Written by Administrator, on 09-02-2007 16:18
Views 21962    
Favoured 56

Hukum Beli Emas Ansuran & Trade 'In' 

a- Ustaz, saya ada mendengar bahawa barangan emas tidak boleh di beli secara ansuran, adakah ia benar dan mengapa? Untuk makluman, jual beli emas secara tangguh ini amat berleluasa terutamanya di Kelantan.

b- Pohon penjelasan ustaz juga berkenaan cara menukar emas lama dengan yang baru, yang dikenali sebagai "trade in" yang selalu di lakukan oleh kaum wanita di Malaysia.

- ingin selamat di akhirat-

Jawapan :

a.      Jawapan Emas di Jual Beli Secara Ansuran.

Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.

Bagaimanapun, terdapat pandangan yang mengatakan ia bukan lagi di anggap emas kerana telah dibentuk, bagaimanapun semua empat mazhab menolak hujah ini kerana gelkang, cincin, rantai emas itu, walaupun telah di bentuk ia masih lagi emas dan tidak akan terkeluar dari sifat emasnya. Ia juga adalah pendapat sahabat seperti Ibn Umar, Udabah bin Somit dan disokong oleh pelbagai ulama kontemporari seperti Prof. Dr Muhydin Qurah al-Daghi, Prof Dr Ahmad al-Kurdi, Prof Dr Ali Salus. Prof. Dr Mohd Said Ramadhan Al-Buti dan ramai lagi.

Rujuk pandangan mazhab empat dalam Al-Mabsut 14/4 ; Al-Bayan wa at-Tahsil 6/444 ; At-Tamhid 2/246 ; Al-Umm , 2/32 ; Takmilah al-Majmu' oleh As-Subky . 10/83 ; Mughni al-Muhtaj , 2/25 ; al-Mughni oleh Ibn Quddamah , 6/60 )  

Ibn Abd al-Barr dlm Istizkar menyatakan telah berlaku ijma' (sepakat) mengatakan bahawa emas dengan emas seperti dalam bentuk ‘at-tibr' (serbuk) dan apa jua bentuk emas tersebut, hukumnya tetap tidak harus berlaku sebarang tafadhul (tambahan dari mana-mana pihak yang berurusniaga), demikian juga perak. Justeru tidak harus membelinya secara ansuran dan hutang.

Khatib As-Syarbini dalam Mughni al-Muhtaj (2/25) mengatakan bahawa hasil pembuatan atau tukangan emas hingga menjadi barang kemas berbentuk itu tidak memberi sebarang kesan kepada hukum emas yang asal.

Bagaimanapun terdapat satu pendapat minorti ulama yang mengatakan bahawa emas tulen apabila ia telah di bentuk sehingga menjadi rantai, gelang dan cincin. Ia telah menjadi sil'ah (barangan dagangan seperti kereta kerana terdapat proses pembentukan dan pembuatan) dan tidak lagi dianggap sebagai emas biasa, justeru hukumnya juga berubah.

Pandangan minority ini di katakan adalah pandangan Ia adalah pendapat Mu'awiyah (Rujuk riwayat ini dalam Al-Muwatta oleh Imam Malik dlm kitab Buyu' no 2541; An-Nasaie 7/279 ; Al-Bayhaqi 5/280, tapi Abu Darda telah menegur Mu'awiyyah kerana pandangannya bersalahan dengan nas hadith dan kemudian mengadu ke Sayyidina Umar, dan Umar juga mengharamkan), Ibn Taymiah dan Ibn Qayyim (Rujuk I'lam al-Muwaqqi'ien, 2/141 utk pendapat Ibn Qayyim dan rujuk kitabnya Tafsir ayat Asykalat utk pendapat Ibn Taymiah 2/632 tapi jika dirujuk Majmu' al-fatawa kita akan dapati Ibn Taymiah bersama pendapat jumhur pula). Hasilnya menurut kumpulan ini adalah Harus untuk menjual dan membelinya secara hutang dan ansuran kerana ia telah jadi sil'ah (barang dagangan).

Ia disokong Prof Dr Mahmud ‘Akkam dari Syria dan disetujui oleh As-Syeikh Prof Dr Yusof al-Qaradhawi (kerana "umum al-balwa" - Perkara maksiat yang kurang mudarat tetapi terlampau meluas dan sukar untuk di halang).

