Ada
yang keliru melihat pelbagai fatwa dan pandangan ulama diberikan dalam
stau-satu isu, sama ada isu yang melibatkan cabang aqidah, lebih lagi dalam isu
hukum ibadah, muamalat dan sebagainya. Lebih mendukacitakan terdapat yang
begitu 'tidak faham' atau sengaja 'buat-buat tidak faham' sehingga ke peringkat
menuduh para ulama mencipta hukum halal dan haram menurut nafsu dan kehendak
mereka sendiri, puak ini bukan sahaja menuduh dengan tuduhan sedemikian, malah
menjustifikasikan tuduhan mereka dengan mengatakan mengatakan ulama ini telah
mencabuli hak Allah yangboleh
menetapkan hukum.
Kecetekan
ilmu khususnya berkenaan Fiqh dan Usul Fiqh serta peranan dan tugas para ilmuan
Islam adalah antara punca tuduhan liar sedemikian berlaku. Kejahilan ini
menyebabkan ada sebahagian mereka mencerca ilmuan Islam sebagai 'ingin jadi
tuhan' kerana mengharamkan sesuatu, khususnya apabila bertentangan dengan kesukaan mereka.
Memang
benar, dalam Islam, seorang manusia tidak berhak untuk mengharam dan
menghalalkan sesuatu, hanya Allah dan RasulNya yang menentukan. Hakikatnya para ilmuan Islam sama sekali
TIDAK boleh mengharam dan menghalalkan sesuatu berdasarkan nafsu dan selera
mereka, malah mereka hanya menuruti garis panduan yang telah ditetapkan oleh
Allah dan Rasulnya, melalui kefahaman terhadap ayat-ayat Al-Quran, Hadis Nabi
dan segala jenis tafsirnya berdasarkan konteks bahasa, sebab turun, konteks
masa dan setempat dan lain-lain.
Selain
itu, sebahagian kumpulan manusia yang lain pula keliru dan lebih suka mencela para ilmuan Islam disebabkan perbezaan pandangan
mereka dalam sesuatu isu. Mereka dituduh tidak konsisten, mengelirukan dan
pelbagai lagi. Lebih buruk, apabila orang awam ini merasakan pandangan mereka
yang tidak didasari ilmu itu disangka lebih benar lalu mula mencerca imuan
Islam yang tidak disukai mereka atau kesemuanya sekaligus.
Sebenarnya
perbezaan ijtihad dalam hal ehwal hukum ini telah wujud sebelum imam-imam
mazhab empat lagi, ia sudah pun bermula ketika hayat baginda nabi Muhammad
s.a.w lagi. Terlalu banyak sebab dan punca kepada perbezaaan ini dan ia
bukanlah sesuatu yang negatif sekiranya dapat difahami asasnya. Ia hanya akan
menjadi negatif apabila orang ramai tidak memahaminya, taksub kepada sesuatu
pandangan serta tidak pandai mengendalikannya. Di ruangan terhad ini saya ingin
memberikan beberapa contoh sebab perbezaan itu berlaku, sejak zaman hayat
Rasulullah s.a.w lagi, antaranya :-
SEBAB PERTAMA :ARAHAN NABI YANG BERBEZA UNTUK INDIVIDU
TERTENTU
Sebagai
contoh dalam isu fiqh ibadah, Imam Muslim meriwayatkan terdapat sahabat yang
cacat pengelihatan mengatakan "Aku tidak punyai pemandu untuk ke masjid
bagi solat berjemaah, maka berilah aku keizinan untuk menunaikannya di rumah
sahaja" lalu baginda Nabi memberikannya izin.
Namun,
apabila baginda mengetahui sahabat tersebut menetap berhampiran masjid sehingga
boleh mendengar laungan azan, baginda menarik semula keizinannya.( Sohih
Muslim, no 1486 )
Walaupun
begitu, pernah diriwayatkan Nabi pernah memberi keizinan kepada seorang sahabat
yang lain bernama 'Itban bin Malik, tanpa ditarik semula keizinan. ( Sohih
Muslim, no 1496).
Kedua-dua
arahan mempunyai latarbelakang kisah yang tersendiri. Maka para ulama mempunyai
pendirian berbeza dalam menangapi kedua peristiwa ini sehingag memberi kesan
kepada ijtihad dan cara mereka meletakkan hukum. Lalu perbezaan pendapat
tersebar.
Begitu
juga halnya Nabi pernah memberikan izin kepada Abu Bakar as-Siddiq untuk
mendermakan keseluruhan hartanya, sedang nabi tidak mengizinkan seorang sahabat
lain untuk melakukan hal yang sama. (Riwayat Abu Daud, no 1678 dan no 3319)
Kedua-dua kes contoh ini bukan merupakan kes terpencil malah ia berlaku dalam
kekerapan yang banyak.
