Assalamualaikum ustaz, saya adalah salah
seorang peminat bola sepak dunia.. saya meminati banyak pasukan Eropah. ini
kerana ada lambang Salib Setan .. saya mahu tahu adakah saya sebagai seorang
muslim boleh memakai jersi tersebut. Saya hanya meminati pasukan tersebut,
sekiranya tidak boleh dipakai, adakah dalil yang melarang kita memakainya. Saya
ada berbincang bersama rakan - rakan, mereka beritahu saya bahawa kita boleh
memakai asalkan kita tidak mengagungkan lambang tersebut. Saya memang ragu -
ragu dalam hal ini. Tolonglah selesaikan masalah saya ini ustaz. sekian,
wassalam.
JAWAPAN
Wa'alaikumussalam,
Apa-apa sahaja logo jika adalah benar-benar sebuah lambang salib,
ia tidak boleh dipakai sama ada di baju atau lainnya bagi seorang Muslim.
Kerana penganut Islam tidak dibenarkan mengiklankan sebarang perkara yang bertentangan
dengan Islam.Dalilnya adalah cukup
mudah iaitu firman Allah:-
Ertinya : dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa
dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat
berat siksa-Nya ( Al-Maidah : 2)
Imam
Ibn Kathir ketika menafsirkan ayat ini membawakan sebuah hadis yang menjelaskan
lagi larangan member apa jua bantuan sama ada tersirat dan tersurat kepada hal
ehwal yang bertentangan dengan aqidah dan hukum Islam. Hadisnya
ومن دعا إلى ضلالة كان عليه من الإثم مثل آثام من اتبعه إلى يوم القيامة ،
لا ينقص ذلك من آثامهم شيئا
Ertinya : Barangsiapa
yang menyeru atau mengajak ke arah sesuatu yang sesat (dosa), dia akan
menanggung dosanya sebagaimana dosa-dosa orang yang mengikuti ajakan dan
seruannya sehinggalaha hari kiamat, tidak terkurang dosa itu walau sedikit( Riwayat Muslim & Ibn Majah )
RED
DEVIL, CARLSBERG & CHEVROLET
Jika ia bukan lambang salib, tapi hanya
dirasakan sebagai salib hasil imaginasi sendiri, maka tiada masalah untuk
memakainya, contohnya seperti kereta Chevrolet. Lambang kereta ini, seseorang individu
mungkin menganggapnya sebagai salib namun individu yang lain mungkin merasakan sebaliknya termasuk orang kristian sendiri. Apapun, jika seseorang itu secara tidak dapat dikawal
sentiasa terbayang merasakan ia lambang salib, tatkala itu, elok ia dijauhi
juga. Namun, dalam konteks biasa, logo kereta tersebut bukanlah salib.
Satu persoalan berkaitan adalah lambang Red
Devil pada logo Manchester United.
Walaupun hakikat sebenarnya kita tidak tahu
bentuk Syatitan yang sebenarnya, namun apabila manusia telah membuat imaginasi
tersendiri berkenaan bentuk Syaitan, menamakannya sebagai Devil dan diterima umum sebagai satu lambang Devil. Tatkala itu lambang Red
Devil yang berada di logo Manchester United juga termasuk dalam antara
logo-logo yang TIDAK BOLEH, diiklankan dan disyiarkan (ditayang dan dibanggai) oleh
seorang Muslim sama ada ditampal di dinding mahupun digunakan di atas pakaiannya.
Justeru, apa-apa logo jika telah diterima
umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejahatan, heavy metal dihiasi
amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah
menjadi haram untuk digunapakai.
Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar
membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti
kesyaitanan dan dosa. Tatkala itu sudah termasuk dalam kategori Black Metal
dan sememangnya tidak terlepas dari hukum haram.
LOGO
MANCHESTER UNITED HARUS DAN MAKRUH BILA ?
Tetapi jika imej kesyaitanan dan aktviti dosa
besar seperti Black Metal tersebut
tidak berkait dengan Red Devil, kerana ia lebih membawa imej umum kepada
hal bola sepak dan sukan, tatkala itu ia masih boleh digunakan.
Begitu juga jika ada individu tertentu boleh
menyongsang arus lalu mendakwa ia berjaya mengelakkan hati dan pemikirannya
dari mengakui ia sebuah lambang syaitan, dan kekal merasakan ia hanya sebuah lambang
kumpulan bola sepak terkenal dunia yang tiada kaitan dengan syaitan atau
sepertinya, tatkala itu BOLEH dan DIHARUSKAN baginya untuk memakainya.