Mereka semua menyokong apa yang disebut oleh Ibn Rusyd al-Maliki ( w 595 H) berkata (Rujuk Bidayatul Mujtahid 2/103) yang mengatakan bahawa:  "perhiasan emas dan perak sudah terkeluar dari katergori emas tulen (yang tertakluk kepada hukum tukaran emas dalam Islam), justeru harus menjual dan membelinya walaupun secara tangguh.

Ibn Mufleh al-Hanbali (w 763 H) pula berkata (rujuk al-Mubdi' 4/149) : Sesungguhnya ia telah keluar dari sifat asal dengan sebab sun'ah (pembuatan dan pertukangan).

Dalil-dalil jumhur dari pelbagai hadith, boleh rujuk di dalam kitab Az-ziyadah Wa atharuha fi al-Mu'awadah al-Maliah oleh Dr Abd Raouf Bin Muhd Al-Kamali (tesis PhD di Univ Imam dengan tahap Mumtaz, 2/558)

Kesimpulan dan pandangan terpilih : Maka hukum barang kemas adalah sama dalam hal ini, kerana ia tetap emas pada pandangan majoriti, lalu setiap pembelian dan penjualan yang dibayar menggunakan duit (maka Kesatuan Fiqh Sedunia telah memutuskan bahawa matawang kertas adalah ‘nuqud istilahiah' yang sama hukum hakamnya dengan emas, maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis. 

b- Jawapan Bagi ‘Trade in' Emas Lama Dengan Emas Baru.

Jelas menurut perbahasan hukum bahawa ‘trade in' emas lama dengan yang baru atau barang kemas emas lama dengan yang baru mestilah mengikut hukum yang dibincangkan di atas, iaitu menurut majoriti ulama setiap barang kemas tetap dianggap emas dan bukan sil'ah, maka bila seseorang ingin menukarnya dengan barang kemas baru emas yang lain. Ia mesti punyai dua syarat tanpa khilaf (Boleh rujuk pelbagai kitab antaranya al-muamalat al-Maliah al-Mu'asiroh oleh Prof Dr Ali Salus, hlm 180 ; Al-Buyu' al-Sya'iah oleh Dr Tawfiq al-Buti dan lain-lain), iaitu :

i) Mutamathilan - mesti sama berat timbangannya. Manakala standard emas tersebut (‘Iyar) 20 atau 21 atau 24 tidak memberikan sebarang kesan. Ia adalah berdasarkan hadith yang menyebut tentang tamar khaibar (yang kurang elok atau buruk) yang ditukar dengan tamar Janib (yang elok) yang mana ianya mesti menuruti syarat sama berat walaupun berbeza kualiti. Hadith ini riawayat al-Bukhari dalam kitab al-Buyu', no 4553. Jika tidak Riba Al-Fadl akan berlaku.

ii) Mesti 'Taqabud fil hal aw fil majlis' ( diserah dan terima dalam satu masa) - kerana ia adalah tertakluk kepada hukum sarf (tukaran matawang dengan matawang), maka tidak dibenarkan untuk menangguh masa serahan. Justeru, mestilah kita menyerahkan emas lama, dan kemudian penjual menyerahkan emas baru yang sama berat pada ketika itu juga. Jika tidak, Riba Nasiah akan berlaku.

Mungkin ada yang akan bertanya, jadi kalau kita ingin melakukan 'trade in' dengan emas baru yang lebih mahal harganya?? Bagaimana kita nak bayar tambahan harga itu? 

Jawabnya : Ia sama dengan kes dalam hadith Tamar Khaibar dan Janib tadi. Jawapan yang diberi oleh Rasulullah SAW adalah : "Juallah dengan sempurna , ambillah harganya dan kemudian belilah semula dengan duit kamu tadi"

JELAS, CARANYA : MESTILAH SESEORANG YANG INGIN MELAKUKAN 'TRADE IN'. MENJUAL TERLEBIH DULU KEPADA PEKEDAI EMAS ITU, LALU IA MESTILAH MENGAMBIL DUIT HARGA RANTAI LAMA ITU, CTH HARGA SEUTAS RANTAI EMAS LAMA KITA RM 2000 DAN BERATNYA 200 GRAM, APABILA KITA INGIN TRADE IN DENGAN RANTAI BERHARGA RM2500, MAKA KITA MESTI JUAL DULU, LEPAS KITA PEGANG DUIT RM2000, BARULAH KITA PILIH RANTAI BARU DAN KEMUDIAN TAMBAH DGN RM 500, KEMUDIAN PEMBELI MEMBAYAR KEPADA PEKEDAI LALU MENGAMBIL RANTAI BARU ITU.

