Written by Administrator, on 15-01-2007 10:32
Views 43055    
Favoured 47

Soalan Pertama :  

Assalamualaikum Ustaz,
Saya adalah consultant unit trust untuk Public Mutual. Secara peribadi saya merasa sedikit keliru dengan kerjaya ini apabila saya cuba bandingkan dengan MLM. Bagi saya memang ada persamaan dengan MLM kerana ada sale bermakna adalah komisyen.Dan juga saya hanya menjual Islamic Trust. Apa pendapat ustaz dari boleh atau tidak saya teruskan profession sambilan ini?

Sekian,terima kasih.

- Abd Razak -

Soalan Kedua :  

salam ustaz...

sebelum saya mengajukan kemusykilan, saya ingin mengucapkan berbanyak
terima kasih kepada ustaz atas usaha ustaz 'menyernihkan' kekusutan
mengenai permasalan muslimin dan muslimat di komuniti yahoogroups
ini.

soalan 1
apakah hukum keuntugan yang hanya diperolehi daripada menyertai
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund.

soalan 2
apakah hukum pendapatan yang hanya diperolehi daripada hasil menjual
produk-produk yang berlandaskan shariah seperti Public Islamic Equity
Fund dll memandangkan Public Mutual juga menawarkan produk2 yang
tidak berlandaskan shariah...
'betulkan saya jika salah'

sekian. wassalam.

aminuddin

 

JAWAPAN

wa'alaikumussalam,

pertamanya, tahniah atas rasa keperihatinan anda berdua dengan harta yang halal dan sistem perniagaan secara Islam yang tulen, ia sebenarnya satu tanda iman yang baik dalam diri. Ameen.

Berkenaan Public Mutual Ittikal dan Public Islamic Equity Fund. Ia telah diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti sebagai sebuah instrument pelaburan Islam manakala Majlis Penasihat Shariah khas baginya adalah Islamic Banking and Finance Institute Malaysia ( IBFIM ) sila buka webnya di www.ibfim.com

Bagaimanapun, setelah saya berbincang dengan ‘person in charge' di IBFIM, pihak mereka menjelaskan bahawa mereka hanya memantau dan menyemak portfolio, kaedah pelaburan yang di buat, di kaunter mana di letakkan, cara kiraan dan yang berkaitan dengannya dana dan pelaburan itu sahaja.

Adapun cara pemasaran menggunakan kaedah persis MLM dan komisyen ini tidaklah di semak oleh mereka.

Saya  pula belum mengkaji secara detail cara komsiyen dan pemasaran yang dibuat oleh Public Mutual Ittikal ini mahupun Takaful Ikhlas dan lain sepertinya. Justeru bagi sesiapa yang terlibat dengan semua jenis ini, apa yang mampu saya sarankan adalah; Bawa isu ini kepada pihak pengurusan Public Mutual dan desak mereka untuk 'table' kan sistem pemasaran itu kepada Shariah Adviser masing-masing..

Itu lah yang perlu dibuat. Benar, tiada ertinya benda yang halal, jika dijual dengan cara yang tidak menepati Shariah. Hasilnya akan pasti sama iaitu HARAM. Saya TIDAK mengatakan sistem marketing Public Ittikal ataupun Takaful Ikhlas Haram, cuma saya sarankan individu terlibat bawa ke Shariah (jika belum di bawa).

Dalam pada masa itu, saya juga tiada idea buat masa ini samada ingin menasihatkan anda agar berhenti atau meneruskan. Wallahu 'alam.

Sekian,

Ust Zaharuddin Ab Rahman

15 Jan 07

25 Zulhijjah 1427 H

 

 

Last update: 15-01-2007 11:10

Published in : Soal Jawab, Pelaburan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (37) RSS feed comment
Posted by ika, on 22-04-2010 17:33, IP 60.50.116.83, Guest
1. Public Mutual
Salam Ustaz, 
 
Saya nak bertanya betulkan Public Mutual ini tidak sah kerana keuntungan yang dapat berdasarkan berapa banyak pelaburan yang kita laburkan sahaja ia tidak mengambil hak orang lain 
 
Terima Kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by sony1685, on 07-12-2009 13:26, IP 113.23.131.2, Guest
2. Masuk public mutual guna epf
Apa hukumnya kita masuk unit trust public mutual yg islamic punya tp guna duit yang dilabur melalui pengemuaran kwsp/epf?...boleh atau tidak?
 
» Reply to this comment...

Posted by umar, on 16-11-2009 23:57, IP 118.101.174.248, Guest
3. bagus website nih
bagus website nih.... 
 
tanpa saya sedari bnyak yang haram dalam system ekonomi global skarang nih. alhamdulillah. saya dapat jawapan tentang apa yg saya ragui selama ini
 
» Reply to this comment...

