-Kalbi, hlm 17

[6] http://www.misgonline.com/index.php?option=com_content&view=article&id=431:perbezaan-penggunaan-kalimah-allah-dalam-agama-islam-dan-kristian&catid=126:januari-2010&Itemid=300078

[7] http://www.myislamnetwork.net/component/content/article/2-e-akhbar/49-menelusuri-kemelut-kalimah-oleh-datuk-dr-syed-ali-tawfik-al-attas.html


Last update: 09-02-2010 00:19

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (26) RSS feed comment
Posted by luqman, on 07-05-2010 17:36, IP 58.26.75.200, Guest
1. Benteng utama ialah ilmu..
Alhamdulillah abis gak bace.. berdasarkan hukum asas drp dalil2 dan alquran, MengHARUSkan penggunaan ALLAH ini. Tp pendapat saya ianya sesuai diharuskan jikalau umat islam disekeliling ini mmg ada ilmu ttg penghayatan islam itu sendiri supaya tidak termakan dgn kekeliruan kristian.. tp jika lihat di Malaysia, bagi saya amatlah tidak sesuai utk diHARUSkan penggunaan ALLAH sebagai ganti God dalam penulisan kristian ini kerana lihat sajalah tahap penghayatan pemuda2 islam negara kita.. amat lah bahaya jika dibenarkan. Wallahua'lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sodiq, on 25-02-2010 11:57, IP 218.208.36.50, Guest
2. Kalimah Allah Bg Msy Arab Jahiliyah
Salam, ust. Terima kasih kerana sudi memberi maklum balas mengenai komentar saya di bawah sebelum ini yang bertajuk TIDAK BERGANTUNG KEPADA TEKS AL-QURAN. Sebenarnya saya amat jelas dalam pembacaan saya terhadap tulisan ustaz, tidak gopoh dan tiada salah faham. Kesimpulan terakhir adalah ustz berada bersama Majlis Fatwa Kebangsaan tidak menyokong penggunaan kalimah Allah bagi kristian atas prinsip Sadd zaraie’ (mencegah kerosakan) dan melihat maslahat juga siasah syar’iyyah. 
 
Tetapi sedikit pertembungan dlm komentar saya adalah berkenaan hukum asal yang dikatakan harus. Tiada hukum melainkan hukum daripada Allah. Persoalan ini merupakan perkara akidah dan bukan ibadah. Oleh itu kaedah “al-Aslu fi al-asyia’ al-Ibahah” (asal sesuatu perkara adalah harus) tidak tepat pada konteks penggunaan jika berhujjahkan tiada nas larangan. Ini bukan persoalan hukum amali seperti makan minum dan gerak anggota zahir tetapi persoalan akidah. Tidak ada akidah yang harus selain akidah yang wajib. Akidah hanya satu sahaja yang benar yang wajib dipercaya oleh semua orang muslim atau kafir. Hukum akidah adalah tetap tidak berubah seperti hukum fekah, percaya kepada tuhan yang satu tetap begitu sama ada mereka percaya atau tidak, setuju atau tidak. Nama untuk tuhan yang berhak disembah tetap begitu, sama ada mereka faham atau tidak, terima atau tidak. Dimanakah konsistennya ajaran Islam jika dilarang mensyirikkan Allah pada zatnya tetapi tidak dilarang menyekutukan Allah pada namaNYA? 
 
Kalimat Allah dibawa kepada bangsa Arab oleh nabi Ibrahim AS krn baginda mendirikan kaabah sebagai rumah Allah. Nama Allah dikenal oleh orang Arab dengan agama tauhid yang dibawa oleh nabi Ibrahim AS dan nabi Ismail AS kepada anak keturunannya. Berlalunya masa selepas sekian lama kewafatan nabi Ismail AS tanpa nabi dari kalangan orang Arab sehingga kerasulan nabi Muhammad SAW, menjauhkan masyarakat Arab dari pemahaman agama tauhid kepada agama menyembah berhala. Walaupun demikian nama Allah masih berkembang dalam bahasa mereka walaupun mereka tidak lagi mengetahui konsep tuhan Allah yang sebenarnya sehinggakan mereka membuat nama Allah menjadi nama salah satu patung berhala yang ada disamping kaabah. Sebilangan kecil ahli kitab yang masih berpegang kepada agama tauhid seperti Waraqah bin Naufal yang tidak sempat hidup semasa kerasulan nabi Muhammad SAW sahaja menggunakan kalimah Allah secara betul. Dan beliau sendiri jika masih hidup di zaman kebangkitan nabi Muhammad SAW nescaya akan menjadi muslim sebagai pengikut nabi dan tidak lagi kekal sebagai Kristian kerana beliau memahami konsep tauhid dan siapa Allah. Apabila datangnya Islam, maka terbatallah seluruh syariat yang lain sebelum Islam, semua diseru menyerah diri ke dalam Islam menyembah tuhan yang esa sebagai pencipta yang menamakan dirinya dengan ALLAH dan memiliki nama-nama yang baik (asma’ul husna).
 