Ia
jelas menunjukkan Nabi memberikan arahan dan keputusan berbeza kepada orang
yang berbeza. Kebiasaannya ia mempunyai hubung kait dengan latar belakang
individu yang bertanya. Atas sebab ini, muncul ulama yang memberikan fatwa
berbeza, disebabkan perbezaaan dalam mengambil dalil dan memahami konteksnya.
Jika
ingin difahami, sebahagian ulama berpendapat bahawa Nabi membenarkan Abu Bakar
as-Siddiq r.a menyedeqahkan keseluruhan hartanya kerana baginda mempunyai
keyakinan terhadap keimanan Abu Bakar r.a, di samping yakin Abu Bakar mampu
untuk terus istiqamah dengan Islam, tanpa memeinta-minta bantuan dari baginda
Rasul, walau dalam keadaan seluruh harta telah disedeqah. Namun keyakinan yang
sama tiada bagi individu yang kedua, menyebabkan nabi melarangnya. (The
Differences of Imam, Syeikh Zakariyya An-Kandahlawi, White Thread Press,
London, 2004, p. 22)
Sama
keadaannya dalam kes sahabat bernama Hamza Ibn 'Amr Al-Aslami, beliau sudah
terkenal dengan amalan berpuasa banyak. Tatkala beliau ingin bermusafir, beliau
bertanya kepada Nabi, baginda menjawab:
Ertinya
: "Kamu bebas sama ada untuk berpuasa atau berbuka" ( Al-Bukhari, no
1943)
Sedangkan
dalam hadis lain, Nabi pernah menyebut :
Ertinya
: " Tiada sebarang kebaikan untuk mengekalkan puasa tatkala dalam perjalan
jauh" ( Muslim, no 2612 )
Kita
dapat melihat, perbezaan fatwa dan ijtihad pasti wujud disebabkan dua arahan
Nabi yang berbeza dalam dua situasi yang juga berbeza. Tentunya, kumpulan
sahabat yang mengetahui dan mendengar jawapan Nabi kepada Hamza berbeza dengan
kumpulan yang mendengar baginda di ketika melarang. Hasilnya, masing-masing
akan membawa dan menyebarkan apa yang didengarinya kepada orang lain dan
berterusan. Akhirnya, akan dapat dilihat dua hukum dalam satu isu.
Atas
dasar itu, terzahir peranan, keperluan kepada kebijaksanaan dan kajian mendalam
oleh para ulama dan ahli fiqh, iaitu bagi menentukan hukum yang lebih tepat
bagi situasi yang berada di hadapannya, diwaktunya dan negaranya. Mereka akan
menentukan sumber rujukan hadis dan latar di sebalik hadis terbabit, bagi
mengeluarkan jawapan hukum yang paling sesuai bagi keadaannya.
SEBAB KEDUA : ARAHAN KHUSUS
DILIHAT SEBAGAI ARAHAN UMUM
Terdapat
juga ketikanya, Nabi s.a.w memberikan arahan khusus bagi individu tertentu,
namun ia didengari oleh sahabat yang lain lalu menganggapnya sebagai arahan
umum buat semu lalu menyebarkannya. sebagai contoh : -
Ibn
Umar meriwayatkan bahawa nabi bersabda :
Ertinya
: Mereka yang mati akan diazab kerana ratapan si hidup ( Al-Bukhari, no 1287 )
Isteri
baginda Nabi s.a.w, 'Aisyah r.a menolak kandungan hadis ini dengan berpendapat
ia adalah kes khusus untuk seorang wanita Yahudi sahaja. ( Al-Bukhari, no 1289
) Aisyah juga membawakan ayat Al-Quran yang jelas menolak beban dosa si hidup
ditanggung oleh si mati. Ini adalah satu kes yang jelas bagaimana arahan Nabi
boleh dianggap oleh sekelompok ulama sebagai khusus, manakala yang lain
mengambilnya sebagai umum untuk semua.
Selain
itu juga berlaku kes, seorang sahabat nabi yang miskin bernama Sulayk
al-Ghartafani, memasuki masjid di ketika khutbah sedang berjalan, Nabi s.a.w
mengarahkannya untuk menunaikan solat tahiyyatul masjid dua rakaat terlebih
dahulu. (Sohih Muslim, no 2023)
Terdapat
ulama yang memahami arahan Nabi itu sebenarnya adalah khusus untuk sahabat
miskin ini sahaja, ia adalah kerana Nabi inginkan para sahabat yang lain dapat
melihat tahap kemiskinan sahabat tersebut (sewaktu beliau solat), seterusnya
tergerak untuk membantunya kelak. Atas keyakinan ini, mazhab Hanafi melarang
sesiapa solat tahiyyatul masjid ketika khatib sedang berkhutbah. Fatwa tersebut
berbeza dengan beberapa mazhab lain yang menggangap kebenaran tersebut adalah
untuk semua umat Islam dan umum bukan khas untuk seorang sahaja.