Posted by yang ingin tahu, on 22-03-2009 15:24, IP 203.82.91.34, Guest
4. en
assalamualaikum.. 
 
saya seorang perunding unit amanah. dan saya banyak membantu orang ramai mengembangkan duit persaraannya di dalam akaun 1 di epf dgn mengeluarkan sebahagian kecil (mengikut syarat yg ditetapkan epf) untuk dilaburkan ke dalam dana-dana islamik. baru-baru ini saya ada terfikir, bolehkah kita mengajak org islam ataupun bukan islam yg berkerja di syarikat-syarikat yg bidang perniagaannya jelas diharamkan syarak spt cthnynya: syarikat arak carlsberg, genting resort world dan sebagainya untuk melabur di dalam dana-dana syariah? saya amat ragu-ragu tentang masalah ini kerana hasilnya nanti akan jadi rezeki saya untuk saya menanggung keluarga saya. harap jawapan segera dari ustaz dan pakar-pakar yang arif tentang ini.. 
 
p/s: minta maaf jika permasalahan ini telah dijawab di artikel yg terdahulu kerana saya telah cuba mencarinya tetapi tidak terjumpa. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by hazini, on 18-02-2009 09:46, IP 118.101.153.95, Guest
5. public mutual equity fund - unit trust
Akum ustaz.saya nk tanya mengenai unit trust ni adakah halal atau tidak. tetapi saya hanya ingin membuat pelaburan dan bukan jadi agent.saya harap ustaz dpt hilangkan keraguan saya sebelum saya menyertai unit trust ni. 
terima kasih. 
 
UZAR : unit trust ada yang halal dan ada yang haram. Unit trsut yang halal telah disenaraikan oleh Suruhanjaya sekuriti di websitenya, sila rujuk www.sc.com.my
 
» Reply to this comment...

Posted by shila, on 16-12-2008 09:20, IP 60.50.242.119, Guest
6. unit trust
Salam, 
Alhamdulillah, kerana ustaz telah mewujudkan laman web ini. Saya adalah seorang perunding unit amanah(unit trust) & saya hanya memasarkan dana2 islamik sahaja. Apakah hukumnya, jika saya menjual dana islamik kepada client yg bukan beragama islam(sebagai contoh client yg bekerja di kilang arak). Besarlah harapan saya agar ustaz dapat mmemberi jawapan di atas kemusykilan saya ini 
 
UZAR : halal hukumnya jual yang islamik kpd bukan Islam sama ada dia kerja di kilang arak ataupun kerja apa jua. Hanya jika jual al-quran kepad anon muslim, barulah ada ulama kata tak boleh.
 
» Reply to this comment...

Posted by Ruzi, on 20-11-2008 17:34, IP 194.80.178.1, Guest
7. ...
Ustaz, saya ingin dapat penjelasan yng jujur dari ustaz tanpa memihak kepada mana mana parti atau puak. 
 
Jika hanya menjadi penghantar arak sahaja juga berdosa atau mana mana yng berkaitan dgn arak adalah haram, bagaimana pula dgn projek menternak babi dgn alasan untuk permintaan orng bukan islam di malaysia dan juga bagi menghindar dari penternakakn yng tak teratur (kononya).  
 
Nampaknya Malaysia lebih teruk dari Turkey, kerana Turkey walaupun negara islam sekular tetapi mengharamkan apa saja yng terbabit dgn babi, apatah lagi menternak. 
 
UZAR : Sebagaimana permintaan sdr, saya tidak akan berat sebelah kepada mana-mana pihak .. 
 
jawapan saya.. 
 
Pernternakan babi dan penjualannya adalah diharuskan JIKA DIUSAHAKAN OLEH ORG BUKAN ISLAM DAN HANYA DIJUAL UNTUK BUKAN ISLAM.. ini sebagai menghormati kebebasan hak dalam agama lain. 
 
Namun jika penternakannya sehingga merosakkan amal sekitar dan masyarakat sekeliling. pemerintah wajiblah berbuat sesuatu agar saiz dan kedudukan ladang itu dikawal.
 
» Reply to this comment...

Posted by urm, on 04-11-2008 04:22, IP 194.80.178.1, Guest
8. ...
Jika diteliti secara mendalam , saya dapati ada komen yang dibuat ZAR tidak menepati kehendak semasa, contohnya komisen kepada agen,ianya telah ditetapkan oleh syarikat bagi menambah pelanggan, setiap agen akan diberi komisen, tidak spt mlm yang dibayar berdasarkan sistem piramid, sebaliknya agen hanya akan mendapat komisen bila dapat ahli, tak ada ahli tiada komisen, sebab mereka tidak dibayar gaji bulanan oleh syarikat.Oleh itu ia dibenarkan kerana ia menyamai upah.  
 
Begitu jugs kadang-kadang jawapan ZAR tak jelas dan samar-samar yang menimbulkan kekeliruan kepada pembaca yang dalam kekeliruan. Harapan saya jika sesuatu yang tak jelas pada ZAR buat kajian dan risikan menyeluruh jangan jawab sekadar melepaskan hukum sahaja.Saya puji usaha ZAR kerana banyak pendedahan tapi saya kesal kenapa ZAR yang tahu halal dan haram tidak memberi komentar kepada pihak terbabit.  
 
Kenapa ZAR yang tahu sesuatu itu tidak boleh tidak menjelaskan secara terus terang kepada public tapi hanya sekadar di web ZAR yang hanya berapa peratus warga Islam melayarinya. 
 
UZAR : lucu membaca komen ini. dan saya tiada masa melayan komen bentuk provokasi sebgini.  
 
Ulasan saya berkenaan ejen unit amanah islam telah diulas di ruangan lain, sila baca di sana. 
 