» Reply to this comment...

Posted by Sodiq, on 25-02-2010 11:50, IP 218.208.36.50, Guest
3. Pengajaran Dari Lafaz Umum
UZAR : telah ijma di kalangan mufassirin bahawa ( al-'Ibartu bi umum al-Lafzi La Bi Khususi As-Sabab) ertinya : pengjaran dari sebrg ayat al-Quran adalah diambil secara umum lafaz dan tidak terhad kepada sebab2 yang khusus.  
 
Dengan rendah hati saya mengharapkan ustaz membuka ruang perbincangan. Penggunaan kaedah ini (al-Ibrah/ al-Ibratu bi umum al-Lafzi La Bi Khususi as-sabab) dalam konteks dalil yang dinyatakan ustaz pada pandangan saya boleh dipertimbangkan semula. Lafaz umum yang dinyatakan dalam kaedah ini adakah boleh kita aplikasikan pada dialog orang kafir? Penggunaan kaedah ini sangat bergantung kepada bagaimana kita memahami konteks dan makna ayat yang dinyatakan. Sekadar satu contoh, Surah Luqman/31:25 “ Dan sesungguhnya jika kamu tanyakan kepada mereka: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Katakanlah : “ Segala puji bagi Allah”; tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. 
 
Hanya kerana orang kafir disebut di dalam al-Quran menyebut Allah dan pernah memakai kalimat Allah, ia tidak boleh dijadikan dasar hukum. Syaithan, Iblis dan Fir’aun juga disebut di dalam al-Quran walaupun Allah sendiri melaknat mereka. Oleh sebab itu penggunaan kaedah ini tidak tepat dengan konteks ayat. Apakah boleh kita memakai dialog orang kafir untuk menjadi hujjah kita? Ulasan Allah di hujung ayat tentang kebanyakan mereka tidak mengetahui, atau ulasan Allah sesungguhnya mereka tidak memahami pada ayat yang lain, inilah sepatutnya lafaz umum menjadi pengajaran kepada kita bahawa Allah tidak bersetuju dengan mereka tidak terhad kepada sebab khusus syiriknya mereka kepada Allah pada zat atau pada penyalahgunaan nama Allah.  
 
Melarang mereka daripada menggunakan kalimah Allah merupakan satu cara untuk kita menyampaikan kepercayaan dan konsep Allah yang sebenarnya kepada mereka. Ini juga dakwah. Kita tidak menghalang apa yang ingin mereka percaya kerana itu hak mereka. Kesalahan mereka adalah urusan mereka dengan tuhan. Tetapi kita tidak boleh mengharuskan atau membenarkan kepercayaan mereka atau membenarkan penyalahgunaan nama Allah oleh mereka. 
 
Perbezaan di zaman Rasulullah dengan realiti semasa hari ni, Islam tiba kepada Arab jahiliyah pada waktu mereka telah menggunakan kalimat Allah sama ada di tempat yang salah atau serentak dengan mensyirikkan Allah. Rasulullah menyampaikan dakwah sesuai dengan realiti semasa waktu itu tanpa menggunakan larangan undang-undang. Begitu juga realiti kepada persoalan ini pada hari ini, kita menyambung dakwah yang dilakukan oleh Rasulullah SAW pada konteks setempat dan semasa. Kita melarang mereka menggunakannya setelah usaha dakwah generasi yang terdahulu melakukannya sehingga ramai orang tahu termasuk di kalangan Kristian sendiri tidak menggunakan lagi kalimah Allah kerana tahu ekslusiviti kalimah Allah untuk umat Islam (sebab itu ada juga kalangan Kristian sendiri tidak bersetuju god di tukar kepada Allah), melainkan Kristian yang telah diracuni pemikiran Liberal. Wallahua’lam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sufie, on 17-02-2010 02:06, IP 203.82.92.93, Guest
4. BERAWAS SIKIT
Orang Islam di M'sia ni dah banyak terbina di atas sentimen.So kalu tak berhati2 akan membawa kepada kekecohan.So persoalan "ketenteaman awam" tu perlu diambil kira,nantikan orang Islam bergaduh sesama sendiri,dlm satu aspek lain berlaku ketegangan dgn penganut agama lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by militan, on 16-02-2010 02:03, IP 115.133.206.161, Guest
5. rajih yg mana
Penilaian maslahat umum yang memisahkan kita :cry  
Yang pasti tiada keizinan mutlak atau larangan mutlak yang patut diberikan. 
Segalanya perlu bersyarat mengikut hak pemerintah dan hak rakyat. 
Penilaian Alquran dan Assunnah sememangnya terang dan jelas bersumberkan kehebatanNYA. 
Terpulang kepada umat Islam bagi menyerlahkan kesyumulan agamanya.
 
