Written by Administrator, on 30-12-2009 08:00
Views 16664    
Favoured 54

Hukum Sambutan

Tahun Baru Masehi

calendar.jpg

 

Soalan 

Saya pernah terbaca bahawa haram bagi kita umat Islam menyambut perayaan Tahun Baru pada malam 31 Disember? Apa pandangan ustaz dalam perkara ini?

 

Jawapan 

Pertamanya, sebagai umat Muhammad SAW, kita di ajar untuk mengira peredaran hari menggunakan bulan Islam, ia terlebih afdhal. Pengiraan zakat perlu menggunakan bulan Islam bagi mengetahui "hawl" (tempoh wajibnya) sudah sampai atau belum. Justeru, secara umumnya adalah lebih baik untuk kita mengingati bulan Islam ini bagi terus menjaga identiti Islam yang tersendiri. Islam juga telah meletakkan dua hari raya yang patut disambut dan dirayakan oleh Umat Islam iaitu Eidil Fitri dan Eid Adha. 

Oleh itu, sebarang sambutan majlis lain mestilah tidak menyerupai sambutan perayaan dua hari raya Islam tadi. Islam juga terbuka dalam menilai sambutan keraian yang tidak bersifat keagamaan, diterima adat dan tiada unsur yang bercanggah dengan hukum dalam sambutannya.

Tidak dinafikan bahawa terdapat para ulama yang mengharamkan sama sekali sambutan tahun baru dalam apa jua bentuk. Namun, menyambut tahun baru Masehi (yang mengikut kiraan Gregorian calendar ciptaan Pope Gregory), menurut pandangan saya, ia adalah HARUS secara bersyarat serta bergantung kepada cara sambutan dan keraian yang dibuat.

Walaupun kalendar masehi adalah ciptaan bukan Islam, namun melihat kepada penerimaan kalendar moden ini, ia tidak lagi kelihatan bersangkut paut dengan agama malah amat ramai yang tidak lagi mengetahui dan ambil endah tentang asal usulnya, apatah lagi kaitannya dengan mana-mana agama. Ia sudah dikira sebagai sebuah kalendar moden yang diterima di atas asas adat dan kebiasaan. Namun begitu, syarat-syarat seperti berikut mestilah diambil perhatian dalam sambutannya:-

* Sambutan tersebut dilakukan atas asas ‘Uruf atau ‘Adat dan bukannya di anggap sebagai suatu upacara keagamaan. Jika ia diasaskan atas dasar ibadah maka ia perlu mempunyai sandaran dalil yang jelas. Bagaimanapun jika menyambutnya atas asas adat dan diisi dengan progam yang boleh membawa kesedaran keagamaan dan kebaikan, maka saya masih berpendapat ia adalah HARUS kerana ia termasuk di bawah umum kelebihan majlis ilmu.

Justeru, sambutan tahun baru menurut adat setempat adalah HARUS DENGAN SYARAT berdasarkan penerimaan Islam terhadap adat yang tidak bercanggah dengan Islam. Kaedah Islam yang menerima adat seperti ini adalah " Al-‘Adat Muhakkamah"

Ertinya : "Adat yang tidak bercanggah dengan Syara' boleh menentukan hukum sesuatu perbuatan dan tindakan". (Rujuk Al-Madkhal al-Fiqhi Al-‘Am, Syeikh Mustafa Az-Zarqa, 2/885 ; Syarh alQawaid al-Fiqhiyyah, Syeikh Ahmad Az-Zarqa, ms 219).

Terdapat satu keadah lain berbunyi : " Innama tu'tabaru al-‘Adat iza attaradat aw ghalabat"

Ertinya : Sesungguhnya diiktiraf sebagai adat (yang tidak bercanggah) apabila ianya berterusan dilakukan dan dilakukan oleh majority". (Al-Qawaid al-Fiqhiyyah, Ali Ahmad An-Nadawi, ms 65)

* Tiada percampuran rambang lelaki dan wanita yang bukan mahram yang dikebiasaan membawa kepada maksiat. Bagaimanapun, syarat ini hampir mustahil untuk dijaga pada zaman ini kecuali jika dianjurkan oleh badan agama yang disertai mereka yang mempunyai ilmu agama yang baik dan bukan terbuka sebagaimana sambutan besar-besaran umum. Tatkala itu,  sambutan akan menjadi haram jika syarat ini tidak dijaga.

* Tidak dicampur adukkan dengan hiburan-hiburan yang bertentangan dengan kehendak Islam. Seperti lagu-lagu memuji muja kekasih, wanita, arak. Tidak kira samada ianya lagu biasa atau nasyid (terutamanya dengan kebanjiran kumpulan nasyid hari ini tersasar dari tujuan asal mereka sehingga memperkenalkan lagu-lagu memuji-muja wanita sebagai kekasih).

* Kandungan majlis sambutan ini juga mestilah bertepatan dengan kehendak syara'. Majlis sambutan tahun baru dengan penganjuran majlis ilmu sebagai mengambil sempena cuti umum adalah diharuskan pada pandangan saya.