Bak kata orang, jika tak suka web ini, tiada siapa yang jemput dan jika nak pergi tiada siapa yang menghalau.
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by maliki, on 04-09-2008 18:23, IP 90.240.186.250, Guest
9. ...
tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen islam termakan duit riba atau sebagainya. Tlong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan pa yang mereka dapat, komisen. tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga 
 
UZAR : BUKANKAH SAYA DAH JELASKAN DI PELABAGI TEMPAT DI WEB NI.  
 
ORANG TAK BACA, BUKAN LAGI TANGGUNGJAWAB SAYA. 
 
HUKUM KOMISYEN EJEN INSURAN ADALAH HARAM. 
 
KOMISYEN EJEN UNIT TRUST RIBA DAN KONVENSIONAL ADLAH HARAM 
 
KOMISYEN EJEN UNIT TRUST HALAL ADALAH HALAL NAMUN TETAKLUK PULA KEPADA APA YANG DIJUALNYA SENDIRI SAHAJA,.  
 
APA YANG DIJUAL OLEH ORG BAWHANYA,,ADA SYUBHAT.
 
» Reply to this comment...

Posted by TintaWasiat, on 06-08-2008 19:53, IP 194.80.178.1, Guest
10. ...
Saya br2 ni melabur dlm PBMutual.Penerangan drpd agent pun jelas/sahih.Jika x salah saya,dlm tv3 beberapa bln lps ada menyebut ttg pelaburan dlm Islam.Dlm rncangan al-Kuliyyah.Jika di bawah Islamic & Suruhanjaya Sekuriti,Insya Allah HALAL.Panel yg mmberi penerangan pun mmg byk pengalaman dlm sistem pelaburan Islam.Panel tersebut dr CIMB.Jika tuan,puan ada melihat rncangan itu,dptlah keterangan yg lebih sahih.PB Mutual ada mmberi penyata tahunan,cuba lihat & semak urus niaga yg telah berlaku selama setahun. 
Satu sahaja,niat kita utk melabur rezeki yg HALAL. :)  
Minta keredhaan Allah supaya diterima segal
 
» Reply to this comment...

Posted by leenassah, on 16-07-2008 19:27, IP 194.80.178.1, Guest
11. ...
apabila saya menjadi consultant untuk pmutual..ada tiga benda yang saya niat:1) nak cari income,sara anak bini 2)nak menarik dan berkongsi ilmu sesama islam ttg kewangan islam melalui pelaburan syariah 3)mendapat redha dan keberkatan allah. cuba saudara saudari pikir2kan..orang melayu islam kita masih melabur sebanyak 55 bilion dlm asb/asn yang mmg diragui status pelaburannya...ini kerana mereka tidak mempunyai ilmu dan tidak mendapat maklumat ttg pelaburan lain selain asb/asn...sanggupkah kita berdiam diri bila melihat sanak saudara kita masih taksub dengan asb/asn sedangkan kita tahu akan hukumnya...kerja adalah jihad..berjihadlah demi kesejahteraan diri dan ummah seluruhnya.tq. leenassah@gmail.com
 
» Reply to this comment...

Posted by nurislamic, on 25-06-2008 17:56, IP 60.52.99.18, Guest
12. ...
salam uzar, 
sy baru nak join sbg agent PB nih, erm... banyak komen yg buat sy keliru... 
tapi terima kasih byk2 sbb ada juga maklumat yg membantu... :)
 
» Reply to this comment...

Posted by anuar, on 08-06-2008 09:26, IP 60.52.103.103, Guest
13. ...
apajua perniagaan yang halal adalah halal insyaAllah, yang penting cara kita berurusan mesti mengikut syarak. kalau jual benda halal tapi ada unsur2 menipu.. haram juga. bagi saya pelaksanaan yang sempurna yang penting. seperti akad jual beli.
 
» Reply to this comment...

Posted by abu07, on 21-05-2008 07:07, IP 60.52.102.68, Guest
14. ...
askum UZAR, 
sy ingin bertanya UZAR ttg pelaburan Kijang Emas Gold Bullion Coins..adakah ia halal atau haram? harap UZAR dpt beri penjelasan supaya dapat menghilangkan keraguan sebahagian umat Islam yg telah membuat pelaburan dengannya..sy dpt maklumat ni dr website maybank : 
 
http://www.maybank2u.com.my/ promotions/goldcoin.shtml 
 
TQ UZAR.
 
» Reply to this comment...

Posted by ibnu, on 01-05-2008 16:14, IP 60.52.99.176, Guest
15. ...
assalamualaikum ustaz 
 
diharap ustaz dapat menguraikan kekusutan dan konflik tentang isu ini dengan memberi respon kepada post dari saudara mujahid (tentang komisen seorang agen), HanaHjIshak dan lain supaya segalanya jelas. 
 
syukran.
 
» Reply to this comment...

Posted by muhammad, on 24-02-2008 16:13, IP 124.13.136.107, Guest
16. ...
Aslmkm.. 
 
Saya telah menjadi ahli satu bentuk perniagaan berasaskan sistem pesanan ringkas (sms). 
Sebelum saya bergerak aktif mencari pendapatan sambilan ,saya ingin mengetahui adakah sistem yang dilaksanakan bertepatan dengan syariah islam atau dengan jelas adakah ia haram atau halal? 
sila lawati www.mobile-money.com atau www.drwallet.com
 
» Reply to this comment...