Para
sahabat Nabi yang berada di masjid ketika itu juga mempunyai perspektif berbeza
terhadap arahan Nabi itu, lalu ada yang meriwayatkannya tanpa dikhusukan kepada
apa-apa kes tertentu manakala ada yang memahami sebaliknya. Hasilnya, perbezaan
pendapat dan ijtihad berlaku, sama ada di kalangan sahabat sendiri dan tentunya
di zaman selepas itu.
Ibn
Qutaybah di dalam kitabnya Ta'wil Mukhtalaf al-Hadis pernah membawakan
kata-kata sahabat Imran al-Husayn ertinya :-
"Demi
Allah, aku sedar aku boleh meriwayatkan cukup banyak hadis jika aku ingin,
namun amalan yang dilakukan oleh kebanyakan sahabat menghalangku dari
melakukannya...sepengetahuanku terdapat kekurangan (kurang tepat) dalam
sebahagian penyampaian mereka."
Atas
dasar ini, Khalifah Umar al-Khattab semasa pemerintahannya, melarang para
sahabat meriwayatkan hadis dalam kadar yang terlalu banyak kerana dibimbangi
ketidakfahaman mereka serta latar belakang mereka selaku para sahabat yang agak
jauh dari Nabi serta kurang pakar dalam bab hukum, lalu boleh menyebabkan
kefahaman mereka tersasar dari konteks sebenar lalu menambah kusut dan keliru.
Atas sebab itu, kita dapat melihat hanya beberapa orang sahabat sahaja yang
banyak meriwayatkan hadis seperti Abu Hurairah, Aisyah sendiri dan beberapa
yang lain. Itu pun sekadar sukar untuk melebihi 5,000 hadis. (Tazkiratul
Huffadz, Imam Shamsuddin Az-Zahabi,1/7)
KETIGA : PERBEZAAN KEFAHAMAN DAN
PERSEPI
Agak
kerap juga berlaku, sesuatu ibadah nabi dilihat oleh ramai sahabat di
waktu-waktu yang berlainan. Keadaan ini menghasilkan kefahaman yang
berbeza-beza terhadap apa yang perlu dilakukan.
Sebagai
contoh,di ketika nabi s.a.w menunaikan
Haji, sebahagian sahabat mengatakan nabi melaksanakan Haji Ifrad kerana beliau
mendengar nabi menyebut "Labbayka bi hajjatin" ertinya (Aku
mempersembahkan diriku untukMu, Wahai Allah untuk melaksanakan haji"
(Sunan an-Nasaiae dan Al-Bayhaqi, no 8830)
Ramai
ahli hadis mengatakan jalur periwayatan hadis ini adalah sohih, namun begitu
sebahagian sahabat lain pula meriwayatkan bahawa nabi melaksanakan Haji Qiran
(Rujuk Sohih al-Bukhari, no 1563 ; Muslim no 2995)
Kedua-dua
periwayatan ini kelihatan bertembung kerana kedua-dua jenis Haji adalah
berlainan antara satu sama lain. Masalah membesar apabila haji Qiran juga boleh
dimulakan dengan lafaz yang sama. Di ketika itulah wujudnya peranan ulama
Mujtahid sama ada dari kalangan sahabat Nabi atau selepasnya. Mereka
bertanggungjawab untuk mengharmonikan nas-nas yang kelihatan bertembung ini dan
menjelaskan kekeliruan.
Sa'id
Ibn Jubayr seorang ulama besar di kalangan tabien, pernah menegaskan kekeliruan seperti ini kerap
berlaku sebagai contoh, ketika nabi berada di Miqat di dhul khulayfa untuk
memulakan ihram, baginda menunaikan solat sunat dua rakaat di dalam masjid dan
memulakan ihramnya. Maka sebahagian sahabat yang dapat melihat perlakuan nabi
itu, kemudiannya ketika Nabi menaiki untanya, dan sewaktu unta ingin bergerak
Nabi menyebut "labbayk" , di ketika itu sudah pasti ramai yang berada
di sekeliling Nabi dan mendengar baginda melafazkan kalimah itu.
Di
sebabkan ramainya sahabat di sekeliling baginda, maka tidak semua dapat
mendengar dengan jelas, kemudian, di ketika nabi berada di punca Bayda, sekali
lagi baginda melafazkan Labbayk secara kuat. Semua sahabat yang mendengar pada
setiap kali nabi mengucapkannya akan mempunyai persepsi yang berbeza dengan
yang lain, kerana ada yang mendengar buat pertama kali dan ada yang mendengar
buat kali ketiga dan kedua. Keadaan itu adakalanya boleh menyebabkan perbezaan
dalam meyimpulkan hukum dan sunnah.
