Utama arrow Senarai Lengkap Artikel arrow Bahasa Articles arrow Tanpa Prejudis, Kebenaran Terserlah: Saksikan..
PDF Print
User Rating: / 23
PoorBest 
 
Written by Administrator, on 28-07-2010 00:32
Views 7823    
Favoured 9

1

Tanpa Prejudis , Kebenaran Akan Teserlah..Saksikan 

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

palestine_wall.jpg

 

1

Ramai antara umat Islam mungkin berasa geram dan sangat ingin mengutarakan pandangan terbuka dan bebas kepada dunia barat khususnya berkenaan konflik antara dunia Islam, Palestin, Negara haram Israel dan USA. Dengan kesempatan sedikit kebebasan media di Britain, kita wajar mengucapkan penghargaan dan tahniah kepada seorang warga barat dan bekas ahli parlimen Britain yang telah berjaya menyampaikan mesej tersebut. Saksikan beliau mengajar atau ‘membelasah' wartawan Sky TV News dengan fakta dan data.

 

 

George Galloway,  beliau yang merupakan bekas ahli parlimen Britain, merupakan ahli parlimen parti Labour sejak dari tahun 1987, namun pada tahun 2003, beliau dibuang dari parti labour disebabkan pendiriannya yang sentiasa mengkrtiik serangan ke atas Iraq, Lubnan dan sokongannya ke atas Hizbollah, Palestin dan secara Islam secara umumnya.

 

Mesejnya dan ringkas dan pendek tetapi tepat amat baik untuk ditonton oleh jutaan umat Islam di seluruh dunia, atas dasar tersebut, saya khaskan entry kali ini untuk memberi publisiti untuk umat Islam menonton perdebatannya secara langsung di SKY NEWS, sebuah stesyen TV swasta berpengaruh di Britain.

 

Di dalam petikan temuramah itu, beliau seluasnya menghentam tindakan zalim Israel dan USA secara terbuka. Dia juga membantah tuduhan bahawa Palestin, Lubnan dan Iran sebagai Terrorist.

 

Kelam kabut wartawan jadinya. "What a silly person you are" katanya kepada wartawan yang berat sebelah.

 

Nasihat saya buat semua, MESTI LIHAT!! Dan amat wajar dipanjangkan kepada semua rakan bagi meningkatkan kefahaman berkenaan isu ini. Hanya 9 minit namun saya yakin, ia amat menarik. Beliau juga berjaya menutup kata-katanya di akhir minit tersebut dengan kata yang amat cemerlang.

 

Itulah, apabila mereka berfikir tanpa prejudis, mereka akan terbuka kepada kebenaran. Carilah video-video beliau di Youtube, penuh dengan kritikan yang pelbagai terhadap kejahatan Israel, USA dan pimpinan negara Barat. Beliau juga membantah Draw Muhammad day. 

 

Saksikan di bawah :

 

 

 

Sekian

 

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

 

 


Last update: 30-07-2010 05:33

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (19) RSS feed comment
Posted by deris, on 01-09-2010 12:26, IP 121.120.177.105, Guest
1. TOLONG TOLONG
salammmmm,,,,,tolong bariskan hadith,,,,,tka tahu nak baca
 
» Reply to this comment...

Posted by ali76, on 24-08-2010 18:17, IP 60.52.27.44, Guest
2. memang best!
memang best!
 
» Reply to this comment...

Posted by Amalina, on 12-08-2010 08:47, IP 58.26.69.3, Guest
3. Blind and Blinded
It's difficult to find someone like him who is not blinded by others/self-importance. Sometimes I pretend to not see too (switch off the tv showing death and killings) because I feel helpless and there's nothing much that I can do but pray for them. Thanks for the video.
 
» Reply to this comment...

Posted by rezal, on 05-08-2010 12:02, IP 218.208.213.162, Guest
4. Kfar Gladi Test?
Jelas Kuffar...ada jgk pasukan israel..KFIR..Tanda kiamat..dajjal didahinya terang menyebut Kafir.= KFAR=KFIR
 
» Reply to this comment...

Posted by azrin, on 01-08-2010 18:40, IP 203.82.92.74, Guest
5. tak sangka
Tak sangka George Galloway ni celik orangnya. Terima kasih kerana berkongsi video ni... Takbir 3X......
 