Posted by striker, on 14-02-2008 06:52, IP 60.52.100.6, Guest
17. ...
Assalamualaikum, 
 
Sekadar cuba menjelaskan kekeliruan UZAR & rina. 
 
Written by rina on 2008-01-04 15:44:00 
------------------------------ ------------------------------ -------------------- 
Saya ingin tahu kenapa Uzar kata Public China Ittikal Fund (islamic) mungkin tidak termasuk yang halal?. Boleh ustaz jelaskan kenapa?  
 
KOMEN UZAR : BOLEH JELASKAN DI MANA SAYA KATA IA HARAM?? SAYA PUN TAK TAHU PULAK YANG SAYA ADA KATA IA TAK HALAL. BOLEH JELASKAN KENAPA ? 
 
UZAR, ini sebabnya: 
 
Written by mnts on 2007-11-23 07:42:43 
------------------------------ ------------------------------ -------------------- 
Mcmn pulak dgn Public Islamic Asia Div Fund (PIADF) , Public China Ittikal Fund (Islamic)???  
 
KOMEN UZAR ; IA TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS SYARIAH MEREKA. PUBLIC CHINA, MUNGKIN TIDAK TERMASUK YG HALAL 
 
 
Rasanya UZAR tersilap faham dengan kenyataan mnts. Bukan "Public China" tetapi "Public China Ittikal Fund" (PCIF) yang tentunya sudah dipantau oleh badan syariah mereka. Insya-Allah, halal. 
 
Wallahuaklam. 
 
UZAR : YANG ADA NAMA ISLAMIC SEMUANYA ADA MAJLIS SHARIAH DAN MEREKA TELAH DISAHKAN HALAL OLEH MAJLIS SHARIAH, SO IA HALAL UNTUK ORANG AWAM. SEKIAN
 
» Reply to this comment...

Posted by nurhairiah, on 13-02-2008 07:50, IP 60.52.99.153, Guest
18. ...
salam.. 
thanks uzar coz byk artikel u myedarkan saya MLM adalah perniagaan yang jenis mcm mana.insyaAllah saya beritahu saudara sesama islam kita :)
 
» Reply to this comment...

Posted by W M Riduan, on 23-01-2008 23:37, IP 60.52.100.137, Guest
19. ...
Assalamu'alaikum wbt semua... 
 
Yup, mmg betul ianya halal sekiranya kita hanya menjual unit amanah yg berlandaskan syariah & mengelak drpd menjual dana2 konvensional tetapi soalan saya ialah... 
 
Dan setiap tahun, setiap perunding unit amanah akan mendapat bonus drpd syarikatnya berdasarkan prestasi individu dan juga secara berkumpulan.  
 
Andai kata perunding unit amanah tersebut hanya menjual unit amanah yg mengikut syariat, bagaimanakah pula hukumnya terhadap bonus berdasarkan kelompok di mana bergabungnya perunding-perunding unit amanah dan tentu sekali unit-unit amanah yg dijual secara kolektifnya juga adalah bercampur-campur antara yg konvensional dan juga yg Islamik? 
 
Jawapan yg ustaz berikan terlebih dahulu saya ucapkan JzakaLlahu khairan kathira. 
Wassalam... 
 
P/S: Kpd Mujahid & Hana Hj Ishak, jazakumuLlahu khairan kathira atas explanation antum... soalan ana ni nih complementary utk isu yg belum terjawab, harap2 ianya dpt dijawab oleh sesiapa yg arif...Ws.
 
» Reply to this comment...

Posted by zek, on 17-01-2008 18:35, IP 60.52.98.168, Guest
20. ...
Assalamu'alaikum UZAR.. 
 
Terima kasih atas ilmu2 yg ustaz berikan..sy memohon izin ustaz utk menyebarkan artikel2 ustaz dlm laman2 web lain.. 
 
Pendapat sy berkenaan hukum menjadi agen public mutual (islamic fund) adalah tidak salah...saya berpegang kpd konsep ZAKAT..dimana amil (pemungut zakat) berhak mendapat bahagiannya (dlm percentage@komisyen) dlm memungut zakat..serupa juga dgn agen public mutual (islamic fund) akan mendapat komisyen tertentu berdasarkan jumlah pelaburan si pelabur..betul sy jika salah..sy dlm proses menjadi agen public mutual (tetapi hanya menjual dana2 islamik shj). terima kasih atas jawapan ustaz...
 
» Reply to this comment...

Posted by arifff, on 15-01-2008 18:32, IP 60.52.100.61, Guest
21. ...
Written by mnts on 2007-11-23 07:42:43 
 
Mcmn pulak dgn Public Islamic Asia Div Fund (PIADF) , Public China Ittikal Fund (Islamic)???  
 
 
Public China Ittikal Fund (Islamic)??? halal?? 
 
 
KOMENU UZAR : SILA RUJUK SENARAI ISLAMIC FUND YANG HALAL DI WEB SURUHANJAYA SEKURITI WWW.SC.COM.MY
 
» Reply to this comment...