» Reply to this comment...

Posted by maula, on 13-02-2010 18:31, IP 203.82.93.80, Guest
6. aqidah dimantapkan
assalamua'laikum ustaz dan sahabat semua.. 
saya bersetuju dengan pendapat ustaz..  
cumanya saya rasa mungkin ustaz membuat kesimpulan dengan melihat pandangan setiap ilmuan di malaysia..ini memberi pilihan kepada kita untuk menerima setiap pilihan.. saya mungkin bersetuju dengan artikel dr. asri.. pendapat dr. asri telah diulang kembali oleh ustaz..maknanya perlu ada satu garis panduan berhubung penggunaan nama ALLAH oleh bukan Islam agar umat Islam tidak konfius..justeru, kita sebagai umat Islam cuba untuk berusaha memantapkan aqidah agar tidak terpedaya dengan dakyah dan helah orang bukan Islam.. marilah kita berdoa kepada ALLAH agar memberi kita hidayah dan menyelesaikan masalah umat Islam.. Ameen..
 
» Reply to this comment...

Posted by hazmi dahlan, on 13-02-2010 05:05, IP 58.27.33.33, Guest
7. kristian dan nama Allah
Hujjah Ustaz sangat jelas dan sesuai kerana akhirnya merujuk kepada "maslahah ammah" untuk membuat keputusan dengan cara Ijtihad.  
Walau bagaimanapun, dalam pandangan saya yang agak lemah ini ingin saya cadangkan agar pihak kristian diberikan kebenaran mengunakan nama "Alah" dan bukan "Allah" kerana tertulis dalam kitab bible lama mereka dan mugkin boleh mengelakkan keraguan umat Islam serta pertelingkahan. apa yang pernah ust dan saya alami selamai berada di Jordan...orang arab keristian di sana sentiasa menggunakan nama Allah dalam muamalah harian mereka dan ini memang terbukti dari hujah dan dalil yang ust berikan..dan saya sendiri merasakan penulisan ust dalam ketegori "mumtaz" sebagai rujukan umat Islam di Malaysia serta berpendirian tersendiri untuk Islam.
 
» Reply to this comment...

Posted by SIRYUS YUSAQ, on 12-02-2010 12:49, IP 115.134.71.114, Guest
8. Mr
Undang-undang dan sejarah manusia tidak melarang sesiapa memanggil tuhan sebagai apa pun. 
 
Tapi, Dengan mengguna Allah sebagai tiga dalam satu, Orang Kristian menyinggung perasaan orang Islam.  
 
Bayangkan jika orang hindu menggunakan Jesus kepada dewa Siva atau ganesh. 
 
Tidakkah akan menyinggung Kristian dengan gambaran yang tidak tepat dengan kehendak Kristian? 
 
Oleh itu, gunalah Jesus eksklusif untuk Kristian. Allah untuk Islam. 
 
Kekelruan adalah punca murtad. Banyak orang Islam akan keliru jika ini berterusan. 
 
Niat penggunaan Allah oleh Kristian ini nampak sangat untuk usaha2 mubaligh dalam penyebaran Kristian kepada orang melayu Islam. Ini adalah bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia dan bolh diambil tindakan perundangan.
 
» Reply to this comment...

Posted by Umar, on 11-02-2010 17:46, IP 219.93.96.238, Guest
9. kristenisasi
Saya cadangkan dakwah yang di maksudkan oleh sheh zahar ini ditukar kepada kristenisasi kristian.. 
dan istilah dakwah ini merujuk kepada agenda dakwah islamiah yang mahu mengislamkan musyrikin malaysia untuk memeluk Islam... 
Itu akan lebih jernih.. 
 
Ayat-ayat yang enta gunakan itu adalah ayat-ayat dakwah kita untuk mengajak mereka kepada islam... 
 
Mereka yang cenderung untuk mengharuskan penggunaan kalimah ALLAH kepada kristian di Malaysia itu hampir semuanya merujuk kepada ayat yang enta kemukakan itu 
 
Kepada umat Islam sekelian..mari kita dakwahkan penganut agama musyrik di Malaysia agar ramai-ramai peluk Islam..jadikan mereka saudara kita yang sebenarnya..
 
» Reply to this comment...