Walaupun begitu, jika ia boleh menimbulkan
fitnah di kalangan orang lan yang melihat, sehingga pemakai dianggap selaku menyokong
sesuatu yang diharamkan, hukum HARUS berubah kepada makruh. Kesimpulannya,
dalam hal Red Devil, hukum boleh jadi
berbeza-beza kerana kepercayaan, keyakinan si pemakai dan orang yang melihat.
Yang terbaik, sudah tentulah menjauhinya akibat rasa syubhah yang wujud.
Yang pasti, individu yang soleh dan
mengabdikan diri kepada Allah tidak akan sama sekali memerlukan logo ini di
dalam kehidupannya. Jika berminat sekalipun, cukuplah menyokong pasukan
tersebut dalam pertandingannya tanpa perlu melibatkan diri dan menghabiskan
duit dengan membeli jersi-jersi dan
barang berlogo sebegitu.
Namun begitu, memakai jersi pasukan Liverpool
yang dengan jelas memaparkan logo arak Carlsberg adalah muktamad hukumnya
adalah HARAM menurut hukum Islam berdasarkan dalil-dalil dan hujah sebelum ini
dan juga yang diberikan di bawah.
Pengharaman juga adalah MUKTAMAD bagi
mana-mana pakaian dan barangan yang mempromosi iklan bank-bank konvensional
yang menawarkan produk Riba. Umat Islam
dilarang sama sekali secara sepakat ulama, mempromosikan mana-mana bank
konvensional kerana dosanya sama seperti berperang dengan Allah dan RasulNya
serta berzina 36 kali. Baca di SINI dan SINI .
Hujah dan tulisan ini bukan semata-mata TERHAD kepada kumpulan dan logo yang disebutkan, namun meliputi logo-logo dan jersi-jersi mana-mana pasukan dan kumpulan lain di dunia.
LAGI
DALIL HADIS
Selain dalil Al-Quran di atas, sebahagian dalil
lain kepada pengharaman mengguna termasuk memakai sesuatu yang diharamkan untuk
Muslim adalah hadis :-
نهانا رسول الله صلى الله عليه وسلم أن نشرب في
آنية الذهب والفضة وأن نأكل فيها، وعن لبس الحرير والديباج وأن نجلس عليه، وقال:
هو لهم (أي للكفار) في الدنيا ولنا في الآخرة
Ertinya
: Rasulullah Sallahualahiwassalam telah melarang kami makan dan minum dari bekas
yang diperbuat dari emas dan perak, dan memakai (kaum lelaki) pakaian dari
sutera dan juga menggunakannya untuk alas duduk, baginda juga berkata : itu
semuanya untuk orang kafir di dunia, dan kita hanya dibenarkan di Syurga kelak.
( Riwayat Al-Bukhari)
Berasaskan dari hadis terbabit, lalu para
ulama membuat kesimpulan sebuah kaedah iaitu :-
وما حرم استعماله حرم اتخاذه تحفة وزينة
Ertinya
: dan apa-apa yang diharamkan penggunaanya, diharamkan juga mengambilnya
sebagai baranngan yang disayangi ( barang dianggap berharga = masterpiece)
dan perhiasan. ( Al-Halal Wal Haram
Fil Islam, Dr Yusuf Al-Qaradawi)
Kaedah ini menjawab persoalan sama ada ia
diagungkan atau tidak, hakikatnya pemakaian, menjadikan hiasan sama ada
sebagai pakaian, hiasan di rumah dan ditontonkan kepada orang ramai itu adalah
sebenarnya secara langsung merupakan satu bentuk pengagungannya.
KESIMPULAN
Hukumnya memakai baju kumpulan bola
berlambang salib secara jelas dan berlogo apaapa jenama yang diharamkan oleh
Islam seperti Carlsberg itu adalah
berdosa dan diharamkan untuk orang Islam memakainya dan dijadikan perhiasan dan
masterpiece yang dibanggai.
Mankala hukum memakai pakaian yang berlambang
Red Devil adalah di antara Harus dan Makruh sebagaimana yang disebutkan
situasi berbezanya di atas. Namun, sekiranya ia benar-benar dianggap sebagai
logo dan tanda Devil dan tanda negatif dan kejahatan bagi masyarakat
awam di sesuatu tempat, ia boleh berubah menjadi haram.
Manakala menggunakan kereta berlogo Chevrolet
adalah harus.