Posted by illias, on 12-01-2008 18:12, IP 60.52.98.240, Guest
22. ...
assalamualaikum UZAR. 
 
saya harap saya berada di tempat yang betul untuk bertanya. 
Saya juga merupakan perunding unit amanah public mutual berhad. Setakat ini, saya memang menasihati agar klien2 saya melabur dalam dana-dana islam kerana prestasi yang bagus dan yang terlebih penting, sumbernya boleh diyakini halal. 
 
satu perkara yang saya rasa perlu dan masih gagal untuk saya jelaskan kepada klien saya adalah kaedah pengeluaran zakat pelaburan mereka. 
 
-bagaimanakah zakat perlu dikeluarkan dengan pelaburan di unit trust. 
 
-satu perkara lagi, saya juga pernah bertanya kpd seorang yang berada dalam bidang fiqh dan fatwa di sebuah ipt, beliau sedikit sebanyak berjaya menjelaskan ttg zakat pelaburan secara basic.  
Namun, apabila ditanya mengenai keperluan mengeluarkan zakat nullapabila proses switching (menukar potfolio pelaburan daripada equity kepada bond ketika market semasa downtrend dan sebaliknya) dilakukan, beliau gagal untuk menjawab persoalan tersebut. 
 
Jadi, apa komen UZAR ttg masalah ini? 
 
Jazakillah Khairan Khathiran..
 
» Reply to this comment...

Posted by rina, on 04-01-2008 15:44, IP 211.25.130.42, Guest
23. ...
Saya ingin tahu kenapa Uzar kata Public China Ittikal Fund (islamic) mungkin tidak termasuk yang halal?. Boleh ustaz jelaskan kenapa? 
 
KOMEN UZAR : BOLEH JELASKAN DI MANA SAYA KATA IA HARAM?? SAYA PUN TAK TAHU PULAK YANG SAYA ADA KATA IA TAK HALAL. BOLEH JELASKAN KENAPA ?
 
» Reply to this comment...

Posted by HanaHjIshak, on 21-12-2007 19:51, IP 60.52.102.67, Guest
24. ...
Salam, 
Bagi menjawab persoalan kedua.  
pada pendapat saya begini... 
 
Jika hasil komisyen anda diperoleh daripada jualan dana2 yg berlandaskan shariah, maka pendapatan anda itu dikira bersih@halal. 
 
Jika wang komisyen diperoleh daripada jualan dana2 yg tidak berlandaskan shariah, saya kira ia boleh jatuh kategori haram kerana saya berpegang kepada konsep dalam hukum arak. 
 
Dengan mencadangkan dana2 konvensional kepada pelanggan kita dan mereka bersetuju untuk melabur dalam dana tersebut maka kita seolah2 bersubahat dalam memberikan sokongan terhadap perkembangan syarikat yg menjalankan aktiviti yg bertentangan dgn syarak. Maka ada unsur syubhah di situ. Jadi seeloknya kita menjauhi perkara yg syubhah.  
 
Quote drpd http://alhuda.mmu.edu.my/ jawapan/baca.php?id=171 
 
Rasulullah Sallallhu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Allah telah melaknat arak, peminum arak, pembawa arak, pembeli arak, penjual arak, pembuat arak, orang yang minta dibuatkan arak, tukang angkat arak, dan orang yang diangkatkan arak kepadanya" (H.R. Abu Daud).  
 
Ada 12 perkara yang terkena atas hukum itu sebagaimana yang disebutkan dalam al-Zawajir, iaitu meminumnya, memerahnya, minta diperahkan, membawanya, minta dibawakan, memberi minum, minta diminumkan, menjual, membeli, minta dibeli dan minta dijualkan, memakan harganya, menyimpan dan memilikinya.  
 
Daripada dalil ini jelas menunjukkan bahawa tiada ruang untuk melonggarkan hukum arak ini. Ini termasuklah orang yang memberi sokongan dalam apa jua bentuk terhadap industri berkenaan. Sedikit atau banyak ia tetap dikira bersubahat. Oleh itu, hendaklah dicari pekerjaan yang bersih daripada unsur-unsur yang dilarang ini supaya kita terselamat daripada memakan yang syubhah dan haram.  
 
Rasulullah Sallallahu 'alaihi Wasallam pernah bersabda yang bermaksud: "Mencari yang halal adalah wajib atas setiap Muslim" (H.R. Thabrani dan Dailami)  
 
Jadi lebih baik anda menjual Islamic Fund sahaja. Tiada perkara yg perlu diragukan lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by HanaHjIshak, on 11-12-2007 16:25, IP 60.52.99.128, Guest
25. ...
Assalamualaikum... 
 
Sebenarnya dalam Public Mutual terdapat 12 Islamic Fund (sehingga kini) yg dibahagikan kepada dana jenis ekuiti, dana seimbang,bond dan pasaran wang. Bukannya terhad terhadap dana yang disebutkan di atas sahaja. Jika anda ingin menyemak maklumat mengenai dana-dana tersebut dengan lebih detail lagi sila berkunjung ke 
 
[www.publicmutual.com.my atau sila klik 
 
B]null[Malaysian Islamic Fund di sebelah kiri website ini.  
 
Semua dana-dana Islam yg diuruskan oleh beberapa buah syarikat pengurus dana telah disenaraikan di sini. Ia merupakan pelaburan Islam alternatif bagi ASB dan pelaburan2 internet yg kita sedia maklum statusnya dari segi hukum.  
 