Posted by ril, on 11-02-2010 10:53, IP 60.51.188.165, Guest
10. ss
salam ustaz... 
penjelasan yang sungguh jelas...byk bezanya penjelasan yang diberikan oleh ustaz yang sedang buat PHD dan ustaz biasa...dari kaedah penulisan...tapi ustaz, saya confius..  
1) sb skrg ni kita semua tahu, niat pihak gereja menggunakan kalimah dlm bahasa melayu adalah untuk mengelirukan org melayu beragama islam yang masih jahil tentang agama..mereka nak mulakan langkah murtadkan org melayu atau biarkan keadaan masyarakat kita sama seperti di indonesia di mana 1 keluarga bercampur2 agama sb semua agama biasa...apabila dh berlaku keadaan itu, secara tidak langsung, isu negara islam tidak timbul lagi sb semua agama sama dan cita2 IFC adalah telah berjaya. Ini adalah langkah lain pihak2 yang sgt berharap agar tuntutan IFC dpt dijalankan dinegara kita. walaupun kini tuntutan tersebut belum lagi berjaya tetapi apabila nama Allah boleh dikongsi, itu adalah langkah pertama kejayaan mereka. IFC tu pun disokong oleh Dato Nazri dan kini tuntutan menggunakan nama Allah juga beliau telah bersetuju.dan lebih parah apabila parti ISLAM yang bejuang utk mewujudkan negara islam yang mengamalkan undang2 islam sepenuhnya juga telah bersetuju utk nama Allah dikongsi bersama.kalau negara kita dh jadi mcm indonesia, mcm mana nak wujudkan negaa islam? 
jadi soalan saya, bolehkan nas2 alQuran yg ustaz kemukan utk menyokong hujah2 yang membenarkan penggunaan nama Allah oleh agama kristian di gunakan dlm keadaan kita ketahui niat sebenar mereka? mcm ustaz nyatakan, sewaktu ayat2 AlQuran tersebut turun kepada Rasulullah, masyarakat menyebut berhala mereka dengan nama Allah sebagai tuhan mereka. JAdi waktu itu tidak timbul masalah org islam akan dimurtadkan sebab waktu itu, islam sedang berkembang dan RAsulullah dapat menjelaskan siapa Allah YAng MAha Esa yang sebenanya. tapi keadaan skrg, negara sudah 50 thn merdeka dan seluruh rakyat tahu bahawa hanya islam yang menggunakan nama Allah sb tuhan yg maha Esa.dan tiba2 baru kristian buat claim nak guna nama Allah.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sodiq, on 11-02-2010 08:47, IP 218.208.36.50, Guest
11. Tidak bergantung kepada teks al-Quran
Saya bersetuju dgn "aku" yg mengatakan tidak adil jika kita mendakwa pihak yg melarang penggunaan kalimah Allah tidak bergantung kepada teks al-Quran. 
 
Dalil-dali yg digunakan oleh pihak yg membenarkan adalah ayat mengenai peristiwa, penceritaan, pengkisahan. Ayat-ayat tersebut bukanlah ayat hukum yang boleh dijustifikasikan dalam pertimbangan kes ini. Ayat-ayat dialog tersebut dilontarkan oleh org2 kafir sendiri diceritakan oleh Allah SWT melalui al-Quran. Allah tidak menafikan kerana ia adalah cerita, bukan ayat untuk memerintahkan atau melarang. 
 
Jika diperhatikan sambungan ayat2 tersebut, Allah sentiasa mengulas kata-kata mereka disetiap hujung ayat. Seperti "maka bagaimanakah mereka dapat dipalingkannya?"-zukhruf: 87-88 , "tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahuinya"- Lukman :25, "tetapi mereka tidak memahaminya"- al-ankabut:63. 
 
Ulasan Allah disetiap hujung ayat tersebut menunjukkan walaupun org kafir itu menyatakan atau menyebut Allah sebagai pencipta langit dan bumi, tetapi itu bukan berdasarkan ilmu pengetahuan yg benar, mereka hanya mempermainkan nama Tuhan, sebab mereka sendiri tidak menyembah Allah yang mereka sebut. 
 
Allah tidak menafikan atau membiarkan tidak bererti Allah membenarkan. Ayat itu hanya kisah, cerita dialog antara org kafir dan rasul. Siapa pun yg hendak menggunakannya, itu hak mereka dan selebihnya urusan mereka dgn Allah. Hukum di sisi Tuhan mengikut kebenaran. Cth. Org yg berzina tetap dibiarkan bernafas di bumi ini, mereka bebas berbuat yg disukai sedangkan di sisi Tuhan mereka tetap berdosa. 
 
Di waktu ada hak untuk melarang, kerana agama Islam tlh termaktub dlm perlembagaan sbg agama negara, maka wajiblah kita melarang mereka daripada mempermainkannya dgn sengaja atau tidak, dgn maksud atau tidak. Kita tidak boleh bersekongkol menyetujui ketidak'ekslusif'an kalimah Allah kerana kita adalah umat yg memahami, mengetahui kebenaran yg sebenarnya. 
 
 
UZAR : telah ijma di kalangan mufassirin bahawa ( al-'Ibartu bi umum al-Lafzi La Bi Khususi As-Sabab) ertinya : pengjaran dari sebrg ayat al-Quran adalah diambil secara umum lafaz dan tidak terhad kepada sebab2 yang khusus. 
 