» Reply to this comment...

Posted by ALAM, on 30-07-2010 17:36, IP 121.120.96.173, Guest
6. http://akademilautmalaysia.blogspot.com
berkongsian ilmu yang bagus ustaz
 
» Reply to this comment...

Posted by joo, on 30-07-2010 17:21, IP 203.82.92.108, Guest
7. kebenaran
yang benar tetap benar
 
» Reply to this comment...

Posted by roslan, on 30-07-2010 07:54, IP 218.208.91.130, Guest
8. semua
saya mohon cetak artikel ustaz zaharuddin (wp tidak semua) dan kumpulkan dlam satu buku, buat kulit kat depannya ada menyatakan sumber www.zaharuddin.net dengan jelas... tujuannya untuk panjangkan amar makruf nahi mungkar. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by K.Karim, on 29-07-2010 05:55, IP 92.23.110.170, Guest
9. Mr
assalamualaikum 
 
Saya di scotland sekarang. Mr Galloway ni orang scotland jugak dan memang terkenal sebagai seorang yang sangat aktif dalam memperjuanagkan nasib rakyat Palestin. Kalau tak silap, dia memeluk Islam beberapa tahun dulu.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by hamba Allah, on 29-07-2010 01:00, IP 203.82.92.24, Guest
10. the arrival
salam UZAR.boleh tak ustaz ulas,bagi pendapat UZAR tentang video the Arrival.kat you tube pun ade dh video tu.dlm 50 episod.terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Peace, on 28-07-2010 23:54, IP 60.51.1.175, Guest
11. Untuk kaki youtube
Mungkin saudara saudari telah melihat iklan2 ini, sekadar ingin berkongsi. 
 
http://www.youtube.com/watch? v=2eTweNEeF1A 
http://www.youtube.com/watch? v=kaIgJzhTh_k 
http://www.youtube.com/watch? v=bptgmXTRREo& 
 
Amat sesuai untuk disiarkan di kaca TV malaysia, tetapi mungkin tidak kesampaian.
 
» Reply to this comment...

Posted by faridjawani, on 28-07-2010 15:34, IP 118.101.76.193, Guest
12. Dahsyat..
Dahsyat sungguh ayat2 terakhir dia.. 
Meremang bulu roma..
 
» Reply to this comment...

Posted by kakaishah, on 28-07-2010 12:48, IP 120.140.71.110, Guest
13. protaz?
Salam..ustaz zaman sungguh mengelirukan bila melihat para alim ulama tidak spt yg ciri2 Muslim yg digambarkn dlm sejarah para sahabat dr segi percakapan, pembawaan, penglibatan, pendirian dn pembawaan keluarga masing2. 
 
bg sy yg terlalu memilih ustaz ni sy selalu perhatikan nada tulisan, mesej tersembunyi yg disampaikn oleh seseorg ilmuwan tersebut dn extranya sy lihat isteri mereka.  
 
sy tidak tertarik pd ustaz yg memiliki isteri yg tidak sempurna muslimahnya mcm ckp x serupa bikin. sy juga x dpt nk mengambil nasihat ustaz yg tidak up to date dgn hal2 semasa terumat isu Islam secara global.  
 
sy terus terang bg sy hya blog ustaz yg dapat menerjah otak fikiran sy yg telah terdidik dgn kecanggihan ilmu barat namun sy taubat atas semua kesilapan sy, sy sgt berhati2 sekrang terutama nasihat siapa yg sy boleh guna.  
 
sy tak mahu diberi nasihat oleh ustaz yg penuh emosi. bercerita byk ttg perasaan tp tak bagi kita ilmu dn fakta. sy bersyukur pd Allah krn temukan sy dgn blog ustaz krn setiap yg ditulis ada dicatat sumber hadith2nya atau keternang tafsir ayat al-quranya.  
 
sy sgt berterima kasih atas susah payah ustaz dn isteri menulis artikel2 yg dpt sy bawa apabila berdiskusi dikalangan kawan2 yg masih belum dpt hidayat sepenuhnya. sy sedih dgn penyakit religous sceptism yg ada dlm diri umat Islam sendiri. namun entri ustaz dn isteri yg menyeberangi sempadan sering dpt membuka mata mereka melihat Islam sbnrnya hebat dn para Muslim dn Muslimah sejati yg berada di UK, USA France dn lain2 negara minority mereka lbh kuat dn bersatu padu menguhkn syariat Islam.  
 