 

 

 

 

Sekian

 

Ust Zaharuddin

www.zaharuddin.net

8 Feb 2007

Last update: 31-12-2009 15:37

Published in : Artikel, Bahasa Articles
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (12) RSS feed comment
Posted by Jamil Alawi, on 13-08-2010 22:46, IP 110.159.94.67, Guest
1. Antara 25 Disember dgn 1 Januari.
Assalamualaikum Ustaz. 
Saya ada kemusykilan. Lagu "We wish you a mary christmast and a happy new year.." Merujuk kpd perkaitan 25hb dgn sambutan 1 January di mana ia dikira sbg 7 days Avenue.Adakah ia benar atau berkait pada pandangan ustaz?
 
» Reply to this comment...

Posted by shark8182, on 08-01-2010 10:53, IP 202.75.4.139, Guest
2. masalah
tapi remaja skaran lebih banyak berhibur dari beramal.sbb hiburan senang sgt dapat.mana2 je ada..
 
» Reply to this comment...

Posted by Afif, on 03-01-2010 00:20, IP 60.50.58.67, Guest
3. Nak tanya
Saya ada terbaca sebuah artikel tentang sambutan tahun baru tersebut bersamaan dengan sambutan perayaan sesuatu Agama...Link Text 
 
Apapun, sedarlah, ssaudara kita disana perit getir kena sembelih, kita duk sini enjoy cucuk langit... 
 
Kenapa tak diharamkan lesen2 konsert tersebut, yang tengok pun bukan orang lain, orang Islam jugak... 
 
Huh... 
:sigh
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by walid 'ammar, on 01-01-2010 05:32, IP 115.132.14.164, Guest
4. zakat pendapatan
Assalaamua'laikum warahmatullah UZAR 
 
Saya lewat membayar zakat pendapatan bagi tahun 1430H pada 13 Muharram 1431H, kerana terikut dengan tahun masehi yg bersamaan 30 Dis.2009, adakah ianya dikira qadha' atau macamana ust? 
 
moga ALLAH membalas UZAR dgn sebaik2 balasan
 
» Reply to this comment...

Posted by Wahi, on 01-01-2010 01:30, IP 115.132.5.182, Guest
5. hawl..
Salam Ustaz dan pembaca sekalian.. 
 
Bab hawl ni, ustaz kena tegur PSZ. Depa dok buat iklan "bayarlah zakat sebelum 31 Disember..." KalaU dok amal bayar zakat gUna tahun masihi, dalam masa 33 tahun dah tertinggal 1tahun hijrah tak bayar zakat
 
» Reply to this comment...

Posted by Hamba ALLAH, on 31-12-2009 18:25, IP 115.132.10.20, Guest
6. bergurau
Ustaz... macamana pula kalau begini: 
 
Katakanlah si A cakap, "Ali, amacam malam ni? Kita nak 'mabuk-mabuk' kat mana? Hahaha..." A dan rakan-rakannya ketawa gurauan... 
 
Soalannya: 
 
Boleh ke bergurau-gurau cakap macam tu Ustaz? Walaupun hakikatnya, malam tu, mereka hanya keluar minum dan berborak-borak di restoren sahaja? 
 
Terima kasih, Ustaz. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by Abu Zaid, on 31-12-2009 17:54, IP 58.27.115.118, Guest
7. Tahun Masihi
Islam adalah fundamental, pengiraan tahun menggunakan bulan (qomariah) adalah setepat2 kiraan menggunakan mata tanpa pening2 menggunakan ilmu hisab menentukan ralat pada tahum kiraan matahari (syamsiah). 
 
Kalau Kerajaan menggunakan bulan qomariah, pekerja akan untung hampir dua minggu setiap tahun dalam penerimaan gaji mereka! Hari ini pusat zakat melaungkan 31/12/09 sebagai 'haul' mereka sehinggakan pembayar zakat confuse apa sebab pusat zakat beriya-iya sangat mengutip zakat ketika ini. Adakah sebab 'haul' mereka atau rebet pembayar (LHDN) atau zakat dijadikan business! 
 
Manusia ni pelik, ada yang mudah diberi Tuhan mencari yang susah!
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by sor, on 31-12-2009 15:26, IP 202.60.56.249, Guest
8. tahun baru
maal hijrah x sambut, tapi tahun baru bukan main lagi..mesti ada sesuatu yang 'menarik'...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by ridzuan, on 02-01-2008 20:00, IP 60.52.96.18, Guest
9. ...
benar.....xde maknenye nak raikan.banyak yang haram dari yang halal akan terjadi.
 
» Reply to this comment...

Posted by abdullah, on 31-12-2007 18:20, IP 60.52.100.61, Guest
10. ...
Macam mana dgn konsert yg selalu diadakan pada malam tahun baru?
 
» Reply to this comment...

Posted by zakimorgan, on 31-12-2007 11:20, IP 211.25.130.42, Guest
11. ...
pandai-pandailah kita jaga, baik tak payah raikan,.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by Ibn ahmad, on 01-10-2007 10:42, IP 58.139.249.66, Guest
12. ...
benar sekali pndangn anta ya sheikh.....
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
SEO by Artio