Justeru hujah sdr yang mengatakan ia penceritaan di zaman itu adalah tertolak. 
 
Bekrenaan hujah sdr mengtakan Allah kutuk di hujung selpoeas setiap ayat, 
 
Memang benar, tetapi Allah mengutuk tindakan mereka mensyirikkan Allah dan bukan keran mrk guna nama Allah sbgi tuhan. Fahamkan betul2. Jika guna nama pun salah, sudah tentu Nabi juga akan halang orang kafir yang masih berada di Madinah dari gunakannya. Oleh krerana itu tiada dalil SPECIFIK yang larang.. 
 
yang ada hanyalah dalil2 lain seperti Maslahat dan Mudarat, Sadd Zara'i, dan Siyasayah Syari'yyah dsbngnya. Bila saya kata 'dalil-dalil lain' bukanlah bermakan dalil ini tak kuat, ssaya sendiri pakai dalail ini utk berpenadaat bahawa LARANGAN memang patut, cuma saya nak tegaskan secara ilmiah bhw hukum asal adalah HARUS tetapi beurbah krn sebab-sebab luaran . ia dinamakan 'Haram li ghairihi' bukan 'Lizatihi.' 
 
Bekrenaan anggapan sdr bhw org kafir dulu mempermainkan nama Allah, ia adalah satu anggapan sdr tanpa sebrg dalil yg menyokong. Jika sdr nak kata mrk salah guna, memang la, mrk kan bukan Islam dan kafir..sebab tu ada fungsi dakwah agar mrk jangan salah anggap tentang keesaan Allah. Tapi Allah sendiri sebut, bila kamu dah dakwah dan ajak mereka kpd Islam tapi mereka enggan..so bagi mrk cara dan agama mrk , bagi kita adalah Islam ..Nas ini ada di atas,  
 
Sama seperti pengomen bernama 'aku', saya kira sdr juga membaca dgn pemikiran kurang tenang sehingga tidak nampak dengan jelas fokus dan target artikel saya. 
 
Sebab itu saya dah kata, bacalah dgn tenang atau JANGAN baca langsung krn akan salah faham.  
 
sdr kelihatan merasakan saya menyokong penggunaan nama Allah bagi kristian padahal saya tida menyokong. dalil2 yang dibawa hanaya nak buktikan KAFIR memang KAFIR DAN MEMANG SALAH GUNA NAMA ALLAH kepada syirikknya, namun itu bukan sebab utk haramkan depa guna..krn depa adalah kafir dan mrk ada hak dalam their own faith.  
 
yang patut diharamkan adalah larangan mrk sebarkan kekafiran mereka kpd org Islam. 
 
» Reply to this comment...

Posted by org sabah, on 10-02-2010 23:55, IP 110.159.96.252, Guest
12. Penggunaan nama Allah di sabah
Sebenarnya di Sabah kalimah Allah sudah digunakan oleh orang Kristian sejak sekian lama. Malah di dalam bible Bahasa Malaysia yang digunakan kebanyakan orang Kristian di sana, memang perkataan Allah digunakan untuk merujuk kepada Tuhan. Dalam konteks dakwah, penggunaan kalimah Allah oleh orang-orang Kristian membuka peluang dakwah yang cukup luas untuk orang Islam. Ini kerana di dalam bible Bahasa Malaysia mereka, banyak ayat yang menyatakan "Allah Tuhan Yang Satu". Ini jelas bertentangan dengan amalan mereka yang mempercayai konsep trinity (syirik) dan seterusnya terpesong dari apa yang terkandung bible itu sendiri. Maka, percanggahan ini boleh dijadikan hujah oleh orang Islam untuk berdakwah kepada orang-orang Kristian ke jalan yang lurus dan diredhaiNya. Alhamdulillah hasil dakwah ayah saya berdasarkan perkara ini, ramai orang Kristian yang sudah memeluk Islam di Sabah. Ramai yang sudah kembali kepada fitrah dan berpegang kepada tauhid.  
 
Lihatlah dari pandangan hati bukan dari pandangan emosi. Begitu besar hikmah yang Allah berikan bila timbul isu ini.
 
» Reply to this comment...

Posted by aku, on 10-02-2010 16:35, IP 202.190.99.125, Guest
13. salam
Salam... maaf, ustaz.. saya fikir kurang adil ustaz mengatakan mereka yang melarang "bukan sangat bergantung kepada teks al-Quran dan Hadis"...  
 
ketahuilah ustaz, mereka juga jelas perihal keHARUSan ini.. Mereka juga tahu hukum ini seperti mana ustaz tahu... 
 
apa mereka menjelaskan sesuai dengan tahap kefahaman umum umat diluar.. Ustaz mungkin faham, jawapan yang perlu diberikan kepada pemberita adalah berbeza dengan ceramah. Penegasan isi-isi penting adalah perlu.. masa juga jadi sekatan... Hanya sekadar mendengar ucapan selama 5- 10 minit dr mereka, terus ustaz mendakwa mereka 'tidak berhujah menggunakan teks Quran dan Hadis'.. Saya fikir itu kurang adil... melainkan ustaz sendiri yang duduk bertanya dengan mereka.. 
 