Abdullah
ibn Abbas adalah antara yang mendapat gambaran paling jelas tentang tatacara
nabi menunaikan haji, beliau dikira sebagai salah seorang ulama mujthad di
kalangan sahabat yang perlu diriujuk bagi mendapatkan penjelasan dan panduan
yang tepat.
Selepas
zaman sahabat, para ulama mujtahid sentiasa mempunyai maklumat yang lebih
jelas, namun begitu, ia tidak dapat mengelak dari perbezaan persepsi yang
akhirnya membawa kepada kesimpulan hukum yang berbeza.
KEEMPAT : SATU PERKATAAN YANG
MEMPUNYAI PELBAGAI MAKSUD
Sudah
menjadi kebiasaan dalam apa jua bahasa, satu perkataan boleh sahaja mempunyai
dua tiga atau lebih maksud. Sama ada perbezaan itu berdasarkan bahasa rasmi dan
persuratan ataupun terpenegaruh oleh dialek setempat.
Dalam
hal ini, perkataan wudhu adalah jelas merupakan perbuatan ibadah khusus untuk
menunaikan solat dan memegang Al-Quran. Namun begitu, dari sudut bahasanya,
wudhu juga membawa maksud membersih dan membasuh tangan dan boleh membawa
maskud wudhu pada istilah ibadah.
Imam
At-Tirmidzi menyebut dalam kitab beliau Shamail, Seorang sahabat bernama Salman
satu hari bertanya kepada Nabi, katanya menurut kitab Taurat, wudhu selepas
makan boleh membawa berkat, lalu beliau meminta ulasan dari baginda Nabi. Nabi
kemudiannya menjawab :
"Wudhu
sebelum dan juga selepas makan adalah sumber keberkatan dalam makanan
tersebut" (Shamail, no 186 )
Di
dalam hadis yang disebutkan oleh Salman ini, majoriti ulama berpendapat lafaz
'wudhu' yang digunakan merujuk kepada erti asalnya iaitu basuhan tangan dan bukan
wudhu pada istilah Fiqh (iaitu basuhan beserta niat bermula dari wajah dan
seterusnya).
Demikian
juga sebuah dalam situasi yang direkodkan oleh Bazzar, bahawa sahabat nabi
Muadz r.a ditanya : Adakah kamu mengambil wudhu selepas menikmati makanan yang
dibakar oleh api?? : Beliau menjawab : "Kami hanya membasuh tangan dan
mulut sahaja" namun ia dilafazkan sebagai wudhu.
Keadaan
ini menyebabkan para ulama mazhab boleh berbeza ijtihad dalam menentukan sama
ada perlu berwudhu dalam bentuk ibadah khusus setiap kali selepas menikmati
makanan yang dibakar di atas api atau hanya perlu membasuh mulut dan tangan?.
Majoriti berpegang kepada erti wudhu secara bahasa iaitu basuhan sahaja, namun
terdapat ulama yang berpandangan selainnya.
Bersandarkan
kepada sebab-sebab yang dinyatakan di atas dan banyak lagi sebab yang lain,
hukum di dalam pelbagai bab dan bidang hukum juga turut terkesan. Lalu muncul
pandangan dan ijtihad yang berbeza dari seorang alim kepada yang lain.
Orang
ramai tidak perlu merasa pelik dan susah hati dengannya. Apa yang perlu,
serahkan urusan kepada mereka yang pakar dan ahli di dalam bidang mereka. Jika
orang awam sudah mula berfatwa bersandarkan satu dua hadis atau ayat, dan
kemduian merasa diri lebih benar dari kefahaman mendalam dan kajian khusus oleh
para ilmuan, itulah tanda kehancuran akan mendatang.
Posted by Habibollah, on 10-05-2010 16:31, IP 202.93.216.10, Guest
2. Ulama/Imam yang lain
assalamualaikum ustaz, saya pada masa ini baru berkecimpung dalam usuluddin, bulih ustaz berikan saya starting point, sapa lagi tokoh-tokoh ulama/imam yang di iktiraf pendapat mereka dalam islam selain imam mazhab yang 4. yang saya maklum, imam bukhari,imam tarmidzi, imam ghazali. bolehkah ustaz recommend saya buku yang mesti dibaca untuk mengambil pendapat-pendapat dari imam/ulama-ulama yang di iktirafkan ini untuk pengajian saya.
Posted by Asrar, on 06-05-2010 10:06, IP 219.93.77.222, Guest
3. Bahaya Ulama Dunia
Salam,
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Rosaknya agama disebabkan tiga perkara, iaitu faqih (ahli agama) yang jahat, pemimpin yang zalim dan orang yang bodoh tetapi mahu berijtihad." (Hadis Riwayat Dailami dari Ibnu Abbas).