Kemungkinan jika transaksi seumpama ini di buat di Malaysia, ia akan kelihatan pelik. Bagaimanapun itulah cara yang selamat dari Riba.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

Last update: 09-02-2007 16:32

Published in : Soal Jawab, Fiqh Kewangan
Quote this article in website Favoured Print Send to friend Related articles Save this to del.icio.us

Users' Comments (42) RSS feed comment
Posted by baroqah, on 13-08-2010 10:25, IP 60.53.154.123, Guest
1. Belian Emas Secara Ansuran
Salam,UZAR...SAYA NAK TAHU ADAKAH RIBA JUGA BERLAKU JIKA SESEORANG YANG HENDAK MEMBELI EMAS TETAPI DIA NIAT UNTUK MENYIMPAN DAHULU DUIT DI KEDAI EMAS SEHINGGA CUKUP,BARU PILIH BARANG YANG HENDAK DIBELI @ PILIH BARANG DAHULU TANPA PENETAPAN HARGA DAN BERAT..HANYA BUAT ANGGARAN HARGA SAHAJA KEMUDIAN SIMPAN DUIT DI KEDAI EMAS TERSEBUT..BILA CUKUP BARU AMBIL BARANG...JIKA TERDAPAT LEBIHAN DUIT YANG DISIMPAN AMBIL BAKINYA SEMULA DAN JIKA KURANG TAMBAH DARI HARGA YANG DITETAPKAN..HARAP DAPAT ULASAN/KOMEN DARI USTAZ DENGAN KADAR SEGERA..TERIMAKASIH..WASSALAM
 
» Reply to this comment...

Posted by iman_imtithal, on 23-06-2010 10:52, IP 210.187.88.93, Guest
2. belian secara online
Assalamualaikum UZAR... semoga usaha dakwah UZAR dirahmati n diberi ganjaran sebesar besar ganjaran...  
UZAR, 
sy btul2 ingin tau ttg pembelian secara online... sedia maklum teknologi sekarang hanya di hujung jari... pembelian secara online ni kita kena byr dulu... contohnya bank in kan duit n pastu barulah barang akan di hantar... mohon penjelasan ustaz... agar semua berasa selamat dengan n tenang...
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by akeem, on 09-05-2010 03:48, IP 124.82.5.196, Guest
3. beli kereta secara loan
ustaz, bolehkah di dlm islam kita beli kereta secara loan dan bayaran bulanannya meningkat utk 3 tahun pertama,dan kekal utk tahun ke-4 dan seterusnya?sekiranya saya mengambil personal loan dgn BSN dengan cara pinjaman islamik, adakah ianya halal? harap dpt penerangan yang jelas dari ustaz.jazakallah ustaz.tq
 
» Reply to this comment...

Posted by Aidi, on 11-03-2010 12:53, IP 218.111.222.212, Guest
4. pelaburan emas
Salam Uzar,  
disini ada sedikit maklumat baru tentang pelaburan emas dan minta Uzar komen sedikit. 
1-penjual menjual 100gram (99.9%)emas tulen berbentuk Bar pd harga pasaran semasa (bg mudahkan kiraan saya letakkan rm10k setiap 100gram emas) dan membuat perjanjian beli balik pada kadar yg sama setiap 30 hari. 
2-pembeli menikmati Rebate 2.5% selepas tempoh 4 hari pembayaran. Andainya ingin meneruskan program trading investment ini, pembeli menikmati rebate purata 2.5% setiap kali transaksi mengikut nilai harga emas semasa dan berlaku proses jual beli yang baru dgn dokumen yg baru. Atau pilihan agrreement 90 hari pada harga semasa dgn rebate tetap 2.5% sebulan. 
 
Persoalan saya adalah tentang halal haram pulangan yg dinikmati oleh si pembeli, proses urusan jualbeli, dan juga carrier si agent yg menjual. 
 
kalau perlukan maklumat lanjut dan details i suka dihubungi ditalian 0196789703 Aidi
 
» Reply to this comment...