Benar, hujah Al-Quran adalah sangat penting... tapi hujah-hujah yang mereka berikan tidak boleh dikesampingkan... Oleh kerana kita berhadapan denga kaum kristian... maka hujah-hujah inilah yang sesuai digunakan.. bagi menegakkan kaedah Sad Zara'i. 
 
 
UZAR : saya merasakan sdr gagal memahami artikel saya dgn baik, mungkin akibat sdr dari pembacaan sdr sendiri atau mungkin juga atas sebab cara penulisan saya. Kelihatan sdr emengambil dan menilai sdesesuatu secara negatif. sedangkan ia tidak sedemikian. tidak mengapalah. 
 
Bagi rasa tidak ada persoaalan tidak adil dalam menilai hujjah mereka di sini, kerana :- 
 
1) saya merujuk kepada penulisan mereka di siarkan di media awam sendiri seperti di blog, web dan disebarkan melalui internet, bukan yang disiarkan di akhbar yg dipotong2. idak timbul soal pemberita potong dsbngnya.Malah saya tak tgk langsung ucapan2 di berita, saya hanya depend on tulisan lengkap mereka.  
 
2) apa yang adil adalah menilai apa yang terzahir (sbgmn hadis Nabi yang menyebut hal ini), apa yang tak terzahir tiada sapa boleh menilai. justeru keadialan dalam konteks ini adalah saya menilai dari apa yang terzahir dalam penulsian atau percakapan mereka, justeru itu jelas mereka tidak berhujjah tentang perngahraman dgn mana-2 dalil specifik al-quran atau hadis , tetapi hanya berhujjah dgn dalil2 sampingan spt sadd zarai' , masalaht dll .  
 
Kelihatan sdr tidak sedar atau baca melmompat sehingag sdr tidak membaca bahawa saya pun berhujjah dgn dalil sampingan juga bila saya sokong pengharaman, cuma apa yg nak ditegaskan, kumpulan yg melarang tidak guna dalil specifik nas utk haram tapi dari dalil2 lain spt qawaid fiqhiyyah dsbgngya. Bermakna merkea dan juga saya berhujjah tentang pengharaman berdasarkan dalil2 sampingan dan bukan dalil SPECIFIK dari al-Quran dan Hadis. 
 
 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by ako, on 10-02-2010 16:23, IP 41.237.214.230, Guest
14. keliru lagi....
salam ustaz.. 
 
Ana yg tanye pasal Doa Qunut hari tu.. 
alhamdulillah..settle... 
 
Baru2 nie ana ade dgr ceramah... 
die kate...Dalam solat, sujud tilawah tu HANYA dilakukan ketika dibaca surah AsSajadah sahaja..selaen surah AsSajadah tu TIDAK boleh...betul ke ustaz???Tidak pasti pulak dalam solat jemaah atau pun ifrad maksud penceramah tu.. 
 
tolong jelaskan ye ustaz.. 
 
wasalam
 
» Reply to this comment...

Posted by GREEN, on 09-02-2010 15:11, IP 202.171.42.3, Guest
15. assalamualaikum
salam,ustaz 
 
apa yang sya faham dari penjelasan dr.harun din.seseorang ditakuti jatuh kufur,jika membenarkan p;gunaan nama Allah pada TUHAN (bukan berhala2 @ perantaraan )yg lain dari Allah. 
 
dlm konteks agama kristian,mereka menganggap Allah itu yesus dan yesus itu Allah.Allah dalam pandangan mereka itu adalah nabi isa! 
 
sbg contoh klu seseorang itu menyembah Lucifer sebagai tuhan lalu mangatakan dia(lucifer/Azazil) itu Allah, lalu kita membenarkanya..adkah tidak terjejas akidah?meletakan Allah pada sesuatu yg lain. 
 
betulkan jika sy salah
 
» Reply to this comment...

Posted by ziera, on 09-02-2010 09:12, IP 202.185.32.254, Guest
16. minta keizinan
salam ustaz...minta keizinan daru ustaz utk saya publishkan dalam blog saya tentang penggunaan nama Allah ini. 
 
 
UZAR : sila
 
» Reply to this comment...