Posted by Hadi, on 11-03-2010 09:45, IP 202.75.62.10, Guest
4. Muzakarah
Assalamu'alaikum, Saya ad pendapat yang mana mungkin pendapat saya ni salah disebabkan kefakiran saya dalam Islam.Saya kurang bersetuju dengan kalimah "ingin jadi'tuhan' &.............." pada tajuk perbincangan ini kerana ia mungin boleh menyebabkan ramai orang yang tidak mengenal Allah S.W.T itu mempunyai tafsiran yang salah yang boleh menjejaskan akidah mereka sendiri dalam mengesakan Allah S.W.T.
Mungkin Saudara boleh membuat perubahan tajuk pada perbincangan ini untuk kebaikan umat manusia. Yang mana Nabi s.a.w pernah bersabda bahawa orang yang beriman itu menyelamatkan manusia dengan harta dan jiwa mereka. InsyaAllah
Posted by Muslim, on 11-03-2010 00:38, IP 203.82.92.29, Guest
5. setuju
salam us. sy amat tertarik dan bersetuju dgn penjelasan yg us utarakan. sepatutnya kesemua perlu berlapang dada dlm masalah khilafiah. tetapi ketaksubanlah yg menyebabkan masalah itu berlaku dikalangan umat. byk perkara yg ulama lihat sblm mengeluarkan sesuatu hukum termasuklah melihat kepada Maqasid Al-Syariah itu sendiri. sy rasa amat tidak adil bila kita mengatakan bhw ulama-ulama Islam menurut hawa nafsu dlm mengeluarkan hukum. ini adalah kerana para ulama ini adalah pewaris para nabi. Firmannya Allah s.w.t. HNEN' #N1R3NDRFN' EPFR BN(RDPCN %PD'QN 1P,N'D'K FQOH-PJ %PDNJRGPER AN'3R#NDOH' #NGRDN 'D0QPCR1P %PFR COFR*OER D' *N9RDNEOHFN 'DF-D : 43 Maksudnya : "Dan Kami tidak mengutuskan sebelum kamu melainkan orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka : maka tanyalah kepada Ahli zikir sekiranya kamu tidak mengetahui"
Ibnu Kasthir rahimahullah menerangkan dalam tafsirnya, bahawa dari Ibnu Abbas r.a. mengatakan : ketika Allah s.w.t. mengutuskan Muhammad s.a.w. menjadi rasul maka, masyarakat Arab telah menolak Muhammad s.a.w. sebagai seorang rasul. Ibnu Kasthir menjelaskan bahawa perkataan 'D0C1 itu adalah merujuk kepada Ahli Kitab yang terdahulu. Beliau mentafsirkan ayat di atas bahawa Allah s.w.t. menanyakan persoalan kepada kaum Musyrikin dengan pertanyaan : Adakah yang telah diutuskan kepada kamu dahulu manusia atau malaikat? Sekiranya malaikat kamu mengingkarinya, dan sekiranya manusia maka kamu tidak menolaknya, maka adakah kamu menolak Muhammad s.a.w.itu sebagai seorang rasul? Ibnu Kasthir menyambung lagi " sebagaimana yang diriwayatkan oleh Mujahid, dari Ibnu Abbas r.a. : sesungguhnya penerangan tentang ahli zikir itu adalah ahli Kitab, dan menurut pendapat Abdul Rahman bin Zaid : Az-Zikr itu adalah Al-Quran.
Dr. Muhammad Sulaiman Abdullah Al-Asyqar dalam kitabnya Zubdah At-Tafsir dalam menjelaskan ayat sebelum ini, beliau menjelaskan bahawa Allah s.w.t. memberitahu kepada golongan Musyrikin melalui lisan nabinya s.a.w. " tanyalah wahai kaum Musyrikin kepada Ahli Kitab sekiranya kamu tidak mengetahui, sesungguhnya mereka (Ahli Kitab) akan memberitahukan kepada kamu : sesungguhnya kesemua nabi adalah dari kalangan manusia. Bagi menyokong pendapat ini, Ibnu Kasthir menjelaskan berpandu kepada firman Allah s.w.t. dalam ayat yang lain iaitu : %PFQN' FN-RFO F2DRFN' 'D0QPCR1N HN%PFQN' DNGO DN-N'AP8OHFN 'D-,1 : 9 Maksudnya : "Sesungguhnya Kami (Allah s.w.t.) telah menurunkan Az-zikra (Al-Quran) dan sesungguhnya Kamilah (Allah s.w.t.) yang menjaganya (yakni al-quran)" Oleh itu, Ahli Az-Zikr itu adalah merujuk kepada ahli Al-Quran yang mana mereka ini memahami apa-apa yang terkandung dalam Al-Quran dan memahami Hadis Nabi s.a.w. Dengan kata lain, mereka ini adalah golongan ulama kerana merekalah pewaris para nabi yang Allah s.w.t. jadikan mereka seperti kedudukan bintang-bintang di langit sebagai petunjuk ketika kegelapan di daratan dan lautan. Walaupun terdapat sesetengah pendapat dalam masyarakat Islam sendiri menolak untuk mengikut/mengambil pendapat/ijtihad para ulama adalah berdasarkan dalil ini. Firman Allah s.w.t. : '*QN.N0OH' #N-R(N'1NGOER HN1OGR(N'FNGOER #N1R(N'(K' EPFR /OHFP 'DDQNGP 'D*H() : 31 Maksudnya : " Mereka menjadikan para ulama-ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah..."