Saya kira tidak timbul isu halal/haram bagi setiap dana Islam kerana dana-dana ini diurus mengikut kehendak Syariah dengan Islamic Banking and Finance Institut Malaysia Sdn, Bhd (IBFIM) sebagai Penasihat Syariah kepada dana-dana tersebut. Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk melabur dgn mana-mana dana Islam yg diminati berdasarkan profile risk anda dan total return bagi setiap dana-dana tersebut yg mungkin boleh menarik minat anda untuk melabur.  
 
Isu yg ditimbulkan di sini ialah mengenai pendapatan sebagai Unit Trust Consultant yg didakwa oleh Saudara Abd Razak menyamai dgn konsep MLM. Pada pendapat saya keraguan itu tidak benar sama sekali kerana kita sedia maklum MLM merupakan pemasaran pelbagai tingkat di mana rata-rata pendapatan diperoleh daripada kejayaannya membawa seorang ahli menyertai perniagaan tersebut dgn pelbagai sistem yg diperkenalkan seperti binary system, duplicate, pyramid, kaki gajah dan mcm2 istilah lagi yg menggalakkan ahlinya mencari orang (mangsa/rakan kongs/usahawan network trading serta pelbagai istilah lagi yg bisa mengkaburi org ramai) untuk memperoleh pendapatan. Seterusnya perkara ini akan terus berterusan sehinggalah rangkaian tersebut menjadi infiniti. 
Boleh rujuk artikel UZAR mengenai Isu Shariah dalam Peniagaan MLM.  
 
Apa yg pasti, di dalam Public Mutual Berhad, apabila seorang agent A membawa masuk / mendaftarkan seorang lagi agent, agent A tidak akan memperoleh apa2 komisyen hasil daripada pendaftaran new agent tersebut. Yuran pendaftaran untuk menjadi ejen Unit Trust Public Mutual adalah sebanyak RM257.  
 
Yuran tersebut adalah untuk agent tersebut menduduki peperiksaan (RM247) bagi melayakkannya mendapatkan lesen daripada Federation Malaysian Unit Trust Manager (FMUTM), juga untuk kelas intensif sebelum menghadapi peperiksaan dan nota2 serta starter kit untuk agent. Suka untuk diingatkan, bagi sesiapa yg menjalankan aktiviti ini (mengaku sebagai agen dan menjual dana unit amanah atas lesen org lain) tanpa mempunyai lesen yg sah, dia boleh dikenakan denda RM1 juta. Nampak tak nilai lesen tersebut? 
 
Malah apa yg menariknya, yuran exam tersebut akan dikembalikan semula oleh syarikat jika dalam tempoh enam bulan dari tarikh agent tersebut lulus exam, dia berjaya membuat sales sebanyak RM30k dan keatas (untuk tahun 2007 sahaja, tahun depan mungkin perlu cecah RM50k untuk memperoleh semula yuran ezam tersebut kerana RM30k terlalu sikit untuk dicapai dalam tempoh 6 bulan). Itu belum dikira komisyen sebanyak 2.85% daripada jualannya. Ini sebagai langkah daripada syarikat untuk menggalakkan agent baru mendapatkan semula modalnya.  
 
Sememangnya wujud istilah upline dan downline tetapi itu bukanlah menyatakan bahawa konsep ini menyamai MLM. Jika seseorang tidak merekrut agent baru, dia masih boleh mendapatkan komisyen hasil daripada personal sale nya tetapi disebabkan dia tidak mempunyai anak buah, maka agent tersebut tidak akan di'promote' untuk naik pangkat. Jika ikut logik akal pun, dia nak jadi ketua kepada siapa sebab dia tiada anak buah?  
 
Maka perlu untuknya merekrut sesiapa yg berkelayakan untuk menjadi agent selain memberi peluang kepada orang lain untuk memperoleh pendapatan yg lumayan daripada kerjaya ini. Maka apabila agent ini telah dinaikkan pangkat, fokusnya telah berbeza. Bukan lagi fokus untuk membuat jualan peribadi sahaja tetapi lebih kepada menggerakkan anak buahnya dengan selalu mengadakan latihan untuk menambahkan pengetahuan dalam bidang ini supaya anak buahnya juga boleh berjaya sepertinya.  
 
Untuk dinaikkan pangkat memang perlu untuk agent tersebut mencapai target sales tertentu. Sebagai contoh untuk memperoleh status supervisor, jumlah jualan terkumpul peribadi dan kumpulannya hendaklah sekurang-kurangnya RM500k untuk tempoh setahun. Maka agent dgn pangkat supervisor tersebut boleh menikmati komisyen sebanyak 3.47% dengan pecahan (2.85% daipada personal sales dan 0.62% adalh overiding commision). Syarikat tidak pernah memaksa agent untuk mencapai target sales tersebut. Tetapi kebiasaannya, agent tersebut akan termotivasi dgn sendirinya untuk dinaikkan pangkat.  
 
Pangkat yg tertinggi dalam bindang ini ialah Mutual FundGroup Agency Manager. Selalunya pada peringkat ini, agent tersebut akan dinasihatkan oleh syarikat untuk menumpukan sepenuh perhatiannya dalam karier ini secara sepenuh masa. 
 