Posted by aini, on 09-02-2010 08:23, IP 211.25.58.174, Guest
17. jelas
Assalamualaikum UZAR 
 
Terima kasih atas artikel yg diberikan. Bagi saya pejelasan ini sgt jelas.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sodiq, on 09-02-2010 01:10, IP 120.141.201.195, Guest
18. Ihtiat dan Sadd al-Zara'i
"Jikalau keputusan mahkamah (selepas rayuan) tetap mengizinkan penerbit Kristian menterjemah kalimah ‘God' kepada Allah dalam penerbitan mereka. Saya bersetuju dengan pandangan pelbagai pihak yang mencadangkan agar Kerajaan mengadakan segera muzakarah dan dialog di antara ulama, pakar undang-undang dan pihak Kristian bagi memastikan kebenaran itu tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam dan segala penulisan dihadkan kepada penganut Kristian semata-mata. Tatkala itu syarat-syarat dan perjanjian perlu dibuat bagi menjaga kehamonian masyarakat dalam Negara".  
 
Bagaimana kita dpt menjamin kebenaran yg diberi tidak digunakan untuk mengelirukan umat Islam? Kerana penyelewengan penggunaan bagi kita, adalah sebaliknya bagi mereka (tdk menyeleweng). Kerana sememangnya akidah mereka tidak bertauhid seperti kita. Tidak dapat tidak ia sememangnya akan mengelirukan. Syarat2 segala penulisan dihadkan kepada penganut Kristian semata-mata, bukan persoalan kerana memang permohonan asal mereka untuk penganut mereka sahaja. Oleh itu, pd pendapat saya, berihtiat lebih baik, sbb keadaan skg kuasa menjaga agama terletak pada pemerintah. Jika kita membenarkan, seolah kita membiarkan nama Allah yg suci digunakan sebarangan tempat/konteks ayat yang tidak sesuai kerana kita tidak boleh mengharapkan mereka menjaga kesesuaian konteks kerana dari awal konsep tuhan mereka bukan meng'esa'kan Allah. Seperti kata Ust dlm salah satu perenggan, jika mereka tahu dan pandai menggunakan kalimah Allah di tempat yg sesuai, sudah tentu mereka sudah Islam, bukan penganut Kristian.
 
» Reply to this comment...

Posted by umaralbanjari, on 09-02-2010 00:01, IP 202.184.124.13, Guest
19. no title
alhamdulillah, habis gak baca. 
 
dan.. 
 
selepas tamat isu nama Allah ni, saya nak lihat berapa ramai pula yang akan turun berdemo mempertahankan syariat Allah. 
 
apa maksudnya ini, sesetengah umat Islam yang berkobar2 mempertahankan kalimah Allah dalam masa sama menentang syariat Allah. 
 
munafik? maybe...
 
» Reply to this comment...

Posted by ADAM AMIN, on 08-02-2010 23:09, IP 115.134.12.75, Guest
20. BUKAN POLITIK CARI MAKAN
:) ;)  
Salam Ustaz. 
 
Nak Tanya. 
Politik di Malaysia adalah politik cari makan seperti PAS, UMNO dan PKR. 
 
Sepatutnya parti politik Islam menggunakan pendekatan DAKWAH. 
Inilah baru dikatakan perjuangan berdasarkan Al-Quran dan Sunnah Nabi. 
 
ADAM AMIN 
Jerlun 
Kedah
 
» Reply to this comment...

Posted by mohdsyahid, on 08-02-2010 21:57, IP 60.53.16.241, Guest
21. Kristian & Nama Allah
ustaz...betul ke agama kristian hanya utk bani israel je...??? :?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hanif muslim, on 08-02-2010 13:54, IP 210.19.78.156, Guest
22. Yang Maha Mulia
Berkenaan isu kalimah Allah ini, bagaimana pula sultan kita pakai Yang Maha Mulia? Bukankah ini patut diperbincangkan? Merujuk e-fatwa, fatwa selangor kata tidak sesuai, namun fatwa kelantan kata harus kerana tidak diniatkan sama dengan sifat Allah. Bukankah kita sudah iktiqad Yang Maha Mulia adalah sifat bagi Allah, walaupun ianya translation dari Arab ke melayu. bolehkah saya kata kawan saya yang sangat pandai, Maha bijaksana, tapi tak iktiqad dalam hati sama dengan sifat Allah? Apa pandangan Ustaz?
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by izzuddin, on 08-02-2010 11:30, IP 203.82.80.13, Guest
23. pandangan saya
sy bersetuju dgn apa yg ustaz terangkan dlm artikel ini dan sememangnya itu adalah pendapat sy pd awalnya. artikel ustaz ini menguatkan lg pendapat sy.  
 
namun, sedikit berbeza dgn ustaz, sy fikir penggunaan nama Allah oleh Kristian tidak wajar dibenarkan di Malaysia atas beberapa sbb: 
 
1. akidah umat Islam di Malaysia ketika ini sangat rapuh dan tidak mustahil boleh terpesong dgn kelulusan penggunaan nama Allah oleh kristian. 
 