Adalah kurang tepat apabila dalil ini ditafsirkan dengan mengatakan ianya merujuk kepada para ulama-ulama Islam khususnya ulama-ulama mujtahid dalam menolak keharusan untuk mengikut pendapat yang mereka hujahkan. Firman Allah s.w.t. : '*QN.N0OH' #N-R(N'1NGOER HN1OGR(N'FNGOER #N1R(N'(K' EPFR /OHFP 'DDQNGP HN'DREN3PJ-N '(RFN EN1RJNEN HNEN' #OEP1OH' %PDQN' DPJN9R(O/OH' %PDNGK' HN'-P/K' DN' %PDNGN %PDQN' GOHN 3O(R-N'FNGO 9NEQN' JO4R1PCOHFN Maksudnya : "Mereka menjadikan para ulama-ulama dan rahib-rahib mereka sebagai tuhan selain Allah, dan mereka juga mempertuhankan Al-Masih Isa Ibn Maryam, padahal mereka hanyalah diarah/diperintahkan untuk menyembah/mengabdi kepada Tuhan Yang Maha Esa, tiada Tuhan selain Dia (Allah), Maha Suci Allah dari apa-apa yang mereka sekutukan." Ulama mufassirin dalam menjelaskan ayat di atas adalah merujuk kepada Golongan Yahudi dan Golongan Nasrani yang mana mereka ini mengambil pendapat dari golongan ulama-ulama mereka dan rahib-rahib mereka tentang sesuatu hukum hakam secara membuta tuli sedangkan golongan yang mereka ikuti itu mengeluarkan hukum berdasarkan hawa nafsu mereka semata-mata tanpa mengikut panduan Kitab Taurat dan Kitab Injil. Hukum-hakam yang ulama dan rahib mereka keluarkan menyalahi hukum yang telah Allah s.w.t. tetapkan. Perbuatan mereka yang hanya menurut hukum yang jelas bercanggah dengan kehendak Allah s.w.t. inilah yang dimaksudkan menyamakan ulama dan rahib mereka dengan Allah s.w.t. dalam menentukan hukum-hakam. Dalam tafsir At-Thobari, Abi Ja'afar Muhammad bin Jarir At-Thobari menjelaskan bahawa, 'Uday bin Hatim telah mendengar nabi s.a.w. membaca surah bara'ah lalu bertanya: "Wahai Rasulallah, sesungguhnya kami tidak menyembah kepada mereka itu (golongan rahib dan ulama mereka), dalam riwayat yang lain "sesungguhnya mereka tidak menyembah kepada mereka itu (golongan rahib dan ulama mereka) berkata nabi s.a.w. : "Bukankah mereka menghalalkan apa yang telah diharamkan Allah maka mereka turut menghalalkannya dan mengharamkan apa yang telah dihalalkan Allah maka mereka turut mengharamkannya? Ibn Hatim menjawab : "Ya sudah tentu" nabi s.a.w. berkata : "maka itulah tanda penyembahan mereka". Maka ayat ini lebih merujuk kepada ulama dan rahib dari golongan yahudi dan nasrani yang mana mengeluarkan hukum hakam mengikut hawa nafsu semata-mata berbeza dengan ulama-ulama Islam khususnya para Ulama Mujtahid yang mana mengeluarkan hukum berdasarkan Al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. dan berijtihad tentang sesuatu masalah-masalah semasa dengan bersandarkan kepada Al-Quran dan Sunnah nabi s.a.w. Mereka inilah yang disebut sebagai Ahli Az-Zikr. Mereka ini berperanan menghuraikan dan menjelaskan kehendak Allah s.w.t. dalam ayat Al-Quran dan menerangkan maksud Hadis nabi s.a.w. serta pengertiannya. Wallahu a'lam
Posted by Hamba Allah, on 10-03-2010 20:14, IP 124.13.59.249, Guest
9. persoalan?
Salam semua dan UZAR
Bagaimana pula dengan sesetengah Ustaz yang mengeluarkan kenyataan halal dan haram, tetapi tidak muktamad dari nas-nas agama?
Sebagai contoh, meminum air Sirap. Tiada satu pun nas yang mengharamkannya. Tetapi datang satu makhluk mengatakan ianya "HARAM" atas alasan perisa yang di gunakan banyak pewarna.