Apa yg ustaz utarakan disini bg sy adalah pemikiran dn kerisauan trhdp umat yg advance berserta slide2 terkini. Semoga Allah sentiasa bimbing ustaz dn isteri dlm perjuangan menerjah minda Umat Islam diperingkt tinggi yg kononnya minda executive tp x ada sensitiviti dlm memperjuangkn agama Islam yg mnjd sbb kemuliaan seorg insan.  
 
maaf zahir dn batin wasalam..semoga Allah membalas yg jauh lbh baik dn sebyk2nya didunia dn akhirat..
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by kak Nisha, on 28-07-2010 09:13, IP 118.101.68.2, Guest
14. Alhamdulillah.
Assalamualaikum semua. 
Terima kasih atas sumbangan video ini. Jika beliau belum Islam, semoga beliau sempat mengucapkan 2 kalimah shahadah sebelum hembusan terakhirnya untuk meninggalkan dunia ini. Ameen.
 
» Reply to this comment...

Posted by haqqani, on 28-07-2010 08:26, IP 116.212.192.157, Guest
15. kepentingan dunia diutamankn
Negara2 Islam masih membuta tulikan diri mereka. Hanya sebilangan kecil shj yg lantang membela Palestin. Sungguh menyedihkn apabila saudara2 Islam diinjak tp mereka yg mempunyai pengaruh tetap dgn pendirian brada di belakang Amerika & sekutunya..Moga2 Allah membuka pintu hati pemimpin Islam supaya bersatu.  
-Menaruh harapan pd Iran, Turki, Jordan, Lubnan, Syria & Sudan-
 
» Reply to this comment...

Posted by asray, on 28-07-2010 07:38, IP 27.33.196.215, Guest
16. pendirian tegas
tahniah buat mr gallaway... 
(nak je tgk muka wartawa tu tgh gelabah)
 
» Reply to this comment...

Posted by ayub, on 28-07-2010 06:59, IP 60.50.79.42, Guest
17. youtube
kaki youtube rupanye UZAR. anyway. Youtube mmg penuh dgn keterbukaan didalam memberi pendapat. betul2 mindshift. 
 
 
UZAR ; saya tak 'kaki youtube' tapi saya terjumpa clip video itu di highlightkan oleh seseorang, dan saya memanjangkan lagi sebarannya sahaja
 
» Reply to this comment...

Posted by perantau, on 28-07-2010 01:56, IP 89.0.73.172, Guest
18. Geram
Salam, 
 
Well said.... 
 
Busuk benar hati-hati orang-orang israel dan sekutu-sekutunya. Bila orang dia kena, dibesar-besarkan, padahal ribuan orang palestin yang dibunuh, diusir dari tanah sendiri, anak-anak kecil yang ditembak dari jarak dekat, dibiarkan berlalu sahaja.. Ini nak sebarkan 'kuasa' ke Lebanon pula.. Sungguh, kita terlalu mendambakan orang-orang seperti Muhammad Al Fateh, Solahuddin Al Ayubi, Nuruddin Az Zanky, .. Ayuh umat Islam! perbaiki dirimu, keluargamu dan masyarakatmu!
 
» Reply to this comment...

Posted by Peace, on 28-07-2010 01:24, IP 60.48.56.65, Guest
19. Moga dibuka pintu hidayah
Semoga beliau diberi petunjuk dan hidayah dari Allah dan keselamatan dari konspirasi jahat Israel. Harap2 ini dapat membangunkan pemimpin negara Islam sendiri yang sibuk melabel rakan seagama mereka yang ditindas sebagai pengganas. Negara Islam sendiri menyekat bekalan dan eksport ke Palestin, Iran semata-mata mahu membodek USA. Sanggup mengebom dan menangkap rakyat sendiri dan melabelkan mereka sebagai pengganas bagi membuktikan kepada USA mereka juga anti pengganas Islam.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved

foot

Powered by: Al-Jaroom