Posted by amrie, on 03-02-2010 16:26, IP 60.48.184.123, Guest
5. HUKUM PEMBELI EMAS
USTAZ SAYA ADALAH PEMBELI EMAS TERPAKAI. 
SOALAN SAYA APAKAH HUKUMNYA JIKA SAYA MEMBELI EMAS DARIPADA PELANGGAN YANG TELAH MEMAJAKKAN BARANG EMAS MEREKA DIPAJAK GADAI. 
CONTOH: SEORANG PELANGGAN TIADA DUIT KEMUDIAN MEREKA MELETAKKAN BARANGAN MEREKA DIPAJAK GADAI KONSEP RIBA. 
KEMUDIAN PELANGGAN MEMINTA SAYA MEMBANTU MENEBUSKAN EMAS YANG DIPAJAK TADI DENGAN MENGGUNAKAN KEWANGAN SAYA DENGAN TUJUAN UNTUK MENJUALKANNYA DAN KEMUDIAN SAYA MEMBELI EMAS TERSEBUT DARIPADA PELANGGAN TADI. 
APAKAH SAYA JUGA TERBABIT DALAM RIBA SEDANGKAN SAYA TELAH MELEPASKAN MASALAH RIBA PELANGGAN TADI DENGAN TUJUAN UNTUK MEMBELI EMAS TERSEBUT.
 
» Reply to this comment...

Posted by lokman yacob, on 29-01-2010 17:00, IP 60.52.57.15, Guest
6. lokman
maaf saya tak jumpa ruang untuk soalan masalah so saya tompang kat sini je. apakah hukum jika kita menual barang dengan keuntungan tinggi%? misalnya bmodal rm5 je tapi kita jual sampai rm150 atau lebih? bagaimana pula jika barang yang sama dijual dengan harga berlainan contoh kopi ginseng 1 = rm50 kopi ginseng 2 = rm 100 kopi ginseng xtra = rm 200 walhal kandunganya adalah sama cuma kotak dan namanya saja diubah? :cry halalkah jualbeli begini?
 
» Reply to this comment...

Posted by zaha, on 20-01-2010 15:54, IP 210.187.43.8, Guest
7. ingin tahu
salam ustaz saya ingin tahu cara untuk membersihkan kembali dosa riba yang telah saya lakukan dengan membeli emas secara tangguh? 
 
UZAR : bertaubat dan memperbanyakkan sedeqah
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 04-01-2010 15:05, IP 203.82.92.131, Guest
8. kampung pening lalat
nampaknye konsep beli emas secara ansuran ni samala ngan beli rumah ye uzar? jarang orang boleh umah secara tunai. 
 
harga umah macam emas jugak. makin naik. apa komen uzar? 
 
 
UZAR : tak sama, emas nabi sebut dalam hadis kena beli cash, rumah tidak termasuk dalam kategori emas.
 
» Reply to this comment...

Posted by feroz, on 18-12-2009 16:00, IP 60.51.88.68, Guest
9. lock harga
oh, lock harga masih dikira tangguh ye ustaz; walaupun dengan persetujuan penjual emas dan di akad "dgn bayaran tertangguh" ketika 'lock harga'? :eek  
ok, saya akan elakkan.. terima kasih ustaz.. :)
 
» Reply to this comment...

Posted by feroz, on 18-12-2009 09:44, IP 60.51.88.68, Guest
10. lock harga
ustaz, bagaimana dgn 'lock harga'? 
katakan saya 'lock harga' pada hari isnin. kemudian saya bayar pada esoknya selasa berserta menerima barangan serentak. harga yg perlu dibayar adalah harga hari isnin tu. 
mohon pendapat ustaz berkenaan 'lock harga'.. 
 
UZAR : lock harga masih dianggap penangguhan serahan bayaran. Dalam pembelian emas, serahan byran mesti serentak dgn penerimaan emas, tidak boleh ditangguh, jika dua-dua tangguh haramnya lebih nyata lagi.
 
» Reply to this comment...

Posted by k.eru, on 11-12-2009 22:17, IP 60.53.56.64, Guest
11. jual beli emas secara Islam
Alhamdulillah..nampaknya akak dilaluan yang betul dalam jual beli emas ini. 
Boleh layari blog akak di http:// emaslakularis.blogspot.com/ untuk membeli emas used, baru, keping n syiling.
 
» Reply to this comment...

Posted by ahmad, on 05-12-2009 22:55, IP 120.141.66.21, Guest
12. beli motor secara ansuran
saya telah membeli motor secara ansuran disebuah kedai, adakah sya terlibat dgan riba, jika ya apa yang harus saya lakukan. harap boleh ust jelaskan.
 
» Reply to this comment...

Posted by goldman, on 28-10-2009 09:06, IP 60.50.204.155, Guest
13. Emas tulen
untuk harga emas jongkong dan lain2 yang hebat sila hubungi saya di goldman999.9@hotmail.com 
 
harga lagi murah daripada habib poh kong dan dealer2 lain. bekalan antarabangsa
 
» Reply to this comment...

Posted by nna80, on 14-10-2009 19:27, IP 60.48.246.135, Guest
14. musykil...
salam uzar.. 
apa pendapat UZAR tentang pembelian emas secara e-pay (ansuran kad kredit). Adakah itu juga dikira riba?
 
» Reply to this comment...

Posted by Mohd Rizal, on 12-10-2009 11:20, IP 60.49.145.41, Guest
15. beli emas melalui pajakan ar rahnu
Assalamualaikum ustaz ... 
bolekah kita membeli emas melalui pajakan emas di ar rahnu, maksudnya duit pajakan emas yang pertama di gunakan untuk membeli emas yang ke 2 dengan sedikit tambahan wang untuk membeli emas yang ke 2, sekarang ni ramai yg berbuat begitu untuk mengandakan emas mereka, harap ustaz dapat membantu. terima kasih
 
» Reply to this comment...

Posted by mawi, on 01-09-2009 16:11, IP 212.116.219.110, Guest
16. kemusykilan
UZAR, 
Bagaimana jika kita beli tunai (bank in kepada akaun penjual) kerana amount yang besar (utk keselamatan)maka tidak berlaku penyerahan wang tunai by hand.  
 
Kemudian baru kita berjumpa dgn penjual dan mengambil emas tersebut. JIka berlaku kenaikan harga @ penurunan harga pada masa mengambil emas tersebut, harga tetap dikira pada harga asal persetujuan dibuat pd awal tadi. Bolehkah transaksi ini dr hukum muamalat islam. Saya merujuk kepada transaksi Public Gold yang hangat sekarang. 
 
UZAR : SAYA tidak boleh beri komen tentang public gold krn tiada info mencukupi utk komen. 
 
cuma memasukkan duit terlebih dahulu ke dalam akaun penjual emas, dan kemudian baru pergi menerima emas terbabit akan jatuh riba kerana tiada proses serah terima dalam satu masa, kecuali jika penjual memberikan sesuatu penegsahan bayarn telah diterima dan satu resit dikeluarkan bagi mewakiali hak sdr untuk pergi ambil emas tersbeut. Tatkala itu penyreahan secar hukmi telah berlaku. tanpanya, ia dikira tangguh dan riba
 
» Reply to this comment...

Posted by asrulasmah, on 22-08-2009 23:12, IP 120.141.62.18, Guest
17. Teknik Baru Jual Beli Emas
Ada teknik baru jual beli emas tapi saya tak dapat detect hukumnya adakah secara ansuran atau bagaimana. 
 
Penjual memiliki 100gm emas. Harga semasa RM11k.Pembeli boleh dapatkan emas tersebut dengan hanya membayar kepada penjual RM 4000. Bakinya RM 7000, penjual akan dapat dengan menggadaikan di al-rahn (65% dari harga emas 100gm). Gadaian tersebut atas nama pembeli. 
 
Adakah ini termasuk membeli secara ansuran? 
 
 
UZAR : Ia adalah haram dan riba. kerana rahn itu sebanrnya berfungsi sebagai collateral untuk baki bayaran RM 7K yang tertangguh.
 
» Reply to this comment...

Posted by hamba Allah, on 02-08-2009 19:59, IP 202.184.124.14, Guest
18. runsing
salam uzar..saya ade persoalan di sini..katekn sya mmbli emas dri si A..sya bnk in duit pda dia mngkut hega semasa..slps 2 hri,bru saya akn dapat emas sya.adkh ini dikira sebagai riba?mntk tlng uzar jlskn 
 
UZAR : 2 hari masih dimaafkan menurut mazhab Maliki. dan mestilah ia dihnatar segera, 2 hari itu bermakna proses pengurusan serahan punya tempoh seperti urusan pos dan lain-lain.
 
» Reply to this comment...

Posted by wani, on 11-07-2009 12:38, IP 203.82.91.101, Guest
19. betulkah..
salam ustaz.. betulkah fahaman saya sekarang... 
 
belian emas secara tertangguh menjadi riba walaupun harga emas tidak dinaikkan kerana dalam tempoh bayaran ansuran itu, kalau harga emas turun, pembeli akan rugi dan kalau harga emas naik, penjual pula rugi.. 
 
betulkah kefahaman saya ustaz? 
 
terima kasih.. 
 
UZAR : ye betul
 
» Reply to this comment...

Posted by wani, on 10-07-2009 23:14, IP 203.82.79.101, Guest
20. ingin bertanya
maaf ustaz, saya dah scroll kebawah mencari kalau ustaz dah jawab soalan ni, tp x jumpa.. 
 
soalannya sama spt beberapa soalan dibawah, bagaimana kalau emas dibeli secara ansuran,mengikut harga semasa ketika persetujuan awal dibuat dan barang masih disimpan oleh pekedai sehingga ansuran selesai.. 
 
adakah ia masih dikira riba? sy akan mengikut nasihat ustaz seperti dibawah utk segerakan bayaran dan bertaubat. terima kasih ustaz 
 
UZAR : sama sahaja haramnya menurut empat mazhab
 
» Reply to this comment...
» See all 1 replie(s)

Posted by saito, on 20-05-2009 21:18, IP 203.82.79.103, Guest
21. dah terbeli
UZAR, Kalao dah terbeli secara hutang emas, apa perlu dibuat? Jual semula or simpan sahaja.... 
 
UZAR : segera selsaikan hutang. dan bertaubat. Jika tak mampu, eloklah dijual jika hrag atidak menyababkan kerugian yang membawa muflis.
 
» Reply to this comment...

Posted by Sham, on 18-05-2009 17:37, IP 60.48.84.120, Guest
22. Jual Beli Emas Bar dan Dinar Malaysia
Bagaimana dengan mereka ini > SaudagarEmas.com & SaudagarDinar.com 
 
if beli cash dari sini, tiada masalah ya? 
 
 
UZAR : sila rujuk artikel hukum akaun pelaburan emas, di situ saya ada tulis apa-apa syarat2 utk dianggap ok.
 
» Reply to this comment...

Posted by Muhammad Fir, on 10-05-2009 12:54, IP 121.121.44.66, Guest
23. Buat pinjaman untuk beli emas
Assalamualaikum, 
Saya buat pinjaman dari kenalan untuk beli emas. Kemudian saya bayar ansuran wang pinjaman tersebut. Adakah ini termasuk dalam "Jual Beli Emas Secara Ansuran" ? 
Sekian, terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Siti, on 19-03-2009 21:04, IP 60.50.184.50, Guest
24. trade in emas
Assalamualaikum 
 
Saya baru tersedar yang 'trade in' brg kemas tanpa memengang dulu duit penjualan emas tersebut sebelum membeli brg kemas baru adalah riba. Soalannya apa yg harus dilakukan dgn brg kemas yg baru dibeli tersebut? Bolehkah diperbetulkan keadaan ini? Kalau boleh bagaimana kah caranya? Sangat berharap UZAR dpt perjelaskan hal ini. Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Pinklady, on 04-03-2009 16:34, IP 202.75.4.189, Guest
25. Jual beli emas
Salam UZAR,  
Jika ada yang menjalankan perniagaan emas 
secara ansuran dan ada pula yang membelinya,  
bagaimana prosedur dari segi zakat serta syariah islam ke atas penjualan dan pembeliannya..
 
» Reply to this comment...

Posted by Rizwan, on 05-01-2009 15:25, IP 144.199.176.15, Guest
26. personal loan
Assalamualaikum, 
 
Saya ada kemusykilan. Katakan lah saya buat personal loan. Kemudian saya beli emas dan bayar secara tunai menggunakan duit personal loan yang diterima. 
 
adakah transaksi ini sah di sisi muamalat Islam. Harap UZAR dapat huraikan. Terima kasih. 
 
UZAR : Personal loan tu adalah haram, kecuali personal financing dari bank-bank Islam shj halal. 
 
justeru, buat duit yg diperolehi dari personal loan riba adalah haram...beli emas dan ambil untung darinya turut menjadi masalah. 
 
jika personal financing bank islam, ia halal, beli emas dan jual serta untungnya juga halal 
 
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 14-11-2008 22:29, IP 194.80.178.1, Guest
27. ...
Salam UZAR, 
 
Saya adalah individu yang sama bertanya soalan (Nickname - Guest; Tarikh: 13/11/2008).  
 
Tambahan: 
 
UZAR boleh tak explain apa maksud ayat ini: 
 
"...maka jual beli barang kemas dengan wang adalah nuqud dengan emas, maka wajib taqabud boleh tafadhul kerana tidak sama jenis." 
 
Maaf saya tak faham bahasa Arab dan istilah-istilah muamalat dalam Islam. So bila saya baca artikel muamalat, kadang-kadang tak faham apa maksudnya dalam Bahasa Melayu. 
 
Terima kasih.
 
» Reply to this comment...

Posted by Guest, on 13-11-2008 19:12, IP 194.80.178.1, Guest
28. ...
Salam Uzar.... 
 
Baru-baru ni dalam forum kat internet, ada Hamba Allah buat main kutu untuk beli emas. Itu camna pulak yer? 
 
Saya berminat nak join kutu tu tapi bila teringat tulisan UZAR pasal emas, saya terus search kat sini. Tapi saya tak pasti apa jawapannya sebab ada 2 isu di sini: isu main kutu & bayaran emas secara ansuran. 
 
Harap mendapat respon.  
 
Untuk rujukan, forum tersebut ada di http://www.wanitamelayu.com/ forum/showthread.php?t=13180. 
 
Terima kasih dan wassalam.
 
» Reply to this comment...

Posted by Rahman, on 17-10-2008 01:34, IP 194.80.178.1, Guest
29. ...
Salam, 
 
Uzar, apa hukumnya membeli emas dalam bentuk account yang mana bila kita beli emas tersebut kemudian pihak bank hanya memasukkan data ke account kita sebagai pengesahan bukti pembelian. Kita tidak dapat memiliki emas dalam bentuk fizikal tetapi emas kita hanya disimpan oleh pihak bank. Contoh GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (MAYBANK). 
 
Jika hukumnya harus, apa pula beza trading emas tadi dengan GOLD SPOT TRADING (FUTURE)? 
 
Harap UZAR dapat berikan jawapan untuk masalah ini. Semakin ramai dari pelabur emas ingin tahu tentang hukum ini. 
 
Terima Kasih. 
 
 
Salam.
 
» Reply to this comment...

Posted by zahratul hilal, on 11-10-2008 17:20, IP 194.80.178.1, Guest
30. ...
ustaz,mohon penjelasan.boleh ke sertai peraduan dlm majalah. syaratnya kene beli majalah2 tu utk ambil borang yang asal dan kmpl gambar(peraduan ni selama 3bln,kene kumpul 9 gambar).majalah n ada yang selalu sa beli,dan ada juga jarang2 saya beli.termasuk dlm judi ke kalau mcm tu? syukran atasperhatian ustaz.  
 
UZAR : sila cari dan rujuk artikel saya yang berkenaan tajuk ini .. iaitu "hukum peraduan dan pertandingan"
 
» Reply to this comment...

Posted by 'aziah, on 23-09-2008 18:00, IP 84.71.80.120, Guest
31. ...
salam...uzar, melalui pembacaan artikel uzar, ana faham emas tidak boleh dibeli secara ansuran dan hutang tapi apa pula pandangan uzar sekiranya seseorang itu membuat pinjaman daripada bank atau saudara2nya bagi tujuan membeli emas samada emas fizikal atau bukan fizikal? 
soalan kedua; apa pendapat uzar tentang 'gold saving passbook' dimana pembelian emas bukan berlaku secara fizikal tetapi mengikut pasaran harga emsa semasa?  
link untuk uzar buat rujukan: www.Jutawanemas.com
 
» Reply to this comment...

Posted by nurul, on 04-09-2008 18:08, IP 90.240.186.250, Guest
32. ...
uzar,sy pernah mempelajari ttg persoalan riba ini..sekadar berkongsi ilmu, setuju x uzar kalu sy katakan membeli emas secara berhutang x dibenarkan kerana yang memberi hutang akan rugi dari segi faedahnya, bermakna di sini, yg berhutang telah dapat brg tersebut ttpi yang beri hutang terpaksa mnunggu dan ianya pula melibatkan barang kemas..kalu x silap sy,emas adalah salah satu brg riba yang mana ianya melibatkan riba faedah..jika salah harap uzar betulkan..wallahua'lam 
 
UZAR : BETUL, EMAS TIDAK BOLEH DIBELI SECARA HUTANG
 
» Reply to this comment...

Posted by saadiah, on 13-06-2008 19:12, IP 60.52.99.213, Guest
33. ...
salam uzar, bgimn pula dengan perbezaan harga, jika saya kata mahu menjual barang kemas, contoh rantai.. pekedai membeli rantai itu dengan rm 98/gram, manakala jika memaklumkan saya ingin 'Trade in' dia membeli rantai itu dengan rm 100/gram. manakala harga emas semasa rm 105/gram. 
minta penjelasan uzar.. 
 
» Reply to this comment...

Posted by mazlan, on 12-06-2008 20:22, IP 124.13.137.221, Guest
34. ...
tambahan persoalan. Klu cara tu riba. camne penyelesaiannya. Adakah kena mintak balik duit deposit dari tuan kedai, katakan tak jadi beli atau boleh selesaikan segera segala baki hutang yang ada untuk dapatkan rantai tangan emas tu.
 
» Reply to this comment...

Posted by mazlan, on 12-06-2008 00:05, IP 60.52.103.40, Guest
35. ...
Uzar... isteri saya ada membeli rantai tangan dengan harga RM 800. Tetapi secara tangguh. Bayar deposit RM 50. Kemudian bila ade duit bayar sedikit-sedikit sehingga selesai jumlah RM 800 baru dapat barang tu tanpa sebarang tambahan duit. Maknanya isteri saya dan tuan kedai emas tu buat perjanjian pada harga RM 800 sahaja mengikut harga emas semasa. Maknanya bayar ansuran la. seolah2 tuan kedai tolong simpan barang sehingga selesai bayaran. Cara macam nie termasuk jugak ke macam ulasan Uzar kat atas. 
Maafla saya ni lemah sikit bab muamalat nie. Harap tak ganggu uzar.
 
» Reply to this comment...

Posted by ingin mengetahui.., on 18-04-2008 08:42, IP 211.25.51.200, Guest
36. ...
apa hukumnya pembayaran secara ansuran? 
 
UZAR : HUKUMNYA HARUS KECUALI JIKA BELI EMAS, PERAK DAN MATAWANG
 
» Reply to this comment...

Posted by zeamon, on 17-04-2008 21:09, IP 60.52.96.124, Guest
37. ...
Assalamualaikum ustaz, saya ada pertanyaan berkenaan riba yang berkaitan dengan ansuran,apa hukum ansuran? conyohnya ansuran kereta...tolong ustaz terangkan..
 
» Reply to this comment...

Posted by Si jahil yg keliru, on 18-02-2008 21:04, IP 60.52.100.131, Guest
38. ...
:) Salam. Ustaz kata: Semua ulama empat mazhab mengharamkan jual beli barangan emas secara ansuran dan hutang.  
 
Cuma, pandangan mereka itu jika emas dengan emas. Jika emas dengan wang kertas, saya rasa ini bukan pendapat mereka. Terutamanya wang kertas hari ini. Apa komen ustaz? 
 
UZAR : EMAS DENGAN WANG KERTAS SAMA SAHAJA KERAN AILLAHNYA SAMA MENRUT EMAPT MAZHAB , IAIATU 'THAMANIAH'. JJUSTERU KESATUAN FIQH SEDUNIA JUGA FATWAKAN HARAM
 
» Reply to this comment...

Posted by pemuda islam, on 08-01-2008 06:32, IP 60.52.98.148, Guest
39. ...
Bagaimana pula dengan emas putih? Adakah ianya termasuk dalam hukum haram untuk dibeli secara hutang? 
 
komen uzar : sama sahaja, emas adalah emas..sila cari artikel saya tentang emas putih di bahagian soal jawab
 
» Reply to this comment...

Posted by Nisrin, on 26-11-2007 15:00, IP 60.52.103.247, Guest
40. ...
salam...nak ty....sy nak wat tesis berkaitan dengan ar-rahn...kenapa ar-rahnu hanya boleh untuk emas shj???barang2 lain memang haram ke nak di gadaikan?????ada dalil ke emas sahaja yang boleh??? 
 
KOEMN UZAR : RAHN BOLEH JUGA UNTUK BENDA-BENDA LAIN MACAM KUDA, LEMBU DAN LAIN-LAIN YANG ADA NILAI DALAM ISLAM. CUMA DI MALAYSIA BUAT MASA INI MEREKA LEBIH MINAT KEPADA EMAS. ITU SAJA.
 
» Reply to this comment...

Posted by Wanita prihatin, on 21-11-2007 08:54, IP 60.52.101.125, Guest
41. ...
Bagaimana pula jika ansuran tetap dengan harga asal? 
 
» Reply to this comment...

Posted by Murunah, on 21-11-2007 08:53, IP 60.52.101.125, Guest
42. ...
Adakah termasuk riba juga kiranya si penjual emas membenarkan ansuran barang emas ini mengikut harga tetap semasa kita mula membelinya tanpa ada pertambahan harga ?
 
» Reply to this comment...

Add your comment



mXcomment 1.0.9 © 2007-2010 - visualclinic.fr
License Creative Commons - Some rights reserved
SEO by Artio