Mungkin untuk menjaga kemudaratan & kesihatan ianya di anggap betul, namun bolehkah perkataan "HARAM" itu keluar? atau sepatutnya ia hanya makruh atau sebagainya?
Posted by sawang, on 10-03-2010 18:08, IP 218.111.65.171, Guest
10. salah faham lagi...
Assalamualaikum. Saya kompem lepas ustaz dah tulis macam ni pun masih ramai yang akan salah faham dengan tulisan ustaz... Penin dibuatnya... Susah kalau orang awam taknak belajar dengan ulama sepenuh-penuhnya. Kalau sikit ambik kat situ sikit ambik kat sana, boleh rosak jadinya. Akhirnya mereka akan ambil apa yang disukai nafsu sahaja...
Posted by Hamba Allah, on 10-03-2010 16:56, IP 202.93.216.9, Guest
11. Sekadar Renungan.
BISMILLAH HIR RAHMAN NIR RAHIM
assalamualaikum,
saya memang berminat dengan topik ini kerana ia amat menarik bagi saya.
cuba kita renung ayat ini: A)surah Ali imran :28] Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah.
B)surah al maaidah [64]..Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.
dari scenerio: (1) najis anjing imam mazhab berlainan pendapat tetapi yang disebut oleh Nabi Muhammad s.a.w hanyalah air liurnya sahaja. yang kasihannya effect dari ini, manusia yang berpegang pada "hukum yang strict" suka menyeksa anjing kerana ia satu bebanan bagi mereka. Ini sudah melanggar (B).
"Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu...." ayat 38 surah al-an'aam
2)perkara yang diharamkan dalam islam: barang yang diharamkan (babi) dalam jual beli tidak dikira sah walaupun ada akad ijab kabul tetapi talak ketika haid adalah sah walaupun ia diharamkan bagi pendapat majoriti ulama.adakah ini sudah melanggar (A)..wallah wa lam.
petunjuk dari surah an-nisa ayat 59 untuk menjawab permasalahan agama:
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
ILMU: Ya Allah, aku serahkan/kembalikan perkara yang kami berbantah-bantahan dalam perkara agama kepada mu ya ALLAH kerana yang demikian adalah lebih baik, dan lebih elok pula kesudahannya.
Posted by ahmad_hisyam, on 10-03-2010 09:33, IP 58.26.217.95, Guest
13. BUKU
assalam'alaikum wa rahmatullah.
tajuk perbahasan ni sangat baik. ramai yang tidak bersikap dengan sikap yang sepatutnya kerana tidak memahami asbab khilaf dalam kalangan ulama, sehingga merasakan pendapat yang mereka anuti adalah terbaik dan yang lain salah, seolah2 pendapat yang lain tidak bersandarkan nas.
saya cadangkan UZAR menulis sebuah buku berkaitan tajuk ni dan membahaskannya dengan lebih detail, sebagai tambahan kepada rujukan sedia ada seperti 'Fiqhul Ikhtilaf' Dr Yusuf al-Qardhawi dan lain2.
Posted by musykil, on 10-03-2010 01:45, IP 115.135.81.118, Guest
14. jual beli
assalaamu'alaikum warahmatullah UZAR,
maaf tajuk lain...baru2 ini semasa saya tiada di rumah, ada yg datang menjual ubat keluaran USA kpd isteri saya, peringkat awalnya isteri saya bersetuju utk membeli ubat tersebut secara tangguh (ambil ubat dulu, kemudian bayar secara ansuran), saya tidak bersetuju & tidak menggalakkan isteri saya makan ubat dari luar negara, lalu saya minta isteri saya pulangkan balik ubat tersebut kpd penjualnya, apakah hukumnya ust dari sudut jual beli Islam?
Posted by kakaishah, on 09-03-2010 23:05, IP 120.140.58.198, Guest
15. kejayaan adalah kedua2 kaki dlm syurga
salam..
Alhamdulillah..ditengah2 kekalutan dn kecelaruan umat Allah beri sy peluang menambah ilmu disini..semoga sesiapa jua umat nabi Muhammad saw yg terkeliru sebelum ini dpt hidayah melalui ilmu yg betul..rasa2 ulama skrg ni mcm sdg berdepan dgn perfect storm..besarnya pengaruh dn jumlah org2 yg berckp ikut sedap nafsu dn tafsir ikut kefahaman minda yg byk di brainwash oleh mindset org2 kafir..cth: maksud kejayaan adalah org yg berjaya menjadi terkenal,kaya sihat dn boleh melancong ke tempat2 yg terkenal..sehingga org x mampu telan liur tgk kemewahan mereka sdgkan disisi Allah satu pun tidak bernilai bila tiada taqwa..yg selalu sy ingt tp malangnya sy x psti sumber hadis ni..kejayaan ialah apabila kedua2 belah kaki berada di dalam syurga.. besar pula maksud yg tersirat yg perlukan pembelajaran berterusan..