Perlu dinyatakan di sini ialah komisyen yg diperoleh adalah daripada jumlah pelaburan yg dibuat oleh seseorang pelabur dan jumlah terkumpul jualan kumpulan. Bukannya daripada pendaftaran agent baru. Tugas agent adalah untuk memberi khidmat nasihat kepada para pelabur yg terdiri daripada sesiapa sahaja supaya melabur dalam dana-dana yg diuruskan oleh pihak syarikat dan memantapkan diri sendiri dengan ilmu pengetahuan yg berkaitan dgn industri ini. Malah produk (dana-dana unit amanah) yg dijual kepada pelanggan adalah yg berkualiti kerana pulangannya yg tinggi dan mendapat pelbagai anugerah yg secara langsung meneragkan kualiti dana tersebut.  
 
Salah satu dana Islam yg berkualiti ialah Public Ittikal Fund di mana selama tempoh 10 tahun ia dilancarkan, jumlah pulangannya telah mencecah 238.41% ( rujuk buku laporan suku tahun ketiga yg diedarkan oleh Public Mutual) dan telah mendapat anugerah untuk prestasi dana cemerlang bersama-sama 20 dana siri Public Mutual yg lain bagi tahun 2007.  
 
Untuk membuktikan lagi kepada anda bahawa produk yg ditawarkan kepada orang ramai adalah dijamin kualitinya, pada 4 December yg lalu, telah terpampang di dada akhbar Berita Harian dan New Straits Time bahawa Public Mutual Berhad telah dianugerahkan sebagai The Most Outstanding Islamic Fund Manager di majlis KLIFF (Kualau Lumpur Islamic Finance Forum) Islamic Finance Awards 2007.  
 
Jika anda sedar, kebanyakan perniagaan MLM bangga dapat melahirkan ramai jutawan daripada pelan pemasaran mereka sedangkan di rumah berlambak stok-stok yg belum terjual. Stok-stok tersebut adalah hasil daripada pembelian wajib dgn nilai tertentu yg perlu dibuat setiap bulan bagi melayakkan mereka mendapat bonus yg telah dijanjikan oleh syarikat. Jika jutawan2 ini rajin, cuba hitung jumlah stok yg terkumpul di rumah dan perbelanjaan setiap bulan yg terpaksa dikeluarkan untuk menjalankan kempen dari satu tempat ke satu tempat. Pasti nilainya juga mencecah puluhan ribu ringgit setimpal dgn pendapatan mereka dan apa yg pasti telah berlaku suatu pembaziran yg nyata dalam perniagaan tersebut. Mereka membeli sesuatu produk bukan disebabkan keperluan tetapi atas sebab untuk maintain point dan sebagainya.  
 
Sememangnya unit trust berbeza dgn perniagaan MLM. Para pelabur melabur di dalam unit trust kerana produknya (dana-dana unit trust) yg mampu memberikan pulangan yg tinggi dan mereka mendapat khidmat nasihat daripada agent unit trust. Manakala org menyertai MLM kerana Marketing Plan nya yg mampu memberikan pendapatan yg lumayan tanpa mengambil kira sangat kualiti produk yg terpaksa dijual kerana ingin menyertai pelan pemasaran syarikat berkenaan. .  
 
Secara peribadi, saya tidak pernah berasa teraniaya atau terbeban dengan karier sebagai Unit Trust Consultant malah berterima kasih kepada upline yg membimbing saya untuk berjaya dalam bidang ini. Saya juga mendapati diri saya lebih update dgn perkara-perkara yg berkaitan dgn ekonomi semasa dan pengetahuan saya mengenai pengurusan kewangan sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.  
 
Saya harap dgn penjelasan panjang lebar ini sekurang-kurangnya dapat membantu UZAR menjelaskan persoalan-persoalan yg telah dikemukakan di sini.  
 
Mohon maaf jika terdapat perkara-perkara yg masih samar dalam penjelasan ini.  
 
HanaHjIshak 
hanahjishak@gmail.com
 
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 04-12-2007 07:38, IP 211.25.51.1, Guest
26. ...
Salam ustaz,ejen public ittikal beritahu income diorang begini: 
 
untuk new reader yg tertanya2 apa kelebihan menjadi Unit Trust Consultant ni, our benefits sbg UTC: 
 
1) direct komisyen - starting, korang akan dapat 2.85% (drp client's initial invetment) contoh : dia invest rm100k, kita dpt rm2,850.. kalau sales sebulan 200k, dpt la rm5,700.... average rm200k sebulan boleh je nak achieve.... 
 
komisyen akan naik sehingga 4.15% bila korang achieve certain sales dan ranking... 
 
2) indirect komisyen (overiding) - bila korang dah ade agents di bawah korang nanti, bleh dpt lagi indirect komisyen from sales yg diorang buat.. tak byk average dlm 1% je drp downlines kita punya sales... 
 
contoh kalau kita ada 3 orang downline, setiap sorang buat sales rm100k... so jumlah rm300k... average overiding komisyen ialah 1%... dpt la kat korang lebih kurang rm3k... tu kira sbg insentif korang didik korang nyer agents... 
 
3) year end bonus - dpt bonus ujung tahun ikut percentage drp sales kita utk spjg tahun tersebut... bonus drp sales agents di bawah kita pun kita dapat jugak... 
 