Posted by bekas fanatik, on 19-08-2010 13:45, IP 124.82.53.149, Guest
4. insaf
Salam. Ustaz, terima kasih banyak2. apa pandangan ustaz tentang cara utk membuang baju2/jersi2 yg mempunyai unsur2 iklan riba seperti AIG,standard charted dan sebagainya sekiranya dibeli ketika jahil agama? adakah halal jika baju2/jersi2 dijual kepada bukan islam?
Posted by sharif, on 18-08-2010 15:36, IP 60.53.182.253, Guest
5. syubhah
salam
pandangan peribadi saya yang jahil ni, kalau kita rasa ragu-ragu tentang pemakaian tersebut, tinggalkan saja. bukannya kita rugi pon kalau x pakai jersi2 tersebut. kawan saya telah buang jersi original real madrid dan ac milan sebab dia tahu bwin tu syarikat judi. jangan persoalkan byk2 sangat kalau dah hukum tu... adakah kita nak jadi macam kaum yahudi macam dalam surah al-baqarah (kisah lembu -- saya x ingat ayat mana) yang mana mereka terlalu mempersoalkan lembu yang bagaimana, lembu yang macam mana sehinggakan Allah suruh cari lembu yang sangat2 jarang ditemui. wallahualam
Posted by bukh, on 18-08-2010 07:17, IP 60.48.63.236, Guest
7. lambang?
salam, ustaz.
Bagaimana pula dgn lambang yg ader pada PDRM, ader kalimah serta dipakai pula oleh semua pekerjanya. Saya rasa tentulah ia dibawa kemana-mana saja. mohon ustaz jelaskan.
Posted by pitt, on 16-08-2010 19:04, IP 175.137.232.12, Guest
8. Baju parti politik?
Salam Ustaz....bagaimana pula dgn pemakaian baju yg mempunyai lambang/logo parti politik yg jelas dan nyata menghalalkan lesen judi dan arak?yg membenarkan operasi bank2 konvensional dan dana2 kumpulan wang tempatan(ptptn) yg jelas mengamalkan riba?adakah sama perihalnya dgn hukum yg telah ustaz bawakan?
Posted by hamizar, on 10-08-2010 23:34, IP 218.111.180.78, Guest
11. salib
salam ustaz,bagaimanapula hukum orang islam bewrganegara di negara kristian yang benderanya ade tanda salib spt sweden,england,portugal dn lain2,adakah mereka juga tdk dibenarkan mngibarkan bendera mereka sendiri atas nama semangat patriotik?
Posted by Noorazan, on 10-08-2010 11:15, IP 124.13.250.14, Guest
12. AON & AIG (INSURANS RIBA)
Salam Ustaz,
Kalau pendapat ustaz mengatakan Standard Cahrtered HARAM sebab RIBA, maksudnya ianya boleh digunapakai untuk AIG atau AON yg menjalankan perniagaan Insurans Konvensional yg juga ada unsur RIBA yang telah difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Terima Ksih Ustaz
Posted by azizan, on 09-08-2010 23:56, IP 121.120.158.159, Guest
13. mari pakat ramai2 ubahsuai logo
harap2 tukang2 jahit n pereka2 t-shirt dpt mengeluarkan idea yg kreatif dlm mereka semula logo2 dan tulisan2 pada baju supaya baju2 yg dipakai tu tidak menyalahi hukum fiqh Islam.dgn adanya perkhidmatan tambahan ini,ia bakal menjadi alternatif kepada umat Islam.peluang dah terbuka.permintaan pun dah ada.jadi apa tunggu lagi.
Posted by Faizal, on 06-08-2010 10:02, IP 58.26.67.35, Guest
16. mintak izin untuk publish
Ustaz, mintak kebenaran untuk copy and publish artikel ni dalam blog saya untuk dikongsikan kepada kengkawan. saya juga salah seorang peminat pasukan bola di atas tapi Alhamdulillah, tak pernah la beli jersi atau barang-barang pasukan.
Posted by ahmad shukri, on 03-08-2010 00:07, IP 203.82.80.102, Guest
17. married
salam ustad..macam mana kalau kita tutup/jahit sikit pada lambang/logo jersi tu..yg salib bg nampak mcm bukan bentuk salib,yg lambang syaitan dah xtak nampak mcm lambang syaitan(red devil).cm na tu ustad,komen sikit..
UZAR : kalau dah tutup, then menurut pandangan saya, ia kembali kepada hukum HARUS.
Posted by Azizul Karim, on 01-08-2010 16:11, IP 203.109.45.36, Guest
19. Logo bank konvensional
Assalammualaikum Ustaz.