USTAZ MESTI teruskn penerangan ttg org2 yg cetek ilmu agama wlupun kaya raya jd jutawan pangkat tinggi atau pengikut kpd seseorg ustaz kena berhati2 bila memberi pandangan di blog atau facebook masing2 krn ia memberi pengaruh kpd org lain yg juga cetek ilmu..terus berjuang ustaz2!! syukran wa jazakallah khaira katsira
Posted by alfindani, on 09-03-2010 22:21, IP 203.82.80.38, Guest
16. typing error agaknya..
Salam. Maaf ust.Pada perenggan ke 5 point ke 3 terdapat ayat "Said Ibn Jubayr seorang sahabat Nabi..". Seingat saya Said Ibn Jubayr adalah Tabi'in sahabat kpd Ibn Abbas Radhiyalluanhuma.Mungkinkah terjadi typing error di situ.. Sekian terima kasih.
UZAR : ye terima kasih, Said Ibn Jubayr adalah ulama besar tabien dan bukan sahabat. typo
Posted by Yahya, on 09-03-2010 15:39, IP 128.250.5.246, Guest
17. musykil
salam, ustaz,
di zaman sekarang ini, bila pendapat-pendapat telah diketahui semuanya, kenapa masih ada percanggahan pendapat? kenapa pendapat itu tidak diselaraskan?
contoh, berkenaan haji ifrad dan qiran, talbiah kali pertama, kedua dan ketiga. tidakkah ada pandangan yang paling betul antara ketiga-tiga pandangan tersebut? atau semua dianggap betul? terpulang pada pemahaman ulama' masing-masing? tapi, zaman sekarang ini, bila semua pandangan ulama' sudah diketahui, kenapa tidak dapat disatukan?
Posted by Salim, on 09-03-2010 15:09, IP 158.161.176.206, Guest
18. ulama jadi tuhan dan perbezaan pendapat
Ulasan yang adil dan ilmiah. Para ulama' kita juga mempunyai ilmu yang mendalam, cumanya pentas perbincangan isu-isu agama yang kontroversi jika boleh tidak dibuat di media perdana kerana kefahaman orang awam dan disiplin ilmu yang berbeza. Para ulama' juga harus bermuhasabah diri dan mengislahkan diri mereka sebelum sesuatu isu sensitif dibahaskan secara terbuka. Cth; bab khilafiyah; kritikan kepada imam ghazali dsb. Cara penyampaian ilmu juga penting, kena memahami pendengar dan disampaikan secara berlapik tetapi adil. Saya tertarik dengan cara penyampaian ustaz sendiri, ustaz zahzan dan juga 2-3 ustaz lagi di TV 9. Ilmiah, adil, nampak kezuhudan dan keberkatan ilmu itu. Semoga Allah merahmati tuan-tuan semua. Amin ya rabbal alamin.
Posted by Aku, on 09-03-2010 14:23, IP 125.237.37.240, Guest
19. Dugaan dari Allah
Assalamualaikum.Perbezaan pendapat amat sihat tp akan membawa keburukan jika masing2 bermati-matian mempertahankan hujah tanpa ada rasa langsung untuk berlapang dada. Bila pendapat org berilmu disanggah, fenomena ini amat menakutkan. Semoga golongan ilmuan agama terus tabah dengan suasana ini. Masih ada yg amat memerlukan pandangan2 ulama' utk dijadikan panduan. Semoga kita yg kurang ilmu dalam hal agama sentiasa berazam dan berusaha mempelajari sebyk mungkin utk bahagia di dunia dan akhirat. Bila golongan ulama' ditolak, diri sendiri mengundang bencana. Terima kasih kpd Ustaz Zaharuddin dan sarjana Islam yg lain yg tidak jemu2 menjawab persoalan mengenai agama Islam yg benar ini
Posted by huffazdq, on 09-03-2010 11:58, IP 60.49.234.149, Guest
20. setuju dgn UZAR
Slm UZAR...smg dalam naungan Allah selalu...amin...seronok baca ulasan UZAR dlm mengenengahkan sesuatu isu...sy harap sy dapat menambahkan ilmu sebanyak mungkin melalui nukilan2 UZAR...Jazakallahu khairan...wassalam.
Posted by Khairi, on 09-03-2010 09:00, IP 219.93.190.226, Guest
21. Terbaik!
Salam,
Ulasan yang dinanti2kan. Rasul sebagai manusia, berfikir dan membuat keputusan mengikut norma2 naluri kemanusiaan. Berbeza ia pada tempat, waktu dan orang yang ditujukan. MasyaAllah, sungguh besar rahmat kalau ada di zaman kita mujahid yang mampu merumus kembali sumber-sumber ilmu itu mengikut keperluan semasa dan tepat. Orang kta 'tajdid'