2. saya percaya kristian tidak akan hanya menggunakan nama Alah dalam "The Herald" tetapi akan menggunakannya dlm artikel-artikel lain juga. 
 
3. saya juga percaya mereka mempunyai agenda lain iaitu hendak menggunakan nama Allah dlm artikel dakwah mereka dan seterusnya menyebarkannya kpd org Islam. seperti yg disebut sblm ini, akidah org Islam di Malaysia sgt rapuh. so, x mustahil penganut kristian akan bertambah. 
 
Ketidaksetujuan saya ni bukan berasaskan hukum2 dan sy tidak mempunyai masalah dgn apa yg ustaz terangkan dlm artikel ustaz. tetapi melihatkan keadaan umat Islam di Malaysia sekarang ini, kelulusan tersebut tidak wajar. cuba bayangkan, saya pernah terbaca satu kisah, si polan ini telah murtad kerana putus cinta. hanya disebabkan perkara yg sgt remeh, akidah blh runtuh. cuba bayangkan jika si polan tersebut menerima dakwah dr pihak kristian. sy rasa dgn mudah sahaja die blh terjerumus. 
 
wassalam. 
 
 
UZAR : pandangan sdr tersangat-sangat jelas menunjukkan sdr membaca artikel sekerat sahaja. sehingga salah faham terhadap pendirian saya. Jika baca sam[ai habis, akan jelas InshaAllah  
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Posted by Subhan Sulaiman, on 08-02-2010 11:30, IP 58.26.182.67, Guest
24. Pening...
Kami sebagaiorang awam pening berkaitan permasalahan ini.Ada yang kata boleh dan ada yang kata tak boleh. Rasanya elok ikut majlis fatwa sahaja. jika dilihat kesan jangka panjangnya terutama anak-anak yang tidak dapat didikna agama akan mudah terpesong kerana nama tuhan sama amalan berbeza. Jadi nanti mungkin ada fahaman pilih yang lebih mudah amalannya disebabkan tuhan sama " ALLAH "
 
» Reply to this comment...

Posted by abuhannah, on 08-02-2010 10:36, IP 124.82.158.113, Guest
25. salam
salam. saya mmg penggemar artikel tulisan ust. tahniah. tp pengamatan sy apa yg ust tulis biasanya ingin "bebas" dr keterikatan yg menyebbkan sy sendiri keliru dgn pendirian ust.Mgki sbb kelemhan sy yg kurang ilmu. 
Maaf. 
Keliru 
der
 
» Reply to this comment...

Posted by HIDAYAT, on 08-02-2010 10:07, IP 202.60.56.249, Guest
26. Nama Allah dan Kejahilan
Salam Ust, saya cuba ulas perkara ini dari sudut yang lain. 
Pandangan saya : tidak jadi masalah sangat orang Nasrani nak guna nama Allah semacam di negara Arab.Cuma masyarakat melayu di Malaysia yang mempertahankan kalimah Allah, ada di antaranya masih jahil tentang keTUHANan Allah berbanding nama Allah itu sendiri. Masalah syirik, kepercayaan harta dan akademik sahaja yg menjamin kemakmuran hidup, pluralisme agama, apatah perlaksanaan syariat Allah dari aspek perniagaan/kewangan, kehakiman, sosial/budaya..cuma kekeluargaan islam dari agensi agama negeri..sebagaimana kata guru saya, Allah bagi sesetengah orang melayu adalah tuhan di langit dan hanya sedikt di bumi ( kerana ketuhanan Allah masih belum diperhambakan selayaknya berdasarkan perlaksanaan hukum syariat yang ada sekarang). Penerapan pendidikan Aqidah di sekolah2 keb sangat sedikit, kerana pelajaran Agama pun sangat terhad masanya, jadi berapa jam kah dalam setahun dapat belajar mengenal Allah. tidak seperti matematik, sains, english yang ada tusyen, luar bahkan kelas tambahan di sekolah.  
Dari faktor asas agama pendidikan agama yang lemah ini, pihak nasrani cuba meluaskan skop dakwah mereka, dengan percubaan menggunakan kalimah Allah sebagai paradigm shift bagi menebusi masyarakat melayu malaysia. 
 
Kalaulah kefahaman aqidah tentang Allah begitu mantap dalam masyrakat melayu malaysia, taklah sampai menjadi isu sangat, bahkan boleh diadakan dialog antara Islam dan nasrani bagi menyeru kaum nasrani beriman dengan nama yang selayaknya sebagaimana mereka juga menggunakan kalimah Allah. 
 
kesimpulan : Mempertahankan aqidah Allah adalah induk bagi bagi mempertahankan kalimah Allah. ( kalau tidak hanya nama Allah sahaja yg tergantung dlm kereta, sedangkn tuan punya kereta menuju ke rumah tok bomoh dan tilik nombor ekor :) )
 
» Reply to this comment...
» See all 2 replie(s)

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom