Saya
ingin bertanya berkenaan sewaan di dalam Islam. Boleh ustaz terangkan serba
ringkas. Selain itu saya ada rumah disewakan. dalam kontrak ada saya tetapkan,
jika penyewa tamatkan sewaan awal, maka dia kena tanggung sewa itu sehingga ada
penyewa baru mengambil tempatnya atau tamat tempoh kontrak asal. Contohnya:
kontrak 12 bulan, sampai bulan ke 10 dia kena pindah, maka disini dia kena
bayar sewa 2 bulan terakhir walaupun dia tak tinggal di rumah tersebut. Adakah
kes ni termasuk dalam riba juga? Bagaimana pula dengan perkhidmatan internet
streamyx yang memaksa pengguna membayar penuh jika menamatkan kontrak lebih
awal?
JAWAPAN :
Pertamanya,
tahniah kerana saudara telah bertransaksi dalam urusan sewa menyewa dengan
betul apabila kontrak disediakan. Di luar sana, terdapat ramai yang sedang
menyewa rumah sama ada di dalam atau di luar Malaysia tanpa disertai sebarang
perjanjian hitam putih. Sedikit malang kerana saya ada bertemu beberapa
individu di Malaysia dan luar negara yang kelihatan berbangga kerana kononnya
tuan rumahnya begitu ‘sempoi', mudah dan tidak formal.
Tiada perjanjian,
tiada deposit dan lain-lain, semuanya baguskatanya, tidak
memeningkan kepala untuk tandatangan di sana sini,
tidak perlu cari ‘referees'
untuk dokumen dan lain-lain.
Padahal individu
tersebut tidak sedar, tidak semua keadaan mudah di atas akan membawa kebaikan
buatnya. Mudah memang mudah di awalnya, namun bibmang atas kemudahan itu juga
melahirkan ketidakpastian (gharar) seperti boleh dihalau keluar secara
tiba-tiba. Tatakala itu, tiada sebarang dokumen boleh yang membantu
mempertahankan hak kita selaku penyewa.
Ketahuilah aqad
(kontrak) sewaan di dalam Islam adalah :-
1) AQAD JENIS LAZIM: Ia jenis
aqad yang tidak boleh ditamatkan dengan kehendak atau tindakan satu pihak
sahaja. Ia mestilah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Inilah yang
dinamakan aqad lazim.
Namun, jika anda menyewa rumah tanpa sebarang perjanjian hitam putih yang
jelas, walau dengan sebaik manapun tuan rumah anda.
Penamatan dari satu
pihak mungkin boleh berlaku dan boleh mengakibatkan pergaduhan dan
pertengkaran. Telah banyak saya dengar pelajar Malaysia di Jordan dan lain-lain
negara yang dihalau keluar dalam tempoh 24 jam oleh tuan rumah mereka, tiada
pilihan kerana tiada kontrak untuk menguatkuasakan hak bila berlaku masalah
ini. Bila ia berlaku, ia bercanggah dengan hukum Islam kerana ia adalah aqad
lazim.
2) MESTI ADA TEMPOH MULA DAN TAMAT
: Tempoh mesti ditetapkan dengan jelas : Bila bermula dan bila tamatnya. Ia
amat perlu bagi mengelak sebarang risiko terhadap penyewa dan memudahkan
pemberi sewa merancang juga. Namun, rumah sewa sementara saya baru-baru ini
tiada tempoh, ini menyebabkan saya kurang selesa dan menjadi sebab tambahan untuk
saya keluar segera dari rumah tersebut.
3) DEPOSIT DIBENARKAN:
Hukum Islam membenarkan tuan rumah mengambil deposit yang dinamakan ‘urbun'
dalam aqad sewaan. Dan ‘urbun ini adalah termasuk dalam kategori bayaran sewaan
juga, cuma ia dibayar in advance' sahaja.
Pengambilan ‘urbun
ini dibenarkan atas dalil tindakan Umar Al-Khattab
r.a yang melakukannya dengan persetujuan para sahabat yang lain. (Qarar Majma
Al-Fiqh Al-Islami Ad-Dawli no 72 (8/3) )
4) TANGGUNG JAWAB MAINTANANCE ASAS : Tidak
halal untuk tuan rumah untuk mensyaratkan penyewa untuk memperbaiki kerosakan
asal atau kerosakan major pada struktur asas rumah yang bukan rosak disebabkan
penggunaan penyewa. Adapun, menukar bulb
mentol yang terbakar boleh dipertanggungjawabkan kepada penyewa. (Al-Ma'ayir
As-Syar'iyyah, hlm 138 ; Fatwa Majlis Shariah Al-Barakah, no 9/9)
TUNTUTAN BAKI SEWA
Berkenaan
soalan sama ada penyewa boleh menuntut baki 2 bulan sewa dari penyewa yang
ingin menamatkan sewaan sebelum tarikh tamatnya. Pandangan majoriti ulama Fiqh [1] menyatakan
penyewa mempunyai hak untuk perkara tersebut disebabkan hadis :
Ertinya
: Orang Muslim tertanggugjawab atas persetujuan mereka, selagi mana tidak
mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram" ( Riwayat Ahmad 1/312 ;
Ibn Majah 2/783 ; sanadnya baik)
Maka
atas dasar hadis terbabit dan sifat sewaan yang tidak boleh ditamatkan kecuali
melalui persteujuan kedua belah pihak. Apabila tarikh sewaan telah ditetap dan
dipersetujui, kedua-dua belah pihak mesti menunaikan janji masing-masing.
Apabila penyewa ingin keluar lebih awal, dia tidak boleh menamatkan kontrak
sewa tersebut kecuali dengan persetujuan pemberi sewa.
Atas
dasar itu, pemilik rumah sewa berhak menerima baki 2 bulan sewaan berdasarkan
salah satu antara tiga situasi berikut :-
a-Bayaran baki 2 bulan itu dijadikan syarat
persetujuan menamatkan kontrak lebih awal. Tatkala itu, hadis berkenaan syarat
dan persetujuan bersama adalah terpakai dan wang itu tidak termasuk dalam wang
haram atau riba.
b-Baki bayaran 2 bulan itu masih boleh
dibayar atas asas sewaan juga, jika itu berlaku, maka penyewa masih tetap
mempunyai hak untuk menggunakan rumah terbabit selama baki 2 bulan. Kemungkinan
dia boleh membebarkan ahli keluaragnya yang lain memanfaatkan rumah tersebnut,
namun ia tertakluk kepada kandungan kontrak. Dalam konetks ini, pemilik rumah
pula tidak boleh menyewakan kepada selainnya sepanjang tempoh tersebut.
c-Baki bayaran 2 bulan itu, diambil atas
dasar WANG GANTI RUGI (TA'WIDH) atas pembatalan kontrak sebelum tempoh.
Ketiga-tiga
situasi di atas adalah diharuskan di sisi undang-undang Islam. Walaupun begitu,
dikira satu sifat terpuji jika pemilik bersikap ihsan atau memberi sedikit
diskaun kepada penyewa sekiranya alasan yang menyebabkan dia terpaksa
menamatkan segera sewaan adalah munasabah dan layak dipertimbangkan sewajarnya.
Kesimpulan,
selaku pemilik rumah sewa, anda sememangnya berhak dari sudut hukum Islam untuk
menerima semua bayaran sewa yang berbaki dan ia bukan riba di sisi Islam, malah
ia juga sah di sisi undang-undang berdasarkan kontrak yang ditandatangani
bersama. Cuma pertimbangan untuk memberikan potongan terhadap kos sewa tersebut
amat digalakkan di dalam Islam terutamanya jika pemberi sewa tidak terkena
sebarang mudarat hasil penamatan awal tersebut dan penyewa pula mempunyai sebab
yang munasabah.
Kes
yang sama terpakai bagi pengguna internet streamyx sebagai contoh, yang mana
kita biasanya mengikat kontrak untuk menggunakan khidmat ineternet selama 18
bulan, apabila kita ingin menamatkannya lebih awal, kita dituntut membayar
semua baki untuk bulan-bulan yang akan datang.
Posted by NAZID, on 31-05-2010 09:03, IP 60.50.130.166, Guest
1. Kontrak Streamyx
Masalah berlaku tidak dinyatakan secara jelas perlu ikat kontrak 12 bulan.Apabila kita ingin menamatkan awal kerana tidak mampu bayar tidak boleh dibatalkan. Bukankah ini penindasan perniagaan. Minta ulasan daripada Ustaz untuk menjelaskannya.
Posted by Lan, on 27-03-2010 15:58, IP 115.135.47.59, Guest
2. Tempoh tamat contract
Saya merujuk kepada syarat no. 2 kontrak di atas (Mesti ade tarikh mula dan tamat). Biasanye kontrak streamyx/maxis/dll. menyatakan tempoh minimum sewaan, i.e. seperti contoh 18 bulan di atas. Tapi tarikh tamat di benarkan dibuat bila2 sahaja selepas 18 bulan tanpe ditetapkan dalam kontrak. Ataupon tuan rumah yg mensyaratkan tinggal 2 tahun di sebuah rumah, selepas itu boleh berhenti bila2 masa.
Adakah terdapat unsur gharar dalam kontrak sebegini?
UZAR : kontrak sebegitu memang dibenarkan untuk berhenti, tapi MESTI ada persetujuan dua-dua pihak. tapi ada syarat tertentu speeti notis sekian sekian bulan.. dan lain2 tertakluk kpd persetujuan Tiada gharar jika telah aqad untuk 2 tahun.
Posted by Mohd Azam, on 22-03-2010 12:48, IP 203.82.92.13, Guest
4. http://www.youtube.com/user/YangAkuSegal
Kebanyakan soalan-soalan yang saya baca, setakat ni, adalah ada kaitnya dengan isu kontrak. Jadi, silalah benar-benar ambil iktibar akan poin ini, kerana masakan ia tidak penting jika tidak, Ustaz mulakan jawapannya (artikel) dengan mendahulukan poin tersebut. Wallahu 'alam.
Posted by shidki yusoff, on 15-03-2010 15:31, IP 175.144.7.236, Guest
5. Penyewa lari sebelum sain kontrak
Assalamualaikum wrt. wbt. Jika seorang penyewa duduk menyewa selama dua hari. Tanpa sempat menyain kontrak sewa dia dah keluar kerana alasan tidak munasabah. Walau bagaimanapun duit deposit sudah di bayar (melalui bank in). Adakah tuan rumah boleh memotong kos selama 2 hari daripada duit deposit (sebelum duit sewa dikembalikan semula)
Posted by ridzuan ramli, on 15-03-2010 11:28, IP 115.135.108.210, Guest
6. Penyewa gagal menyewa
Ustaz, ringkas cerita. penyewa pada mula berjanji mahu menyewa rumah saya dan meletakkan wang deposit untuk mengesahkannya tetapi mungkir pada akhirnya. bagaimana status wang deposit tersebut? FYi, Saya terpaksa menolak bakal2 penyewa lain yang berminat dan memberi keutamaan padanya kerana dia sudah mebayar wang deposit tersebut.
Posted by cahayapermata, on 14-03-2010 15:29, IP 203.82.80.82, Guest
7. motivasi
assalamualaikum ustz... sy teringin sgt ustaz tulis artikel pasal motivasi spt bagaimana ustz dapat kekuatan untuk melakukan byk kerja dalam satu masa n bagaiman ustz dapat kekuatan utk melakukan byk kerja?ustz xrasa stres ke?cikgu kat sekolah stres dgn perangai pelajar apa lagi ustz yg terlalu sibuk.adakah buat byk kerja dlm 1 masa ni dibiasakan n dapat dilatih?sy pun nk mencontohi ustz...terima kash.hrp respon drp ustz
Posted by Mohd Izwan, on 14-03-2010 00:07, IP 58.71.169.211, Guest
9. Menyalahi Kontrak..
Assalamu 'Alaikum. Ustaz, bagaimana pula jika dalam kontrak sewa rumah sbg contoh, pemilik rumah tetapkan hanya 7 org sahaja yang dibenarkan menyewa atau menghuni. tetapi, kami sebagai pelajar memikirkan kos rumah sewa yg mahal dapat dikurangkan bebannya dgn menambah beberapa rakan kongsi lain dan rumah berkenan pula sememangnya boleh menempatkan lebih daripada 7 org tersebut (dalam 9 atau 10 org). Bagaimana pula jika penetapan itu cuma melalui lisan shj, sememangnya tidak disebut dlm kontrak sewa tersebut?
Posted by Jeanne, on 13-03-2010 07:30, IP 203.82.80.74, Guest
10. tiada kontrak
Assalamualaikum...
Sekiranya tiada kontrak, tanpa apa2 perjanjian antara penyewa dan pemberi sewa, adakah penyewa berhak ke atas deposit walaupun menyewa dalam tempoh yang singkat cth 3 bulan dan telah membayar deposit 2 bulan. Maksudnya bulan terakhir sewaan ditolak dgn deposit tersebut dan berhak mendapat baki 1 bulan deposit?
Posted by rebung, on 12-03-2010 22:38, IP 218.208.250.76, Guest
11. sewa menyewa
Assalamualaikum. Saya ni bujang. Terpaksa pindah ke satu kawasan. Urusan sewa semua tak de masalah. Cuma sewa tinggi, contohnya RM1000. Katakan ada 3 bilik. Saya dah bagitau pengurus sewa rumah tu yang saya nak cari penyewa untuk 2 bilik lagi sebab saya tak termampu nak tanggung sorang-sorang. Pengurus sewa rumah tu tak kesah. So skrg saya ada 2 penyewa bilik. Saya uruskan bayar sewa. Dua bilik bagi RM450 setiap satu jadi Rm900. Saya bayar RM100 dan bil telefon. Halalkah perbuatan saya tu? Ada kawan cakap sewa atas sewa tak halal melainkan dengan pengetahuan tuan rumah. Saya dah maklumkan kepada yang menguruskan sewa rumah tu...