4) Career Benefit (CB) - ini seolah2 gaji, diberi setiap bulan setelah korang jadi UTC after certain period of time... public mutual akan calculate brapa dah korang nyer sales, kemudian dia akan bagi stiap bulan.... brader "kirawang" punya CB stiap bulan lebih kurang 7k - 8k... tetiap bulan dpt... goyang kaki takde buat keje apa pun dapat.. 
 
5) free trip - jalan2 ke vietnam, jepun, europe, mana2 je la kat overseas yg diorang nak bawak kita pegi... tapi kena achieve target sales dulu la... trip slalunya seminggu, semua FOC kecuali nak shopping, duit sendiri la... tapi sesape yg achieve more sales, diorang bagi free trip skali dengan cash skali... haa yg ni totally free la... 
 
adakah pendapatan mereka halal dari segi syariah?shukran jazilan.
 
» Reply to this comment...

Posted by saleha, on 23-11-2007 07:50, IP 211.25.130.42, Guest
27. ...
dalam public mutual juga ada sistem downline dan upline. Upline juga akan menerima kosmiyen daripada jualan downline. 
www.salehaidirs.wordpress.com
 
» Reply to this comment...

Posted by mnts, on 23-11-2007 07:42, IP 211.25.130.42, Guest
28. ...
Mcmn pulak dgn Public Islamic Asia Div Fund (PIADF) , Public China Ittikal Fund (Islamic)??? 
 
KOMEN UZAR ; IA TELAH DISAHKAN OLEH MAJLIS SYARIAH MEREKA. PUBLIC CHINA, MUNGKIN TIDAK TERMASUK YG HALAL
 
» Reply to this comment...

Posted by consultant, on 05-11-2007 00:11, IP 60.52.99.19, Guest
29. ...
Ustaz, apa pendapat ustaz mmengenai public mutual islamic funds? Saya faham ustaz tak dak kuasa nak go through semua tatacara dan dokumentasi cara mereka kendalikan unit trust islamic mereka. Ustaz turut menyertakan link untuk pelaburan secara Islamic yang jugak merangkumi dari public mutual. Pada pendapat saya secara tak langsung ustaz juga setuju dengan cara mereka menjalankan urus niaga mereka.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mat Due, on 26-10-2007 06:39, IP 60.52.102.212, Guest
30. ...
Saya harap USYAZ ZAHARUDDIN dapat mengkaji dan memberi jawapan secepat mungkin agar saya tidak mmemakan duit haram atau duit saya akan jadi haram. 
 
KOMEN UZAR : MAAF, SAYA TIDAK AKAN MENGKAJINAY KERANA MEREKA SUDAH ADA MAJLIS SYARIAH SENDIRI. MEREKALAH YANG BOLEH MENGKAJINYA. 
 
SAYA TIADA AUTORITI DAN 'ACCESS' UNTUK MENYEMAK DOKUMEN MEREKA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Kassim, on 30-09-2007 18:31, IP 60.52.101.23, Guest
31. ...
Diharap ust dapat membuat kajian lebih terperinci memandangkan ramai umat islam yang terlibat dengan pelaburan public mutual ni..
 
» Reply to this comment...

Posted by anjaunie, on 29-09-2007 07:05, IP 60.52.100.34, Guest
32. ...
saya ada melabur dalam public mutual, risau juga kalau tak tau lagi cara pelaburannya samada halal ataupun tidak]
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 20-09-2007 08:37, IP 58.139.249.66, Guest
33. ...
Apa jawapan ida, isu penting nie..
 
» Reply to this comment...

Posted by hawa, on 18-09-2007 13:13, IP 58.139.249.66, Guest
34. ...
kenapa tiada jawapan susulan ? ????Penting ni...........
 
» Reply to this comment...

Posted by nama, on 03-09-2007 22:38, IP 60.52.100.155, Guest
35. ...
dalam ajen Public Mutual .. agen di atas tak dapat apa2 komisyen drp jualan ajen di bawah .  
 
Agen diatas akan hanya dinaikkan pangkat dan komisyen untuk jualan unit trust seterusnya akan naik sedikit . Tetapi mesti yang dia jual . Kalau dia tak jual apa2 ...maka dia tak akan dapat apa2 komisyen . Kalau yang bawah jual ..maka yang bawah akan dapat.  
 
 
» Reply to this comment...

Posted by saufi, on 31-08-2007 16:58, IP 60.52.102.33, Guest
36. ...
baca la betul-betul..ustaz zaharuddin cuma nk bgtau yg dia tak buat kajian ke atas sistem pemasaran mutual fund dan insurans. dengan erti kata lain, dia tak boleh komen sebab dia tak tau pasal sistem pemasaran yang digunakan. 
 
btw, MLM bermaksud multi level marketing.mksdnyer, agen boleh dapat komisen dari jualan ejen di bawahnya. manakala single level marketing pula, ejen hanya mendapat komisen dari hasil jualan sendiri sahaja. dlm public mutual tu, ada guna kaedah 'downline' ke?
 
» Reply to this comment...

Posted by zanariah ma'amor, on 28-08-2007 14:53, IP 58.139.249.66, Guest
37. zanariah ma'amor
Kenapa Takaful Ikhlas terbabit? Saya cuma tertanya2. Kerana saya wakil Takaful Nasional.
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
SEO by Artio