Saya bekerja dgn salah sebuah bank di malaysia. Kami diberi baju yg ada logo dan jenama bank ini untuk di pakai pada hari jumaat. Logo dan jenama bank itu terpapar di depan dan di belakang pada baju dgn tujuan untuk mempromosi iklan bank yg kami bekerja ini. Bagaimana pulak hukumnya? Memandangkan dalam islam tak boleh mengiklan sesuatu yg membawa keburukan dalam Islam.
UZAR: memang situasi yang sukar buat para pekerja nampaknya, namun dari sudut hukum, ia adalah saa seperti yang telah saya huraikan di atas.
Posted by Hadi Rofiee, on 01-08-2010 07:02, IP 115.132.28.60, Guest
20. [ Terima kasih ]
Salam sejahtera Ustaz.
Terima kasih kerana maklumat yang sangat membuka mata saya ini. Saya akan berkongsikannya dengan rakan2 saya yang lain kerana sememangnya kami adalah peminat bola sepak dalam & luar negara.
Posted by Ahmad Aziz, on 31-07-2010 16:30, IP 218.186.10.228, Guest
21. Bagaimana dengan abjad T
Jadi abjab "T atau t" pun tak bole h kita guna. Jadi nama orang saperti Tahir jadi ahir. Fatimah jadi Faimah, Noor Gadot jadi Gado. Boleh jadi gadoh nanti.
Posted by azizan, on 27-07-2010 21:24, IP 210.48.219.6, Guest
23. minta penjelasan
salam, jika logo bank konvensional juga hukumnya haram.bagaimana pula kalau logo bank tu adalah maybank/cimb/rhb.secara umum kita tahu kalau xde Islamic dibelakangnya,sudah tentu bank itu terlibat dgn urusniaga riba.
jadi harap ustaz dpt beri penjelasan supaya kalangan umat Islam di negara kita ni faham akan situasi ini.kita tidak mahu alim2 ulamak dan ustaz2 dituduh sbg sewenang2nya menjatuhkan hukum.kerana kita sendiri dpt lihat bagaimana reaksi mereka2 yg jahil dlm isu ini.
mcm2 tohmahan dan cacian yg ditujukan pada alim ulamak kita.harap ada lanjutan versi 2 tuk isu ni.kerana penjelesan untuk isu ini saya rasa kena dilihat dlm skop yg lebih luas.supaya hukum yg dibuat tu dilihat lebih jelas dan menyeluruh.contoh seperti apa pula hukumnya bila seseorang itu memakai baju yg logonya hard rock cafe/planet hollywod???kerana kita sudah tahu yg ini adalah nama kelab malam/pub yg sudah tentu perniagaannya melibatkan penjualan arak,hiburan.
bagaimana pula dgn genting(judi/hiburan dll)???isu ni sebenarnya meliputi skop yg besar.harap ada versi lanjutan dari ustaz mengenai isu ini.
Posted by sarjantulang, on 27-07-2010 16:05, IP 202.185.32.194, Guest
24. persoalan??
salam,
tahniah ustaz atas satu artikel yg agak mudah difahami...
tentang standard chartered tu, saya lihat dalam senarai panel syariah mereka, UZAR merupakan salah seorang dari mereka??betul ke??
maybe disebabkan baju liverpool yg baru tu, just dari standatd chartered sahaja, so ia tetap dari perbankan riba
soalan terakhir ustaz:
apakah hukumnya seseorang muslim yg menyimpan patung2, action figure spt GUNDAM, Transformers, Dragon Ball, Kamen Rider dan lain2 sebagai hiasan di rumah mereka??begitu juga dgn patung2 askar2...saya lihat bagaikan satu trend dimana ada yg membeli dgn harga yg mahal utk memiliki action2 figure tersebut....
sekian terima kasih...
sarjantulang
UZAR : Saya dah sebut, yang haram STANDARD CHARTERED BANK, yang halal STANDARD CHATERED SAADIQ. dekat jersey tu kalau tulis STANDARD CHATERED SAADIQ (benar saya salah seorang panel Syariahnya) maka HALAL, selain itu, adalah HARAM.
Semua patung2 diharuskan selagi ia adalah untuk mainan kanak2, jika ia dijadikan hiasan, ia adalah HARAM berdalilkan hadis2 nabi
Posted by Shahzam, on 27-07-2010 09:48, IP 210.187.37.162, Guest
25. Red Devil
Assalamualaikum Uzar,maaf kerana sy kurang senang dgn penerangan dari Uzar berkaitan pemakaian jersi Red Devil. Pd pandangan sy, jelas sekali haram pemakaian jersi tersebut. Ini kerana ada firman Allah yg menyatakan bahwasanya syaitan itu musuh kepada manusia yg nyata(maaf sy tidak ingat surah nya dan sy fikir Uzar lebih jelas dan maklum).
Jelas sekali Allah tidak mahu kita walau sedetik pon didalam hati menyokong walau apa pun yg berkaitan dgn syaitan apatah lg melambangkan dari segi pemakaian dan perlakuan. Dlm hal ini, jelas sekali namanye Red DEVIL. Dan Devil merujuk kpd syaian. Bukan kerana perlambangan shj, ttp kerana nama itu sendiri jelas perlu diharamkan. Maaf Uzar kerana tidak bersetuju dgn penerangan Uzar. Sekadar ingin berkongsi pendapat. Assalamualaikum.
Posted by hamizah, on 26-07-2010 20:58, IP 82.7.242.93, Guest
26. jersi england
Salam Ustaz Bagaimana dengan jersi england, yang memaparkan bendera union jack. garisan merah 'cross' yang seperti salib, tetapi ia adalah sebahagian daripada bendera england. Adakal salah bagi umat islam memakainya..
Posted by Ummiumar, on 26-07-2010 19:23, IP 124.13.176.104, Guest
27. Jenama Komputer ....
Ada satu jenama komputer yang saya sendiri tak senang bila melihatnya.... sekali pandang macam perkataan JESUS tapi perkataan tu lain sikit lah..... ada sesiapa perasan tak ? Macamana tu ustaz?
UZAR : YANG MANA TU?..bagi yang tak selesa dan tak senang, elok menjauhinya. Namun bagi orang awam yang lain, bebas menggunakannya. Dan kalau Jesus pun, nama tu tak salah malah ia merujuk kepda Nabi Isa. yang salah pengikut yang sesat.
Posted by kamal nawawi, on 25-07-2010 20:00, IP 175.144.0.219, Guest
29. Man U
Salam Ustaz, Saya rasa jersey Man United pun tak boleh pakai sebab ada tulisan AIG... insurans konvensional terkemuka... tp ramai yg pakai, buat solat lagi... sbb AIG tidak segah bunyinya Carlsberg, dan ramai tak sedar...
Posted by afiq, on 25-07-2010 15:08, IP 121.121.250.186, Guest
30. jersey liverpool baru
salam ustaz, skrang ni liverpool dah tukar penaja jersey mereka. Standard Charted mengambil alih peranan Carlsberg sbg penaja Liverpool.
Soalan saya, apa hukum memakai jersey Liverpool yang ada logo standard charted kerana standara charted mengamalkan perbankan konvensional sebagai core business mereka.
Posted by yie, on 25-07-2010 13:36, IP 60.48.67.157, Guest
31. typo
"Justeru, apa-apa logo jika telah diterima umum sebagai satu lambang syaitan, kemungkaran, kejatana, heavy metal dihiasi amalan dan perbuatan kesyaitanan seperti (Black Metal). Logo itu telah menjadi haram untuk digunapakai.
Berbalik kepad Red Devil, jika ia benar-benar membawa imej umum sesuatu yang bersifat kesyaitanan, atau apa-apa aktiviti kesyaitainan "
Posted by anti illuminati, on 25-07-2010 03:57, IP 41.199.34.173, Guest
32. mintak penjelasan
ustaz...sy rasa ustaz terlepas pandang mengenai freemason... inilah salah satu cara org freemason mengaburi org2 di dunia menyusup ke setiap pemikiran manusia secara diam2...dan dgn menggunakan bende2 kecik ni la y menyebabkan kita lalai bg sy,kita semua telah terpedaya dgn agenada mereka
Posted by adam, on 24-07-2010 20:30, IP 60.53.204.143, Guest
34. Baju berjenama dengan tuhan Greek
Salam ustaz,
saya ada satu pertanyaan. Macam mana dengan pemakaian baju berjenama 'NIKE' yang kita tahu banyak menaja pasukan2 bolasepak dan lain2 peralatan sukan. Bahkan bukan sekadar bolasepak, jenama ini sekarang menjadi suatu jenama yang diminati ramai.
Yang menjadi masalah, perkataan 'NIKE' ini membawa nama seorang goddess dalam mitos Greek. Bolehkan kita memakai pakaian yang berjenama dengan nama tuhan bangsa greek tersebut?